Saturday, June 15, 2013

HOT: @rafiziramli DAH KANTOI SEBAB JADI 'BOMOH TEMBERANG'! HINA ORANG BAGAN DATOH!


Bila bercakap pasal al kisah manusia nak jadi 'BOMOH' mesti ramai yang ingat cerita Do Re Mi dalam babak jadi Bomoh Temberang untuk dapatkan sesuatu, betul tak? GR bukan untuk mengaitkan dan mengaibkan cerita Allahyarham TS P.Ramlee tapi untuk mengingatkan kita pasal sikap yang ada dalam diri manusia.

Rafizi Ramli sekali lagi nak tunjuk 'Hero' sebab dalam pakatan haprak beliau berjaya 'menjatuhkan' DS Shahrizat Jalil. Tapi bila diamati betul-betul Isu Fedlot ini tidak ada sebarang bukti kukuh yang mengatakan Kak Jat terlibat sama. Ramai yang tak tahu al kisah Anak Ikan Anwar Ibrahim ini ketika zamannya di Petronas dulu. Beliau dibuang kerja atau memang nak berhenti kerja...amacam bro? Berani jelaskan perkara sebenar ker.....hakkkktuihhhhhhhhh!!



Dalam video di atas, kesian GR tengok Madhi Hassan nie...dah la banyak kali kalah bertanding di Bagan Datoh tapi masih tak boleh terima kenyataan yang beliau DITOLAK oleh rakyat Bagan Datoh. Kenapa hanya sorang saja rakyat Bagan Datoh yang failkan petisyen? Kalau betul rasuah, kenapa tak semua atau pun ramai yang buat report?

GR nak tanya puak pakatan, Bang Non dulu pernah kata rakaman video tak boleh dijadikan bukti sebab peralatan besi...dalam kes Anwar SONTOT China Doll tu. Ingat lagi tak? So....korang tengok Youtube pun boleh dijadikan bukti ker? Lawak la korang nie....Keh keh keh

Rafizi kata 24ribu rakyat Bagan Datoh dirasuah dan suruh berikan undi BN pada PRU13 hari tu. Wahai Rafizi kalau tak tahu kisah sebenar, jangan heret rakyat Bagan Datoh yang tak bersalah. Kalau hang dah biasa makan DUIT HARAM, jangan nak samakan rakyat Bagan Datoh macam hang jugak yer.

Jentera BN Bagan Datoh yang dilantik seramai 23ribu orang...mereka ini dilantik sebab menyokong Barisan Nasional. GR ingin buat perbandingan, 23ribu - 17ribu (undi yang dimenangi Zahid Hamidi)...perbezaan 6ribu undi yang kalah. Undian yang kalah inilah balaci pakatan yang dipaksa jadi Jentera BN.

Hasil maklumat yang GR dapat dari sumber dalaman PKR Bagan Datoh, mereka juga berjanji bagi 'bantuan' pada Jentera mereka tapi TAK DITUNAIKAN. Jadi nak senang kerja, calon PAS dan PKR Bagan Datoh MEMAKSA ahli dan penyokong mereka menyamar jadi Jentera BN untuk mendapatkan beras dan juga wang RM100 kerana bantuan yang diterima dapat meringankan beban mereka untuk keperluan harian.

Rakyat Bagan Datoh juga marah sebab mereka dikaitkan terima rasuah dari pemimpin yang mereka sayangi. Ada yang beritahu GR, calon PAS dan PKR Bagan Datoh bukannya pernah turun padang nak bantu mereka...bila nak PRU barulah nampak muka. Rafizi telah menghina rakyat Bagan Datoh yang menerima bantuan keperluan dapur mereka di atas pemberian ikhlas dari DS Zahid Hamidi.

Rafizi perlu MOHON MAAF pada rakyat Bagan Datoh dan perlu bertanggungjawab di atas fitnah yang beliau buat dan rakyat Bagan Datoh benar rasa kecewa dan rasa terhina dengan fitnah dan penipuan yang dibuat Rafizi.

Layan video Tok Moh Rafizi:




GR kata: Rafizi dan pencacai pakatan dah biasa makan duit haramkan....

Pusing Sana Sini, Anwar dan Pakatan Dah GOYANG Dengan @Zahid_Hamidi Sebenarnya! @limkitsiang #PRmenipu

 

Kenapa tak laporkan petisyen pasal 40ribu Mat Bangla bantu BN menang PRU13? Mana mat-mat Bangla tu? Kenapa tak laporkan petisyen ke mahkamah pasal betul ada berlaku BlackOut di pusat pengiraan undi? Bising sana sini macam orang kurang siuman pasal penggunaan dakwat kekal...tapi pemimpin pakatan lupakah itu cadangan dari mereka pada tuntun Bersih dulu dan dipersetujui oleh ahli majlis yang dianggotai oleh pemimpin mereka dan juga BN. Lagi mau pusing ka??

Dari tahun 2008 hinggalah sekarang mereka cuba untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat. Alhamdulillah rakyat sekarang ramai dah sedar selama ini mereka hanya DIPERMAINKAN oleh manusia bernama Anwar Ibrahim. Pada ketika itu juga mereka sudah mula naik tocang, mereka buat sesuka hati mereka kerana tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas perosak negara ini HANYA AMARAN saja diberikan. Mana diaorang tak pijak kepala kita kan? Apa yang mereka buat semuanya betul dah macam Malaysia ni tak ada undang-undang. Nak tanyalah pada pencacai pakatan....ada tak negara dalam dunia yang tak ada undang-undang?

Tak habis-habis pemimpin pakatan ni buat lawak, hari ini GR baca di portal menipu Roketkini, LKS menyatakan DS Zahid Hamidi harus bercuti dari tugasannya sebagai Menteri KDN. Kita fikir sejenak, siapa sebenarnya yang sepatutnya bercuti dan sape sebenarnya tak buat kerja sejak diberikan mandat oleh rakyat. Siapa...??

   
“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli.
MalaysianInsider

Kenyataan bodoh Rafizi mengatakan undian yang diterima oleh DS Zahid Hamidi pada PRU13 dianggap menipu dan rasuah pengundi. Soalan yang sama pada pemimpin pakatan, undi itu rahsiakan...kita boleh jamin ker pengundi memberikan undian pada kita walaupun usaha telah kita buat dengan melantik jentera pilihanraya kita sendiri. Ahli parti pun tak telus dan sabotaj inikan pula rakyat biasa. Siapa Yang Maha Mengetahui...??

Program lantikan Jentera Pilihanraya Bagan Datok dibuat sebelum tempoh berkempen, dan memang benarkan mana-mana parti politik melantik jentera mereka sebelum pilihanraya berlangsungkan. Kalau Zahid berikan bantuan untuk jenteranya salah, macam mana pula Madhi Hassan dengan gambar nie....



Kalau gambar nie GR katakan PKR Bagan Datoh berikan 'rasuah' awal macam mana pula? Untuk rakyat Bagan Datoh tapi tengok paper beg tu dari 'Selangorku'. Pemimpin pakatan negeri Perak semuanya miskin atau pura-pura miskin? Kata nak bantu rakyat tapi lain pula ceritanya...Program Madhi nie dah lama dan sebelum tempoh kempen PRU13....macam mana tu? GR nak tanya, kenapa dalam program lantikan jentera PRU13 BN Bagan Datoh ada juga puak pakatan yang join sekali yer, bila GR tanya diaorang cakap, diaorang tak dihargai langsung...macam mana nak buat kerja untuk parti? Bagi pada kroni-kroni jerk...KESIANNNN!! Jentera sendiri tak boleh jaga macam mana nak jaga rakyat.

LKS sekali lagi cuba nak tegakkan benang yang basah. Amir Abdullah Bazli kononya sengaja dipukul DS Zahid Hamidi dan mahkamah tak jatuhkan sebarang hukuman. Amir yang salah, kenapa DS Zahid Hamidi yang perlu diambil tindakan? Apa perasaan kalau anak perempuan korang dilarikan lelaki yang macam Amir ni macam mana? Perangai kurang ajar tak hormat orang tua hanya kerana nafsu bawa lari anak orang dan dipaksa kahwin, senonoh ker perangai macam tu? Lim Kit Siang bela sangat Amir sebab apa? Dan sengaja tak nak ceritakan hal sebenar pada rakyat. Hakikatnya pakatan memang suka sembunyikan penjenayah dari pertahankan hak yang sebenar.

Apa yang GR lihat, sejak DS Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan menerajui Kem. Dalam Negeri, puak pakatan dah semakin gelisah. Bersikap tegas dan tugas yang diberikan pada Polis dan pihak perkuasa di bawah KDN dilaksanakan terus oleh ketua-ketua mereka tanpa ada campur tangan politik pun. Sebab tu puak pakatan ni GOYANG sangat sebab rahsia besar mereka satu persatu akan dibogelkan dan rakyat akan ketahui siapa yang benar siapa yang salah. Senang cerita, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!!


GR kata: Puak Pakatan dah jadi Ahli Parlimen & ADUN, buat kerja untuk rakyat bukannya sibuk ceramah sana sini lagi. Rakyat suka kot diperbodohkan pakatan untuk 5 tahun lagi!!

Malaysia - Indonesia Bakal Kerjasama Banteras Jenayah Siber @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Malaysia mencadangkan kerjasama baru dalam bidang keselamatan siber dengan negara jiran Indonesia dalam usaha memerangi jenayah berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (POLRI) itu merupakan satu cabaran baru dalam bidang keselamatan.

Kerjasama menangani isu keselamatan siber yang turut berkait rapat dengan jenayah komersil seperti penggubahan wang haram, pecah amanah dan pengelakan cukai, tegas Ahmad Zahid, memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, PDRM dan POLRI akan terus meningkatkan kerjasama mengurangkan kadar jenayah seperti mana yang dicapai dalam pertemuan beliau dengan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Timor Pradopo di sini semalam.

"Saya ingin memaklumkan bahawa PDRM dan POLRI mempunyai hubungan kerjasama yang baik dan erat terutama di peringkat operasi.

"Bagaimanapun, hubungan kerjasama ini perlu ditingkatkan lagi dalam menghadapi cabaran jenayah alaf baru," kata beliau kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro di Kementerian Pertahanan negara berkenaan.

Ahmad Zahid berada di sini untuk lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri pada 16 Mei lalu.

Selain bertemu dengan Purnomo yang juga rakan karib beliau dan Timor, Ahmad Zahid juga mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Gamawan Fauzi.

Dalam kerjasama menangani masalah jenayah juga, beliau berkata, POLRI diminta untuk berkongsi pangkalan data Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kepada PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia.
"Perkongsian pangkalan data ini akan memudahkan semakan biodata bakal-bakal TKI yang datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan," tegas beliau lagi.

Menyedari kepentingan hubungan antara Malaysia dan Indonesia membendung masalah dadah pula, Ahmad Zahid turut menegaskan, pihak berkuasa kedua-dua negara juga tidak boleh terlepas pandang dalam kerjasama tersebut.

"Malaysia yang menghadapi masalah sebagai pusat transit penyeludupan dadah dari Iran khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan berkongsi maklumat dengan POLRI bagi membanteras penyeludupan dadah di rantau ini," kata beliau lagi.

Kerjasama Malaysia dan Indonesia juga, kata Menteri Dalam Negeri itu, sangat signifikan dalam menangani kewujudan jenayah bentuk baru seperti jenayah rentas sempadan yang semakin sofistikated.

Berikutan itu, beliau berkata, pencegahan dan pengesanan awal yang berkesan terhadap usaha memerangi jenayah berkenaan amat diperlukan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua negara. - UTUSAN


GR kata: Macai-macai Bang Non makin pening kepala laaa...

Friday, June 14, 2013

Masa Kecik Tak Nak Mampus, Dah Tua Menyusahkan Orang!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak.

"Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak. SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan.

Abdul Aziz berkata, walaubagaimanapun beliau difahamkan semua wakil rakyat pembangkang akan hadir mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Namun, katanya, sekiranya wakil rakyat tidak hadir dalam tempoh demikian, Yang Dipertua Dewan Negara mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa telah berlaku kekosongan kerusi.

"Kemudian SPR akan membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan luar jangka atau tidak dan seterusnya menentukan untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengikut kawasan kerusi yang dikosongkan dengan melihat kepada faktor-faktor seperti jumlah pengundi dan keluasan kawasan.

"Sekiranya keluasan kawasan kerusi besar dan pengundi pula ramai, maka lebih besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan SPR," katanya.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini apabila wakil rakyat tidak mahu mengangkat sumpah tanpa sebab yang munasabah sehingga terpaksa diadakan pilihan raya yang lain.

Namun beliau percaya, wakil rakyat pembangkang tidak akan melepaskan dengan mudah kerusi yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan tidak mengangkat sumpah di Parlimen nanti.

GR kata: Boikot konon...berani ke pakatan nak hilang KUASA??

Thursday, June 13, 2013

Malunya Anwar Kena Balun Dengan Orang Perempuan! @NajibRazak @Rosnah_ARS


Apa perasaan kita kalau kena perli atau balun dengan orang perempuan, mesti malu gilakan. Sebagai lelaki perwatakan tegas mesti ada dalam diri kita tapi sebaliknya dan tidak disangkal lagi kaum hawa sekarang sudah maju ke depan dan seiring dengan kaum adam.

Tapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim apa yang dikisahkannya, kebanyakkan rakyat Malaysia MENOLAK dia pun tak amik kisah. Dijaja sana sini katanya seluruh rakyat Malaysia menyokong beliau 100%. Keh keh keh...lawak dalam raja lawak di Astro Warna pun tak lawak gila macam nie kan.

Apa pun GR setuju dengan kenyataan dan pandangan Timb Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Shirlin pasal Anwar nie dan pandangan GR secara peribadi Anwar memang tak layak dari pemimpin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila “memulaukan” Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

“Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau yang tidak hadir pada hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.

Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis berkenaan.

Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.

Dalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang memboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap bantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.

“Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik Pas dan DAP yang memutuskan tidak akan memboikot upacara angkat sumpah itu.

PKR bagaimanapun masih berbincang mengenai perkara itu.

Sementara itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan membentuk Perlembagaan negara.

“Mereka perlu melihat perundangan yang menjurus kepada ketidakhadiran atau sikap mereka untuk mengambil pendekatan boikot majlis mengangkat sumpah bukan sahaja satu penghinaan institusi Parlimen tetapi juga satu perbuatan yang melanggar perlembagaan.

“…ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini tidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang efektif kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat yang diwakili tidak dapat dilunaskan dengan baik,” tegasnya.
Sinar Harian


GR kata: Bang Non dah nyanyok

Wednesday, June 12, 2013

HOT: TONY PUA CHECKMATE! TERIMA SURAT CINTA, RAHSIA SULIT DAP DIDEDAHKAN!


YB Tony Pua,

SAYA menulis warkah ini bagi menjawab kenyataan saudara yang disiarkan di dalam portal berita themalaysianinsider.com pada 7 Jun 2013 di mana saudara menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO sebagai paling rasis dalam negara ini.

Ketika Dr. Mahathir melafazkan sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981, saudara baru seorang budak hingusan berusia 9 tahun.

Jurang intelek antara saudara dan Dr. Mahathir bagaikan langit dengan bumi dan tidak mungkin saudara atau mana-mana rakyat di negara ini mampu mencapai ketinggian serta ketajaman pemikiran seperti beliau walaupun untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Bagi saya dan rakyat Malaysia yang menyanjungi ketokohan dan kepemimpinan serta sumbangan besar beliau kepada kemajuan dan kestabilan negara ini, tuduhan saudara umpama tombak berbisa menusuk kalbu khususnya bagi orang Melayu.

Saudara tentu sedar sejak tertubuhnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) parti ini telah dan masih dianggap sebagai sebuah organisasi politik yang berasaskan kepada sentimen perkauman tebal, pemikiran rasis dan sempit yang hanya menggalas kepentingan agenda kaum Cina sahaja, iaitu bangsa kelahiran saudara.

Berlainan pula dengan UMNO yang lahir di tempat yang mulia dan disanjung sebagai parti Melayu yang memainkan peranan amat penting membawa nikmat kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara sendiri.


Parti yang saudara label sebagai 'paling rasis' ini jugalah antara lain berjaya membangunkan pendidikan di negara ini sehingga saudara turut menerima tempias nikmatnya berkesempatan menuntut di Universiti Oxford.

Dr. Mahathir pernah mengatakan orang Melayu mudah lupa tetapi saya yakin orang seperti saudara juga mudah lupa untuk bersyukur terhadap segala apa yang saudara dan bangsa saudara perolehi atas perjuangan ikhlas UMNO sejak merdeka.

Sebelum saya mengemukakan bukti nyata untuk menyanggah tuduhan melampau dan tidak masuk akal saudara terhadap Dr. Mahathir dan UMNO, biarlah saya beritahu saudara mengenai beberapa perbuatan dan amalan orang Cina terhadap bangsa Melayu yang selama ini hanya memendam dan bersabar di atas diskriminasi yang mereka alami.

Tanya sahaja mana-mana orang Melayu yang membaiki kereta atau motosikal di bengkel kepunyaan Cina, pasti mereka akan merungut bayaran yang dikenakan kepada mereka 15 hingga 20 peratus lebih mahal daripada pelanggan berbangsa Cina.

Tanya pula kepada makcik-makcik Melayu yang membeli-belah di kedai runcit kepunyaan Cina, mesti mereka akan memberitahu harga yang dicaj kepada pelanggan Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa mereka sendiri.

Begitu juga diskriminasi yang dilalui oleh peniaga-peniaga Melayu yang ingin mencari peluang pasaran di pasar raya milik Cina. Kerap barangan mereka dipamerkan hampir dengan setor malah ada juga di tepi tandas, walhal dari segi kualiti dan harga produk keluaran Melayu setanding dan kompetitif dengan barangan keluaran syarikat Cina.

Banyak lagi contoh yang ingin saya maklumkan kepada saudara tetapi cukuplah sekadar untuk membuka mata saudara betapa rasisnya bangsa saudara. Bagaimana pula diskriminasi syarikat Cina yang hanya mengiklan jawatan kosong untuk bangsa Cina sahaja?

Malah pekerja Melayu di syarikat Cina juga mendapat gaji yang lebih rendah walaupun mempunyai kelulusan dan dan jawatan yang sama dengan rakan sekerja berbangsa Cina.

Apa pula jawapan saudara mengenai budaya penyalahgunaan dadah, rasuah, aktiviti haram dan maksiat seperti rumah urut, pusat judi, pusat siber kafe haram, pusat karaoke haram dan sebagainya yang rata-rata dikendalikan oleh bangsa saudara?

Mungkin dasar Perdana Menteri yang 'amat rasis' ini jugalah yang berjaya meletakkan 29 daripada 40 billionaire dan jutawan berbangsa Cina dalam senarai individu Malaysia paling kaya majalah Forbes pada tahun 2012.

Semasa DAP, Pas dan PKR menguasai Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, sudikah saudara menjelaskan mengapa antara langkah terawal kerajaan negeri adalah menutup 700 Tabika Kemas yang memangsakan lebih 13,000 murid dan beratus-ratus guru Kemas yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu?

Begitu juga dengan tindakan kerajaan DAP-Pas-PKR yang sengaja memperlahankan pembinaan masjid dan sekolah agama baharu sepanjang 11 bulan memerintah Perak sementara sekolah-sekolah swasta Cina bercambah dengan diberikan tanah manakala kampung-kampung baru diberikan status kekal.

Ini hanya sekelumit sahaja daripada tindakan-tindakan rasis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dikawal oleh DAP.

Akhir sekali, biarlah saya mengingatkan kembali kalimat-kalimat rasis yang ditujukan kepada orang Melayu oleh penyokong-penyokong parti saudara dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969. Jika saudara musykil silalah rujuk kertas putih yang disediakan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Dokumen ini ditandatangani Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Datuk Hussain selaku Pengarah MAGERAN.

Menurut laporan ini pada muka surat 33 bab 12, ketika melintas Balai Polis Brickfields penyokong-penyokong Cina DAP telah melaungkan kata-kata mencaci, "Apa polis boleh buat? Kita Raja" dan "Buang semua polis Melayu".

Dalam perarakan DAP meraikan kemenangan mereka di depan Balai Polis Jalan Travers, sekali lagi penyokong-penyokong Cina DAP mengucapkan kata-kata kesat dan biadab terhadap orang Melayu seperti, "Mati Melayu, Sakai pergi masuk hutan!" Berhampiran dengan pondok polis Bukit Bintang, penyokong-penyokong Cina DAP dan Gerakan (ketika itu pembangkang) bertempik dengan mengeluarkan kata-kata amat rasis sekali, "Apa ini Melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan Melayu punya."


Saya anjurkan saudara baca sehelai demi sehelai laporan MAGERAN setebal 104 halaman ini supaya saudara mendapat pencerahan minda dan kesedaran serta keinsafan siapakah rasis nombor wahid di negara yang dipanggil Tanah Melayu ini.

Mungkin pahit untuk saudara telan sedikit daripada kebenaran dan fakta yang saya kemukakan tetapi saya percayakan pepatah Melayu yang mengatakan mana harimau yang boleh tukar belangnya? - UM

Laporan MAGERAN klik baca SINI


GR kata: DAP bapak segala rasis

PART 2: @rafiziramli KANTOI FITNAH TANPA BUKTI! @Zahid_Hamidi TOLONG SAMAN BUDAK HITAM NIE!


Nak kata dia nie (gambar di atas) bodoh tapi jadi ahli parlimen. Nak kata dia nie pandai, apa yang dia buat semuanya tak kena dan tak menjadi. Last-last kena batang hidung sendiri...kononnya pendedahan hebat tapi semuanya menipu.

Setelah GR ikuti perkembangan Rafizi nie sejak dulu lagi, tak ada apa yang beliau strategikan. Dari fitnah menipu majlis pertunangan anak PM Najib, fitnah NFC pada Kak Jat hinggalah fitnah DS Zahid Hamidi kononnya belanja lebih pada PRU13.

Baru tak sampai beberapa bulan jadi Ahli Parlimen nak tunjuk lagak pandai. Bukti yang beliau katakan dengan hanya angka Jentera BN Bagan Datok yang dilantik seramai 24 ribu dengan jumlah undi yang dimenangi DS Zahid Hamidi kurang dari jumlah tersebut dikatanya ada penyelewengan.

Kenyataan penuh korang baca DI SINI

GR nak tanye Rafizi...YB boleh bagi jaminan ker jentera YB di Pandan undi PKR mase PRU13 aritu. Undikan rahsia...walaupun macam mana usaha yang dibuatkan hanya Allah SWT saja yang tahu dengan isi hati budi kita sama ada kita ikhlas menerima sebarang perlantikan atau pun hanya untuk main-main.

Kenapa tak laporan petisyen PRU13 seperti yang Pakatan Haprak fitnah di alam maya? Mananye 40k++ Bangla turun Malaysia bantu undi BN? Mananye tempat pusat mengundi yang BlackOut? Manaaaaaa...??

Untuk pengetahuan semua, GR sertakan sekali lagi video program DS Zahid Hamidi yang Rafizi kata ada penyelewengan masa berkempen PRU13:





Korang nak tau kedua-dua program ini berlangsung pada sehari selepas Pelancaran Aku Janji BN (Manifesto) oleh PM Najib di Bkt Jalil. Waktu kempen 2 minggu pun tak diumumkan SPR lagi dan juga tarikh PRU13 rakyat buang undi. Macam mana Rafizi kata DS Zahid Hamidi guna duit lebih RM200k masa tempoh kempen? Kantoi lagi nampaknya YB...Hi hi hi

GR mohon agar DS Zahid Hamidi saman saja Rafizi Ramli nie. Makin lama naik lemak pulak dia nak pijak kepala orang. Mandat rakyat Parlimen Pandan dah bagi pada dia pun tak laksanakan lagi kerja sebagai wakil rakyat. Yang dia tau sibuk sana sini sebar fitnah dan penipuan pada rakyat, hanya rakyat yang BODOH saja percaya pada pakatan haprak.


GR kata: Bodoh melantun-lantun anak ikan Bang Non nie....

KISAH BENAR: PRAMUGARI DISEKSA AZAB NERAKA KETIKA KOMA DI TANAH SUCI!


Kita rehat sebentar dari cerita politik, asyik dengar dan baca cerita politik pun bosan gakkan. GR ingin kongsikan bersama kisah benar ini untuk renungan kita bersama. Semoga kita mendapat keberkatan dari kisah ini dan sentiasa rapatkan diri pada Allah S.W.T.

Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci | Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya.

Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama.Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an, dikatakan bekerja sebagai seorang pramugari. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?”

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang puan pergi haji ini?”

“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.”

“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

“Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.

“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

“Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.

“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.”

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung, jaga lah aurat dengan sempurna. Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.”

“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni?? Allah…”

“Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat. - Sumber


GR kata: Syurga Neraka itu benar, balasan Allah SWT itu benar. Semoga kita dapat amalkan perintah Allah SWT dan tinggalkan laranganNYA....Teringin nak ziarah lagi Rasullullah S.A.W dan ke Mekah.

Tuesday, June 11, 2013

HOT: Bomoh Kiram III Akan Ditangkap, Habislah Dalang Lahad Datu KANTOI Sudah!


Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut baru-baru ini.

Dalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan Tawi-tawi bulan lalu.

Menurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

"Mereka dikatakan akan dikenakan tiga tuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu berjaya mendedahkan pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas Kiram sebenarnya telah dirancang beberapa bulan sebelum mereka mendarat di perairan pantai timur Sabah pada Februari lalu.

"Menurut pihak berkuasa Filipina, rancangan pencerobohan berdarah itu telah mula diatur sejak November lalu sebelum hampir 200 ahli kumpulan pengganas mendarat di perairan Sabah," katanya.

Sumber turut memberitahu, dalam waktu sama pihak berkuasa negara itu sedang giat memburu adik Kiram iaitu Agbimuddin Kiram yang kini dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Tambahnya, pihak Filipina juga bersedia untuk menyerahkan Agbimuddin kepada pihak berkuasa Malaysia untuk dibicarakan di sini manakala abangnya, Jamalul Kiram III akan menjalani perbicaraan dan hukuman di Filipina.

Menurut beliau, berita mengenai permohonan tangkapan Jamalul Kiram III akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang marah dengan perbuatan zalim dilakukan oleh kumpulan itu.

Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan kerajaan negara itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung keputusan sama ada pengganas Kiram akan diekstradisi ke Malaysia untuk menjalani hukuman di negara ini atau sebaliknya. - Utusan


GR kata: Bang Non dah makin gegel la tu...

Ingat Diaorang Nie Boleh Pakai Sangat Ker...!!


Pemimpin Pakatan Haprak cakap apa pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Depa ni semua bukan boleh pakai sangat pun. Kononnya ingin memboikot keputusan PRU13 tapi angkat sumpah sebagai kerajaan negeri di Selangor, Penang dan Kelantan. Apa cite Bang Non?

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka ini kerana tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan sistem pentadbiran mereka. Apa yang mereka janjikan bukannya mereka tunaikan. PRU12 tak tunaikan ini kan pula janji PRU13.

Kita tengoklah nanti....rakyat Selangor, Penang dan Kelantan duk bising-bising lagi kalau tak dapat bantuan dari mereka jangan duk sibuk melutut pada Kerajaan Pusat pula. Bila tak layan salahkan kerajaan pula. Korang pikirlah sendiri yer!!

GR yakin bila Sidang Dewan Rakyat bermula akhir bulan nie, pasti ke semua Ahli Parlimen pakatan haprak akan turun dan angkat sumpah, termasuk sekali Bang Non, Kit Siang dan kuncu-kuncu mereka. Cakap saja lebih diaorang nie, berani ker diaorang buat sebab akan kuasa yang diaorang banggakan nanti akan hilang.

KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 24 Jun ini dan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh itu, akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Ahli Parlimen yang gagal hadir pada hari pertama tanpa alasan munasabah dianggap sebagai menghina sistem demokrasi, institusi Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
- BH


GR kata: Sembang lebih diaorang nie....

HOT: Bodohnya @rafiziramli KANTOI Menipu Lagi Fitnah @Zahid_Hamidi ! Macam Nie Level Seorang Ahli Parlimen Pakatan?


Pakatan Haprak bila menang di kawasan yang mereka bertanding pada PRU13 tak der pula nak bising sana sini, tau pulak duduk diam. Tapi bila kalah bermacam-macam helah yang mereka buat demi untuk memperbodohkan rakyat.

Dah jadi Ahli Parlimen, pun masih tak nak buat kerja berkhidmat untuk rakyat. Masih duk sibuk sana sini menipu rakyat kononya merekalah yang berhak menang PRU13 dan duduk di Putrajaya.

'Anak Belaan' Anwar Ibrahim ni masih tak nak mengaku KEBODOHANNYA, sebelum ini pernah fitnah DS Zahid Hamidi kononnya menyeleweng duit LTAT untuk tujuan pembelian tanah. Kerana takut atas tindakan saman DS Zahid Hamidi, Rafizi mempergunakan keling jual karpet Deepak untuk memujuk saman tersebut ditarik balik. Artikel tersebut boleh baca DI SINI dan juga SINI

Terbaru Rafizi nak tunjuk hero lagi pada Anwar Ibrahim bahawa dia seorang yang bijak pandai. Memang bijak pandai....bijak pandai dalam menipu!!

PKR: Zahid belanja lebih RM200,000 masa kempen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.

Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.

PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.

Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. - Malaysiakini

Kenyataan mana yang kita nak tengok, dalam video Rafizi kata dia dah lihat video yang kononya DS Zahid Hamidi membelanjakan duit yang lebih ketika PRU13, tapi Malaysiakini kata tak tengok lagi. Dua-dua nampak bodoh sebab cakap putar belit alam. Meh sini tengok video nie di bawah:





GR yakin rakyat Bagan Datoh tahu perkara sebenar yang terjadi. Tak der perbelanjaan lebih RM200k yang Rafizi hebohkan. Program lantikan Jentera BN Pilihanraya dibuat sebelum tarik penamaan calon dan majlis juga berjalan sebelum tempoh kempen pilihanraya berjalan. Korang nak tau lebih lanjut dan perkara yang sebenar KLIK SINI


GR kata: Kesian rakyat yang undi pakatan haprak, masih tak dapat rasa perkhidmatan pemimpin yang diaorang bagi mandat. Padan la muka...makan angin jelah korang 5 tahun nie yer!!

Monday, June 10, 2013

Pintu Masuk Malaysia Dikawal Ketat Atau Boleh Masuk Macam Fun Fair..? @imigresenmy @KDNPUTRAJAYA

 

Kebanjiran terlalu ramai pendatang asing dan pelawat dari negara luar ke Malaysia banyak mengundang masalah kepada rakyat dan negara. Ada yang mengatakan ini berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa masuk mereka ke negara ini.

Bagaimana pula dengan pelancong asing yang masuk ke Malaysia yang ada di antara mereka ingin memperluaskan kegiatan jenayah mereka? Persoalannya bagaimana mereka ini boleh LOLOS dengan begitu saja?

Banyak kita lihat di dada akhbar memberikan berita tentang kemasukan mereka ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan akhirnya kegiatan lain mereka buat. Pelik juga proses yang mereka buat untuk memasuki Malaysia macam kacang saja. Kalau macam tu bagaimana pula dengan pelancong lain yang ingin ke Malaysia dengan tujuan makan angin?


GR agak berasa pelik, apa tugas Dato' KP Imigresen dan juga DS KSU KDN. Tiadakah tindakan susulan dari pihak atasan ini kepada anak buah mereka. Soal keselamatan negara harus diambil berat kerana ia melibatkan negara dan juga rakyat. Perkara ini sudah semakin menjadi sejak akhir-akhirnya ini dan usah lagi asyik berikan amaran, lama-lama orang NAIK LEMAK. Betul tak?

GR berasa kesal bila baca keratan di Berita Harian semalam, seorang pelancong Jepun yang mempunyai rekod jenayah boleh lepas masuk Malaysia macam tu saja. Baca DI SINI

Berpandukan maklumat daripada pasport milik Nobuhiro, dia dilaporkan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Mac lalu dan keluar semula pada 18 April lalu, namun tiada sebarang cop atau daftar masuk semula direkodkan daripada pasport miliknya. - BH

Persoalannya macam mana mereka ini boleh BOLOS masuk Malaysia? Masuk tanpa sebarang rekod? Pegawai Imigresen dan keselamatan yang bertanggungjawab harus lebih peka, jangan asyik dengan 'Kautim' saja dilepaskan masuk.

Pada DS KSU KDN tolong berikan arahan yang lebih tegas pada semua Ketua Pengarah di bawah jagaan anda. Tugas yang dipertanggungjawabkan harus dilaksanakan dengan penuh hikmah jangan pula bodek sana sini dan dapat nama perkara seperti ini boleh selesai. Jika perlu siasat diseluruh pintu masuk Malaysia terutama bahagian Imigresen, ada tak pegawai yang menerima 'duit poket'. Jika mereka ini perlu ditukar, itu tindakan disokong demi keselamatan negara dan harus sentiasa pantau jangan Malaysia ini jadi sarang jenayah antarabangsa.


GR kata: Pegawai Kerajaan jangan makan gaji buta

Sape Yang Islam @tianchua Ker @mbnizar ? Tunjuk 'Power' Pasal Isra' Mi'raj..!!


Sedih bila tengok gambar ni, Islam dan Melayu semakin hari semakin diperlekehkan. Orang Melayu dan Islam sendiri yang biarkan perkara di atas berlaku, seolah-olah mereka ini tiada pegangan agama dalam diri mereka. Dek kerana taksub dengan politik, pemimpin dikalangan parti politik mereka dibiarkan buat apa saja, asalkan 'poket penuh'.

Apa hebatnya Tian Chua ini diberikan kebenaran masuk ke dalam rumah Allah SWT? Sumber memberitahu GR, dia diberikan kebenaran lagi memberikan 'khutbah' Isra' Mi'raj pada jemaah yang hadir. Persoalan yang mudah GR nak tanya pada AJK Masjid tersebut...Tian Chua ni SUCI ker dari segi zahir dan batin dia? Kalau itu pun tak boleh nak jawab memang puak-puak PAS ni ilmu agama mereka sangat cetek sebab belajar dengan Tok Guru songsang.



Lebih kurang sama jerk pemimpin pakatan haprak nie, korang tengok pula Nizar Lambai ni. Pemimpin PAS tapi buat main dengan Isra' Mi'raj, mereka sendiri yang mempermainkan Islam. Inikah yang mereka kata sentiasa perjuangkan Islam. Pirahhhhh mabukkkk...!!

Apa yang dah termaktub dalam Al-Quran usah dipersoalkan lagi wahai YB Nizar. Ada otak jangan letak kat lutut, putar belit tentang sirah Islam semata-mata kepentingan peribadi. Kadang-kadang GR terfikir jugak, YB Nizar ni Islam atau tidak? Islam hanya pada nama saja ker?

Pada YB Nizar yang mungkin 'buta' tentang Islam, ini jawapannya:



GR kata: Sedih ada pemimpin Islam yang sengaja nak butakan hati umat Islam....

Hari #UnitedAgainstCrime Idea Eugene Teh Untuk Apa? Nak Tunjuk Kuasa Atau Nak Jaga Keselamatan Rakyat? @NajibRazak @etp_roadmap @PMOMalaysia


Semalam GR berkesempatan ke perasmian Hari United Against Crime atau 'Program Cegah Jenayah' di perkarangan KLCC. Program tersebut dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Apa yang GR tahu, program ini dikelola oleh PEMANDU dan Eugene Teh adalah Pengerusi United Against Crime yang diterajui oleh PEMANDU, produk Dato' Sri Idris Jala Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mungkin apa yang terjadi semalam perkara kecil bagi penganjur tapi orang ramai yang hadir melihat upacara perasmian tersebut pun terkejut. Ada yang GR dengar ini program syok sendiri, betul ker? Rakyat yang hadir di KLCC memberikan sindiran tersebut GR dengar kita yang terasa.

Adakah CEO PEMANDU dengan senang lenang menggunakan kuasa vetonya untuk membuat sesuatu kerana program ini di bawah agensinya? Lokasi yang dibuat juga agak tak kena kerana bukan orang ramai dan tempat class yang kita mahukan, tapi hasilnya nanti itu yang jadi penentu. Akhirnya rakyat juga yang dapat benifitnya...bila kurang jenayah rakyat pun hidup dengan aman.


Pada PM Najib Razak mohon dengarlah keluhan denyut nadi rakyat bawahan seperti GR dan lain-lain lagi. Kami semua sayangkan negara ini dan tidak mahu negara ini jatuh ke tangan musuh negara. Kami takut negara boleh tergadai dengan 'kerja-kerja' mereka yang berada disekeliling PM Najib sendiri. Sedarlah PM Najib, dulu di zaman Pak Lah kita bermasalah dengan 'Budak Tingkat 4' dan sekarang kita bermasalah dengan 'Budak-budak di PEMANDU' yang kebanyakkan mereka ini Anti Melayu..!!!

Sedarlah wahai bangsa Melayu, sekarang ini apa saja yang melibatkan institusi kekuatan Melayu dan Islam akan diperlekehkan/dibantai oleh kaum lain terutama Cina DAP. Jika PM Najib masih berlembut lagi maka akan berlaku lagilah "tsunami" lebih teruk mungkin sebelum PRU14 dah jadi. Kita tak perlu lagi apologetik...bantu rakyat yang lebih menyokong BN, PM Najib jangan takut kerana ramai lagi bangsa dan kaum lain yang masih mahukan PM dan BN terus mentadbir negara.


Persoalan pada PM Najib, banyak transformasi yang DS buat untuk negara dan rakyat Malaysia dan ianya disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. Tapi dalam pemilihan jawatan yang dipertanggungjawabkan contoh dalam PEMANDU, apa 'kehebatan' Eugene Teh diberikan keistimewaan sedemikian rupa?

Hasil research yang dibuat, Eugene Teh pernah bekerja dengan Singapore Economic Development dari tahun 1998 - 2001 sebelum menjadi Boss PEMANDU mengenai Transformasi Polis. Apa yang dia tahu pasal Polis sampai DS Idris Jala boleh melantik beliau sebagai CEO PEMANDU?

Di Malaysia ini dah kurang ker mereka yang berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut? Kalau nak disenaraikan GR boleh berikan tapi lebih baik mereka yang duduk di atas lebih mengetahui siapa yang layak. Jangan disebabkan jawatan yang diberikan pada mamat Cina ni, orang lain pula yang kena bantai.

Pada mereka yang cuba untuk memutarbelitkan apa yang berlaku semalam, baik tak payah. Protokol yang ada bila majlis yang dihadiri oleh PM Najib Razak siapa yang biasa pergi mereka akan tahu. Tidak ada istilah siapa yang 'Sailang' siapa yang penting program yang buat itu kena tak dengan cara dan tempatnya...

Fikir-fikirkanlah yer.... PM Najib Razak tolong jangan berlembut lagi!!


GR kata: Eugene Teh ni mengundi ke tak yer masa 5 Mei hari tu? Jangan balik Singapore dah la yer...

AL FATIHAH! Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.


GR kata: Al Fatihah

Sunday, June 9, 2013

HOT: MP Seputeh Sakau MBPJ Smpai RM 1.4Juta, Betul Ker...??


Tengok gambar pun dah meluat, berkempen pada PRU13 pun menunjukkan dirinya tak suci dan tak layak dipanggil seorang pemimpin. Sebelum tahun 2010, panel syarikat guaman yang berurusan dengan Majlis Bandaran Petaling Jaya [MBPJ] menerima kadar bayaran perkhidmatan sebanyak RM15,000 sahaja.

Atas pertolongan dan kerja belakang tirai seorang Ahli Majlis MBPJ yang juga merupakan seorang ahli DAP, syarikat firma guaman milik Ahli Parlimen Segambut telah dilantik menjadi panel firma guaman MBPJ menggantikan sebuah firma guaman yang lain tanpa sebab. Ianya telah diluluskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa kecil pada tahun 2010.

TETAPI yang menjadi isunya, kelulusan dalam mesyuarat tersebut telah juga “meluluskan” kadar bayaran perkhidmatan dari RM15,000 kepada RM55,000 melebihi HAD syiling  jadual bayaran MBPJ iaitu RM40,000.00

Kalau penyalahgunaan kuasa ini sudah bermula sejak tahun 2010 bermakna sudah lebih 36 bulan ianya menjadi santapan kepada syarikat firma Ahli Parlimen DAP ini...

Dua penyokong DAP mendakwa mereka diugut saman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng setelah mendedahkan laporan audit Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun 2010 bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa.

Lee Chee Yin dan isterinya, Yong Siew Chin berkata, tujuan mereka mendedahkan laporan audit berkenaan dalam satu sidang akhbar pada 1 Mei lalu adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada DAP berhubung perkara tersebut.


Laporan tersebut menyatakan Way Keng yang pada ketika itu merupakan Ahli Majlis MBPJ melalui satu mesyuarat jawatankuasa kecil telah meluluskan penukaran firma peguam sedia ada kepada firma peguam yang dimiliki Lip Eng.


Sebelum penukaran firma, kadar bayaran perkhidmatan ditetapkan adalah RM15,000, namun setelah berlaku pertukaran, bayaran dikenakan adalah RM55,000 melebihi had syiling jadual bayaran MBPJ iaitu RM40,000.


"Kami sebagai penyokong DAP hanya bertanya adakah betul mereka melakukan perbuatan berkenaan, itu sahaja, kami tidak menuduh mereka melakukan apa-apa kesalahan.


"Mereka berdua pada ketika itu merupakan calon DAP pada PRU-13, jadi sebagai penyokong, kami berhak untuk tahu perkara sebenar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama bekas ADUN Teratai, Jenice Lee.


Tambah Chee Yin, rentetan daripada pendedahan itu, dia dan isterinya menerima ugutan daripada Lip Eng supaya memohon maaf atau bakal menerima tindakan mahkamah.


Jelasnya, pada 4 Jun lalu, dia didatangi oleh Way Keng bersama tiga yang lain di premis perniagaannya di Ampang.


"Kedatangan mereka untuk mengesahkan pembabitan kami dalam sidang akhbar tersebut dan mengugut akan melakukan tindakan mahkamah.


"Way Keng memberi amaran kepada saya dan isteri, jika kami enggan memohon maaf dan mengadakan satu sidang akhbar untuk membersihkan nama dia dan Lim (Lip Eng), kami akan mendapat surat peguam," katanya lagi.


Sehubungan itu jelas Chee Yin, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada 5 Jun lalu berkenaan perkara tersebut.

"Kami tidak pernah buat apa-apa kesalahan, kami hanya minta penjelasan terhadap sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh dua wakil rakyat DAP, itu sahaja," tegasnya.


GR kata: DAP hakkkktuihhhhh....dengan orang sendiri pun goyang!!

HOT: Kisah Sebenar Disebalik Pencerobohan Lahad Datu Didedahkan! #LahadDatu


KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.

Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.


Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.

Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?

Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.

Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.

Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?

Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon.

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?
Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.


Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’, mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi masih degil.

Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?


Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.

Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.

Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.

Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulan pengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.

Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.


Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulanberjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan kedua-dua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?
Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat.

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.

Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta berbincang langkah yang perlu diambil.

Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.

Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakan musuh dalam hutan

Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.

Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.

Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.

Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.

Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.

Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?
Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.

Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.- SH



GR kata: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua

Artikel pelbagai