Friday, December 20, 2013

PM @NajibRazak PERNAH FIKIR TAK ORANG PALING MARAH BILA SEMUA BARANG NAIK? @PMOMalaysia


Semakin hari kita lihat pentadbiran kerajaan di bawah DS Najib Tun Razak seperti sudah hilang taringnya. Adakah PM Najib masih ingin mencuba nasibnya memerintah negara untuk term yang ke 2?

Janganlah ikut rentak pakatan haprak yang suka cuba dan try nasib....jawabnya tergadai nanti apa pun tak guna. PRU13 telah menunjukkan rakyat masih menaruh harapan pada UMNO dan BN untuk mentadbir negara. Janganlah cuba untuk menghilangkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, tak mustahil perasaan benci itu akan timbul dan pucuk pimpinan yang dipegang akan hilang begitu saja.

Apakah janji-janji BN yang diberikan sebelum ini hanya indah khabar dari rupa? Rakyat sekarang bukan seperti dahulu, mereka lebih bijak menilai dengan fikiran dan penglihatan yang Allah S.W.T kurniakan pada kita semua. Jangan cuba buat rakyat seperti guli...bila diperlukan macam-macam diberi tapi hasilnya sendiri mau ingat.

Barisan kabinet yang ada sekarang, adakah mereka benar-benar boleh buat kerja? Adakah mereka ini layak untuk dipanggil menteri? Adakah disebabkan ada ikatan persaudaraan dan kawan baik mereka diberikan jawatan sedemikian? Tapi hasilnya dalam masa 6 bulan selepas PRU13, apa yang dijanjikan indah khabar dari rupa.

Selepas PRU13, harga minyak naik agak tinggi jugak walaupun beberapa sen. Pernahkah PM Najib terfikir akan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan ke bawah? Adakah sedar golongan ini juga memainkan peranan tinggi dalam menentukan pucuk pimpinan kerajaan?

Bukan itu saja, jawapan yang diberikan oleh Menteri-menteri juga seperti tak masuk akal. Budak sekolah pun masih boleh berfikir dengan matang....seperti "Jangan makan ayam kalau naik harga"..."Tak apa jika ada rasuah dalam pembelian senjata"..."Jangan beli rumah kalau harga naik" dan macam-macam lagi. Pak Menteri ni semua gunakan otak sebelum bercakap tak? Pak Menteri ni semua pernah merasai apa yang rakyat rasa tak? Senang citer kalau Pak Menteri dan PM Najib duduk dalam situasi rakyat sudah pasti merasai denyut nadi mereka.

GR ingat lagi PM Najib pernah kata Menteri Berjiwa Rakyat. Soalnya berapa ramai menteri yang berjiwa rakyat dalam kabinet sekarang? Seperti kita bekerja mesti ada target pencapaian bila jawatan diberikan pada kita betul tak? Biasanya tempoh percubaan 3 bulan, tapi dah hampir 6 bulan...kenapa masih tiada rombakan kabinet dibuat?

Siapa penasihat PM Najib sebenarnya yang masih nak simpan menteri yang tak boleh buat kerja? Betul juga kata tokoh wartawan tu cakap baik Rosmah jadi menteri....sampai sorang menteri tu diberikan 'amanah' kononnya 'layak' untuk pegang 2 kementerian tapi apa yang dia dah capai?? Menyorok lagi adalah...jangan asyik jawab dalam media sosial itu dah cukup nak kata dia rajin bekerja yer....

PM Najib sedar tak, orang paling marah bila barang naik, semua naik TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. Fikir tak perkara nie??

Siapa yang mampu beli rumah kalau gaji dia RM3k ke bawah terutama sekali di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar besar di Malaysia nie? Walaupun ada skim PR1MA, adakah ianya betul-betul boleh membantu rakyat? Kenapa masih ramai golongan ini merungut kerana terlalu banyak 'pintu-pintu' menyebabkan permohonan ditolak? Mana GLC manaaa???


Pernah tak terfikir kos sara hidup zaman sekarang semakin meningkat. Golongan yang paling terasa adalah golongan muda dan juga golongan pendapatan rendah. Kalau semuanya nak naik apa yang rakyat akan dapat dalam kehidupan mereka. Perlukah naik dengan begitu mendadak?

Contoh perbelanjaan rakyat berkeluarga GR maksudkan seperti berikut:

Belanja pasar : RM 800
Barangan dapur : RM 500
Belanja Susu Anak : RM 160
Sewa Rumah : RM 600
Bil Elektrik : RM 100
Bil Air : RM 30
Bil Astro : RM 80
Bil Telefon: RM 150
Tol : RM 150
Minyak kenderaan : RM 400
Lampin pakai buang : RM 100
Pusat Asuhan : RM 350
Ansuran kenderaan : RM 400      - Jumlah : RM 3820.00

Ini tidak termasuk kos perubatan dan insurans keluarga, sumbangan kepada ibu bapa, aktiviti sosial bersama keluarga dan lain-lain. Bagaimana jika kenaikan ini terus berlaku? Ia pasti meresahkan semua golongan masyarakat.

Kalau PM Najib rasa UMNO dan BN masih perlu dikekalkan untuk PRU14, buatlah yang terbaik. Jangan asyik tabur janji...last-last kena batang hidung sendiri. Dengarlah nasihat yang berguna dari penasihat yang baik-baik...bukan yang pentingkan poket sendiri.

Pandangan GR, kerajaan tak boleh melaksanakan pelbagai kenaikan kos sara hidup secara melulu kerana ia akan memberi kesan dan menimbulkan permasalahan dikalangan rakyat. Kerajaan mesti menjadi tunggak serta harapan untuk  rakyat bergantung harap.

Walaubagaimanapun, kerajaan harus seimbang dalam mengambil kira pandangan-pandangan rakyat yang boleh menguntungkan rakyat dan juga pada masa yang sama tidak rugikan kerajaan. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Nak tunggu rakyat makan megi jer baru nak sedar ker??

HOT: SKRIP MAT SABU MENGENAI SYIAH KANTOI BATANG HIDUNG SENDIRI! @malaysiakini @Zahid_Hamidi


Nampaknya Mat Sabu dan portal penipu Malaysiakini menemui jalan buntu untuk menjawab isu Syiah yang hampir ke pendedahan paling kuat untuk membuktikan Mat Sabu bersalah. Tapi sehingga sekarang pelbagai penafian yang dilontarkan oleh beliau.

Dengan hanya penafian dengan bukti yang diberikan oleh KDN boleh terjawab dengan sewenang-wenangnya ker?? Bukankah PAS selama ini menyatakan merekalah yang mempunyai ilmu agama yang sangat baik, sudah tentulah untuk menjawab bukti yang diberikan perlukan dengan bukti juga. Bukankah dalam Islam diajar begitu??

Persoalannya bila Mat Sabu nak saman Zahid nie? Dari hari ke hari cakap nak saman, tak berani juga tapi macam-macam alasan diberikan. Abg Mat ingat tak jawapan nie bila ditanya wartawan hari tue:

 “Saya tidak akan buat apa kenyataan, (Saya) nak cakap harga barang, rasuah dan sebagainya, banyak lagi hal yang melibatkan rakyat. Buat apa nak cakap hal ini?

“Daripada saya jangan tanya apa lagi, saya cuma nak cakap soal harga barang, Rosmah naik jet dan lain-lain, saya tak mahu cakap lagi berkenaan perkara ini,” jawabnya ketika diajukan sama ada beliau ingin membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.


Kejap cakap lain lepas tu lain. Apa cerita nie Abg Mat? Cakap serupa itu Bangladesh juga ka?? Berani kerana benar, takut kerana salah. Kenapa perlu serahkan pada ahli panel peguam anda, yang nak buat keputusan saman anda kah atau peguam anda. Ingat, perintah saman hanya boleh dijalankan di Mahkamah Syariah sebab ianya melibatkan soal akidah Islam.

Korang boleh baca sendiri kenyataan Abg Mat nie DI SINI, SINI dan KLIK SINI....kejap cakap lain lepas tu lain. Pelik kan?? Mat Sabu kata Zahid Hamidi salah guna kuasa kata dia fahaman Syiah...sebelum cakap Abg Mat nie tau tak dari aspek keselamatan di bawah kementerian mana.

Salah ke Menteri KDN nak bertindak tegas perangai Syiah sebelum jadi perkara yang tak baik yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan negara. Soal akidah dan agama di bawah JAKIM, dan Menterinya pun nak bagitau akan ambil tindakan tegas kerana fahaman Syiah adalah haram.

Best part, mana pemimpin tertinggi PAS yang lain...kenapa tak backup Abg Mat nie yer. Kenapa mereka lebih bersetuju dengan tindakan tegas kerajaan untuk perangai fahaman Syiah? Kenapa pemimpin PAS tak ada bagi statement yang mengatakan Mat Sabu sebaliknya....korang terfikir tak menda nie kan??

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bersetuju dengan langkah kerajaan mendedahkan golongan Syiah di negara ini supaya dapat dibendung daripada terus merebak.

Nik Abduh yang juga anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz dilaporkan FMT berkata golongan Syiah tidak boleh duduk bersama dengan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana akan berlaku perbalahan.

Katanya, apabila bilangan mereka (Syiah) semakin besar, permusuhan akan menjadi lebih kuat, sebab itu amat tepatlah apabila kerajaan mahu bertindak tegas ke atas penyebaran fahaman berkenaan.

“Golongan Syiah mempraktikkan amalan bida’ah yang sangat teruk seperti tindakan mereka memburuk-burukkan sahabat Rasulullah SAW dan ini adalah ajaran sesat yang tidak boleh dibiarkan berkembang di negara ini,” kata beliau ketika menyampaikan kuliah di hadapan pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas kuliah itu, beliau berkata isu Syiah adalah serius yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat, namun tidak wajar sekadar dipolemikkan di luar kamar mahkamah sehingga mengundang rasa tidak percaya orang ramai.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan ’10 maklumat’ mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah perlu disusuli dengan pendakwaan di mahkamah bagi membuktikan kebenaran tuduhan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu bersedia dengan rakaman lengkap yang menunjukkan aktiviti didakwa dilakukan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, contohnya solat sebagaimana kaedah orang Syiah, menganggap ajaran Syiah tidak sesat serta mengucapkan perkataan yang berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, pendedahan semalam bukan bermaksud sudah terbukti dakwaan (Mat Sabu) Syiah, itu bukan pembuktian lagi kerana perlu disahkan kebenaran di mahkamah, kalau setakat begitu sahaja, orang tidak akan percaya.

“Syiah ini ada tanda-tanda, antaranya bagaimana dia sembahyang atas batu, percakapan dia yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah, menganggap Syiah sama dengan ahli sunni iaitu tidak sesat, percakapan yang menghina sahabat Rasulullah SAW dan mengungkapkan kalimah-kalimah yang merupakan satu dosa di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Oleh itu KDN perlu memberi bukti yang cukup bahawa Mat Sabu mengucap kalimah syahadah yang tak sama dengan kalimah syahadah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan cara beliau solat mengikut orang Syiah sebelum mahkamah mengesahkan buktinya itu,” katanya.

Sementara itu, bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani dilaporkan Utusan mendesak Mat Sabu membuat sumpah laknat untuk membuktikan beliau bukan cenderung sebagai pengikut Syiah.

CN Al-Afghani yang juga sahabat baik Mat sabu selama 20 tahun mendakwa beliau mengetahui rahsia sebenar Timbalan Presiden PAS itu, malah perkara sama juga turut diketahui oleh pucuk pimpinan parti.

Dakwanya, kalangan sahabat rapat terutama dalam kelompok aktivis parti lebih selesa memanggil Mat Sabu dengan panggilan ‘imam’ walaupun pemimpin nombor dua PAS itu bukannya daripada kalangan ulama.

Selain itu, CN Al-Afghani juga menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Mat Sabu bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa Timbalan Presiden PAS itu sering kali dikaitkan dengan Syiah dan kenapa tiada tindakan diambil daripada parti.

“Sebab itu saya cabar Mat Sabu buat sumpah laknat untuk nafikan beliau bukan cenderung sebagai pengikut Syiah. Tak payah pergi mahkamah. Sumpah laknat ini tidak memerlukan kos tetapi hanya perlukan kejujuran.

“Saya juga cabar pucuk pimpinan tertinggi PAS buat perkara sama kerana saya tahu mereka sedar siapa Mat Sabu,” katanya. -AIDC

"Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Mohd Taib (bekas menteri besar Selangor). Sekarang dia kawan baik.

"Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia, kita berlawan atas dasar perkara-perkara tertentu dan bukan berkelahi atas perkara peribadi dan sebagainya," - Pelik kan statement Mat Sabu nie....setiap hari berubah. Lebih baik jawab dari pusing-pusing KL kan?? He he he



GR kata: Abg Mat oh Abg Mat. Ha ha ha

Wednesday, December 18, 2013

RAMAI SIBUK PERTAHANKAN SYIAH TAPI LUPA 'DAKWAH' KRISTIAN YAHUDI MAKIN AGRESIF! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @dsjamilkhir @JakimOfficial

Bible baru diedar secara haram

Sekarang semakin hebat puak-puak Syiah 'berjuang' mempertahankan ajaran sesat mereka. Malah ada juga macai-macai yang BUSY BODY nak mempertahankan hak mereka, kononnya tindakan tegas kerajaan melalui KDN dan JAKIM untuk membanteras ajaran sesat ini dianggap remeh. Lebih kurang niatnya lantaklah depa tu semua.

Dalam Islam sendiri mengajar kita untuk menyebarkan Islam itu ke seluruh umat tak kira di mana saja berada. Usaha yang kita buat jika dengan ikhlas in sha Allah hidayah akan sampai pada seluruh dunia. Tapi di akhir zaman ini, masyarakat lebih muda terpengaruh dengan ajaran yang mudah...kononnya membuat sesuatu dengan cepat pasti dapat ganjaranya cepat.

Banyak pihak terlepas pandang atas kesempatan yang diambil oleh orang kafir yang begitu tekun menyebarkan ajaran mereka. Lihat gambar di atas, kitab Bible yang GR perolehi di sebuah hotel bajet di P.Pinang. Kitab yang telah diubahsuai isi dalamnya merungkap perkara yang kita buat dalam kehidupan harian kita.

Setiap hotel bajet yang GR pergi kitab ini telah dibekalkan untuk setiap penghuni. Gerakan ajaran Kristian yang halus ini, semua pihak tak kira apa parti politik pun harus bersatu mempertahankan Islam. Tak mustahil kitab ini yang mula disebarkan di P.Pinang atas sebab pihak pentadbiran negeri diketuai oleh seorang bapak Kristian, kemungkinan besar sudah mula tersebar ke seluruh negara.




Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini. Hotel bajet yang dimaksudkan di sekitar kawasan Butterworth dan Seberang Prai serta sekitarnya. Adakah mereka ini mempunyai kelulusan untuk mengedarkan buku-buku seperti ini.

Jika dibenarkan dari pihak negeri P.Pinang, mana Jabatan Agama Negeri? Tido ka? Buat taik mata banyak-banyak ker???


GR kata: Orang Islam bergaduh sama sendiri, orang kafir tepuk tangan dan mula cucuk jarum.

Tuesday, December 17, 2013

UMNO PAS BERGABUNG JADI REALITI ATAU FANTASI? @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @mohdshafieapdal

Umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013 lalu. Tidak perlulah kita membuang masa bercakaran sesama sendiri.

Jika kita berpecah-belah, terus bergelut dalam krisis yang berpanjangan dengan mahu menyingkirkan antara satu sama lain, tidak akan ke mana kemajuan umat Islam di Malaysia.

Adakah sesiapa bersetuju atau menyanggah kenyataan ini: "Menyokong atau memberi undi kepada pakatan pembangkang PKR-Pas-DAP akan memperkukuhkan umat Islam dalam Parlimen?

Jika semasa pilihan raya umum 2008, perbezaan antara Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam pakatan pembangkang hanya enam orang. Tetapi pada PRU-13 bilangan anggota Parlimen bukan Islam pembangkang telah melebihi 17 orang. Pada PRU-13, bilangan Ahli Parlimen Islam dalam Parlimen adalah 137 orang.

Hanya yang ketara meningkat adalah Ahli Parlimen UMNO yang menambah 12 orang lagi Ahli Parlimen Islam, sementara bilangan Ahli Parlimen bukan Islam adalah 85 orang pada PRU-13.

DAP pula telah menambah 10 lagi kerusi bukan Islam.Sementara PKR yang tidak ketahuan hala tujunya untuk umat Islam negara ini pula, menambah lima orang lagi Ahli Parlimen bukan Islam berbanding pilihan raya umum 2008.

Rumusannya, mengundi pakatan pembangkang akan menguatkan lagi suara bukan Islam dalam Parlimen. Justeru, umat Islam harus sedar, ke manakah haluan negara ini bakal dibawa jika pengundian hanya dilakukan tanpa asas matematik yang kukuh tentang realiti umat Islam di Malaysia.

Atas sebab ini, umat Islam perlu melangkah ke depan. Barangkali kedudukan jumlah Ahli Parlimen UMNO dan Pas jika dicampurkan iaitu 89 UMNO dan 21 Pas akan menjadi kepada 110 kerusi, tetap masih belum mencapai majoriti 148.

Namun, cuba kita realisasikan seandainya Ahli Parlimen Melayu/bumiputera dari Pas dan PKR bergabung atau setidak-tidaknya cukup sebagai anggota komponen mesra BN tanpa menyertai gabungan itu, kelak, hasilnya mencapai lebih dua pertiga majoriti dalam Parlimen.

Carta di atas menunjukkan seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera daripada BN. Cuma 38 orang Melayu/bumiputera daripada pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.

Justeru, daripada carta: 122 + 38 = 160 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera, maka sudah tentu umat Islam/bumiputera meraih lebih 148 kerusi, sekali gus mendapat kuasa dua pertiga majoriti.

Hakikat atau fakta yang perlu segera disedari adalah perasaan membuak-buak untuk berkuasa oleh satu pihak atau dipopularkan sebagai 'tsunami Cina' Mei lepas, telah meningkatkan jumlah wakil pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 196 kerusi kesemuanya dalam 2008, kepada 229 kerusi pada tahun 2013.

Bagi kerusi DUN pula, terdapat sejumlah 505 kerusi di seluruh negara tidak termasuk Sarawak. Dan DAP terbukti parti pembangkang yang paling berkuasa sekali.

Akibat tsunami Cina jugalah, beberapa orang calon Melayu muka baru dari Pas dan PKR turut mendapat 'manfaat' di kerusi-kerusi bercampur kaum. 'Tsunami' inilah turut membantu calon-calon Melayu yang lain mempertahankan kerusi mereka.

Cuba ditanya kepada Rafizi Ramli (PKR), bagaimana dia boleh menang di kawasan 48.2 pemilih Cina di Pandan, Selangor? Calon PKR, Mansor Othman pula mampu menang kerusi Nibong Tebal (37.3% Cina) di Pulau Pinang selain calon-calon Pas, Che Rosli Che Mat dan Mohd. Hanipa Maidin, masing-masing membuat 'kejutan' memenangi kerusi Hulu Langat (34.3% Cina) dan Sepang (34.0% Cina), Selangor.

Tambah pelik lagi, Mohd. Idris Jusi (PKR) boleh menang di kawasan 45.7 pemilih Cina di Batu Pahat, Johor dengan Shamsul Iskandar Akin (PKR) memeranjatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang begitu mesra Cina di kawasan 40.8 pemilih Cina di Bukit Katil, Melaka.

Kita sama sekali tidak menyalahkan 'tsunami' Cina kerana itu hak demokrasi mereka. Akan tetapi yang merisaukan kita adalah pihak-pihak tertentu ini yang sudah seakan-akan 'naik tocangnya'.

Selain rentetan isu-isu yang 'mengusik' hati umat Islam berkisar laungan azan Subuh dan bacaan al-Quran di Pulau Pinang dan isu 'Nenek Rasis', tercuit pula isu terbaharu di Pahang, Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menerima 'tempias'nya. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat usaha-usaha untuk pembangunan projek Spiritual Tourism (pelancongan rohani) di kawasan Gambang.

Projek ini dikatakan 'begitu hebat dimomok-momokkan oleh youtube Cina' sehinggakan ada percubaan mengutip duit untuk tujuan berkenaan. Terima kasih Tok Nan!

Berbalik kepada penyatuan UMNO-Pas, cuma persoalannya adakah ia akan berlaku, atau apakah masih jauh untuk digapai? Memang kita akui masih ada sebilangan orang dalam Pas yang masih berfikiran ekstrem dan taksub membabi buta . Terlalu ke kiri, hendak tegakkan ideologi sendiri.

Tetapi alangkah indahnya sekiranya 'mereka' ini berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang ditekankan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Waktu ini pun, UMNO sendiri tampak kemelayuannya seperti mana keterampilan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau tidak kurang Melayunya, ahli Majlis Tertinggi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam Pas sendiri, harapan untuk penyatuan dua parti Melayu ini setidak-tidaknya dapat disandarkan kepada Salahuddin Ayub, Takiyuddin Hassan dan KJ atau Datuk Kamaruddin Jaafar. Dan PKR, mungkinkah kepada Saifuddin Nasution Ismail?

Kalau kita lihat Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yaakub, sikapnya lebih rasional dan toleran untuk melihat muzakarah Pas-UMNO ini menjadi realiti. Walaupun pertemuan dengan Najib di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya November lalu hanya berlangsung setengah jam, impaknya cukup besar ke arah permuafakatan dua parti Melayu ini.

Dan apa yang kita dapat lihat seperti ada cahaya di hujung terowong setelah ketiadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kerajaan negeri.

Malahan kerjasama Pas-UMNO kelihatannya tampak lebih mudah apabila Mohamad Sabu atau Mat Sabu menang Timbalan Presiden Pas baru-baru ini setelah nasihat Nik Abdul Aziz sehingga ke saat-saat akhir pemilihan supaya perwakilan memilih ulama untuk menduduki kerusi nombor dua itu, tidak dipedulikan. Nampaknya Nik Abdul Aziz bukan lagi pemutus atau pemimpin de facto Pas. Penyatuan Pas-UMNO akan lebih mudah asalkan akar umbi Pas terbuka pemikiran mereka ke arah ini.

Dan kalaulah ada segelintir pengikut Pas mendesak kepimpinan mereka agar jangan 'tertipu' lagi dengan UMNO ketika Pas menyertai dan berada dalam BN pada 1970-an, maka kita boleh mengatakan begini: "itu sejarah dengan kepemimpinan waktu itu".

Walaupun dakwaan itu masih boleh dipersoalkan kesahihannya, sekurang-kurangnya Pas harus memberi peluang kedua kepada UMNO dalam melihat realiti landskap politik hari ini. Tidak perlu dihambat sejarah silam.

Perhimpunan Agung UMNO dari 2 hingga 7 Disember lalu nampaknya kurang menghentam Pas, atau saya sendiri tidak perasan perbahasan perwakilan sama sekali tidak bersuara akan hal ini. Ini suatu yang positif.

Kedua-dua parti, baik UMNO atau Pas kalau hendak bersatu, masing-masing mesti memikirkan kepentingan jangka panjang demi masa depan anak-anak dan cucu mereka.

Ke mana hala tuju umat Islam Malaysia dalam 50 tahun akan datang? Cuba kita fikirkan sejenak, apakah untung nasibnya seperti mana dalam lagu 'Anak kecil main api'.

Kalau tidak digerakkan secara serius usaha-usaha penyatuan ini, umat Islam Malaysia akan terus bercakaran sesama sendiri tanpa kesepaduan dan wawasannya.

Semua ini menguji keikhlasan pihak-pihak terbabit. Kalau benar-benar jujur mengutamakan kepentingan umat Islam Melayu, inilah peluang terbaik yang perlu direbut. Penyatuan UMNO-Pas suatu realiti. Penyatuan yang berpaksikan Islam!

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM - Penganalisis isu-isu semasa


GR kata: Umat Islam harus bersatu!!

Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, December 16, 2013

MASIH RAMAI ORANG UMNO YANG BEBAL ISU SYIAH? PEMIMPIN TIDOR ATAU NAK 'COVERLINE'? @Zahid_Hamidi @NajibRazak @dsjamilkhir


Islam itu indah dan jelas telah diterangkan dalam Al-Quran dengan mentaati perintah Allah SWT dan ikuti sunnah Rasulullah S.A.W pasti kita akan berjaya dunia dan akhirat. Kenapa perkara semudah itu pun masih ada umat Islam yang 'BUTA KAYU, BUTA HATI'??

Syiah adalah merupakan ajaran sesat di manakah kesedaran kita sebagai umat Islam di akhir zaman ini. Terlalu banyak perkara yang cuba diputarbelitkan oleh sesebuah kaum yang kononnya mereka ini boleh memberikan jaminan masuk Syurga dengan mudah.

Semuanya yang berlaku ada penyebabnya. Penyebab utamanya adalah di mana kekuatan iman sebagai umat Islam. Hukum hakam Islam semuanya telah termaktub di dalam Al-Quran, kenapa perlu kita untuk mempercayai selainnya.

Dalam isu Syiah ini, apakah tugas JAKIM? Masih ramai tertanya adakah tugas JAKIM hanya untuk membina masjid dan mengadakan program-program agama? Soal mempertahankan Islam juga terletak dibahu mereka. Bukankah begitu?

Malaysia adalah sebuah negara Islam, pandangan GR isu Syiah ini tidak perlu dipolitikkan. Ianya soal akidah. Rosaknya akidah kita maka rosaklah kesefahaman masyarakat dalam negara tersebut. Semua pemimpin seharusnya memberikan kerjasama yang kuat dalam mempertahankan Islam yang suci ini.

Ingatlah ikuti perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah S.A.W yang bawa kejayaan. Mungkin ramai pembaca yang masih tidak faham apa itu Syiah. GR terangkan demi kebaikan kita bersama mempertahankan Islam.

Apa itu Syiah??

Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .

Akidah yang bertentangan dengan Sunni .

Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ? Dia adalah seorang Yahudi. Dia berasal dari Yaman.Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik .Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,Saidina Uthman tak layan dia.

Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."

Dan masyarakat percaya benda ni . Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .

Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,

Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ. SEBAB-SEBABNYA??

Antaranya ialah ,SYIAH MENDAKWA ,- Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah )

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , semasa dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.

Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.

Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong (sirdab) di Iraq/Iran. Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam, keluarlah Iman , keluarlah..” (Muhammad bin Hasan Al'Askariy al-Mahdi). Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.


Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata; “Sahabat Nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”

Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

Rukun iman SYIAH ada lebih dari enam:


1. Mereka percaya pada Imam.
2. Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara.
3. Imam mereka maksum. Allah tegur Nabi tp Allah tak tegur Imam.
4. Jadi imam lebih afdal drpd Nabi.
5. Imam boleh gubal syariat dan memansuhkannya.
6. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku.
7. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat.
8. Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.


Abu Bakar As-Siddiq r.a dilaknati dan dicerca dalam zikir mereka (SYIAH). Penafian mengatakan Abu Bakar sebagai Khalifah. Sedangkan Allah S.W.T menyebutkan kisah hijrahnya bersama Baginda S.A.W dalam Gua Thur dan ditauliahkan semasa hayat Baginda S.A.W menggantikan Baginda Imam solat kepada sekalian muslimin.

Aishah r.ha juga dilaknati dan diraikan saban tahun bahawa dia di neraka.. Sedangkan ilmu munakahat sepenuhnya diceduk majoriti umat Islam kini melalui Aishah.. penafian terhadap Aishah ialah penafiannya dlm ilmu munakahat kini dan lebih buruk lg penafiannya sbg ummul mukminin..
Apakah tergamak kita berdiam di kala ibu kita dicerca?? Sedangkan Aishah ummul sekalian umat Muhammad..


Redhanya Baginda Nabi terhadapnya hingga Baginda restu untuk wafat di kamarnya...malah mohon restu drpd ummahat mukminin lain..

Tohmahan Abu Hurairah korup dan seleweng harta.. adalah penolakan kpd majoriti hadith dan penafian kpd sunnah yg banyak diriwayatkannya...

Isu Taqiyyah yg wajib..Tiada agama bg yg tiada taqiyyah..

Iktikad al-Bada'ah terhadap Tuhan sedangkan Dia Maha Suci drp terleka, tersilap atau terlupa..

Mut'ah..yg halal sedangkankan telah rasmi haramnya setelah Fathu Mekkah..

Sambutan Hari Asyura dan ingatan peristiwa syahid Hussein bin Ali dengan ceremony or ritual yg melampau dan memudaratkan diri..

Ritual mereka dalam solat dengan tepukan sambil menyebut Khana al-Amin bahawa khianat Jibril dalam penurunan wahyu tidak kepada Ali.


Kaifiat Wuduk yang ganjil dan terlalu sempoi..hingga tak sah..

Sujud atas batu husseinyyah or batu karbala..yg sesat..

Dan byk lg faktor kita sebagai umat Islam ASWJ perlu tolak Syiah...Konklusi Syiah Sesat!!



GR kata: Al Quran dan Hadith adalah motivasi terbaik untuk seluruh manusia hingga ke hari qiamat. Kedua-duanya hati kita akan tenang dan dapat hidayah petunjuk... In Shaa Allah

Sunday, December 15, 2013

DICABAR JAWAB DENGAN BUKTI, ABG MAT SABUN MAKIN PENING KEPALA!!

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini, malam Jumaat.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - BERNAMA


GR kata: Berani ke abg Mat nak tunjuk muka???


Sent from Samsung Galaxy Note

Artikel pelbagai