Saturday, September 15, 2012

PANAS: ARTIS POPULAR PAKAI TUDUNG TAPI BOGEL??



GR juga merupakan peminat Ayu Raudah rasa sedih bila lihat gambar yang muat turun dalam portal hiburan Buah Mulut. Penghijrahan beliau ke arah bertudung adalah amat baik...tapi ada yang tak kena dengan fashion beliau ketika hadir dalam satu majlis baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang peminat telah menghantar email dengan kemusykilan gambar yang dipaparkan ini. Adakah benar atau tidak biar Ayu Raudah yang menjawabnya...

“Hai admin Buahmulut, saya ada ternampak beberapa keping gambar Ayu Raudah yang pihak tuan upload di portal dan juga Fan Page. tapi saya macam ternampak sesuatu yang berwarna Pink. betul ke apa yg saya nmpk tu? ke saya salah pandang. Kalau betullah harap lain kali Ayu Raudah kena lebih berhati – hati dengan pakaian yang dipakaianya. Nampak macam berpakai & bersarung tapi hakikatnya sama seperti berbogel. mungkin dia tak sedar kot baju macam tu. tapi tu la lain kali kena hati2. jadinya sebagai satu pengajaran. ok 10q”

GR juga berpendapat sama dengan kiriman email tersebut, jika kita mengenakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna haruslah dijaga dengan baik. Haruslah juga berhati-hati kerana golongan artis adalah golongan yang sentiasa mendapat perhatian peminat dan ada juga diantara mereka dijadikan sebagai idola oleh golongan muda pada zaman ini. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Jangan macam sorang artis tue, pakai tudung tapi mulut macam......entahlah.

SEJARAH DAN AGENDA TERSEMBUNYI DAP YANG PERLU ANDA TAHU!!


Kalau kita lihat sejarah, DAP sebenarnya adalah cawangan di Semenanjung Malaysia bagi PAP, kerana dahulu Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia , ini adalah fakta. Apabila Singapura dikeluarkan dari Malaysia maka DAP ditubuhkan pada 1965 (didaftarkan dengan rasmi pada 1966).

Pada tahun itu cawangan PAP semenanjung Malaysia dahulu dijadikan DAP. Maka DAP sebenarnya berasal dari cawangan PAP. Setiausaha Agung pertama DAP ialah Devan Nair iaitu dari 1965 hingga 1968. Dia juga pengasas kepada DAP walaupun kita juga dapat lihat Devan Nair ialah ahli PAP. Ini adalah dari sejarah.

Seterusnya, Devan Nair pada 1981 dilantik oleh (bekas Perdana Menteri Singapura), Lee Kuan Yew sebagai Presiden Singapura. Ramai orang tidak tahu siapa sebenarnya pengasas DAP dan
apa kerjaya dia sebelum itu, kenapa Devan Nair dilantik sebagai presiden. Sejarah amat penting untuk lihat apa agenda dan perjuangan sebenar sebuah parti itu, memang mereka boleh kata apa sahaja secara retorik tetapi tingkah laku dan apa yg dibuat oleh mereka adalah lebih penting daripada retorik, jadi lihat dari sejarah.

Bendera Sang Saka Malaya jelas menunjukkan pengaruh bendera negara yg mengamalkan republik dan kita tidak terkejut dengan mana-mana pihak pembangkang yang ingin buat bendera lain kerana sebelum ini pemimpin DAP telah berkata sekiranya pakatan pembangkang ambil alih Putrajaya mereka akan tukar bendera kita. Ini dilaporkan dan DAP juga telah memohon maaf, ini fakta. Mohon maaf itu soal peribadi, tetapi ia telah menunjukkan agenda tersembunyi mereka. Selalunya, bila sesorang kata, ertinya dia berhasrat, mohon maaf itu perkara lain tapi dia sudah tunjukkan hasrat.

Memang pada waktu itu DAP ada pertikai kata ini bukan agenda kami. Yalahkan siapa mahu mengaku kerana waktu itu boleh kena Akta Hasutan. Itu dulu 2011, pemimpin DAP kata, tahun ini 2012 dikibarkan pula satu bendera masa Perhimpunan Janji Bersih yang disokong oleh pihak mereka. Dari sudut undang-undang di sini ada collaboration evidence atau terma undang-undang bermaksud bukti yang mengukuhkan lagi kenyataan kalau kita lihat dalam dua insiden ini.

Selain itu, kita lihat pemimpin pakatan seperti Anwar Ibrahim pula sokong, dia kata tak salah kibar. Dari segi sejarah reka bentuk bendera itu seolah-olah Indonesia campur Singapura macam nak buat satu negara Malaya Raya iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia. Jadi ia negara republik, tetapi ini andaian, tak tahulah mereka mahu atau tidak tetapi kita lihat seolah-olah begitu.

Kita juga dapat lihat, mereka cuba promosikan perjuangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) yang ditubuhkan pada 1938. Dari sejarah, kita dapat lihat KMM akan menyokong mana-mana pihak yang dapat membantu mencapai matlamat politik mereka, ini termasuk mereka berpakat dengan Jepun. Jepun bantu membiayai ambil alih syarikat surat khabar propaganda di Singapura (iaitu Warta Malaya) untuk membantu mencapai matlamat mereka....


GR kata: Kenapa nak sokong pihak oportunis macam depa nie??

Foto Menarik Putera William Dan Kate Di Malaysia Imbau Kenangan Puteri Diana


Semua sedia maklum ketika ini, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur. Mereka hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid As Syakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu. Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992. Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine Middletone menguntumkan senyuman ke arah orang ramai yang menunggu kehadiran mereka di Taman KLCC, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Kira-kira 3,000 peminat berkumpul untuk bertemu pasangan diraja Britain itu.






GR kata: Bilalah dapat pergi London yer...Hi hi hi

FOTO PANAS: ANWAR POSING MANJA DENGAN SIAPA TUE??


Anwar bersama Micheal Danby di Australia. Apakah yg mendorong persahabatan ini?

Apakah Keselamatan negara ini tidak lagi terlintas difikirannya? Atau dia sudah tidak perduli lagi? Sumber risikan mendapati 50 ahli Parlimen ini diketuai oleh Michael Danby yang merupakan pejuang hak asasi Gay dan Lesbian Australia. Beliau juga merupakan seoarang YAHUDI adalah Ahli Parlimen mewakili kawasan Port Melbourne, Victoria Australia.

Makanya tidak memeranjatkan seoarang pejuang GAY menyokong seorang GAY yang lain. GR tak terperanjat dengan analisis ini jika seorang YAHUDI menyokong Anwar kerana Anwar sebelum ini memang mempunyai jalinan penyokong tegar dari YAHUDI yang kuat seperti Madeline Albright dan juga Cohen.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, Madeline Albright adalah Setiausaha Amerika Syarikat dizaman Clinton dan Cohen adalah merupakan Setiausaha Pertahanan yang bertanggungjawab membunuh warga IRAQ.

Menurut laman Wikipedia, Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998 yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. Kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia. Danby lahir di Melbourne, dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

Tahniah pada rakan FB GR Ir Jebat Modern dengan info yang diberikan.


GR kata: Korang nak ker PM Malaysia dari kalangan GAYboy???

Friday, September 14, 2012

PM @NajibRazak Umum Program ETP Untuk Pembangunan Negara Dan Rakyat


PUTRAJAYA 13 Sept. - Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerima momentum baru apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek membabitkan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM5.607 bilion.

Pelaburan terbesar diumumkan Perdana Menteri itu adalah pelaburan RM4.08 bilion dalam bidang minyak dan gas untuk membangunkan projek Terminal Gas Asli Cecair (LNG) Pengerang.

Najib berkata, tujuh projek pelbagai bidang yang diumumkan hari ini dijangka menjana pendapatan negara kasar (GNI) bernilai RM2.361 bilion serta mewujudkan 18,522 peluang pekerjaan baru.

“Dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kesihatan, Ranbaxy Laboratories Limited iaitu syarikat farmaseutikal terbesar India melalui usaha sama dengan syarikat tempatan akan melabur RM125 juta untuk membangunkan pelan pengeluaran kedua di Malaysia.

“Projek ini dijangka bermula pada September 2012 dan apabila disiapkan, pengeluaran ubat generik di Malaysia akan meningkat tiga kali ganda daripada 1 bilion unit kepada 3 bilion unit," katanya di sini.

Turut hadir pada majlis pengumuman projek terbaru ETP itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Perdana Menteri berkata, satu lagi pelaburan dalam bidang kesihatan adalah projek Medical Devices Corporation dengan jumlah sebanyak RM88.55 juta untuk mendirikan hab pengeluaran pelbagai alat dan produk perubatan.

“Projek ini akan melibatkan pemindahan teknologi daripada rakan-rakan kongsi antarabangsa, menambah baik kemahiran pekerja tempatan serta mengurang kebergantungan import peralatan perubatan," katanya.

Mengulas lanjut kata Najib, projek Terminal LNG Pengerang apabila dilaksanakan akan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan LNG Asia.

“Ia merupakan terminal perdagangan LNG bebas pertama di Asia dan membenarkan pelbagai pengguna LNG untuk menyimpan dan berdagang produk ini, ia akan membantu meletakkan Malaysia sebagai hab perdagangan LNG Asia," katanya.

Dalam bidang NKEA perkhidmatan perniagaan pula, Najib mengumumkan 1Progres Consortium merancang untuk melabur RM947.13 juta dalam pemulihan bahan buangan menggunakan sistem Wongpanit dari Thailand yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Dalam bidang NKEA kelapa sawit dan getah pula, United Plantations Berhad dan Oleon Sdn. Bhd. akan melabur RM96.33 juta untuk membangunkan kemudahan pengeluaran di Hab Halal Selangor.

“Malaysia juga akan melabur RM4.7 juta untuk melakukan kajian klinikal mengenai penggunaan tocotrienols dalam kelapa sawit. Kajian yang dikendalikan pakar antarabangsa ini mahu mengkaji tocotrienols dalam pelbagai keadaan perubatan seperti pencegahan strok dan kanser," katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam bidang NKEA elektrik dan elektronik, National Instruments akan melabur RM270 juta untuk mendirikan dua akademi berupa kemudahan makmal iaitu National Instruments Academy dan Innovation Nucleus

Dalam pada itu, ujar Najib, rakyat perlu membendung sikap berpuas hati tetapi mesti terus meningkatkan daya saing Malaysia berbanding negara-negara lain. Kalau mereka (negara lain) berjalan, maka kita kena berlari; kalau mereka berlari, maka kita kena pecut," katanya. - Utusan


GR kata: Rakyat harus kekalkan kestabilan kemakmuran dan pembangunan negara yang ada sekarang....

GEMPAR! Paris Hilton Masuk Islam??


Sedang penulis melayari internet, tiba-tiba ternampak satu article bertajuk ‘Paris Hilton Converts To Islam’. Biar benar!

Ia bukan sesuatu yang pelik jika seseorang artis itu masuk Islam, tapi bila nama Paris Hilton yang muncul memanglah terkejut beruk.

Siapa yang tak kenal dengan sikapnya yang sering menimbulkan kontroversi murahan untuk mempopularkan diri.

Menerusi kenyataan yang di keluarkan oleh www.dailysquib.co.uk, Paris Hilton menerusi jurucakapnya, Ian Brinkham, adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan berita itu.

Tambahnya lagi, Paris akan kembali ke Los Angeles pada minggu depan untuk membuka sekolah Islamnya sendiri.

Paris juga bercadang untuk menukar nama kepada ‘Tahirah’ yang bermaksud suci dan tulen dalam bahasa Arab. Jika benar baguslah. Jangan sekadar membuat gimik kerana agama Islam tidak boleh dibuat main. - mynewshub


GR kata: Betul ke tak...kita tungguuuu!!!

HOT NEWS: SKANDAL BARU GUAN ENG KANTOI LAGI!!


Sekali lagi Malaysia didedahkan dengan berita panas pemimpin pakatan pembangkang. Sebelum ini sudah banyak kita dengar cerita skandal panas tentang mereka ini TAPI kebanyakkan rakyat masih tidak sedar. Apa yang best sangat percaya dengan kata-kata mereka ini?? Mereka ini memang cukup pandai bermain wayang di hadapan rakyat.

Skandal tanah rakyat Jalan Taman Manggis yang membabitkan jutaan ringgit komisen bakal panas..

Kaitan Cik P yang terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng ,Cik P juga individu yang terlibat menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.

Siapakah gerangan wanita melayu yang BODOH sanggup menggadaikan diri menjadi hamba/skandal pada bapak racist Lim Guan Eng nie. Ingin tahu siapakah dia baca DI SINI


GR kata: Masyuk nampak Cik P. nie yer...makan kiri kanan ka??

KECOH! SOALAN PERCUBAAN SPM BOCOR DI FACEBOOK!! cc: @MuhyiddinYassin


Kecoh hari nie di media maya, soalan percubaan SPM yang sedang diduduki oleh adik-adik kita telah bocor di laman sosial Facebook. GR bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tapi perkara ini harus dipandang serius. Apakah tindakan MP Segambut ini sengaja digembar gemburkan kerana puak-puak pakatan pembangkang sudah kekeringan idea MEMFITNAH pada Kerajaan yang memerintah sekarang.

Pada pandangan GR, kertas soalan yang dibuat oleh guru-guru yang diberikan mandat untuk membuat soalan yang terbaik untuk para pelajar. Kewujudan laman Facebook tersebut GR pelik, bagaimana MP Segambut tersebut tahu dan mungkin ini hanyalah game plan mereka untuk mencari salah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hakikatnya di sini, jika benar soalan tersebut telah bocor...pihak Kementerian Pelajaran masih mempunyai masa untuk menyediakan soalan yang baru pada masa peperiksaan yang sebenar. GR musykil juga macam mana MP Segambut nie boleh tau soalan peperiksaan percubaan nie sama dengan soalan sebenar??


KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

''Selalunya  mereka akan letak soalan itu  sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun  apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial  berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah  tiada pada jam 3 petang tadi. Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun  di laman tersebut.

“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus  tepat seperti soalan sebenar,” katanya. - SH

 GR kata: Mohon pihak berkuasa siasat kesahihan perkara nie...Pada MP Segambut lain kali study dulu kasi habis sebelum cakap...jangan jadi budak sekolah yer! Hi hi...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 13, 2012

Surat Layang Peminat Pada Mizz Nina


I am writing in response to an artist’s response towards the netizen’s reaction on her agreement to participate in the performane of “Arthur’s Day”.

The fact is that, when something is haraam, it follows that we are not supposed to support or participate in it in whatever way. If anything, we should pray at home that an event as such should not take place at all in our country, let alone attending it and performing in it (either as an opening performance or main performance, whichever)

It was also questioned on her part “why suddenly it is an issue now”. I am not an Al-Azhar graduate but my basic understanding of Islam teaches me that when something is ruled as Haraam, it remains Haraam even when NOBODY criticise you for doing it. To give an easy example, Ahmad has been stealing at villagers’ fruitfarm for a few years and quite a few people knew about it but weren’t confident enough to step forward and point it out to him. In the fourth year, more people knew of this immoral activity and they collectively step forward to warn Ahmad that his action is sinful in Islam. For people of normal intelligence, would it be acceptable if Ahmad were to say “I have been stealing for 3 years, why suddenly you are questioning me now?”

To make illegal the selling of alcohol is beyond the power of us mere citizens. Hence, the least we could do is to pray that alcohol making and selling is not present in our country and make a determination that we ourselves will not involve with companies selling it, whether or not our family approves and disapproves it. When something is haram, it does not justify that our family knew and approved the act. In fact, even if the WHOLE world approves it, it still does not make it halal one bit.

I really hope that Muslim artists will think more carefully when responding to an issue like this but more importantly, i hope that no more Muslim celebrities will take part in an event as such whether it is in Malaysia or abroad. Allah swt will be very pleased with our effort to keep ourselves away from haram things and when Allah is pleased, there is nothing better that we could ask for in this life, insyaAllah. May we all be forgiven for our sins, whether committed in private or in the open.

Apa sebenarnya berlaku?? Baca seterusnya DI SINI

AKHIRNYA ANWAR FRUST MENONGGENG!!


Sudah pasti ramai ternanti-nanti apakah nasib Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti Dato' Hasan Ali. Penyokong akar umbi PAS melihat segala tindakan terhadap Ustaz Nasha adalah kerja kelompok Profesional atau dikenali sebagai Anwarinas. Mereka belajar daripada kesilapan apabila memecat Dr Hasan Ali melalui keputusan Majlis Syura dan Lembaga Displin Parti yang kesemuanya dikuasai oleh kelompok Profesional.

Apa yang berlaku sebelum ini penyokong akar umbi melihat kelompok profesional atau Anwarinas menguasai keputusan memecat Dr Hasan Ali maka ini merugikan kumpulan itu yang pasti tidak akan mendapat sokongan daripada ahli PAS jika mereka bertanding selepas itu.

Walaupun dikhabarkan semalam Nik Aziz marah marah dek kerana majlis syura tidak menerima usul beliau untuk membicarakan Ustaz Nasha namun usaha ini bukan berakhir disini memandangkan yang menolak usul Nik Aziz ada kelompok ulama PAS yang pasti akan mengundang kemarahan barisan Anwarinas.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak bincang isu Nasharudin tidak dipecat

Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu kekal, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan ahli parti itu termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti.

Bagaimanapun, beliau masih berteka-teki mengenai masa depan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam ini membincangkan mengenai Lajnah Penerangan Pusat Pas (dan) persiapan pilihan raya.

"(Kedudukan Nasharudin) tiada dalam agenda mesyuarat walaupun sudah habis mesyuarat dan masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu malam ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sebelum ini mempertahankan kenyataan Nasharudin mengenai keperluan Pas mengkaji semula kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi dalam mesyuarat pusat parti itu pada 25 Ogos lalu menegaskan, isu bekas Timbalan Presiden Pas itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama malam ini. - Utusan

GR kata: Kepimpinan PAS dah tak sebulu dengan Anwar. Macam nie nak jadi PM, porahhh!!

EKSKLUSIF: OSTAD PAS BAGI FATWA BARU YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM!!

Inilah bila sudah tidak ada rasa takut dalam diri dengan hukuman Allah S.W.T. Islam dipermainkan macam main guli dan macam makan gula-gula hack. Di manakah kesucian Islam terpelihara jika umat Islam sendiri tidak mahu pertahankannya.

Dalam kancah politik di Malaysia ini, pandangan GR semua rakyat sudah tahu apa sebenarnya PAS. Mereka bukannya perjuangkan Islam semata-mata...lihat sajalah apa yang mereka keluarkan dari segi fatwa agama ternyata jauh terpesong apa yang sudah termaktub di dalam Al Quran dan hadith. Tapi pada mereka juga fatwa yang terpesong bila diperbetulkan oleh Ulama' dan Ustaz yang bertauliah tidak betul pada mereka, malah mereka dengan selamba juga menyesatkan seseorang Islam itu.

GR tidak mahu mengulas panjang mengenai PAS nie sebab terlalu banyak perkara yang mereka keluarkan dan boleh menjatuhkan akidah diri kita sebagai umat Islam. Kisah terkini tahniah GR ucapkan pada Team Media Kedah (TMK) yang berjaya mendedahkan tentang satu lagi pemesongan umat Islam yang dilakukan oleh Ostad PAS dalam khutbah Jumaat disalah sebuah masjid di Kedah.

Pembaca dengar rakaman video di bawah dan fikirkanlah yang terbaik, adakah PAS ini relevan atau tidak :






TRANFORMASI KERAJAAN DIIKTIRAF DUNIA! RAKYAT TOLAK REFORMASI PAKATAN!!

CYBERJAYA: Semua pemimpin Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang hadir kali ini begitu teruja dengan apa yang dilakukan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, mereka bukan saja membuat banyak pertanyaan, malah mereka juga berhasrat supaya boleh menghantar pegawai mereka dalam masa terdekat ini untuk mendalami apa yang sedang dilakukan Malaysia melalui proses Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Malah, mereka mahu Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) melawat negara mereka. Ini membuktikan agenda kerajaan dalam transformasi yang sedang kita usahakan ini mendapat pengiktirafan.

“Bukan saja di kalangan negara maju, tetapi negara sedang membangun, di Afrika pun menghargai kita, menunjukkan minat yang tinggi terhadap program dan agenda transformasi,” katanya, di sidang media, di Cyberview Lodge, di sini, semalam.

Delegasi terbabit terlebih dulu diberikan taklimat selama dua jam mengenai program transformasi oleh Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

Sesi tertutup itu turut dihadiri, antaranya oleh Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe; Perdana Menteri Lesotho, Pakalitha Bethuel Mosisili; Perdana Menteri Swaziland, Barnabas Sibusiso dan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo.

Justeru, Najib berkata, sebagai satu langkah ke hadapan, kerajaan menetapkan supaya Razak School of Government akan dijadikan sebagai sebahagian kurikulum mereka.

“Dengan kerjasama pihak Pemandu, mereka boleh memberi kursus jangka pendek kepada pegawai dari negara Afrika dan negara lain yang berminat dengan agenda transformasi kita,” katanya.

Razak School of Government ialah sebuah institusi yang bertujuan menghasilkan golongan ikhtisas dalam bidang pembangunan kepemimpinan reputasi global.

Sementara itu, pada sesi pemukiman bertemakan Hala Tuju Masa Depan Perkongsian Bestari/LID, Najib berkata, tiga tema utama disentuh membabitkan jaminan makanan dan tenaga, media sosial untuk transformasi dan pergerakan global untuk kumpulan sederhana.

“Dari segi jaminan makanan dan tenaga, kita berbincang dengan begitu mendalam. Punca dan masalah dari segi benua Afrika ini, produktiviti mereka dalam bidang pengeluaran makanan terlalu rendah,” katanya. - Metro


GR kata: Kekalkan pembangunan negara yang ada sekarang, jangan ubah pada yang baru...

Wednesday, September 12, 2012

GEMPAR: POWER RANGER MUNCUL DI PUTRAJAYA!!


Korang masih ingat dengan insiden 2 orang yang mengamuk di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas. Pada yang tak tahu mengenai insiden tersebut boleh baca DI SINI dan DI SINI

Hari ini kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Seksyen Putrajaya. Apa yang menariknya suspek wanita tersebut mengenakan topeng Power Ranger. Ai...tau pulak malu yer. Masa buat dulu tak pikir ke malu ker, buat kelakuan bodoh ker.

Inilah puak pakatan pembangkang, bila fikiran mereka terlalu taksub dengan ajaran songsang diajar pada penyokong mereka. Sehingga tidak tahu mana yang baik mana yang buruk asalkan matlamat ingin menakluk Putrajaya tercapai. GR sarankan pada puak pembangkang...otak tu jangan letak kat bontot yer...Anwar suka sangat macam tue tau. Ha ha ha

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan seorang wanita yang mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Julai lalu.

Muhdalena Ahmad, 28, didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang. Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Muhdalena didakwa melakukan kesalahan itu bersama dengan Khalil Afendi yang maut selepas mengalami kecederaan akibat tembakan polis.

Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Hakim Mohamed Kamil Nizam turut menetapkan 28 September sebagai tarikh pengurusan kes terakhir sebelum perbicaraan.

Muhdalena yang memakai topeng Power Ranger berwarna kuning dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah ditemani bapanya.


GR kata: Nasib baik raksasa tak muncul di Putrajaya tadi. Kah kah kah

PAKATAN PEMBANGKANG JENIS MUKA TAK TAHU MALU! @Zahid_Hamidi


Lihatlah gambar di atas, inilah janji yang ditunaikan oleh Kerajaan BN di bawah pemerintahan YAB Perdana Menteri. Segala perkara yang diberikan pada Bajet 2012 yang lepas ditunaikan untuk dinikmati oleh rakyat. Tapi lihatlah puak pakatan pembangkang, dengan muka tak malu mereka juga dapat menikmati apa yang dikecapi oleh lapisan masyarakat yang lain.

Jelas di sini, pakatan pembangkang tidak boleh memberikan sebarang jaminan untuk kebajikan rakyat. Mereka hanya pandai bermain dengan kata-kata, janji manis tinggi menggunung akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang percaya dengan JANJI-JANJI mereka sebelum pilihanraya.

GR menyeru kepada rakyat Malaysia agar fikirkanlah dengan secara matang, adakah kita semua bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. Hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Manifesto yang diberikan oleh Kerajaan BN yang memerintah sekarang DITUNAIKAN dan jika kita bandingkan dengan manifesto pakatan pembangkang pada PRU 12 ada tak mereka tunaikan?? Fikir-fikirkanlah demi masa depan agama, bangsa dan negara....



GR kata: Rakyat dah muak dengan Janji Ditaburi oleh pakatan pembangkang....

PENERBANGAN MALINDO BAKAL JADI PESAING AIR ASIA??


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang dikenali sebagai Malindo Airways.

Najib berkata, syarikat penerbangan itu, adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.

Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

"Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," kata Najib selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat itu di sini.

Adakah dengan adanya syarikat penerbangan yang baru ini syarikat penerbangan yang lain akan terjejas? Bagaimana dengan Air Asia dan MAS?

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengalu-alukan pembentukan syarikat penerbangan tambang rendah baharu di Malaysia, Malindo Airways, dan ia bukannya satu ancaman kepada kepada AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

Beliau berkata pembentukan Malindo Airways jelas menunjukkan kepentingan yang kian meningkat syarikat penerbangan tambang rendah dalam industri penerbangan global, terutamanya di Malaysia dan rantau Asean, seiring dengan Dasar Langit Terbuka Asean, yang akan berkuat kuasa pada 2015.

"Saya mengalu-alukan penubuhan Malindo Airways. AirAsia sentiasa mahu Asean dibuka. Ini adalah langkah yang baik," kata beliau kepada Bernama.

Fernandes sekali lagi menolak dakwaan yang Malindo Airways akan memaksa AirAsia tunduk kepada tekanan ekoran saingan sengit di Indonesia. Beliau berkata, rangkaian meluas AirAsia di rantau Asia tidak akan terancam oleh syarikat penerbangan itu ataupun rakan-rakan usaha sama Malindo Airways.

"Syarikat penerbangan baharu itu bukanlah isu untuk kami di AirAsia. Kami telah bersaing di negara seperti Malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan yang kukuh seperti Malaysia Airlines (MAS).

"Kami juga mempunyai pasukan yang kuat untuk AirAsia, AirAsia X dan AirAsia Indonesia. Saya bangga dengan apa yang kami ada dan kami akan terus berkembang.

"Kami kini membina satu jenama global dan saya tidak rasa sesuatu seumpama ini akan memperlahankan aktiviti kami," tambah Fernandes yang kini berpangkalan di Jakarta untuk memantau operasi rantau Asean AirAsia.

AirAsia Malaysia kini diketuai oleh Aireen Omar.

National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup hari ini memeterai perjanjian usaha sama untuk membentuk Malindo Airways yang akan memulakan operasi pada 1 Mei di KLIA2 di Sepang. Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malindo Airways dijangka menawarkan tambang rendah, malah lebih rendah berbanding AirAsia, selain daripada sistem hiburan dalam penerbangan dan saling hubung dalam penerbangan dalam kesemua pesawatnya. - BERNAMA

Tuesday, September 11, 2012

BENGAP! STUDENT BEROMEN! MALUKAN MAK BAPAK!!

DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24. Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu. Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki  yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram. Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - SH

GR kata: Pelajaran tu penting, jangan rosakkan masa depan kerana nafsu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

KRISIS AIR SELANGOR: PAKATAN PEMBANGKANG AUTA RAKYAT LAGI!

SHAH ALAM 9 Sept. - Krisis air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 semakin menjadi kenyataan apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini tetap berkeras untuk tidak membenarkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.Pendirian itu diulangi walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam kerajaan akan mengeluarkan tender tawaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak lama lagi.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) berkata, keputusan itu merupakan pendirian kerajaan negeri selagi Kerajaan Pusat tidak menyatakan persetujuan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Pengambilalihan itu, kata beliau, merupakan sebahagian rancangan kerajaan negeri untuk menstruktur semula pengurusan bekalan air di Selangor.

"Jika Kerajaan Pusat mahu mengeluarkan tender untuk teruskan projek Langat 2, ia terpulang kerana itu hak mereka. Namun, Kerajaan Pusat perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri termasuk daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri membabitkan kelulusan Perintah Pembangunan (DO).

"Bagaimanapun, kerajaan negeri kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu tidak akan membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan syarat kerajaan negeri untuk penstrukturan pengurusan bekalan air di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin itu tentang keputusan Kerajaan Pusat untuk mengeluarkan tender tawaran pembinaan projek Langat 2 tidak lama lagi walaupun Kerajaan PKR Selangor tidak meluluskan DO demi kepentingan rakyat negeri ini. Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Air Selangor yang dipengerusikan beliau bagi menangani masalah air di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas menganggap hasrat 683 pengguna air di negeri ini untuk memfailkan tuntutan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai satu tindakan bersifat politik. - Utusan

Published with Blogger-droid v2.0.9

BUDAYA BIADAP, PAKATAN KATA TAK APA!


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kelakuan biadab yang ditunjukkan oleh para peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka baru-baru ini bukan isu terpencil.

Pengkaji sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, mereka perlu kembali kepada perkara asas iaitu mengutamakan adab sopan, tatasusila dan mementingkan maruah negara. Menurutnya, perbuatan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan perkara kecil.

"Kalau mereka tidak suka, janganlah berkelakuan seperti itu. Cara terbaik, mereka perlu bersikap profesional, jangan mengikut emosi dan tunjukkan ketika proses mengundi nanti siapa yang disukai untuk menjadi pemimpin,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, PAS yang menyifatkan kelakuan biadab para peserta Himpunan Janji Bersih sebagai isu terpencil yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub mengatakan tidak timbul isu khianat kepada negara atau hasrat untuk menukar Jalur Gemilang.

Pada malam 30 Ogos lalu, peserta Himpunan Janji Bersih bukan sahaja memijak gambar Perdana Menteri dan isteri tetapi melondehkan seluar dan menonggeng punggung pada gambar itu.

"Pada zaman siber, isu sebegini begitu mudah tersebar, satu negara, malah seluruh dunia tahu. Kita tidak mahu perbuatan tersebut menjadi ikutan, jadi tindakan sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran supaya tidak berulang di kemudian hari," katanya.

Pendapat sama turut dikongsi seorang lagi pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang menyatakan, para peserta biadab itu tidak sesuai tinggal di dalam komuniti masyarakat moden.

"Kita di negara ini hidup di dalam masyarakat moden, mereka tidak faham perkara asas. Golongan ini bersikap kurang ajar dan ingat boleh buat sesuka hati?

"Mereka kononnya mahu menegakkan demokrasi tetapi dari segi amalan dan perbuatannya tidak bersifat sedemikian," ujarnya. - Utusan


GR kata: Rakyat Malaysia tak suka tongeng-tongeng tau..He he he

UCAPAN HARI MALAYSIA OLEH MENTERI PERTAHANAN - @Zahid_Hamidi




GR kata: Selamat Menyambut Hari Malaysia! Sayangi Malaysia Tanahairku!!

Alahai @MahfuzOmar Kantoi KEBODOHANNYA Terserlah!!


Manusia yang menganggap dirinya semua serba boleh, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Apa yang tak boleh pada beliau boleh belaka. Lihat sajalah gambar di atas, seorang yang sanggup menganggap dirinya boleh memberikan ceramah agama. Kebolehan apa yang ada pada beliau? Pembaca fikirkanlah yer....

Baru-baru ini Anwar memberi ceramah kelentong beliau di sebuah masjid dalam negeri pentadbiran pakatan pembangkang. Sedang syok bagi ceramah beliau diserang dengan balingan selipar ke arah beliau, seperti biasa beliau mengatakan insiden itu adalah salah UMNO kerana benci pada beliau. Alahai Pak Anwar janganlah nak rasa syok sendiri, sebenarnya rakyat sendiri dah meluat tengok muka hang tu. Cakap sana sini, tapi apa yang janji hang bagi pada rakyat hang tunaikan. Tengok Permatang Pauh sudahlah...apa pembangunan yang beliau buat??

Dalam insiden kecoh-kecoh nie YB PAS nak tunjuk 'terra' nak backing si bapak kali putar alam nie. Sapa lagi kalau bukan Mahfuz Bean. Nak tunjuk pandai pun janganlah jadi BODOH YB, kan sendiri sudah kantoi. Pembaca lihat di atas, beliau kata hanya berada selang 3 orang TAPI tengok gambar di atas beliau berada dikedudukan berada orang antara dia dan Anwar Ibrahim.

Sudah-sudahlah tu wahai pemimpin dan puak pakatan pembangkang MENIPU rakyat. Orang dah tak suka tu faham-faham sudahlah. Jangan diheret rakyat sekali yang sebenarnya dah muak dengan agenda busuk korang tue. Kalau pakatan pembangkang nie baik belaka, kenapa rakyat di Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah jadi mangsa dan merana?? Jawab..!!!


GR kata: Apa pun tak boleh dema nie..Video tu dari puak dema takkan itu pun kata super impose??

Monday, September 10, 2012

LGE MAKIN KURANG AJAR! AL-QURAN DIBAKAR DI PENANG!!

Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai. 

Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ.

Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

GR kata: Peliharalah agama Islam yang suci ini....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 9, 2012

PANAS: WAJAH SEBENAR BODYGUARD ACU PISTOL DI KHALAYAK RAMAI TERSEBAR!


Tak sudah-sudah Anwar Ibrahim dengan pelbagai wayang yang dia lakukan. Semata-mata ingin mendapat simpati daripada rakyat. Sudahlah selama ini dengan selamba mengheret rakyat kononnya menyokong mereka sepenuhnya. Lihatlah Pakatan Rakyat, siapa sebenarnya yang menyokong mereka. Adakah benar rakyat Malaysia menyokong mereka sepenuhnya? Ini nama dia syok sendiri...dan seeloknya mereka wajar dipanggil pakatan pembangkang atau pakatan haprak.

Siang tadi kecoh bas mewah Anwar Ibrahim sekali lagi disimbah cat merah. Kenapa macam tu yer?? Bukankah hebat bas mewah tersebut yang diberikan oleh MB Selangor untuk kegunaan Anwar. Dari mana sumber Khalid Gagap dapat duit yang banyak untuk membiayai kos bas mewah tersebut masih belum terjawab.


Dalam insiden wayang kulit Anwar di Melaka siang tadi, ada pula insiden kecoh yang boleh mendatangkan BAHAYA pada keadaan masyarakat sekeliling. Dikatakan salah seorang bodyguard Anwar telah bikin kecoh. Apa sebenarnya terjadi?? Baca pendedahan dari blogger Jiwa Paradox klik   DI SINI


GR kata: Asal jadi huru hara, semuanya salah UMNO. Tunggu pendedahan penipuan Anwar nie yer. Tungguuuu!!

Artikel pelbagai