Friday, October 25, 2013

#PRKsglimau: KEMPEN HARI PERTAMA PAS DAPAT SAMBUTAN KAW-KAW PUNYA! @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @Zahid_Hamidi


Ceramah Hari Pertama PAS tidak mendapat Sambutan, Kosong, Kosong, Kosoooong di Sg Limau..

Malam tadi adalah malam ceramah sulong PAS. Penuh harapan PAS untuk memulakan momentum malam tadi, tetapi hakikat kosong tiada sambutan.

Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon PAS dengan majoriti 245 undi.

Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan?

Nampak sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun PAS mendakwa calon mereka dikenali ramai.

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau.

Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut.

Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal PAS telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJIB ditumbangkan oleh mereka sendiri.


GR kata: Calon PAS langsung tak ada aura Ust Azizan. PAS tak ada nyawa dah.

RAKYAT MENANTI #Bajet2014 APA YANG TERBAIK UNTUK MEREKA! @NajibRazak @PMOMalaysia


Setiap hampir hujung tahun sebuah organisasi tak kira swasta atau kerajaan akan membentangkan bajet tahun yang baru untuk keperluan mereka. Begitu juga dengan Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh DS Najib Razak untuk tatapan rakyat demi perancangan baru untuk tahun 2014.

Tahun lepas kita lihat penekanan diberikan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan rakyat dengan pelbagai program dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan. BR1M yang diperkenalkan memberikan impak yang baik pada rakyat. Nasib rakyat dalam kategori pendapatan yang rendah dapat dibela.

Untuk kali ini ramai GR lihat mahukan Kerajaan memberikan suatu yang terbaik untuk mereka. Di mana kita lihat sekarang kos sara hidup rakyat semakin meningkat. Barang keperluan yang semakin meningkat, harga rumah yang juga meningkat dengan harga tanah yang semakin tak menentu, rakyat mahukan suatu jalan atau program yang terbaik diberikan oleh Kerajaan.

Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup melalui Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar bahawa kos sara hidup menjadi topik penting bagi rakyat dan terbukti apabila isu tersebut paling banyak dibincangkan melalui laman web mikro Bajet 2014.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan keluh kesah rakyat beberapa pendekatan akan diperkenalkan antaranya, menambah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa buah lokasi strategi di seluruh negara.

Selain itu, jelas Perdana Menteri, kerajaan juga merancang untuk menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang terbukti banyak memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran ketidaktentuan ekonomi global," katanya menerusi blog 1malaysia.com.my hari ini.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 dan melancarkan pelbagai program transformasi dalam pemerintahannya, sebanyak 99 buah KR1M dan 238 buah klinik 1Malaysia telah diwujudkan di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, pembangunan teknologi maklumat turut diberi penekanan khusus melalui perancangan membina Pusat Internet 1Malaysia dan pengurangan 20 peratus caj jalur lebar .

Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa akan diwujudkan di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta.

Sementara itu, jelas Najib, tidak terkecuali dalam bajet kali ini ialah pengurangan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus akan mula dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengurangkan kadar hutang isi rumah.

"Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambah baik untuk melestari usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin," katanya.

Adakah dengan pengurang subsidi minyak dan barangan lain, Kerajaan akan memberikan suatu yang baru untuk dinikmati oleh lapisan masyarakat. Apa pun kita sama-sama nantikan pembentangan Bajet 2014 esok jam 4.00 petang secara di TV. In sha Allah perkara yang baik akan dinikmati oleh kita semua.


GR kata: Pakatan mesti kata bajet ni tiru depa. Alasan biasa la tu...Keh keh keh

Thursday, October 24, 2013

KEMATIAN PEGAWAI BANK MACAI PAKATAN SALAHKAN UMNO? BACA LUAHAN SI SUAMI! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Lanjutan peristiwa rompakan di Ambank USJ depan Giant/Maidin petang semalam yang melibatkan kematian pegawainya, suami arwah memohon  agar sesiapa yang ada gambar arwah kena tembak di kepala  tu tidak memanjangkan gambar tersebut seterusnya. Kasihanilah kepada  keluarga arwah yang mempunyai anak yang berusia berusia 8thn dan 12thn itu. Pesanan disampaikan melalui kenalan arwah.....Sekadar menyampaikan.

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika. Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber.

Jika ia dilakukan oleh rakan-rakan arwah di Ambank tersebut, ini adalah satu perangai yang tidak bermoral. Ada juga yang sanggup mengaibkan rakannya sendiri demi untuk mencari populariti. Kita tidak pasti apakah tujuan yang melakukan melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar GR percaya mereka bertujuan mencari perhatian dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Memang benar dunia dan teknologi semakin canggih. Tapi gunakanlah dengan sebaik-baiknya kecanggihan yang Allah SWT berikan pada kita. Untuk menyalurkan maklumat perlulah dengan lebih berhemah bukan dengan mengaibkan sesiapa.

Ada pihak yang hanya pandai menunding jari pada pihak Polis jika penyebaran maklumat seperti ini berlaku. Tapi adakah kita sedar kadang-kadang ianya berpunca dari diri kita sendiri kerana mahu jadi yang terawal menyebarkan maklumat. Dengan tidak selidik dengan teliti situasi sebenar suatu kejadian itu berlaku. Bukankah ada lagi saksi yang berada di tempat kejadian tersebut, GR rasa ramai sudah melihat rakaman CCTV di Ambank tersebut. Fikirlah dengan bijak sebelum menghentam seseorang.

Ada satu pihak lain yang tak bertanggungjawab sanggup mempolitikkan perkara sebegini. Mereka ini seolah-olah tak ada otak dengan tanpa berfikir panjang dengan menyalahkan mana-mana parti politik. Pada mereka jika parti yang mereka sokong itu memerintah, negara pasti tak akan jadi kacau bilau atau pun kes tembak menembak. SIAPA YANG BODOH????

GR ada keluarkan artikel sebelum ini dan komen yang diberikan oleh puak-puak bangang ni korang boleh baca DI SINI.

GR mohon maaf artikel sebelum ini menyatakan perompak dan pembunuh tersebut telah ditangkap tapi masih bebas diluar sana. Marilah kita sama-sama bantu  pihak Polis sehingga tertangkapnya manusia binatang ini.

Rasulullah S.A.W bersabda:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Apa pun GR harap kita semua harus ambil iktibar dalam insiden seperti ini. GR yakin Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan kadar jenayah di negara kita. GR tak mahu menyalahkan mana-mana pihak tapi kita semua harus ambil kira jangan sibuk nak aibkan sesiapa. Fikirkan kalau perkara sebegini jadi pada ahli keluarga sendiri, apa perasaan kita?

GR fikir sudah tiba masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada anggota Polis yang tidak beretika ini. Pihak Kerajaan juga harus pantau untuk tidak lagi berlaku sebarang penyebaran gambar seperti ini, apatah lagi maklumat palsu yang senang kita dapati di dunia maya sekarang ini.


GR kata: Al Fatihah kepada keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

TERKINI: TAHNIAH @PDRMsia PEMBUNUH PEGAWAI BANK DITANGKAP! @Zahid_Hamidi


Sekalung tahniah diucapkan pada pihak Polis dengan kecekapan mereka menangkap segera perompak dan pembunuh pegawai bank yang melakukan rompakan semalam. Ini jelas menunjukkan PDRM cekap membuat tugas mereka.

Menurut maklumat dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya)  suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah SWT ini.


Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.
- Utusan


GR kata: Gunakan PCA baru depa tau suka ke tidak lakukan jenayah ni.

#PRKsglimau PENGUNDI DISARAN UNDI UMNO...KENAPA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pemilihan Agung  UMNO telah pun menutup tirainya. Keputusan telah memihak pada siapa yang bertanding. Betul kata pemimpin tertinggi UMNO, lupakan sengketa di antara dalam UMNO...jika ada. Perjuangan sebenar adalah menentang musuh politik yang cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat.

DUN Sg Limau kita semua tahu adalah kubu kuat PAS iaitu penyandang sebelum ini adalah Allahyarham Ust Azizan. GR tidak menolak perjuangan arwah Ust Azizan kerana pendirian beliau jauh berbeza dengan pemimpin PAS yang lain, lebih-lebih lagi Nik Aziz dan Hadi Awang.

Jika sebelum ini PAS sibuk mengetengahkan calon yang berpewatakan Islam yang kononnya sinomim dengan perjuangan mereka, kenapa tidak dengan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Adakah calon PAS, Mohd Azam boleh membawa suara perjuangan arwah Ust Azizan? Pertanyaan ini hanya boleh terjawab dari dalam diri pengundi Sg Limau itu sendiri.

Calon Barisan Nasional(BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan pendidik berpengalaman dalam bidang pengajian pondok, mahupun peringkat universiti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Ahmad Sohaimi pernah mengajar di dua buah sekolah pondok sebelum menjadi pensyarah universiti.

Calon BN itu merupakan bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, dan pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah yang dikenali sebagai Pondok Pak Ya, dan juga Sekolah Agama Fauzi, atau Pondok Fauzi, di sini.

Sebagai bekas pendidik sekolah pondok tentunya beliau mempunyai bekas pelajar dan guru yang turut menyokongnya, kata Jamil Khir kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK itu di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sohaimi ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan BN, berkata beliau yakin dapat membangunkan DUN Sungai Limau dengan lebih baik bagi faedah penduduk di situ.

"Saidina Umar pernah mengungkapkan bahawa hari ini semestinya lebih baik daripada semalam dan hari esok semestinya lebih baik daripada hari ini, jadi kalau zaman Ustaz Azizan (Tan Sri Azizan Abdul Razak penyandang kerusi DUN Sungai Limau) baik, maka hari ini saya berjanji akan buat lebih baik daripada zaman beliau," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Sohaimi mengakui setiap pemimpin mempunyai keistimewaan sendiri dan mereka datang bersilih ganti, justeru setiap pemimpin perlu dipilih masyarakat dengan hati terbuka berdasarkan fakta jelas, pemikiran rasional dan tidak dipengaruhi mana-mana unsur tidak baik.
Bagi beliau, antara visinya adalah untuk menjadi penghubung masyarakat setempat dengan pihak kerajaan, supaya masalah mereka dapat diajukan ke peringkat atasan secara terus.

Pada PRK Sungai Limau itu, Ahmad Sohaimi, 52, berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Pilihan raya itu diadakan berikutan penyandang DUN, Azizan, meninggal dunia 26 September lepas. - BERNAMA

PAS sudah sejak dari awal mendidik tidak menghormati hak dan privisi wanita. Apakah ini cara PAS mendidik ahli mereka? Adalah tidak mengejutkan jika akhlak mereka seperti beruk apabila berhadapan dengan penyokong BN. Korang tengok ni....


Semua sedia maklum, kerana Syiah (dalam PAS) dah mula tunjukkan diri dalam kempen PRK Sg Limau.
 
Kepada saudara ahli dan pengundi pas, kita boleh berbeza pendapat dalam politik namun atas dasar akidah KITA BANGSA MELAYU DAN ISLAM WAJIB BERSATU!!

inilah masanya untuk pengundi PAS BERSIH kan parti ini dari anasir Syiah...Nak tau lebih lanjut korang BACA SINI YER.


GR kata: Rosak dah puak PAS nie!!!

Wednesday, October 23, 2013

TERKINI: KEADAAN SEKITAR BANJIR LIMPAHAN EMPANGAN CAMERON HIGHLANDS!



Tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari Rabu.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.




"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur.

Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, sebanyak 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.





Tinjauan Bernama mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat. - BERNAMA


GR kata: Doakan semuanya dalam keadaan baik semuanya dan selamat.

Monday, October 21, 2013

TAHNIAH NAIB PRESIDEN @Zahid_Hamidi @mohdshafieapdal @HishammuddinH2O KEKAL JAWATAN, TAPI ADA TURUN SIKIT! #pemilihanumno


Berakhir sudah perebutan jawatan pemilihan UMNO. Jawatan Naib Presiden UMNO masih kekal dengan penyandang sebelum ini. Dari segi kedudukan tahniah GR ucapkan kerana DS Zahid Hamidi berjaya mempertahankan jawatannya sebagai VP 01.

Pada DS Shafie Apdal tahniah juga diucapkan kerana berjaya naik satu tangga dan DS Hishammuddin turun setakok. Kira ok la tu kan, nasib tak tersungkur terus. Selama tempoh keputusan semalam, sudah tentu ramai tidak menyangka Shafie Apdal memberikan potensi sokongan yang cukup baik. Ternyata beliaulah calon VP yang 'underdog'...dan ramai sebenarnya terlepas pandang pada calon dari Sabah ini kerana tumpuan hanya diberikan pada Muhkriz dan calon yang lain.

Pada DS Zahid Hamidi pula, GR berpendapat sama seperti perwakilan yang lain. Beliau sememangnya LAYAK untuk duduk di kerusi tersebut. Ini adalah atas sebab perjuangan beliau dalam UMNO yang begitu jitu membuatkan ramai perwakilan sedar yang UMNO perlu kembali ke landasan perjuangan yang sebenar. Perwatakan yang tegas serta semangat Melayu dan Islam yang tinggi Zahid Hamidi telah mengembalikan semangat UMNO dalam diri ahli-ahlinya.

Dalam musim pemilihan ini juga, pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan pada DS Zahid Hamidi tapi beliau hadapi dengan tenang. Pelbagai serangan yang dibuat oleh Pakatan Haprak mahu pun dari orang UMNO sendiri itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi parti keramat ini. Jawatan yang disandang beliau sejak 2009 juga telah membuktikan Zahid Hamidi seorang pemimpin yang kotakan janji beliau. Senang citer, Zahid bila cakap, dia buat!

Zaman sekarang tidak seperti dulu. Setiap apa yang dilakukan dilihat dengan banyak mata, dan mata-mata inilah yang menilai sama ada mereka salah atau tidak bila memberikan mandat kepada pemimpin yang mereka angkat.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan penuh dramatik khususnya bagi menentukan tempat ketiga.

Ketika Ahmad Zahid dan Shafie secara tidak rasmi diisytiharkan mengekalkan kedudukan mereka lebih awal iaitu kira-kira pukul 7 malam, Hishammuddin pula terpaksa menanti sehingga pukul 1 pagi sebelum keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang.

Ini berikutan saingan sengit yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengejar rapat Hishammuddin dari segi perolehan undi bahagian.

Biarpun Mukhriz memperolehi 90 undi bahagian tetapi secara tidak rasmi beliau menang dari segi perolehan undi popular.

Ahmad Zahid mendapat 184 undi bahagian, Mohd. Shafie 173 undi manakala Hishammuddin 100 undi.

Kejayaan Ahmad Zahid mengekalkan kedudukan nombor satu di kerusi tersebut sememangnya sudah diduga berikutan populariti beliau sejak memimpin Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum ini, populariti beliau juga dikatakan melonjak ketika memimpin Kementerian Pertahanan apabila turut menamatkan konflik pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Bagi Mohd. Shafie pula, beliau berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ketiga ke tempat kedua. Kegigihan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan banyak membantu beliau untuk mencapai kemenangan.

Sementara itu, dua lagi pencabar iaitu Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad gagal memberi saingan apabila masing-masing sekadar memperolehi 7 dan 6 undi bahagian.

Pada mereka yang menang, teruskan perjuangan. Pikullah amanah yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas. Teruskan semangat juang yang tinggi demi kemenangan yang lebih baik pada PRU14 nanti. Tak payah toleh-toleh belakang lagi, terus maju ke depan demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pada yang kalah jangan cuba rosakkan parti. Kalau terjadi juga, mereka ini tak layak untuk dipanggil pemimpin kerana lebih pentingkan kuasa dan kedudukan. Jangan samakan diri sama seperti Pakatan Haprak yang suka tabur fitnah sana sini. Jadilah pemimpin yang bijak dan ikhlas....

Dalam Al Quran juga menyebut, firman Allah S.W.T :

"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]


Apa pun faham-faham jelah yer. Kalau bertanding lagi tak kiralah main tenteng ke, perangai tu gentlemen sikit. Jangan jadi macam manusia yang tak der otak. Nak sesuatu perkara sanggup buat  apa saja. Kesimpulannya kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita.



GR kata: Ada menteri cakap terima kasih sebab tak bagi sokongan penuh pada dia, macam 'tabur kacang' lebih jerk. Jangan ingat maruah orang semua boleh dibeli dengan duit. Puiiiiiihhhhhhhh!!

Artikel pelbagai