Saturday, October 27, 2012

EKSKLUSIF: SIRI PEMBOHONGAN ANWAR YANG MENJAHANAMKAN NEGARA!! #PRmenipu


01. Pada 14 April 2008 Anwar berucap Di Padang Kelab Sultan Suleiman Kg Baru KL " Saya bercakap dengan yakin, Telah Ada Kawan Kawan Di Sabah, Sarawak dan dalam UMNO, yang Telah Menghubungi Saya Untuk Bertindak Sekarang, Kerana Sekarang Kita Sudah Ada 82 Kerusi Parlimen Dgn Rasminya, yang Tak Rasmi....CUKUP, Bagi Tempoh Kpd Kita Sedikit, Kaau Tidak Mei, Jun. Kalau Tidak Jun, Julai, Kalau Tidak Julai, Ogos, Kalau Tidak Ogos, SEPTEMBER!!!"

02. Pada 22 April 2008 Anwar Di Temuramah Oleh Media Asing Di Australia Oleh Jim Middleton Dari News Hour Australia "The Crossover Is Possible As Many Of Members Of Parliament Who Had Won, Now Realized That The Mood & The General Supports Of The Malaysians Are With The Pakatan Rakyat, I Have Said 2 Weeks Ago, We Already Had The Numbers!!!"

03. Pada 8 Jun 2008 Di Sidang Akhbar Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya "The Crossover....errm errm Time Table...erm, according to our time table it is on the schedule. Now It Is More Acttractive After They (MPs) Pre-Signed!!!"

04. Pada 30 Jun 2008 Di Luar Kedutaan Turki KL, "Kita Hampir Menang!! Minggu Ini Saya Patut Umumkan, Keputusan Saya Bertanding Dlm Pilihanraya Kecil. Minggu Ini 4 Org Ahli Parlimen BN Akan Menyertai Kita!!!"

05. 28 Ogos 2008 Anwar Di Temuramah Di Luar Negara Oleh Al Jazeera (101 East) "We Have Adequate Numbers!! We Should Go Across The Simple Majority By The 16th September, We Will Have A Major Dramatic Change In This Country!!!"

06. Pada 12 September 2008, Ahli Parlimen PKR Bertolak Ke Taiwan!! Sebelum Bertolak Tian Chua Berucap " By 16th Sept We Are Confidence & Will Be Able To Announce That We Are Ready To Take Over Govt!!"

07. Pada Malam 15 Sept 2008, Anwar Berucap Di Stadium Kelana Jaya "Saya Bersama Pemimpin KEADILAN, DAP & PAS Telah Tanda Tangan Surat Kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, Di Tanda Tangani Oleh Usz Abdul Hadi PAS, Lim Kit Siang DAP & Saya Mewakili PKR..Meminta Ada Pertemuan Segera...."

Walhal Surat Itu Hanyalah Bertajuk PERMINTAAN UTK MENGADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP, UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH KESTABILAN NEGARA & ARAH TUJU POLITIK. Tiada Langsung MEMBINCANGKAN Tajuk Ahli Parlimen BN Yg Akan Menyeberangi Ke Paktaan & Pakatan Ada Simple Majority!!!

08. Pada 16 Sept 2008 - TIADA SESIAPA DARI BN Menyertai Pakatan Rakyat

09. Pada Petang 16 Sept 2008, Anwar Mengadakan Sidang Akhbar Di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya "We Had A Slight Majority!! Of Course We Have Excess More Of 31. We Will Give (Announce) It By The Hour. I AM NOT JOKING!!!! This Morning, I Received A Signed Note From Another Member!! "

10. Pada 18 Sept 2008, Anwar Mengadakan Sidang Akhbar Di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya "That Is Why, We Are Pressing Prime Minister Abdullah, To Convene, To Ask The Speaker To Convene A Special Session On Tuesday"

Anwar Merancang Untuk Mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi Utk Mengadakan Sidang Tergempar Parlimen? Untuk Apa? KENAPA PERLU SIDANG TERGEMPAR WALHAL PARLIMEN AKAN MULA BERSIDANG PADA 13 Oktober 2008?

11. Pada 10 Oktober 2008, Anwar Berucap Di Padang Majlis Perbandaran Kota Bharu "Ini Petanda Yg Cukup Baik, Muafakat Yg Membawa Berkat!! Yg Menjamin Insya Allah, Perubahan Besar Yg Akan Berlaku, Tidak Lama Lagi Di Negara Kita!!!"

12. Pada 13 Oktober 2008, Apabila Parlimen Mula Bersidang, Anwar Di Tanya Oleh Wartawan & Jawabnya "OUR FOCUS IS NOW ON BUDGET!!"


GR kata: Persoalannya sekarang...kenapa tiada sebarang tindakan diambil ke atas ketua penyangak, penipu besar nie?? Anwar suka suki memburukkan negara yang melibatkan pentadbiran kerajaan dalam semua bahagian...pun masih nak berdiam diri ker??

Mana perginya bahagian undang-undang dan kehakiman?? Asal masuk perbicaraan boleh lepas begitu saja?? Mohon pihak yang terlibat berkeras sikit....JANGAN LEMBIK SANGAT YER!!

VIDEO: PASUKAN WATANIAH DAN PALAPES DAPAT ELAUN TAMBAHAN! @Zahid_Hamidi



GR kata: Tahniah pada pasukan Wataniah dan Palapes...teruskan memberikan khidmat yang terbaik kepada negara yang tercinta!!

HOT VIDEO: AWEK CUN 'MARAH' PADA KERAJAAN? @NajibRazak @SHEBMALAYSIA #BL1M



Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.

"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.

Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.

"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.

"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.

Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.

"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.

"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.

Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.

Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.

"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya.


GR kata: Terima kasih pada YAB PM dan Kerajaan yang sentiasa memandang keperluan anak muda...Anak muda harus berfikir secara matang bukannya menghentam pulak yer!!

#AidilAdha2012: Umat Islam Fahami Erti Pengorbanan Dan Kesederhanaan


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha dalam kesederhanaan dan disertai penghayatan pengorbanan yang dituntut ajaran Islam.

Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya dalam keadaan selesa diikuti ibadah korban yang dilakukan di beberapa tempat seperti di masjid, surau, kampung dan taman perumahan.

Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan akan berlaku hujan dan ribut petir di beberapa buah negeri semasa sambutan Aidiladha.

Aidiladha kali ini juga disambut pada hari Jumaat iaitu penghulu bagi sekalian hari dan umat Islam akan kembali memenuhi masjid untuk solat Jumaat pada tengah hari.

Jalanr raya di ibu negara lengang berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha. Namun Masjid Negara masih dipenuhi kira-kira 10,000 umat Islam termasuk warga asing memenuhi ruang untuk menunaikan solat hari raya dan mendengar khutbah.

Antara pesanan khutbah ialah menuntut umat Islam agar mengamalkan sikap sederhana dan bersedia berkorban demi mencapai keredhaan Allah. Kira-kira 4,000 umat Islam pula bersolat di Masjid Kampung Baru.

Di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves kira-kira 1,000 umat Islam pula memenuhi perkarangan masjid seawal 7.30 pagi lagi sehingga kawasan parkir dijadikan ruang untuk bersolat.

Antara yang melakukan korban secara gotong-royong hari ini Masjid Khalid Al-Walid di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak yang melibatkan 24 ekor lembu dan Madrasah Al-Iman di Taman Sri Gombak Fasa 7 yang melibatkan lapan ekor lembu.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyertai jutaan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan fardu haji pada tahun ini. - BERNAMA


GR kata: Semoga pengorbanan dan keikhlasan yang kita buat mendapat keredhaan Allah S.W.T

Friday, October 26, 2012

HOT: GAMBAR BOGEL ROZITA CHE WAN BUKAN SUPER IMPOSE??


Lama kami tidak mengusik wartawan popular ini yang tidak pernah sepi daripada kontroversi persis seorang selebriti. Ya, kita bercakap tentang Zubir Berita Harian.

Jumaat lalu, gempar dunia hiburan tempatan apabila sekeping gambar bogel didakwa sebagai Rozita Che Wan mula timbul di internet dan ianya lantas dinafikan.

Aktress popular ini menyangkal yang beliau tergamak untuk melakukan perkara tidak senonoh sebegitu lebih lebih lagi diri beliau merupakan seorang yang buta teknologi.

Zubri Berita Harian yang kita tahu mempunyai pengetahuan luas dalam dunia hiburan mendakwa gambar tersebut sebagai ORIGINAL dan Rozita Che Wan ‘menipu’ - lebih kurang.

“Isu gambar bogel Rozita Che Wan kini tersebar luas di’internet Apa lagi nafikan je la selagi boleh, cipta pelbagai alasan kukuh pertahankan diri walaupun gambar itu original!”, tulis Zubir.

Kalau gambar Rozita Che Wan ni  ada yang kata super impose....ada yang kata betul...macam mana pula dengan gambar ketua kaki temberang no. 1 Malaysia, Anwar Ibrahim. Ada saksi lagi, rakaman pun siap lagi tapi masih nak nafikan dan katanya bahan besi tidak boleh dijadikan bahan bukti. Bangang ker apa??



GR kata: Berani kerana benar....Takut kerana salah!!!

Thursday, October 25, 2012

OH, @n_izzah MANA JANJI MANIS MU SAYANG!?


Mana mungkin siapa tidak kenal dengan awek cun gambar di atas, seorang ahli parlimen dan anak segala kaki temberang, betul tak? YB Nurul Izzah  yang kita lihat tak sampai setahun jagung dalam arena politik tanahair tiba-tiba melonjak naik menjadi seorang ahli parlimen. Jika dilihat adakah faktor Nurul Izzah ini layak menjadi ahli parlimen, atau pun rakyat di Lembah Pantai buta mata dan hati silap menilai ketika menabur undi pada PRU 12 yang lepas.

Apa yang sebenarnya terjadi selama beliau menjadi ahli parlimen di Lembah Pantai? Kenapa rakyat di Lembah Pantai mengeluh? Kalau sikit tak perla jugak, ini mengeluh panjang tuuuuee. Wahai YB sayanggg, masih ingatkah dikau pernah berjanji dengan warga emas dan surirumah di Lembah Pantai pada PRU 12 yang lepas. Kenapa sampai la nie buat makcik-makcik ni menanti bagaikan pungguk rindukan bulan? Mana elaun saraan yang YB janjikan nak berikan pada makcik-makcik ni? Tak kesian ker tengok makcik-makcik ni mengharapkan sangat dengan YB. Aduyaiiii.....

Janji tersebut diberikan oleh kerana ianya menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama. So YB...dalam hal ni nak salahkan siapa? UMNO/BN juga yang salah ker??

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, wanita surirumah dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan oleh YB Nurul Izzah. Tapi sehingga sekarang jangan kata elaun, RM 1 pun tak nampak bayang.

Sehingga kini tak ada khabar berita baik pun untuk warga emas dan surirumah, kesian tengok mereka. Kita lihat rata-rata kebanyakkan dari mereka dari kalangan kurang bernasib baik dan mereka perlu dibantu. Ahli Parlimen sekarang GR lihat hanya makan gaji buta. Yang dia tahu ceramah sana sini dan tanamkan pemikiran busuk kepada rakyat tentang kebaikan yang dibuat oleh pihak Kerajaan BN.

Apa yang kita lihat pembangunan dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh 4 ke 5 tahun ini semuanya hasil usaha YB Dato' Raja Nong Chik. Tahniah GR ucapkan pada Dato' Raja Nong Chik dan barisan kepimpinan UMNO/BN Lembah Pantai yang sentiasa memberikan bantuan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Lembah Pantai. Teruskan berkhidmat dan nyahkan ahli parlimen yang tak nak buat kerja dari kawasan anda.


GR kata: Nurul Izzah sayang tengah tunggu video dengan pensyarah yer? Sabar yer sayang....

#Aidiladha: ADAKAH TRAGEDI INI AKAN TERJADI LAGI??


InsyaAllah esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sebut pasal ibadah Qurban, pembaca masih ingat lagi dengan gambar di atas. Apakah hukumnya seorang yang bukan Islam melakukan ibadah qurban. Tidak kiralah beliau menyembelih atau pun turut serta melapah binatang qurban tersebut. Adakah kesucian mereka terbukti bersih dari segi luaran dan dalaman semasa mereka syok potong-potong binatang qurban tersebut?

Di manakah peranan umat Islam yang di dalam pakatan pembangkang, hanya diam membisu dan melihat saja kerana takut kehilangan kerusi dan undi pada PRU 13 nanti ker?? Inilah perangai busuk pakatan pembangkang...apa yang mereka buat semuanya HALAL dan betul belaka. Tidak ada salah silapnya walaupun suatu perkara tersebut sudah terbukti kegelincir jauh dari landasan Islam.


Pada pembaca budiman, jika berlakunya sekali lagi tragedi di atas jangan takut tegur saja mereka. Pada Imam serta AJK surau/masjid janganlah terlampau taksub dengan politik. Jangan dicampur adukkan kisah politik dalam ibadah Hari Raya Qurban. Jika ianya terbukti salah buatlah yang terbaik demi menjaga nama baik Islam. Kalau korang parti yang membela Islam, tunjukkan...jangan pakai saja kopiah serban di kepala tapi akal letak kat BONTOT!!!


GR kata: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada seluruh umat Islam di dunia. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

ANWAR & THE TEAM BUSUKKAN NEGARA KERANA MINTA SIMPATI!!

SEMPORNA 23 Okt. - Parti pembangkang dibidas kerana sanggup menjadi petualang dan pengkhianat kepada negara sendiri dengan bertindak sebagai alat kepada pihak tertentu untuk menghancurkan negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan mereka untuk membawa masuk dua peguam Perancis yang ditugaskan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene adalah bukti jelas niat jahat mereka.Tegas beliau, tindakan itu bukannya perkara yang boleh dipandang ringan kerana membabitkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.

"Kita adalah negara berdaulat yang mempunyai peraturan dan lunas undang-undang yang perlu dipatuhi. Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk mencemarkan nama baik negara ini, ini semua berpunca kepada kepentingan agenda politik mereka semata-mata."

"Kapal selam adalah aset persenjataan negara untuk meningkatkan tahap keselamatan, sepatutnya mereka perlu bersama-sama memberi sokongan padu, bukannya menghancurkan negara ini," katanya.Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Selamat di sini hari ini.

Tegas beliau, segala dakwaan dan tohmahan pembangkang terhadap isu kapal selam itu ternyata tidak benar malah penipuan itu sengaja digembar-gemburkan menjelang pilihan raya umum untuk mendapat ihsan rakyat. Sementara itu, Shafie berkata, kerajaan akan menyelesaikan masalah penempatan mangsa-mangsa kebakaran membabitkan 198 buah keluarga di Kampung Selamat di sini yang musnah dijilat api dalam kebakaran Khamis lalu.

Beliau berkata, majoriti mereka merupakan pelarian perang Filipina yang diwartakan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang telah menetap di situ sejak 1970-an lagi.Bagaimanapun menurut beliau, terdapat juga penduduk tempatan yang terlibat.

"Bagi penduduk berdaftar dengan UNCHR, kita akan merujuk permasalahan mereka dengan Majlis Keselamatan Negara, manakala penduduk tempatan akan dirujuk dengan pejabat daerah untuk tindakan susulan termasuk memberikan bantuan yang sewajarnya," katanya.

GR kata: Bukan pembangkang namanya kalau perangai busuk hati...

Published with Blogger-droid v2.0.9

MARI KITA RENUNGKAN DENGAN FOTO INI..!!



GR kata: Apa yang disampaikan oleh beliau boleh pakai tak?? Ada yang dilaksana tak atau tabur air liur saja. Pandangan korang macam mana?? Boleh kasi komen sikit tak??

Wednesday, October 24, 2012

HOT: ARTIS TINDIK PUSAT SEBAB NAK POPULARKAN DIRI??


Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.

Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

“Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Kalau nak popularkan diri balik bukan macam ni caranya...bakat yang ada dalam diri itu lebih penting. Betul tak??

CAYALAH...POWER LA MB @Khalid_Ibrahim NI KAN!!


Semalam dalam akhbar media cetak Anwar Ibrahim mengatakan bahawa MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cemerlang dalam perkhidmatan beliau selama menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008. Beliau mengatakan pentadbiran PKR di Selangor mendatangkan sumber pendapatan yang sangat 'lumayan'. Apa pun GR ucapkan tahniah pada MB Selangor di atas penghargaan ini.

Tapi sebenarnya timbul pelbagai persoalan benarkah hasil kekayaan yang dikecapi oleh negeri Selangor adalah dari 'kebijaksaan' pentadbiran Khalid Gagap. Adakah hasil kekayaan tersebut disebabkan pertumbuhan rumah-rumah urut yang melampau di Selangor. GR mendapat maklumat terbaru dari sumber dalaman pentadbiran negeri tersebut, jumlah rumah urut lebih banyak rumah ibadat di Selangor. Apa citer ni YB??

Pelbagai lagi isu-isu yang menjadi persoalan pemikiran rakyat...betul tak? Isu sampah kenapa sehingga sekarang masih tidak selesai. Kontraktor yang dilantik adakah dikalangan kroni-kroni pakatan pembangkang..yelah dapat kontrak tapi tak buat keja. Baca pendedahan sebenar di bawah :


1. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/02/bijak-khalid_ibrahim-urus-wang-selangor-beli-50-buah-kompaktor-baru-adalah-muslihat/
2. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/03/siri-2-lori-kompaktor-terpakai-kerajaan-khalid_ibrahim-beli-mahal-dari-harga-pasaran/
3. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/11/siri-4-aset-meragukan-pembelian-50-buah-lori-kompaktor-sampah-dan-bas-mewah-jelajah-anwar-sprm-sila-siasat/

Bagaimana pula dengan isu penyelewengan Talam, pembelian bas mewah untuk Anwar Ibrahim dan isu air di Selangor? Kenapa masih membisu wahai MB Selangor??


Mana hebatnya yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tentang pentadbiran MB Selangor nie yer. Terlalu banyak penyelewengan yang kita dapati dalam pentadbiran mereka. Rakyat seharusnya menilai dengan bijak apakah yang tersirat disebalik apa yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Ianya hanya satu semata-mata untuk mengkaburi mata dan pemikiran rakyat...kononnya merekalah sebuah parti yang hebat dalam semua bidang.


PECAT ANWAR BUKAN PUNCA MELAYU BERPECAH - TUN M



GR kata: Kalau pemimpin tu dah tak boleh pakai atau akan merosakkan kepimpinan negara kenapa perlu disimpan?? Mahu negara maju atau negara mundur??? Renung-renungkan....


KENAPA PAS TAKUT LAKSANAKAN HUDUD? INI BUKTINYA...


Usaha PAS dalam meneruskan polemik isu pelaksanaan hukum hudud sebenarnya untuk mencari keuntungan politik dan untuk menipu rakyat sahaja. Ini kerana berdasarkan realiti semasa, hukum hudud sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan.

Persoalannya, bagaimanakah Pas nak melaksanakan hudud sedangkan madu-madu mereka PKR & DAP sendiri tak bersetuju dengan hudud ini? Sebab itu kita lihat dari dulu lagi pelbagai helah yang Pok Nik berikan untuk mengkaburi pemikiran rakyat.

Umat Islam memang mengalu-alukan hukum hudud, tetapi mestilah dilaksanakan dengan cara dikehendaki agama. Walaupun hudud mahu dilaksanakan, harus mendapat pandangan seluruh rakyat dahulu, kerana rakyat keseluruhanlah yang akan menjalankannya, bukan hanya PAS.


DAP tidak mahu negara Islam, dia fikir hudud sebahagian daripada cara untuk tubuhkan negara Islam. Jadi rasanya, masih jauh lagi untuk kita laksanakan hudud, masih berada di awang-awangan. PAS kata UMNO tolak hudud, sedangkan UMNO sendiri dengan tegas belum buat pendirian lagi. Fikirkan-fikirkanlah....


GR kata: Hukum Hudud PAS suami boleh meliwat isteri....hukum mana diaorang pakai nie?? Jawabnya dari Hudud ke Budu....

Tuesday, October 23, 2012

Maya Karin Dah Ada Pengganti? Bercinta Dengan Siapa Tu..??


Aktres jelita, Maya Karin akui dirinya masih lagi solo dan tidak menolak dakwaan sememangnya dia mempunyai ramai kawan. Akan tetapi timbul spekulasi yang mengatakan kononnya dia bencinta dengan pemilik Lotus, apabila aktres ini telah bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula satu di Singapura September lalu.

Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan.

Dengan memegang status single, Maya Karin turut akui dirinya suka meluangkan masa dengan melancong ke serata dunia dan tidak menolak berkemungkinan aktres jelita ini akan bertemu dengan sesiapa sahaja yang mungkin akan menjadi jodohnya.

Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu. Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin, biarlah ia berlaku secara semulajadi.

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Lepas ni boleh tengok Maya Karin bawak F1 Car pulak yer...Hi hi hi

Monday, October 22, 2012

#SistemAES: Kenapa Tak Boleh Fikir Guna Otak Ker?


GR hairan bila baca banyak artikel-artikel yang menentang Sistem AES ni. GR pun tertanya-tanya adakah mereka memahami dengan Sistem AES ini ? atau pun mereka langsung tidak meluangkan masa untuk berfikir...??

Setelah apa yang GR lihat, ada juga faedahnya untuk dijadikan sebagai landasan rakyat Malaysia boleh bermotivasikan diri mereka. Pada mereka yang melenting tak tentu pasal tu, adalah tu yang tak kena. Mungkin dah sememangnya jenis tak reti atau tak suka hormat undang-undang yang telah ditetapkan sebab tu asyik kena saman jer kan...

Apa pun GR inginkan kongsikan bersama pembaca sekalian beberapa fakta dan pandangan bernas mengenai Sistem AES ini. Jom sama-sama kita fikirkan adakah sistem yang baik ini wajar untuk membentuk pemikiran rakyat Malaysia :

1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.

3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??

4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?


GR kata: Susah untuk mengubah mentaliti masyarakat Malaysia. Mungkin sebab inilah Tun Dr. Mahathir berkatan "perjuangan belum selesai". Fikir-fikirkanlah....

BUKTI DALAM PAS SENDIRI DAH TAK SEBULU! #PRmenipu





GR kata: Apa kata Pok Nik yang hanya diam membisu...kata Ulama besar. Awat takut dengan DAP racist??

#BL1M: Anak Muda Boleh Dapat Lesen PERCUMA! @NajibRazak @SHEBMALAYSIA @umbkl


PEKAN 21 Okt. - Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.

"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.

Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.

"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.

"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.

Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.

"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.

"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.

Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.

Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.

"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya. - Utusan


GR kata: Dah dapat lesen jangan nak salahgunakan pulak yer...

PANAS: "Saya Sanggup Membunuh..." - Black Mentor


Betul ker apa yang GR baca pasal Black Mentor nie?? Nampak sangat Black memang bengang dengan gosip yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya. Ini semua gara-gara ayat “Kita ini orang Melayu, beragama Islam, jadi fikirlah apa fitrah awak sebagai manusia beragama Islam”  di dalam tulisan tersebut.

Untuk yang tidak tahu, ayat tersebut digunakan di dalam gosip percutian Black dengan kekasih hatinya ke Pulau Redang baru-baru ini. Black yang kecewa dengan orang yang mempertikaikan pegangan agamanya, baca di bawah luahan hati Black :

Saya beritahu lagi, kalau sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh! Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, jangan campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap saya nak saman. Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu ini sudah diselesaikan dan saya harap tidak apa pihak yang mengungkit lagi. Selepas ini saya perlu menasihatkan diri saya sendiri supaya lebiih berhati-hati.

 Pada pandangan GR senang saja...kita sebagai manusia perlulah hormat antara satu sama lain. Wajar kita menegur saudara seislam kita jika ada perkara yang tak betul tapi kenalah dengan secara hikmah. Dan kita juga tidak ada hak untuk menjatuhkan hukum pada seseorang sama ada masuk Syurga atau Neraka kerana itu semua urusan Allah S.W.T. Jangan macam ada beberapa orang artis tu....semua orang buat dosa saja kalau dia baik ajer!!


GR kata: Hormatilah dan peliharalah agama Islam yang suci....

Sunday, October 21, 2012

BONGKAR!! SIAPA OSTAD PAS YANG NAFSU KUDA ADA 11 ISTERI??


Hari ini cerita panas lagi sensasi dalam akhbar Harian Metro yang GR pasti ramai dikalangan pembaca sekalian sudah membeli akhbar popular ini. Makin lama semakin ramai manusia yang nafsu mereka mengalahkan binatang. Tidak hiraukan hukum hakam agama yang penting bagi mereka nafsu mereka 'terbayar'. Baca seterusnya di bawah :
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit. - HM

Identiti siapakah gerangan Ostad yang bernafsu kuda ini GR akan bongkarkan dan apa yang pasti dari kalangan puak pakatan pembangkang. Inikah contoh yang baik perlu kita contohi?? Mereka sibuk sana sini memperjuangkan Islam tapi hakikatnya HANCUR!!

Ostad yang GR maksudkan dan heboh dalam Harian Metro hari ini adalah seorang ahli Pemuda PAS. Beliau telah menipu 11 orang isterinya dan meninggalkan mereka selepas malam pertama bersama. Hebat Pemuda PAS ni. Muka dah macam ustaz tapi nafsu mengalahkan binatang.

Heboh diperkatakan sejak seminggu dua yang lalu di media maya, ostad muda ini dicari oleh 11 orang isteri-isterinya kerana telah ditipu. Ostad ini berkahwin hanyalah untuk melepaskan nafsu serakahnya dan
sambil itu menipu duit isteri-isterinya. Ingin tahu siapakah ostad tersebut....lihat di bawah :



Nama ostad ini ialah Ostad Mohd Razis Ismail.... Memang hebatkan PAS ni, sebab mereka layak melahirkan Ustaz Songsang dan juga Ustazah Celop.... Kalau ada siapa-siapa yang kenal dengan Ustaz Razis beristeri 11 ni tolong laporkan pada pihak Polis dengan segera, sebab individu ini memang sedang dicari oleh orang ramai. Yang sedihnya kesemua isteri yang ditinggalkannya tidak pernah diceraikan umpama gantung tak bertali. Malah ada yang telah hamil dan anak satu ditinggalkan begitu saja.


GR kata: Ostad ni kalau kahwin dengan Ostajah Celop PAS memang sesuaikan....

#Banggang : JANGAN JADI MACAM @abby_abadi112 !!


Musim bola sepak di Malaysia telah pun berlabuh dengan jayanya malam tadi dengan kemenangan Piala Malaysia dimenangi oleh Kelantan. Apa pun GR ucapkan tahniah kepada pasukan ATM dan Kelantan kerana mempamerkan mutu permainan yang sangat baik. Kira berbaloi laaa beli tiket tengok bola kat stadium kan. Hi hi hi....

Dalam keseronokan rakyat Malaysia menonton perlawanan Final Piala Malaysia malam ini, GR sempat melihat Twitter ramai rakyat Malaysia memberikan komen yang baik dalam perlawanan malam tadi. Tapi ada sekor perempuan yang ntah apa yang boleh kita kategorikan dalam golongan apa pun tak tau lah. Pada GR senang saja, Abby Abadi ni meroyan tak tentu pasal sebab dia tengah period kot..!!

Lihat saja komen yang sempat GR print screen kan di atas, komen beliau tentang perlawanan bola sepak sebentar tadi. Kenapa suka bola sepak mesti dipolitikkan?? Dalam apa saja perlawanan sukan dan sebagainya pasti ada yang menang dan kalah. Statement yang PALING BODOH yang pernah GR lihat dari seorang artis yang dah tak laku ni..

Jika kita lihat dalam apa saja yang dibuat, mesti si artis tua tak sedar diri ni akan menunjukkan beliau seolah-olah 'pakar' dalam semua bidang. Inilah Ostajah Celop yang sememangnya layak dikategorikan untuk beliau. Bila dah buat salah tak nak mengaku...statement yang keluar di Twitter beliau telah pun didelete tapi inilah dalam peribahasa menyebut...sepandai tupai melompat, kantoi jugak. Amacam..??


Pembaca lihat satu lagi #Tweet artis tua ni di atas... Bola pun dipolitikkan?? Siapa yang memulakan ayat BODOH yer?? Wahai Cik Abby Abadi, lain kali jangan terlampau banyak sangat masuk benda tak elok dalam otak tu. Semua perkara yang diajar oleh Ostad-ostad PAS dan juga pakatan pembangkang fikir dulu. Jangan semua benda nak dipolitikkan. Macam mana kalau punca penceraian Abby Abadi sebenarnya disebabkan Abby Abadi mempunyai hubungan sulit dengan Ostad PAS yang dihebohkan sebelum ini. Sebab tu Abby Abadi boleh jadi Ostajah Celop.

Apa pun pada peminat bola sepak tanahair sudah semesti tahu sejarah bola sepak Kelantan yang semakin baik. Ini adalah disebabkan usaha Tan Sri Annuar Musa selaku Penaung Bola Sepak Kelantan. Pelbagai perubahan yang dibuat oleh beliau harus Cik Abby tau yer. Nak harapkan Kerajaan PAS Kelantan jawabnya semua player akan jadi tukun la. Stadium yang kata nak buat pun hanya indah khabar dari berita. Pada Cik Abby seharusnya berterima kasih pada Tan Sri Annuar Musa bukan Pok Nik yer..!!!

Pembaca yang budiman fikirkanlah....tidak semua perkara kita harus politikkannya. Kita mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Bukan seperti Cik Abby kita nie yang tak faham erti kenikmatan. Dalam tweet dan instagram punyalah banyak posting tentang ilmu agama tapi kalau setakat posting tapi tak faham dan amalkan pun TAK ADA GUNANYA!! Renung-renungkanlah....


GR kata: Ada otak pikir...jangan jadi otak macam Anwar dan kuncu-kuncunya...

Artikel pelbagai