Saturday, January 12, 2013

GEMPAR: PENCACAI #KL112 'MATI SYAHID' DI STADIUM MERDEKA?


Pertama sekali tahniah GR ucapakan pada Anwar dan Pakatan Haprak kerana berjaya mengadakan perhimpunan yang jumlah kehadirannya tak perlulah GR bagitau...bukan apa nanti malu puak-puak Pakatan nie kan. Target 1 juta rakyat hadir dan penuh confident akan turun menyokong mereka hanya mimpi di siang hari.

Terbaru, tadi GR lihat mamat ni tiba-tiba terpekik terlolong takbir kemudia jatuh rebah. Lihat dari jauh macam orang yang dah tak bernyawa. Tengok betul-betul MATI DIA DALAM SENYUM. Confirm masuk Syurga la tu kan. He he he...


Yang ni lagi sorang...sama ada mereka ini mati atau pengsan masih belum disahihkan lagi. Nampaknya lakonan 1st class pencacai-pencacai Anwar ni dilakukan sekali lagi. Dari Bersih 1.0 sampailah ke #KL112.

Bagi puak PAS pula confirm kata inilah perjuangan hakiki...mati syahid kerana perjuangan mereka. Betul tak Pok Nik?? Ha ha ha....


GR kata: PAS kata demo nie umpana berhimpun di Padang Ara'fah...gilor ape???

MISI BANG NON #KL112 BERJAYA MENGYAHUDIKAN ORANG ISLAM!!


Nahhhh...tu dia gambar yang diperolehi sekitar K.Lumpur hari ini. Kesian, sedih dan nak marah pun ada bila tengok orang Islam sendiri MENGAGUNGKAN Israel Yahudi.

Ini yang Anwar inginkan...memupuk nilai-nilai kafir Yahudi dalam diri rakyat Malaysia terutama sekali umat Islam. Seperti pendirian beliau yang sejak dahulu lagi menjadi kambing hitam pada Yahudi.

Tahniah Anwar dan Pakatan Haprak kerana berjaya 'MENGKAFIRKAN' umat Islam di Malaysia. Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS mau kata apa? Tak berani kata apa-apa sebab depa ni hanya keldai Pakatan Haprak.

Islam bakal hancur di Malaysia jika Pakatan Haprak memerintah Malaysia. Buat solat di Stadium Merdeka pun berkiblatkan ke Israel macam mana tu??


GR kata: Tak payah ubahlah...buang masa jer!!


PANAS: PENDEMO #KL112 SAMSENG BERTATOO DIKENALPASTI BAWA PEDANG SAMURAI? @PDRMsia


Siapa lelaki bertatoo ini? GR kenalpasti dia berlegar-legar di kawasan sekitar Stadium Merdeka dengan membawa senjata merbahaya. Maklumat GR terima lelaki ini standby untuk menerima Anwar untuk pukul Polis.

Dia berjalan bersama beberapa orang rakanya yang juga macai Pakatan Haprak. Lihat di bawah :


Bawa pedang samurai turun berdemo? Bukankah pihak Polis sudah memberikan garis panduan tidak boleh timbulkan sebarang provokasi dan perhimpunan hendaklah diadakan dalam keadaan aman.

Mohon pihak Polis pantau segera macai-macai Pakatan ni....jangan ada sebarang peristiwa berdarah terjadi lagi.


GR kata: DAP sengaja untuk timbulkan marah rakyat, nak buat 13 Mei lagi ker??

LATEST UPDATE #KK112: Mana Pergi Orang Di Stadium Merdeka Nie??

Korang lihat gambar-gambar sekitar di Stadium Merdeka. Sekarang jam sudah menunjukkan hampir 1.00pm. Ramai ini saja yang datang berhimpun ke Anwar??

Mana ribuan, jutaan rakyat memasuki KL yang digambarkan Anwar dalam Twitter beliau malam tadi? Pandai Anwar buat lawak king kan... Ha ha ha

Rakyat dah bosan dengan demo-demo ni. Yang hadir kali ini pun rakyat yang tak ada otak berfikir. Bila nak sedar pun tak tau lah. Rakyat Malaysia keseluruhannya mahu mengekalkan kestabilan negara yang dikecapi sekarang di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri bersama Kerajaan BN.

Korang tengok gambar-gambar yang bukan SUPERIMPOSE ni dan fikirkanlah sendiri yer. GR nak pi jumpa Anwar sat sebab tadi nampak dia la nie hilang pulak. Macam pelesit betullah... Keh3


GR kata: Stadium Merdeka tempat keramat tanda Malaysia capai kemerdekaan bukan tempat untuk mengubah keadaan!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPDATE #KL112: Ostajah @abby_abadi112 Dan Macai Demo Hilang Arah Tujuan! Kami Mau Ke Mana Nie??

GR sekarang berada di sekitar bandar KL melihat sendiri keadaan sebenar demontrasi yang kata puak Pakatan nie hebat sangat.

Apa yang hebatnya..korang tengok sendirilah. Dari tengah malam tadi hinggalah ke awal pagi Subuh, GR lihat tak ada sekor pun pencacai Pakatan ni di sekitar KL. Ada yang kata GR meroyan sebab demo start jam 2.00pm tapi kena sampai la nie ramai ni yang datang.

Korang tengok sendiri gambar-gambar yang dikongsikan, mana mereka ni nak pergi pun tak tau kan. Kumpul dari PJ hinggalah KL tiada sambutan. Nak berarak ke Stadium Merdeka pun kejap yang GR dengar bergerak sekarang kemudian hold dulu. Bila GR tanda macai-macai Pakatan ni, diaorang dah mula boring..apa ni? Mana satu ni??

Keh keh keh...itulah korang dah ke MAIN dengan Anwar dan kuncu-kuncunya. Buat semata-mata kerana Shamsidar, orang lain yang sedap orang lain yang tanggung. Ostajah Abby duduk dekat KLCC macam biasa tayang body control cun lepas tu terpekik terlolong. Mak sakit di hospital dibiarkan terlantar. Anak jenis apa ni yer??

GR ucapkan terima kasih pada rakyat Malaysia sebab korang dah sedar dan tak turun demo. Kalau turun pun akan jadi perkara yang sama macam demo Bersih dulu. Jelas rakyat Malaysia mahukan keamanan dan kemakmuran bukannya mahukan kekecohan dan huru hara.

Hari minggu adalah hari bersama keluarga dan insan bukannya hari JILAT BONTOT ANWAR!!


GR kata: Info terbaru pencacai demo nak buat huru hara sebab diaorang dipergunakan. Aik? Baru sedar ker?? Hi hi hi..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERKINI: CONFIRM ESOK DEMO #KL112 BATAL!!


Baru saja seketika tadi GR balik dari ronda-ronda Kuala Lumpur bersama rakan blogger Mat Kilau Penang. Apa yang GR lihat suasana KL malam minggu lengang. Mana pergi semua warga kota yer? Berhibur atau pun tidur...??

Masih ingat ketika Bersih 3.0, waktu malam macam ni macai-macai Pakatan Haprak dah buat bising macam anjing yang tak bertuan di sekitar Kuala Lumpur. Perangai mereka seolah-olah tidak mempunyai otak dan sayangnya otak yang Allah S.W.T kurniakan pada mereka tidak digunakan dengan baik.

Apa sudah jadi dengan Himpunan Shamsidar yang katanya ingin mengumpulkan 1 juta rakyat yang menyokong mereka? Pelik bin ajaib pun ada. KL lengang selengangnya. Baik di kawasan-kawasan biasa yang menjadi spot mereka tak ada kelihatan lansung macai-macai nie. Adakah mereka ini sudah serik dan sedar yang selama ini mereka hanya dipergunakan oleh Pakatan Haprak untuk kepentingan politik mereka saja??


Apa yang lihat di sekitar kawasan KL ada jugalah pencacai-pencacai Pakatan nie berlegar-legar dan kasihannya mereka ini seumpama tiada arah tujuan. Mereka datang KL awal malam, mana tempat tidurnya...hidup merempat seperti orang tiada kehidupan. Bukankah BODOH namanya tu? Itu pun masih tak nampak lagi ka? Anwar Ibrahim duk rumah atau mana-mana tengah 'sedap' dengan Shamsidar....korang duduk merempat berjalan sana sini tanpa arah tujuan.

Kawasan tumpuan di Stadium Merdeka juga GR lihat tidak kelihat pencacai-pencacai Pakatan ni. Boleh dikira dengan jari. Di kawasan Kg Baru pula hanya segelintir penjaja yang meniaga secara haram pula kelihatan. Itu pun tidak mendapat sambutan....itu lah meniaga dah la haram. Jual barang yang haram...kan dah tak laku. Hi hi hi....



Gambarannya di sini jelas, rakyat sudah mula sedar mereka hanya dipergunakan oleh Pakatan Haprak sebelum ini dengan pelbagai demonstrasi haram. Alhamdulillah, Allah S.W.T telah membuka hati rakyat untuk berfikir kebaikan dan keburukannya ikut puak-puak Pakatan nie. Ikut depa ni buat sakit badan dan buang masa jerk, yang dapat nanti gas pemedih mata jerlah sebab degil nak tunjuk terra kan.

Apa pun maklumat yang GR terima dari informer PKR dan DAP dari mana, di mana lokasi sebenar merek berkumpul dan berarak akan GR dedahkan esok. Diaorang pun jalan sorang-sorang jerlah gamaknya yer....Keh keh keh!!


GR kata: Aiyaaaa...ini malam meniaga tak ada untung lorrr!!

Friday, January 11, 2013

WOW..ANAK MUDA RAMAI DAFTAR UNTUK DAPAT TELEFON BLACKBERRY!! #bajet2013



Seramai 121,000 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM 200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata secara puratanya sebanyak 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu.
"Kita sangat gembira menyaksikan perkembangan positif daripada para belia di negara ini yang memberi sambutan baik terhadap pakej rebat yang dilancarkan kerajaan ini.
"Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran, pihak SKMM juga telah mengemas kini laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my," katanya kepada Bernama selepas sesi wawancara program Helo Malaysia di sini, malam Rabu.
Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat', iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu.
"Justeru belia yang ingin mendapatkan rebat itu perlu berbuat demikian dengan segera," katanya.
Mohamed Sharil berkata selepas belia mendaftar untuk mendapatkan rebat, tempoh sah untuk menggunakan rebat itu hanya diberikan selama sebulan. "Bagaimanapun jika rebat itu tidak digunakan selepas tamat tempoh sebulan, belia boleh mendaftar semula untuk mendapatkan rebat itu namun ia bergantung kepada berapa ramai belia telah menggunakan rebat itu," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 mengumumkan pemberian rebat RM 200 secara 'one-off' bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. - BERNAMA

GR kata: Untungnya dapat tepon BB ek..Hi hi hi

 

Thursday, January 10, 2013

ISU TANAH KELANTAN: NGA DAN NGEH DAH TERKENCING, PANCING DUIT UNTUK CARI PISAU.NET!!


Sudah hampir 3 minggu Isu Penyelewengan Tanah Kelantan ini didedahkan oleh blogger pisau.net tapi sehingga sekarang pelbagai dolak dalih yang cuba dibuat oleh DAP, PAS untuk mengkaburi mata rakyat. Jangan ingat rakyat BODOH yer wahai cina komunis DAP. Nasib rakyat bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada faham ka??

Perjalanan isu tanah Kelantan ini menjadi semakin kelakar. Pertamanya tanah seluas 10,526 ekar ini menjadi nilai suapan PAS kepada DAP kerana mahukan jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS. Tanah yang luasnya 4x ganda Putrajaya ini menjadi hak milik Nga dan Ngeh dengan sekelip mata saja.

Persoalannya sekarang kenapa Nik Aziz masih berdiam diri? Takkan dia sendiri tidak tahu menahu SUAPAN yang diberikan pada Nga dan Ngeh ini? Persoalan yang paling menarik sekali, tanah di Kelantan tapi kenapa mudah diberikan pada Cina DAP yang asal usul mereka bukannya anak jati Kelantan.

Nizar Jamaluddin pula baru nak bersuara tapi kantoi di awal-awal lagi PENIPUAN yang dibuat. Apa status seorang YB yang tidak boleh membezakan jenis surat rasmi Kerajaan dan juga Memo rasmi Kerajaan. Bukankah beliau sebelum ini mengelarkan CHAMPION OF THE WORLD bila bersuara, apatah lagi menabur FITNAH dan PENIPUAN mengenai UMNO/BN kepada rakyat.

Lihat di bawah memo yang GR maksudkan. Rujuk mymassa untuk pendedahan lanjut....



'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga' masih ingin berdolak dalih lagi Nga dan Ngeh. Sekarang pula memberi RASUAH pada rakyat Malaysia dengan menawarkan RM 1,000 pada siapa yang dapat memberikan maklumat pemilik sebenar blog Pisau.Net. Apakah nilai diri manusia boleh dibeli dengan wang? Ini bukan puak PKR mahupun PAS yang gilakan duit dan kuasa...sanggup gadaikan maruah diri semata-mata kerana wang.

Untuk makluman pembaca sekalian, bila pendedahan ini dibuat Nga dan Ngeh pernah menyatakan PAS telah tikam belakang dan permulaannya menafikan tentang rasuah terbesar ini. Selepas itu Nga dan Ngeh menafikan yang mereka tidak terlibat langsung dalam isu penyelewengan tanah Kelantan ini. Jika tidak terlibat kenapa perlu nak melenting betul tak? Kenapa kata PAS tikam belakang??

Lihat artikel dalam FMT di bawah yang awalnya di upload kemudian dibuang...atas sebab apa yer??



Artikel FMT yang dipadam FMT melaporkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin PAS telah membocorkan rahsia tentang perkaitan namanya dengan pemberian tanah di Gua Musang Kelantan.

Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS.

Beliau, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman mendakwa Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Datuk Nga Kor Ming merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.

Hamidah berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

"Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.

"Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. Itu.

"Dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut," katanya yang juga Adun Sungai Rapat.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan Adun Pantai Remis, Nga.- FMT

Haaaa...sekarang lu mau cerita apa Nga dan Ngeh. Sendiri punya hal lagi mau pusing-pusing ka? Patutlah dalam kem DAP pun ada kata untuk mereka berdua ni... "Pandai makan, pandai simpan la". Sekarang mau cari pemilik blog pisau.net pulak dah. Kalau isu gadai tanah Kelantan ini 'Fitnah' kenapa boleh ugut Dato' Hamidah dan lepas tu mengaku pulak syarikat terbabit 100% milik mereka dan juga mengaku mereka terlibat dalam penerimaan Tanah Kelantan.


GR kata: Kalau berani cari sendirilah oiii Cina DAP....

HAPPY BIRTHDAY NIK AZIZ! SEMOGA....!!


Happy Birthday Nik Aziz GR ucapkan pada beliau. Macam tak percaya pun ada nie, pertama kali dalam hidup GR ucapkan selamat hari jadi pada ulama' putar alam ni. Keh keh keh...

Di harapkan pada tahun ini Nik Aziz berfikirlah tentang kehidupan selepas mati nanti. Apa yang beliau buat selama ini dengan 'fatwa-fatwa politik' yang pelbagai harapnya sedarlah hanya demi kepentingan politik semata-mata.

Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai seorang Islam menyampaikan ajaran yang betul bukannya hanya untuk menjaga sebelah pihak saja. Mungkin ramai yang mendoakan untuk Nik Aziz pada ulangtahunnya kali ini, tapi GR cuma ingin bertanyakan pada Pok Nik....bila nak bersara dari dunia politik seperti yang beliau janjikan dulu pada zaman Tun M memerintah Malaysia??? 

Bila yer?? Rumah kata pergi....kubur kata mari....renung-renungkanlah yer....



GR kata: Sambut birthday tiup lilin potong kek ni haram tak kalau Pok Nik buat?? Hi hi hi....


RAFIZI TERIMA 'DUIT' DAP DEMI MENJATUHKAN BANGSA MELAYU!!


Hebat sangatkah Pengarah Strategi PKR nie? Lepas satu hal ke satu hal dibuatnya. GR lihat makanan sebati beliau dengan MENIPU rakyat gamaknya dengan berbuat demikian hidupnya aman agaknya.

Jika kita lihat pelbagi isu-isu baru yang ditimbulkan oleh Rafizi Ramli ini adalah untuk MENUTUP kes NFC yang mana penipuan beliau selama ini terbongkar sudah. NFC yang kita semua ketahui tidak ada kaitannya dengan bekas Menteri Wanita tapi dengan pengunduran beliau dalam jawatankuasa Kabinet menampakkan Rafizi berjaya MENIPU rakyat.

Bila pendedahan dibuat oleh blogger KL CHRONICLE, pandai pula Rafizi bersuara menyatakan NFC tidak telus memberikan maklumat kepada blogger tersebut. Aiiii...tau pulak takut yer.

Sebab itulah timbulnya pelbagai isu yang kita lihat sekarang ini tak masuk akal, senang kata HENTAM KEROMO jer asalkan boleh 'coverline'.

Baca di bawah :

Projek pembangunan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Putrajaya dijangka siap selewat-lewatnya pertengahan 2015.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelewatan pembinaan Puspahanas adalah berpunca daripada masalah pertukaran tanah dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami sedang memantau perkembangan Puspahanas dan sedia maklum kelewatan pembinaannya adalah berpunca akibat pertukaran tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN

Pembaca lihat kenyataan di atas ini jelas terjawab punca kelewatan pembinaan adalah punca dari pertukaran tanah. Ada ker proses pertukaran tanah boleh dilakukan dalam masa yang cukup singkat? Kita ambil contoh, tidakkah Rafizi berfikir dengan projek perumahan rakyat di Selangor yang secara tiba-tiba dinaikkan kepada rumah kos sederhana mewah. Jelas itu lebih membebankan rakyat dan penyelewengan juga boleh kita kaitkan di situ.

Jika kita fikir sejenak, segala isu yang cuba diputarbelitkan oleh Rafizi adalah mengenai institusi Melayu. Beliau seharusnya berbangga kerana institusi Melayu boleh berkembang pesat dalam arus pembangunan. Kenapa CEMBURU melihat anak bangsa sendiri maju ke depan? Rafizi ini bukan darah daging Melayu ker?

Sanggup mengadaikan maruah bangsa sendiri demi mendapat wang yang mungkin banyak DIBAYAR kepada beliau tapi sampai bila nak MAKAN duit serupa itu. Tahukah pembaca semua LTAT adalah sebuah badan berkanun dan fungsi badan berkanun ini ialah apa? Mesti ramai yang tahu bukan...

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang telah ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

LTAT merupakan tabung amanah dengan tanggungjawab asasnya untuk menguruskan kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara paling cekap untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya dan memastikan supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara.

LTAT mengamalkan strategi untuk melabur di dalam pelbagai sektor dan industri, untuk menjamin kemantapan pulangan pelaburan di dalam apa jua keadaan ekonomi dan untuk pertumbuhan pelaburan dalam jangkamasa panjang.

Bagi pulangan jangka pendek LTAT melabur di dalam Pasaran Wang dan Pasaran Saham. Operasi pasaran saham LTAT dikendalikan oleh beberapa pengurus dana tempatan dan unit portfolio urusniaga saham LTAT sendiri.



Jika LTAT sebuah badan berkanun dan mempunyai sektor pelaburan di dalamnya, kenapa salah LTAT mahu menjana pendapatan sendiri. Inilah fungsi mereka sebenarnya. Dan tidak ada sebab untuk mengaitkan Menteri Pertahanan atau pun Perdana Menteri dalam hal ini kerana setiap keputusan yang dibuat adalah merujuk kepada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Takkan itu pun Rafizi tak tau yer? Bukankah beliau dulu bekerja dalam Petronas yang kita semua tahu sebuah syarikat yang ternama. Mungkin disebabkan beliau tidak layak menjawat jawatan di Petronas sebab itu sanggup gadaikan maruah bangsa sendiri. Layakkah manusia seperti ini kita mahu angkat sebagai pemimpin?? Tepuk dada tanya selera.....


GR kata: Rafizi lain kali guna akal jangan guna pungkok yer....

HOT: MALAYSIA BAKAL DIKRISTIANKAN TAK LAMA LAGI!?


Malaysia adalah merupakan sebuah negara Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti negara Islam ini yang dari dahulunya dibanggakan oleh masyarakat negara-negara luar seluruh dunia akan menjadi seperti biasa-biasa saja. Ini adalah kerana keistimewaan itu tidak lagi kita kecapi disebabkan bukan lagi sebuah negara Islam.

Astagfirullah Hal'azim....semakin hari semakin kita ditunjukkan cara-cara halus yang dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Pokok pangkalnya umat Islam sendiri tidak bersatu demi menjaga Islam itu sendiri.

Dalam hal penggunaan Kalimah Allah S.W.T adalah DILARANG sama sekali untuk digunakan oleh agama lain selain agama Islam. Jika penggunaan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunakan sewenang-wenangnya mudahlah agama lain untuk menyamakan Allah S.W.T dan tuhan-tuhan mereka yang lain. Sudah semestinya umat Islam lain mudah terpedaya dengan penipuan-penipuan ini dan menjurus kepada MURTAD secara meluas.

Baca di bawah :

Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.

"Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.

"Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," menurut kenyataan.

Mereka menambah amalan tersebut "dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan" di bawah Perkara 11.

Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan "Allah", kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam.

GR cabar PAS, jika benar ada mengatakan dalam Al-Quran atau hadith sahih yang menerangkan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunapakai oleh semua agama tunjukkan. Atau pun Nik Aziz dan Hadi Awang ini belajar kitab taurat dan injil yang telah diubah suai. Layakkah mereka ini dipanggil ulama'??

Inilah sebenar matlamat puak Pakatan Haprak di Malaysia. Baik PAS dan PKR, umat Islam dalam parti tersebut sanggup bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan Islam di Malaysia ini. Inilah cara-cara halus mereka berdakwah untuk menyesatkan umat Islam itu sendiri terutama sekali untuk golongan anak muda. Mereka ini adalah golongan yang mudah terpedaya dengan apa saja yang ada di depan mata mereka tanpa berfikir panjang buruk baiknya. Yang penting apa yang mereka maukan, mereka boleh dapat.

Fikirkanlah wahai pembaca yang budiman, jika penggunaan Kalimah Allah S.W.T ini digunakan oleh agama lain...ini menunjukkan mereka mempermainkan kekuasaan Allah S.W.T dan mengejek-ejek Allah S.W.T adalah Tuhan yang satu. Tidak mustahil ada pihak yang tak bertanggungjawab menzahirkan siapa itu Allah S.W.T dengan menyamakan dengan perwatakan sesiapa. Walhal kita semua tahu Allah S.W.T adalah Tuhan semesta alam. Segala yang tercipta di muka bumi ini dan segala-galanya di bawah kekuasaan Allah S.W.T Pertahankan agama Islam itu sendiri kerana Islam adalah agama yang suci.


GR kata: Allah S.W.T Maha Berkuasa atas segala-galaNYA

Wednesday, January 9, 2013

PANAS: GILA BERCINTA, GAMBAR BOGEL JADI SASARAN!

Tindakan menyerahkan gambar bogel kepada seorang wanita yang baru dikenalinya melalui laman sosial WeChat akhirnya menjerat diri sendiri apabila dia menjadi mangsa ugutan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 20, berkata, dia mengenali wanita tersebut beberapa hari lalu sebelum bertukar maklumat dan berbual di internet.

Katanya, dia tertarik untuk mengenali wanita terbabit yang mempunyai wajah persis artis Hong Kong berdasarkan gambar profilnya.

"Ketika berbual, kami berjanji untuk saling bertukar gambar bogel sekadar untuk berseronok. Selepas saya serahkan gambar bogel saya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya pula.

"Bimbang perkara ini diketahui oleh ahli keluarga, saya merayu kepada dia untuk serahkan kembali gambar itu tetapi dia beri pelbagai alasan tidak munasabah," katanya selepas membuat aduan kepada Adun Keranji, Chen Fook Chye di sini.

Menurutnya, wanita terbabit mengarah untuk bertemunya di Ipoh dan memaksa membayar wang berjumlah RM500 jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan melalui internet.

"Wanita terbabit turut memaksa saya memuaskan nafsunya jika mahu gambar saya dikembalikan. Tidak berakhir di situ, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa wanita terbabit.

"Lelaki itu mendakwa saya sengaja hantar gambar lucah pada anaknya selain mengugut membuat laporan polis.

"Saya tertekan dan takut," katanya.

Wong berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kampar setelah tidak tahan dengan ugutan wanita terbabit.

"Saya bimbang gambar bogel saya akhirnya tersebar di internet. Saya menyesal dengan tindakan tidak bijak saya ini," katanya.

GR kata: Cinta tak kenal siapa...

"APA MALANG NASIB KAMI, BANTULAH KAMI YB! DI MANAKAH KAU MENGHILANG"?


Ramai yang kata, tak ada elektrik tak apa...jangan tak ada air. Ini menunjukkan penggunaan air lebih penting dalam kehidupan seharian kita. Apa tidaknya urusan membersihkan diri, makan, minum dan sebagainya semuanya memerlukan air.

Apa sudah terjadi dengan SYABAS? Semakin hari semakin teruk. SYABAS di bawah pengurusan yang majoritinya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, kenapa sampai jadi macam ni sekali. Mana MB Selangor yang katanya hebat dalam mentadbir Selangor selama 4 tahun ini, Bdr Tun Razak jadi kering kontang sekarang nie. Mana anda wahai MB Selangor??

Masalah air di kawasan Bdr Tun Razak menjadi semakin serius. Mana Ahli Parlimen dikala rakyat merana ambil air ke hulu hilir. Jenis manusia yang berhati perut langsung ker, kata PKR menjaga setiap kebajikan rakyat?? Apalah nasib rakyat di Bdr Tun Razak, pembaca lihatlah vide di bawah nie luahan hati rakyat sendiri :





GR kata: Tak mandi badan busuk, Khalid Gagap nak semua ikut perangai busuk dia kot.

PANAS: NURSE TAK TAHAN AJAK PESAKIT 'EHEM-EHEM' ATAS KATIL!!



Seorang jururawat perempuan terpaksa kehilangan lesennya dalam jangka masa 20 tahun setelah mengaku mengadakan hubungan seks dengan pesakitnya yang sedang sakit. Parahnya lagi, pesakit ini sudah berkahwin.

Lesen Amber Van Brunt (33) ditarik lembaga Oklahoma Nursing Board, pada Ogos tahun lalu. Kini, dia meminta melalui pengadilan Oklahoma County, Amerika Syarikat (AS) untuk mengembalikan kembali lesen itu setelah skandal tersebut terjadi.

Dalam perbicaraan itu sebuah pertanyaan muncul, adakah seorang jururawat diizinkan berhubungan seks dengan pesakitnya? Pengacara Van Brunt mengatakan kepada hakim bahawa hubungan seks dengan pesakit adalah masalah peribadi dan bukan dilakukan ketika sedang tugas. Dia mengunjungi pesakit sebagai teman dan bukan ketika sedang merawatnya.

Pesakit bernama Chris Reiter (43) menderita penyakit Lou Gehrig. Dia mengaku digoda oleh jururawat itu. Van Brunt bekerja di RS Angelic Family Hospice, Shawnee. Dia mulai bekerja merawat Reiter yang sebelumnya bekerja sebagai salesman Hershey Foods, November 2009.Isterinya, Liz Reiter (41) mula curiga suaminya berselingkuh.

Pada awalnya sang suami menolak tuduhan itu tetapi ia menemukan sesuatu di komputernya antara suami dan pesakitnya setelah suami mengaku cuba bunuh diri.  – boyzonne


GR kata: Macam-macam bila nafsu mula menguasai diri kita....

Tuesday, January 8, 2013

HOT VIDEO: TERESA KOK AJAR ANAK MUDA DI KAWASANNYA JADI BANGANG!! #KL112


Sungguh memalukan perangai seorang ahli parlimen yang sudah kita semua kenali perangai sebenarnya. Memang hampir 10 jawatan jelas kegilaan kuasa dalam puak DAP ni. Pelbagai kejadian yang tidak bermoral berlaku di kawasan Seputeh.

Adakah semua ini salah UMNO/BN jugak?? Dah tak ada idea inilah jadinya upah budak-budak buat kerja tak bermoral. Ahli Parlimen apa macam ni yer? No Complain No Help tapi jenis tak buat kerja.

Lihatlah video di bawah, macam ni ker puak Pakatan Haprak...perangai macam orang tak ada otak :





GR kata: Tak sudah-sudah demo...buatlah guna otak sikit. Ada yang ikut jugak tak tau lah. Ini Malaysia bukannya negara lain. Jangan jadi BODOH yer!!!

Siapa Anwar Nak Kurang Ajar Dengan Sultan?? #PRmenipu

Apa sajalah puak Pakatan Haprak ni, ada saja yang tak kena. Isu penyelewengan Tanah Kelantan masih belum selesai...kenapa diam membisu??

Jika berani dan bersikap adil untuk rakyat...apatah lagi perjuangan politik mereka selama ini 'bersih belaka' tiada sebarang kotoran degil, perjelaskan perkara sebenar pada rakyat.

GR ingin memberitahu pembaca sekalian, isu Kalimah Allah ini adalah perkara lama yang cuba ditimbulkan semula oleh puak Pakatan Haprak semata-mata untuk kaburkan pemikiran rakyat dari isu Tanah Kelantan. Keputusan mahkamah rayuan juga masih dalam proses dan pertimbangan.

Anwar sekarang cuba untuk menjadi 'Mufti' yang tak bertauliah, menyokong Kalimah Allah boleh digunapakai oleh agama lain. Ini adalah salah satu cara puak Pakatan untuk menimbulkan kemarahan semua kaum dan lama-kelamaan boleh menghuru-harakan negara.

Alasan tak masuk akal Anwar macam biasa...semuanya salah UMNO/BN. Persoalannya sekarang siapa yang menimbulkan isu-isu mengarut ni yer demi kepentingan peribadi? Siapa? Jawablah Pak Sheikh Anwar....

Anwar cuba memutarbelitkan fakta dengan fungsi MAIS ini adalah kerana Exco Agama Neg Selangor sekarang siapa ye? Korang fikir-fikirkanlah yer....

Baca lagi di bawah :

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

"Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor...bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat dan tidak kepada Umno," katanya dalam nada sinis pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan itu, Mohd Misri berkata Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 6 Januari lalu berhubung perkara itu.

Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah Allah adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

GR kata: MAIS di bawah JAIS...itu bukan kuasa di bawah Kerajaan Negeri ke??

PAS KANTOI MAKAN DUIT ANAK YATIM! PAKAI MAZHAB MANA NIE??


PAS berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memali mendakwa, wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas dan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.

"Jangan pula lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu penyelewengan Tabung Memali ini pun isu basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.

"Tapi ke mana hilang semua harta balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali ini? Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diberi kepada balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali.

"Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali, Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa Pas tidak siasat," katanya dalam majlis taklimat kepada sekumpulan anak muda, di sini malam tadi.

Anak-anak muda tersebut terdiri daripada mereka yang menghubungi Zainon dan mengunjungi Kampung Memali di Kedah bagi mengetahui kisah sebenar berhubung isu dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.

Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.

Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.

Sementara itu, ditanya mengapa beliau tampil mendedah dan mendesak kepimpinan Pas menyiasat penyelewengan tersebut, Zainon berkata, sudah cukup beliau menyaksikan penderitaan mangsa Memali yang dibiarkan sedangkan 'harta' mereka berjuta-juta ringgit.

"Ada seorang balu yang meninggal tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dengan kaki bernanah dan berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?.

"Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim ini, sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham soal halal haram memakan harta anak yatim membiarkan mereka ini tanpa sebarang perhatian malah menekan kami," katanya.


GR kata: PAS ni faham hukum hakam Islam ke tak yer??

Monday, January 7, 2013

ROS Perlu Siasat Pemilihan Jawatankuasa DAP! @Zahid_Hamidi

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata hanya ROS yang boleh menyiasat perkara itu.

"Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin ROS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu.

"Itu terpulang kepada ROS untuk mengharamkan DAP atau tidak," katanya kepadapemberita selepas majlis penyampaian sumbangan 1 Ihsan Samudera Bagan Datoh kepada 876 nelayan, di sini, Ahad.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Ahmad Zahid mendakwa alasan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan undi itu adalah bagi membolehkan mereka meletakkan Zairil sebagai wakil Melayu dalam CEC.

"Maka mereka menyusun strategi yang kononnya kiraan undi itu salah selepas tiga minggu (pemilihan). Ini memperlihatkan mereka tidak telus.

"Tetapi kalau pengundian itu dibuat selepas sehari atau dua (hari) mungkin munasabah tetapi apabila media memberikan komen maka mereka cuba untuk mengelirukan keadaan kononnya mengira semula undi," katanya. - BERNAMA

GR kata: Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih...

HASILNYA BILA AIZAT DAN YUNA BERSATU! #AJL27


Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27. Membawakan elemen air pada AJL yang lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi Seni’.

Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.

Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan penonton di Stadium Putra dan juga di rumah.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) :

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai - Aizat

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)


GR kata: Tahniah Aizat dan Yuna...Aizat, lu memang sempoi bro.

Sunday, January 6, 2013

SURAT TERBUKA RAKYAT PERAK PADA NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM!!


Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,

Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13 nanti.

Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman maksudkan adalah seperti berikut:

1) Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini.

2) Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.

3) Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari fakta 1) dan 2)

Apakah kaitan fakta-fakta di atas dengan rahmat dan petunjuk Allah yang Teman nyatakan diawal penulisan ini? Apa yang Teman maksudkan ialah Allah telah memberikan petunjuk bahawa ‘kita’ (Melayu, Muslim dan Bumiputra) belum lagi mampu bersaing ‘atas tanah yang rata’ lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, sementara ‘kita’ menyiapkan diri terlebih dahulu.

Bukanlah niat Teman hendak menjadi pesimistik tetapi apa yang YB Ngeh Koo Ham telah lakukan, hakikat dimana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang (kesalahan moral mungkin), cuma menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan keupayaan ‘mereka’ dari pelbagai segi termasuk kekuatan pemikiran, modal dan rangkaian yang ‘kita’ masih lagi terlalu jauh untuk memilikinya.

Apa yang lebih membimbangkan, selain memiliki keupayaan-keupayaan ini, tiada ternampak pula bibit-bibit keinginan untuk ‘mereka’ berkongsi dengan ‘kita’ dan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada ‘kita’. Ini dibuktikan dengan pembolotan hak milik UPSB oleh ‘mereka’ hampir seratus peratus. Turut membimbangkan adalah bagaimana entiti-entiti ‘kita’ seperti YIK terus-terusan dieksploit oleh ‘mereka’ dalam mendapatkan projek-projek yang berskala besar. Memanglah ‘kita’ boleh berterus-terusan memberikan alasan ‘kita’ belum mampu, belum cukup pandai dan lain-lain maka ‘kita’ perlu serahkan projek itu kepada ‘mereka’ tetapi bukankah ini juga bermaksud ‘kita’ perlukan lebih masa untuk menyiapkan diri, lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, seperti yang telah Teman nyatakan di atas.

Jika dilihat dari perspektif ini, rahmat Allah SWT kepada rakyat negeri Perak telah turun seawal 2009 lagi dengan pertukaran semula kerajaan negeri Perak ke tangan BN. Kalau tidak cuba ‘kita’ bayangkan apa yang YB Ngeh Koo Ham dan ‘mereka’ boleh capai dalam tempoh empat tahun yang telah berlalu (2008 sehingga kini). Sedangkan dengan kehilangan kuasa pun beliau boleh membeli saham UPSB dan menguasai pengusahaan tanah YIK, inikan pula jika ‘mereka’ berkuasa dahulu.

Dan cuba bayangkan, apa yang ‘mereka’ boleh lakukan jika ‘mereka’ menang dalam PRU13 yang akan datang seterusnya berkuasa untuk empat atau lima tahun lagi diwaktu tiada langsung bibit-bibit bukti yang ‘mereka’ ingin berkongsi dengan ‘kita’. Satu perkara yang selalu ‘kita’ lupa, selepas PRU12 memanglah jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS kerana diwaktu itu DAP tiada calon Melayu tetapi perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana DAP telah belajar dari kesilapan terdahulu. Dikhabarkan, DAP akan meletakkan calon-calon Melayu di Perak untuk membolehkan ‘mereka’ menduduki kerusi Menteri Besar jika ‘mereka’ menang kelak. Bayangkan apa yang akan terjadi.

Bayangkan juga darjah kerakusan ‘mereka’. Walaupun YB Ngeh Koo Ham mampu menyediakan duit puluhan juta untuk pembelian saham dan walaupun ‘mereka’ terus mendapat projek-projek dan tanah-tanah berskala besar, ‘mereka’ masih terus melaungkan slogan ‘DEB tidak adil’, ‘agihan kekayaan dan peluang tidak sama rata’ dan lain-lain lagi. Ini semua sepatutnya membuatkan ‘kita’ berfikir, apa yang ‘mereka’ mahukan lagi?

Mungkin ada yang berhujah PAS dan PKR akan mengimbangi kuasa dan keupayaan DAP jika mereka berkuasa kelak. Tetapi sejarah yang ada, bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan ini akan berlaku. Bukti-bukti yang ada adalah sebaliknya dimana entiti-entiti kita seperti YIK terus dieksploit, bukan secara salah dari segi undang-undang, tapi dari segi ketidakmampuan ‘kita’ sendiri. Ini belum lagi ‘kita’ bincangkan isu-isu lain seperti perlaksaan negara Islam dan hudud.

Akhir kata, Teman mengharapkan saudara-saudara senegeri Teman akan memikirkan sedalam-dalamnya perkara-perkara yang berbangkit dalam sehari dua ini. Tidakkah ia satu petunjuk dari Allah SWT tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU13 ini? Jika Allah telah merahmati ‘kita’ pada tahun 2009 dahulu, kenapa tidak Dia terus merahmati ‘kita’ sehingga kini dengan terus memberikan petunjuk dan pedomanNya agar ‘kita’ terus selamat dan sejahtera? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Negeri Perak semua.

DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN
Pensyarah Kanan,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
UTM, Johor Bahru.

PANAS: THE GLADIATORS MENGGANAS DI SHAH ALAM!! cc: @Zahid_Hamidi


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.

Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.

Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.

Dengan kemenangan ini juga membolehkan skuad kendalian B. Sathianathan berjaya menebus kekecewaan final Piala Malaysia selepas tewas 2-3 kepada The Red Warriors.


GR kata: Kemenangan ATM hadiah harijadi buat Menteri Pertahanan. Tahniah!!

Artikel pelbagai