Saturday, February 2, 2013
TAHNIAH LIYANA JASMAY! SAH JADI ISTERI ORANG!!
Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi. Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang. Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.
Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.
Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
GR kata: Terima kasih atas jemputan dan doakan semoga kekal hingga akhir hayat.
BONGKAR: ALI TINJU SEORANG KAKI LAMBUNG TINGGI MELANGIT!!
Korang kenal siapa empunya diri gambar di atas? Mesti ramai yang kenal bukan, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang hanya gah pada nama gelarannya 'Ali Tinju'.
Apakah tertubuhnya PVTM ini, Ali Tinju selaku presiden memangku dan mentadbirnya dengan ikhlas? Jika Ali Tinju menguruskannya dengan baik, kenapa jawatan penasihat dan lain-lain lagi silih berganti? Ada yang nak jawab tak??
Sebelum itu GR ingin bertanyakan, adakah tertubuhnya PVTM ini dapat membantu dengan baik veteran ATM di Malaysia ini? Adakah benar jumlah keahlian di PVTM ini beribu-ribu ahlinya? Jika benar beribu-ribu kenapa pendaftaran PVTM ini untuk Selangor dan W.Persekutuan (KL) saja? Mohon jawab juga yer wahai Ali Tinju...sebab banyak kemusykilan di sini yang menjadi tanda tanya.
Jika kita lihat apakah pencapaian yang 'Hebat' dari Ali Tinju ini kerana ada yang sanggup melambung tinggi beliau. Asal seorang prebet askar yang GAGAL dalam perkhidmatannya, dikira 'Hebat' oleh ahli persatuannya. Mungkin ramai dikalangan ahli PVTM masih tidak mengenali siapakah Ali Tinju yang sebenar. Boleh baca DI SINI
GR mengenali Ali Tinju ini secara peribadi walaupun GR bukan sebagai anggota tentera. Apa yang GR lihat beliau seorang yang pandai MENGAMPU, bila idea dan pandangannya diterima oleh seseorang terutama sekali pemimpin...pemimpin tersebut akan disanjung tinggi. Bukan seorang dua saja pemimpin yang sudah terkena dengan Ali Tinju ini, baik dari Ketua Pemuda, Menteri Pertanian sehinggalah ke isteri YAB Perdana Menteri. Ugutan akan diberikan jika program yang ingin dibuat beliau tidak diberikan sokongan. Senang cerita nak buat program tapi tak mahu usaha sendiri....semuanya TEKAN sampai poket orang tu boleh pokai.
Korang masih ingat dengan perbuatan bodoh Ali Tinju yang tiada impak sebenarnya. Tunjuk punggung di depan rumah Ambiga. Apa kesan yang kita lihat atas perbuatan tersebut?
INFO: #RapidKL @MyRapidKL LANJUTKAN PERKHIDMATAN HARI INI SAMPAI PAGI
RapidKL Lanjut Perkhidmatan Sempena Pesta Ponggal Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Merdeka pada Sabtu ini (2 Februari 2013), RapidKL akan melanjutkan waktu perkhidmatan rel dan bas bagi menyediakan keselesaan dan kemudahan orang ramai.
“Untuk tujuan ini, stesen-stesen utama untuk ketiga-tiga laluan rel RapidKL akan dibuka dan beroperasi sehingga 12.30 pagi. Stesen-stesen itu adalah Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya untuk LRT Laluan Ampang; Stesen Masjid Jamek untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan Stesen Monorel Hang Tuah.
“Untuk perkhidmatan bas pula, 10 laluan termasuk enam perkhidmatan dari Hab Pasar Seni akan melanjutkan perkhidmatan dengan bas terakhir pada pukul 1 pagi,” menurut Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut kenyataan itu, keenam-enam perkhidmatan dari Hab Pasar Seni itu adalah Laluan U66 ke Taman Medan, U68 ke Sri Manja/Sentosa; U70 ke Puchong Prima; U74 ke Pantai Hill Park; U88 ke Kota Damansara dan U224 ke Taman Dato’ Senu di Sentul.
Empat lagi laluan bas RapidKL yang akan mendapat lanjutan perkhidmatan sehingga 1 pagi sebagai bas terakhir adalah Laluan U6 dari Medan Pasar ke Taman Jasa Utama; Laluan U22 dari Jalan Hang Lekiu ke Sri Nilam; Laluan U23 dari Lebuh Ampang ke Taman Melawati; dan Laluan U40 dari Sinar Kota ke Terminal Kajang.
Kira-kira 100,000 masyarakat India dijangka hadir pada Pesta Ponggal Kebangsaan berkenaan, yang bertujuan menyemai semangat perpaduan itu dengan majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Prasarana Azhar Ghazali at 019-3837865
Friday, February 1, 2013
ADUN PAS SOKONG RAKYAT UNDI UMNO/BN PRU 13 NANTI!!
ADUN PAS menggesa pengundi Islam agar memberi undi kepada calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon mereka dikalangan bukan muslim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gaal daripada PAS, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.
"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.
Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.
Namun jelas beliau adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.
Bagaimanapun Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, adalah wajib bagi pengundi muslim untuk mengundi PAS.
"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.
"Hanya PAS yang menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam," katanya.
Sementara itu ditanya mengapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP yang tidak berkongsi prinsip yang sama menegakkan Islam, katanya kepada The talian Mole: "Dalam amalan demokrasi dan politik, adalah yang terbaik bagi PAS untuk menerima bantuan daripada pihak-pihak lain yang boleh membantu kita menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
"Mereka boleh mempunyai pendapat mereka sendiri. Kami bekerja bersama-sama untuk memastikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan dikalahkan."
GR kata: Orang PAS pun tak sokong PAS...macam mana tu??
Anak Muda Kedah Serah 9 Usul Pada PM @NajibRazak
Sekretariat Himpunan Anak Muda Kedah pada Khamis mengemukakan memorandum mengandungi sembilan usul kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Memorandum itu dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) Ku Iskandar Ku Saad, sempena lawatan sehari Najib ke Kedah pada Khamis untuk merasmikan Himpunan Orang Mudah Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.
Antara usul itu ialah meminta bank memberi pinjaman mudah kepada mereka yang menyediakan tanah untuk mendirikan rumah, menubuhkan Tabung Kumpulan Usahawan Muda Kedah, dana pengurusan badan bukan kerajaan (NGO) sebanyak RM2,000 diberikan kepada setiap NGO; memohon sebuah universiti berteraskan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan berteknoloji tinggi diwujudkan di Kedah dan mewujudkan litar lumba bagi membendung masalah sosial.
Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu, Ku Iskandar berkata usul itu bertujuan membantu golongan muda berdepan cabaran ekonomi tidak menentu.
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur kerana Perdana Menteri memberikan tumpuan khusus kepada golongan muda dengan menyediakan terlalu banyak program untuk meringankan beban kami sejak menerajui pemerintahan negara," katanya.
Sementara itu, golongan belia di Kedah dan negeri-negeri berhampiran tidak melepaskan peluang memohon Bantuan Lesen 1Malaysia yang dilancarkan Najib sempena program Himpunan Orang Muda Kedah itu.
Tinjauan Bernama sejak 11 pagi ini mendapati ramai belia berbaris di hadapan kaunter BL1M bagi mendapatkan borang tersebut.
Kholidah Hasan, 49, dari Baling berkata dia bersama tiga anaknya bertolak dari rumah kira-kira 6 pagi bagi memohon BL1M untuk dua anaknya selain mahu berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara dengan lebih dekat.
"Bila dapat tahu PM (Perdana Menteri) nak datang lancar BL1M, saya mengajak anak-anak datang kerana dua anak saya, Mohd Fikri Mohd Lik, 20, dan Mohd Firdaus, 22, masih belum mempunyai lesen memandu.
"Saya tidak ralat datang jauh-jauh kerana jika dua anak saya ini dapat bantuan tersebut, kami sudah jimat kira-kira RM300 untuk mendapatkan lesen. Anak saya dah tanya di sekolah memandu bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan lesen motosikal iaitu kira-kira RM350 seorang," katanya.
Katanya dia berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi banyak bantuan kepada rakyat negara ini.
"Bantuan terbaru ini menunjukkan kerajaan kita (Persekutuan) sentiasa memikirkan keperluan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Bibi Halimah Mustafa, 38, berkata selepas mendapat tahu tentang pelancaran BL1M, dia tidak melepaskan peluang datang bersama rakan-rakannya bagi memohon lesen motosikal.
"Pendapatan saya sebagai pembantu kedai makan tidak mencukupi bagi mendapatkan lesen, jadi saya tidak melepaskan peluang datang hari ini...terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang sentiasa melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat," katanya.
Bagi Rosnani Che Hat, 46, dia sedikit terkilan kerana permohonan BL1M dihadkan kepada belia berumur 40 tahun ke bawah dan berharap kerajaan meningkatkan had umur bagi membolehkan lebih ramai lagi masyarakat yang kurang mampu memohon lesen motosikal.
Perdana Menteri ketika melancarkan BL1M pada Khamis berkata dengan program bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350.
BL1M terbuka kepada warganegara berusia 17 hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.
Selain itu karnival BN Youth Job Fair yang menghimpunkan 83 majikan dengan lebih 4,500 peluang pekerjaan turut diadakan.
Khalisah Hasma Kasim, 24, lulusan Universiti Malaysia Sabah berkata karnival kerjaya itu memberi banyak peluang pekerjaan kepada golongan pencari kerja.
"Sebelum ini saya pernah menghadiri karnival kerjaya yang diadakan di beberapa daerah tetapi tidak banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan saya. Di sini, banyak peluang pekerjaan yang boleh saya mohon kerana syarikat yang mengambil bahagian juga banyak," katanya.
Mohd Fadzul Reeza Mohd Fuad, 22, berkata ini kali pertama dia menghadiri karnival kerjaya dan berharap ada peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.
Bagi R. Puspalatar, 28, berkata karnival kerjaya yang diadakan selama tiga hari itu bermula Khamis menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan pencari kerja. - BERNAMA
GR kata: Anak Muda Bersama BN
Thursday, January 31, 2013
MR BEAN MALAYSIA @MahfuzOmar KANTOI MENIPU LAGI, NAK TUNJUK HERO PASAL IC KE SABAH! @HishammuddinH2O
PUTRAJAYA 31 Jan. - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.
Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini.
"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Semalam Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.
Menurut Mahfuz surat arahan yang didakwa ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. - BERNAMA
GR kata: Ilmu kacang botol Mahfuz Bean ni....puihhhhh!!
FOTO: BUKTI PENCACAI ANWAR LEBIH SAYANGKAN GEREJA DARI MARUAH ORANG ISLAM!!
Inilah sebenar perjuangan Anwar dan DAP, mahu menghancurkan agama Islam itu sendiri di Malaysia. Pemimpin yang boleh kita anggap semuanya sama saja sanggup melihat anak bangsanya hancur.
Baru-baru ini tersebar gambar gerakan Kristian mendakwahkan orang-orang Melayu Islam seperti gambar di atas. Apa lagi pencacai Anwar ni kata UMNO/BN fitnah gambar ini.
Korang lihatlah sendiri gambar di atas dan amati betul-betul setiap penjuru yang diterangkan. Fikirkanlah sendiri yer. Islam semakin hancur di Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. PAS ibarat kerbau yang dicucuk tali, ikut jer bontot Anwar dan DAP.
GR kata: Peliharalah Islam dengan sebaik-baiknya.
Wednesday, January 30, 2013
TERKINI: @rafiziramli DITANGKAP POLIS HARI INI!!
Hari ini Rafizi Ramli a.k.a Rafizi Jambu ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Rafizi diikat jamin RM 15,000 dan dijamin oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.
Siapa hakim yang mengadili kes ini? Passport Rafizi tidak diambil oleh pihak mahkamah sedangkan jika disabit kesalahan dan kes mahkamah passport antarabangsa dipegang oleh pihak mahkamah. Si pesalah tidak dibenarkan untuk lari ke mana-mana.
Macam ada yang tak kena jer ni?? Rafizi mintak tolong Bang Non la ni yer!!!
GR kata: Ingat power sangat yer. Satu-satu Tuhan akan bayar CASH tau Rafizi!!
KEMATIAN WILLIAM HARUS DIBELA! CARI 'PEMBUNUH BERSIRI' SAMPAI LUBANG CACING!!
Nampaknya fenomena pembunuhan anak kecil tumbuh semula di Malaysia. Perkara ini seolah-olah menjadi seperti skrip drama yang pelbagai episod.
Apa dosa anak kecil seperti ini dibunuh bukankah mereka ini tidak berdosa. Pembunuh durjana ini harus diheret ke muka pengadilan dan dihukum dengan setimpalnya.
Pada keluarga adik William, GR ucapkan salam takziah pada mereka dan semoga pihak Polis akan membuktikan siapa yang bersalah.
PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan bahawa kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong mungkin menjadi mangsa pembunuh kanak-kanak.
Mesej teks amaran kepada orang ramai mengenai seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa di kalangan kanak-kanak mula tersebar sejak kehilangan William.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, polis tidak menolak kemungkinan berkenaan namun siasatan lanjut perlu dilakukan bagi menentukan kesahuhan dakwaan itu.
"Setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan polis mengenai mesej sebegitu. Kami berharap mereka yang menerima mesej teks berkenaan akan tampil kepada polis," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen Kampus Kepolisan di Sunway University di sini. Selasa.
William dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya. Dia dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Pada hari bedah siasat pada 25 Januari, ibu bapa William mengesahkan mayat kanak-kanak itu sebagai anak mereka berdasarkan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi selain seluar dalam yang dipakainya.
Ini pula orang tua tak sedar diri, kematian seseorang pun dipolitikkan. Jika Malaysia diperintah oleh Pakatan Pembangkang adakah dijamin selamat dari segalanya? Amerika Syarikat negara maju tu pun pelbagai gejala sosial dan rakyat mereka pun hidup bukannya 100% selamat.
GR kata: Salam Takziah pada keluarga adik William
#AmanatHadi: SOLAT JUMAAT 'STYLE DJ' BERIMAMKAN RADIO! POK NIK, HADI KATA SAH!!
Seorang bekas penyokong tegar PAS yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat berimamkan siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.
Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang. Sampai begitu sekali keterlanjuran saya kerana terlalu taksub kepada perjuangan Pas tanpa berfikir amalan sedemikian adalah bidaah dan tidak sepatutnya dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Guchil dekat sini kelmarin. Dia mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Paling taksub, dakwa Aziz, pada masa itu ada penyokong tegar Pas yang menunaikan solat dengan meletakkan gambar atau poster pemimpin parti di bawah sejadah.
Aziz mendakwa, sepanjang menyokong Pas lebih 15 tahun lalu, arahan supaya mengkafirkan orang UMNO masih kuat dalam ingatannya hingga sekarang dengan menyaksikan akad nikah semula rakan-rakannya yang mempercayai pernikahan mereka yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.
Bagi mengelak perzinaan berterusan, mereka diakad nikah semula oleh pak lebai Pas yang tidak bertauliah. Kami juga diajar supaya terus mengkafirkan orang UMNO secara lantang. Kalau tidak berani, cukup sekadar mengkafirkan orang UMNO dengan hati bagi mendapat ganjaran pahala," katanya.
Aziz mendakwa, sehingga sekarang masih ramai penyokong tegar Pas yang lantang mengatakan orang UMNO adalah ahli neraka.
Dia juga mengakui salah seorang ahli Pas yang tidak makan daging sembelihan orang UMNO, memulaukan kenduri-kendara, tahlil dan apa sahaja berkaitan dengan orang yang dilabelkan kafir oleh pemimpin Pas serta dipandang jijik olehnya.
Dakwa Aziz lagi, daging sembelihan orang UMNO dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan menjadi pesanan serta pegangan ahli keluarganya ketika itu.
Bagaimanapun, jelasnya, selepas menyedari kesilapan pegangan itu, dia memaklumkan kepada keluarganya untuk tidak bersama perjuangan Pas memandangkan pada masa sama, arwah ibunya juga penyokong tegar Pas dan pernah menghalaunya dari rumah.
Ibu saya sendiri menganggap saya sudah kafir (setelah tidak lagi menyokong perjuangan Pas). Itulah penangan Amanat Haji Hadi yang jelas memecah-belahkan perpaduan umat Melayu yang wajib diperbetulkan semula oleh Presiden Pas itu tanpa perlu berdolak-dalik," katanya. - Utusan
GR kata: Solat 'Zip Zap' dalam PAS halal kata Nik Aziz...Rosak-rosak!!
APE DAA...INGATKAN @tianchua HEBAT SANGAT? PENAKUT TAKDER TELOR RUPANYA!!
Bila tengok dalam demo jalanan nampak hebat orangnya, yelah terpekik terlolong macam orang kurang siuman. Setiap kali dalam demo yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang, Tian Chua jugalah antara yang akan ke depan dan sanggup menjadi balaci Anwar dan Guan Eng.
Memaki hamun pihak Polis dan Kesultanan DiRaja menjadi makanan Tian Chua. Bila demo beliau yang memulakan provokasi pada pihak Polis itu semua korang dah tahukan. Hebatkan?? Berlagak hebat nak tunjuk pada rakyat buat apa, cara yang tak betul....apa yang beliau buat untuk rakyat di Parlimen Batu??
Itu semua korang dah tahu sendirikan dan lebih penting rakyat di Parlimen Batu tahu ahli parlimen mereka ini rajin turun padang atau tidak. Rajin turun berjumpa rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat atau tidak. Sendiri fikirklah yer.
Apa yang GR ingin beritahu di sini, dalam kononnya beliau ini 'Hebat' dan 'Berani' tapi kenapa takut dengan SPRM yer?? Bukankah syarat untuk menjadi calon pilihanraya mestilah seorang pemimpin yang CLEAN dari semua aspek baik dari tidak bankrap, tidak pernah mempunyai masalah rasuah dan sebagainya. Sibuk kata pemimpin UMNO/BN makan rasuah dan macam-macam lagi penghinaan tapi bila giliran pemimpin Pakatan Rakyat tak payah pula. Keadilan apa macam tu??
Baca di bawah :
JOHOR BAHRU - PKR tetap dengan pendirian untuk tidak menyerahkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Presidennya, Tian Chua berkata, SPRM seharusnya bebas daripada politik sekali gus tidak terlibat dalam pemilihan calon.
“Kita tidak setuju dan tidak akan buat sebab SPRM kerja mereka tangkap orang melakukan rasuah.
“SPRM diwujud bukan untuk bantu parti politik pilih calon, tetapi mereka bertanggungjawab tangkap orang terlibat rasuah. Oleh itu, parti politik tidak sepatutnya hantar nama kepada SPRM malah tidak diwajibkan,” katanya.
Kata beliau, SPRM diminta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin yang didakwa gagal dalam ujian tapisan kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
“Kenapa hanya gugur nama sahaja? SPRM perlu bertegas dan siasat serta tangkap jika terbukti pemimpin digugurkan ini bersalah,” katanya.- SH
GR kata: Auta, pusing itu jelah yang pemimpin pakatan tau...tuihhhhh!!
Tuesday, January 29, 2013
HOT: @MahfuzOmar KAKI DANOK? SEDAP MULUT KATA @NajibRazak PONDAN SIAM!
Ini lagi sorang pemimpin PAS yang tidak menunjukkan langsung ciri-ciri seorang pemimpin Islam. Berpaksi kan PAS yang katanya memperjuangakan Islam tapi mulut macam longkang. Kita semua faham apa saja yang dibuat oleh Kerajaan BN semuanya tidak betul dan dipolitikkan. Dalam perihal makan minum pun ada saja salahnya. Senang kata Pakatan buat baik belaka lah yer??
Apa masalah Mahfuz Omar ni? Pemimpin PAS lebih suka memekik terlolong sana sini dari berkhidmat untuk rakyat. Dalam artikel di HarakahDaily, Mahfuz menyatakan PM Najib Pondan Siam!! Ianya disebabkan PM Najib tak layan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang.
Kita fikir yang logik, jika perkara tersebut tak betul buat apa dilayan. Betul tak? Banyak lagi perkara yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dan pembangunan negara yang perlu difikirkan oleh PM Najib. Itulah tugas Perdana Menteri mentadbir negara ke arah yang lebih baik.
Bukan macam Pakatan Pembangkang, dah memerintah 4 negeri pun sibuk nak ceramah sana sini. Rakyat mahukan kehidupan yang baik dan bantuan kepada yang memerlukan. Bukannya dengan makan ceramah pakatan perut boleh kenyang, kehidupan di rumah selesa.
Untuk makluman pembaca budiman, tindakan Menteri Pertahanan memberi surat saman terhadap Rafizi adalah wajar kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau terlalu melampau. Rafizi bukan saja memfitnah pasal LTAT malah sengaja menjatuhkan maruah Angkatan Tentera Malaysia.
Kenapa Mahfuz Omar tak nak tolong jawab pasal account Facebook Rafizi Ramli yang katanya DIGODAM? Jika benar ianya digodam kenapa Rafizi Ramli tidak membuat laporan Polis. Polis buat kerja sehingga tertangkapnya pesalah tersebut. Barulah rakyat tahu siapa betul dan siapa salah. Betul tak??
Wahai Mahfuz Omar, janganlah sibuk nak jadi hero pertikaikan dan perlekehkan apa yang pemimpin Kerajaan dan Kerajaan BN lakukan. Dengar dan lihat sendiri keluhan demi keluhan rakyat Kedah tu. Dah la rakyat Pokok Sena hang biaq lantaq pi ja....rakyat Kedah duk kawasan lain pun kenalah duk tengok sama no.
Korang tengok video rakyat Baling yang ditipu YB PAS Kedah :
Monday, January 28, 2013
UST NASHA DIPECAT, ANWAR DAN GUAN ENG MENARI GELEK INUL!
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai 'mesra kerajaan Pusat.'
Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.
Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.
Jawapan Ust Nasharudin :
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam. -Nasharudin Mat Isa
GR kata: Nik Aziz sanggup melutut pada Karpal Singh nak raikan pemecatan Ust Nasha...Isk isk isk!!
Perghhh...Nabila Huda Berparti Sakan Nampak!!
Artis popular Nabila Huda semakin hari dilihat semakin popular. Semakin banyak dilihat di kaca TV melalui drama atau filem.
Bukan itu saja malah semakin galak bersosial selepas bercerai dengan suaminya dahulu. Gambar-gambar ini dilihat di Instagram beliau sendiri.
Mungkin dengan cara ini boleh merehatkan badan dan minda beliau selepas bekerja. GR tak nak komen lanjut...korang bagilah pendapat masing-masing yer.
Apa pun kita doakan yang terbaik buat Nabila Huda berjaya dalam kariernya dan mendapat seorang lelaki yang boleh membimbingnya dengan baik.
Nak tengok lagi gambar-gambar Nabila KLIK DI SINI
GR kata: Artis buat apa saja mesti orang nak tau....lebih kurang jugak pemimpin yang suka buat aksi 'depan belakang' kan....
Masa Sedap Tak Nak Fikir, Dah Kena 'TEBUK' Baru Nak Menangis. Perangai Budak Sekolah Sekarang...!!
Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong. Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.
Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R. Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.
“Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.
“Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.
“Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. “Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.
“Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.
“Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. “Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku,” katanya.
Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan. Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.
Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.
“Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.
“Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan dibuat mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
GR kata: Harus pandai jaga diri jangan mudah terpedaya dengan janji manis...
Sunday, January 27, 2013
TERKINI: Nik Aziz Jadi Plural, Sambut Thaipusam Di Penang!!
Apa punya mengong la PAS ni, OLAMAK yang disanjung mereka perangai macam ni. Orang sambut Maulidur Rasul dia kata meniru budaya Kristian.
Sambut happy birthday potong kek ni jugak yang Nik Aziz melonjak keriangan. Budaya ni boleh pulak ye wahai Nik Aziz??
Ketika ini Nik Aziz berada di Penang dan kebetulan duduk sama hotel dengan GR. Rakyat Kelantan merana hidup melarat, Menteri Besarnya boleh pula sambut Thaipusam di Penang bersama Karpal Singh. Perjuangan Islam PAS hanya dimulut saja.
Malam ni juga Nik Aziz bagi ceramah di surau berhampiran dengan hotel yang didudukinya di Bkt Jambul. GR dengar ceramah beliau macam biasa yang keluar 'Fatwa Politik' dan maki hamun fitnah Kerajaan dan pemimpin BN. Dalam rumah Allah S.W.T pun nak cerita politik tak ada rase hormat langsung. Bosan dengar, kacau mood orang nak bercuti jer!!
Maklumat dari sumber dalaman DAP Penang bagitau ceramah malam ni bukan pihak AJK surau tersebut yang menjemput Nik Aziz tetapi yang jemput ADUN Sri Delima.
Kalau korang nak tau, ADUN inilah yang merosakkan Kg Buah Pala dan kebetulan Kg Buah Pala berada di kawasannya. YB Rayer PERNAH MENGGELARKAN orang Melayu P.Pinang sebagai penyokong MONYET semasa demo bantahan terhadap Guan Eng kerana memanjat pagar.
GR kata: Pemimpin bersuka ria, puak PAS diperbodohkan...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ANWAR DAN PENCACAI PAKATAN MESTI 'SUKA SANGAT' TENGOK VIDEO HOT NIE!!
Setiap apa yang kita lakukan kalau ada udang sebalik mee pastilah akan terbongkar jua suatu hari nanti. Selepas Anwar memberitahu yang beliau tidak akan pertahankan Parlimen Permatang Pauh.
Aikkkk...takkan lubuk sendiri pun boleh dibiarkan begitu saja. Ini pun sorang lagi Ahli Parlimen Kangkung, malas nak turun padang jumpa rakyat. Sibuk pi ceramah MENIPU rakyat sana sini, rakyat di kawasan sendiri dibiarkan begitu saja
Jom layan video 'HOT' ni yer...apa yang disampaikan ialah apa yang Anwar mahu lakukan pada rakyat dan negara ini. Jom layan ala-ala China Doll gitu...Ha ha ha
AL FATIHAH BUAT NIK AZIZ..!!
Mesti ramai pencacai PAS dan Pakatan Pembangkang dengan tajuk di atas. Bukannya apa puak PAS ni kan ramai yang 'CELIK PANDAI' dalam bab agama kan, so tak perlulah marah dengan tajuk artikel GR kali ini. Hi hi hi...
Memberi ucapan sedekah Al Fatihah bukannnya hanya untuk orang yang meninggal dunia atau nazak. Tapi untuk kesejahteraan pun kita patut lakukan. Doa supaya kepada sesama Islam adalah amat digalakkan dalam Islam dengan niat mereka mendapat berkat dan kembali ke jalan yang benar.
Dalam artikel kali ini GR melihat Nik Aziz semakin meroyan...pelbagai wayang kulit yang beliau lakukan demi menjaga kepentingan peribadinya apatah lagi mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Baru sekarang nak rasa kesal ker setelah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun?
Persoalannya sekarang, berapa buah masjid yang dibina oleh PAS selama memerintah Kelantan? Kenapa tiada peruntukan untuk masjid surau di Kelantan? Bukankah setiap masjid surau itu adalah di bawah pengelolaan kerajaan negeri. Takkan lah Kerajaan negeri tak ada duit langsungkan? Mana pergi punca pendapatan negeri...hilang ke mana? Hasil balak dan sebagainya MASUK DALAM POKET pemimpin PAS ker?
Nik Aziz janganlah MENIPU rakyat lagi. Ingat usia tu, fikir-fikirkanlah yer. Jagalah imej Islam itu dari semua aspek bukan hanya untuk menunjuk-menunjuk saja....
GR kata: Malam ni rakyat Bkt Jambul kena kencing lagi lah dengan Nik Aziz. Fatwa politik macam-macam keluar...