Saturday, October 5, 2013

VIDEO: AKTA PCA UNTUK PENJENAYAH! SUSAH SANGAT NAK FAHAM KER? @NajibRazak @Zahid_Hamidi #PCA #zahidVP01


Akta Pencegahan Jenayah telah pun diluluskan di Parlimen apabila selama 3 hari dewan bersidang membahaskan rang undang-undang baru ini untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

GR tak mahu untuk menulis panjang kerana akta ini telah pun diterangkan dalam semua media sosial dan juga media cetak. Tapi masih ada sesetengah pihak yang masih tidak faham atau buat-buat tak faham dengan undang-undang ini.

Undang-undang ini bukannya undang-undang baru tapi ianya adalah pindaan dan pemerluasan. Akta ini juga tidak digunapakai pada mana-mana ahli politik tak kira mereka dari Kerajaan atau pun pakatan haprak. Susah sangat ke nak faham?

GR lihat banyak persoalan timbul terutama dari puak-puak pakatan haprak. Mereka ini seolah-olah takut dengan akta ini. Kenapa lepas ni dah tak boleh buat demo sana sini ker? Senang saja, kalau tak buat salah dan kesalahan itu tak jatuh dalam kategori jenayah berat, sudah tentulah mereka tak boleh disabit kesalahan dengan menggunakan undang-undang ini.

Tapi bila buat demo sana sini yang boleh mengganggu ketenteraman awam, sudah tentulah disabit atas kesalahan yang diaorang buat. Negara kita ada undang-undang...hormatilah undang-undang in sha Allah kita semua boleh hidup dalam aman dan harmoni.

Lihat video di bawah penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai PCA:




GR kata: Berani kerana benar, takut kerana salah.

DAP KENA SIMBAH DENGAN DAKWAT KEKAL? KATA ORANG DIA YANG LEBIH! #pemilihanCEC


Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa ‘karma’ kerana parti itu begitu keterlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain?

Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya. Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor. Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar. Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu. Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.

Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus. Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. Malah, kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.

Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang ‘karan’ saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria. Pun begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka.

Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus. Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.

Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29 Setember lalu.

Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN.

DAP didapati mengambil ‘khidmat’ pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula, telah ‘hilang’.

Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi. Menurut sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan dewan.

Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku. Justeru, tiada apa yang patut dirungutkan.

Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya. Kini, DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku.

Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP. Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.

Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil. Kerana itu, mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini. Dengan cara ini, kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain.

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia. - Sumber


GR kata: Padan muka..elok kuburkan terus DAP ni!

HOT: ARTIS AJAK PEMINAT 'LAYAN STIM' TENGOK BODY SENDIRI?


Apa masalah ada artis yang berfikiran macam ni? Walaupun dunia semakin canggih adakah pemikiran kita dan masyarakat harus canggih seperti peralatan canggih.

Adakah batas-batas dalam Islam sudah tidak perlu dihiraukan lagi? Adakah hukum hakam dalam Islam yang membuatkan diri kita semakin kolot?

Kita lihat dunia artis sekarang, tak perlu negara luar cukup sekadar dalam Malaysia. Mereka ini seolah-olah mahu membawa budaya barat seiring dengan dunia artis di Malaysia, barulah boleh digelar popular. Tak gitu??

Lihat artis di atas, kita semua tahu pelbagai kontroversi yang timbul pasal artis ini. Terbaru beliau mengajak peminat 'berkhayal' tentang body dia. Apa dia ingat body dia lawa sangat, dan paling cantik dalam dunia ker?

Nak promosikan diri pun janganlah sampai nak jual harga diri tu. Kita dalam Islam pun mengajar kita untuk menjaga harga diri...jangan sampai orang lihat diri kita ni terlalu murah. Dengan promote body di laman sosial kira dah cukup glamor ke tu?

GR tengok pun meluat jugak, sepatutnya ingin maju dalam bidang seni yang diceburi haruslah menunjukkan kepada peminat diri kita laku disebabkan hasil kerja kita. Bukannya dengan buat suatu perkara bodoh untuk naikkan balik nama yang hampir tenggelam tu.

Kepada pengarah dan produser ambillah pelakon atau penyanyi itu atas dasar bakat mereka bukannya lebihkan muka atau body yang meletop sangat. Korang pun bukan boleh pakai sangatkan, asyik fikir nak 'sedap' jer kan. Fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Artis Malaysia dah macam nak jadi pelakon citer porno la pulakkan....

Friday, October 4, 2013

MALAYSIAKINI KAKI PUTAR, KASI PUSING, KAKI PENIPU...MEMANG PATUT KENA PUN! @Zahid_Hamidi @malaysiakini #zahidVP01


Kalau dah dalam tu semuanya kaki pusing putar alam memang patut kena pun. Semua laporan yang diambil oleh mereka dalam program kerajaan diputarbelit oleh mereka.

Apa yang terkininya kalau dasar-dasar kerajaan pun dilabelkan oleh mereka semuanya menipu. Apakah mereka ini layak dikategorikan sebagai media yang menyalurkan maklumat kepada masyarakat? Maklumat menipu yang masyarakat dan di manakah kebenaran yang harus ditegakkan.

Lihat video di bawah dan memang patut pun CINABENG Malaysiakini kena sound dengan Menteri Dalam Negeri. Baru padan muka dia. Kah kah kah....



GR sokong penuh tindakan DS Zahid Hamidi pada wartawan Malaysiakini. Bagi diaorang rasa sikit, kalau tak naik lemak. Syabas dan tahniah pendirian tegas DS Zahid Hamidi harus dicontohi. Usaha murni beliau juga adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.


GR kata: Berapa ramai Menteri yang BERANI sound Malaysiakini macam Zahid Hamidi....

HOT: ANWAR KECUT TELOR BERDEPAN DENGAN ZAHID PASAL PCA! @Zahid_Hamidi @anwaribrahim #AktaPCA #zahidVP01


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya Pindaan Akta Pencegahan Jenayah telah diluluskan oleh Dewan Rakyat beberapa hari yang lepas. Perkara yang baik dibuat untuk keselamatan rakyat dan negara sudah pasti akan menemui jalan penyelesaiannya.

Rakyat Malaysia menyambut baik pindaan akta ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Tahniah GR ucapkan kepada Menteri Dalam Negeri dan KDN yang berusaha sehabis baik mengembalikan 'taring' KDN, Polis dan agensi di bawahnya agar mula DIGERUNI oleh penjenayah. Syabas dan tahniah.

Ada juga yang cuba untuk bersekongkol dengan penjenayah ini kerana kononnya mereka 'berjuang demi penindasan masyarakat yang tergolong dalam penjenayah. Persoalannya, perlukah penjenayah ini diangkat dengan baik? Penjenayah yang BUTA WARNA tiada rasa ingin insaf adakah mereka ini perlu dilayan dengan baik? Mereka bunuh orang, tetak orang, kelar tangan orang, rompak sana sini...mereka ini perlu dianggap baik dalam golongan masyarkat kita hari ini?

Pakatan Rakyat akan terus membantah Akta Pencegahan Jenayah 2013 walaupun pemindaan pemerluasan akta tersebut telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat awal pagi Khamis.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan bantahan dalam bentuk kempen dan forum bagi membantah undang-undang yang mengembalikan tahanan tanpa bicara ini ditarik semula.

"Kita akan terus membantah walaupun undang-undang ini telah diluluskan.

"Kami akan teruskan di dalam dan luar parlimen, kami akan adakan siri kempen, forum, untuk memberikan pendedahan mengenai betapa terdesaknya kerajaan menggunakan akta ini untuk memerangi jenayah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata mereka tidak menolak langkah pencegahan jenayah melalui akta itu namun menolak sekerasnya pemindaan dan pemerluasan tahanan tanpa bicara atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.

Kenapalah bebal sangat otak Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya nie. Sudah terang-terangan penjelasan DS Zahid Hamidi bahawa akta ini digunapakai untuk banteras jenayah berat. Kenapa nak meroyan sana sini? Majoriti rakyat Malaysia tak bodoh, hanya segelintir yang masih bangang saja akan termakan hasutkan kamu wahai Anwar Ibrahim.

Jika benar Anwar perjuangkan 'Hak Asasi Kemanusiaan'...kenapa tak hadir ke Parlimen ketika perbahasan diadakan di Parlimen. Jika berani berdebatlah dengan cara berhemah, barulah anak jantan dan layak dipanggil pemimpin. Bukan duk rumah goyang telor jerrrr...

“Kami bertanya di parlimen semalam, apa hak asasi manusia dipihak yang menjadi mangsa, kenapa tidak dipertahankan. Bagaimana dengan polis yang ditembak mati penjenayah, apa hak asasi mereka, kenapa hanya hak asasi kalangan ketua kongsi gelap atau ahli kongsi gelap sahaja dipertahankan,”- Zahid Hamidi


Inilah contoh pemimpin yang dihormati kawan dan juga lawan. Demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat mereka menyokong pindaan Akta PCA ini. Kepentingan rakyat menjadi keutamaan...tahniah GR ucapkan. Kejayaan Ops Cantas telah menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan membanteras jenayah.

Kepada rakyat Malaysia usah dilayan agenda busuk pakatan haprak. Kita fikir secara rasional, mahukan negara hidup aman damai atau pun kita hidup dalam penuh ketakutan. Fikirlah dengan bijak bukan ikut nafsu. Rakyat Malaysia menyambut baik segala usaha murni Kerajaan untuk kebaikan mereka.





GR kata: Terima kasih Kerajaan. Terima kasih Zahid Hamidi dan Polis. Zahid tatap No.1

Wednesday, October 2, 2013

KESELAMATAN RAKYAT DAN KETENTERAMAN AWAM TAK BOLEH DIPERJUDIKAN - @Zahid_Hamidi #zahidVP01



Kerajaan tidak akan memperjudi keselamatan dan ketenteraman awam semata-mata kerana terdapat penolakan terhadap peruntukan penahanan pencegahan tanpa bicara yang dilihat sebagai melanggar hak asasi manusia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan tanpa bicara mempunyai kelebihan dalam aspek tindakan pencegahan ke atas jenayah terancang dan jenayah berat, termasuk memberi perlindungan kepada saksi yang takut untuk tampil memberi keterangan di mahkamah.

"Terdapat banyak kes di mana saksi bagi kes-kes jenayah terancang dan jenayah berat sebelum ini, telah dibunuh, diugut dan sebagainya yang menyebabkan mereka takut untuk memberi keterangan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk bacaan kali kedua dalam persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Ahmad Zahid berkata walaupun terdapat pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi akan menentang dan mengutuk tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula peruntukan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan sebagainya, ia masih diperlukan demi kepentingan dan keselamatan rakyat.

Katanya, antara kekangan utama dalam proses siasatan kes-kes jenayah terancang dan jenayah berat ialah ketiadaan pentahkikan bagi mengukuhkan keterangan yang merupakan cabaran terbesar untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat.

"Kegagalan menemui barang kes seperti senjata yang digunakan akan menyebabkan kes tersebut tidak boleh dibawa ke mahkamah walaupun pengakuan suspek berjaya direkodkan oleh polis," katanya.

Ahmad Zahid berkata dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa ini, penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah 1959, termasuk peruntukan penahanan pencegahan sangat diperlukan untuk mengekang secara berkesan tindak-tanduk penjenayah yang berada dalam tahanan serta meningkatkan kapasiti pengawasan polis.

"Ini penting kerana dengan bantuan peralatan komunikasi yang canggih, penjenayah khususnya dalang kongsi gelap yang dikenakan perintah pengawasan atau tahanan pencegahan masih mampu meneruskan kegiatan jenayah melalui arahan yang boleh diberikan dengan mudah kepada ahli kumpulan masing-masing, misalnya memberi amaran atau mencederakan saksi," katanya.

Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu juga untuk memperkasakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sudah lapuk dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan arus teknologi yang berkembang pada masa ini.

Ahmad Zahid juga berkata pindaan dibuat untuk memastikan pihak polis boleh mengambil tindakan secara lebih efektif terhadap penjenayah seterusnya membendung aktiviti jenayah daripada terus meningkat.

Katanya, tanpa undang-undang yang efektif, kegiatan jenayah berat dan jenayah terancang tidak dapat dibendung dengan berkesan dan seterusnya akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Dari aspek sosial, selain peningkatan kadar jenayah, golongan pelajar juga akan menjadi sasaran ahli-ahli kongsi gelap sedia ada untuk merekrut anggota baharu bagi menyertai kumpulan mereka, menurut Ahmad Zahid.

"Sekiranya enggan, mereka tanpa belas kasihan akan terus mengancam pelajar-pelajar ini sehingga sanggup mencederakan sesiapa sahaja yang tidak mengikut kemahuan mereka," tambahnya.

Beliau berkata selain menyebabkan para pelajar takut sehingga menjejaskan pelajaran mereka, kegiatan seperti penyalahgunaan dadah, perjudian, maksiat dan pergaduhan di tempat awam akan turut meningkat.

Ahmad Zahid berkata dari sudut ekonomi, kumpulan kongsi gelap yang bermaharajalela akan menjejaskan keyakinan pelabur asing dan pelabur tempatan, termasuk peniaga yang bimbang untuk menjalankan perniagaan mereka kerana dipaksa membayar wang perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap.

"Kadar jenayah berat yang tinggi juga akan menyebabkan pelancong berasa tidak selamat dan tidak memilih untuk melancong ke negara ini. Akhirnya, pembangunan ekonomi akan terencat dan seterusnya menjatuhkan nilai mata wang negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata dari sudut politik pula, terdapat kemungkinan kumpulan jenayah terancang mempengaruhi ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan supaya melindungi kegiatan mereka yang akan menyebabkan institusi kerajaan hilang kewibawaan seterusnya menyebabkan kerugian yang besar kepada negara.

Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini, kadar peratusan jenayah berat dan jenayah terancang daripada keseluruhan peratusan indeks jenayah telah meningkat, dan ini telah meningkatkan kebimbangan rakyat berhubung tahap keselamatan mereka.

Katanya, ini termasuk keseriusan kes-kes jenayah yang berlaku seperti yang dilaporkan dalam media massa antaranya penggunaan senjata api yang berleluasa, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api dan pergaduhan ahli-ahli kumpulan kongsi gelap sesama mereka untuk merebut kawasan.

"Kerajaan peka akan kebimbangan yang dirasai rakyat dan bagi meredakan kebimbangan itu, terdapat keperluan untuk kerajaan menimbang dan mengkaji semula usaha-usaha menangani jenayah, terutama jenayah berat dan jenayah terancang, termasuk mengkaji undang-undang sedia ada," katanya. - BERNAMA


GR kata: Penjenayah ni kategori orang baik-baik ker orang jahat ek?

Monday, September 30, 2013

#PemilihanUMNO: JANGAN PILIH PEMIMPIN YANG SUKA PAKAI 'KONDOM' JER MEMANJANG!


PEMILIHAN UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.

Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin – cawangan, bahagian dan pusat

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.

Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan.

Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.

Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut.

Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat ‘kerja’ untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.

Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.

Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.

Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.

Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, ‘bersarakan’ golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. - Sumber



GR kata: Pilih pemimpin yang berani perjuangkan agamanya, bangsanya dan agamanya. Pemimpin yang takder telor dan pandai cakap dari buat kerja jangan sibuk nak pandang. Undilah dengan bijak.

Sunday, September 29, 2013

AKHIRNYA POLIS MILIKI SENJATA DAN PELURU BARU UNTUK BANTERAS JENAYAH @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi #zahidVP01


Senjata dan peluru adalah suatu alat yang digeruni oleh semua orang. Siapa saja yang kena tembakan pasti menemui ajal atau pun cedera parah. Peluru dan senjata ini tidak mengenal erti tuan siapa yang diacukan pasti menerima nasibnya.

Sejak kebelakangan ini senjata dan peluru senang untuk diperolehi. Adakah disebabkan ianya senang dibawa masuk dan senang dijual di pasaran? Penjenayah yang milik senjata sudah pasti tidak mengenal erti sesiapa pun. Adakah penjenayah di Malaysia semakin bebas? Boleh buat apa saja yang mereka mahu?

JAWAPANNYA...JANGAN HARAPLAH! Malaysia ada undang-undang. Ini bukan negara koboi boleh buat sesuka hati.

GR ingin mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana sekarang ini mempunyai senjata yang cukup mantap. PDRM juga mempunyai peluru yang teramat canggih, merupakan yang terbaru dalam pasaran.

GR yakin KDN amat bangga dan bersemangat tinggi bila mana gandingan senjata dan peluru baru yang hebat ini mampu menggerakkan seluruh KEKUATAN PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Dengan senjata dan peluru canggih ini mereka akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik.

Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.

"Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.

"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.

Inilah senjata dan peluru baru yang dimaksudkan. Gandingan yang cukup hebat dan mantap. Hasilnya sudah kita ketahui dan perolehi. Rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih pada Menteri KDN dan PDRM kerana tindakan tegas yang diambil dan sekarang keselamatan rakyat lebih terjamin.

Tahniah diucapkan pada KDN, PDRM dan seluruh agensi di bawah KDN. Semoga terus berjaya.



GR kata: Senjata - DS Zahid Hamidi,   Peluru: Ketua Polis Negara

Artikel pelbagai