Thursday, February 27, 2014

TAK JADI MB SELANGOR LEPAS NIE PUN TAK PER, @Khalid_Ibrahim DAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB PADA RAKYAT! @NajibRazak


Alhamdulillah akhirnya bakal selesai kemelut yang dihadapi rakyat selama ini. Masalah air, ianya adalah masalah paling utama pada kita semua. Setiap urusan harian kita memerlukan air, nak ada tenaga pun kena minum air betul tak? Sumber air yang diperolehi haruslah bersih kan...

Ramai yang kata inilah sejarah telah tercipta....ketepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat. Pada yang macai-macai tue korang nak balun Khalid Gagap lantak korang. GR anggap korang lagi bodoh dari MB Selangor nie. Korang hanya pandai cakap mulut jer, perjuangkan hak rakyat. Tapi hakikatnya habuk pun takder.

Tindakan berani Khalid Gagap terbuka hati bekerjasama dengan BN harus diberikan pujian. Pada pemimpin pembangkang yang duk sibuk tabur fitnah tu, elok korang diam. Segagap-gagap Khalid ni pun, akhirnya dia sahut cabaran demi kesejahteraan rakyat. Bukannya asyik nak salahkan UMNO/BN dalam semua hal. Tahniah GR ucapkan pada MB Selangor nie.

Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010. MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Selangor Laksana Tiga Tanggungjawab Utama Sementara Langat 2 Siap 
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap dibina termasuk menjalankan program mitigasi dengan peruntukan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain program itu, kerajaan negeri akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD) atau tiga bilion liter pada 2050.

"Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

Melalui MoU itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).

Abdul Khalid berkata pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat itu akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.

"Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham," katanya.

Abdul Khalid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata MoU itu tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air.

"Ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tarif air yang munasabah," katanya. - BERNAMA


 GR kata: Elok dari dulu lagi Khalid jangan layan cakap Anwar, bukan dia pun Boss negeri Selangor.

Monday, February 24, 2014

#PRKKajang: LAGU BAIK PUNYA BUAT CALON YANG BERTANDING! PENGUNDI PAKAT LAYAN DAN FIKIR YER!


Si Penipu sudah sampai, Bagi janji bertangkai-tangkai,
Jgn main jo orang Kajang, tak mati badan merasai,
Sejarah dulu-dulu jangan ponah dipotikai
Tak tau tanyo dulu Jgn gomar memandai mandaiiiiiii......
Yo o...o...o...Yea ea...ea..ea...
Si ponipu sudah sampai
Yea ea...ea...ea... Yea ea...ea...ea...

Kisah ea bermulo Dari sorang Cino
Tak do sobab apo Torgueh boronti kojo
Org luar datang Nak cari gelemor
Torgueh bagi namo Nak bertanding katonyo

Tapi silap langkah masuk, Org Kajang dah tak suko
Tgk org takdo Dio torgueh mengado ngado
Kubor memangger mangger Tapi dio buek bodoh
Ko sano ko mari Targueh monangih simpati

Org luar salah tafsir Ingek Kajang sonang monang
Mulo ke hulur ke hilir, Terus jual temberang
Tapi ado yg banggang Bacayo bulek bulek
Sobonar org pandang Mato dah naik berulek

Zaman dah berubah Ado yg berguling guling
Dah x ingek omak ayah Dulu bersusah payah
Apo la erti ea Nak bertanding di kjg
Bilo tanyo sejarah Kajang Nak jawab pun x roti

Poe tanyo amak Poe tanyo ayah
Kok takdo kosompatan Poe bukak buku sejarah

Kalau salah pangkah Takut nanti dapek parah
Sebagai satu ingatan

Semboyan dah berbunyi Org Kajang nak berporang
Tak sabar nak menunggu Anwar Ibrahim ditelanjang
Bawak hati hati Org luar masuk Kajang
Takut balik nanti Ado yang jalan mengangkang....


GR kata: Kito tunggu dan lihet...orang Kajang Bodoh ke Pandai??


PENERBANGAN @AirAsia JENIS TAK DER HATI PERUT, SEBAB DAH BESAR KEPALA KOT? @NajibRazak @HishammuddinH2O


Siapa tak kenal dengan penerbangan AirAsia, rasanya serata dunia penerbangan Malaysia ini telah pun mencipta nama di persada dunia.

Tapi apakah mutu perkhidmatan mereka masih boleh dianggap 'World Class'?? Jawapannya hanya mereka yang pernah atau biasa menggunakan perkhidmatan AirAsia tau macam mana perkhidmatan yang diberikan.

Isu penerbangan lewat dari masa yang ditetapkan dalam tiket itu mungkin perkara biasa pada AirAsia. Tapi adakah mereka fikir dan ada perasaan tolak ansur pada pelanggan mereka? Adakah pelanggan juga tiada mempunyai masa yang ingin dikejar atau pun diuruskan?

GR juga pernah kena cara perkhidmatan yang diberikan AirAsia. Rasenya agak tidak adil, perlu diingat dalam perniagaan Customer Always Right. GR yakin CEO AirAsia seorang yang pandai berniaga dan rasanya tahu mana yang baik dan buruk untuk pelanggannya.

Memang dalam setiap perjalanan pelanggan perlu menunggu lebih awal tak kiralah kita naik bas atau pun apa saja perkhidmatan awam. Tapi perlukah kita bertindak kejam sampai tak beri peluang langsung.

Dan pada pelanggan pula, jangan asyik nak lambat jer. Kita mestilah pandai menguruskan masa kita, jangan asyik ikut kepala masing-masing jer yer.

Pada staff AirAsia pula, janganlah berlagak sangat. Ingat gaji korang dibayar pun atas hasil pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AirAsia. Kalau ramai dah tak guna, korang pun boleh lingkup gak...walaupun muka korang tu cantek.

*Luahan Hati seorang daripada pelajar IPTA di laman sosial*

Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANAYAI tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sbb ini akan menganggu schedule penerbangan”. Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU! SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teranayai dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.

Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia

p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly

*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)

GR kata: Mr Tony Fernandes please do something. If not, AirAsia will be like MAS soon becoz orang dah MENYAMPAH!!

Sunday, February 23, 2014

KECOH! OWNER AWEK HINA NABI DI FACEBOOK JATUH KOMA??? @dsjamilkhir @PDRMsia


Kecoh di alam maya hari ini, bila ada yang menyampaikan berita bahawa pemilik FB 'Murtad In Pantai Timur' a.k.a 'Murtads In Kelantan' jatuh sakit dan koma. Betul ke? Ada ker yang boleh mengesahkan berita ini?

Inilah bila zaman sekarang sudah terlalu canggih. Maklumat hanya boleh dapat dihujung jari. Kebenaran ini itu tidak penting sangat tapi siapa yang dapat memberikan maklumat hangat yang terawal dialah dianggap 'hero media'. Tak gitu?


Gambar di atas GR perolehi dari salah sebuah portal berita mengatakan individu yang terlantar koma adalah Juli Sumardiati, pemilik page ‘Murtad in Pantai Timur’ kini koma selepas terus menerus menghina dan memperlekah agama Islam. Wanita biadap ini jatuh koma dan melolong seperti orang yang perit menahan kesakitan.

Namun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan. Kita sebagai pembaca sama-sama berdoa semoga dia kembali ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Kecoh berita palsu pemilik fanpage Murtads In Pantai Timur, Juli Sumardiati Binti Mohd Jalaludin kini dilaporkan berada dalam keadaan koma. Sekeping gambar seorang individu berada dalam keadaan koma di hospital juga telah disebar untuk mengukuhkan khabar tidak benar tersebut.

Gambar itu sebenarnya merupakan gambar seorang lelaki yang terlibat kemalangan pada tahun 2011. Baca DI SINI.

Siapa betul siapa salah hanya Allah S.W.T saja yang tahu. Kita harus ingat sejauh mana kehebatan kita itu hanyalah pinjaman sementara dari Yang Maha Pencipta. Janganlah kita mudah terpesong dengan ajaran agama lain kerana Islam mengajar kita perkara yang baik-baik.

Ada yang mengatakan pemilik account FB page ini berada diluar negara, ada yang mengatakan itu hanya fake account untuk memburukkan Islam. Pada pemilik account tersebut, ingatlah Allah S.W.T sentiasa melihat kita. Hidup dan mati kita hanya Allah S.W.T yang tentukan.

Kalau kita ni manusia hebat boleh buat apa saja...cuba HIDUPKAN SEMULA MANUSIA YANG TELAH MATI!!!

GR harap pihak Kerajaan harus bertindak tegas dalam perkara ini, jangan sampai ramai yang dah pijak kepala nak kawal pun tak der gunannya masa tu. Jika perlu wujudkan akta baru untuk undang-undang yang lebih ketat demi keselamatan dan keamanan rakyat dan negara buatlah. 

Pihak SKMM jangan lembab sangat buat kerja dan jangan takut. Semua parti politik tak kita mana pun harus bersatu padu, jangan asyik nak kondem jer!!!


GR kata: Ketenangan selepas berdoa itu sesungguhnya lebih berharga daripada apa yang dipinta menerusi doa tersebut...Kadangkala kita merasakan begitu.

Artikel pelbagai