Saturday, June 29, 2013
Tahniah Kelantan! Kejuaraan Berganda Piala FA 2013!
Permainan pasukan bola sepak Kelantan GR lihat mereka bermain dengan begitu baik sekali. Semangat berpasukan yang tinggi membolehkan mereka berjaya menghasilkan gol pada minit ke-16 oleh Norfarhan.
Pasukan JDT terlalu mengharapkan skill dari pemain-pemain ternama. Ini bola sepak bro, bukan main gentel bola sorang-sorang. Semangat berpasukan pun kurang, masing-masing nak tunjuk handal.
Fandi Ahmad keluarkan Safee Sali terlalu awal macam penyerang Malaysia ni tak ada power, kecik hati jugak. Ramai player JDT tak gunakan peluang yang ada dengan baik, semua nak ikut kepala sendiri.
GR lihat sendiri di Stadium Bkt Jalil, pada penyokong kedua-dua pasukan korang memang best. Tak ada gaduh-gaduh, macam ini lah semangat berpasukan. Penyokong Kelantan yang bawa bendera PAS masuk stadium tu, memang tak leh nak kata apa lagi. Ikut suka hati koranglah, janji jangan berpolitik dalam stadium sudah la yer.
Rakyat Kelantan tahniah yer...korang berjaya pertahankan piala ini untuk kali ke 2. Pada pasukan JDT cuba lagi yer...jangan terlalu bergantung pada player yang ada nama tapi main tak seberapa.
GR kata: Majulah Sukan Untuk Negara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, June 28, 2013
PEMILIHAN AGUNG UMNO: JAWATAN 3 NAIB PRESIDEN PERLUKAH ADA PERTANDINGAN..??
Mengambil kira saranan Tun M dan demi menjaga kestabilan dan keharmonian dalam UMNO sebagai sebuah parti tunjang orang Melayu, maka perlulah dikekalkan dan tidak dipertandingkan jawatan Presiden dan Timb Presiden.
Bagaimana pula dengan jawatan Naib Presiden? Adakah mereka ini perlu dikekalkan? Dari pandangan yang GR ambil kira cakap-cakap dari orang politik, mereka rata-rata mahukan perubahan yang drastik dalam pucuk pimpinan 3 Naib Presiden ini. Mahukan yang tegas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Kalau akar umbi mahukan pertandingan untuk jawatan 3 Naib Presiden ini, apa masalahnya? Begitu juga kalau ada yang ingin bertanding biarkanlah ahli-ahli UMNO yang menentukannya. Jika Presiden dan Tim. Presiden 'super good' In Sha Allah mereka akan menang.
GR mohon mana-mana pemimpin UMNO yang nak bertanding 3 jawatan Naib Presiden ini kena membuat 'Aku Janji' untuk mendahulukan dan mengutamakan orang Melayu.
Ramai lagi pemimpin UMNO yang layak untuk menang jawatan tersebut kerana UMNO perlukan Transformasi besar demi kemajuan dan pertahanakan hak orang Melayu. Gandingan golongan muda dan lama perlu ada dalam 3 jawatan Naib Presiden ini.
GR setuju sekiranya Datuk Mukhriz Tun M mahu bertanding jawatan tersebut dan ramai lagi pemimpin UMNO yang layak seperti DS Ali Rustam, DS Khaled Nordin, Dato NurJazlan dan juga DS Noh Omar. Mereka ini dilihat mempunyai power dan idea masing-masing yang bernas demi membawa perubahan yang besar dalam UMNO.
Ramai ahli UMNO yang GR temui menyokong jawatan 3 Naib Presiden ini dibuka untuk pertandingan. Pemimpin yang menghargai jentera parti dan jentera alam maya seperti DS Zahid Hamidi harus dikekalkan kerana perdiriannya yang tegas tidak seperti pemimpin yang hanya mampu beri amaran dan kuat bodek. Hasilnya habuk pun tak ada.
Kata nak dengar suara akar umbi....inilah masanya. Tengok akar umbi nak pemimpin yang macam mana memimpin parti. Pemimpin yang liberal, lembik atau pemimpin yang tegas memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Ingat!! Orang Melayu yang memenangkan kerajaan BN pada PRU13 dan pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu jugalah yang berhak menurunkan pemimpin-pemimpin ini sekiranya tidak memenuhi kriteria yang orang Melayu tetapkan dan mereka jugalah yang menaikkan pemimpin-pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna.
Kenapa tak perlu ada pertandingan? Takut berpecah? Kalau benar anak jantan dan bertanggungjawab, perpecahan tak akan berlaku....yang berpecah hanyalah golongan yang jiwanya kecil dan kuat merajuk seperti kebudak-budakan. 3 jawatan Naib Presiden ini harus dilakukan pertandingan!!
GR kata: Sayangkan UMNO dan tidak mahu ada parasit dalam parti. Perubahan harus dibuat..!!
Kecoh Betul Artis Nie, Tak Serik-Serik Lagi! Tak Kesian Tengok Ibu Sakit Ker..?
Semua orang tahu, dadah adalah musuh negara tapi kenapa kita mahu jadi hamba pada dadah. Jika ada masalah sekali pun bukan ini jalan penyelesaiannya.
Kisah artis KANTOI dengan dadah dah banyak kali kita dengar, apa yang mereka dapat hasil dari hisap dadah ni pun tak tau lah. Hanya seronok nak stim agaknya tapi akhirnya merosakkan diri sendiri.
Bila GR dapat tahu pagi semalam pelakon lelaki ini ditangkap untuk kali kedua, sedih dan kesian pun ada. Bukan pada artis lelaki ini, tapi pada ibunya seorang seniwati yang sedang sakit tenat.
Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar
Walaupun tension sangat tak ada mana-mana produser nak ambil dia berlakon, bukan dengan cara ambil dadah boleh selesaikan masalah. Allah SWT anugerahkan kita semua manusia tulang empat kerat dan tenaga, bermacam pekerjaan yang boleh kita buat. Paling penting rezeki kita dapat itu halal dan berkat. Hisap dadah bikin rosak badan dan mati free jerk bro...ape lah lu nie!!
GR kata: Sape lagi nak sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri....
Thursday, June 27, 2013
Harta 'Ismet Ulam Raja' DAP Perlu Dipindah Ke Account Guang Eng Dan Kit Siang?
Kecoh sebelum ini, pakatan haprak kata mereka sedia untuk clearkan aset (harta) yang mereka ada untuk rakyat tahu dan menilai. Persoalannya beranikah mereka nak jelaskan aset pemilikan harta yang ada?
Selama 5 tahun sebelum ini mereka menjadi pentadbir kerajaan di beberapa negeri, adakah mereka telus dan tidak ada sebarang proses SAKAU SANA SINI dalam pengambilan projek-projek di negeri tersebut.
Terbaru, dikhabarkan pemimpin DAP yang dah SAKAU duit kerajaan negeri begitu banyak, harta mereka harus dipindah milik pada 'Boss Besar' mereka. Aik betul ka macam tu? Senangnya 'Boss Besar' tu main amik duit orang dengan suka hati? Anak buah tak marah ker? Kalau tak marah, macam pelik pun ada kan..???
DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.
Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.
"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.
"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.
"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.
Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.
"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.
"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.
Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.
"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.
"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya.
GR kata: Tak cukup sakau duit Penang ke Guan Eng nie??
BRAVO @Zahid_Hamidi TUTUP MULUT MACAI PAKATAN! ORANG SELALU BUAT SALAH MEMANG KUAT MEROYAN! @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia
Apa saja yang boleh dilakukan oleh seorang bergelar manusia sudah pasti akan dipolitikkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi mereka.
Begitu juga dalam kes kematian tak kira mereka yang dalam tahanan Polis atau pun masyarakat yang tiba-tiba terlibat dengan cara tak langsung. Apakah kematian boleh kita permainkan? Dengan senang menuding jari pada pihak Polis kononnya mereka ini bertindak kejam dan tidak berperikemanusian.
Rakyat seharusnya berterima kasih dengan sumbangan yang sangat besar diberikan oleh pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat dan juga negara. Inilah yang menjadi tanggungjawab pihak Polis yang harus mereka pikul dan ramai dikalangan anak muda yang pemikiran mereka kolot beranggapan Polis adalah musuh mereka.
Tahniah GR ucapkan pada Menteri KDN DS Zahid Hamidi yang telah memperjelaskan statistik dan fakta sebenar untuk rakyat tahu kebenaran sebenarnya untuk kita semua berfikir dengan waras.
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Statistik menunjukkan hanya dua daripada 231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap.
"Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.
Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.
Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.
"Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya.
Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner telah diambil.
Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan merupakan wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan.
"Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).
Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaharu kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan.
"Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India).
Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.
"Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya.
GR kata: Bab mati pun nak dipolitikkan...alahai macai haprak!!
Wednesday, June 26, 2013
HOT: Rafizi Ramli Bakal Jadi Tukang Cuci Kandang Lembu! NFC Saman Malaysiakini!
Kita semua sedia maklum, isu NFC yang ditimbulkan oleh Rafizi dan pakatan haprak tiada sebarang bukti yang sah jika ingin disabitkan kesalahan pada Ketua Wanita UMNO dan kononya juga penyelewengan dari pihak Kerajaan.
Sehingga kini apa yang kita dengar hanya fitnah dan mainan dari pakatan haprak untuk mengaburi pemikiran rakyat. Ini juga menunjukkan Rafizi ada menggunakan pelbagai kesalahan yang memusykilkan dan kenapa pakatan haprak sengaja menghalalkan cara tersebut.
Berikut kenyataan media dari pihak NFCorp:
Kenyataan Media Oleh Wan Shahrizal Wan Ladin
Peguam Wan Shahrizal, Hari & CO
KUALA LUMPUR --- Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) telah memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan – Mohd Rafizi bin Ramli, dan MKini Dotcom Sdn Bhd – Pemilik portal berita MalaysiaKini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jun 2013.
Pengurusan kes ditetapkan dihadapan Penolong Pendaftar Puan Siti Nur Shafrida binti Hashim hari ini. Melalui saman ini, pihak plantif menuntut kerugian akibat daripada pembohongan, putar belit maklumat, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh kedua-dua defendan.
Mohd Rafizi Ramli pada 7 Mac 2012 di satu sidang media di ibu pejabat PKR mendakwa bahawa lapan pinjaman telah diambil untuk pembelian hartanah di KL Eco City dengan menggunakan wang deposit pinjaman kerajaan sebagai 'jaminan' di bank tersebut.
Pada sidang media tersebut, Rafizi Ramli telah mengedarkan maklumat sulit perbankan daripada Public Bank Berhad, sekali gus melanggar undang-undang BAFIA untuk menyokong pembohongan dan fitnah beliau. Rafizi Ramli mendakwa bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail hanya mempunyai simpanan yang sedikit di dalam akaun bank beliau, tidak layak untuk mendapatkan pinjaman, gagal membuat bayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011, dan dengan itu mempunyai kecenderungan untuk menggugat deposit pinjaman kerajaan.
Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada sebarang pinjaman pernah diambil daripada pihak bank untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City.
Peguam Datuk Seri Dr Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin juga menegaskan bahawa, "Tidak akan wujud sebarang kegagalan dalam membuat pembayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli kerana Perjanjian Jual Beli (S & P Agreement) untuk lapan hartanah KL Eco City hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011, sekali gus menegaskan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil dari bank untuk hartanah KL Eco City pada masa yang dinyatakan.
"Oleh itu, Rafizi Ramli perlu menjustifikasikan dakwaan beliau khusus berkenaan perkara ini melalui pembelaannya."
Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi NFCorp telah menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk, faedah, kos-kos dan relif-relif lain yang mana mahkamah rasakan sesuai serta manfaat untuk diberikan.
Datuk Seri Dr Salleh juga telah memohon untuk mendapatkan satu perintah injunksi terhadap defendan-defendan bagi menghalang mereka daripada berterusan membuat kenyataan, ucapan, penerbitan semula dan idea berkenaan pembelian 8 hartanah KL Eco City dengan menggunakan maklumat-maklumat peribadi perbankan plaintif untuk berbohong, mengelirukan, menipu dan menimbulkan amarah rakyat.
GR kata: Koyak Rafizi lepas ni, nak tengok Bang Non tolong tak anak ikan dia nie!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HOT: Anwar Ibrahim Nak 'BUNUH' PM @NajibRazak ??
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.
"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.
Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.
Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.
"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya. - Utusan
GR kata: Anwar dah 'mati' sebab kena game dengan macai sendiri dan rakyat Malaysia...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, June 25, 2013
UPDATE #Parlimen2013: Pembukaan Hari Ini Ada Pemimpin Yang Panas Telinga Di Dewan Rakyat!
Walaupun ada sedikit ketegangan di luar perkarangan bangunan Parlimen semalam tidak mencacatkan perjalanan proses Angkat Sumpah ke semua 222 Ahli Parlimen.
Seterusnya baca di bawah:
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan negara.
Menurut Seri Paduka, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat dibangunkan semula dalam tempoh yang singkat.
"Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
"Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara.
"Beta menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara," titah baginda ketika pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Selain itu Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersoalkan kedudukan serta menyelewengkan agama Islam untuk kepentingan mana-mana pihak.
"Beta menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan," titah baginda.
GR kata: Kita sendiri yang jaga dan sayangkan negara bukan orang lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, June 24, 2013
Jusuf Kalla DEDAHKAN Rahsia Besar Anwar Ibrahim Pada DS @NajibRazak
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.
MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.
Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.
MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?
JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.
Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.
MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.
Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.
Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).
Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.
Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.
Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.
ISU PENIPUAN PILIHANRAYA
MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).
Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.
Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.
MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?
JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.
Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.
Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.
HIMPUNAN BLACK OUT 505
MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?
JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.
Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.
Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.
PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON
JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.
ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU
JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.
MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.
JK: Terima kasih.
Jakarta, Indonesia, 1 Jun 2013. - Sumber
SKRIP BIASA MACAI PAKATAN BILA 'DISERANG HENDAP' DBKL! #KL622 #Blackout505
Mereka kata, "mereka golongan teraniaya"...
Mereka kata, "DBKL bertindak kejam pada mereka"...
Sorang macai pakatan di Padang Merbok kata, "Memang ada rasa sakit tekak, mata pedih tetapi untuk menyaksikan pembukaan persidangan Parlimen, saya rela berada di sini. Tak kiralah pemimpin pakatan duduk di rumah janji tetap di sini memperjuangkan apa yang kami mahu"...
Inilah antara skrip biasa yang telah disusun oleh Anwar Ibrahim untuk macai-macai belaannya. Tujuan untuk menunjukkan pihak berkuasa yang melakukan provokasi melampau dan mereka tak der buat apa-apa kesalahan. Orang bodoh jer yang cakap macam tu, betul tak?
Persoalannya sekarang....Padang Merbok itu milik siapa? Kalau macai pakatan haprak kata hak rakyat sekali pun, perlu ker rakyat melanggar undang-undang yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan?
Keduanya, siapa yang bertindak kejam? DBKL atau macai pakatan haprak? Pegawai DBKL yang dibelasah teruk tu bukan kejam ker? Atau yang tu main wrestling2..??
Tahniah GR ucapkan atas kecekapan DBKL membersihkan malaun-malaun yang bikin Padang Merbok kotor dari pemandangan jijik.
Jam 4:40 pagi, ketika tengah kesedapan tidur jantan betina bercampur-campur seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan masyarakat negara ini terdiri daripada golongan liberal yang turut mengamalkan LGBT, anggota-anggota penguatkuasa DBKL mula menjalankan tugas mereka.
Sedang diulit mimpi, 68 buah khemah yang telah didirikan oleh puak OCCUPY, dirobohkan. Anak-anak Melayu setan yang sedang tidur, terpinga-pinga dan terperanjat. Disebabkan kemamaian, mereka tidak sempat melawan dan menghalang anggota-anggota DBKL yang bekerja pantas, dan cekap.
Padan muka, ada rumah buat kerja bodoh. Yang sedihnya anak Melayu DIPERBODOHKAN oleh pemimpin pakatan haprak. Perjuangan apa sebenarnya yang mereka perjuangkan? Hakikatnya mereka sendiri pun tak tau apa yang mereka perjuangkan...hanya menerima arahan bodoh dan nak dapatkan bayaran yang tak seberapa. Lebih baik cari kerja dan dapat rezeki yang halal itu lebih berfaedah.
Kepada beruk-beruk Melayu dah tunjuk lagi sekali kebodohan mereka di Padang Merbok.
Mahasiswa Cinabeng tetap terus belajar ulangkaji pelajaran di universiti.
Mahaswel Melayu sibuk dijalanan dan berkhemah untuk menjahanamkan bangsa sendiri.
Akhirnya, mahasiswa Cinabeng keluar dengan segulung ijazah kelas pertama dan tak perlu bayar PTPTN.
Kerja terus jadi bos dan kuli mereka kelak adalah mahasewel Melayu yang terus berungut kerana skim gaji mereka kecil dan terpaksa bayar PTPTN kerana ijazah yang ada hanya cukup makan. Lu pikir lah sendiri....
GR kata: Anwar dah angkat sumpah di Parlimen, korang semua kena gebang jerlah.
Salam Nisfu Syaaban Buat Semua
"Apabila datang malam nishfu sya'ban, maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siang harinya. Karena ketika itu, ALLAH S.W.T turun ke langit dunia pada malam tersebut mulai dari tenggelamnya matahari".
ALLAH S.W.T berfirman, "Siapa saja yang meminta ampunan, Aku akan mengampuninya. Siapa saja yang meminta rezeki, aku pun akan memberinya. Siapa saja yang tertimpa kesulitan, Aku pun akan membebaskannya. Siapa pun yang meminta sesuatu, Aku akan mengabulkannya hingga terbit fajar".
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka diharamkan baginya"
GR ingin mohon maaf pada semua jika ada salah dan silap, juga doakan pada pembaca blog ini diberkati umur, kesihatan dan dipermudahkan semua rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 23, 2013
HOT: Anwar Ibrahim Mohon Maaf Pada Timb Pengerusi SPR, Biar Betul..??
GR pun cabar 89 Ahli Parlimen pakatan haprak, kalau betul berjuang demi rakyat Malaysia esok tak payah turun angkat sumpah di Parlimen. Amacam ade bran ker? Apa pun rakyat lihatlah sendiri, mana Bangla Undi BN? Mana tempat pengundian BlackOut? Mana dan di mana???? Lupa lagi satu, mana bukti pemimpin BN rasuah masa berkempen PRU13?? Manaaaaaaaa...???
Seterusnya baca di bawah:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar 89 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang supaya tidak hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini jika benar mereka menuduh keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) suatu penipuan.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu amat wajar dilakukan bagi membuktikan mereka pemimpin berprinsip serta tidak hipokrit agar selari dengan tindakan penganjuran perhimpunan jalanan semata-mata bagi membantah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat itu.
Menurut beliau, tiga tuntutan yang diuar-uarkan menerusi perhimpunan terbabit iaitu mendesak peletakan jawatan serta-merta anggota SPR, pilihanraya diadakan semula di 30 kawasan yang dikenal pasti dan menghentikan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi anggota baru SPR tidak dilantik adalah mustahil untuk ditunaikan kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan.
''Kalau mereka tolak keputusan PRU-13 lalu, buat tuntutan macam-macam, maka kita cabar mereka jangan hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat Isnin ini.
''Jika tidak, ini bermakna tidak ada guna mereka mengheret rakyat di jalan raya dengan menyebar dakyah dan pembohongan tetapi dalam hati masing-masing berkobar-kobar ingin pergi ke Dewan Rakyat bagi mengisytiharkan bahawa akulah wakil rakyat," katanya.
Jelas beliau lagi, rakyat perlu sedar sikap hipokrit pembangkang itu bahawa mereka seolah-olah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila prinsip mereka tidak sama dengan perbuatan.
Hipokrit terbesar Pembangkang ialah ketika mereka menyatakan sistem pilihanraya negara tidak adil tetapi tetap menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding serta berkempen dengan cara sebar fitnah dan sebagainya, sedangkan mereka sebenarnya mengakui bahawa kemenangan itu adalah di tangan rakyat," katanya.
GR kata: Cakap dia jelah yang betul, manusia apa macam nie? Maksum sangat ke pakatan haprak ni??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jom Bantu @PDRMsia Tangkap Macai Pakatan Belasah Pegawai DBKL! #KL622 #Blackout505
Mereka yang tak sedar diri nie, jenis kepala batu atau hati dah hitam sebab asyik dengar dan makan benda haram jer. Fikirlah sendirinya, korang semua ada otak, gunakanlah sebaik-baiknya.
Himpunan semalam di Padang Merbok jelas menunjukkan rakyat MENOLAK pakatan haprak. Media mereka juga GAGAL laporkan jumlah sebenar macai yang hadir. Lagi mau tipu ka kawan...aiyooo!!
Pegawai DBKL semalam yang DIBELASAH macai pakatan haprak perkara biasa yang mereka akan buat dalam setiap himpunan yang dianjurkan puak2 Yahudi nie. Apa kesalahan pegawai DBKL tersebut yang jalankan tugas dan tanggungjawabnya ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Nak buat ikut suka hati mak bapak korang, ingat Malaysia BAPAK KORANG punya ka? Hakkktuihhhh..
Baca lagi di bawah:
KUALA LUMPUR 22 Jun - Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah.
"Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat yang pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa. - Utusan
GR kata: Anak muda yang ikut semalam rasa nak TANAM diaorang hidup...menyusahkan orang jerk!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.