Saturday, December 13, 2014

OKU MINTA SEDEKAH GUNAKAN WARGA ASING JADI PETUNJUK JALAN! APA @KDNPUTRAJAYA BUAT? @imigresenmy @Zahid_Hamidi


Warga asing dengan status meragukan dipercayai 'berselindung' di sebalik aktiviti minta sedekah dengan menjadi pengiring kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan yang menjual tisu.

Kumpulan yang kebanyakannya di kalangan wanita  berusia sekitar 30 hingga 45 tahun ini juga dikenali sebagai 'penarik' akan bersama OKU berkenaan menjual tisu atau meminta sedekah dari meja ke meja makan pelanggan restoran di kawasan tumpuan ramai.

Lebih mengejutkan apabila ada pengiring celik ini yang dikatakan diupah pihak tertentu dan mengambil kesempatan terhadap sebilangan OKU buta yang mencari rezeki dengan menjual tisu.

Pekerjaan ini menjadi sasaran pihak berkenaan yang berperanan umpama sindiket ini kerana ia antara sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan tinggi kepada golongan istimewa itu seperti mana pendedahan mStar Online baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, maklumat terbaharu ini diterima daripada golongan OKU menerusi emel sebagai maklum balas terhadap laporan portal berita ini yang mendedahkan mengenai OKU buta menjual tisu mampu meraih pendapatan lebih RM2,500 sebulan.

Pengirim emel itu juga mengakui ramai OKU buta yang ditindas pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan 'kekurangan' mereka untuk mendapat untung atas angin dan meminta mStar Online mendedahkan kegiatan itu.

"Mereka akan berkumpul di gerai-gerai makan sebelum memulakan operasi dan kembali semula ke kawasan itu setelah selesai operasi untuk mengira hasil pendapatan.

"Saya yakin dan percaya kebanyakan warga asing ini tidak mempunyai permit kerja yang sah,e tetapi menjadi 'penarik' kerana kerja itu mudah dan lumayan," kata seorang OKU cacat penglihatan melalui emel yang dihantar kepada mStar Online.

Dia yang tidak mahu mendedahkan identitinya menyatakan kebimbangannya jika aktiviti ini berlarutan, golongan OKU akan terus ditindas, manakala pihak lain yang mengaut keuntungan 'atas angin'.

Katanya, disebabkan aktiviti mengemis dan menjual tisu ini, golongan OKU buta yang hidup berdikari dan bekerja terkena tempias dan terpaksa berdepan persepsi negatif masyarakat.

"Penglibatan warga asing dalam kerja menjaja tisu kononnya sebagai pengiring orang buta menggalakkan kebanjiran pendatang asing kerana pekerjaan tersebut mudah dan lumayan," katanya yang berkerja dalam bidang refleksologi.

Seorang lagi OKU cacat penglihatan yang membuka perniagaan sendiri berkata, ada situasi di mana wanita warga asing yang menjadi 'penarik' berkahwin dengan OKU buta.

"Bila sudah berkahwin, hasil jualan tisu akan jadi pendapatan bersama.

"Ada juga kes di mana OKU buta keluar bergilir-gilir, kadang-kadang dengan isteri sendiri, kadang-kadang dengan penarik warga asing," katanya yang juga tidak mahu mendedahkan identiti.

Diminta mengulas dakwaan OKU berkenaan, Ketua  Pegawai Eksekutif Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Datuk Ganesan Supayah berkata, pihaknya sedar akan kebanjiran warga asing berpasangan dengan OKU buta di sekitar ibu kota.

Katanya, kegiatan mereka ini dapat dilihat di Kuala Lumpur terutama sekitar Brickfields kerana kawasan tersebut 'mesra OKU' dan menjadi tumpuan ramai.

"Orang asing itu paling membimbangkan kita terutama kerana status mereka diragui.

"OKU buta pun kita bimbang. Kita tak tahu mereka datang dari mana, tetapi yang pasti semakin hari mereka semakin ramai," katanya sambil menambah di Brickfields sahaja terdapat kira-kira 1,000 OKU cacat penglihatan.

Beliau berkata, agensi-agensi penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu sentiasa menjalankan pemantauan dan bertindak pro-aktif dalam usaha menangani isu ini.

Beliau menambah, MAB juga sedia berkerjasama dengan agensi-agensi tersebut untuk memastikan kegiatan ini dikurangkan.


GR kata: Jangan buat kerja ikut musim yer!! Warga asing masyuk salah siapa??

Friday, December 12, 2014

MANA PEMIMPIN NEGARA DIKALA #HarimauMalaya MENGAUM DI BUMI HANOI? #AFFSuzukiCup2014


Bila menang disanjung tinggi, sampai di muka akhbar dalam seminggu dua tu cerita tentang bola saja. Sampai ada kawan-kawan kedai kopi cakap tak der cerita lain ker? Menang tu memang lah dan tahniah diucapkan ada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya berjuang hingga ke Final.

Tapi bila kalah mereka dicemuh, dan macam ada satu 'sindiket' yang cuba mencetuskan huru hara untuk memburukkan nama negara di Stadium Shah Alam tempoh hari. Apakah niat sebenar mereka? Bukankah bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia tak kira kaum mau pun berlainan ideologi mereka.

Kita lihat kain rentang tertulis “Bolasepak Membantu Kita Menjadi Sahabat, Jangan Lakukan Yang Sebaliknya,” menghias satu ruang tempat duduk penonton di Stadium My Dinh di Hanoi malam tadi pada perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Malaysia.Su

Ia sebagai satu tanda selamat datang kepada para penyokong Malaysia yang menyokong Harimau Malaya. Penyokong pasukan Malaysia yang melakukan onar menyerang penyokong Vietnam pada saingan di Shah Alam, Ahad lepas sepatutnya malu dengan penyokong Vietnam.

Biarpun pasukan mereka kalah dalam keadaan yang agak memalukan 2-4, para penyokong Vietnam tidak pun bertindak mengejek pun para penyokong Malaysia apatah lagi menyerang mereka.

Pada perlawanan Ahad lepas, ada penyokong Vietnam cedera di kepala selepas dipercayai dipukul oleh penyokong Malaysia. Ia adalah antara sebab kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kempen anti-samseng dalam bola sepak bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Ada betul juga cakap sorang peminat bola sepak tanahair pada GR semalam. Mana perginya pemimpin negara di Vietnam? Adakah benar mereka tidak turun hadir memberikan sokongan pada pasukan negara? Atau pun terlepas pandang, camera tidak fokus di kaca TV?

Ada sumber mengatakan mereka ini TAK CONFIDENT pasukan Harimau Malaya boleh menang dan takut nak malu. Betul ker??

Apa pun berilah sokongan yang padu pada anak buah tak kira menang atau kalah. Bola itu kan bulat yer tak!! Fikir-fikir la yer...


GR kata: MALAYSIA BOLEH!! GO HARIMAU MALAYA!! MALAYSIA TANAHAIR KU!!

Artikel pelbagai