Di sini GR ingin sambut arkitel dari sahabat blogger Rezqeen Hill menemui ketidaktulusan kakitangan penjawat awam DBKL dalam melaksanakan kerja mereka. Apakah mereka ini bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas?? Diaorang ni makan gaji buta ker?? Nak sabotaj Kerajaan ker?? Pada hal mereka bekerja dan berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan.
GR mohon agar pihak pengurusan tertinggi dan Datuk Bandar K.Lumpur ambil serius perkara ini sebab ini masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ditimpa masalah balik Kerajaan yang kena pada hal ini salah segelintir individu yang tidak amanah dalam menjalankan kerja mereka. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Diharap pembaca dapat baca isu yang GR ingin sharekan bersama dan nilailah sendiri apakah mutu kerja yang sebegini kita inginkan dalam Kerajaan, sedangkan YAB PM sudah berkali-kali kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!
Menariknya Tahun Baru Cina kali ini, saya telah menerima segulung notis bil² sewa rumah daripada Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yg dicampakkan ke dalam tong sampah rumah saya dan telah dijumpai oleh abg saya yg juga seorang blogger - PembelaWiraHah lagi menarik, sepatutnya bukan saya yg harus menerima bil² tersebut. Sebab..1- Alamat tersebut bukanlah di dlm tong sampah2- Saya bukan pekerja DBKL Kesilapan si pelaku meletakkan segulung bil² ini di dalam tong sampah rumah saya sangatlah best kerana dia tak menyedari siapa tuan rumah ini. Malangnya bagi si pelaku dan DBKL, bil² ini dijumpai di rumah blogger pro UMNO dan BN hehe.
Bil yg bertarikh bulan
Disember 2011, mempunyai 3 jenis variasi color ini tertulis
AMARAN,
PERINGATAN dan
RAMPASAN. Alamat bil² ini di
Perumahan Awam (PA) Seri Johor 4A, Bdr Tun Razak. Ia terletak 1.5 KM dari rumah saya.
Utk info, PA Seri Johor merupakan kawasan yg dilawati oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dalam
Program Turun Padang pada Jumaat lepas. Rujuk
sini.
Persoalannya, apakah motif di sebalik perkara ini?Segulung notis bil² dijumpai dalam tong sampah hmmm.. Perkara yg bermain dalam fikiran pembaca sekalian tentulah si penghantar ini PEMALAS orangnya. Dalam erti kata lain, dia mungkin mempunyai agenda tersendiri. Ini notis bil bulan Disember 2011, adakah bulan² sebelumnya dan akan datang juga dicampak dalam tong sampah rumah orang atau dibakar?
Perkara ini, DBKL perlu ambil perhatian dan Datuk Bandar wajib ambil tahu.
Untuk makluman, sekadar perkongsian bersama. Kawasan PA Seri Johor merupakan salah satu kawasan yg akan dibangunkan dalam Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Antara kawasan² sekitar yg akan dibangunkan ialah Seri Melaka, Seri Pulau Pinang, Tmn Seri Ikan Emas dan lain²
Seterusnya pembaca boleh baca di siniGR difahamkan dari sumber dalaman DBKL sendiri beritahu bil-bil bulanan (gambar di atas) yang sebelum ni pun pegawai DBKL tersebut buang juga. Apa kejadah buat keja memain macam ni...Sabotaj namanya ni dan menyusahkan rakyat akhirnya. Mohon DBKL ambil tindakan yang sewajarnya.
GR kata: Datuk Bandar KL tolong jawab perkara ini seberapa segera, jangan buat sambil lewa...rakyat akan salahkan Kerajaan juga akhirnya sebab tak buat keja!!!