Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino
“campur tangan” dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia?
Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.
Archbishop Marino serah watikah kepada Yang di-Pertuan Agong
Tapi nak marah kepada dia pun tak boleh. Dia orang agama dulu. Kemudian baru diplomat. Jadi dia wajib utamakan agama dia daripada diplomasi. Baca
DI SINI
Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican?
Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam.
Nak sangat keterbukaan, blogger lucah pun berani persendakan Islam
Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu “Allah” mereka tentulah sokong agama mereka.
Pokok pangkalnya, Pak Lah buka pintu kuala dan Mohd Najib runtuh pintu kuala atas nama keterbukaan (openess), 1Malaysia, keterangkuman (inclusiveness) dan macam-macam lagi slogan dan klise liberal.
Jadi, apalah yang peliknya kalau segala macam sampah sarap keluar masuk muara dan dibawa air pasang sampai ke hulu?
Inilah yang jadi kepada Melayu (dan secara terus kepada Islam) kalau kita bergantung sangat kepada kepemimpinan politik yang hanya hendak jadi popular, hendak dilihat liberal dan sederhana (moderate).
Siapa Beria-ia Jalin Hubungan Dengan Vatican?Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011?
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.” Baca
DI SINI
Perdana Menteri dengan Pope Benedict XVI di Vatican, 2011
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?
Kalau ada pemimpin Islam dalam kerajaan BN yang belum dijangkiti penyakit koro, mereka wajiblah memanggil Duta Vatican itu dengan segera. Setakat Jamil Khir Baharom buat kenyataan media saja tak cukup.
Tak payahlah pecat dia. Bagilah nasihat kepada dia. Boleh jadi dia tak faham keadaan di Malaysia. Bagi ingatan kepada dia yang perbuatan dia umpama mencurah minyak ke dalam api yang sudah pun membara.
Kalau begitu banyak pemimpin beragama Islam tak boleh ajar seorang Kristian, teruklah kita. Anifah Aman duduk buat apa?
Harap-harap ada lagilah pembesar Islam yang tidak menderita koro. Wallahualam. -
Sumber KS
Pandangan GR, sudah-sudah lah dengan konsep keterbukaan tu, bukan memberi faedah kepada negara pun. Konsep 1Malaysia tu campak dalam longkang atau rombak semula maksudnya agar semua lapisan masyarakat dapat faedahnya.
Kena ingat dengan konsep tu kaum Cina sanggup korbankan SRJK dia ker? Memang kerajaan ni tak boleh diharap, UMNO bukan lagi pejuang dan pelindung kepada Melayu dan Islam. UMNO perlu berada semula dilandasan asal. Pemimpin UMNO yang Ultra Melayu harus berani bersuara dan pertahankan hak demi agama, bangsa dan negara. Mungkin Malaysia ni perlukan sekali lagi 13 MEI agar rakyat generasi muda ni tau apa erti keamanan...!!
Bagi GR, segala-gala yang ada di depan mata sedang menuju kehancuran. Pasal isu kalimah ALLAH ini, mereka akan sentiasa timbul kan sehinggalah kita tunduk pada mereka. Kalau Kerajaan masih nak berhujah, jadi basi lagi dan akhirnya kita menerima permohonan mereka.
Apa akan jadi pada bangsa Melayu/Islam dimasa akan datang, mungkin akan jadi macam di Indonesia dan Singapura? Melayu tapi Kristian, kita mahu anak cucu cicit kita seperti itu?
GR bukan Anti Kristian....tapi kita WAJIB pertahankan agama kita Islam hingga titisan darah yang terakhir. GR rasa cukup bimbang bila mana ada sahaja manusia durjana yang cuba menjolok sarang tebuan....
Apa pun marilah kita berdoa pada Allah SWT semoga Islam sentiasa terpelihara di Malaysia dan jauhkan dari musuh Islam. Semoga DS Najib Razak akan buat pendirian yang melegakan umat Islam di Malaysia.
GR kata: Tarik rambut dalam tepung, tepung jangan selerak, rambut jangan putus....