Friday, April 25, 2014
SEBELUM BARACK OBAMA TIBA DI MALAYSIA, APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?
Esok in sha Allah negara kita bakal mencipta sejarah, Presiden Amerika Syarikat akan tiba dengan rombongannya lawatan rasmi ke Malaysia. Selepas 50 tahun, beliaulah presiden yang pertama US yang jejak kaki ke Malaysia.
Disebalik kegembiraan dan excitednya untuk melihat sendiri dengan dekat Presiden Amerika ini, adakah kita tahu ada 'rahsia' yang kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Di Malaysia boleh dikira orang yang menjadi no 1 dalam negara melalui undi ada lah Perdana Menteri. Kawalan keselamatan untuk nya ada lah kerana tubuh badan Perdana Menteri dan bukan kerana dia ada lah DS Najib Tun Razak. Erti kata sesiapa Perdana Menteri itu lah hak untuk di jaga oleh pihak tertentu.
Ingin tahu lebih lanjut kerahsiaan tersebut KLIK DI SINI
GR kata: Mohon banyakkan doa semoga Malaysia terselamat dan sentiasa dipelihara.
ALASAN PALING BODOH ANWAR DALAM DUNIA POLITIK PASAL OBAMA DATANG MALAYSIA!
Jika tetamu mahu datang ke rumah kita, adakah kita akan berikan layanan yang terbaik atau pun sebaliknya? Adakah layanan tersebut hanya ala kadar atau ada mana-mana pihak yang boleh 'Take Over' macam tu jer...kononnya dia lah tuan rumah sebenar?
Sebab apa GR memberikan beberapa soalan untuk kita berfikir? Senang saja...esok in sha Allah Presiden US, Barack Obama akan datang membuat lawatan rasmi ke Malaysia. Kita semua tahu, beliau adalah Presiden US yang pertama membuat lawatan rasmi selepas 50 tahun yang lalu.
Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berbangga kerana Malaysia telah berjaya menarik perhatian dunia luar kerana pembangunan yang kita kecapi selepas zaman kemerdekaan. Kenapa ada pihak yang cuba menjadi 'MAT SENTEL'? Adakah urusan kerajaan US dan Malaysia dalam proses lawatan ke Malaysia melibatkan pihak yang sibuk nak jadi 'MAT SENTEL' tu?
Salah UMNO, BN, Najib Razak dan kerajaan Malaysia ker? Betul ker? Kalau betul, hebat betul kerajaan kita sampai boleh mempengaruhi Amerika Syarikat sampai tak nak jumpa si 'MAT SENTEL' tu?? Kenapa ada juga yang tak boleh gunakan akal fikiran dengan baik dan kenapa jadi bodoh??
Cuba kita fikir, jika lawatan rasmi dibuat oleh pemimpin negara...urusan tersebut dibuat melalui kerajaan dengan kerajaan atau pun ada pihak lain yang cuba jadi 'MAT SENTEL'. Kenapa PKR mesti nak rasa kecewa bila Obama tak nak jumpa Anwar? Alasan yang Anwar bagi salahkan UMNO, ini ke taraf pemimpin yang korang sanjung...fikiran kalah budak sekolah. Macam ni nak jadi Perdana Menteri Malaysia?
Kalau ada hubungan baik...kawtim habis dengan Amerika Syarikat, kenapa tak buat urusan rasmi sendiri. Takkan itu pun nak diajar, bukankah Anwar pernah menjadi TPM dulu. Kenapalah korang tak boleh fikir pasal benda nie kan? Senang betul termakan temberang si 'MAT SENTEL' nie!!
GR setuju pandangan Tun M...korang baca di bawah:
GR kata: Senang betul jadi 'MAT SENTEL'...tau-tau dia dapat nama kan!!
Wednesday, April 23, 2014
Kematian Karpal Singh, Ada Juga 'Orang Islam' Hilang Akidah Mereka?
Kematian Karpal Singh adalah satu rahmat atau satu kerugian kepada ummah Islam?
Benar nampak tidak sopan apabila kita meraikan kematian Karpal Singh padahal keluarganya sedang dirundung pilu dan sebak. Benar kita perlu ikut cara Rasulullah SAW sepertimana kisah di dalam hadis ini,
'Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?".
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).
Kisah Zulkifli Nordin yang mengeluarkan kenyataan Twitternya "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!"
Ramai orang Islam yang mengutuk kenyataan Zulkifli Nordin dengan hujah mengatakan yang menghalang Hudud bukanlah Karpal tetapi orang UMNO sendiri. Sehingga keluar kenyataan menghina Zulkifli Nordin kerana tidak sensitif.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pula memberi jawapan yang lebih berhemah dan selamat dengan mengatakan beliau 'tidak tahu hakikat' Karpal Singh dan merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga Karpal Singh.
Mengapa nada kenyataan Zulkifli Nordin lain dan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lain? Jawapannya kerana cara dan tahap mereka mengenali mendiang Karpal Singh adalah berbeza. Jadi boleh kita katakan Zulkifli Nordin sebagai seorang peguam dan Karpal Singh juga seorang peguam dia 'lebih tahu hakikat' Karpal Singh berbanding seorang bekas mufti dengan seorang peguam.
Yang sedihnya, adakah para blogger yang terdiri daripada orang Islam sendiri begitu 'tahu hakikat' Karpal Singh? Mereka seperti sangat pasti yang Karpal Singh bersih daripada sikap perkauman dan tiada sikap anti Islam langsung!
Cukuplah kita hanya menghormati Karpal Singh kerana 'ia satu jiwa' sepertimana sabda Rasulullah SAW. Hormati Karpal Singh kerana dia juga seorang bapa, seorang suami dan ketua di dalam Parti DAPnya.
Hormatilah Karpal Singh selayaknya tetapi menyanjungnya adalah tidak layak sama sekali.
Jika anda berasa tidak senang dengan kenyataan di atas sebagai seorang Islam yang sayangkan Rasulullah dan Islam maka kajilah kedudukan anda.
Rasulullah SAW berdakwah kepada orang musyrikin dan apabila Rasulullah ditentang Baginda mempertahankan diri dan Baginda juga turun sendiri ke medan perang. Ikutlah cara Rasulullah SAW ini dan janganlah buat kenyataan yang menyanjung tinggi peribadi seseorang yang menentang Islam Cuma cukuplah hormati dia sebagai 'satu jiwa'.
Janganlah confuse dengan status Karpal Singh. Beliau memang sentiasa berusaha agar Islam tidak menjadi agama dominan di Malaysia. Tak perlulah dinyatakan senarai panjang perbuatan Karpal Singh dalam menyekat syiar agama Islam. Google sahaja dan jika nak lebih 'tahu hakikat' Karpal Singh mohon tanyalah orang yang tepat bukannya orang yang dengar apa orang lain kata.
Jelasnya Karpal Singh adalah seorang ahli politik. Beliau juga seorang peguam yang mahir dengan undang-undang.

Kedua-dua jawatan ini sudah jelas menyatakan bahawa Karpal Singh seorang yang pakar strategi dan pakar menyembunyikan agenda dia yang sebenar. Benar beliau banyak membela kes di dalam hayatnya. Namun, tiada satupun kes yang beliau wakili yang benar-benar untuk membela status agama Islam di Malaysia.
Kenapa berfikir lagi? Jawapannya sudah jelas. Karpal Singh harus kita hormati selayaknya sahaja tetapi elakkan sama sekali daripada menyanjungnya berlebih-lebihan seperti menurunkan bendera setengah tiang, bertafakur di dalam majlis dan mencadangkannya dengan gelaran negara seperti 'Tun'.
Bukan apa, kita takut perbuatan kita itu sebenarnya adalah satu perbuatan 'penderhakaan' terhadap Rasulullah SAW, agama Islam dan Kedaulatan Raja-raja Melayu kita.

Sedarlah.. sayangkanlah Islam dengan ikhlas daripada main wayang politik sahaja.
Wallhuaklam-Allah lebih Maha Mengetahui.
Oleh: KingKebenaran
GR kata: Orang yang baru masuk Islam lebih Islam dari orang Islam.
Sent from Samsung Mobile
Monday, April 21, 2014
HOT: PENERBANGAN MAS DILANDA BALA BERTINGKEK-TINGKEK! @HishammuddinH2O @NajibRazak @MAS @dsjamilkhir @buletinTV3 @MOTMalaysia @501Awani
Lepas satu persatu insiden melibatkan penerbangan MAS dilanda musibah. Kenapa insiden ini berlaku sekarang tidak dahulu dan semakin menjadi-jadi? Adakah perkara ini terjadi disebabkan diri sendiri yang sudah lupa pada Yang Maha Pencipta?
Insiden pesawat MH370 yang hilang masih tiada petunjuk dan entah di mana mereka berada. Petanda yang kononnya dijumpai oleh negara-negara terlibat membantu dalam misi pencarian seakan menemui jalan buntu.
Selepas MH370, awal pagi tadi penerbangan MH192 pula ditimpa musibah dan alhamdulillah pesawat tersebut dapat membuat pendaratan cemas di KLIA dengan selamat. Tahniah GR ucapkan pada juruterbang kerana bertindak dengan cemerlang.
GR bukan ingin menuduh sesiapa dalam perkara ini, malah ucapan jutaan terima kasih dan tahniah pada semua pihak yang sudi memberikan bantuan dalam misi pencarian.
Pernahkah kita terfikir, kita muhasabah diri kita sendiri? Pernahkah syarikat penerbangan MAS melihat diri mereka sendiri? Banyak persoalan yang bermain di mata masyarakat sekarang, kenapa MAS perlu meniru seperti syarikat penerbangan negara luar?
Pertamanya, kenapa dalam pesawat MAS menyediakan minuman keras untuk para penumpang? Walaupun ianya perlu dibayar tapi bukankah tiada KEBERKATAN dalam penerbangan tersebut.
Sedangkan dalam Islam juga menyebut, rumah yang ada minuman arak malaikat tidak masuk dalam rumah tersebut inikan pula dalam kapal terbang.
Keduanya kenapa syarikat penerbangan MAS tidak memulakan perjalanan dengan bacaan doa menaiki kenderaan? Sedangkan pelbagai cara boleh digunakan sebelum memulakan perjalanan. Bukankah doa ini diturunkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran untuk keselamatan hambaNYA dan diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menaiki kenderaan.
GR bukan ingin menuduh pada sesiapa, tapi ini adalah cadangan yang mungkin boleh dibuat perubahan untuk kebaikan semua.
Kepada Allah S.W.T jua kita memohon serta bertawakal dan daripada DIA jugalah yang memberikan petunjuk serta memberikan pertolongan. Wallahu'alam
GR kata: Bertaubat sebelum terlambat!!
Sent from Samsung Mobile
Subscribe to:
Posts (Atom)