Saturday, August 25, 2012

PANAS: AWEKS TIRU GAYA @AzminAli TOILET!!


Lihat saja gambar di atas, perbuatan tidak senonoh ini pembaca rasa pernah lihat dalam gambar yang mana?? Pada yang sudah tahu budaya dari pemimpin manakah yang gambar aiskrim beliau dalam tandas tersebar diam sajalah.

Tapi adakah budaya ini yang ingin kita banggakan?? Pada pandangan GR, pemimpin tersebut sudah semestinya suka betul tak? Jika perkara tersebut tidak benar, kenapa beliau berdiam diri saja sampai sekarang? Sudahlah menjadi anak derhaka...ini kan pula perkara yang tidak senonoh beliau lakukan.

Pada Azmin Ali, sudah-sudah lah tu...Syurga di bawah tapak kaki ibu...bukannya di bawah tapak kaki Anwar Ibrahim. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Geli geleman aksi dalam toilet kan?? Hihi hihi....

NAK MENANG PROTON PREVE? JOM SERTAI @twtupmerdeka #Merdeka55 BERSAMA @NajibRazak


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)


3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?



Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


Sumber: Truth Vaccine

TAHNIAH! UST DON SEKARANG BERGELAR SUAMI ORANG!


Tahniah GR ucapkan pada Ustaz Don Daniyal kerana telah selamat diijabkabulkan dengan isteri beliau yang bernama Husna Zahry Rafie. Majlis pernikahan telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah tanpa liputan besar-besaran.

Selepas majlis pernikahan ini, majlis resepsi Ustaz Don dan Husna pula akan menyusul bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni. Majlis resepsi dikatakan akan diadakan esok (25 Ogos) di Penang dan 1 September ni pula di Kajang..

Tahniah sekali lagi GR ucapkan pada Ustaz Don dan isteri dan doakan semoga hubungan suami isteri berkekalan hingga akhir hayat....amin.

Friday, August 24, 2012

VIDEO PRIHATIN: MANA AIR KAMI WAHAI MB SELANGOR??



PENJELASAN TERHADAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEJAK 23 JULAI 2012
1. Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi bernilai RM225 juta bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah memaklumkan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk menanganinya, Kerajaan Negeri Selangor masih berkeras dan berpendirian bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019. Disebabkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan tanggung jawab untuk memastikan loji-loji rawatan air di negeri Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna adalah merupakan tanggung jawab Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air pada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan projek-projek tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut yang bernilai RM301 juta. Persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya mengakui bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya. Ini menunjukkan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Selangor yang mengatakan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019 adalah merupakan kenyataan yang tidak disokong oleh fakta.

2. Adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor seperti loji-loji kerana ia dipajak kepada mereka.

Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberikuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala tanggung jawab Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau water supply availability. SYABAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Adalah ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemilik aset-aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

3. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 seperti yang didesak oleh Kerajaan Persekutuan

Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014. Kerajaan Persekutuan sentiasa konsisten dalam pendiriannya bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 disebabkan Kerajaan Negeri Selangor enggan memberi kelulusan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membolehkan loji tersebut disiapkan pada tahun 2014. Atas dasar inilah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan development order bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memaklumkan bahawa sungguhpun kedudukan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan yang telah dikenalpasti seringkali mengalami gangguan bekalan air disebabkan rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu secara puratanya ialah 2.5% sahaja berbanding dengan paras optimum iaitu 10%. Berdasarkan pandangan SPAN ini, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah membuat keputusan bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan sekarang ini kerana kedudukan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, SPAN telah diminta mengenal pasti kawasan-kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi bagi kawasan-kawasan ini sebagai persediaan menghadapi catuan, sekiranya diperlukan, melalui perbincangan dengan SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor. Pelan ini penting bagi memastikan orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air yang akan dilaksanakan untuk membolehkan mereka membuat persediaan yang sewajarnya.

4. Kalau tidak ada catuan air, maka tidak ada masalah air. Kalau tidak ada masalah air, mengapa mereka ingin membina Loji Rawatan Air Langat 2? Ini tidak masuk akal.

Ketiadaan keperluan untuk mencatu air pada masa sekarang tidak bermakna bahawa tiada masalah air pada masa akan datang. Loji Rawatan Air Langat 2 dirancang untuk dibina bagi memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014 berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2000. Hasil kajian tersebut terbukti benar apabila SPAN turut mengunjurkan bahawa jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Malah, SPAN mengunjurkan bahawa bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

Selain itu, pembinaan infrastruktur bekalan air memerlukan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan. Oleh itu, Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina sekarang bagi memastikan para pengguna tidak menghadapi masalah bekalan air pada masa akan datang.

TERKINI: #JanjiBersih AKAN BUAT ONAR PADA MALAM MERDEKA!?


Pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi, GR berkesempatan ke sidang media Gabungan Janji yakni satu lagi agenda jahat puak pembangkang pada malam Merdeka nanti pada 30 Ogos 2012. Tapi apa yang GR lihat sendiri, sidang media ini tidak mendapat sebarang sambutan. Rata-rata pihak media yang hadir hanyalah dari kalangan mereka sendiri. GR juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput GR untuk turut hadir dalam sidang media ini.

Tujuan Gabungan Janji mengadakan Himpunan Janji Bersih katanya menuntut Janji Demokrasi:

1. Keluhuran Perlembagaan
2. Kedaulatan Undang-Undang
    - Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
    - Mansuhkan akta zalim
    - Kebebasan media
3. Pilihanraya yang bersih dan adil

Apa yang GR lihat ketiga-tiga agenda mereka ini sama jika dilihat dari agenda Bersih 1.0 hinggalah ke Bersih 3.0. Apa lagi yang tidak kena dengan perlembagaan negara kita ini? Kenapa tidak diambil kesemua rukun negara itu jika mereka mengatakan untuk bersikap adil pada rakyat dan negara. Ini semua hanyalah 'game plan' mereka saja yang hanya mempunyai kepentingan peribadi politik mereka sendiri.


Keduanya mereka mengatakan undang-undang di Malaysia tidak baik, apa lagi yang tidak bebas? Rakyat berhak bersuara melalui medium-medium yang telah disalurkan oleh Kerajaan. Jika dilihat YAB Perdana Menteri juga mendengar masalah rakyat yang bersuara kepada beliau. Beliau juga membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia memberikan pandangan yang baik untuk pembangunan negara untuk dimasukkan dalam Bajet 2013 yang akan datang. Betulkan?? Ini masih lagi yang dikatakan tidak bebas ker??

Mereka ini juga masih menuduh SPR tidak berlaku adil...apa lagi yang mereka mahukan?? Pihak SPR sendiri telah merombak beberapa syarat pilihanraya yang semua kita sedia maklum apa yang akan dibuat ketika Pilihanraya Umum ke 13 nanti.


Bila mereka ini ditanya adakah jaminan bahawa Himpunan Janji Bersih ini dijalankan secara aman? Jawapan yang sama mereka katakan...biasalah aman. Tapi boleh percaya ker? Pembaca lihatlah Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0...apa yang terjadi? Yang kelakarnya juga, bila ditanya soalan tujuan mereka adakah himpunan ini adalah semata-mata untuk mendengar bacaan puisi yang akan disampaikan oleh sasterawan negara Dato' A.Samad Said pada malam tersebut dan selepas itu mereka bersurai.

Jawapan BODOH yang GR dengar juga dari salah seorang mereka mengatakan setiap tahun rakyat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Dan mereka ini tidak perlu pun permit untuk berhimpun. So Gabungan Janji ini juga adalah sama seperti rakyat Malaysia yang berhimpun. Ini jawapan budak sekolah yang GR pernah dengar. Aduyaiiiii....

Untuk pengetahun semua, bukankah rakyat Malaysia setiap tahun turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Tidak kira di mana sekali pun rakyat Malaysia turun untuk meraikannya, perlukah rakyat Malaysia ini memerlukan permit untuk berhimpun meraikan sambutan Kemerdekaan atau pun Tahun Baru.


Tolonglah janji dirosakkan mood sambutan Kemerdekaan negara dengan agenda-agenda busuk korang nie. Rakyat Malaysia sekarang hidup aman dan damai boleh pergi ke mana saja. Dan janganlah diheret rakyat Malaysia dengan mengatakan Gabungan Janji ini adalah suara semua rakyat Malaysia yang sebenarnya hanyalah suara segelintir saja dan mereka ini yang sebenarnya petualang negara yang akan merosakkan negara.

Pada semua rakyat Malaysia, usahlah dengar lagi penipuan yang mereka katakan. Perkara yang sama mereka akan buat dalam setiap perhimpunan haram mereka ini. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Janji Bersih yang masih KOTOR....

TERKINI: BERITA BAIK BUAT PELAJAR YANG MOHON PTPTN!!


Inilah inisiatif kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat. Bukan saja janji yang diberikan malah janji tersebut turut DITUNAIKAN dan DITEPATI. Isu PTPTN yang hebohkan oleh puak pakatan kononnya ingin memberikan pendidikan percuma kepada semua golongan mahasiswa hanyalah omong kosong saja.

Jika ianya dilaksanakan nescaya negara boleh menjadi bankrap dek kerakusan puak pakatan ini mentadbir negara. Dalam meringankan beban peminjam PTPTN ini, pelbagai cara pihak Kerajaan telah lakukan dari segi memberi kelonggaran kepada mereka dalam menyelesaikan pinjaman PTPTN ini. Untuk memansuhkan PTPTN ini ramai pihak tidak menyokongnya kerana ianya sangat berguna dalam meringankan beban pelajar dari segi yuran dan perbelanjaan harian mereka.


TEMERLOH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.

“Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion. – BERNAMA


GR kata: PR nie sembang jer lebih...PTPTN baru gempak sikit hari tu dah mengelabah sabut..inikan nak bagi pendidikan percuma. Hakkktuihhhh la PR!!

Thursday, August 23, 2012

PANAS: PUAK DAP PERSENDAKAN ISLAM DI PENANG!


Semalam TM berkunjung ke rumah sahabat handai di PENANG darul DAP dan PKR.. Secara tiba-tibanya TM ternampak satu banner raya yang secara terang2an tertulisnya "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" bersama gambar lim gua ngeng, mansor dan rama...

Yang menjadi PERSOALANnya di sini, dengan adanya dua org KAFIR disini, SESUAIKAH slogan tersebut ditulis dan digunakan oleh mereka, sedangkan dengan jelasnya kafir sememangnya MUSUH Allah dan org Islam..

SEDIH sekali dengan MUDAHnya slogan ISLAM diperkotakkatikkan oleh kafir2 disini, dan HANYA diperhatikan oleh orang yang memperjuangkan ISLAM.. Mari kita sama2 fikir dan renungkan BAGAIMANA kafir yang menyeru sebagai amar makruf nahi mungkar sedangkan mereka hidup dalam KEMUNGKARAN dan KEJAHATAN..

Memang sesuailah TIADA ucapan "maaf zahir batin" di banner tersebut, kerana jika dimaafkan pun segala kejahatan mereka tetap sebagai kayu api di NERAKA, Allah tetap tidak akan mengampunkan dosa-dosa mereka.. - Sumber


GR kata: Ostad PAS macam biasa senyap ketaq lutut...isk isk isk

WARKAH CINTA BUAT USTAZ NASHA...


Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.

Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.

Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.

Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.

Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB (Datuk) Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku.

Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu.

Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya. Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini.

Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam PAS semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.

Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.

Amin Ya Rabbal Alamin.....Assalamualaikum.

Sumber: Utusan


GR kata: Puak PAS pun dah tak percaya pada kepimpinan PAS...macam mane tue??

BUDAK SAMM SANGGUP JADI BALACI @chegubard DARI SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA KELUARGA!!


Inilah dia bila terlampau taksub dengan politik, apa saja yang dibuat tidak mengira hari dan waktu. Perkara yang seperti ini pun boleh dijadikan modal politik murahan puak-puak SAMM yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Pembaca lihat saja gambar di atas, banner ucapan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh UMNO Bahagian Seputeh dijadikan bahan vandalisme...budaya seperti inikah yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat pada puak-puak mereka??

Inilah taktik-taktik BODOH pencacai-pencacai PR bila dah tak ada modal? Mereka ini dibayar oleh MP Seputeh YB Teresa Kok sendiri yang beliau sendiri sudah goyang dengan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen Seputeh yang sudah goyang tidak diterima oleh rakyat Seputeh lagi? Apa masalahnya jika banner ini digantung disetiap pejabat UMNO bahagian dan juga kawasan sekitarnya. Bukankah banner ucapan Hari Raya ini secara tak langsung tanda sesebuah badan NGO mahu pun kerajaan untuk menyampaikan tanda mereka berterima kasih dan sebagainya kepada seluruh lapisan masyarakat.

Justeru itu, semalam Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bricfield terhadap Solidariti Anak Muda Malaysia melakukan perbuatan khianat ini. Ketua Pemudanya saudara Mohd Razlan Mohamad Rafii mendakwa pelekat ABU ini jugak telah dilekatkan dipapan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh dan harta benda awam.


Berikut laporan Polis yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO Seputeh :
Saya telah dimaklumkan oleh En. Niya Ahmad Bin Sheikh Isindar, selaku pekerja di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh melalui telefon jam 12.00 pm, 21 Ogos 2012 bahawa terdapat sticker – sticker Asal Bukan UMNO (ABU) ditampal di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan juga banner Selamat Hari Raya dan bahagian muka pemimpin UMNO Seputeh seperti Datuk Mustapa Kamal dan pemimpin – pemimpin lain.

Jesteru itu, saya bergegas ke Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan tiba di sana jam 2.00 pm dan mendapati sticker ditampal termasuk ditampal pada papan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh.

Laporan ini dibuat terhadao keganasan harta benda – Vandalism – yang telah dilakukan oleh mereka dan siasatan mestilah dilakukan terhadap pelaku tersebut.

Sepengetahuan saya, Tema ABU ini digunakan oleh Persatuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang pengasasnya adalah Badrul Hisham Shahrin.


Melalui twitter akaun @Chegubard beliau menyarankan pengedaran poster ini dibuat semasa musim Ramadan dan mereka mempunyai jaringan untuk menampal poster dan sticker di seluruh negara.

Jesteru itu, laporan ini juga dibuat untuk pihak polis menyiasat adakah penglibatan En. Badrul Hisham Shahrin selaku pengasas SAMM terlibat secara terus dalam aktiviti penampalan sticker di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.

Apa yang lawaknya di sini GR lihat macam biasa, puak-puak PR nie dengan selamba mengatakan ini semua angkara UMNO kerana ingin mendapatkan publisiti murahan. Pembaca fikirlah secara matang yer...kenapa sticker-sticker tersebut ditampal ketika pejabat UMNO Bahagian Seputeh ditutup? Puak SAMM ini mengatakan ABU ini adalah hasil dorongan rakyat Malaysia yang sudah menyampah dengan UMNO dan bencikan UMNO, GR ingin menyatakan di sini berapa ramai rakyat Malaysia yang menyokong idea-idea BODOH puak-puak SAMM nie?? Kalau kita lihat dalam program yang mereka anjurkan kenapa tidak mendapat sambutan??


Lagi satu dalam kenyataan puak-puak ABU nie, sticker ABU ini telah pun sampai ke Sydney, Australia. Dengan menampal sticker sebegini pada sesetengah tempat yang kita pun tidak ketahui tempat sebenarnya, mereka mengatakan sticker (gambar di atas) berada di Australia. Jangan BODOHkan rakyat Malaysia kerana mereka tidak BODOH seperti puak-puak SAMM dan PR.

GR ingin sarankan pada Chegu Bard...sudah-sudahlah buat publisiti murahan. Tidak ada gunanya kerahkan budak-budak SAMM melakukan kerja-kerja BODOH macam nie. Di hari lebaran ini lebih baik mereka menghabiskan masa mereka bersama keluarga dan sanak saudara berhari raya dan bermaaf-maafan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, puak-puak ABU ini dah meroyan kerana disebabkan YB Teresa Kok sudah mula tidak diterima oleh rakyat di Seputeh. Di manakah ahli parlimen yang mereka harapkan untuk membela nasib rakyat? Ahli Parlimen yang malas untuk turun padang bertemu dengan rakyat. "No Claim, No Help" itulah slogan Teresa Kok, alamatnya mati kebulurlah rakyat macam nie. Macam mana rakyat nak jumpa wakil rakyat sendiri yang jarang turun padang, betul tak??

Segala bantuan yang diberikan dan diterima oleh rakyat di Seputeh adalah hasil dari UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Penerima BR1M di Seputeh majoriti yang menerima adalah dari bangsa Cina. Permohonan penjaja-penjaja kecil ingin mendapat lesen berniaga di kawasan Seputeh yang membantu adalah dari UMNO dan juga BN. Mana ahli parlimen Seputeh, takkan duduk goyang kaki saja. So pembaca sekalian fikir-fikirkanlah kenapa puak-puak SAMM dan ABU ini meroyan tak tentu pasal sampai sanggup buat perbuatan yang terkutuk ini....



GR kata: Budak Chegubard si Azmir kata 'Tiada Islam dalam PKR'...bahaya tue. Tunggu kupasan seterusnya nanti yer...kesian tengok budak-budak SAMM cari duit raya nie...Hi hi hi

Wednesday, August 22, 2012

STUDENT MALAYSIA DI LUAR NEGARA TERHARU DENGAN PM @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara agar belajar bersungguh-sungguh dan menguruskan diri dengan baik supaya dapat membuat sumbangan kepada kejayaan negara.

"Teman pelajar saya di luar negara, anda adalah duta kecil negara. Belajar bersungguh-sungguh dan mengurus dirimu dengan baik untuk membantu negara andaberjaya," twit beliau pada pukul 10.30 malam Selasa.

Pada 1 Syawal Ahad lalu, Najib turut menyampaikan mesej yang sama semasamengadakan sidang televideo secara serentak dengan pelajar dan duta Malaysia di lima negara di Seri Perdana, Putrajaya.

Sidang televideo selama 45 minit itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bersama perwakilan dari Jakarta (Indonesia), Canberra (Australia), London (United Kingdom), Beijing (China) dan Tokyo (Jepun). - BERNAMA

AKHIRNYA NORISH KARMAN MENGAKU JUA..!!


“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.

Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman.

Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Norish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”

Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”

Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.

“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman. - RotiKaya


GR kata: Artis dah mengaku...ketua pembangkang tu bila nak mengaku ek??

VIDEO YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT RAKYAT MALAYSIA

 



GR kata: Rela berkorban apa saja... amanah bangsa tetap dijaga... kami berikrar akan setia demi agama bangsa dan negara...

Tuesday, August 21, 2012

AKHIRNYA @abby_abadi112 MENYESAL IKUT NIK AZIZ!?


Abby Abadi yang berhijrah dan kemudianya menyertai ahli Pas sering di kritik dan di fitnah akibat kelantanganya menyuarakan sesuatu pendapat. Namun bagi Abby Abadi sendiri, dia tidak mengambil peduli semua itu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya. Apabila ditanya soal politik, Abby menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya sebagai ahli politik.

“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.”

“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik,”

“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,”

Abby Abadi yang masih sayangkan dunia lakonan lantas menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang hiburan melainkan kerajaan tumbang.

“Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan,” tegasnya.

“Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.”

“Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain,” - SH


GR kata: Kalau buat benda yang betul, siapa nak marah betul tak?? Fahamkan hadith Nabi: Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina....

KENAPA PEMIMPIN PAKATAN TAKUT DENGAN KARPAL SINGH??


Negara Islam...itulah yang ingin diperjuangkan oleh PAS jika mereka berjaya menakluk Putrajaya pada PRU 13 nanti. Tapi itu hanyalah  omong kosong yang dijanjikan oleh PAS pada rakyat Malaysia. Bukankah Malaysia sejak dulu lagi merupakan negara Islam selepas Islam berkembang di Malaysia.

Jangan pulak lepas nie ade kita dengar Islam berkembang di Malaysia adalah disebabkan 'dakwah PAS'.....alamatnya sesatlah umat Islam. Dalam isu Hudud, Karpal Singh betul berkeras untuk tidak mahu laksanakan hukum hudud di Malaysia malah akan berjuang tidak mahu laksanakan negara Islam. Ini bermaksud beliau sendiri tidak menyokong Malaysia sekarang yang sememangnya negara Islam. Pembaca sekalian fikir-fikirkanlah jika mahu Malaysia ini sentiasa selamat dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

GR musykil kenapa pemimpin pakatan haprak yang lain tak berani bersuara yer? Baca lanjut di bawah :
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Penganalisis politik di negara ini tertanya-tanya dengan tindakan DAP yang meletakkan tanggungjawab menjelaskan penentangan parti itu terhadap hudud dan negara Islam PAS sepenuhnya di bahu Pengerusinya, Karpal Singh.

Rata-rata mereka mempersoalkan tindakan berdiam diri pemimpin kanan DAP lain termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebaliknya membiarkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu keseorangan.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia! Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali (gambar) berkata, pemimpin DAP yang lain berkemungkinan memilih pendekatan jalan selamat untuk tidak menyentuh isu itu. Katanya, taktik itu berkesan bagi membolehkan mereka menuding jari ke arah Karpal sekiranya pertikaian isu tersebut berada di luar kawalan sehingga meretakkan hubungan DAP dan PAS. - Utusan


GR kata: Pemimpin pakatan semua kecut takder teloq. Mesti ada udang sebalik mee kan??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 20, 2012

STATEMENT YANG BUAT ANUWAR BENGANG DENGAN RAKYAT MALAYSIA!!


PUTRAJAYA: Majoriti rakyat negara ini menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya, golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus. Katanya, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.

Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

"Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam. Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib. Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Devamany berkata, golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat dinegara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka. Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui facebook, twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka," katanya. - BERNAMA

PANAS RAYA: FOTO AWEK BERKEMBAN KANTOI TERSEBAR!


Bukannya GR sengaja ingin mengeluarkan aritikel yang berbau lucah di bulan Syawal yang mulia ini. Tapi apakan daya ada juga manusia yang sanggup melakukan sebegini rupa. Lihatlah di bawah, GR sendiri pun tak sanggup nak tengok....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Macam mana? Tengok lagi di bawah....
 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



 Amacam loya tak tekak korang...Keh keh keh..Jangan mareeee yer. Hari Raya nie. GR mohon ampun dan maaf yer. Santai-santai di hari lebaran....Hi hi hi


GR kata: Maaf Zahir dan Batin

 

Sunday, August 19, 2012

FOTO: PETANDA YANG BUAT ANUWAR MEROYAN!?


PUTRAJAYA: Beribu-ribu membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Ahad bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau.

Ribuan orang mula beratur di luar Seri Perdana seawal pukul 9 pagi, yang tiba dari seluruh negara malah dari luar negara bagi menghadiri rumah terbuka tahunan Perdana Menteri di sini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mula menyambut kunjungan orang ramai pada pukul 11 pagi, dan ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Turut hadir ialah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamaed dan para pemimpin Barisan Nasional seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Atlet Olimpik negara, Datuk Lee Chong Wei yang turut hadir turut dikerumuni oleh para penyokong dan peminatnya dengan banyak permintaan untuk bergambar bersama dengan beliau. Setakat pukul 1 petang, kira-kira 20,000 orang, termasuk pelancong hadir pada sambutan perayaan hari raya pada Ahad.

LGE dan Teresa Kok pun ada..Anuwar mane??

Majlis itu dijangka menerima kunjungan 100,000 tetamu. Najib turut dijadualkan untuk mengadakan sidang video dengan rakyat Malaysia di Beijing kemudian pada Ahad. - mStar


GR kata: Rakyat Malaysia masih sayang PM dan Kerajaan yang sedia ada sekarang. Rakyat Malaysia yang akan pertahankan Putrajaya dari petualang negara.

POK NIK MALU FITNAH NASHARUDDIN TANPA USUL PERIKSA!!


Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

- Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.

- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Sumber: Utusan

ANWAR DAH INSAF, MOHON MAAF DI HARI LEBARAN??


Anwar Ibrahim sudah kembali ke pangkal jalan? Betul ker? Boleh percaya ker? Seorang yang pandai bermuka-muka, jika dalam arena politik ini ada anugerah pelakon terbaik....sudah semestinya anugerah tersebut diberikan kepada beliau tanpa perlu dipertandingkan.

Malam semalam dalam blog rasmi Anwar Ibrahim satu artikel sempena Aidilfitri telah disiarkan bertajuk 'Perutusan Khas'. Dalam artikel tersebut Anwar Ibrahim menyeru semua puak-puak Pakatan Rakyat serta barisan kepimpinan mereka menghentikan fitnah yang selalu mereka lemparkan selama ini kepada YAB Perdana Menteri.

Beliau juga mengaku selama ini beliau sengaja melemparkan fitnah kerana gilakan jawatan Perdana Menteri yang beliau idam-idamkan selama ini. Malah dalam posting tersebut Anwar Ibrahim turut memperakui bahawa jawatan Perdana Menteri hanya untuk orang Melayu/Islam sahaja bukannya bangsa lain sebagaimana beliau kepada kaum-kaum lain di Malaysia.


Tapi yang menjadi kemusykilan, betul ker apa yang diluahkan oleh Anwar Ibrahim ini benar belaka. Dah banyak kali rakyat dipermainkan begitu saja, macam main guli jer Anwar buat pada kita semua. Difahamkan juga artikel tersebut keluar beberapa minit sebelum artikel sebenar keluar di blog rasmi tersebut. Pelik bin Ajaib nie....Siapa yang betul dan siapa yang salah?? Tapi macam biasa...Anwar akan cakap ini semua konspirasi UMNO/BN ingin menjatuhkan saya.... BOSAN!!

Anwar dah tak ada modal, itu jerlah ayat yang keluar dari mulut dia....tahap cipan!!

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Kalau bukan Anwar yang posting, siapakah yang posting yer?? Jeng jeng jeng...

Artikel pelbagai