Saturday, August 16, 2014

HOT #KrisisSelangor: ADUN PAS CUBA KHIANAT KHALID IBRAHIM DISERANG SAKIT JANTUNG?


SHAH ALAM - Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang semalam bagi mendapatkan rawatan kecemasan setelah mengadu sakit dada.

Tiada perkembangan baru diterima tapi sumber memberitahu keadaan beliau agak kritikal.

Saari merupakan seorang daripada dua Adun PAS yang menyokong perlantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor.

Ini melanggar pendirian Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sehingga kini beliau masih enggan menarik balik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha Pas Selangor.


Janganlah disebabkan gila kuasa sampai ramai pemimpin pakatan masuk hospital. Nasib rakyat Selangor langsung tak terbela.

Disebabkan asyik tengok drama bersiri pakatan pembangkang yang entah bila sampai ke penghujungnya.


GR kata: Jangan ada 'Drama King' jugak dalam PAS yer!! He he he


Friday, August 15, 2014

#KrisisSelangor: AMBIGA NAK TUNJUK HERO SOUND SULTAN SELANGOR! @PDRMsia @Khalid_Ibrahim @rafiziramli


Setelah sekian lama kita tak tengok Si Ambiga di muka akhbar ke mana-mana demo yang kebiasaannya mengutuk kerajaan dan pelbagai isu yang melibatkan agama dan sebagainya.

Kali ini Ambiga sekali lagi Ambiga nak tunjuk dia lah 'Hero Tamil'...apa hak dia nak SOUND Sultan Selangor? Dia pandai sangat ker dengan undang-undang yang dah tertakluk untuk melantik seseorang menjadi MB Selangor?

Wahai Ambiga, Lu sibuk nak back up bini Anwar untuk jadi MB Selangor....Lu check dulu Azizah tu anak kelahiran negeri mana? Sibuk kata perjuangkan keadilan untuk rakyat....tanya rakyat Selangor diaorang nak ker Azizah jadi Menteri Besar untuk diaorang??

Selanjutnya baca KLIK DI SINI


GR kata: Mana pakar tragedi PKR??


Thursday, August 14, 2014

#KRISISSELANGOR: PERANGKAP ANWAR MAKAN TUAN, KALAH DENGAN ANAK BUAH SENDIRI! @Khalid_Ibrahim @rafiziramli @abdulhadiawang


Sejak dari awal Anwar dipecat atas sebab KESALAHAN diri sendiri, kita lihat pelbagai cara yang beliau buat untuk menjatuhkan pemerintahan Kerajaan sekarang tapi lihatlah sendiri...semuanya makan tuan balik.

Inilah balasannya bila mana setiap perkara yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi. Kalau masih ada yang BUTA MATA tak tau nak cakaplah. Lihatlah sendiri antara geng dalam pakatan pun mereka tak sefahaman, inikan pula nak tadbir negara mahu pun negeri.

Peralihan kuasa, pentadbiran MB Selangor seharusnya mendapat perkenan Sultan Selangor. Anwar ingat Selangor nie bapak dia punya ker??

'Kajang Move' memang kena untuk Anwar sebab langkah dia untuk terus duduk diam dalam penjara. Tak gitu Bang Non!! Tahniah GR ucapakan pada TS Khalid kerana masih kekal untuk mentadbir Selangor. Jangan risaulah walaupun anda parti Bebas, pentadbiran yang amanah dan ikhlas itu yang terbaik untuk rakyat Selangor.

Lihat kenyataan media di bawah, nampaknya TS Khalid bukan lawan Anwar sebenar. Kena tempeleng macam sampah jer dibuatnya. Keh keh keh...


Tersebarnya surat ini maka mengesahkan khabar angin bahawa Anwar telah diturunkan pangkat mungkin jadi kenyataan.

Gaji Anwar juga turut di potong 50%, ini sudah pasti memberi tamparan yang hebat apabila Menteri Besar bertindak balas atas tindakan Anwar yang mahukan isterinya menjadi MB Selangor.

Siapa sangka, Khalid Ibrahim yang pada mulanya kelihatan mudah dijinakkan, dipijak dan ditunjal-tunjal tiba-tiba sahaja melawan balik dan sekarang mereka yang cuba menindasnya pula yang sedang ditindas.

Daripada tiada apa-apa, kini Khalid kelihatan tidak ubah seperti gergasi yang sedang memijak barisan semut yang sedang melata sesuka hatinya. Rafizi Ramli senyap terus. Saifuddin Nasution yang memang terkenal dengan sifat penakutnya terus menyorok dan barangkali juga sudah siap mengemas beg seperti yang dilakukannya pada zaman Reformasi dahulu untuk melarikan diri ke negara seberang.

Manakala Anwar Ibrahim semakin berserunyai apabila PAS yang disangkakannya mudah ditumpaskan dengan ugutan dan kata dua, terutama dari dia dan DAP, tiba-tiba pula menjadi kuasa penentu yang cukup degil sehinggakan pertemuannya dengan Hadi Awang di Terengganu, hampir tidak jadi apabila Hadi Awang enggan bertemunya.

Malah buat pertama kali dalam sejarah hidupnya selaku orang politik, Anwar Ibrahim terpaksa bermalam di tempat orang (Kuala Terengganu) semata-mata untuk menunggu kehadiran orang yang sering dicerca dan dihinanya kerana beranggapan orang berserban dan berjanggut seperti kambing, mudah sahaja dicucuk hidung dengan kuasa dan wang ringgit.

Mana Rafizi yang kata dirinya hebat dalam memberi strategi untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Strategi nak jatuhkan geng sendiri pun tak lepas, lagi mau kecoh. Kasi buang jelah budak suruhan mung tu wahai Bang Non. Tak boleh pakai satu sen pun!!!


GR kata: Bila Anwar nak buat demo kat Dataran Merdeka yer??


Tuesday, August 12, 2014

ADAKAH HADI AWANG 'LEMAS DALAM DAKAPAN' ANWAR? @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @abdulhadiawang


Isu politik di Selangor semakin hari menjadi semakin panas. 'Game plan' Anwar nampaknya akan makan dirinya sendiri. Sanggup menjatuhkan orang kepercayaannya sendiri demi mendapatkan tempat dan kuasa politik dalam negeri Selangor.

Apa salah TS Khalid Ibrahim dibuang macam sampah? Bila diperlukan ditatangnya bagai minyak yang penuh. Adakah disebabkan TS Khalid Ibrahim sudah mula menjalankan tanggungjawabnya dengan tulus ikhlas membuatkan Anwar dan suku sakatnya tak berpuas hati dengan MB Selangor ini?

Adakah TS Khalid Ibrahim bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan BN dalam menangani masalah air di Selangor yang buat Anwar bengang tak tentu pasal? Adakah TS Khalid Ibrahim sudah mula ikut program-program yang dijalankan oleh Kerajaan BN yang buat Anwar lagi menyampah?

Langkah Kajang Anwar 'Road To Putrajaya'....korang fikirkanlah untuk siapa sebenarnya???

Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor masih kekal seperti mana yang beliau umumkan. Kalangan penyokong MB Selangor ini mungkin berasa lega. Malah Adun PAS yang menyokong kepimpinan Khalid juga khabarnya tetap dengan pendirian mereka.

Apa yang menarik perhatian apabila pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am Nik Aziz berkeras dengan pendirian mereka.

Sejauh mana mereka pendirian mereka ini tidak boleh diubah?

GR sedikit pun tidak percaya dengan PAS. Pelbagai isu yang lebih besar melibatkan dasar parti boleh diubah dalam sekelip mata. Semalam Anwar turun ke Terengganu dan berjumpa dengan Hj Hadi..benarkah berlaku perjumpaan?

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang Isnin.

Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

"Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Adakah Hadi Awang terpedaya dengan lakonan Anwar yang khabarnya 'MENJANJIKAN' jawatan Timb MB Selangor pada PAS? Kalau betul pun apa fungsinya?? Rakyat Selangor korang fikirkanlah sendiri yer nak pemimpin yang macam mana untuk negeri korang!!


GR kata: Hadi Awang dah buta pasal dia kena saman dengan PKR kot!!

Artikel pelbagai