Saturday, June 28, 2014

GR UCAPKAN SALAM RAMADHAN PADA SEMUA UMAT ISLAM!


Selamat berpuasa GR ucapkan pada seluruh umat Islam yang akan menunaikan Rukun Islam yang ke 4 ini. Bersamalah kita tingkatkan amal ibadat pada Allah S.W.T.

GR mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap terkasar bahasa kepada pembaca-pembaca blog ini sepanjang penulisan selama ini. Terima kasih GR ucapkan atas sokongan korang semua.


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah S.W.T mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:

“Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.”

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya:

“Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?”

Dijawab oleh Rasulullah SAW:

“Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”





GR kata: Selamat berpuasa. Jangan lah pergi 'drive thru' atau pun kedai mamak yer!!

Wednesday, June 25, 2014

TAHNIAH THE COPS BERJAYA CIPTA SEJARAH, JUARA LIGA PREMIER 2014! @PDRMsia @pdrmfansclub @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA


Walaupun tewas 2-3 kepada Kedah di Stadium Perbandaran Selayang malam tadi, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘The Cops’ masih mempu mengukir senyuman apabila dinobatkan juara Liga Premier 2014.

PDRM FA kendalian Dollah Salleh telah mengumpul 52 mata hasil 16 kemenangan, empat seri dan hanya dua kali tewas sertai melayakkan mereka ke Liga Super yang ditinggalkan sejak 2008.

Biarpun dibanjiri pemain berpengalaman antarabangsa seperti Helmi Eliza Elias, Azizon Kadir, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Azi Shahril Azmi dan gandingan import Rafael, Ali Ashfaq dan Charles Souza Chad, PDRM turut diwakili anggota tetapnya dalam pasukan ini seperti Lans Koperal Willfred Jabun (penjaga gol), Lans Koperal Mohd. Fekri Tajudin (pertahanan), Koperal Mohd. Fauzi Majid (tengah) dan Lans Koperal Khairul Izwan Abdullah (penyerang).


Piala Liga Premier telah disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejurus perlawanan tamat.

Turut hadir sama-sama memberi sokongan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM dan Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia.




GR kata: Tahniah The Cops. Teruskan perjuangan!!


Monday, June 23, 2014

TERKINI: MAHKAMAH TOLAK RAYUAN GEREJA, KALIMAH ALLAH MILIK UMAT ISLAM! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.



GR kata: Alhamdulillah...Kalimah Allah S.W.T masih terpelihara!


KENAPA RAMAI SUKA FITNAH BAHAN MAKANAN DENGAN BABI? @JakimOfficial @dsjamilkhir @PDRMsia


Memamng tidak dapat dinafikan pengguna media sosial di Malaysia terlalu amat prihatin dan berlumba-lumba untuk menyebarkan sesuatu berita. Kononnya untuk menjadi pemecah berita. Lazimnya, berita-berita berkenaan akan berkahir dengan maklumat separuh masak, tidak benar dan berunsur fitnah.

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna yang prihatin dan lebih ke arah Islamic demi memberikan maklumat yang tepat pada masyarakat. Malah ada yang menyangkal tugas utama JAKIM yang kita lihat lebih tepat untuk dirujuk dalam hal-hal keagamaan. Jika JAKIM tidak lagi diiktiraf, kenapa negara luar mengiktiraf JAKIM dan produk Halal dari Malaysia?

Selepas kes Coklat Cadbury, tersebar pula gambar kiub pati babi keluaran Knorr. Ada yang sanggup membuat cerita bahawa mereka telah membelinya di pasaraya Tesco, kononnya berperisa atau cap Babi.

Kenapa tidak kalau ada sesuatu perkara berbangkit, kita rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab? JAKIM ada fanpage mereka sendiri. Begitu juga Polis, KDN dan KPDNKK yang sentiasa aktif di fanpage mereka. Kenapa tak ruju di sana? Kenapa kita perlu terus percaya dengan sebaran yang dibuat di media sosial. Takkan JAKIM nak mempersendakan Islam??

Baca sendiri penafian JAKIM untuk isu berkenaan di bawah :




Ini Kiub Pati Knorr yang sebenar, korang masak selalu guna nie kan!!

Pada mereka yang suka nak jadi 'wartawan' tu, jadilah yang bertauliah. Tak payah la nak sebarkan suatu perkara yang tak benar demi mengejar glamor. Tak kisahlah apa berita sekali pun, kita perlu mendapatkan kesahihannya dulu. GR bercakap nie untuk diri sendiri jugak, korang fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Orang sekarang lebih percayakan 'Ustaz tepi Jalan' dari pihak yang sah!!

Sunday, June 22, 2014

MELAYU MASIH MISKIN? AGENSI DAN PEMIMPIN KERAJAAN MAKAN GAJI BUTA KER?


Banyak persoalan timbul, adakah program-program yang diwar-warkan oleh kerajaan dijalankan sepenuhnya. Perkara ini bukannya untuk sesetengah pihak menghentam pihak Kerajaan yang nampaknya macam MAKAN GAJI BUTA?

Menitis airmata menyaksikan kesengsaraan hidup kaum Melayu dalam bandar. Apakah ada sesetengah pemimpin yang mengatakan pada tahun sekian tiada lagi golongan miskin bandar?

Kenapa masih ada Agensi Kerajaan BN yang makan gaji buta? Setiap kali bila ada pembongkaran berita barulah berbondong-bondong mereka yang bertanggungjawab menggelabah melaksanakan tugas.

Rasanya pelbagai kisah dah ditonjolkan dalam rancangan di TV..contohnya Bersamamu. Kenapa masih ramai pemimpin tak kira BN atau Pakatan yang macam buat sambil lewa. Ingatlah, nak buat amal tak perlu menunjuk-nunjuk yer, umpama 'Tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau apa-apa'.


Kata-kata Pengarah Imigresen N.Sembilan yang begitu sedih:

" Saya menjerit Ya Allah menyebabkan semua yang menyertai operasi terkejut & menerpa ke arah saya" - Faizal_fazri 


Baca lagi kisah yang menyayat hati KLIK DI SINI



GR kata: Tolonglah buat kerja, jangan tunggu masuk TV, paper or media sosial barulah sibuk semua nak buat kerja. Kerja itu kan satu amanah!  Tahniah Imigresen dan terima kasih membantu adik OKU ini.


Artikel pelbagai