Saturday, November 26, 2011

SALAM AWAL MUHARRAM UNTUK SEMUA


Hari ini 26.11.2011. Hujung minggu ini kebanyakan rakyat Malaysia termasuk GR sendiri menikmati cuti hujung minggu dan extra hari Isnin iaitu cuti ganti sempena 1 Muharram atau pun Maal Hijrah.

GR ucapkan Salam Awal Muharram kepada semua pembaca yang budiman...

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah S.A.W memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah S.A.W, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.

Apa yang menarik untuk kita dan juga aku sebagai umat Islam:

1. Berpuasa di Awal Muharram
Ada satu hadith iaitu Hadith Riwayat Muslim ada menyebut "seutama-utama (afdal) berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharam ..." Para-para ulama marumuskan serta menganjurkan kita berpuasa pada 9,10 dan juga 11 Muharam. Maknyanya disini berpuasa dibulan Muharam adalah SUNAT.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram
Didalam Islam itu sendiri ada menyuruh serta mengajar kita melakukan amalan soleh serta meninggalkan dosa pada setiap hari.

3. Muharram juga dipanggil bulan Syahrullah iaitu BULAN ALLAH
Hebat bulan Muharram ini sehingga dipanggil bulan Allah sedangkan tidak pada bulan-bulan Islam yang lain. Ibn' Allan menyatakan bahawa Ibnul Jauzi ada menyebut nama-nama bukan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahilliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana didalam bulan Muharam adalah hari yang disebut HARI ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Maharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

4. Wajibkan membaca doa akhir dan awal tahun


Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan para sahabatnya.

GEMPAR: PENCACAI PAS BIRU MUKA, BILA TPM IMAMKAN SOLAT ZOHOR!!


Nampak begitu teruk dan buruknya perangai puak-puak PAS, seolah-olah mereka saja yang tahu bersolat, mereka sajalah yang arif tentang ilmu hakam agama nie..Macam nie ker yang dinamakan perjuangkan Islam??

Sudahlah nak menghalang YAB TPM bersolat, bila tengok YAB TPM jadi imam pun diaorang berbulu...Macam nie punya orang pun ada...isk isk isk..

Ceritanya pendek saja. Cerita ni pun disampai oleh jemaah yang ada pada waktu TPM datang ke MASJID AL IRSHAD untuk mengimamkan solat Zohor. Peristiwa ni terjadi sewaktu TPM menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, baru-baru ini. Nak baca klik SINI

Dalam slot lawatan, TPM memang ada tertulis bahawa TPM TS Muhyiddin akan bersolat Zohor di Masjid MASJID AL IRSHAD itu. Pada mulanya Mc dengar ramai pencacai Pas yang menentang dan membantah kehadiran TPM untuk bersolat di Masjid. Mereka takut TPM mengunakan masjid untuk kerja-kerja politik.

Sedangkan TPM ke masjid hanya untuk bersolat Zohor, sebelum menghadiri Majlis Jamuan.

Punya dengkinya puak Pas ni, hinggakan orang nak sembahyang pun tak bagi.

Nak jadikan cerita, sewaktu TPM datang ke masjid, ada la dua-tiga orang puak Pas yang berada didalam masjid tersebut. Muka masing-masing masam macam cuka la.

Paling tak boleh tahan, apabila TPM mengimamkan sendiri solat Zohor. Naik biru muka puak Pas ni. Ada yang tertelan-telan air liur.

Tah apa yang ada di kepala otak mereka gamaknya.

Mc rasa, mesti dua-tiga orang penyokong Pas ni, tak khusyuk sembahyang sebab masih lagi terkejut dengan TPM. he he..

Selamatla dorang tak lari, mana la tau, takut-takut dorang kata sembahyang orang UMNO tak sama dengan Pas.

Sumber: MediaKedah

p/s: PAS kata depa parti yang memperjuangkan Islam, sakit perut GR dengar...

GEMPAR: PEMIMPIN PKR ADA BANGLO DI AUSTRALIA??


GR tidak pasti info yang GR dapat dari seorang kawan ini Benar atau Tidak. Namun kemungkinan info ini Benar sebab tak mustahilkan, sedangkan anak ketua pemimpin PKR pun ada account bernilai jutaan dolar di bank Israel..inikan pula pemimpin PKR yang GR dengar namanya bermula dari huruf S....

Pemimpin tertinggi PKR memiliki sebuah rumah banglo boleh digelar istana di Australia. Khabar itu juga memberitahu bahawa istana tersebut bernilai hampir RM78.3 juta..!!! Wahhh...sampai dah takder rumah nak beli kat Malaysia nie ker wahai YB S....??

Pemimpin PKR ini membeli banglo (istana) tersebut sekitar 5 tahun lalu di Perth. Katanya, rakannya yang bekerja di Australia dan kenal dengan seorang agent real estate yang menguruskan jual beli istana itu..

GR tidak pasti mengenai info ini memandangkan masih tiada bukti yang kukuh..InsyaAllah GR yakin kesahihan mengenai perkara ini akan terBONGKAR juga dalam sedikit masa lagi...

Tungguuuuuuuuuuuu....!!! Nantikan siapakah YB S...... ini???

p/s: Kayo-kayo pemimpin PKR nie yer..!!! Hehe

Sumber: DukeOfUMNO

Friday, November 25, 2011

FOTO PANAS: SIAPA BLOGGER NIE??


Pembaca sekalian jom kita berkenalan dengan Blogger haprak Pakatan Rakyat...beliau ialah MILO SUAM yang kaki fitnah dan cerita yang penuh dengan pembohongan...

Dengar cerita baru-baru ini, beliau ke China untuk mendapatkan 'ayam-ayam' di sana..kenyataan ini adalah dinyatakan sendiri oleh rakan Blogger Pakatan Rakyat sendiri iaitu Kelab GreenBoc... Jangan marah haaa...Hehehe

Inilah dia Pakatan Rakyat...memburukkan sesama sendiri..betul-betul Haprak!!!

Selamat berkenalan saudara MILO SUAM...Hehehe

p/s: 'Ayam-ayam untuk Pak Anwar ker?? Hahaha

PANAS: KHIDMAT PELACUR DI FACEBOOK??


Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan wang..dulu perkhidmatan call girl ini cuma melalui telefon...sekarang zaman dah canggihkan so mereka gunakan alam maya untuk mencari pelanggan dan kegiatan ini boleh mereka dicekup oleh pihak berkuasa...

Disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan. sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.

Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat gadis-gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan. Selain Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’...

p/s: Mohon pihak berkuasa lakukan siasat dengan segera...

GEMPAR: CYBER CAFE PORNO DI SELANGOR??

Kali ini GR sambut isu yang dibangkitkan oleh blog penaKSJ

GR berasa amat terkejut bila ada cyber cafe di Selangor yang menawarkan khidmat sebegini rupa..difahamkan juga mereka menawarkan 'service' menonton filem PORNO untuk kaum wanita. Macam-macam dah jadi gejala yang tidak bermoral berlaku di Selangor sekarang nie..apa kejadah nie semua?? Rakyat Selangor sukakan hiburan yang sebegini rupa ker??

GR tidak pasti kesahihan dakwaan isu ini...jika benarlah ianya berlaku mohon MB dan pihak berkuasa buatlah siasat dengan segera...

Pembaca yang baik hati lihatlah gambar di bawah dan nilailah sendiri :


Thursday, November 24, 2011

PANAS: LELAKI HANYA MAHUKAN.....DARI SAYA!!


Ini bukan kisah politik atau pun kisah dunia artis tanahair...

Selebriti terkenal, Paris Hilton mendedahkan bahawa beliau sering dipermainkan oleh kaum lelaki disebabkan kekayaan dan popularitinya.


Pewaris kekayaan Hilton ini berkata, kebanyakan lelaki yang menjalinkan hubungan dengannya semata-mata kerana ingin harta dan seks saja.

"Setiap lelaki yang pernah keluar dengan saya hanya mahukan wang atau seks tetapi kebanyakan mereka ingin menumpang populariti saya," ujarnya lagi.

Bekas kekasih Hilton, Rick Salomon, 40 tahun merupakan seorang penerbit filem sebelum ini dilaporkan memperolehi wang jutaan dolar hasil jualan pita rakaman aksi seks mereka di internet.

Saya mencintai lelaki ini selama 3 tahun tetapi dia mengkhianati saya, Saya membencinya. Ia merupakan satu perkara yang menakutkan pernah berlaku kepada saya di mana ia adalah satu penghinaan yang memalukan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Paris kini berasa lega apabila menemui cinta dengan lelaki pilihan hatinya seorang penyanyi Good Charlotte, Benji Madden. Beliau merancang untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata dengan kekasihnya itu...

p/s: Dunia oh dunia...

TERKINI: YAB PM UMUMKAN SEKSYEN 15 AUKU AKAN DIPINDA??


Hari ini di Dewan Rakyat, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Transformasi Politik Baru, Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

"Ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli”, kata beliau semasa membentangkan usul hari ini di Dewan Rakyat.

Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja..

Baca lagi >> Bro Jinggo

p/s: BN Pilihan Orang Muda

HOT: SELENA GOMEZ UCAP TAHNIAH PADA TEAM HARIMAU MUDA??


Caiyokkkkkkkkkkkkkkk lahhhhh...Perghhhhhhhhhhhhhhhhh.. macam tak percaya artis popular dunia ucapkan tahniah pada Team Malaysia!!

GR rasa terharu artis-artis terkenal dunia memberikan komen dan ucapan tahniah mereka kepada Team Harimau Muda di atas kejayaan menewaskan Team Indonesia dan sekali gus mempertahankan pingat emas untuk kali ke-2 di Sukan Sea.

Pembaca lihatlah komen mereka di Facebook... Kih Kih Kih

Sumber: penaKSJ

PANAS: LAGI FITNAH HARAKAH DAILY PADA YAB PM!!

Pembaca lihatlah gambar di atas, kononnya YAB PM sedang tidur sewaktu mesyuarat CHOGM dengan tujuan untuk memalukan YAB PM. Tidak dapatkah membezakan sama ada gambar ini diambil sewaktu YAB PM sedang tidur atau gambar sewaktu beliau mengerlipkan mata atau memejamkan mata sesaat dua. Agak-agak laaa kalau nak menipu pun...

Alahaiiii Pakatan Rakyat bosan dah...setiap hari ada saja berita yang disiarkan dalam akhbar mereka yang tak der berita dan maklumat yang ingin disampaikan...yang ada fitnah, pembohongan dan isu-isu lapok yang cuba dibangkitkan semula...Udah2 laa tu Yeop, rakyat dah tau dema semua kaki putar alam...

Baru-baru ini juga Harakah Daily dan Suara Keadilan Daily KANTOI tahap tertinggi apabila fitnah mengenai anak perempuan YAB PM membelanjakan ratusan ribu ringgit di Perth rupanya satu FITNAH sedangkan sebenarnya anak perempuan YAB PM langsung tidak berada di Australia ketika mesyuarat CHOGM berlangsung.

Pembaca semua nak tau rupa sebenar pemimpin PAS tidur..tengok gambar di bawah :



Ini lagi baik..puak2 PAS tidur masa Muktamar PAS

ALAHAI YUNA...KESIANNYA!!!


Penyanyi popular Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari semalam.

“Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Sumber: mStar Online

Wednesday, November 23, 2011

PANAS: MUSUH KETAT DAP...UMNO??


Baru-baru ini Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon membuat pengumuman tidak akan bertanding dalam PRU 13 nanti. Beliau pelbagai desakan dari dalam dan luar Parti Gerakan supaya beliau bertanggungjawab atas kekalahan pd PRU 12. Malah bekas Presiden Tun Lim Keng Yeik pernah membidas Koh Tsu Koon..

Pembaca lihatlah di atas kenyataan Chauvinis DAP memang terkenal dengan mulut dan hati busuk. Mereka yang menentang parti Gerakan hingga tersungkur di Penang tetap memfitnah UMNO sebagai punca keputusan Tsu Koon utk tidak bertanding.

Kenapa UMNO parti melayu dianggap musuh ketat DAP? Anda ada jawapannya?

Sinhchew Daily News m/ 0914 November 2011 (Isnin)

Ancaman Pengerusi BN Pulau Pinang Tidak KuatMusuh Ketat Sebenar Ialah UMNO: Chow Kon Yeow

13hb Pulau Pinang, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bertanggapan, tidak kira siapa sahaja sama ada Teng Chang Yew ataupun Ong Thean Lye yang menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, ia tidak menjejaskan DAP, ia hanya akan menjejaskan kedudukan dan penyusunan DAP di negeri Pulau Pinang.
Chow berkata, yang menerajui BN ialah UMNO, musuh ketat dan musuh lama DAP ialah UMNO.

Beliau sambil tersenyum berkata, jika Teng Chang Yeow menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, kawasan yang pertama yang akan terjejas dan perlu ada rombakan ialah kawasan kerusi Parlimen Tanjung dan kawasan kerusi DUN Padang Kota.

Dikatakan sebelum PRU 2008 Teng Chang Yeow calon kerusi DUN di Padang Kota, pada PRU 2008 beliau dilantik semula di kawasan itu tetapi dikalahkan oleh Chow Kon Yeow, dengan itu Chow Kon Yeow telah bertahan selama 2 penggal di kerusi Parlimen Tanjung, sebab itu Chow tidak menafikan jika Teng Chang Yeow menjadi pengerusi BN di Pulau Pinang, mungkin beliau akan pilih kerusi parlimen Tanjung ataupun kerusi DUN Padang Kota.

Chow Kon Yeow pada petang ini semasa merasmikan Kem kerja PRU DAP Pulau Pinang berkata demikian kepada pemberita, berkaitan pandangan DAP terhadap pengerusi BN di Pulau Pinang dimana Koh Tsu Koon berniat untuk lepaskan jawatan itu, dan Koh dikatakan akan serahkan parti untuk menentukan penyerahan kerusi itu.

Apabila pihak pemberita bertanya lebih lanjut sama ada Teng Chang Yeow dan Ong Thean Lye boleh mengancam DAP ataupun tidak, Ng Wei Aik Setiausahan DAP Pulau Pinang yang sedang mendengar soalan itu berkata, musuh yang memberi tentangan dan cabaran ialah UMNO, kerana setakat ini tiada seorang pun tahu apa strategi politik yang berada di belakang UMNO itu.

Chow Kon Yeow akui bahawa UMNO adalah pemimpin utama dalam BN, dan musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini.

Baca lagi >> PISAU

PANAS: KONDOM BERSEPAH DI SEKOLAH..SALAH SIAPA??


LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.

Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.

“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.

“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.

Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan.

“Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan.

“Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya.

Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.

Sumber: Sinar Harian

Semoga Bob Kuman Cepat Sembuh..


Bob Kuman bukan Ostad Bob Lokman yer….baru-baru ini telah dikhabarkan kurang sihat kerana insiden terjatuh di dalam bilik air dan bahagian mukanya terhentak di mangkuk tandas.

Beliau dimasukkan ke Hospital Tawakal dan menerima rawatan di sana.

GR doakan agar Bob Kuman cepat sembut dan berada dalam keadaan seperti sediakala dan terus membuat lawak seperti biasa..

p/s: Lawak Bob Kuman memang ada class bukan macam Ostad Bob Lokman!!!

ISLAM DIKECAM HARUS DITENTANG!!


Secara peribadi dan prinsipnya, saya memang tidak pernah takut jika ada agama lain,terutamanya Kristian, mahu mendakyahkan agama mereka kepada saya. Kita lihat nanti, siapa yang akan bersunat! Saya kenal diri saya dan saya bersedia. Persoalannya, kenapa saya menentang dakwah Kristian orang Islam (Melayu) di Malaysia ini? Jawapannya, orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia. Sepatutnya orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Hasan Ali terhadap pendedahan ini. Kalau tidak didedahkanpun, saya sudah masak dengan taktik dan strategi licik mereka, kerana saya pernah bersama mereka sebelum Islam. Yang peliknya, orang barat yang asal Kristianpun, tidaklah terlalu obsess untuk mendakyah agama mereka, tetapi ultra kiasu putih celup ini begitu bersungguh-sungguh melakukan ke atas orang Melayu Islam, yang begitu jelas bertentangan dengan perlembagaan. Sudah tentu kita sudah dapat membaca makna yang tersurat dan tersirat. Di tempat saya bekerjapun tidak kurang hebatnya.

Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain. Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi. Dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka. Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam. Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA. Menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Saya amat mengharapkan umat Islam akan bersatu dengan pendedahan ini bukannya dengan mengutuk atau menyalah Hassan Ali atau mungkin Umno. Langkah JAIS untuk memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan murtad hendak disokong oleh semua umat Islam dan negeri-negeri dalam persekutuan. Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

PAS tidak perlu takut kepada ultra kiasu dalam hal ini, termasuk jika bukan Islam menggugut tidak mengundinya gara-gara pendedahan Hassan Ali. Jangan biarlah Hassan Ali terkonteng-konteng seorang diri menghadapinya. Niat Hasan Ali amat murni. Cubalah fahami beliau. Umnopun begitu, sokonglah Hassan Ali tanpa berbelah bahagi walaupun berlainan topi. Dalam PAS pun Hassan Ali sudah dipinggirkan.

Saya ingatkan PAS, jangan terlalu berharap atau terlalu bergantung harapan kepada ultra kiasu. Orang yang berada di atas pagar dan simpati dengan PAS akan lari. Seperti yang saya katakan, PAS perlu meletakkan lebih kepercayaan saudara sebangsa seagama, daripada bukan saudara, tidak sebangsa, tidak seagama. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak boleh dipercayai, kecuali mereka yang sedar diri dan lembut dengan Islam.

Selama inipun, saya yakin, tidak ramai ultra kiasu yang mengundi PAS. PAS banyak mendapat undi protes daripada orang UMNO sendiri dan Melayu yang lain. Ultra kiasu, termasuk juga PKR memang tidak pernah selesa dengan PAS, apatah lagi dengan konsep negara Islam dan undang-undang hudud yang diperjuangkan. Ramai orang Umno yang saya kenali yang mahukan Islam.

Kita perlu ingat terdapat dua orang andartu dan beberapa yang lain yang memegang jawatan exco negeri Selangor dan Pulau Pinang amat kuat mempropagandakan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Saya amat hairan kenapa PKR masih lagi membutakan mata. Dek kerana kuasa, mereka sanggup bersekongkol dan tidak mampu untuk menegur sekalipun. Saya juga ingin melihat orang bergelar ‘pakar perlembagaan’ seperti Profesor Aziz Bari pun akan tampil memberikan pandangan dari sudut undang-undang. Janganlah kerana terlalu baik dengan ultra kiasu maka kita membisu. Hairan juga saya, bila ultra kiasu meminta pandangan, terus menjawab tanpa segan silu. Namum, tiba kepentingan Islam dicarik dan dirobek, ramai yang masih membisu kerana mahu menjaga hati dan kuasa.

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan UiTM, USIM, UIA, MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Sila baca artikel terbaharu ‘Profesor’ Khoo Kay Peng yang dihantar oleh ultra kiasu kepada saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan STPM, manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, sSiapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di IPTA atau IPTS. Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? Lemah sangat pemikiran ‘profesor’ tersebut.

Kenapa Kay Peng tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus. Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan sebagai seorang yang bergelar profesor?

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? Sila jawab profesor?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

p/s: Janji-janji DAP hanya mahu hancurkan agama, bangsa dan negara!! Takdirrr!!!

FOTO PANAS: BUDAYA REMAJA SEKARANG???

Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang?? Pelbagai tingkah laku manusia yang kita rasa tidak terlintas difikiran dipertontonkan satu persatu. Apa saja yang manusia ingin lakukan sudah tidak ada perasaan malu. Adakah disebabkan arus peredaran zaman maruah ditolak ke tepi?? Kalau kita tidak ikut orang akan kata kita nie 'low class'...Betul ker???

Pembaca lihatlah gambar di bawah...bila 'nafsu' menguasi diri manusia, perasaan segan dah tak der dalam diri..bila dah 'naik' kat mana-mana pun jadi...


Gambar di atas GR ingin kongsikan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kita, generasi sekarang tak kira muda atau pun tua harus dipantau dan dididik dengan baik agar perbuatan tidak bermoral ini dapat di atasi...

TOLONG jangan HALALkan perbuatan di atas untuk golongan bukan Muhrim...

Jangan macam seorang pemimpin 'DRAMA KING' tue..!!!

PANAS: NEGERI 'SERAMBI MEKAH' ADA DISKO BEB!!




Menurut blog Kickdefella - Agent Johnson baru-baru ini selesai dengan misinya menjelajah disko-dut yang terletak di Kelantan sebuah negeri yang dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Wahai pembaca yang budiman, lihatlah video GR share di atas dan nilailah sendiri perjuangan PAS masih relevan ker??

Mana janji manis PAS nak laksanakan HUDUD?? Mana perjuangan PAS 'Negeri Kebajikan'??

Kisah lanjut baca Double Y dan Kickdefella

p/s: Nik Ajis dah nyanyok...PAS IS DEAD

TERKINI: BENDERA MALAYSIA DIHINA PENYOKONG INDONESIA!!


Inilah dia manusia yang tidak ada otak dan tidak bertamadun, penyokong bola sepak Indonesia yang marah dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia dapt mempertahankan pingat emas di Sukan Sea telah bertindak diluar batasan tanpa menghormati bendera Malaysia.

Apa punya bangang diaorang nie, hilang rasa hormat pada negara kita Malaysia walhal ramai rakyat Indonesia datang ke Malaysia untuk mencari rezeki dan ada juga yang dapat IC merah lagi. Dah bagi layanan sehabis baik kita berikan pada mereka. Rakyat Malaysia pun ramai ke Indonesia untuk melancong dan membeli belah. Dengan cara ini dapat menaikkan ekonomi kedua negara.

Disebabkan perasaan marah dan tidak boleh menerima kekalahan di tempat sendiri perasaan berubah menjadi luar batasan..Dalam perkara ini GR respect dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia tidak melenting dengan apa yang mereka cuba cetuskan..

p/s: Adat pertandingan mesti ada Kalah atau pun Menang!!!

Sumber: Panglima Perang Siber

Tuesday, November 22, 2011

GEMPAR & PANAS: SIAPAKAH USTAZAH INI - PART 2??

Pembaca masih ingat semalam GR topik al kisah Ustazah yang bermesej lucah..?? di sini

GR akan cuba membongkar sedikit demi sedikit al-kisah Ustazah ini yang ada kaitan dengan pasangannya yang juga seorang Ustaz merupakan seorang yang mempunyai jawatan di dalam PASTI, P.Pinang..

Dalam Part 2 kali ini GR akan bongkarkan siapakah Ustaz ini..Beliau ialah Mohd Zan B. Durany merupakan AJK yang dilantik oleh PAS P.Pinang untuk mentadbir tadika PASTI di P.Pinang. Perwatakan Ustaz ini kalau kita tengok memang nampak alim dan baik. Itulah kebiasaannya orang PAS nampak saja WARAK tapi hakikatnya semuanya HAPRAK..

Si Ustaz ini bermesej lucah dengan Si Ustazah yang GR keluarkan topiknya semalam..Pembaca kena tengok betul-betul gambarnya di bawah... Siapakah Ustaz ini??


Beberapa mesej lucah antara Ustaz dan Ustazah ini kawan GR sudah pun discreen shot kan...Siapakah nama Ustazah tersebut?? Nantikan part 3... GEMPAR & PANAS!!!

p/s: PAS IS DEAD

Sumber: penaKSJ

PANAS: TIMB KSU KBS MENGAKU BERKHALWAT!!

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.


Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi...

Ahli UMNO/BN buat Salah tetap dihukum...PAS Haprak ada?? Mat Sabu, Kak Mah, ADUN dalam keretapi...apa cerita??

Yang nie bila nak buat pengakuan pulak??

Sumber: Bro Jinggo

PANAS: INILAH OSTAD DIDIKAN PAS HAPRAK!!!

Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa GR isu ini...GR rasa geram n meluat bila melihat seseorang Islam yang berperangai yang tiada adab..Inilah didikan yang 'tinggi' telah diberikan oleh PAS kepada ahli-ahlinya. Ini termasuklah seorang Ostad Setiausaha Dewan Pemuda PAS WP ini..GR telah print screen Twitter beliau.

Semalam ketika menonton perlawanan akhir pasukan Harimau Muda kita, Ostad ini telah bercakap yang sangat BIADAP di Twitter beliau bersama YAB PM kita..Ini ker sikap 'baik' yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin muda...Tiada rasa hormat langsung dengan pemimpin negara kita..Pakai saja kopiah putih dikepala, bagi ceramah agama, perjuangkan Islam, perjuangkan HUDUD, perjuangkan 'Negeri Kebajikan' tapi mulut macam 'LONGKANG'...

Pembaca lihat lah kata-kata BIADAP dan KURANG AJAR Ostad @Mr_Nurislam nie pada YAB PM...


p/s: TAHNIAH Harimau Muda menang pingat emas...bangga jadi anak Malaysia!!!

GR kata PAS IS DEAD

TAHNIAH HARIMAU MUDA! TAHNIAH MALAYSIA!!!

Harimau Malaya berjaya mempertahankan pingat emas

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA, 'IBU’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka dikaca televisyen malam tadi.


Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan dan kita bangkit semula hingga menjadi JUARA sekali gus membuatkan lebih kurang 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam. Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga. Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti yang ke-5 sekali gus pasukan Harimau Muda menjadi JUARA.


Gambar di atas suasana di LCCT jam 3.00 pagi, peminat dan penyokong pasukan Harimau Muda menanti dan menyambut kepulang Wira negara kita. Kepulangan mereka disambut oleh Timb Menteri Belia dan Sukan YB. Dato' Razali Ibrahim bersama penyokong dan peminat bola sepak negara..

p/s: Harimau Muda memang TERBAIK!!! SYABAS dan TAHNIAH!!

Monday, November 21, 2011

GEMPAR & PANAS: SIAPAKAH USTAZAH INI??


Mungkin pembaca tertanya-tanya siapakah Ustazah dalam gambar di atas...

Pembaca lihat dulu gambar di atas dan kalau rasa-rasa kenal boleh komen di bawah.. Al-kisahnya Ustazah ini telah bermesej lucah dengan seorang Pengarah Pasti P.Pinang...

Ingin tahu kisah selanjutnya...Tungguuuuu part 2 nanti yerrrrr... CERITA PANAS!!!

Sumber: penaKSJ


p/s: PAS IS DEAD

TERKINI: BN - PILIHAN ORANG MUDA!??


Semalam telah diadakan satu perjumpaan tertutup antara Presiden UMNO dengan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di PWTC..Amanat penting dan rahsia telah disampaikan oleh YAB PM kepada golongan generasi muda yang terdiri daripada pemimpin diperingkat UMNO bahagian dan cawangan di seluruh Malaysia.

Disamping itu juga, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia telah melancarkan logo baru dengan tagline 'BN Pilihan Orang Muda'... Logo ini difahamkan akan menjadi platform kepada BN untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menyokong BN...

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan itu dilancarkan Presiden UMNO sejurus selepas menyampaikan amanat kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Presiden telah melancarkan slogan baru untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat itu.

Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasional disegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu.

"Sekarang kita segarkan semula (slogan) dan kita tunjukkan bahawa orang muda ada pilihan. Kita harap selepas apa yang mereka lihat, kita lakukan, pilihan mereka adalah BN," katanya.

Menyentuh mengenai amanat Presiden UMNO, Khairy berkata, ia mendapat sambutan baik dihadiri oleh kira-kira 3,000 wakil iaitu yang terdiri daripada kepimpinan lima tertinggi di setiap bahagian Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Sumber: Utusan


p/s: TAHNIAH BN!!!

PANAS: CIKGU CAMPAK DUIT BANTUAN???


Terkejut GR bila dengar perkara nie...Bukankah bantuan wang RM100 pihak Kerajaan berikan khas kepada pelajar-pelajar sekolah?? Di sini GR ingin sarankan kepada pihak sekolah mahu pun PIBG tidak perlu ambil kesempatan dalam hal-hal sebegini, minggu lepas YAB TPM sendiri telah menyatakan beliau tidak bersetuju dengan pihak sekolah atau pun PIBG yang membuat keputusan sendiri dengan bantuan yang diberikan kepada pelajar.

Ada ibu bapa yang membuat laporan minggu lepas terus kepada YAB TPM dalam program santai bersama Belia di W.Persekutuan, pihak PIBG sekolah tersebut telah memotong separuh wang bantuan berkenaan atas alasan perlu menyelesaikan bayaran tertentu dan separuh saja diberikan kepada pelajar. YAB TPM sendiri telah menyarankan pihak PIBG sekolah terbabit perlu menyerahkan semula potongan wang tersebut kepada pelajar-pelajar sekolah terbabit..


PAGOH – “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.

Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.

Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.

Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.

Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.

“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.

“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.

Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.

Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.

“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami.

“Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?” katanya yang membuat laporan polis pada hari sama. – myMetro Online

p/s: Pihak Kerajaan bantu meringankan beban ibu bapa, janganlah ada yang cuba ambil kesempatan dan juga pertikaikan macam-macam...Manusia oh manusia!!

Tahniah Kepada Pemenang FFM ke 24


Malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24 baru saja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Filem terbitan KRU Studios iaitu Hikayat Merong Mahawangsa meraih anugerah utama Filem Terbaik. Filem arahan Yusry Abdul Halim itu turut meraih lima kategori antaranya Sinematografi Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik di Malam Anugerah Gemilang Perdana yang berlangsung malam tadi. TAHNIAH kepada pemenang!!!

Senarai pemenang :

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof – KL Gangster

Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam – Kongsi

Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahriza (Eja) – Janin

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan – KL Gangster

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai – Cun

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof – KL Gangster

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali – Libas

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri – KL Gangster

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Hikayat Merong Mahawangsa

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri – KL Gangster

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin

Anugerah Pencapaian Gemilang
Datuk Michelle Yeoh

Anugerah Khas Juri
Filem Box-Office - K.L.Gangster
Pelakon Komedi Terbaik - Allahyarham Zami Ismail
Filem genre seram misteri - Janin
Kecemerlangan kecekalan seniman yang masih aktif - Sidek Hussin

Sunday, November 20, 2011

PANAS: AIR JAMPI NIK AJIS!!!

Perbezaan bekalan air di Kelantan sebelah kiri

Lihatlah gambar di atas!! Lebih kurang 20 tahun PAS memerintah negeri Kelantan, inilah kejayaan paling 'besar' mereka...Masih lagi tidak dapat membekalkan sumber air yang BERSIH kepada rakyat Kelantan. Dengan membekalkan air yang KOTOR ke setiap pelusuk rumah di Kelantan...

Inilah kejayaan besar yang dicipta oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan pasti menjadi sejarah negara. Sudah pastinya tidak ada lagi Kerajaan BN dapat menandingi kehebatan dan 'keajaiban' pentadbiran PAS di Kelantan..

Bukankah rakyat Kelantan berhak mendapat bekalan air yang BERSIH?? Demi menjaga kesihatan dan dijauhi dari sebarang bakteria yang boleh mendatangkan penyakit kepada mereka?? Di manakah janji-janji PAS untuk memberikan pembangunan untuk negeri Kelantan?? Rakyat Kelantan masih diTIPU lagi?? Nahhh..inilah dia 'hadiah' PERCUMA Nik Ajis bekalkan untuk setiap rumah di Kelantan iaitu virus E.Coli...
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.

Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.

Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.- Utusan
Sumber: Pisau

p/s: PAS IS DEAD

Artikel pelbagai