Saturday, September 21, 2013

#PemilihanUMNO: DS @Zahid_Hamidi Layak Kekal Calon No.1 Naib Presiden UMNO!


PRU 13 telah pun melabuhkan tirainya dan keputusannya telah pun kita perolehi walaupun bukan dengan keputusan majoriti yang diinginkan, UMNO & BN masih menjadi pilihan rakyat untuk memerintah negara. Apa yang terjadi sebelum ini biarlah ianya berlalu, tsunami kaum lain yang beralih arah untuk meruntuhkan Kerajaan...biarkan ianya menjadi teladan.

Buku baru HARUS DIBUKA demi memantapkan lagi kepimpinan UMNO untuk masa hadapan. UMNO sebuah parti keramat dan ia memerlukan pemimpin yang tegas serta berani.

Ramai yang mengatakan #PemilihanUMNO kali ini adalah yang sengit dikala jawatan Naib Presiden yang dilihat 6 penjuru. Semua yang mengesahkan pendirian mereka yang bertanding sememangnya layak. Tapi kepada semua perwakilan harus melihat dari sudut mana mereka ini layak diangkat sebagai Naib Presiden UMNO.

Secara jujurnya GR ingin katakan DS Zahid Hamidi layak KEKAL sebagai Naib Presiden UMNO (No.1). Ini adalah pencapaian sepenggal beliau sebelum ini yang sentiasa memartabatkan agenda untuk memajukan bangsa Melayu. Sikap ketegasan dan keberanian beliau dalam memikul tanggungjawab yang diberi sejak berada dibarisan Kabinet harus dicontohi.

Seorang pemimpin yang GR lihat merendah diri dan senang untuk bergaul dengan masyarakat membolehkan beliau disenangi oleh semua orang. Pemimpin yang tidak mementingkan protokol dan membantu siapa saja, DS Zahid Hamidi layak DIKEKALKAN sebagai Naib Presiden UMNO (No.1).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah membuktikannya. Semenjak mengetuai Kementerian Dalam Negeri, kita sudah boleh saksikan sendiri pihak PDRM kembali tegas, garang dan digeruni. Dalam tempoh 3 bulan sahaja sudah 8,439 tangkapan dibuat terhadap ahli ahli kumpulan kongsi gelap yang selama ini bermaharaja lela dengan pelbagai jenayah seperti merompak, menyamun, membunuh, mengugut sebagai aktiviti harian mereka.

Ketegasan Zahid juga mengundang keresahan juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Mereka tahu bahawasanya KDN di bawah kepimpinan Zahid bukanlah boleh diperkotak-katikan. NO MERCY!!

Begitu juga ketegasan dan kebijaksanaan beliau ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan. Pelbagai Transformasi yang dibuat untuk kebaikan dan kebajikan anggota Tentera diberikan manfaat untuk dirasai bersama. Anggota Tentera diberikan penghargaan secukupnya kerana tugas yang dipikul adalah amat besar kerana mempertahankan negara.


Benchmark kekuatan UMNO akan bergantung kepada keputusan menyaksikan siapakah yang akan terpilih dan sudah pastilah jawatan tertinggi memberikan gambaran sebenar. Sekiranya DS Zahid Hamidi memenangi jawatan Naib Presiden sebagai 1st winner, tidak mustahil UMNO dan nasib bangsa Melayu akan berada on the right track...

Perwakilan UMNO harus bijak membuat keputusan!

Setelah dibariskan calon calon yang menawarkan diri bertanding dan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, terserlah wajah DS Ahmad Zahid Hamidi adalah pilihan utama sebagai Naib Presiden UMNO (No.1).


GR kata: Sokongan padu pada DS Zahid Hamidi kekal mempertahankan Naib Presiden UMNO.

Thursday, September 19, 2013

Chin Peng Mati, Dosanya Pada Kita Sampai Mati Takkan Lupa! @Zahid_Hamidi


DAP dan pakatan haprak masih cuba untuk menyembunyikan ideologi mereka sama dengan perjuangan Komunis. Fakta sejarah yang sudah tercatat lamanya cuba diputarbelitkan oleh mereka dengan menyatakan bahawa komunis adalah pejuang sebenar negara capai Kemerdekaan.

Jika diperhatikan kedudukan hiraki parti DAP tak ubah seperti parti Kuomintang parti pemerintah China yang mengelar kalangan ahli mereka sebagai komrad dan juga Setiausaha Agung sebagai jawatan yang tertinggi didalam parti.

Kematian Chin Peng menjadi isu panas pada 16 September, ia satu hadiah besar buat rakyat Malaysia apabila kepala pengganas komunis ini akhirnya MAMPOS di Bangkok. Namun kematian beliau juga membuatkan haprak pakatan meraung dan menangis kesedihan.

Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan Chin Peng haram untuk masuk ke Malaysia walaupun sudah menjadi abu. Kemarahan dan kesedihan rakyat dan keluarga mereka yang terkorban masih kuat terasa. Azab dan kepedihan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pengganas Komunis mahu dipadam oleh DAP dan haprak pakatan.

Ulasan Menteri Dalam Negeri ada asasnya..ramai yang pasti akan terluka dan marah, jangan jadikan alasan untuk bangkitkan kemarahan rakyat.

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.


Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.


“Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.


“Mendiang tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dikebumikan di negara ini.


Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.


Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.


Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera. - Utusan


GR kata: Ada juga manusia yg bodoh sibuk nak talqinkan Chin Peng ni yer!

Kerajaan Lancarkan Program Dahsyat, Tapi Pegawai Sabotaj Bangsa Sendiri! @NajibRazak @ahmadmaslan @MOFmalaysia @TERAJUofficial @Mustapa_Mohamed @MITIMalaysia @IsmailSabri60 @tun_mahathir @utusan_malaysia

Sekadar hiasan

Pengumuman Perdana Menteri DS Najib Tun Razak berhubung program untuk Memperkasakan ekonomi Melayu Bumiputera berjaya menutup mulut pengkritik yang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera selepas PRU ke 13.

Malah 34 "Touch Point" yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi. Baca DI SINI

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini,  DS Najib Razak menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Persoalannya adakah program untuk Bumiputera ini dapat menafaat pada semua golongan Bumiputera yang bergelar usahawan. Kita semua sedia maklum sektor ekonomi di negara ini kebanyakkan ditakluki oleh golongan bukan Melayu. Usaha murni Perdana Menteri ini untuk menjadi usahawan Melayu berjaya perlu disahut oleh semua pihak termasuklah penjawat awam yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan kepada agensi-agensi yang terlibat termasuk juga GLC.

Adakah usahawan Melayu tidak boleh berdaya saing dengan usahawan bukan Melayu? Jawapannya boleh jika mereka ini dilayan sama rata dalam usaha mereka menaja ekonomi perniagaan mereka sekali gus dapat membantu memantapkan ekomoni negara.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan. Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Timbul persoalan adakah DANA yang diturunkan oleh Kerajaan untuk golongan Bumiputera ini diselaraskan pelaksanaannya? Golongan GLC yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri harus membantu Bumiputera adakah mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut???



Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Persoalanya di sini, mengapa pelbagai dana yang diturunkan oleh Kerajaan tidak dijalankan oleh GLC dengan begitu baik sekali. Kenapa masih ada unsur penindasan terhadap golongan usahawan Bumiputera? Sebagai contoh yang ketara sekali, mereka mendapat kontrak dari Kerajaan. Pusingan modal diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Permohonan diajukan kepada institusi kewangan Kerajaan bagi mendapatkan bantuan.

SME Bank dan BSN yang dipertanggungjawabkan membantu golongan Bumiputera masih tidak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Permohonan dari golongan Bumiputera tidak diendahkan malah dipermainkan. Bagaimana usahawan Bumiputera nak maju ke depan kalau pegawai yang dipertanggungjawabkan menindas bangsanya sendiri.

Alasan yang diberikan seolah-olah tidak munasabah seperti syarikat tiada sekuriti yang kuat untuk diberikan dana atau pembiayaan tersebut. Adakah syarikat yang memperolehi kontrak/tender dari Kerajaan masih tidak laku untuk diberikan pertimbangan? Bukankah pembayaran dibuat oleh Kerajaan diterima terus ke institusi kewangan tersebut (mengikut nilai dana/pembiayaan yang dipohon). Kenapa usahawan ini tidak dilayan dan masih ditindas? Bagaimana mereka ingin majukan perniagaan mereka? Sekiranya permohonan mereka layak dan tidak seperti syarikat Ali Ba Ba, seharusnya permohonan mereka diterima.

Perkara seperti ini PM DS Najib Razak dan Menteri-menteri yang terbabit harus turun padang melihat sendiri proses permohonan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai di institusi kewangan tersebut. Amanah yang diberikan pada mereka harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Ada pula pegawai bertanya setiap permohonan harus disertakan "pelincir" baru mereka laju buat kerja. Dana diberikan untuk usahawan Bumiputera maju dalam perniagaan bukannya untuk diperjudikan untuk kepentingan peribadi. Amalan apakah macam ni? Yang busuk nama Kerajaan juga.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020. Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan perlaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.


GR kata: Kerja yang diberikan kalau buat dengan ikhlas dan amanah akan dapat keberkatan.

Wednesday, September 18, 2013

PEMILIHAN UMNO: SOKONG 100% @ustazfathulbari KP ARAU DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA! @Khairykj @NajibRazak


Musim pemilihan UMNO sudah mula dirasai dan akan tiba kemuncaknya. Pemilihan kali ini juga merupakan cara baru yang diamalkan oleh UMNO. Tidak lagi seperti yang lepas-lepas, kali ini suara akar umbi diambil kira dalam menentukan pucuk pimpinan parti keramat ini.

Transformasi yang dilakukan seharusnya diambil kira. Sejak kebelakangan ini UMNO dilihat jarang menghasilkan pemimpin yang bijak sana dalam hal ehwal dan hukum hakam agama. Program agama Islam juga harus diperbanyakkan serasi dengan jiwa orang muda.

Oleh itu, GR menyokong Ustaz Fathul Bari diberikan mandat untuk menjadi KP Arau sekali gus ke Exco Pemuda UMNO Malaysia. Biro Agama Pemuda UMNO harus dimantapkan demi melahirkan anak muda celik dalam ilmu agama. Ilmu agama Islam perlulah dipelajari dari mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berlandaskan perintah Allah dan juga sunnah Rasulullah S.A.W seperti yang termaktub dalam Al Quran.


GR kata: Buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Pernahkah Kita Berterima Kasih Atas Pengorbanan Mereka Ini? @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Pernahkah kita berterima kasih kepada Polis berbaju putih ini? Pernahkah kita befikir sejenak akan tugas mereka yang berisiko tinggi kadang kala melibatkan keselamatan malah nyawa mereka sendiri? Pernahkah kita cuba untuk merasai detik nadi mereka akan tanggungjawab yang diberikan pada mereka? Pernahkah kita berfikir sejenak?

Perkara biasa rata-rata masyarakat kita kurang untuk berterima kasih kepada mereka ini. Malah cacian dilemparkan pada mereka ini. Ini adalah tanggungjawab yang mereka jalankan amat tegas tanpa berkompromi dengan sesiapa pun. Pada anggota Polis trafik yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah itu adalah salah diri mereka sendiri kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat.

Kenapa kita selalu marah bila berhadapan dengan Polis trafik? Adakah mereka sengaja untuk mencari kesalahan kita? Atau kita betul-betul langgar kesalahan jalan raya. Hal ini GR serahkan pada korang semua, tepuk dada tanyalah hati. GR sendiri pun kadang-kadang termaki Polis trafik ini disebabkan tak mahu kena saman walaupun kesalahan langgar lampu isyarat merah.

Kenapa masih ada masyarakat menghina mereka seperti ini?


Apa pun kita sebagai masyarakat yang menggunakan jalan raya sepenuhnya harus berterima kasih kepada mereka ini. Harus menghargai mereka ini, pengorbanan yang mereka lakukan amat besar untuk kita semua.

Lihat kiriman email di bawah dan fikir-fikirkanlah:


Tahniah kepada anggota Polis Trafik yang sanggup membantu dengan ikhlas kepada pengguna jalan raya yang ditimpa kesusahan. Perbuatan ini harus dijadikan teladan pada kita semua. Terima kasih GR ucapkan pada anggota Polis Trafik kerana sentiasa menjaga penjalanan jalan raya jadi lancar.


GR kata: Apa pun kerja kita buat, harus jujur dan amanah.

Tuesday, September 17, 2013

CINABENG INI PATUT TANAM DALAM LONGKANG, BUKANNYA DIBERI PENGHORMATAN 'BODOH'! @cmlimguaneng @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kenapa kita perlu angkat seorang manusia yang menjadi musuh negara sebagai pejuang kemerdekaan negara? Kenapa kita perlu sanjung manusia seperti CINABENG ini? Kenapa kita perlu lakukan suatu yang diluar jangkaan demi kerja kotornya dahulu? Kenapa dan mengapa?

Adakah rakyat Malaysia lupa dengan apa yang puak Komunis buat pada negara kita? Adakah rakyat Malaysia lupa dengan seksaan kejam dan keji puak komunis buat terhadap keluarga kita? Adakah keluarga kita, nenek moyang kita dilayan begitu baik di zaman pemerintahan komunis dahulu? Masih ingatkah dengan serangan di Bkt Kepong yang menjadi sejarah negara. Bagaimana pejuang negara ketika itu berhempas pulas berjuang demi mempertahankan negara.

Manusia seperti ini kita nak sanjung sebagai 'Wira Negara'. Kalau dah nama pun Komunis, perangai diaorang ini memang serupa ANJING LIAR yang tidak berperikemanusiaan. Agenda jahat mereka ada juga orang Melayu yang sanggup mengadaikan maruah bangsa mereka demi ingin mendapatkan nilai harga yang tak patut kita perhambakan.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana kumpulan untuk mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ketua komunis yang meninggal dunia pada Isnin sepatutnya kekal dianggap sebagai seorang ketua pengganas.


"Dia mungkin mati, tetapi keganasan yang dilakukannya terhadap tentera, polis dan orang awam semasa Darurat tidak akan dilupakan.


"Kerana dia, ramai tentera dan polis terbunuh, isteri-isteri mangsa jadi janda dan anak-anak jadi yatim piatu," katanya ketika dihubungi di Melbourne.


Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata adalah ironik Chin Peng meninggal dunia pada sambutan Hari Malaysia ke-50.


"Perjuangannya ke atas penjajah British bukan untuk menuntut kemerdekaan tetapi lebih kepada perjuangan menentang kapitalisme dengan harapan mewujudkan penjajahan baru," katanya.


Sanusi berharap ahli sejarah akan menulis versi yang betul mengenai apa sebenarnya yang berlaku dari awal pemberontakan.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut bertegas bahawa mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini. Beliau berkata Chin Peng merupakan seorang pengkhianat yang menjejaskan kedaulatan negara.


"Kematiannya tidak akan pernah dianggap sebagai satu kerugian berikutan pengkhianatan dan keganasan yang dilakukannya pada suatu ketika dulu.


"Dia dan pengganas PKM telah melakukan kekejaman, membunuh ribuan tentera, anggota keselamatan dan orang awam," katanya.


Hishamuddin berkata, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak bersetuju dengan permintaan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia di saat dia jatuh sakit.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunaku Jaafar berkata Chin Peng tidak pernah dikurniakan kerakyatan Malaysia di bawah perjanjian Kemerdekaan 1957.


"Dia patut dikebumikan di tempat dia meninggal," katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

GR bersetuju dengan tindakan Kerajaan yang bertegas agar musuh negara ini tidak diangkat sebagai wira negara. Chin Peng tetap musuh negara dan dia bukanlah rakyat Malaysia. Mereka yang tak ada otak dan buta sejarah yang sanggup menaikkan nama Chin Peng sebab diaorang ni Chin Peng Zi.


GR kata: Orang macam Chin Peng dah mati, jadi bangkai pun tak der sape nak layan. Hakkktuihhhh!!

PEMILIHAN UMNO: RUJUK PM DULU JIKA MAHU BERTANDING NAIB PRESIDEN! @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat setiap calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri mempunyai pandangan beliau yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.
  
"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dahulu dengan Presiden Parti. Dapatkan pandangan atau nasihat daripada presiden parti.
  
"Tentu presiden parti mempunyai pandangan tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum satu-satu keputusan muktamad dibuat," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung kawalan sempadan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini.
  
Taklimat itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berhubung cadangan untuk mewujudkan kawasan selamat di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 121 kilometer dari Tumpat ke Jeli bagi mengekang aktiviti jenayah di sempadan.

Ahmad Zahid mengulas khabar angin bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dikatakan akan bertanding jawatan itu pada pemilihan Umno yang akan berlangsung pada Oktober.
  
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Mukhriz seorang yang berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan beliau seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk bersama penyandang daripada kalangan senior jika berjaya dipilih sebagai naib presiden.
  
"Beliau (Mukhriz) calon muda dan antara calon yang baik untuk kepimpinan pada masa depan," katanya.
  
Dua lagi calon yang mengesahkan hasrat merebut jawatan naib presiden adalah Pengerusi Risda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
  
Jawatan naib presiden UMNO kini disandang Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan).
  
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pemimpin di setiap bahagian agar 'mengukur baju di badan sendiri' berhubung pertandingan merebut jawatan di pelbagai peringkat, yang borang pencalonannya mula diedarkan hari ini.
  
"Tiap-tiap bahagian ada 500 borang yang diedarkan untuk pertandingan pelbagai peringkat. Apabila tawaran dilakukan, ia dibuat dengan tujuan untuk memperlihat keseriusan bagi menawarkan diri memegang jawatan, bukan berhajat untuk mengacau daun bagi sesuatu jawatan itu," katanya.
- Bernama


GR kata: UMNO perlukan pemimpin Ultra Melayu yang berani dan tegas. Sokong Zahid Hamidi kekal Naib Presiden no.1

Monday, September 16, 2013

HOT NEWS: CHIN PENG DAH MAMPOS, DAP KATA INI SEMUA SALAH UMNO?


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Dia berusia 90 tahun. Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.

Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.


GR kata: Era politik pakatan haprak sebenarnya yang bakal mampos sikit demi sikit!

16 SEPT..."HARI BERSEJARAH" BUAT RAKYAT MALAYSIA AKAN DAPAT PM KE 7? @anwaribrahim #PRmenipu


Seluruh rakyat Malaysia bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah S.W.T atas ulangtahun pembentukan Malaysia yang sudah mencapai 50 tahun. Selepas kemerdekaan yang kita perolehi pada tanggal 31 Ogos 1957, rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Pembentukan Malaysia yang merangkumi Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia menunjukkan usaha murni pemimpin terdahulu yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara disegani seluruh dunia dengan pembangunan yang baik seperti yang kita kecapi sekarang. Pengorbanan pemimpin dan pejuang negara dahulu tak akan dilupakan sampai bila-bila dan ianya menjadi lembaran sejarah buat kita semua.

Lain pula dengan "cakap-cakap saja" seorang manusia yang entah boleh kita gelar dia sebagai pemimpin atau pun tidak. Pernah menyuarakan kata-kata "azimat" bahawa Pakatan Haprak akan merampas Putrajaya dan membentuk Kerajaan baru. Tapi sehingga hari ini kata-kata tersebut masih tidak menjadi kenyataan. Adakah masih ada rakyat Malaysia yang percaya kata-kata "azimat" beliau?

Isterinya sendiri pun sebenarnya sudah meluat dengan sikap ego, bongkak dan macam-macam lagi tapi disebabkan mungkin masih mempunyai pendirian Islam yang kuat dalam dirinya...hanya mampu berdiam diri saja dengan sikap suaminya itu. Dalam erti kata, makan hati ulam jantung sajalah asalkan demi kepentingan politik mereka tercapai. Kehidupan mereka secara realitinya di rumah seperti hal engkau sendiri urus...hal aku sendiri urus. Betul kan Kak Jijah?

Lihat video di bawah, filem si suami yang masih tak siap-siap lagi:




GR kata: Kita harus bersyukur kerana Allah S.W.T masih pelihara Islam dan negara Malaysia dari musuh Islam yang mahu merosakkannya. Selamat Hari Malaysia!!

Artikel pelbagai