Dah terang lagi nak bersuluh, nak coverline kononnya tak terlibat dengan penganjuran demo haram yang mungkin akan diadakan pada malam Tahun Baru 2014 nanti.
Dengan selamba badak ada mulut-mulut longkang kata ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia yang nak tunjuk protes pada Kerajaan BN. Betul ker? Kalau majoriti kenapa demo yang pakatan buat semuanya tak dapat target yang diinginkan?? Kenapa hanya golongan minoriti saja yang turun? Paling best muka sama jer bila GR pun turut serta sekali dalam demo bodoh diaorang nie...
Dengan keadaan semasa sekarang ini memang semua lapisan masyarakat mengeluh dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. GR sendiri pun mengeluh dan berfikir apa dah jadi dengan Kerajaan sekarang? Adakah mereka hanya pandai berjanji tapi janji yang mereka berikan dikotakan hampir semuanya? Tak macam setengah pihak tu yang hanya pandai cakap tapi buatnya TIDAK!
Adakah dengan berhimpun (demo) di jalan raya boleh menyelesaikan masalah kita semua? Adakah dengan menunjukkan protes dengan cara maki hamun masalah boleh selesai? Mana etika kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan?
Paling sedih sekali bangsa Melayu DIPERBODOHKAN macam lembu. Sebab orang Melayulah yang paling ramai turun, bangsa lain tengok perangai bodoh kita dan mereka hanya ketawakan saja. Baru padan muka kita...betul tak??
Gulingkan kerajaan?? Nak tanya sikit...nak gulingkan PM Najib Razak atau Kerajaan yang memerintah sekarang? Atau pun nak gulingkan semua pentadbiran Kerajaan - maksudnya persekutuan dan juga negeri. Macam nie baru adil betul tak? Jangan nak duk salahkan sebelah pihak saja, yang sebelah pihak lagi nak campak mana??
Yang akan turun demo malam tahun baru nanti korang tau ker apa tujuan sebenar korang? Ada otak fikirkanlah...jangan jadi BODOH!!!
Lawak betul bila mana pemimpin pakatan kata diaorang tak der kena mengena dengan demo haram malam tahun baru nie. Yang nie apanya kalau hastag #gulingkerajaan mula viral di media sosial Twitter:
Untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat, pihak penganjur yang merancang demo haram pada malam tahun baru minggu depan tetap dengan sekeras kerasnya menafikan yang ia bukan himpunan guling kerajaan sebaliknya kononnya untuk protes kenaikan harga barang saja.
Macam mana pula dengan kenaikan cukai yang melampau di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan haprak? Takkan 'rakyat Malaysia' tak nak tunjuk protes yang sama #gulingkan kerajaan betul tak??
Kita memang berhak untuk protes, tapi proteslah dengan gunakan akal fikiran yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Fikirkanlah dengan qada dan qadar yang terjadi dan proteslah dengan bijak. Ada betulnya kata-kata Prof Madya nie, kalau kita nie betul-betul manusia yang waras akal fikirannya.
Hayati video di bawah, jangan asyik nak politikkan saja:
Fikir-fikirkanlah...Agenda Yahudi memang HALUS untuk menghancurkan Islam. Agenda Yahudi mana mengaku mereka buat salah, contohnya berapa kali Israel menafikan bunuh rakyat Palestin. Kat Malaysia perangai siapa yang lebih kurang sama dengan puak Yahudi nie?? Sendiri mau ingatlah yer!
GR kata: PM Najib dan pemimpin BN fikirlah sikit guna otak, jangan asyik nak 'sedap' jer yer. Rakyat pun nak merasa 'makan sedap' jugak yer!!