Friday, February 7, 2014
TERESA KOK JENIS BODOH, KENAPA ADA MELAYU YANG IKUT SAMA BODOH??
Mana orang-orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR, yang kononnya anti perkauman apabila Teresa Kok memperlekeh dan mempersendakan orang Melayu dalam video ucapan tahun barunya?
Adakah orang-orang Melayu Pakatan Rakyat memang suka dipijak atau memang merelakan diri mereka diperbodoh-bodohkan oleh bukan Melayu seperti Teresa Kok?
Jika video seperti ini diterbitkan oleh Perkasa, pasti sudah berbondong-bondong penyokong Pakatan Rakyat tak kira Melayu atau bukan turun berdemonstrasi.
Tidak kurang juga yang melaungkan slogan anti perkauman dan melabel Perkasa dan juga UMNO sebagai rasis. Apa jua alasan Teresa Kok berbuat demikian sememangnya merendahkan martabat ahli parlimen di mata umum.
Sepatutnya Teresa Kok menunjukkan teladan yang baik kepada umum, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan yang sepatutnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Ini sebaliknya.
Peluang yang ada bagi meredakan ketegangan yang sedia ada disalahgunakan oleh Kok untuk terus melakukan provokasi yang berbau perkauman. Teresa Kok tidak sepatutnya mengambil pendekatan ‘politik kedai kopi’ bagi meraih publisiti murahan.
Apa lagi bila sesetengah isu yang dibangkitkan dalam video tersebut adalah isu sensitif yang bukan sahaja menyentuh kaum Melayu malah rakyat Malaysia keseluruhannya.
Walau Kok menafikan bahawa video tersebut ditujukan untuk orang Melayu namun umum boleh membaca sari kata yang disertakan bersama video tersebut.
Keengganan Kok memohon maaf secara umum juga memperlihatkan personaliti Kok yang tidak ambil pusing tentang sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Terus tertipu
Kenyataan siapa makan cili, dia terasa pedasnya hanya memburukkan lagi situasi kerana dengan yang demikian Kok tanpa sedar mengaku bahawa video tersebut dibuat dengan tujuan memperlekeh pemimpin Melayu serta orang Melayu keseluruhannya.
Apa yang Kok lakukan sebenarnya hanya mencemarkan kredibiliti pemimpin bukan Melayu lain di dalam Pakatan Rakyat.
Malah kenyataan setiausaha DAP Lim Guan Eng bahawa DAP akan berdiri bersama Kok menentang apa yang disifatkan Guan Eng sebagai serangan Umno juga bukti bahawa mereka mengamalkan dua standard yang berbeza dalam soal isu perkauman.
Asal DAP semuanya betul dan jika orang lain maka ianya salah dan rasis.
Adakah ‘Ketuanan Cina’ telah mengambil alih Pakatan Rakyat sehingga semua pemimpin Melayu di dalamnya hanya mampu membisu apabila perkara seperti ini berlaku?
Mungkin juga inilah yang mereka mahukan – PKR dan PAS berada di bawah telunjuk DAP dan hanya berbunyi apabila diarah berbuat demikian.
Mungkin sudah tiba masanya Teresa Kok belajar tatacara yang betul dalam pembawaan diri sebagai seorang wakil rakyat kerana keangkuhan hanya akan memakan dirinya.
Bukan semua orang dapat menerima kebiadaban seperti ini, hanya yang rela dan bodoh sombong sahaja yang akan terus tertipu. - FMT
GR kata: Perlu ker tunjuk protes dengan berdemo sana sini...kenapa nak ikut cara bodoh puak pakatan haprak nie??
RAMAI LELAKI BAKAL MENANGIS MERAUNG DISEBABKAN NORA DANISH?
Jika sebelum ini Nora Danish dan Nedim Nazri tidak mengaku bercinta, namun perkembangan terkini mengatakan sebaliknya. Ini kerana, mereka berdua dilaporkan sudah membuat persiapan perkahwinan dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Biar betik?
Malah menurut laporan Harian Metro, antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian beberapa barang hantaran. Beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah tersenarai untuk membuat rekaan busana pengantin.
Jika benar gosip ini, tahniah diucapkan. Iyalah, mereka boleh dikatakan sering makan angin bersama, jadi kalau dah kahwin nanti... ia pastinya dapat mengelak fitnah dan kritikan pedas. Tak gitu?
GR kata: Jangan pisang berbuah 2x yer....
Thursday, February 6, 2014
POLIS YANG DULU BUKANNYA YANG SEKARANG..!! #POCA @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi
Pertama sekali GR mohon maaf jika tajuk di atas jika kawan-kawan dalam Polis tersinggung. Maksud yang lebih baik ialah Polis sekarang akan lebih 'bertaring' dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya untuk seluruh rakyat Malaysia.
Sedarkah kita tugas Polis lebih mencabar jika ingin dibandingkan dengan tugas lain. Setiap masa nyawa mereka sentiasa terancam dan itu semua tidak menjadi halangan pada mereka anggota Polis.
Zaman dulu tidak sama macam sekarang....kenapa?? Bila nyawa kita terancam kepada siapa kita mengadu? Bila negara huru hara, kepada siapa kita harapkan untuk menjaganya? Bila kita dirompak atau diragut apatah lagi dibunuh, kepada siapa kita memohon bantuan?
Bila berlaku jenayah berat, kepada siapa kita mengharapkan untuk menyelesaikannya? Fikirkanlah...apa pun GR yakin dengan Akta POCA yang baru ini dan akan dilaksanakan dengan secara tak langsung imej Polis kembali pada landasannya. Zaman kegemilangan ketika Tun Hanif Omar in sha Allah akan kembalikan di zaman Ketua Polis sekarang.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi membanteras jenayah terancang dan berat selepas Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan dikuatkuasakan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, menerusi akta itu, polis diberi lebih kuasa untuk memeriksa dan menangkap penjenayah.
"Kita (polis) akan laksanakan (operasi) dengan tindakan-tindakan yang diberi kuasa kepada kita oleh POCA," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh mengenai isu keselamatan negara daripada perspektif PDRM di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Pada 28 Januari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, POCA 2012 akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Katanya, antara pindaan yang diperuntukkan dalam POCA ialah ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tempoh tahanan siasatan dikurangkan daripada 71 hari kepada 60 hari serta Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah diguna pakai.
Selain itu POCA juga menguatkuasakan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD), penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, perlindungan saksi, syarat pengawasan lebih ketat dan 'sunset clause' iaitu akta ini akan dikaji semula setiap lima tahun, kata Ahmad Zahid.
POCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang telah dimansuhkan. - Bernama
Tahniah pihak Polis, teruskan usaha membasmi jenayah berat hingga ke akar umbi. Doa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sentiasa mengiringi kalian semua. Jangan ada pihak cuba untuk memperlekehkan tugas Polis sebab bukan apa....yang suka perlekehkan Polis nie, kadang-kadang diaorang sendiri datang 'melutut' pada Polis. Apa citer???
GR kata: Terima kasih Menteri KDN, Terima Kasih IGP dan terima kasih Polis.
Monday, February 3, 2014
Nasi Lemak 'Telanjang' MAS: Chef Wan Marah Nasi Lemak Siapa Tue? Buat Malu Jer Lah!!
Sebelum ini kita dah dengar rungutan Chef Wan mengenai kualiti nasi lemak yang dihidang MAS sewaktu beliau mengambil penerbangan ke Bangkok baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, ada seorang yang mendakwa ‘kerja atas awan’ telah memberi komennya yang tersendiri berhubung isu tersebut.
Baca komen tersebut di bawah:
Apa pun semua pihak harus ambil tanggjawab dalam setiap kerja yang dilakukan. Pihak MAS juga harus pantau setiap kontraktor yang dilantik agar perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
Servis makanan adalah suatu servis yang paling utama, pelanggan mahukan yang terbaik tapi takderlah sampai macam kita nak makan di rumah kan....macam tu baik masak sendiri atau bawa bekal sendiri kan!!
GR kata: Nasi lemak Pak Ya lagi sedap...ayam masak merah dia terbaik der!!
Tidak lama selepas itu, ada seorang yang mendakwa ‘kerja atas awan’ telah memberi komennya yang tersendiri berhubung isu tersebut.
Baca komen tersebut di bawah:
Apa pun semua pihak harus ambil tanggjawab dalam setiap kerja yang dilakukan. Pihak MAS juga harus pantau setiap kontraktor yang dilantik agar perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
Servis makanan adalah suatu servis yang paling utama, pelanggan mahukan yang terbaik tapi takderlah sampai macam kita nak makan di rumah kan....macam tu baik masak sendiri atau bawa bekal sendiri kan!!
GR kata: Nasi lemak Pak Ya lagi sedap...ayam masak merah dia terbaik der!!
#N25Kajang: Ada Yang Goyang Bila @Zahid_Hamidi Cakap 'Lawan Tetap Lawan'! @NajibRazak @MuhyiddinYassin
Ramai dikalangan pembaca dan juga rakyat Malaysia sudah tahu al kisahnya yang terjadi di DUN Kajang. Perletakan jawatan yang secara tiba-tiba diambil oleh wakil rakyat yang dipilih 100% oleh rakyat di Kajang.
Dan secara tiba-tiba juga calon telah dilantik dari kalangan mereka juga. Bukahkah ini magic yang cuba ditunjukkan atau ada udang disebalik mee dalam senario politik negara sekaranag?? GR nak tanya, setiap pertandingan mesti ada pihak yang berlawan antara satu sama lai...betul tak? Begitu juga dalam PRK N25 Kajang jika SPR mengumumkan tarikh jika ianya akan dilaksanakan atau tidak.
Laungan 'lawan tetap lawan' oleh DS Zahid Hamidi, ada pihak yang cuba untuk mendapatkan publisiti murahan dalam siri kempen mereka. Ada yang menyatakan Zahid ini masih 'budak Anwar', Zahid ini masih mengagumi Anwar dan macam-macam lagi. Apakah dengan hanya perkataan Zahid masih dilabelkan sebagai 'budak Anwar'??
Persoalannya, korang semua tahu ker ketika zaman kejatuhan Zahid berapa ramai kawan dan sahabat bersama beliau? Adakah Anwar ketika itu memberikan bantuan pada orang-orangnya yang kantoi dibawa ke muka pengadilan apatah lagi masuk ke ISA? Kita perlu lihat berapa ramai 'budak Anwar' yang dulu sanjung Anwar tinggi tapi akhirnya kembali ke pangkal jalan....rasanya korang semua tahu siapa antara mereka termasuk Zahid sendiri.
Atas semangat perjuangan yang tinggi Zahid dilihat masih berpegang teguh pada janji berjuang bersama UMNO hingga sekarang. Tiada hasrat untuk mengkhianat parti keramat ini dalam diri Zahid Hamidi. GR lihat beliau seorang pemimpin yang taat dan berjuang demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Laungan 'lawan tetap lawan' menunjukkan beliau sanggup membantu BN untuk melawan siapa saja musuh politik yang mahu menentang BN. Inilah semangat yang perlu ada dalam setiap jentera politik dalam setiap parti kerana berjuang dalam politik bukanlah hanya wang semata-mata tetapi membela nasib rakyat dan juga negara.
GR setuju dengan kenyataan di bawah:
Barisan Nasional (BN) memegang prinsip ‘lawan tetap lawan’ biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding padapilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA, namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
“Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.
“Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi ‘lawan tetap lawan’ kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini. – BERNAMA
Secara tersiratnya rakyat Malaysia dan UMNO/BN sudah masuk perangkap Anwar. Mana taknya, ADUN yang rajin bekerja dipaksa meletakkan jawatan dan memberi 'laluan' pada Anwar untuk mencapai cita-citanya.
Skrip simpati Rafizi beritahu dalam sidang media, kononnya jika benar pakatan menipu rakyat berhak menolak Anwar Ibrahim. Pada pengundi DUN Kajang, buatlah pilihan bijak. Kalau rasa diri tu pandai gunakan akal fikiran dan janganlah asyik jadi BODOH sajer yer!!
GR kata: Ada yang goyang dengan Zahid rupanya...Hi hi hi
Subscribe to:
Posts (Atom)