Lihatlah gambar-gambar di atas yang GR perolehi dari Facebook Zahid, dalam kesulitan memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan kebenaran memasuki kawasan pemberontak di Ukraine...masih terlakar senyuman di muka Pak Menteri nie.
Walaupun sekarang masih dalam mood berhari raya, namun beliau sanggup korban masa beliau bersama anak-anak serta isteri demi menjalankan tanggungjawab pada rakyat dan negara. Tapi masih ada yang mulut-mulut sumbang kenapa Zahid yang pergi selesaikan untuk melakukan siasatan terperinci insiden MH17. Jawapannya setiap negara ada undang-undang sendiri, kenapa negara luar semua hantar Polis dan tidak Tentera? Pada yang bijak pandai tu fikirkan sendiri lah yer.
Ada juga yang GR dengar, PM Najib bagi pilihan pada Zahid untuk ke Belanda atau pun ke Ukraine. Best betul siapa yang sebarkan cerita macam nie kan. Boleh nak Claim Millage la yer?? Senang betul kerja korang yer, amik kesempatan atas orang lain.
Untuk pengetahuan semua, PM Najib yang ARAHKAN Zahid ke Ukraine untuk selesaikan insiden ini. Ini adalah satu misi besar dan risikonya tinggi. Menteri kita nie pergi sorang-sorang bertemankan IGP ke Ukraine. Persoalannya kenapa takder menteri-menteri lain ikut? Jangan hanya pandai lantang suara dalam dewan ke dalam media sosial. Fikirlah sendiri yer....
Untuk pengetahuan semua, misi Zahid pergi atas arahan PM Najib bukan saja untuk menyampaikan surat ucapan terima kasih dari PM dan kerajaan Malaysia pada Ukraine. Tapi misi untuk membuat rundingan dengan puak pemberontak untuk mengambil serpihan MH17 yang hancur ditembak dan bahagian tersebut jatuh di bawah kawasan jagaan pemberontak. Di situ jugalah kita perli ambil bukti dan membuat siasatan.
Kawasan sedang bergolak dan berperang, Zahid berani ambil tanggungjawab demi rakyat dan negara. Ada ker menteri yang berani buat sorang-sorang macam tu?? Ini adalah tugas berat dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berikan sokongan penuh dan doa kita mengiringi keselamatan mereka semua pergi dan balik.
KUALA LUMPUR: Petugas Pasukan Siasatan Khas Malaysia dijangka memasuki lokasi nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine pagi Isnin untuk memulakan tugas siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dalam kenyataan pada Ahad berkata jika keadaan keselamatan memberangsangkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat penggeledahan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia.
"Sebuah 'Combined Task Force' (Gabungan Pasukan Petugas) di Karkiv telah memutuskan, pasukan Malaysia seramai 21 orang akan digerakkan ke FOB (Forward Operation Base) (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, kira-kira 4 jam perjalanan dari Karkiv, pada 2 petang hari ini," katanya dalam kenyataan.
Katanya, kawasan nahas pesawat adalah satu jam perjalanan dari FOB. Tambahnya Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu.
Terdahulu, hari ini Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi terhempasnya pesawat MH17.
Ini kerana kawasan pesawat terhempas itu dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
Beliau dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan.
Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai. - Bernama
Doakan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas demi negara
GR kata: Semoga selamat pergi dan balik!!