Saturday, April 7, 2012
PANAS: ABANG...SAYA MASIH SAYANGKAN ABANG!!!
Pengusaha yang mencipta kejutan setelah kes mahkamah mengenai status jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka dukanya sejak bergelar isteri. Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti walaupun dilanda pelbagai dugaan.
“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian semalam.
Beliau berulang kali menyebut bahawa beliau akan sentiasa berdoa agar perkahwinannya dengan suaminya itu yang mereka bina sejak 19 Ogos 2009, akan terus bahagia.
Memulakan bicara dengan “assalamualaikum” suara Sri Wani kedengaran halus dan lembut di hujung talian.
“Saya sayangkan suami. Sudah hampir dua tahun kami berkahwin; kami sangat bahagia,” katanya.
Sri Wani menjelaskan, beliau tidak menyalahkan suami atas apa yang berlaku, sebaliknya percaya ada orang ketiga dalam hal ini. Tidak lokek berkongsi detik indah, Sri Wani memberitahu, perkenalan antaranya dan Bahrom bermula pada 2008 di Kuala Lumpur. Ketika itu, katanya, dia sudah empat tahun berpisah dengan suami pertamanya.
“Saya tidak tahu suami orang besar. Latar belakang suami sebagai seorang ahli akademik membuka hati saya untuk berkahwin sekali lagi.
“Beberapa bulan berkawan, kami akhirnya sepakat untuk berkahwin di Songkhla (Thailand) dan mendaftarkan pernikahan tidak lama selepas itu.
“Saya tertarik dengan keluhurannya untuk mengambil saya sebagai isteri. Dia ikhlas mahu membimbing saya kerana saya ketika itu seorang saudara baru,” katanya lembut.
Setiap perkataan yang dituturkan Sri Wani begitu tersusun. Katanya, MyKadnya membuktikan dia seorang wanita. Bahrom yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Beliau membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
Beliau bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani, yang memeluk Islam pada 2001.
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dua hari lalu, wanita berkulit putih mulus ini kelihatan berketerampilan, sesuai dengan latar belakangnya yang menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan.
Menyentuh isu tuntutan faraq (membatalkan perkahwinan) yang difailkan suaminya, Sri Wani berkata, dia bersedia memberikan kerjasama kepada mahkamah.
“Buat masa ini, kami diperintahkan untuk berpisah sementara oleh mahkamah. Saya tidak buat salah, jadi saya tidak takut.
“Mungkin saya ada musuh dalam perniagaan. Ini risiko sebagai usahawan. Kenapa orang lain berniaga maju tetapi kita mundur? Kerana kita penuh dengan hasad dengki dan suka menjatuhkan maruah orang lain?” katanya tenang, tetapi berlapik kerana tidak mahu mengguris perasaan orang lain.
Menyifatkan perkara ini sebagai asam garam kehidupan, Sri Wani tidak menafikan rasa derita itu ada.
“Saya faham, dugaan sebagai saudara baru kuat. Musuh akan gembira bila tengok kita derita.
“Saya pun tak tahu kenapa orang tidak puas hati dengan saya. Saya sangat derita kerana hal ini buat saya dan suami selisih faham dan rumah tangga kami roboh,” katanya.
Di akhir perbualan, Sri Wani berkata, dia benar-benar berharap masyarakat tidak menghukumnya dengan pelbagai andaian dan pandangan negatif.
“Janganlah cepat membuat keputusan. Selepas kes mahkamah ini selesai, saya akan tampil membuat sidang media. Terima kasih kepada Sinar Harian kerana beri saya peluang untuk membuat kenyataan,” katanya. - SH
GR kata: Lelaki ke wanita Isteri pensyarah terbabit hanya Tuhan saja yang tahu....
PANAS: ABG BOMBA ADA HUBUNGAN DENGAN PEMIMPIN PUTERI?? @Rosnah_ARS @NajibRazak
Dalam setiap hubungan yang Allah jadikan mesti berpasangan. Wanita dijadikan berpasangan dengan lelaki, begitu juga dengan lelaki. Tetapi masih ada manusia yang cetek pemikirannya lebih cenderung kepada pasangan yang sama jenis. Apakah golongan seperti mereka ini tidak takut dengan azab Allah S.W.T???
GR difahamkan gambar di atas adalah seorang pegawai bomba yang bertugas di Papar kawasan seseorang pemimpin di negara ini yang juga berasal di kawasan tersebut. Beliau meluahkan perasaan beliau yang sudah terbuku selama ini kepada pemimpin tersebut. Difahamkan juga perasaan kasih dan sayang yang beliau luahkan disebabkan memendamnya begitu lama.
Pembaca lihat sendiri video di bawah, apa yang dikata oleh pegawai Bomba tersebut...
GR kata: Ternyata rakyat di Papar masih sayangkan YB Datuk Rosnah sebagai pemimpin mereka. Mereka juga berasa senang hati kerana pemimpin mereka berjiwa rakyat dan dekat dihati mereka. Kenapa perlu ada anasir-anasir yang cuba SABOTAJ beliau?? Pemimpin wanita muda seperti beliau harus diKEKALkan di Sabah....
SIAPA NAK PTPTN FREE, MAI BINCANG SINI #mejabulatptptn
Pemuda UMNO akan menjadi jambatan antara mahasiswa dengan kerajaan berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mencari mekanisme yang terbaik untuk kepentingan bersama.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Jamaluddin berkata bagi mencapai tujuan itu, pihaknya dengan kerjasama Biro IPT UMNO Malaysia akan mengadakan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang akan dijadikan sebagai wadah untuk mencari jalan keluar mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai PTPTN.
Menurut beliau pihaknya amat terbuka dalam hal berkenaan bagi mendengar secara dekat suara generasi muda dan menjadikan rundingan meja bulat tersebut sebagai jalan penyelesaian untuk mencapai resolusi yang terbaik.
“Kita akui PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk menjayakan pembelajaran masing-masing tetapi pada masa yang sama tidak menolak kaedah bayaran balik PTPTN dan isu lain yang berkaitan mendapat rungutan dikalangan pelajar dan ibu bapa.
“Atas dasar itulah kita terpanggil untuk menjadikan meja bulat ini sebagai platform kepada kajian dan pada akhirnya kita mengharapkan satu resolusi yang terbaik untuk kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita mengharapkan keterbukaan Datuk Seri Najib dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan bersama. Sebelum ini pun, Datuk Seri Najib telah memberikan perhatian yang cukup serius hasil Makmal Pemuda BN yang kita adakan dan itulah yang kita harapkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Syahrin seterusnya menambah seramai 200 peserta yang akan terlibat daripada seluruh IPTA dan IPTS termasuklah wakil daripada pihak PTPTN.
Malah kata beliau lagi pihaknya juga turut menyediakan kemudahan facebook dan twitter bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk sama-sama memberikan buah fikiran bagi menjayakan lagi rundingan meja bulat berkenaan.
“Orang ramai di seluruh negara boleh turut serta bersama-sama dengan kita menerusi media maya berkenaan. Oleh itu kita amat mengharapkan seluruh mahasiswa termasuklah ibu bapa memberikan cadangan yang terbaik untuk kita rumuskan dalam mencari resolusi yang terbaik berhubung perkara berkenaan.
“Kita akan adakan rundingan meja bulat itu selama tiga hari dua malam bermula pada 10 April ini di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur. Mereka yang ingin memberikan penadpat bolehlah melayari facebook kami di www.facebook.com/mejabulatptptn dan akaun twitter pula #mejabulatptptn. Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin akan terlibat sama pada majlis penutup,” katanya - UMNO Online
GR kata: Kepada semua rakyat Malaysia yang ada sebarang pertanyaan atau pun idea boleh sertai program ini. Demi mendapatkan maklumat yang tepat bukan dengar dari sebelah pihak yang suka tabur fitnah...
VIDEO PANAS: MAHASISWA SOKONG BERSIH 3.0?? #AmanKampus
Si perosak bangsa
GR kata: Mahasiswa jangan sia-siakan maha depan korang. Ingat pesan ibu bapa korang...
PAS BAKAL TUKAR AGAMA?? OSTAD PAS TOLONG JAWAB!!
Di manakah pendirian dan perjuangan sebenar PAS sebenarnya?? Apakah mereka ini hanya menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk mereka berpolitik? Menggunakan Islam untuk meraih simpati rakyat dan undi kepada mereka?? Lihat sajalah keratan akhbar di atas...di manakah PAS ini sebenarnya??
Pada pendapat GR, jika benar PAS ini mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam kenapa harus diperbanyakkan rumah ibadat kaum yang bukan Islam. Bukan tidak boleh didirikan, tapi kena harus lebih banyak dibina, mungkinkah suatu hari nanti masjid dan surau akan terhapus begitu saja seperti yang terjadi di negara-negara luar.
Inilah adalah rancangan jahat Pakatan Pembangkang, mereka sedikit demi sedikit akan cuba menghapuskan Islam dan juga akan cuba memainkan isu perkauman. Inikah parti yang katanya membela nasib rakyat? Apa yang mereka bawakan hanyalah dari suara rakyat?? Ini semua PENIPU BESAR dari puak-puak mereka ini. Sedarlah wahai pembaca sekalian, Pakatan Pembangkang hanya pandai berkata-kata, pandai menabur janji tapi tidak akan tunaikan janji tersebut. Mereka tidak pandang kebajikan rakyat sebenarnya, apa yang mereka tahu hanyalah untuk kepentingan peribadi mereka saja.
GR kata: Kesian tengok ulama' yang sebenar dalam PAS, hanya mampu diam. Tak boleh kata apa-apa!!!!
Friday, April 6, 2012
PANAS: COUPLE MELAYU KANTOI BEROMEN DALAM LIF!!
Apa nak jadi dengan budaya sekarang...di mana-mana saja pun jadi untuk melepaskan hawa nafsu. Inikah yang kita ingin banggakan dengan kehidupan yang semakin mencabar. Jika kita lihat gambar di atas, perwatakan mereka ini adalah orang Melayu dan Islam. Tak malu ker?? Di mana ianya berlaku GR tidak pasti kerana menerima emel dari pembaca GR. Lihat lagi gambar di bawah pasangan yang dah tak tahan ni....
Macam tak der tempat lain nak lepaskan nafsukan?? Apa nak jadi?? Tepuklah dada tanyalah iman...Renung-renungkan...
GR kata: Jangan jadi kawan syaitan, kawallah nafsu!! Macam mana dengan klip video pemimpin dengan China Doll, tak mengaku jugakan?? Isk isk isk...
PANAS: @Ambiga_S AJAR BUDAK KECIL TENTANG SEKSUALITI! MOHON SIASAT!!
Semasa berjalan-jalan di sebuah hipermarket di Cheras semalam, penulis terjumpa sebuah buku yang mengajar anak-anak yang membaca …
Yang penulis tahu, masa kecil dahulu kalau tidak silap cikgu penulis mengajar Z untuk zebra. Tapi buku yang penulis jumpa mengajar…Z untuk zakar! Adussss…
Perlukah budak berumur 5 atau 6 tahun diajar Z untuk zakar? Bodoh ke apa penerbit buku itu.
Memanglah secara teknikal zakar dieja dengan permulaan huruf z, dan secara teknikal betul la apa yang dicetak itu, namun seperti yang penulis cakap, perlukah tulis macam tu?
Apa takda benda lain ke nak buat contoh. Kalau bagi contoh Z untuk zorro pun lagi elok la banding dengan zakar. Ini betul-betul takda etika dan kawalan kualiti di pihak syarikat yang menerbitkan buku berkenaan.
Dan hipermarket yang jual buku itu pun sama-sama samdol dalam kes ini. Ini adalah contoh otak letak kat lutut, kalau bukan kat tempat z tu!
Penulis tak perlu nak jadi pakar psikologi untuk memberitahu contoh-contoh seperti yang terkandung dalam buku itu hanya memberikan pemahaman yang tidak perlu kepada kanak-kanak. Perlu ke budak perempuan atau lelaki 6 tahun belajar mengeja zakar?
Pihak yang berkenaan dan kementerian berkenaan terutama yang berkaitan dengan hal ehwal pengguna, sila la turun bawah buat kerja lebih sikit. Jangan anak-anak kecil dirosakkan secara halus.
Dan tolong perjelaskan camna buku begitu boleh terlepas ke pasaran? - Mynewshub
GR kata: Adakah ini yang perlu ada pada fikiran anak kecil?? Gejala sosial berleluasa itu yang Pakatan Pembangkang suka...betul tak??
PANAS: ALAMAK!! BINI AKU LELAKI RUPANYA...
Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak. Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut. Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani. - Kosmo
GR kata: Sekarang pun nak kahwin kena hati-hati takut 'sama' nanti...Haru biru beb!!
VIDEO PANAS: AMBIGA KENA SOUND DENGAN MAHASISWA? MALUNYA.. #AmanKampus
Lihat video ini khas untuk mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia dan fikirlah demonstrasi ini adalah budaya kita sebagai rakyat Malaysia atau pun tidak...
GR kata: Mahasiswa seharusnya menolak sebarang perkara yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Fikir matlamat mereka sebagai mahasiswa adalah untuk apa???
Thursday, April 5, 2012
KAMI RAKYAT L.PANTAI PUN MAU RUMAH CANTIK LA!! @RajaNongChik
Petang tadi telah berlangsung sidang media oleh YB Dato' Raja Nong Chik yang memperjelaskan hal sebenar flat 4 tingkat Kg Kerinchi yang dirobohkan. Tujuan flat tersebut dirobohkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi ingin memberikan kediaman yang lebih baik kepada rakyat dan penghuni di flat tersebut. Flat yang sudah berusia lebih 20 tahun itu sudah sampai masanya ianya diberikan penambahbaikan dan ini akan memberi keselesaan kepada penghuni apabila flat yang baru siap dibina di tapak yang sama.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, penghuni di flat tersebut juga telah diberikan duit pampasan sebanyak RM 73 ribu. Duit tersebut mereka juga sudah menerimanya dan seramai lebih 400 penghuni bersetuju perumahan flat mereka dimajukan cuma segelintir mereka yang seramai 35 orang penghuni yang membantah. Apakah ini yang boleh kita kategorikan Ahli Parlimen Lembah Pantai seorang yang berjaya dalam menjalankan tugas beliau?? Pada GR beliau berjaya, berjaya dari segi meracuni pemikiran penghuni yang berfikiran cetek dan tidak mahukan pembangunan.
Projek ini juga tidak melibatkan Kerajaan langsung, dan sistem lantikan pemaju dan kontraktor juga dilakukan secara telus dengan cara tender terbuka. Pemilihan kontraktor ini dilakukan secara bersama penduduk penghuni flat terbabit. Di manakah penyelewengan yang dikatakan oleh YB Nurul Izzah?? Selama 2 tahun inilah beliau meracuni pemikiran penghuni di Kg Kerinchi. Bukankah ini adalah rasa tanggungjawab Kerajaan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya.
Sementara menunggu perumahan baru siap dibina, penghuni diberikan tempat perumahan sementara dan kos pemindahan penghuni ke rumah sementara mereka ditanggung oleh pihak pemaju. Bukan itu saja, kos sewa rumah sementara ini juga ditanggung oleh pihak pemaju. Dan ini tidak membebankan penghuni flat terbabit. GR difahamkan juga pemaju turut membantu penghuni yang berpendapatan rendah dengan memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak mereka. Baik betul pemaju ni...tak macam Nurul Izzah kan....
Ternyata segala fitnah yang dilemparkan oleh Nurul Izzah termakan dirinya sendiri. Perkara yang baik dibuat oleh Kerajaan ada saja yang beliau akan putar belitkan. Wahai Nurul Izzah, U adalah seorang MP so buatlah cara kerja seorang MP yer...bukan duk rumah goyang kaki. Rakyat Lembah Pantai dah menyampah tengok muka ahli parlimen mereka yang tidak sedikit pun melihat nasihb kehidupan rakyat Lembah Pantai apatah lagi membela nasib mereka.
GR kata: Bestnya dapat rumah baru dan cantikkan. Terima kasih Kerajaan BN telah menyelesaikan masalah rakyat...
HOT: APA KES NAJIB & ANWAR NI?? @NajibRazak
Apa sebenarnya yang berlaku di antar YAB PM dan Anwar Ibrahim?? Ini sudah terbukti bahawa DS Najib Razak berjaya mentadbir negara dengan jayanya. Bukan seperti Anwar Ibrahim yang hanya pandai bermain dengan kata-kata.
Sebarkan poster di atas sebagai tanda kita rakyat Malaysia menghargai 3 tahun sempena YAB PM DS Najib Razak berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Transformasi yang dibawah oleh YAB PM diterima baik oleh rakyat dan sememangnya segala idea dan produk yang dihasilkan oleh rakyat hanyalah untuk dinikmati oleh rakyat.
Tahniah PM!! 3 tahun berjaya menjadi Malaysia terkenal di mata dunia!!!
GR kata: Rakyat Malaysia tolak reformasi!!!
PANAS: ANWAR KENA 'LIWAT' DI PARLIMEN??
Inilah dia Anwar Ibrahim, pengecut rupanya. Macam mana nak jadi Perdana Menteri macam ni kalau pengecut takder teloq camni?? Keh keh keh.
GR ingin mengucapkan SYABAS kepada DS Zahrain mendedahkan muslihat Anwar Ibrahim untuk merampas pentadbiran Kerajaan pada 16 September. Pada pendapat GR, kalau beliau tak 'kencing' sana sini buat apa keluar dewan ketika masih bersidang. Betul tak?? Kurang ajar namanya tu...!!!
Lihat video di bawah :
GR ingin mengucapkan SYABAS kepada DS Zahrain mendedahkan muslihat Anwar Ibrahim untuk merampas pentadbiran Kerajaan pada 16 September. Pada pendapat GR, kalau beliau tak 'kencing' sana sini buat apa keluar dewan ketika masih bersidang. Betul tak?? Kurang ajar namanya tu...!!!
Lihat video di bawah :
GR kata: Berani kerana benar, Takut kerana salah!!!
BONGKAR: BERSIH 3.0 MAHASISWA AKAN DIJADIKAN KELDAI PAKATAN!!
Bersih 3.0?? Apa benda tu?? Berhimpun tak sudah-sudah, inilah dia perangai manusia yang 'berakal tinggi' melangit. Dengan selamba badak puak-puak ini menyatakan tuntutan yang mereka minta ini adalah datangnya dari rakyat. Boleh percaya ker?? Rakyat mana yang minta pembaharuan ni?? Bukankah rakyat di Malaysia sekarang ini hidup aman dan tenteram, boleh cari makan, dapat bantuan lagi dari Kerajaan BN. Apa lagi??
Inilah dia Pakatan Pembangkang yang tak sudah-sudah menimbulkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka telah menanamkan pemikiran yang kotor pada minda rakyat sekarang. Alhamdulillah GR rasa bersyukur kerana tidak ramai masyarakat yang menerima bulat-bulat apa yang puak-puak ini lontarkan. Ini adalah kerana rakyat mempunyai akal fikiran yang baik dan mereka ini boleh menilai mana yang baik dan juga buruk.
Apakah ini contoh terbaik yang boleh diterima pakai oleh rakyat untuk menerima sesebuah parti itu boleh mentadbir negara dengan baik?? Tuntutan apa lagi yang mereka minta, sistem pilihanraya Malaysia kononya pada pendapat mereka korup dan tidak telus. Apakah kemenangan mereka berjaya menawan 5 negeri pada PRU 12 tidak menunjukkan ketelusan sistem pilihanraya tersebut.
GR difahamkan dari sumber dalaman Pakatan itu sendiri, himpunan kali ini mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menarik seberapa ramai rakyat bersama mereka. Mereka akan menggunakan mahasiswa yang sudah sedia menjadi keldai pada mereka. Kepada mahasiswa GR ingin nasihati janganlah terpedaya dengan janji manis puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka hanya gunakan anda sekalian untuk kepentingan peribadi mereka. Fikirlah masa depan korang dan harapan ibu bapa yang mahukan melihat korang berjaya di masa hadapan.
Ini agenda jahat mereka :
Team mahasiswa : " FOR BERSIH 3.0, I REALLY PUT MY HOPE ON MAHASISWA, THEY ARE VERY BRAVE" - DATO AMBIGA SREENEVASAN (PENGERUSI SEKRETARIAT BERSIH 2.0)
DALAM KEADAAN HARAPAN MASA DEPAN NEGARA YANG SEMAKIN KABUR, MAKA HARAPAN TERAKHIR SAYA ADALAH MAHASISWA" - DATUK A.SAMAD SAID (SASTERAWAN NEGARA MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA BERSIH 3.0)
Kenyataan yang GR perolehi dari sumber dalaman ini sudah cukup membuktikan mereka akan menggunakan mahasiswa kerana rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan apa yang mereka lakukan dan mereka tidak berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia.
GR mohon agar pihak IPTA & IPTS akan mengambil tindakan yang tegas kepada mahasiswa yang terbabit pada Bersih 3.0 nanti. Kepada mahasiswa sekali lagi GR ingin ingatkan fikirlah masa depan korang, jangan disebabkan duit upah yang korang bakal dapat nanti untuk turun Bersih 3.0 mata korang kelabu. Fikirlah nak duit yang tak seberapa dapat sekali jer atau pun masa depan yang cerah nanti dengan kerja dan gaji yang bagus.
GR kata: Nak suruh buat dakwat kekal pun SPR dah setuju akan buat PRU 13 nanti, daftar pemilih pun dah ok.. apa lagi?? Inilah dia manusia-manusia yang tak der otak!!!
PANAS: JANGAN MAIN-MAIN DENGAN RUMAH ALLAH S.W.T!!
Lihat gambar di atas, apakah mereka-mereka ini masih tidak sedar dengan bukti kekuasaan Allah?? Masih mempermainkan Islam demi kepentingan peribadi mereka sendiri untuk menang dalam PRU 13 nanti?? Inilah dia ostad-ostad PAS yang bijak pandai dalam agama tapi mempersiakan kelebihan yang Allah beri pada mereka.
Gambar di atas jelas menunjukkan seorang yang bukan Islam atau lebih eloknya tidak suci dari segi zahir dan batin tidak boleh masuk ke dalam rumah Allah. Lihat kawasan jemaah di bahagian bawah boleh banjir sebab pada hari sebelumnya pemimpin Pakatan Pembangkang bukan Islam masuk dalam masjid ini untuk bagi ceramah. Nampak pelikkan?? Tapi inilah dia bukti kekuasaan Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya.
GR kata: Kalau Ostad-ostad PAS tak sedar lagi tak tau lah!!!
MOHON BANTUAN: LAGI ANAK KECIL HILANG DICULIK!! @PDRMsia
Mohon bantuan kepada pembaca blog GR dan seluruh rakyat Malaysia. Jika terjumpa adik kecil ini boleh terus hubungi balai polis berdekatan dan talian yang tertera dalam gambar di atas.
GR kata: Mohon pertolongan dan doakan semoga adik kecil ini selamat....
SIAPA MAMAT NI?? SEMPOI LA DIA!! @azwanbro
Petang tadi GR dipelawa join program santai bersama mahasiswa. Bila sampai barulah GR tahu program dianjurkan oleh Ketua Pemuda UMNO Neg. Perak. Melihat dengan mata sendiri beliau memang seorang yang low profile dan senang digauli oleh semua lapisan orang muda.
Inilah pemimpin muda yang diingini oleh orang muda kerana mereka senang untuk bergaul berkongsi pendapat dan idea tentang apa saja perkara yang dibincangkan. Oleh sebab itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sdr Khairul Azwan Harun mengambil inisiatif mengadakan program mendekati mahasiswa dan siswi kerana kita semua tahu mereka ini adalah pelapis kepimpinan negara.
Bertempat di Teh Tarik Palace, The Curve program santai ini diadakan bersama mahasiswa-siswi anak Perak yang menuntut di kawasan Lembah Klang. Cara inilah yang dipraktikkan oleh YAB PM kerana ia dapat mendekatkan diri dengan rakyat dari hati ke hati.
GR kata: Tahniah Ketua Pemuda Negeri Perak!!!
Inilah pemimpin muda yang diingini oleh orang muda kerana mereka senang untuk bergaul berkongsi pendapat dan idea tentang apa saja perkara yang dibincangkan. Oleh sebab itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sdr Khairul Azwan Harun mengambil inisiatif mengadakan program mendekati mahasiswa dan siswi kerana kita semua tahu mereka ini adalah pelapis kepimpinan negara.
Bertempat di Teh Tarik Palace, The Curve program santai ini diadakan bersama mahasiswa-siswi anak Perak yang menuntut di kawasan Lembah Klang. Cara inilah yang dipraktikkan oleh YAB PM kerana ia dapat mendekatkan diri dengan rakyat dari hati ke hati.
GR kata: Tahniah Ketua Pemuda Negeri Perak!!!
Wednesday, April 4, 2012
PANAS: INILAH SEBAB AZMIN BOLEH PAKAI FERRARI!!
Patutlah Azmin Ali sekarang ni semakin hari semakin masyukkk..Seorang Ahli Parlimen boleh hidup mewah dan biarkan rakyatnya hidup susah. Ini ker contoh yang baik?? Boleh pakai kereta Ferrari, katil pun harga puluhan ribu. Hanya rakyat yang bijak saja boleh menilai dan bukannya percaya membuta tuli dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang.
Dalam kehidupan apa yang kita buat jika tidak betul sudah pasti akan terbongkar suatu hari nanti. Dan sekarang sudah ternyata, Azmin Ali menyalahgunakan kuasa dan menggunakan isteri beliau sebagai proxy untuk mendapatkan sumber kewangan. Lihat di bawah bukti mereka mempunyai saham yang berjutaan ringgit :
GR kata: Banyak masyuk woo, seorang S/U TPM zaman Anwar dulu boleh kaya raya ek??
Dalam kehidupan apa yang kita buat jika tidak betul sudah pasti akan terbongkar suatu hari nanti. Dan sekarang sudah ternyata, Azmin Ali menyalahgunakan kuasa dan menggunakan isteri beliau sebagai proxy untuk mendapatkan sumber kewangan. Lihat di bawah bukti mereka mempunyai saham yang berjutaan ringgit :
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meminta angka yang tepat mengenai pemilikan saham jutaan ringgit yang dikatakan milik beliau dan isteri, Shamsidar Taharin membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Azmin mungkin 'terlupa' mengenai angka yang tepat berhubung jumlah saham beliau dan Shamsidar kerana mereka sudah memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit tetapi rakyat tidak lupa.
Beliau sentiasa bersedia untuk menghilangkan tabiat 'pelupa' Timbalan Presiden PKR itu melalui bukti-bukti sahih transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dan pemilikan akaun RM8 juta atas nama Azmin, Shamsidar serta proksi mereka. - utusan
GR kata: Banyak masyuk woo, seorang S/U TPM zaman Anwar dulu boleh kaya raya ek??
PANAS #AmanKampus: @AdamAdli KENA HENTAM DENGAN YDP USM!!
Apa sajalah budak hingusan Adam Adli ni. Ada saja yang beliau buat akan mendapat tentangan hebat dari golongan beliau sendiri. Golongan yang beliau maksudkan bukan 'Gay' yer tapi golongan mahasiswa itu sendiri. Pembaca ingin tahu apa dia, jom lihat video di bawah :
GR sokong dengan apa yang dikatakan oleh YDP USM. Mahasiswa adalah generasi pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Bukan macam Adam Adli & The Geng...apa yang mereka cuba bawakan hanyalah agenda dari Pakatan Pembangkang yang sudah terang-terangan menggunakan mahasiswa sebagai BALACI mereka.
Kepada mahasiswa disekitar pantai timur, ayuh ramai-ramai ke program Aman Kampus 2 di IPTA & IPTS yang tertera di bawah. Pelbagai program sihat dan bermanfaat untuk korang mahasiswa semua boleh sertai. Bukan sibuk duk baring atas jalan jer yer macam mahasewel-mahasewel tu...He he he
GR kata: Rata-rata mahasiswa menolak apa yang dibawa oleh Adam Adli & The Geng....
PEMIMPIN WANITA MUDA & KEPIMPINAN TAULADAN HARUS KEKAL DALAM KABINET @Rosnah_ARS cc: @NajibRazak
Seperti yang kita semua sedia maklum, Piliharaya Umum ke 13 semakin hampir dan sudah terasa bahangnya. Semua ahli parti baik UMNO dan juga komponen BN sedang sibuk mempersiapkan jentera untuk mereka ini betul-betul mantap untuk berjuang habis-habisan demi mempertahankan agama, bangsa dan negara dan seterusnya dapat berkhidmat untuk rakyat dan demi kesejahteraan negara.
Kepimpinan orang muda harus dikekalkan dalam kabinet kerana ia boleh memberi impak dan tauladan kepada generasi baru yang sekarang ini mereka rata-rata mempunyai keinginan dan idea yang bernas demi pembangunan yang pesat untuk negara. Rata-rata orang muda sekarang mereka ingin bebas bersuara tetapi tidak tahu di manakah saluran yang perlu mereka pergi untuk menyalurkan idea atau pun pendapat mereka.
Justeru itu, saranan baru yang dibawa oleh Presiden UMNO, YAB DS Najib Razak iaitu ‘WINABLE CANDIDATE’ adalah sangat tepat di mana calon yang bakal ditengahkan mestilah disenangi oleh ahli parti dan yang lebih penting disenangi dan diterima baik oleh rakyat itu sendiri. Ini adalah kerana calon yang bakal ditengahkan perlulah datangnya anak jati Parlimen atau DUN itu sendiri kerana dia boleh memahami apa yang sebenarnya kehendak yang diingini oleh rakyat.
Dalam konteks pemilihan calon untuk PRU 13 pula, kemampuan pemimpin muda dalam mentadbir telah terbukti baik di dalam parti UMNO, juga dilihat dalam kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Di peringkat pengundi baru, mereka dilihat lebih mesra kerana kehendak pengundi muda dan pemimpin muda adalah sama.
Pemimpin wanita muda yang GR maksudkan ialah YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timb. Menteri Kesihatan Malaysia adalah contoh yang terbaik harus dikekalkan kerana ia memberi tauladan kepada pengundi baru rata-rata mereka ini ramainya dikalangan orang muda ingin melihat pendekatan yang segar dan agresif antara faktor pendorong orang muda mengundi UMNO.
Perjuangan beliau di dalam UMNO dan juga berkhidmat untuk masyarakat khususnya di kawasan beliau boleh dijadikan tauladan kepada golongan orang muda dengan sikap beliau yang cepat mesra dan tidak menghadkan cara pergaulan dengan mereka. Beliau telah membuktikan orang muda juga boleh memimpin asalkan diberikan peluang tanpa mengira usia apa yang penting ialah kejayaan yang dibawa pada parti.
Oleh itu diperingkat UMNO bahagian seharusnya mengekalkan calon pemimpin muda seperti ini. Dengan trade record yang baik dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat, YB Datuk Rosnah harus dikekalkan sebagai calon pemimpin di kawasan beliau. Oleh sebab itu, tidak ada sebab yang munasabah Ketua UMNO Bahagian berdolak dalih menonjolkan kroni atau suku sakat sedangkan pemimpin muda sebelum ini sangat hebat bekerja untuk parti dan rakyat.
Baca juga DI SINI dan DI SINI
GR kata: Pemimpin wanita muda harus dikekalkan kerana sudah terbukti kepimpinan mereka memimpin anak muda....
Kepimpinan orang muda harus dikekalkan dalam kabinet kerana ia boleh memberi impak dan tauladan kepada generasi baru yang sekarang ini mereka rata-rata mempunyai keinginan dan idea yang bernas demi pembangunan yang pesat untuk negara. Rata-rata orang muda sekarang mereka ingin bebas bersuara tetapi tidak tahu di manakah saluran yang perlu mereka pergi untuk menyalurkan idea atau pun pendapat mereka.
Justeru itu, saranan baru yang dibawa oleh Presiden UMNO, YAB DS Najib Razak iaitu ‘WINABLE CANDIDATE’ adalah sangat tepat di mana calon yang bakal ditengahkan mestilah disenangi oleh ahli parti dan yang lebih penting disenangi dan diterima baik oleh rakyat itu sendiri. Ini adalah kerana calon yang bakal ditengahkan perlulah datangnya anak jati Parlimen atau DUN itu sendiri kerana dia boleh memahami apa yang sebenarnya kehendak yang diingini oleh rakyat.
Dalam konteks pemilihan calon untuk PRU 13 pula, kemampuan pemimpin muda dalam mentadbir telah terbukti baik di dalam parti UMNO, juga dilihat dalam kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Di peringkat pengundi baru, mereka dilihat lebih mesra kerana kehendak pengundi muda dan pemimpin muda adalah sama.
Pemimpin wanita muda yang GR maksudkan ialah YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timb. Menteri Kesihatan Malaysia adalah contoh yang terbaik harus dikekalkan kerana ia memberi tauladan kepada pengundi baru rata-rata mereka ini ramainya dikalangan orang muda ingin melihat pendekatan yang segar dan agresif antara faktor pendorong orang muda mengundi UMNO.
Perjuangan beliau di dalam UMNO dan juga berkhidmat untuk masyarakat khususnya di kawasan beliau boleh dijadikan tauladan kepada golongan orang muda dengan sikap beliau yang cepat mesra dan tidak menghadkan cara pergaulan dengan mereka. Beliau telah membuktikan orang muda juga boleh memimpin asalkan diberikan peluang tanpa mengira usia apa yang penting ialah kejayaan yang dibawa pada parti.
Oleh itu diperingkat UMNO bahagian seharusnya mengekalkan calon pemimpin muda seperti ini. Dengan trade record yang baik dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat, YB Datuk Rosnah harus dikekalkan sebagai calon pemimpin di kawasan beliau. Oleh sebab itu, tidak ada sebab yang munasabah Ketua UMNO Bahagian berdolak dalih menonjolkan kroni atau suku sakat sedangkan pemimpin muda sebelum ini sangat hebat bekerja untuk parti dan rakyat.
Baca juga DI SINI dan DI SINI
GR kata: Pemimpin wanita muda harus dikekalkan kerana sudah terbukti kepimpinan mereka memimpin anak muda....
RON95 TAK NAIK HARGA!! ANWAR YANG NAIK ANGIN!!
Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.
Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.
Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama
Keh keh keh
GR kata: Terima kasih PM dan Kerajaan BN!! Puak Pakatan yang pening kepala yer. He he he
AMACAM @AdamAdli SEDAP TAK KENA DENGAN ANAK JATI KG KERINCHI??
Kena tumbuk buat muka manja..geli siot!!
Haaaaa...amacam wahai budak hingusan Adam Adli. Sedap tak rasa kena penumbuk dengan anak jati Kg Kerinchi?? Tu la lain kali jangan nak tunjuk HERO, kan dah kena. Nasib baik ada Polis dan RELA tolong korang budak-budak mahasewel, kalau tidak entah jadi apa kat korang GR tak tau.
Persoalan di sini, apakah motif budak-budak SMM ni muncul secara tiba-tiba di flat Kg Kerinchi ni?? Nak tunjuk HERO pada rakyat kononnya mereka ini boleh menyelesaikan masalah atau pun membantu rakyat. Bahawa mereka ini adalah suara bagi semua mahasiswa di Malaysia yang kononnya boleh membawa perubahan. Sekarang sudah kena, apa macam?? Suka betul GR tengok dan GR nak ucapkan tahniah kepada penduduk Kg Kerinchi yang telah halau budak-budak hingusan ni.
Lihat video budak GAY ni kena tumbuk :
Kata Adam Adli, Anwar back up diaorang ni habis-habisankan. Tapi masa kena tumbuk mana pegi Nurul Izzah?? Awat tak tolong anak buah anda yer wahai YB Nurul Izzah?? Memang sah budak-budak hingusan SMM ni hanya menjadi balaci pada puak Pakatan Pembangkang. Jangan nak salahkan itu semua gangster UMNO yer, tengok sendiri pun tak itu semua anak jati Kg Kerinchi. UMNO tak ada gangster!!!
GR kata: Kalau anda gembira Adam Adli kena tumbuk, tepuk tangan... Ha ha ha
PANAS: @n_izzah KENA BOO DENGAN RAKYAT LEMBAH PANTAI!!
Al kisah Nurul Izzah siang tadi nak tunjuk HERO ala-ala CATWOMAN tapi kena batang hidung sendiri. Alamak malu la woiiii, pemimpin dihalau oleh rakyat sendiri. GR difahamkan siang tadi, pihak DBKL telah merobohkan rumah flat 4 tingkat di Kg Kerinchuan merobohkan rumah tersebut adalah untuk mengantikan dengan perumahan yang baru dan lebih baik kepada hampir lebih 400 penghuni di situ.
Penghuni di flat ini bersetuju dengan pembangunan baru dinaikkan untuk tempat tinggal mereka, tapi apa sebenarnya yang Nurul Izzah duk kalut membantah rumah flat ini dirobohkan?? Alasan yang diberikan oleh beliau dan 30 orang penghuni yang rata-rata mereka ini penyokong tegar PKR tak munasabah langsung, nak roboh boleh tapi tunggu selepas PRU 13. Apa ke BANGANG punya alasan, orang nak bagi benda baik tapi masih nak benda busuk. Macam ni punys orang pun ada ka??
Baca lagi di sini
GR kata: Kalau nak tunggu Pakatan Pembangkang bagi, alamatnya sampai kiamat la duduk rumah camtu....
Tuesday, April 3, 2012
PANAS: SAFEE SALI DAN ISTERI SAH BERCERAI, INI AL-KISAH SEBENARNYA!!
PEMAIN bola sepak negara, Safee Sali (kiri) meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, hari ini sejurus selepas prodising. Penyerang bola sepak itu sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof (kanan).
Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam. Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media. Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.
“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.
Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya.
Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak. Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.
Beliau mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya menarik semula perintah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana. Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi. Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai RM456,000 untuk tempoh setahun. - Sumber
GR kata: Doakan Safee Sali tabah hadapi dugaan ini dan doakan semoga mereka bersatu kembali...
KANTOI!! DONG ZONG BELI IJAZAH UNTUK DAPAT GELARAN!!
Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran ”Dr” hasil dari membeli ijazah palsu.
Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.
Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.
“He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet”. (stopthelies.my)
Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.
Seterusnya baca di sini
GR kata: Tak pandai berlagak pandai...hakkkktuiiihhhhhh!!!
GTP & ETP HANYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA - @NajibRazak
Jom kita baca pembentangan Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi tahun 2011 :
Rakyat Malaysia sekalian,
1. Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.
2. Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.
3. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
4. Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.
5. Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
6. Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.
7. Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.
Rakyat Malaysia yang dihormati
8. Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.
9. Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.
Monday, April 2, 2012
YANG DIPERTUAN AGONG CIPTA SEJARAH MALAYSIA
Buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di sebuah istana baru yang tersergam indah di atas bukit.
Terletak di Jalan Duta, bangunan putih yang bercirikan 22 kubah kuning itu akan menyaksikan pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu majlis penuh istiadat dan gilang-gemilang pada 11 April ini.
Istiadat pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini telah diadakan di Istana Negara lama di Jalan Istana yang merupakan Istana yang diubahsuai daripada sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing.
Istana Negara baru di Jalan Duta bersandarkan kepada senibina berprestij, Raja berpelembagaan, dan berdiri megah sebagai antara lambang pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia.
Penuh Istiadat - Istiadat pertabalan yang hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang bukan sahaja bakal menjadi tumpuan rakyat jelata malah dunia.
Mengulas mengenai Balairong Seri, AR. Datuk (Dr) Nik Mohamed Mahmood Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara berkata Balairong Seri bersama Dewan Santapan dan Surau yang terletak di Sayap Rasmi mampu menampung seramai 1,000 hadirin.Selain itu, di luar Balairong Seri dan Dewan Santapan pula terletak bilik Menunggu Diraja di lobi utama dan ruang legar tetamu yang besar akan turut digunakan bagi majlis pertabalan itu.
Turut tidak terkecuali, bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bilik Singgahsana.
Senibina - Menurut Nik Mohamed, rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam. Dibina atas tapak berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar), keseluruhan pelan bangunan utama Istana Negara menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.
"Aras utama dibahagikan kepada Sayap Rasmi dan Sayap Diraja. Aras di bawah terletaknya pula pejabat pentadbiran, dapur, stor dan ruang sokongan lain.
Berbanding istana sebelum ini yang hanya mempunyai dua kubah, istana baru mempunyai 22 buah kubah dengan kubah utama mencapai ketinggian 60m seiring dengan kedudukan dan darjat Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong.
Mengenai rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta, ia direka bentuk khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia.
Ia mempunyai ciri-ciri ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam.
Tiga Laluan Utama
Terdapat tiga laluan utama untuk memasuki Istana Negara Jalan Duta iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta bagi kegunaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.
Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Bagi pintu kedua yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.
Manakala pintu ketiga yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.
Sukar
Sememangnya, tugasan melaksanakan rekaan itu bukanlah satu kerja yang mudah.Nik Mohamed berkata, bagi melaksanakan perancangan Istana Negara yang baru ini, pihak KSSB telah menerima banyak panduan dan nasihat daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12.
Biarpun pernah berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur, Istana Darul Ehsan di Putrajaya, namun akui Nik Mohamed tugasan kali ini adalah paling mencabar. -BERNAMA
GR kata: Daulat Tuanku
PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD?? TAPI....
Inilah dia PAS...heboh sana sini nak laksanakan HUDUD tapi buatnya tak juga. Terutama sekali di negeri pentadbiran mereka di Kelantan. Nak laksanakan macam mana kalau DAP dan PKR kata jangan..sebab hukum HUDUD ni kena balik pada batang muka diaorang. Betul tak??? He he he
Memang hukum HUDUD itu berlandaskan Islam, tapi janganlah cuba mempolitikan undang-undang Islam ni demi meraih simpati undi rakyat. Dan juga janganlah salahkn UMNO/BN sebab tolak HUDUD ni...persoalannya tolak 100% ker wahai ostad-ostad PAS?? Pembaca nilailah sendiri yer....
GR kata: Duk sibuk HUDUD...betulkan mengucap tu dulu ostad-ostad PAS oiiii!!!
'KEPANDAIAN' @MahfuzOmar TERSERLAH DENGAN SENDIRINYA!!
Pembaca lihatlah sendiri di bawah seorang MP PAS yang pandai bertutur dalam English. He he he. Cakap pun berbelit lidah ada hati nak putar belit isu Israel. Boss depa yang kamcing dengan Israel dituduhnya pulak UMNO/BN ada hubungan dagang dengan Israel. Aduyaiii... hi hi hi
GR kata: Itulah perlunya English Education... He he he
GR kata: Itulah perlunya English Education... He he he
KHAS UNTUK TATAPAN KITA SEMUA...BACA & HAYATI
Assalamualaikum pembaca yang budiman. Bacalah untuk pengetahuan kita semua...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah S.W.T melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. " Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. - Sumber
GR kata: Marilah kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W tanda kasih dan sayang kita pada Baginda kerana berkat baginda Islam tersebar seluruh dunia seluruh alam.
BAR COUNCIL JANGAN CUBA KACAU RELA!!!
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebenarnya adalah sebuah pasukan sukarela beruniform yang berlatar belakangkan keselamatan. Oleh kerana RELA berada di mana-mana, RELA biasanya menjalankan tugas membantu untuk bersama-sama cegah jenayah dengan polis, Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang memerlukan khidmat RELA.
Seperti yang kita juga tahu, RELA juga merupakan mata dan telinga dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Kita boleh lihat dalam apa jua program yang dibuat baik dari yang kecil hinggalah yang besar peranan RELA diperlukan untuk mengawal keselamatan dan perjalanan program tersebut berjalan lancar.
Walaupun tugas tersebut masih tetap dijalankan termasuk membantu pihak berkuasa tempatan seperti mengawal lalu lintas serta aktiviti riadah yang berfaedah namun fungsi dan tanggungjawab anggota RELA kini dilihat semakin penting kepada isu keselamatan negara. Mereka juga berhak menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat tidak kira di mana mereka ditempatkan untuk bertugas baik di bandar mahu pun di desa, keselamatan rakyat menjadi keutamaan mereka.
RELA juga membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dalam membanteras pengedaran dadah, kehadiran pendatang tanpa izin (PATI). RELA juga merupakan sukarelawan rakyat dalam membantu operasi yang dibuat oleh agensi dan jabatan kerajaan seperti yang dinyatakan di atas. RELA juga terlibat dengan aktiviti sukarela seperti gotong royong, membantu membersihkan rumah mangsa banjir, menjaga lalu lintas semasa majlis kenduri kahwin atau di pasar malam tanpa dibayar elaun kerana ia terpulang kepada penganjur.
Semua anggota RELA yang bertugas dibayar elaun sebanyak RM4 sejam dan bekerja lapan jam sehari. Gaji mereka tidak dibayar oleh agensi kerajaan lain walaupun bertugas membantu Imigresen atau MAB.
Melihat kepada pertambahan tugas dan keperluan menempatkan ramai anggota di seluruh negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyasarkan penyertaan 2.6 juta anggota menjelang akhir tahun 2011 dan yakin dapat mencapai sasaran tersebut.
Berita terbaru GR terima pihak Bar Council mahu memansuhkan RELA ini dan tugas-tugas ini perlu diserahkan kepada pihak Polis. Pada pendapat GR ini tidak relevan dan terang-terang pihak Bar Council takut dengan RELA ini kerana rata-rata kita lihat penglibatan RELA ini disertai dengan hati terbuka oleh rakyat itu sendiri bukan secara paksaan.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, berapa ramai ahli Bar Council yang melanggar undang-undang negara ini dan juga salahguna kuasa?? Termasuk dalam menyelesaikan beberapa perkara yang kita lihat senyap begitu saja...contoh kes bunuh kematian Datuk Susilawati. Apa jadi dengan pembunuh yang disabitkan kesalahan tersebut?? Diam saja ker?? Ini ker keadilan yang mereka perjuangkan selama ini??? Atau hanya game plan Ambiga dan sekutunya semata-mata??
Kenapa Bar Council tidak diHARAMkan atau diMANSUHkan?? Ternyata Bar Council telah dianjingkan dan dipermainkan dalam usaha mempermainkan emosi rakyat. Ini adalah agenda JAHAT Pakatan Pembangkang dalam menghuru-harakan agensi RELA yang nyata telah banyak membantu masyarakat dan mereka bimbang penglibatan masyarakat terhadap RELA ini menunjukkan tanda yang positif.
Baca juga di sini
GR kata: Ambiga dan Pakatan Pembangkang punya niat jahat pada negara. Bar Council perlu diMANSUHkan!!!
Labels:
RELA
Sunday, April 1, 2012
PANAS: @AdamAdli PENING LAGI, USAHA BELIAU DIBUANG TEPI JALAN!! #AmanKampus
Jelajah Aman Kampus yang berada di utara tanahair telah pun berakhir hari ini dan mendapat sokongan penuh oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.
Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus. Terima kasih kepada mahasiswa yang menyokong program yang baik ini.
Video di bawah khas buat Adam Adli dan budak-budak pro-Militan, sudah pasti mereka berfikir dan menyesal apa yang mereka perjuangakan selama ini hanyalah sia-sia dan mereka ini hanya menjadi kuda tunganggan Pakatan Pembangkang..!!
GR kata: Mahasiswa mana lagi budak-budak pro-M ni nak cekau untuk baring atas jalan kat dataran merdeka pertengahan bulan April nanti yer?? Baring sorang-sorang la gamaknya....
KELUHAN: APA NAK JADI DENGAN ARTIS SEKARANG??
GR tidak faham apa nak jadi dengan golongan artis di Malaysia sekarang ni. Adakah mereka ini sibuk mengejar nama dan juga populariti sampai boleh lupakan tentang hukum hakam agama sebagai seorang muslim?? Jika perkara yang mereka buat ini baru boleh dianggap up to date ker?? Kalau mati tak diterima bumi macam mana pulak yer??
Terbaru GR lihat di blog hiburan ni, salah seorang artis Malaysia telah membuat 'Tatoo' dibahagian bawah perutnya. Kalau yang bukan beragama Islam tak kisah la kan. Ini nama pun terang-terang bangsa Melayu. Tak malu ker saudari?? GR tidak pasti adakah perkara ini benar atau pun sebaliknya...pembaca lihatlah gambar di bawah dan nilaikan sendiri...
Kalau bercinta nak tunjuk bukti cinta mahu pun kasih sayang pada pasangan kita, perlukah buat sesuatu perkara yang boleh melanggar batas-batas dalam Islam?? Renung-renungkan....
GR kata: Betul atau tidak kisah ni...tunggu jelah pengakuan dari artis terbabit yer..!!
PANAS: BERSIH 3.0 BAKAL BIKIN KECOH LAGI DI BANDAR KL!! @PDRMsia
Petikan artikel K-MPM :
Lihat satu persatu rancangan untuk menjahanamkan negara dibuat oleh pakatan haprak melalui NGO BERSIH.
Kali ini mobilisasi BERSIH 3.0 dipercayai mendapat peruntukan dana khas dari Rejim DAP dan Pakatan GAY (PKR) untuk mengerakkan sepenuhnya rancangan menghuru harakan negara.
Sekali lagi rakyat diheret ke kancah tuntutan yang tiada kesudahan yang dipercayai bermotifkan rampasan kuasa secara gerila yang mirip seperti ideologi komunis pembawakan DAP.
Dipercayai 50 badan NGO terlibat, dan mereka sudah menetapkan 21 April 2012 atau 28 April 2012 untuk melancarkan BERSIH 3.0 .
Tarikh itu juga dipilih supaya pihak sekretariat Bersih dapat berjumpa YDP Agong untuk penyerahan memorandum tuntutan dari pihak BERSIH kebetulan Malaysia cuti umum kerana Hari Keputeraan YDP Agong.
Skrip lama akan di ulang kembali, dengar khabar hampir kesemua pemimpin pakatan pembangkang memenuhi BERSIH 3.0 sehabisan mungkin.
GR kata: Apa lagilah puak-puak ni, buat perkara untuk kepentingan sendiri. Rakyat dah muak la. Rakyat mahukan kehidupan yang aman sejahtera bukannya huru hara. Ada faham ka Ambiga dan sekutunya???
VIDEO PANAS: @AdamAdli KENA SOUND DENGAN BUDAK UUM?? #AmanKampus
Jom kita lihat apa yang ingin diperkatakan oleh 3 orang mahasiswa yang menuntut di UUM mengenai pandangan mereka terhadap program yang dijalankan oleh ASPIRASI MAHASISWA.
Sekali gus untuk Adam Adli yang perangai pun lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim, seorang yang suka syok sendiri dan perasan diri beliau 'diangkat' sebagai pemimpin mahasiswa di Malaysia ni. Umur baru setahun jagung dan berlagak pandai....fikir-fikirkanlah yer!!!
GR kata: Ramai ker mahasiswa yang suka baring atas jalan dan pecah pintu pagar universiti macam Adam Adli?? Hi hi hi
ALHAMDULILLAH, PENGUNJUNG BLOG GOSSIP RAKYAT CECAH 200,000...
Alhamdulillah dan GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang budiman kerana sentiasa memberi sokongan kepada GOSSIP RAKYAT dalam meneruskan perjuangan di alam maya melalui media baru ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan GR kerana memberi tunjuk ajar dan memberi maklumat mengenai sesuatu isu yang timbul.
Terima kasih juga GR ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang lain kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada GR sehingga GR berada diperingkat ini. Apa yang penting, GR akan cuba memberikan yang terbaik dalam memberikan maklumat dan menjawab dakyah fitnah dari Pakatan Pembangkang...tidak lupa juga menegur pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang membuat kesilapan. Kemenangan PRU-13 amat penting untuk kita semua rakyat Malaysia....
GR kata: Terima kasih sekali lagi buat pembaca sekalian sentiasa beri sokongan pada blog GR... Perjuangan yang tiada noktah
Subscribe to:
Posts (Atom)