Thursday, March 13, 2014

TERKINI: SILING LOBI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM ROBOH?

Ini berita GR baru terima dari kawan yang berada di Shah Alam, beliau memberitahu siling lobi Hotel Concorde Shah Alam roboh petang tadi.

Kejadian dilaporkan kira-kira jam 5.30 petang tadi. Alhamdulillah tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.



GR kata: Teruskan berdoa pada Allah S.W.T! #DoakanMH370


Sent from Samsung Mobile

UPDATE #MH370: MISTERI BARU TIMBUL LAGI, SAMPAI BILA DAN BILA? #PrayForMH370

KUALA LUMPUR: Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ia berkedudukan di koordinat  longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara sehingga semalam gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.

Hari ini Malaysia, pada Khamis menghantar pesawat untuk menyiasat kawasan yang menunjukkan gambar tiga "objek terapung" yang dirakamkan satelit China.

"Pasukan tentera udara telah dihantar untuk menyiasat dakwaan imej serpihan yang ditemui oleh satelit Cina," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter beliau.

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang masuk hari keenam dengan 239 orang berada di atas kapal.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.

Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.

Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. -AFP


GR kata: Teruskan #DoakanMH370


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, March 11, 2014

HARI 4 #PrayForMH370: Misteri Mengesan Siapa "En Ali" Dalam #MH370?


KUALA LUMPUR:  Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.

Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.

Bagi memudahkan operasi, kawasan berkenaan dibahagikan kepada beberapa petak dan setiap kapal laut serta pesawat yang menyertai usaha tersebut masing-masing ditugaskan meneroka setiap petak itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media pada Isnin malam menegaskan usaha itu akan dipergiatkan kerana adalah mustahak untuk mengesan pesawat berkenaan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Usaha ini masih lagi sebuah operasi mencari dan menyelamat dan bukannya operasi pemulihan bencana," katanya.

Pada sidang media sebelumnya pada tengahari Isnin, Azharuddin menyifatkan kehilangan pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu sebagai "misteri kehilangan pesawat yang belum pernah berlaku sebelum ini."

Pasport curi

Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.

Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali".

Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.

Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.

"Tidak ada bukti Encik Ali kenal dua lelaki yang menaiki pesawat (MH370) dengan pasport curi," lapor The Financial Times.

Tiket

Krutnait mendedahkan perkara itu kerana tidak yakin Ali ada kaitan dengan keganasan kerana tidak menempah secara khusus penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sebaliknya meminta tiket termurah ke Eropah.

Kedua-dua penumpang misteri itu ditempah untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing sebelum meneruskan penerbangan ke Amsterdam sebelum masing-masing ke Frankfurt dan Copenhagen.

Azharuddin dalam sidang media pada Isnin malam turut menegaskan siasatan ke atas rakaman visual pergerakan dua penumpang misteri itu menunjukkan semua protokol keselamatan di KLIA telah dipatuhi.

Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pemalsuan pasport.

Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia. - Awani


GR kata: Ya Allah berikanlah petunjuk serta peliharalah mereka.


Sent from Samsung Mobile

Update #MH370: RAKAMAN CCTV KAPT ZAHARIE DAN PEMBANTUNYA DI KLIA! #PrayForMH370

Berikut GR sertakan rakaman CCTV juruterbang MH370 bersama pembantunya di KLIA.

Namun menurut sumber memberitahu rakaman ini tidak diketahui sama ada ianya berlaku pada hari kejadian atau hari-hari sebelumnya (rakaman lama).

Seperti yang kita lihat rakaman CCTV ini menunjukkan Kapt Zaharie Shah bersama pembantunya Fariq Abd Halim melepasi kawalan keselamatan di KLIA.

Apa pun bersamalah kita mohon doa pada Allah S.W.T semoga diberikan petunjuk ditujukan khas untuk penumpang-penumpang serta krew-krew #MH370 selamat dan kembali pada kita dalam keadaan baik semuanya.


GR kata: #DoaUntukMH370


Sent from Samsung Mobile

Monday, March 10, 2014

UPDATE NEWS: FAKTA KRONOLOGI YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI #MH370 #PrayForMH370


Sesetengah orang pandai cakap saja. Cakap memang senang, bagi pendapat pun senang. Hakikatnya kita kena faham dulu, baru boleh buat andaian atau tuduh yang bukan-bukan.

Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; “Lain tempat lainlah cara penyampaian”, jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab “kehilangan” MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati
Kali terakhir MAS mengalami ‘major incident’ ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami ‘major incident’ dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.

Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

Sumber: Nor Azizuddin Abdul Manan


GR kata: Teruskan berdoa yakin dengan pertolongan Allah S.W.T 

LATEST NEWS #MH370: KES PENIPUAN PASPORT PERLU SELARAS DENGAN INTERPOL!




KUALA LUMPUR: Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia. -- Awani


GR kata: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Selamatkanlah mereka....

Sent from my iPhone

Update #MH370: Jumpa Cermin Pintu Kapal Di Laut Bukan MH370 Yang Punya


SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.

"Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Azharuddin berkata, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.

Beliau berkata DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan.

Setakat hari ini, pencarian dari udara, bermula mulai pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam manakala gerakan mencari di laut diteruskan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi mencari dan menyelamat tidak membabitkan kapal selam dari negara-negara yang membantu.

"Mereka tidak menghantar kapal selam, sesetengah daripada mereka menghantar kapal penyelamat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-duanya berbeza sama sekali," kata beliau.

Zulkifeli berkata dua buah kapal peronda maritim dari Australia akan tiba tengah malam ini, dan pagi esok.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran daripada rakan sejawatan beliau dari Australia, Tony Abbott, untuk membantu dalam gerakan mencari pesawat itu.

Persidangan media berikut oleh pihak berkuasa akan diadakan pukul 12 tengah hari esok.

Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.


GR kata: Teruskan mohon doa pada Allah S.W.T

Sunday, March 9, 2014

Update #MH370: Pelanggan Masih Percayakan Malaysia Airlines #PrayForMH370

SEPANG, 9 Mac - Ketika anggota pasukan mencari dan menyelamat meningkatkan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang di Laut China Selatan awal pagi semalam, beberapa penumpang menyuarakan keyakinan terhadap keselamatan penerbangan MAS.


Warga United Kingdom, Michael Lovas, 26 yang ditemui Bernama di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini, berkata beliau kekal yakin dengan prestasi MAS dari segi keselamatan.





"Di sebalik apa yang berlaku, saya tetap mahu menggunakan MAS pada masa depan kerana syarikat ini mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang," katanya yang mahu ke Kota Kinabalu dan kali pertama menggunakan perkhidmatanMAS.



Katanya prestasi baik MAS itu diiktiraf oleh penganalisis syarikat penerbangan menerusi laporan mereka.



"Syarikat ini mencatat prestasi baik pada masa lalu dan juga sekarang. Apa yang berlaku ini amat malang," katanya.



Pesawat yang mengendalikan penerbangan MH370 membawa 227 penumpang termasuk dua bayi selain 12 anak kapal, dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu.



Penerbangan itu yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor hilang dari radar kira-kira sejam kemudian. Pesawat tersebut dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.



Pesawat Boeing 777-200 itu yang menggunakan dua enjin Rolls-Royce Trent 800 diiktiraf sebagai antara pesawat pengangkut perkhidmatan penuh paling baik di Asia Pasifik dari segi keselamatan dan perkhidmatan.



Perunding teknologi Jack Westman berkata sekalipun ramai yang mengkritik syarikat penerbangan negara itu ketika ini, beliau percaya penerbangan MAS masih selamat.



"Saya fikir dalam konteks pengangkutan udara, dalam kes ini MAS masih kekal secara statistik sebagai penerbangan paling selamat diguna untuk perjalanan antarabangsa.



"Malah, kadar nahas udara jauh lebih rendah berbanding jalan raya dan kereta api. Justeru saya tidak terlalu bimbang," katanya menambah nahasMAS paling buruk yang terakhir berlaku lebih 20 tahun lalu.



Pemuda berusia 24 tahun dari London itu barangkali merujuk kepada kejadiaan pesawat Fokker 50 yang terhempas di Tawau, Sabah pada 15 Sept 1995 dan mengorbankan 34 nyawa. Sebelum itu pada 1977, pesawat Boeing 737-200 terhempas di Tanjung Kupang, Johor dan mengorbankan kesemua 100 orang di dalamnya.



Sementara itu, pensyarah Universiti Tun Razak dari United Kingdom, Andreas Andreou, 38 yang secara purata terbang lima kali setahun, sering menggunakan penerbangan MAS.



"Kejadian ini tidak menjejaskan persepsi saya terhadap MAS kerana saya tidak mengukur satu insiden sebagai gambaran keseluruhan. Saya akan terus menyokong dan menggunakan penerbanganMAS," katanya.



Dalam pada itu, Kazi Anisuddin Iqbal, 54, pengeluar perabot dari Bangladesh yang baharu sahaja selesai menyertai Pameran Perabot Antarabangsa 2014 di Kuala Lumpur, berkata keyakinannya terhadap MAS tergugat sedikit susulan kejadian, namun mengakui insiden berkenaan boleh berlaku kepada mana-mana syarikat penerbangan.

MAS mempunyai 88 pesawat termasuk Airbus A330 dan A380 serta Boeing 777-200 dan 737. - BERNAMA



GR kata: Doa adalah senjata orang mukmin. Allah S.W.T Maha Mengetahui

Sent from my iPhone

Updates #MH370: Orang Berdoa Simpatico Ada Juga Yang Otak Bodoh!!

Semakin gila dan bodoh puak pakatan nie. Semua rakyat Malaysia mendoakan pesawat Malaysia yang dilaporkan hilang semuanya selamat tapi ada macai bodoh doakan yang buruk. Tengok di bawah :


GR sarankan jangan layan mereka yang tak der otak nie. Pada mereka semuanya harus dipolitikkan. Otak kat bontot sama macam pemimpin diaorang jugak.


The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-

1.    China – 152 plus 1 infant
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 12
4.    Australia - 7
5.    France - 3
6.    United States of America – 3 pax plus 1 infant
7.    New Zealand - 2
8.    Ukraine - 2
9.    Canada - 2
10.  Russia - 1
11.  Italy - 1
12.  Taiwan - 1
13.  Netherlands - 1
14.  Austria - 1

This flight was a code share with China Southern Airlines.

We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981.

First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

Vietnam media: Navy confirms flight MH370 crashed into the sea - Yahoo News Malaysia


GR: Doakan semuanya selamat. Amin

Sent from my iPhone

Artikel pelbagai