Apa sebenarnya dah terjadi dengan negara kita? Adakah Malaysia bakal menjadi tempat 'transit' pengganas atau penjenayah dunia? Adakah Malaysia akan tersenarai dalam kalangan negara yang tidak selamat untuk dikunjungi?
Bila terjadinya kes pencerohan lagi selepas Lahad Datu, banyak pihak cuba menyalahkan sebelah pihak saja. Rasanya mereka tahu prosedur yang pihak keselamatan sedang jalankan sekarang ini.
Kenapa perlu menghentam, bukankah baiknya kita menyalurkan pandangan yang baik pada Kerajaan demi keselamatan rakyat dan negara terutama sekali di Sabah.
GR harap sangat PM Najib Razak baca dan fikirkanlah cadangan ini untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet seterusnya dapat satu keputusan yang bijak.
Pandangan ini sudah banyak kali diutarakan malah berkali-kali sudah diutarakan oleh masyarakat di platform media sosial dan lain-lain lagi.
KERAJAAN SABAH HARUS SEDIAKAN PENEMPATAN BARU UNTUK MASYARAKAT PERKAMPUNGAN AIR!!
Pertama sekali GR ingin berterima kasih ke atas segala tindakan kerajaan selama ini dalam mengawal keselamatan negara terutamanya di Sabah yang sering dicerobohi oleh pengganas.
Sebagai rakyat Malaysia kita semua mempunyai tanggungjawab dalam menangani segala perkara bagi memastikan negara senantiasa berada dalam keadaan aman dan damai.
GR berpendapat penceroboh ini bukannya hanya datang dari luar sabah (Malaysia). Akan tetapi ianya ibarat bom dalam simpanan negara yang mana suis atau remotenya berada dalam tangan musuh.
Agak mustahil jika kita fikir bahawa setiap serangan dibuat oleh penceroboh adalah datang dari luar negara, kerana pemantauan yang dilakukan oleh pihak keselamatan adalah cukup ketat. Besar kemungkinan pengganas ini telah bersarang di Sabah disetiap pelusuk Sabah terutamanya di daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan.
GR ingin mencadangkan pada pihak Kerajaan agar ke semua PERKAMPUNGAN SETINGGAN di negeri Sabah terutama di daerah yang disebutkan di atas HARUS DIMUSNAHKAN secepat mungkin kerana 99% rumah setinggan atau perkampungan tersebut adalah di huni oleh pendatang dengan izin dan tanpa izin.
GR yakin masyarakat tempatan di daerah tersebut bersetuju jika rumah setinggan itu di robohkan.
Kita boleh tidak merobohkan dengan cara mengeledah setiap rumah di kesemua rumah setinggan sekerap yang mungkin. Akan tetapi ianya membahayakan pihak keselamatan yang membuat pengeledahan. Hampir 99% rumah setinggan di setiap daerah tersebut banyak masalah sosial.
Di antara perkara yang sering berlaku di perkampungan stingan ialah seperti berikut:
1. Menjadi Pusat penjualan Dadah seperti syabu.
2. Menjadi Pusat penyeludupan barang terkawal negara seperti minyak dan barang lain.
3. Menjadi kawasan hitam untuk dimasuki oleh orang lain yang mereka tidak kenali. Budaya ini bukan seperti berada di Malaysia, budaya negara yang tidak bertamadun.
4. Menjadi sarang PTI, jikalau sarang PTI.maka faham-fahamlah. Apa itu PTI dan bagaimana mentaliti mereka. Membunuh itu seperti makan nasi saja.
5. Menjadi sarang penceroboh.
6. Kawasan tersebut juga menjadi kotor oleh sampah sarap.
Kita masih lagi ingat kejadian di kampung Simunul di mana peristiwa beberapa angota keselamatan kita terperangkap di perkampungan tersebut dan ada yang terkorban.
Kami sangat berharap agar tindakan tegas dan segera ke atas perkampungan setinggan, yang agak mencurigakan juga gerak geri tindakan pasukan keselamatan kita seperti bocor, macam ada duri dalam daging. Seperti yang berlaku di pulau mabul. Waktu rehat angota keselamatan kita mereka seperti tahu jam berapa mereka rehat jam berapa mereka bertukar syif.
Pertukaran setiap angota keselamatan yang bertugas terlalu lama di satu satu kawasan ESSCOM perlulah ada reshuffle.
GR yakin dengan kepimpinan yang ada kerajaan mampu lakukan sesuatu demi keselamatan rakyat. Jangan ingat Polis sekarang macam zaman sebelum nie, duduk diam goyang kaki jer.
Kalau semua benda nak kasi heboh satu dunia, bukan kerja Polis namanya, baik kita tengok CSI ke Gerak Khas ke kan!!
GR kata: Nak cuci taik bukannya senang, nak cipta nama pun petik jer jari kan!!