Saturday, January 4, 2014

JANGAN CUBA MAINKAN HATI RAKYAT DENGAN DUIT #BR1M3.0 @NajibRazak @PMOMalaysia @HasanMalekKP @ahmadmaslan


Hanya kerana harga petrol naik, harga takrif elektrik naik? Harga barang pun turut menerima impaknya? Naik bagaikan tiada akhirnya. Siapa yang kena tipu atau ditipu?

Adalah Peniaga Cina Naikkan Harga Supaya Rakyat Marah Kepada Kerajaan?

Adakah ini sebahagian agenda politik yang menguntungkan DAP?

Kadar tarif elektrik yang naik dan impak kepada peniaga dan terutamanya rakyat.

Sejauh manakah kebenaran dan justifikasi untuk menaikkan harga barang...??

Sabotaj ekonomi sudah menjadi kebiasaan buat golongan chauvanis ultra kiasu rasis yang menguasai ekonomi negara.

Rakyat gagal untuk mengenal pasti siapakah punca dan dalang yang menyebabkan tekanan ekonomi dengan kenaikkan harga barang yang langsung tidak munasabah.

Ibarat menyalak ke bukit, itulah perumpamaan yang sesuai mengenai permasaalahan ini. Rakyat dan kerajaan ditekan oleh penyangak ekonomi di negara ini.

Sampai bilakah masalah ini berakhir dengan jalan penyelesaian yang baik? Adakah pihak Kerajaan benar-benar meneliti 'LAPORAN' yang diberikan pada mereka. Adakah 'LAPORAN' tersebut sejajar dengan suara dari akar umbi?


Kenapa pemberian BR1M kali ini tidak mendapat sambutan dari rakyat? Adakah rakyat sudah berfikir dengan waras dengan pengiraan yang tak perlu pandai matematik yang tinggi, mereka perolehi jawapan yang munasabah.

Memang betul kita seharusnya bersyukur dengan pemberian yang diberikan kerana ianya datang dari Yang Maha Esa. Adakah dikalangan pihak pemimpin atasan tak kisah dari mana pihak memikirkan masalah yang dihadapi sekarang "KOS HIDUP MENINGKAT"!!

Adakah dengan pemberian BR1M boleh menyelesaikan sedikit sebanyak kos sara hidup rakyat di Malaysia? GR harap PM Najib fikirlah jalan yang terbaik, jangan asyik dengar cakap dari 'PENASIHAT' kerana yang menjadi ketua negara adalah anda. 'Penasihat' hanya fikir diri sendiri atau pun mereka ada 'Udang sebalik Mee'....

CYBERJAYA – Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Jan ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M,” katanya.

Berhubung caruman takaful i-BRIM, beliau berkata kerajaan sedang memperhalusi perlindungan insurans dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau meminta penerima BR1M 3.0 tidak melewat-lewatkan pendaftaran selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

“Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya pada Jumaat.

Ahmad berkata sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Beliau berkata kerajaan menjangkakan untuk tahun ini 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

“Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 ‘buffer’ bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini,” katanya.

Namun, kata Ahmad, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.

“Sehubungan itu, saya memohon agar penerima BR1M dapat mengemas kini maklumat nombor akaun bank mereka bagi memudahkan urusan,” katanya sambil menambah agihan pembayaran BR1M akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 turut layak menerima sejumlah RM450 serta caruman takaful RM50 dan bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 juga layak menerima RM300. – BERNAMA

Kenaikan kos sara hidup hanyalah satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh pembekal makanan, siapakah yang memantau harga barang mentah? Mereka boleh memberikan pelbagai alasan kenaikan kos tanpa disahkan sama ada benar atau pun tidak.

Kelemahan pihak kerajaan hanya mengharapkan informasi kos barang mentah semata-mata daripada pengilang dan pembekal. Sejauh manakah kesahihan kenaikan kos itu tiada siapa pun yang tahu. Sama ada mereka bohong atau tidak siapa yang tahu??

Kita jangan DIBODOHKAN dengan sogokan berita daripada pembangkang yang membutakan diri dari permasaalahan sebenar. Menabur kebencian rakyat terhadap kerajaan secara tidak langsung mengkayakan pengilang, pemborong dan pembekal Cina. Merekalah yang mengawal ekonomi makro negara ini.

Pihak kerajaan harus tambah lagi penguatkuasaan membenteras kenaikan harga dan sorok barang kawal yang dilakukan oleh penyangak ekonomi. Bukannya mengikut rentak mereka dengan memberikan statement yang tak masuk akal. Fikirlah pemasalahan rakyat, yang cukup makan dan tak cukup makan mereka semua merasa subsidi yang diberikan oleh Kerajaan.

Kita sedia maklum hampir 99% produk di pasaraya besar seperti Carefour & Tesco bukanlah produk Bumiputera, mengapa produk produk hebat yang dipamerkan di MIHAS tak ada?

Apa yang tak kena? Di manakah silapnya? Adakah orang Melayu sendiri tidak mahu produk bumiputera atau produk bumiputera tak laku dipasaran??


GR kata: Tepuk dada tanyalah hati....

Friday, January 3, 2014

SANA SINI RAKYAT BERCAKAP PASAL HARGA BARANG NAIK! PM @NajibRazak MASIH DIBUAI MIMPI? @HasanMalekKP @PMOMalaysia


Semalam adalah hari paling best buat GR. Dalam kerja-kerja yang perlu diselesaikan lebih kurang 7 orang GR jumpa dengan rakyat yang secara tak sengaja. Mereka ini kebanyakkan golongan berpendapatan sederhana dan juga rendah...sama macam GR.

Bila mendengar cerita mereka semua tak lari dengan tajuk yang sama "Harga Barang Naik". Adakah PM Najib dan menteri-menteri kabinet sedar akan perkara ini? Adakah respon yang mereka terima hanya diberikan oleh 'Penasihat' mereka saja, atau mereka sendiri mendengar denyut nadi rakyat.

Ini luahan yang GR sendiri ingin utarakan pada PM Najib. Sejak PRU13 mandat yang diberikan oleh rakyat pada beliau adakah beliau sedar atau masih nyenyak tido? Apa bezanya kerajaan BN yang dipimpin oleh beliau sekarang sama dengan di zaman Pak Lah. Terus terang GR katakan, zaman PM Najib adalah lebih teruk.

GR faham seorang perdana menteri mempunyai beberapa orang penasihat. Tapi sedarkah wahai PM Najib, penasihat yang bersama anda sekarang sebenarnya mahu mengadaikan negara. Jangan ingat demontrasi jalanan yang dianjurkan oleh pembangkang tak dapat sambutan itu bukannya datang dari suara majoriti rakyat Malaysia.

Kenaikan harga kos!! Rakyat sebenarnya dah makin menyampah dengan kerajaan BN. Mereka sampai luahkan menyesal mengundi BN pada PRU13. Semua menda nak dinaikkan dengan serentak. Janganlah berikan alasan bodoh dengan menyatakan ekonomi negara stabil, tapi hakikatnya masih ada rakyat yang hidup merempat. Sedihkah kita dengan golongan seperti ini?

Kenapa kerajaan BN takut untuk mengawal harga keperluan harian? Bukankah barang keperluan harian seperti beras, gula, ayam, tepung dan lain-lain adalah makanan utama rakyat Malaysia. Jika semua ini naik sudah tentulah perkhidmatan lain juga akan naik secara automatiknya. Kenapa kerajaan BN masih takut dengan taukey-taukey pemborong pembekal nie semua? Bukankah kerajaan sudah wujudkan Kedai rakyat 1Malaysia tapi kenapa masih dianggap GAGAL?


Kalau betullah apa yang PM Najib umumkan sebelum ini mahu mewujudkan 50buah lagi KR1M rasenya itu semua hanya omong kosong. Harga kawalan makanan boleh dikawal, jika pembekal CINABENG atau pun bangsa lain berdegil...bukankah senang untuk mereka yang berkelayakan boleh memohon untuk buka KR1M. KPDNKK perlulah buat secara tender terbuka, rakyat Malaysia yang mampu dan layak boleh memohon.

Kenapa perlu ada RM600ribu baru boleh bukak KR1M? Takkan kerajaan tak boleh bantu sedikit pun. Jangan asyik nak bagi kenyang perut 'kawan-kawan' sendiri saja. Paling mudah, KPDNKK boleh turun padang cari kedai-kedai runcit di kawasan kampung, upgrade mereka jadi KR1M. Sudah tentulah mereka boleh maju kerana mereka sudah mempunyai pelanggan yang tetap. Ingat wahai PM Najib, orang lebih suka beli barang yang murah atau mahal tapi kualitinya entah ke mana. Jangan ingat rakyat nie semua golongan bangsawan.


Sistem aduan KPDNKK nie apa fungsinya? Adakah rakyat perlu masuk website dulu nak buat aduan? Macam mana pula rakyat yang tak berkemahiran IT contoh di kampung-kampung? Bukankah boleh wujudkan sistem SMS atau pun perkhidmatan whatsapp untuk lebih mudah rakyat berkomunikasi. Dunia makin canggih...PM Najib sibuk laungkan IT sana sini tapi kerajaan masih di zaman batu.


Komen-komen di Facebook seperti di atas adakah pihak kementerian amik kisah atau hanya sebagai hiasan nak menunjukkan media sosial kementerian ini aktif?

Ingat lah, zaman sekarang bukannya nak tunggu rakyat datang mengadu pada kita. Kita nie sebagai di kementerian atau pun pemimpin turun padang cari mereka-mereka ini. Malaysia masih ada rakyat miskin. Program TV pun ada buat untuk berikan bantuan pada golongan miskin ini, tapi kenapa Kerajaan masih tido dan buat tak tau. Masih sibuk dengan projek-projek mega yang entah ke mana hala tujunya. Pembangunan itu penting tapi perlulah selari dengan kehidupan rakyat yang mereka juga mahukan pembangunan dalam hidup mereka.

Pada penasihat-penasihat PM Najib cukup-cukuplah korang nak tunjuk pandai, kononnya korang nie membela nasib rakyat. Apa yang jadi sekarang kalau rakyat Malaysia sendiri bertanya pada korang sudah tentu korang tak boleh jawab. Kononnya korang nie hebat dalam ekonomi, tapi itu semua hanyalah kiraan matematik.

Apabila kita mahu menegur bukan bermakna kita membenci. Sebaliknya kita sayangkan kerajaan BN yang dipimpin  oleh UMNO. Kita tidak pernah yakin dan percayakan puak-puak PKR, DAP dan PAS. Kita tidak mahu UMNO hilang tahta, hilang kuasa!!!



GR kata: Wahai pemimpin UMNO/BN turunlah ke bawah tengok sendiri rakyat korang tu masih ada lagi yang miskin macam video di atas. Tolong bukak mata, jangan asyik tido sampai mata terbuka. Amanah Allah S.W.T perlulah dijalankan dengan penuh tanggungjawab!!

Wednesday, January 1, 2014

LIVE UPDATE: FUIYOO, DATARAN MERDEKA HAPPENING SIOT! @PDRMsia @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Selamat Tahun Baru 2014 GR ucapkan pada pembaca-pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan dan pandangan yang diberikan selama blog ini tercipta untuk jadi bahan bacaan.

Apa pun tahniah GR nak ucapkan pada yang turun demo malam nie. Nak tanya ape yang korang dapat? Harga turun ke tak? Sales di Sogo turun lagi tak? Kalau turun sampai bila-bila ke??

Korang lihat sendiri, skrip diaorang semua sama dari Bersih 1.0 sampai sekarang. Ramai yang turun orang Melayu, kaum lain mane? Dah tentu bersuka ria sambut tahun baru kan. Hahahaha...bodoh orang Melayu nie kan. 

GR nak tanya lagi pada kawan-kawan pakatan yang turun. Apa korang dapat dan hasilnya? Pemimpin yang korang sanjung tinggi mana dia?? Turut bersama korang tak?? He he he

Kata nak bom hancurkan KL bagai, kebangkitan rakyat merusuh kalah Thailand, Mesir dan Syria?? Mana??? Kenapa jumlah yang turun skripnya pun sama jer??

Kalau katanya demo aman perlu ke bawa senjata tajam..macam gambar yang GR kongsikan nie.

Paling best, skrip 'solat jemaah' depan orang ramai buat macam biasa. Tapi kali nie lebih 'khusyuk' solat diaorang kot....alasnya mana? Solat pakai kasut yer?? Kiblatnya betul ke? Semua tu berwudhuk ke? Suci ke semua tu??? Fikir sendirilah yer kawan-kawan....

Nak berdemo tu boleh..tapi kenapa artis buat persembahan pun korang kacau baling batu botol bagai. Bagilah orang ramai datang bawa keluarga nak tengok konsert, bukannya nak tengok korang terpekik terlolong. Macam biasa ramainya orang Melayu.

Untuk pengetahuan korang, Menteri KDN bagi KUASA PENUH pada Polis untuk jalankan tugas dan takder campur tangan politik, sama juga pada semua Ketua-ketua Pengarah agensi KDN. Kan itu tugas pertama yang beliau buat bila diberi amanah pegang KDN. 

Ada yang cuba buat-buat tak faham, kata menteri patut bagi arahan. Itu kan dulu cara menteri CKMM, tau bagi 'amaran' jer...tengok apa jadi masa tue??

Polis ada cara mereka jalankan tugas dan semuanya mengikut peraturan mereka. Bukannya nak hentam keromo..balun jer ikut nafsu. Bertindak guna otak bukan guna pungkok.

Tahniah kepada pihak Polis dan juga DBKL kerana berjaya mengawal keadaan tidak melarat sampai pagi buta. Dan macai-macai demo balik sebab boring. Tak sampai pun 10ribu macai yang turun...jam 1pagi tadi Dataran Merdeka clear.

Tahniah kepada Menteri KDN kerana berjaya buat demo nie jadi melarat dan kecoh kaw-kaw. Terbukti kuasa penuh yang diberikan pada Polis tanpa campur tangan politik nampak kesannya.

Ini terbukti puak pakatan haprak memang takut sebab Zahid, IGP dan Polis akan bertindak betul-betul...bukan main-main atau sekadar bagi amaran!!


GR kata: Habis konsert macai demo pakat balik. Camner nak capai target nie?? Kah kah kah


Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, December 31, 2013

LIVE #RPDM31D: HABIS! DATARAN MERDEKA MAKIN PANAS!!

Lihat gambar yang GR berikan. Inilah keadaan sekarang di lokasi kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ramai giler kan? Hahahaha...

Pada sebelah lewat petang Twitter Bang Non bagi tau KL dah mula jammed sebab 'rakyat' dah berpusu-pusu nak tawan KL katanya. 

Tapi bila tengok betul-betul cam biasa jer...cam takder paper jer. Haaahahaha..skrip sama nak MENIPU. Kah kah kah...bestkan sampai mampos kena tipu dengan Bang Non kan?

Apa pun korang yang nak keluar tu fikirlah destinasi mana yang terbaik. Nak sambut Tahun Baharu 2014 di KLCC boleh, Putrajaya boleh, Shah Alam pun boleh. 

Tengok sendiri keadaan di KL dan seluruh tempat kata 'mereka' rakyat nak gulingkan kerajaan atau rakyat nak bersuka ria dan hidup aman damai.

Lu pikir laa sendiri!!!!


GR kata: Beruk-beruk pakatan bukan duk demo tapi tolong kawan-kawan berniaga. Bagus la tu kan!!



Sent from Samsung Galaxy Note

Sunday, December 29, 2013

BLOGGER PAKATAN HAPRAK @AmenoWorld JAWAB MACAM KANTOIKAN DIRI SENDIRI JER? #gulingkerajaan @rafiziramli @PDRMsia @razaliibrahim



Minggu nie GR lihat media sosial, media cetak dan juga TV sibuk dengan cerita pasal himpunan haram pada 31 Dec nanti. Yelah kan ada pihak yang tak puas hati katanya nak "Gulingkan Kerajaan".

Korang tengok dua statement yang telah dikeluarkan oleh Timb Menteri JPM dan juga pihak Polis. GR amik dari petikan blog penipu rakyat AmenoWorld sebabnya selalu gak baca blog budak nie.

Kenapa salah ker statement yang dikeluarkan oleh Dato Razali Ibrahim pada mahasiswa jangan join himpunan haram nie? Pertama sekali kita pun pernah jadi student kan...apa tugas utama student untuk berjaya dalam hidup? Mak bapak kita bagi kita belajar untuk apa? Dan apa sumbangan kita pada keluarga untuk bayar balik pada mereka. Jawapannya sendiri boleh tau kan!!

GR pun tengok gak berita TV3 tadi pasal himpunan haram 31 Dec nie. Kenapa salah ker Polis bagi sidang media macam tue? Nama pun tugas Polis ada prosedurnya, kalau semua benda nak terangkan dengan detail....hilanglah kerahsiaan dalam tugas Polis tu. Macam tu jugak dengan 'plan rahsia' penganjur nak langsungkan himpunan haram nie...betul tak?

Bukti yang Polis terima dikatakan macam main-main dan diperlekehkan. Kenapa kalau betul nak adakan himpunan haram perlu ker cuba untuk timbul kekecohan dengan alasan gulingkan kerajaan. Bukti yang cuba disampaikan oleh Polis itu mungkin cuma sedikit, kalau semua bukti nak ditunjukkan pada semua macam mana pula tugas Polis.

GR nak tanyalah, tugas Polis menjaga keselataman dan ketenteraman awam atau tugas Polis sama macam 'Polis Sendiri' yang Guang Eng buat di Penang tue? Salah ke cegah sebelum parah. Nanti bila dah jadi perkara yang buruk, ramai pula yang salahkan Polis sebab tak buat kerja. Bukan ker dalam blog nie kata dia mengaku dengan huru hara yang berlaku dalam setiap himpunan haram yang diaorang buat.

Puak pakatan kata himpunan haram ni, himpunan aman. Tapi kenapa tak nak buat dengan ikut prosedur. Bukankah sebelum ini korang ada minta permit dan pihak Polis benarkan dan perjalanan himpunan yang dibuat DIJAGA oleh Polis. Cuba ingat balik demo haram mana tu dalam kawasan Selangor.


Masih ada yang ingat dengan gambar di atas. Malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, rakyat nak bersuka ria tapi apa yang puak korang buat. Masa nie lebih kurang aman jugak lah korang berdemo. Tapi perlukah perkara seperti ini berlaku. Korang baca DI SINI dan juga DI SINI.

Macam mana pulak dengan demo Bersih? Dulu pun korang pernah cakap demo ni aman, lebih kurang sama jer skrip dengan demo yang korang akan buat 31 Dec nanti. Apa jadi lepas tu? Gambar di bawah korang masih ingat tak??




Kalau nak berhimpun tanda protes sekali pun katanya perlu ke turun ke jalan raya memekik terlolong. GR pun tak suka dengan harga kos hidup nie naik mendadak. Apa kata kita protes dengan cara akal bukan nafsu.

Kalau dengan cara demo memekik terlolong nie boleh selesaikan semua masalah ker? Dua-dua kerajaan BN dan pakatan sama jer sekarang nie....harga barang cukai semua naik melampau-lampau. Amacam???


GR kata: Susah fikir kalau diri kita tak boleh terima perkara yang baik dalam diri nie.

KAKITANGAN AWAM RAMAI TAK BOLEH PAKAI? BILA NAK UBAH? @NajibRazak @PMOMalaysia


Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyatakan kebimbangan dengan situasi penjawat awam yang dilihat tidak sensitif terhadap isu rakyat ketika ini terutamanya dalam menangung kos hidup.

Mengambil contoh satu kejadian baru-baru ini, Maliki berkata, seorang pegawai dari agensi awam berkata, sekiranya rakyat ingin membeli rumah teres bernilai RM300,000  sektor tersebut telah menyediakan banyak pilihan untuk dibeli.

"Pegawai berkenaan berkata, 'cuba cari di Dengkil. Kenapa mesti semua nak beli di kawasan KLCC, orang muda semua nak ‘enjoy’ begitu. Sedangkan saya ada dalam mesyuarat itu.

“Saya beritahu menteri, saya duduk di Bangi, saya merayau sampai ke Beranang, Pajam untuk cari rumah.  Saya cari, memang tak ada. Cuba cari sekarang ini rumah harga RM300,000 di Dengkil. Memang tak ada.

“Itu contohnya pemikiran seorang penjawat awam dengan hakikat yang sebenar rakyat bawahan, pelaksana dan pembuat dasar yang tak faham suasana sebenar di bawah. Jadi, kalau ini tak dapat ditemukan, jangan bercakap soal mendengar itu tadi,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual khas, hari ini.

Dalam pada itu, Maliki turut menyentuh soal pemikiran penjawat awam yang dilihat tidak faham situasi sebenar golongan rakyat bawahan.

"Saya bimbang kalau rakyat sudah tak mahu bercakap. Saya berharap rakan-rakan, tuan-tuan menteri yang bijak pandai ini, jangan melompat, melenting kalau rakyat bercakap.

"Menteri-menteri yang terlibat sepatutnya tidak melenting apabila rakyat menyuarakan kesusahan mereka.

“Kerana selagi mereka mahu bercakap, maknanya komunikasi masih wujud," jelasnya lagi.

Tambah Maliki, baik menteri mahupun penjawat awam lain perlu berubah menjadi pendengar yang baik.

Dalam hal ini, Maliki mengambil contoh paling hampir dengan masyarakat iaitu hubungan antara bapa dan anak.

“Kalau kita jadi bapa, anak kita merungut, merajuk, itu maksudnya dia masih menganggap kita sebagai tempat bergantung tetapi apabila dia sudah tidak merungut, kita masuk rumah dia keluar,  ajak makan tak mahu, itu apa petandanya?

“Sama ada dia masuk bilik ambil tali atau dia memberontak balik,” katanya.

Jelasnya, beliau bukan berniat untuk mengugut, namun itu hakikat yang berlaku pada masa kini.

“Saya bukan mengugut atau mengancam tapi di mana-mana begitu. Jadi, cubalah.

"Zaman selesa sudah berlalu maka kita kena ubah,” katanya. - Sumber


GR kata: Memang betul pun, kadang kita berurusan pun dilayan macam hampeh!!

Artikel pelbagai