Saturday, May 18, 2013

WOI @anwaribrahim, MALAYSIA NI BUKAN BAPAK DAN SELURUH KETURUNAN KAU YANG PUNYA..!!


Pertama sekali GR nak tanya balik soalan yang sama pada Anwar Ibrahim "Malaysia nie negara BAPAK kau yang punya ker...??"

Siapa yang berani dan siapa yang penakut? Masa kan pokok takkan bergoyang kalau ditiup angin. Betul tak Bang Non??

Kalau Anwar bercakap pasal undi populariti, kalau Anwar ni dulunya diangkat sebagai menteri sudah tentu beliau seorang yang berpemikiran bijak. Betul tak? Undi popular yang Anwar lihat tu atas kertas atau melalui kiraan di alam maya? Kenapalah Anwar ni makin tua makin bangang!!

Pada Anwar Ibrahim, apa yang dia nak cakap pasal artikel ni terpulang. GR tak takut. Kalau dia menghina orang dalam ceramah boleh. Cakap mengalahkan orang mencarut dia melampau-lampau. Kau lupa ker wahai Anwar, siapa yang angkat kau masuk UMNO! Sejak zaman UM lagi kau sibuk boikot ajak student berdemo sana sini. Lupa ker??

Kau ingat tak siapa yang angkat kau masuk UMNO? Siapa yang angkat kau jadi menteri? Dan kau lupa ker macam mana kau gulingkan semua menteri termasuk Tun Ghafar Baba semata-mata nak sangat jawatan Timb Perdana Menteri. Kau lupa cara-cara busuk kau nak jatuhkan Tun M semata-mata nak jadi Perdana Menteri. Lupa atau buat-buat lupa!!!

Kau lupa ke Anwar, siapa yang meringankan hukuman kau dalam penjara? Kau lupa siapa yang keluarkan kau dari penjara? Lupa atau buat-buat lupa? Siapa yang bodoh dan siapa yang pandai? Negara mana yang tak ada undang-undang, cuba cakap? Walhal kau jadi bapak kat rumah pun kau tetapkan bermacam-macam undang2 pada keluarga kau betul tak??

Ini fakta, tak payah nak putar belit semata-mata kau dah KALAH dan nak rampas kerajaan :
Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.

Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.

Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa sebabnya kenyataan Menteri KDN yang baru, Anwar kata hina rakyat? Kenyataan itu untuk Anwar dan mereka yang tak sukakan sistem politik di Malaysia. Kalau Pakatan ada sistem sendiri pi bawak negara lain. Malaysia ada undang-undang. Kalau betul mahukan demokrasi dan katanya Malaysia tidak amalkan demokrasi, kenapa tak dakwa di mahkamah? Mana bukti BN bawak Bangla? Mana bukti blackout? Mana bukti dakwat kekal hilang? Mana bukti??

Siapa yang mula dan sibuk nakkan penggunaan dakwat kekal ketika PRU13? Anwar nak jawab atau Ambiga bangang nak jawab?? Kalau Anwar ini seorang Islam, kenapa tak boleh terima kenyataan dan ketentuan Allah SWT, PRU13 rakyat yang mengundi, dan keputusannya sudah terbukti. Ke Anwar ni dah jatuh syirik dan kufur pada Allah SWT..??

Lagi satu, Anwar ingatkah lagi dikau zaman jadi TPM dulu. Berapa ramai pegawai kerajaan yang bekerja di bawah Anwar telah DITIPU? Pelbagai janji yang Anwar taburi jika dapat jawatan Perdana Menteri dari Tun M. Anwar tahu tak, pegawai-pegawai Kerajaan yang dia tipu tu hidup mereka sekarang susah atau senang macam dia sekarang?  

Masihkah kau ingat Anwar dengan YAYASAN JABAL NUR DEVELOPMENT? Apa sebab projek ini terbengkalai dan pegawai yang dilantik dalam Yayasan ini Anwar ada amik kisah tak? Jadikan orang macam kerbau. Tepuk dada tanya hati...berapa ramai yang dosa Anwar pada mereka yang dianiaya!!

Anwar meroyan dan tak nak mengaku yang dia sendiri nak berundur dari politik sebab dia dah 'MAKAN' banyak sangat dari 'BIG BOSS' dia dan Anwar yakin dia boleh dapat Putrajaya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Jika niat kita baik, akan dapat ganjarannya dan jika niat kita jahat akan dapat balasannya.

Khas buat Anwar :
Nek wes dadi Menteri seng jogo njero negeri kue harapelah diparingi seng waras, ojo keweden karo cah gendeng nuarr, ojo wedik karo nuarr, lebokne neng njero mengko yo aman sitik iki Malaysiane. Ojo dibenkea wong edan nuarr nggawe seng ora-ora lho, ndekea wes orak siuman kue. Nggawe kerjo seng temenan ojo jabang bayiek amit-amit koyo cah cilik seng kerjone kor amaran, amaran, amaran...

Wes tho kang, ojo wedi karo sopo-sopo. Nek kuwe kerjone apiik apiik, sesok emben kue iso lungo nomor siji lho. Nek rak percoyo yo wes lah...

Ojo kelalen.. Enthang enthang lebokne neng njero!!!


GR kata: Anwar kuat berlakon pun ramai yang percaya lagi, memang BODOH!!

EKSKLUSIF: VIDEO @anwaribrahim MENGAKU DIRINYA GILA..!!




GR kata: Soklan untuk Bang Non...apakah hukumnya kita sebagai orang Islam menolak ketentuan Allah SWT telah tetapkan dalam kehidupan kita??

FIRST STATEMENT @Zahid_Hamidi MAKE MALAYSIAN PROUD OF U..!! #BetterNation


Our new Home Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi said it right and blunt. What he said was what most peace loving Malaysians have in mind and would not express for several reasons.



Zahid, as a Home Minister now is very direct and very blunt. People may say it was un-Malay to say it so outrightly but on the other hand, Anwar Ibrahim and several of his followers are Malays and they do not behave like Malays in opposing the ruling government.



Anwar and his friends’ actions thus far do not reflect any Malayness nor any Malaysian way which places respect as utmost important.

Their ways seem to put aside good manners and even respect, reflecting an uncivilized and unrefined ways of the barbarians.



Zahid said it correctly that if those who wanted changes through undemocratic ways and those who did not accept the voice of the majority should find other countries where they could live life their way.



Zahid’s first statement as Home Minister reflects his firmness and this augurs well for the country since the oppositions themselves had many times, in fact thousands times cried that the police were soft and not firm.

With Zahid’s first statement, the oppositions should by now understand how serious he is in trying to put back credibility and honour in the country’s police force and law and order.



The signal is already out and the oppositions should react positively rather than manipulating Zahid’s statement and trying to convince the population that Zahid is being arrogant.



It is what they had wanted all along – someone at Home Ministry who can control the police and stand firm on points of law, stand tall and be respected.

 Zahid just did that and is expected to do that until he is moved to other ministry if the Prime Minister sees fit.



But for now, Zahid stays and his first statement reflects what he will as long as he is the Minister.

 Honest, firm and blunt is what the country needs for a Home Minister whose responsibilities include ensuring the country is free of subversive elements or elements that may lead of chaos and instability.



With Zahid’s first statement, peace loving Malaysians hope he will continue to be firm and blunt so that the country is rid of elements who are out to split the multi-racial and multi-religious ties that have been bonded since before Independence.



After all, in the current political scenario where the oppositions seem to take the laws lightly, it is now up to Zahid to tell them that enough is enough so that the ruling government can continue with its development agenda.


GR kata: Anwar is muslim or not..?? U guys think wisely....

HOT: BARACK OBAMA JAWAB SURAT PADA @anwaribrahim PASAL #PRU13...??

GR agak terkejut Anwar Ibrahim benar-benar pergi menyampaikan bukti kononnya PRU13 adalah yang paling kotor sekali pernah diadakan. Sampai mintak tolong Amerika untuk campur tangan dalam perkara ini.

Inikah seorang pemimpin yang ingin diangkat oleh rakyat Malaysia? Jika Amerika serang Malaysia seperti negara-negara lain, adakah Anwar boleh pastikan beliau boleh membangunkan Malaysia lebih baik dari sekarang??

Kalau betul pihak luar yang menjadi pemerhati ketika PRU13, kenapa Presiden Amerika Barack Obama menelefon PM Najib Razak berikan ucapan tahniah dan beritahu PRU13 adalah yang terbaik dan telus.

Pada pencacai pakatan haprak, korang nak cakap ape pasal surat ni...suka hati korang. Yang penting korang ni jenis manusia yang tak boleh menerima ketentuan qada dan qadar yang Allah SWT telah tetapkan.




GR kata: Padan muka Bang Non kena FUCK!! Entah-entah betul-betul kena kot. Ha ha ha....

Friday, May 17, 2013

5 TUNTUTAN @limkitsiang @cmlimguaneng CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT! @anwaribrahim JADI PAK TURUT..!! @Zahid_Hamidi


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

LIMA PERKARA TUNTUTAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH LIM KIT SIANG ADALAH:
1. Tuntutan supaya pilihan raya yang adil. 

2. Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi

3. Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan 
dalam konteks perundangan dan hukuman

4. Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
.
5. Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran pandanglah dengan mata burung jangan melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

JAWAPAN PERSOALAN PERTAMA:
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk P. Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang sendiri yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di P.Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi? Begitu juga di Selangor dan Kelantan.

JAWAPAN PERSOALAN KEDUA:
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar Perlembagaan Negara biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T

JAWAPAN PERSOALAN KETIGA:
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen agresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

PERSOALAN KEEMPAT:
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

PERSOALAN KELIMA:
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya? - Sumber


GR CABAR GUAN ENG DAN KIT SIANG JAWAB DENGAN PENUH BERKHEMAH KALAU KORANG SEORANG PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT!!

UPDATE #BLACKOUT 505: NIK NAZMI KENA KENCING DENGAN CINA PAKATAN! PADAN MUKA JADI MELAYU YANG BANGANG!!


Terkini dari Mahkamah Seksyen PJ: Hanya 20 Penyokong Melayu Bersama Nik Nazmi!! Mana penyokong Cina dalam pakatan haprak??

Hanya 20 orang Melayu..hanya itu saja penyokongnya yang iring Nik Nazmi pagi ini, yang lain dok tidur..atau takut nak hadir atau biarkan saja mangkok ni kena caj d Mahkamah atas dakwaan penganjuran himpunan kera dalam jagaan di Kelana Jaya baru-baru ini.

Suasana sepi..rupanya malam tadi rangkaian sebaran SMS yang mengajak kera-kera hitam yang lain supaya datang sokong Nik Nazmi GAGAL sepenuhnya !!

"..hehe adalah sikit duit minyak bang.." - budak Melayu yang masih muda belia dan rasanya tak layak mengundi..

Turut sama hadir beri sokongan adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Puok kera ni mana ada kerja..dah hampir dua minggu..apa Ahli Parlimen Kelana Jaya buat?

Nak jengok rakyat? Usah diharap....hahaha tunggulah dekat PRU14 nanti..masa tu adalah muka taik yang tak tahu malu ni  datang jengok korang semua wahai warga Kelana Jaya. Tau lah kawasan situ ramai kategori elit, nak apa semua dapat. Tapi harus diingat, rakyat yang kurang bernasib baik harus dijaga juga.

Mana Anwar? Rakan blogger AAKJ  jolok sikit budak Melayu muda yang pakai tshirt hitam tu.."..entahla bang..saya ni di suruh datang..ada manis-manis..saya datang..." - jelas pakatan haprak hanya gunakan rakyat kononnya rakyat berpihak pada mereka.

Nik Nazmi berhadapan dengan dakwaan d bawah seksyen 9(1) akta perhimpunan aman 2012, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10 Ribu!!

Pandangan GR hukuman yang lebih setimpal harus dikenakan atas mereka. Kalau setakat dikenakan denda dengan bayaran, celah gigi mereka saja sebab pakatan haprak telah dibekalkan wang yang banyak untuk menggulingkan Kerajaan BN yang sah.


GR kata: Kalau PRU13 tak sah, kenapa Penang, Selangor dan Kelantan korang menang besar??

HOT: SPR BUAT LAPORAN POLIS! ANWAR DAN MACAI PAKATAN HARUS DITANGKAP!


Akhirnya SPR telah membuat laporan Polis dan ini adalah satu tindakan yang tepat pada masanya. Sampai bila SPR nak 'tunduk' dengan fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya. Sudah berapa kali pilihanraya kecil dan umum yang dijalankan oleh pihak SPR semuanya telus dan tiada sebarang penipuan.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya tidak akan terlepas. Fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya harus 'DILENYAPKAN'. Dah bagi betis nak peha pulak, inilah perangai manusia yang tak pernah kenal erti bersyukur dengan pemberian dari Yang Maha Esa.

 Apakah keadilan yang dibawa oleh Anwar, jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya? Pemikiran kolot seperti ini yang rakyat Malaysia nak angkat sebagai pemimpin. Rakyat Malaysia harus berfikir menggunakan otak bukan berfikir menggunakan lutut. Kalau benar ada penipuan yang SPR bawakan pada PRU13 kenapa Anwar sehingga sekarang tak berani nak tampil ke hadapan tunjukkan bukti dan serahkan ke muka pengadilan. Tak percaya mahkamah, bukankah mahkamah juga yang 'Bebaskan' beliau dalam kes memburit Saiful..!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus.

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil.

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. - Utusan


GR kata: Setuju dengan cakap Menteri KDN yang baru....tak suka dengan apa yang ada di Malaysia, pi keluar duk negara lain!!

Thursday, May 16, 2013

BUKAN BAGI AMARAN, TINDAKAN HARUS DIBUAT - @Zahid_Hamidi

Tahniah GR ucapakan pada PM DS Najib Razak atas keputusan yang sangat bijak dengan meletakkan DS Zahid Hamidi menjadi Menteri Dalam Negeri yang baru. Kita semua sedia maklum menukarkan DS Zahid ke Kementerian Dalam Negeri adalah sangat tepat dengan perwatakannya yang sangat tegas menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi di dalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah dengan pelbagai transformasi yang akan dilakukan oleh DS Zahid Hamidi.

Rakyat memberikan sokongan penuh pada DS Zahid Hamidi dan percaya beliau dapat menjaga keselamatan rakyat dan negara dengan baik sekali. Pada mereka yang cuba untuk menghancurkan negara, lupakan hasrat korang sebab kali ini pakatan haprak tidak akan berdepan dengan hanya amaran tapi tindakan harus dibuat pada korang.

KDN bakal berubah wajah, bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang-undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.. Pakatan haprak dah naik lemak, sebab bertahun-tahun diaorang asyik terima amaran saja. Kali ini mereka tidak akan terlepas.


KUALA LUMPUR 15 Mei - Menteri Dalam Negeri yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikrar meletakkan keselamatan rakyat dan keharmonian negara sebagai keutamaan selepas diberi tanggungjawab mengetuai kementerian tersebut dalam suhu politik sekarang.

Katanya, tanggungjawab itu akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang sedia ada dan bukan semberono walaupun pelbagai pihak khususnya majoriti rakyat mahu Kementerian Dalam Negeri lebih 'bertaring' dan 'berkuku'.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada beliau mengetuai kementerian tersebut, Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan.

Dalam masa sama, beliau yakin gandingan bersama Timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Ketua Polis Negara baharu, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mampu menggalas harapan rakyat.

"Saya sedar harapan tinggi rakyat tetapi saya akan bertindak mengikut undang-undang.

"Bagi saya harga untuk kita melakukan pencegahan adalah lebih murah berbanding harga yang perlu dibayar untuk penyelesaian apabila berkait dalam soal keselamatan negara," kata bekas Menteri Pertahanan itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

GR kata: Menteri KDN yang baru akan 'BERSIHKAN' kekotoran pengkhianat yang mahu hancurkan negara!!

DEMO #BLACKOUT, PAKATAN RANCANG AKAN ADA LETUPAN DAN TEMBAKAN..?? @PDRMsia


PRU13 telah pun tamat hampir 2 minggu, tempoh untuk kita lihat parti-parti politik berkempen sudha pun tamat. Apa yang menariknya kita lihat sekarang ini seorang manusia yang tak boleh terima ketentuan Allah SWT masih lagi sibuk berkempen sana sini mengheret rakyat turut BODOH akal fikiran mereka sama seperti Anwar Ibrahim.

Ramai yang mengatakan sebelum ini, PRU13 adalah ibu segala pilihanraya umum. Semuanya telah terbukti, apa yang kita inginkan lagi? Kekalahan Anwar dan pakatan haprak untuk menakluk Putrajaya seperti tidak boleh diterima oleh mereka. Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya menganjurkan Himpunan Black 505 bertujuan untuk memprotes keputusan PRU13.

Sebelum ini GR ada mendedahkan rancangan sulit Anwar demi meraih simpati rakyat untuk PRU13. Rancangan Anwar akan ditembak, baca DI SINI

Sekarang ini pemimpin pakatan mengadakan Roadtour #Blackout ke seluruh negara persis pasca Bersih, hampir seluruh rakyat Malaysia dihasut agar turun ke K.Lumpur untuk melakukan keganasan apabila disemai dengan dakyah fitnah kebencian maka mereka turun merusuh dengan perasaan marah. Lihat bagaimana kesan rusuhan dan keganasan apabila minda rakyat yang diracuni dengan dakyah,fitnah dan hasutan kebencian.


Adakah rakyat mahu hidup dalam gejala rusuhan seperti Bersih yang pakatan anjurkan sebelum ini? Jika PRU13 tidak bersih, kenapa tidak membuat laporan Polis dan sertakan bukti-bukti yang sahih dan PM Najib sendiri beritahu BN sedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan mahkamah jika terbukti bersalah.

Hasil dari roadtour #Blackout GR dimaklumkan pakatan akan berhimpun pada hujung minggu ini demi untuk memprotes keputusan PRU13. Kalau protes, kenapa sekarang Kerajaan Selangor, Penang dan Kelantan sudah memulakan tugas mereka untuk 5 tahun akan datang? Kenapa??

GR ingin memberi peringatan kepada perserta himpunan haram Blackout 505, anda mungkin menjadi mangsa, barangkali ada yang cedera dan mungkin meragut nyawa. Jangan pula ada dari operatif pakatan yang didalangi oleh NDI & IRI(CIA) untuk meletupkan bom dan mencederakan pemimpin pakatan dan peserta himpunan. Jika sesuatu yang buruk berlaku sudah pasti Kerajaan UMNO BN akan dipersalahkan. Satu impak yang besar harus dilakukan untuk menggerakkan penentangan secara besar besaran. Kaedahnya sama seperti revolusi di Mesir apabila ada yang terbunuh.

Bukan dengan cara mengheret dan menggunakan rakyat ke jalanan Kerajaan Malaysia dapat ditumbangkan. PRU13 adalah hasil dari undian rakyat, rakyat telah memilih dan memberikan mandat kepada seluruh calon parti yang bertanding menjadi Wakil Rakyat mereka.


Mungkin letupan yang dirancang bertujuan membangkitkan kemarahan mirip kepada lakonan tembakan bekas Presiden Taiwan sebelum ini. Baca KLIK DI SINI


GR kata: Selamatkan Malaysia dari 'Tangan Asing'!!

'RED BEAN ARMY' DAP KANTOI FITNAH HARGA BARANG NAIK SEBAB BN!


Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.

Menurut beberapa blog, dakyah kumpulan itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah berhasil membuatkan pengguna internet berasa marah kepada kerajaan, sekali gus mempercayai kononnya pakatan pembangkang merupakan pentadbir yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Pengendali blog tun faisal dot com sebagai contoh, mendedahkan empat penipuan pembangkang tentang kenaikan harga gula yang tidak benar kecuali jika dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini.

Dua lagi penipuan katanya, termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali.

Syed Azman didapati menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas itu di akaun Twitternya pada Khamis lalu yang kemudiannya di tweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.

"Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya di http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.

Blog The Flying Kick pula mendakwa kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh pekedai yang menyokong pembangkang memang berlaku sebagai sabotaj terhadap kerajaan.

Katanya, peruncit tersebut kebanyakannya kaum Cina dan bukan dalam kalangan Melayu yang masih bersama UMNO dan BN.

"Malaysia sekarang ini sedang dilanda demam fitnah yang berterusan. Kepala fitnah utamanya adalah Anwar Ibrahim. DAP pula membantu dari belakang dengan menyediakan kemudahan media dan penerangan," katanya.

Disebabkan dakyah dan manipulasi berita palsu oleh Red Bean Army di internet, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terpaksa membuat penjelasan harga produknya tidak dinaikkan.

Gerakan terancang kumpulan tersebut dilihat bertujuan menguatkan hujah mereka apabila sering menuduh kerajaan akan menaikkan harga barang selepas pilihan raya diadakan. - Utusan


GR kata: Pakatan desperate sangat nak tawan Putrajaya, macam-macam depa buat. Hi hi hi...

Wednesday, May 15, 2013

KABINET MALAYSIA 2013, PM NAJIB UMUM JAM 5 PTG

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini tengah hari Rabu untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya.

Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu.

Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai 20 orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada pukul 5 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri. - Bernama

GR kata: Janji ditepati, Rakyat Didahulukan

DALANG #LahadDatu DAH MULA PANAS PUNGGUNG! MACAI KIRAM 3 DAH DIDAKWA!!


Janji tetap janji...inilah yang dikatakan oleh Kerajaan Malaysia yang akan kotakan janji mereka. Siapakah DALANG pencerobohan Lahad Datu, rakyat Malaysia akan ketahuinya tak lama lagi.

Secara mata kasarnya kita boleh mengagak siapakah dalang-dalang yang mahu menghancurkan negara. Tapi biarlah pihak yang lebih berwajib menentukan segala-galanya. Pihak mahkamah harus menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama. Berani kerana benar, takut kerana salah!!

TAWAU 14 Mei - Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau hari ini.

Norhaida, tertuduh wanita pertama dalam kes itu, didakwa melindungi sekumpulan pengganas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna dari 9 Februari hingga 22 Mac lalu.

Dalam prosiding itu juga, seorang lagi warga tempatan, Abdul Majil Jubin, 41, didakwa atas dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna dari 9 Februari hingga 13 Mac.

Seramai lapan warga Filipina turut didakwa hari ini atas dua pertuduhan melibatkan keganasan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dibuat oleh kesemua tertuduh.

Datu Amirbahar Hushin Kiram, anak saudara kepada ketua pengganas Jamalul Kiram, didakwa bersama tujuh warga Filipina lain setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Datu Amirbahar, Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohamad Ali Ahmad, Basil Samiul dan Rizman Gulan didakwa melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 10 April lalu di beberapa lokasi berasingan iaitu Kampung Tanduo, Lahad Datu; Kampung Muanad, Beluran dan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna.

Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup manakala pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Bagi kesalahan melindungi pengganas, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun atau denda.

Selepas selesai prosiding, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu pemberita, kes terhadap 14 warga Filipina dan seorang warga tempatan, Abd. Hadi Mawan, 49, turut didengar hari ini di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Hakim Ravinthran menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula.

Abdul Gani berkata, pada tarikh sama juga, pengakuan kesemua tertuduh akan diambil (sekiranya diwakili peguam) dan hakim akan memutuskan sama ada kes tersebut perlu dibicara bersama atau sebaliknya.

Peguam pemerhati bagi warga Filipina, Datuk John Sikayun memberitahu pemberita, ketika prosiding, pihak pendakwaan telah mengemukakan permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Katanya, pada 7 Jun ini juga, peguam bagi pihak tertuduh akan hadir ke mahkamah, sama ada peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau oleh pihak kedutaan Filipina.

Mereka yang dituduh sebelum ini bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Masir Aidin, Ismail Yasin, Anwar Salib Akhmad, Binhar Salib Akhmad, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Wazir Osman @ Abdul, Abd. Hadi Mawan, Tani Lahad Dahi dan Julham Rashid.

Kesemua mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas bersama Aiman Radie, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Selain itu, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas dan Salib Akhmad (juga didakwa memerangi Yang di-Pertuan Agong) turut didakwa merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas dan melindungi pengganas.

Sehingga kini, 29 tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut pelbagai kesalahan keganasan dan 26 daripadanya adalah warga Filipina, selebihnya termasuk seorang wanita adalah warga tempatan.

Kesemua mereka sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Lahad Datu, Semporna dan Beluran.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan memberitahu Bernama bahawa prosiding yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Tinggi Tawau itu terpaksa ditukar ke Penjara Tawau atas faktor keselamatan.

Sekitar kawasan penjara dikawal ketat oleh unit kawalan udara serta anggota keselamatan bersenjata. -BERNAMA





GR kata: Neng neng nong neng nong...ada orang dah panas bontot. He he he

HOT: ARTIS PEREMPUAN NIE LESBIAN..??


Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata.

“Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik”

“Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin”

“Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat.

“Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha.

Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki.

“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi.

Sumber


GR kata: Dunia artis...oh dunia artis. He he he...

Tuesday, May 14, 2013

TERKINI: ANWAR IBRAHIM TENGOK SYOK "BERSHOPPING" DI SABAH DAN SARAWAK..! BELI APA TU..??


GR nak tanya, korang ingat lagi tak cerita "16 September" dan "I've got the numbers"? Alaaa.. cerita masa Anwar nak "beli" Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak lepas PRU ke-12 dulu tu... Ingat lagi tak? Ingat kan..??

Untuk pengetahuan korang, menurut sumber PKR Pusat ibu pejabat Tropicana, cerita tu dikatakan tengah berulang sekarang ni... Betul atau tidak, GR dapat tahu bahawa Anwar dan DAP tengah aggresif giler nak beli Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak sekarang ni...

Dulu pada tahun 2008, BN ada 140 kerusi, lebih 29 kerusi parlimen untuk form simple majoriti government. Masa tu Pak Lah berkuasa. Haaa.. time tu la Anwar kata dia nak beli lebih 30 orang Ahli Parlimen BN...

Masa tu, dia suruh "pencacai" dia kejar rombongan Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak yang melawat oversea. Kejar punya kejar, Anwar gagal beli Ahli Parlimen tu. Maka teruklah Anwar ditaruk akibat kebodohannya. Dia pikir orang BN ni pengkhianat macam dia, kot? Keh keh keh...

Dan sekarang ni dia hanya perlu beli 22 Ahli Parlimen BN untuk jadi PM ke-7! Gerakan telah dibuat khabarnya sekarang nie depa dok dalam proses tawar menawar pada Ahli Parlimen BN yang sesuai...

Sumber rapat dari PKR ini juga beritahu, kali ni dia nak beli lebih dari 22 orang sebab dia target nak form 2/3 majoriti di Parlimen. Bila ada 2/3 majoriti, maka dia ada kuasa untuk bawa masuk Singapore ke dalam Malaysia kembali.

Kalau Anwar dan DAP berjaya tarik Singapore masuk ke Malaysia, maka Pakatan Haprak akan dapat kerusi tambahan lebih kurang sebanyak 80 kerusi beb! Masa tu, jangan harap la orang Melayu Muslim atau BN nak rampas balik Malaysia ni. Depa akan jajah Malaysia selama-lamanya!

Amacam? Suka tak kalau jadi macam tu? GR nak tanya, korang dah sedia ke kalau jadi macam tu? Tu laaaa.. bila UMNO ajak PAS bersatu dalam BN, Nik Aziz nak ludah UMNO. Orang hulur tali silaturrahim, Nik Aziz balas dengan ludahhhh...macam ni ke sikap seorang yang dipanggil Ulama'..??

Macam tu ke Islam dalam PAS? GR rasa tidak...PAS tak begitu. Nik Aziz sorang saja yang perangai macam tu kot? Orang PAS lain khususnya macam Datuk Dr Harun Din, Harun Taib, Ustaz Nasha dan Nasruddin Hasan Tantawi tak macam tu kot....

Takpalah. Nik Aziz dah "step down" dah tu. Hadi kena main peranan balik ni. Dia kena naikkan balik maruah PAS yang dipijak DAP dan PKR selama ni. Takkan la nak terus tengok PAS jadi keldai kot? GR sebagai saudara seagama Islam, tak sanggup tengok jadi macam ni beb...

Fikir-fikirkan la yer...GR tak paksa korang setuju. Tapi korang fikirkanlah yang mana lebih penting demi masa depan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.



GR kata: Jangan dah tersepak tangga baru nak sedar, macam tu mimpi jelah yer!!

TAHNIAH! KAPT JAMES HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA! @NajibRazak @Zahid_Hamidi

SUBANG - Juruterbang negara, Kapten James Anthony Tan, 21, berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle dalam tempoh 48 hari.

Pencapaian itu dilakarkan melalui program 1Malaysia Mengelilingi Dunia (1MRTW).

Ia mendapat pengiktirafan World Guinness Book of Record dan World Record Academy.

James mencipta rekod mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilometer) meliputi 20 buah negara sejak 28 Mac lalu.

Ketibaan beliau di destinasi terakhir di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini hari ini disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - KOSMO

GR kata: Orang muda harumkan negara...tak macam ada orang tua tu sibuk pukul canang busukkan nama Malaysia..!!

DALANG PENCEROBOHAN #LahadDatu DIKENALPASTI! KEBENARAN TERJAWAB JUGA AKHIRNYA..!!


Affidavit Pendakwaan - Anwar, Misuari dan Kiram plaintiff dituntut tindakan khas undang-undang Malaysia agar hukuman setimpal dijatuhkan untuk mereka sebagai menuntut bela ke atas kematian anggota keselamatan dan keamanan yang terkorban.

Kronologi pencerobohan Lahad Datu:

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara sulit di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG, NAJIB GOYANG."

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12am 2013.

– Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

12.2.2013 - Pencerobohan Lahad Datu berlaku di mana kira-kira 150 orang bersenjata berpakaian tentera menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh Anggota Keselamatan.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina dan Sandiwara Umno.

- Kematian mendiang P Balasubramaniam (bekas anggota polis cawangan khas yang kemudian menjadi penyiasat persendirian) ada kaitan dengan pencerobohan lahad datu sabah yang cuba membocorkan rahsia sulit Anwar Ibrahim.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG, NAJIB PUN HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

– Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA UMNO!

2.3.2013 - Insiden tembak menembak di Kampung Simunul di Semporna di mana enam anggota polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.
Seorang lagi penceroboh bersenjata, yang dikenal pasti oleh penduduk kampung sebagai seorang imam, juga dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas dia cuba menjadikan mereka sebagai tebusan.

3.3.2013 - Polis menyelamatkan mereka yang terperangkap dan mengambil mayat.

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

5.3.2013 - ”Ops Daulat” dilancarkan.

6.3.2013 - Seorang pengganas bersenjata ditembak mati.

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

8.3.2013 - Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

9.3.2013 - Sultan Sulu Jamalul Kiram III memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah bagi mengelak lebih banyak kematian. Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat.

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palaut yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seperti parang dan pisau bersama sejumlah wang yang besar.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar, Dijanjikan kedudukan, tanah dan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palaut kami di Kunak, Lahad Datu dan Semporna menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim.".

24.3.2013 - Panglima tentera Sulu yang ditangkap bersama isterinya di Semporna ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram yang juga menteri pertahanan Sulu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sepanjang pencerobohan.

25.3.2013 - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas
menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu.

26.3.2013 - Balu-balu anggota keselamatan masih bersedih kematian suami mereka.





GR kata: Siapa makan cili dia yang rasa pedas!! Amek kawwww...

ANWAR SEMBANG LEBIH, DENGAN PM @NajibRazak PUN TAKUT!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

“Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai “blackout” di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

“Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.

“Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi.

“Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang,” katanya lagi.


GR kata: Mana Rafizi? Mana Nurul Izzah yer..?? Hi hi hi....

KABINET MALAYSIA 2013 - @NajibRazak MASIH ZIP MULUT


Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini.

Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar Perdana Menteri.

Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan.

Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.

Bagaimanapun beberapa daripada mereka yang tewas dijangka dilantik sebagai senator bagi membolehkan tersenarai dalam barisan Kabinet.

Antaranya Mohd Fuad yang sebelum ini adalah timbalan Menteri Pelajaran.

Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Najib dijangka menawarkan jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti dalam pilihan raya 5 Mel lalu.

Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan.

Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen Malaysia  (BNBBC) pada penggal parlimen lalu.

Namun, ada pihak bimbang ketiadaan mereka kelak menyebabkan kurang suara-suara lantang yang akan menyokong dan mempertahankan kerajaan di Dewan Rakyat tambahan pula berdepan barisan pembangkang yang lebih ramai dan bertenaga pada kali ini.

BNBBC tentunya bergantung kepada muka-muka baru antara seperti Ahli Parlimen Kepala Batas ,Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim.

Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.

Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menerajui Koridor Utara.

Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa.

Ada juga yang ramal Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. 

Najib juga tidak boleh mengenepikan ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang berjaya menewaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu begitu juga Shahidan yang menenangi kerusi Parlimen Arau menewaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Haron Din.

Jika Kementerian Pembangunan Usahawan diujudkan semula seperti desakan sesetengah pihak, Othman dan Shahidan dijangka mengisi jawatan itu memandangkan mereka cukup sininom dengan MARA sebelum ini.

Nama lain turut disebut-sebut diberikan jawatan berkenaan adalah Datuk Idris Jusoh.

Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri.

Dikalangan muka-muka lama, dijangka berlaku pertukaran portfolio babitkan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kemungkinan menggambil alih Kementerian Pengajian Tinggi yang dikosongkan Datuk Seri Khaled Nordin yang dilantik Menteri Besar Johor.

Datuk Seri Ismail Sabri dijangka ke Kementerian Penerangan atau Pelancongan.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dijangka bertukar kementerian manakala Datuk Seri Zahid Hamidi kemungkinan kekal memandangkan usaha kerajaan mengukuhkan soal keselamatan di Sabah.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu disebut-sebut akan bertukar ke Kementerian Luar Negara manakala Datuk Seri Hanipah Aman ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Apapun pengganti Hishammuddin perlu pemimpin tegas dan tidak mustahil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menjaga Kementerian Dalam Negeri.   

Pembentukan Kabinet Najib pada kali ini dijangka memberi lebih ruang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak memandangkan ‘kesetiaan’ parti-parti komponen BN di kedua negeri itu membantu BN menang 133 kerusi baru-baru ini.

Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet.

Beliau pernah menjadi menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan.

Ahli parlimen Tenggara Halimah Mohamed Sadique  dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dijangka dilantik timbalan.

Juga teka teki samaada Datuk Noriah Kasnon yang sebelum ini Timbalan Menteri akan dinaikan pangkat jadi menteri penuh atau tidak.

Najib yang mempunyai kuasa prerogatif menentukan barisan Kabinet 2013 pastinya mahu kumpulan yang mampu meneruskan agenda transformasi dan memantapkan soal perpaduan kaum ekoran tsunami undi Cina pada PRU baru-baru ini.

Untuk itu, dua orang menteri dijangka dilantik bagi tugas-tugas khas menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di bawah Jabatan Perdana Menteri.
   
Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini. Sehingga pengumuman rasmi itu, ianya terus jadi debaran. - AgendaDaily


GR kata: Menteri KDN perlu seorang yang tegas dan berani buat keputusan, jangan asyik bagi nasihat jer yer...

Monday, May 13, 2013

EDAR RISALAH NAK MELAYU CINA BERGADUH! KURANG AJAR PUNYA BUDAK!!


Cina sedang membuat provokasi supaya Meayu mula mengamuk. Ada Melayu baruah PKR yang turut sama.

Budak muda yang tak tahu apa ingat ini semua pasal pilihanraya kotor tanpa menyedari tuntutan mereka tak konsisten. Kenapa yang ditimbulkan hanya tempat yang mereka kalah?

Kenapa kalau tak akui pilihanraya dan terima keputusan, Lim Guan Eng dan Ahmad Yaacob angkat sumpah sebagai KM dan MB?

Kalau tak setuju keputusan, bila hari angkat sumpah Parlimen, adakah Anwar dan mereka yang menoak keputusan akan angkat sumpah juga?

Ini semua sebahagian dari agenda dan usaha 'Malaysia SPring' yang dari awal lagi mereka mahu gunakan pilihanraya kotor sebagai alasan. Walaupun mereka tiidak dapat bukikan ada salah, mereka tetap tuduh ink boleh keluar atau blackout.

Rasanya sebahagian dari agenda 'Malaysia Spring' mahukkan pergaduhan Melayu-Cina. Lahanat ini mahu huru harakan negara dan bawa masuk kuasa besar. Maka pihak pembangkang dah mula api-apikan orang Melayu. Lihat bukti di bawah :



Pada pihak Polis, mohon ambil tindakan dengan segera siasat perkara ini. Jangan sampai ianya merebak dan terjadinya rusuhan kaum. Rakyat Malaysia dah lama sedar dan bangsa Melayu juga harus sedar jangan bertindak mengikut nafsu dan ikut akal fikiran.

Kita mahu kehidupan yang aman dan jangan cemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Malaysia sentiasa aman dan harmoni. Kalau ada pihak sibuk nak UBAH, lebih baik ubah diri kita sendiri jangan sibuk jaga tepi kain orang!!

UBAH ini lebih baik, betul tak cacai PR semua..??



MENILAI FAKTA BUKAN SEBARKAN DUSTA! NASIHAT UST DR ZAKIR BUAT KITA SEMUA!


Agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredai ALLAH SWT. Islam bukanlah milik mana-mana individu atau mana-mana kumpulan. Islam adalah hak milik ALLAH SWT. Oleh itu segala syariat dan isi kandungannya ditentukan oleh ALLAH Azza wa Jalla sendiri, Pemilik agama ini.

Tiada ruang untuk manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya untuk menentukan atau memutuskan walaupun sedikit apa-apa perkara yang berkaitan agama, kecuali dengan dipaksikan kepada hujah dan dalil yang kukuh.

Justeru, agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, apa saja hukum, pendapat dan fakta yang berkaitan agama mesti didirikan di atas dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Mana-mana pendapat atau fakta yang dikaitkan dengan agama, tetapi tidak dibuktikan dengan hujah al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya tidak boleh disandarkan kepada agama, walaupun yang memberi pendapat dan fakta tersebut memakai pelbagai gelaran agama.

Biarpun yang memberi pendapat tersebut ustaz, tok guru, kadi hatta mufti, maka pendapatnya berhak untuk dinilai dan ditolak sekiranya tidak menepati al-Quran dan al-Sunnah.

Panduan al-Quran, al-Sunnah

Al-Quran dan al-Sunnah telah menggariskan beberapa panduan umum dalam kita menerima dan menilai sesuatu fakta khasnya yang berkaitan agama dan berkenaan perkara lain secara umumnya.

Antaranya ialah seperti di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat:6)

Oleh itu, bertitik tolak dari ayat ini, ahli sunnah wal jamaah menjadikan konsep al-tathabbut (mencari kepastian di dalam sesuatu perkara) sebagai asas utama dalam menilai sesuatu maklumat atau pun dalam menghukum orang lain.

Hal ini bertujuan agar kita tidak melakukan tokok tambah di dalam urusan agama; dan agar kita tidak menghukum orang lain secara zalim, tanpa bersandarkan fakta yang benar.

Imam al-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan: “Apabila datang kepada kamu orang fasiq dengan sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki kesahihannya, pastikannya dan jangan tergesa-gesa dalam menerimanya.

Ini agar kamu tidak menuduh sesuatu kesalahan ke atas golongan yang tidak bersalah disebabkan kejahilan kamu”.(Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: taqrib wa tahzib (Damsyik: Dar al-Qalam), 7/33).

Maka dapat difahami bahawa sesiapa yang telah nyata dan pasti kefasiqannya, maklumat yang disampaikannya perlu ditolak. Al-Qadhi Abu Bakr ibn al-‘Arabi berkata: “Sesiapa yang pasti kefasiqannya maka batallah perkataannya (hilang kredibilti) di dalam menyampaikan berita.

Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasiqan pula adalah sebab yang membatalkannya al-‘Arabi, Ahkam al-Quran (Bierut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah), 4/147).

Prinsip lain yang diajarkan oleh al-Quran ialah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT; Sesungguhnya ALLAH SWT Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujurat: 12)

Dari ayat ini pula al-Quran mengajarkan bahawa, adalah menjadi kesalahan jika kita membuat hukuman berdasarkan sangkaan semata-mata. Oleh itu, untuk mengelakkan kita terjatuh di dalam kesalahan ini, maka konsep al-tathabbut merupakan langkah pertama yang mesti dilaksanakan.

Al-Sunnah juga telah memberikan beberapa panduan asas dalam kita memberikan pendapat, menerima atau menilai sesuatu fakta berkaitan agama. Antaranya Rasulullah memberikan amaran keras dan janji neraka bagi sesiapa yang menyandarkan kepada Baginda apa-apa yang tidak dikatakan Baginda. Perbuatan ini merupakan pendustaan terhadap agama dengan menyandarkannya kepada Rasulullah.

Sekali gus ia dikira melakukan pendustaan dengan menggunakan nama Rasulullah, dan ia merupakan jenayah di dalam agama yang amat besar. Maka, memang layak mereka ini dijanjikan neraka.

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW melarang kita untuk menyampaikan semua cerita yang kita dengar tanpa diselidiki terlebih dahulu. Bahkan, perbuatan seperti ini termasuk sebahagian daripada pendustaan. “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap apa yang dia dengar”. (Riwayat Muslim)

Tidak taklid buta, ikut dalil

Sering kali disebutkan bahawa agama Islam tertegak di atas dalil dan hujah yang sahih. Kita boleh mendengar tentang agama ini daripada siapa sahaja kerana hari ini ramai orang dari pelbagai profesion suka untuk bercakap tentang agama. Tetapi biar siapa pun yang bercakap, biar siapa pun yang mengulas, namun yang kita terima, pegang dan amalkan ialah percakapan yang disertai dengan dalil yang sahih.

Oleh itu, setiap orang berhak untuk kita nilai, terima dan tolak pendapatnya kecuali kata-kata Rasulullah yang sahih. Jangan latih diri kita hanya mengikut sahaja secara membabi buta, tetapi sentiasalah bertanya mana dalil dan juga fakta. Agama ini bukan milik datuk nenek kita, tapi milik Yang Maha Mencipta. Jangan pekakkan telinga, bukalah mata, untuk melihat kebenaran yang nyata.

Manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri padaNya semata-mata. Pengabdian ini mestilah ditunaikan sepertimana yang dikehendaki oleh Yang Maha Mencipta. Tiada siapa di kalangan manusia ini mengetahui apakah dan bagaimanakah kehendak ALLAH SWT terhadap makhluknya, kecuali seorang manusia biasa yang disampaikan wahyu kepadanya, Muhammad SAW. Tiada jalan lain untuk memenuhi kehendak Ilahi kecuali hanya dengan mengikuti jejak langkah Nabi ini.

Rasulullah telah pun wafat. Apa yang ditinggalkan hanyalah al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan syariat. Kewafatan Baginda bukti bahawa telah sempurna agama ini untuk ikutan umat. Usah berdalih lagi, hanya patuh dan juga taat. Nilailah setiap fakta supaya kita tidak menjadi penyebar dusta...

Wallahualam bissawaf'.


GR kata: Semoga dapat ikhtibar, sampaikan dan amalkan.

PENA TELAH DIANGKAT, DAKWAT TELAH KERING...SEGALANYA TELAH TERSURAT!!


Hanya pada 6 Mei 2013 lepas baru kita semua tahu Allah SWT telah pilih dan takdirkan DS Najib jadi PM untuk tempoh 5 tahun lagi, Anwar jadi ketua pembangkang, Nik Aziz tak jadi MB Kelantan. Hj Hadi tak jadi MB Terengganu, Nizar maintain pembangkang di Perak.

Ustaz Azizan tak jadi MB Kedah, Husam Musa tak jadi MP Putrajaya dan hilang exco Kelantan, semua telah tersurat. Di kalam Loh Mahfuz telah tercatat segala-galanya.

Allah SWT telah menyiapkan kalam Loh Mahfuz 1000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan. Allah SWT berfirman yang bermaksud "tidak ada sehelai daun pun yang jatuh berguguran dan tidak ada setitik embun yang berjatuhan di waktu malam, melainkan dengan kehendakNya belaka” perjalanan hidup semua makhluk telah siap diatur oleh Allah SWT dan tercatat di sana.

Segala yang berlaku adalah kehendaknya dan setiap yang berlaku samaada kepada orang lain atau pun kepada diri sendiri pasti ada hikmahnya.

Cuma kita makhluk yang lemah tidak mampu mengetahui apa hikmah disebalik tiap kejadian yang berlaku, kecuali apabila tiba masanya. Namun kita selaku hamba perlu berusaha dan berdoa agar mendapat yang terbaik dari Allah SWT.

Namun apabila Allah SWT telah membuat keputusan kita wajib akur, patuh dan redha walaupun tidak memenuhi hasrat kita.

Kita wajib tingkatkan usaha namun tindak tanduk kita hendaklah mengikut lunas undang-undang dan tidak menyusahkan sesama ummah dan tidak menambah kerosakan.



HOT: NAK COVERLINE PASAL INSIDEN 13 MEI, ANAK BEKAS TPM SANGGUP JADI BALACI KIT SIANG..!!


Hari ini 13 Mei 2013 merupakan tarikh yang tidak boleh rakyat Malaysia lupakan, peristiwa hitam melanda negara pada tarikh ini. Ramai rakyat Malaysia yang merasai bagaimana peritnya insiden hitam ini berlaku terutama sekali ibu bapa kita. Negara Malaysia diisytihar darurat atas sebab rusuhan kaum yang dicetuskan oleh sebuah parti yang berdendam dengan bangsa Melayu.

Artikel kali ini GR tidak bermaksud rasis tapi untuk menyedarkan kita rakyat Malaysia bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini yang aman damai. GR agak terkejut bila membaca blog Lim Kit Siang dengan paparan video anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menyatakan Lim Kit Siang bukan antara dalang yang terlibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apakah beliau ini buta sejarah? Jangan kerana kecewa dalam bahagian sendiri sanggup menjatuhkan maruah bangsa sendiri.

Dalam blog Kit Siang, anak bekas TPM ini menyatakan Lim Kit Siang tiada di K.Lumpur semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Kalau bukan Kit Siang ditangkap di KL, ini gambar siapa??


Mungkin anak bekas TPM ini lupa dengan sejarah atau buat-buat lupa dan GR yakin rakyat Malaysia masih ingat siapakah antara dalang yang terlibat. Ini kata-kata yang dilemparkan oleh Kit Siang dan sehingga hari ini beliau masih TIDAK MOHON MAAF pada rakyat Malaysia.
Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Lim Kit Siang dan parti beliau pada masa itu.

Rakyat perlu tahu kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat.

Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

GR yakin rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku lagi, jadi apa yang sudah tertulis dalam sejarah negara tidak perlu diputarbelitkan lagi. Yang bersalah tetap bersalah. Pada Dato' Tamrin jangan gadaikan maruah diri dan nama baik keluarga kamu. Rakyat Malaysia tabik dan hormat dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM.

Beliau  seorang pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jangan disebabkan mahukan sesuatu anda sanggup gadaikan maruah bangsa dan jadi balaci pada seorang yang sudah terang-terangan ada muslihat sesuatu disebalik apa yang berlaku. Zaman anda sudah lepas, jangan rosakkan pemikiran anak muda kerana mereka ini pelapis negara.

Lihat video kronologi 13 Mei 1969, sama-sama kita fahamkan dan jadikan iktibar untuk semua...




GR kata: Siapa lagi yang pertahankan agama, bangsa dan negara kalau bukan diri kita sendiri. Fikir-fikirkan....

CORETAN SUASANA SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO KE 67 #UMNO67


Ucapan PM Najib penuh semangat dan terima kasih pada rakyat Malaysia yang masih memberikan mandat pada UMNO/BN pada PRU13.

"Yang mengundi kita ucapkan terima kasih dan yang tidak mengundi, kita tanya adakah mereka akan menyokong kita pada pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita angkuh dan sombong, kita adalah parti yang berjaya kerana rakyat suka, menyokong dan percaya kepada kita. Tidak kira pemimpin besar dan akar umbi mesti ingat bahawa rakyat yang akan menentukan kekuasaan dan kelangsungan parti kita," katanya.


Lihat gambar coretan semasa sambutan UMNO ke 67 yang cukup meriah dan penuh kesyukuran.






GR kata: UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia

Artikel pelbagai