Apa yang boleh kita terjemahkan manifesto dalam setiap pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil di negara kita ini? Manifesto dalam pilihanraya adalah merupakan janji yang perlu ditunaikan pada pengundi kerana mereka inilah yang memberikan mandat untuk memerintah negara.
Jika kita lihat dan bandingkan dengan manifesto-manifesto yang diberikan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang mana manifesto mereka terlaksana. Jangan hanya pandai berjanji dengan rakyat memberikan berbagai janji bulan dan bintang tapi akhirnya rakyat yang susah.
Manifesto pakatan pembangkang di Selangor yang katanya ingin memberi air percuma pada rakyat Selangor tapi sehingga sekarang habuk pun takder. Rakyat harus fikir dengan matang yang mana Janji Ditepati dan Janji Ditaburi.
Naib Presiden UMNO, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memberitahu dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera pagi tadi beliau begitu kagum dengan pembangunan yang begitu pesat di Parlimen Bera ini. Tahniah diucapkan kepada YB Dato Seri Ismail Sabri yang berjaya memimpin dan mentadbir kawasan Bera dengan begitu baik sekali.
Dato' Seri Zahid Hamidi juga menyarankan agar terus membawa Transformasi Politik yang dibawakan oleh YAB Presiden parti kerana tujuan sebenar transformasi dibuat adalah untuk memupuk, menambahbaikkan dan memperkukuhkan sistem politik di Malaysia bukannya untuk menukarkannya dengan yang baru.
Beliau juga menyarankan agar kesemua pemimpin-pemimpin UMNO baik diperingkat bahagian dan cawangan agar terus berkhidmat untuk rakyat, berikan 100% komitmen turun padang berjumpa dengan rakyat tidak kira masa berdamping dengan mereka dan selesaikan masalah rakyat dengan segera. UMNO dan Barisan Nasional akan terus kekal memerintah Pahang pada PRU 13 dan sampai bila-bila.
GR kata: Rakyat dah muak dengan janji kosong...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, September 1, 2012
Perghhh...Cipta Rekod Dunia Tue #Merdeka55 @NajibRazak
KUALA LUMPUR: Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.
"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satumasa," katanya.
Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam Jumaat.
Beliau berkata, pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September ini.
Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. - BERNAMA
GR kata: Tahniah dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dan pimpinan YAB Perdana Menteri. Saya Sayang Malaysia!
HOT: Anak Merdeka SERANG Bukit Jalil #Merdeka55 @NajibRazak #JanjiBersih
KUALA LUMPUR: Keceriaan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 jelas terpapar di wajah lebih 150,000 orang yang menghadiri Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati yang berlangsung dengan gah dan semangat kecintaan kepada negara di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Program bermula pada 8.30 malam dengan acara jalan kaki perpaduan sejauh 380 meter mengelilingi stadium, yang disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noraini Abd Rahman.
Turut sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menteri Kabinet, pemimpin parti komponen Barisan Nasional, rakyat pelbagai kaum serta generasi Y. Memeriahkan acara malam Jumaat adalah 8,500 peserta antaranya menerusi persembahan bertenaga dan hebat generasi Y dengan lagu 'Gemuruh Suara'.
Selain itu, pengunjung disajikan tarian 'flash mob' 1Malaysia, Dikir 1Malaysia, Go Malaysia Go, Lagu Patriotik - Nadi Rakyat dan persembahan Kumpulan Soka Gakkai Malaysia.
Tweet Up Merdeka juga berjaya mencapai matlamat rekod dunia Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia dengan 10,128 pengguna Twitter dan menempa rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai Jumlah Tweet Terbanyak Dalam Tempoh Satu Jam dengan 3,611,323 tweet.
Sempena himpunan itu, Najib menyampaikan hadiah kepada empat pemenang Rangka Kerja Abad Ke-21, empat Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada lapan ikon.
Acara diakhiri dengan persembahan penutup diiringi percikan bunga api antara yang paling menarik pernah disaksikan tahun ini. Najib kemudian menyertai Santai Merdeka Raya bersama rakyat di luar stadium. - BERNAMA
Lihat gambar di bawah :
GR kata: Jelas terpancar di wajah anak-anak Merdeka kegembiraan mereka menyambut hari yang bersejarah ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Program bermula pada 8.30 malam dengan acara jalan kaki perpaduan sejauh 380 meter mengelilingi stadium, yang disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noraini Abd Rahman.
Turut sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menteri Kabinet, pemimpin parti komponen Barisan Nasional, rakyat pelbagai kaum serta generasi Y. Memeriahkan acara malam Jumaat adalah 8,500 peserta antaranya menerusi persembahan bertenaga dan hebat generasi Y dengan lagu 'Gemuruh Suara'.
Selain itu, pengunjung disajikan tarian 'flash mob' 1Malaysia, Dikir 1Malaysia, Go Malaysia Go, Lagu Patriotik - Nadi Rakyat dan persembahan Kumpulan Soka Gakkai Malaysia.
Tweet Up Merdeka juga berjaya mencapai matlamat rekod dunia Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia dengan 10,128 pengguna Twitter dan menempa rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai Jumlah Tweet Terbanyak Dalam Tempoh Satu Jam dengan 3,611,323 tweet.
Sempena himpunan itu, Najib menyampaikan hadiah kepada empat pemenang Rangka Kerja Abad Ke-21, empat Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada lapan ikon.
Acara diakhiri dengan persembahan penutup diiringi percikan bunga api antara yang paling menarik pernah disaksikan tahun ini. Najib kemudian menyertai Santai Merdeka Raya bersama rakyat di luar stadium. - BERNAMA
Lihat gambar di bawah :
GR kata: Jelas terpancar di wajah anak-anak Merdeka kegembiraan mereka menyambut hari yang bersejarah ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Friday, August 31, 2012
Ucapan Hari Kemerdekaan Ketua Puteri UMNO Malaysia @Rosnah_ARS #Merdeka55 @NajibRazak
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, esok tanggal 31 Ogos 2012, negara kita akan menyambut kemerdekaan ke-55 tahun.
Dalam masa kita menanti detik-detik ketibaan tarikh tersebut, seharusnya kita menghayati erti kemerdekaan sebenar dan pengisian kemerdekaan itu sendiri. Pada tahun ini, "Janji Ditepati" telah dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan.
Sesungguhnya tema tersebut memberi pengertian yang besar dan mendalam kepada semua pihak. Merenung sejenak nikmat keamanan yang kita kecapi hasil dari kemerdekaan negara, kita seharusnya bersyukur dan menanam tekad untuk mengekalkan keamanan ini pada masa-masa mendatang.
Dengan nikmat keamanan ini, negara kita Malaysia telah mengalami pelbagai proses transformasi yang menunjukkan negara semakin matang dalam menuju ke arah negara maju.
Keadaan ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Marilah kita sama-sama mengisi kemerdekaan dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian, meningkatkan komitmen dan kesungguhan, melaksanakan tugas dengan cemerlang seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, 55 TAHUN JANJI DITEPATI! KIBARKAN JALUR GEMILANG.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sumber: Komuniti Puteri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alhamdulillah, esok tanggal 31 Ogos 2012, negara kita akan menyambut kemerdekaan ke-55 tahun.
Dalam masa kita menanti detik-detik ketibaan tarikh tersebut, seharusnya kita menghayati erti kemerdekaan sebenar dan pengisian kemerdekaan itu sendiri. Pada tahun ini, "Janji Ditepati" telah dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan.
Sesungguhnya tema tersebut memberi pengertian yang besar dan mendalam kepada semua pihak. Merenung sejenak nikmat keamanan yang kita kecapi hasil dari kemerdekaan negara, kita seharusnya bersyukur dan menanam tekad untuk mengekalkan keamanan ini pada masa-masa mendatang.
Dengan nikmat keamanan ini, negara kita Malaysia telah mengalami pelbagai proses transformasi yang menunjukkan negara semakin matang dalam menuju ke arah negara maju.
Keadaan ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Marilah kita sama-sama mengisi kemerdekaan dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian, meningkatkan komitmen dan kesungguhan, melaksanakan tugas dengan cemerlang seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, 55 TAHUN JANJI DITEPATI! KIBARKAN JALUR GEMILANG.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sumber: Komuniti Puteri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HOT FOTO: AKSI LIAR #JanjiBersih MALAM AMBANG MERDEKA! #Merdeka55
Lihat gambar di atas, gambar yang sempat GR rakamkan ketika Demo Haram #JanjiBersih #JanjiDemokrasi sebentar tadi. Apa yang puak-puak pakatan Haprak ini mereka meletakkan gambar Perdana Menteri Malaysia dan beberapa pemimpin lagi untuk tujuan apa?? Nak tau lihat di bawah:
Ini perbuatan yang sungguh kurang ajar dan budaya LGBT yang semakin menular dan Anwar pasti gembira melihat gambar ini. Seorang budak yang GR difahamkan DIBAYAR oleh puak pakatan untuk membuat perbuatan terkutuk ini. Membuka seluar dengan menunjukkan punggung di khalayak ramai dan cuba untuk membuang air besar ke atas gambar Perdana Menteri.
Budak tersebut telah pun dikenalpasti...GR akan keluarkan di artikel akan datang. Tunggu mana mau lari!! Mohon pihak berkuasa siasat perbuatan terkutuk ini!!!!!
Lihat lagi video di bawah:
Lihat lagi video di bawah:
GR kata: Kesian rakyat Malaysia yang ke Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Merdeka tapi tiada sebarang sambutan bunga api....
LIVE UPDATE: Puak #JanjiBersih #JanjiDemokrasi @Khalid_Ibrahim KANTOI Menipu lagi! #Merdeka55
Lihatlah gambar-gambar di atas, sekarang jam dari pukul 10.00 hingga 11.00 malam suasana SEBENAR keadaan di Dataran Merdeka.
Blogger pakatan Haprak KANTOI menipu, Khalid Gagap dan pencacai PR melaporkan seramai 5 ribu berkumpul di Dataran Merdeka dan mengatakan pihak Polis mengepung dan tidak membenarkan mereka masuk ke Dataran Merdeka pada waktu tersebut.
Bosan dengan puak pakatan Haprak nie menipu jelah kerjanya. Upload gambar mase Bersih 3.0 katanya gambar live malam nie.
GR kata: Adoiiii...menipu pun agak-agak laaa!! Hahahaha. Demo #JanjiBersih #JanjiDemokrasi GAGAL!! Tak sampai 7 ribu orang yang berhimpun!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Blogger pakatan Haprak KANTOI menipu, Khalid Gagap dan pencacai PR melaporkan seramai 5 ribu berkumpul di Dataran Merdeka dan mengatakan pihak Polis mengepung dan tidak membenarkan mereka masuk ke Dataran Merdeka pada waktu tersebut.
Bosan dengan puak pakatan Haprak nie menipu jelah kerjanya. Upload gambar mase Bersih 3.0 katanya gambar live malam nie.
GR kata: Adoiiii...menipu pun agak-agak laaa!! Hahahaha. Demo #JanjiBersih #JanjiDemokrasi GAGAL!! Tak sampai 7 ribu orang yang berhimpun!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, August 30, 2012
DATANG BUKIT JALIL DAPAT HADIAH? APA BENDA NIE?? #Merdeka55 @NajibRazak
Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ‘Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.
Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium,” katanya.
Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.
“Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal,” katanya.
Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.
“Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri,” katanya.
‘Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’ yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib.
KANTOI! SURAT KERAH KAKITANGAN AWAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR SERTAI DEMO #JanjiDemokrasi
Surat ape ni? Boleh main pakse-pakse pulak yer. Adoiii...lawak betullah puak pakatan Haprak nie. Terima jelah yang rakyat sebenarnya TAK SOKONG demo BODOH korang nie.
Jilatlah puas-puas ketua PR korang si Anuwar tu...buang mase jer!!
Rakyat Malaysia semua sayangkan negara Malaysia yang sudah lama MERDEKA!!
Sumber: YY
Published with Blogger-droid v2.0.8
TERKINI: Suasana di Dataran Merdeka Cool! #JanjiBersih #Merdeka55
Keadaan di Dataran Merdeka sekarang masih dalam keadaan terkawal. Lihat gambar-gambar di atas, warga kota masih rileks meneruskan aktiviti harian mereka. Persiapan perarakan Merdeka pada esok masih rancak dijalankan.
Rakyat Malaysia menolak #JanjiBersih bila tidak dapat sokongan boleh pulak ditukar ke #JanjiDemokrasi. Sudah-sudahla menipu rakyat wahai puak dan pencacai PR...jangan perdaya fikiran rakyat dengan anasir jahat korang...
GR kata: Kesian sambutan Merdeka tahun nie, tak happening macam tahun-tahun yang lepas. Busuk punya pakatan Haprak!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rakyat Malaysia menolak #JanjiBersih bila tidak dapat sokongan boleh pulak ditukar ke #JanjiDemokrasi. Sudah-sudahla menipu rakyat wahai puak dan pencacai PR...jangan perdaya fikiran rakyat dengan anasir jahat korang...
GR kata: Kesian sambutan Merdeka tahun nie, tak happening macam tahun-tahun yang lepas. Busuk punya pakatan Haprak!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
FOTO: ANWAR BUAT LAWAK KING TAHAP GABAN!
Ha ha ha ha...Kah kah kah... sakit perut GR tengok gambar nie. Rupa-rupanya dalam dunia ni macam-macam ragam orang gila ada yer.
Dah la meroyan nak jadi PM, ada pulak tu dah merasakan dirinya Perdana Menteri pulak bagi perutusan Hari Raya. Adoiiiii!! Apa pun tak boleh!!
GR kata: Jom kita gelak ramai-ramai....Hahahahahaha...Kah kah kah!!
HOT: Anwar SAKAU Duit Rakyat Untuk Promote Diri Sendiri!! #JanjiBersih #Merdeka55
Apa yang boleh kita kategorikan bila lihat gambar ini?? Tahap meroyan Anwar sudah ditahap KRITIKAL. Perasan dirinya diterima oleh seluruh rakyat Malaysia...mempromosikan diri beliau di bas mewah yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor.
Pandangan GR simple saja, kenapa perlu diheret nama rakyat dalam agenda politik kotor pakatan Haprak nie?? Seluruh rakyat Malaysia menyokong ker si Anuwar nie?? Apakah sebab utama yang boleh dikatakan rakyat Malaysia ini menyokong beliau???
#JanjiDitaburi Anuwar & The Geng pada rakyat pada PRU 12 mereka TIDAK TUNAIKAN. Pembelian bas mewah ini JELAS menunjukkan mereka menggunakan duit rakyat. Masalah2 air di Selangor pun mereka tak ada niat untuk selesaikan malah menggunakan duit rakyat untuk tujuan BODOH mereka nie.
GR sarankan pada seluruh Malaysia usahlah join sekali demo haram #JanjiBersih pada malam nie di Dataran Merdeka. Kononnya mereka berhimpun malam nie untuk mendengar bacaan puisi S.Samad Said hanyalah propaganda mereka saja.
Sumber dalaman dr pakatan Haprak memberitahu GR, maksud sebenar demo haram #JanjiBersih adalah untuk memporak perandakan perarakan Merdeka pada esok pagi di Dataran Merdeka. Bacaan puisi itu hanyalah 'wayang' mereka saja. Depa nie memang ada niat jahat untuk huru-harakan negara. Korang semua fikirkanlah yer...
GR kata: #JanjiBersih tapi tukar pulak #JanjiDemokrasi....ini pun dah nampak pusing punya kaki. Ini nak perintah Malaysia, hancurlah jawabnya!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pandangan GR simple saja, kenapa perlu diheret nama rakyat dalam agenda politik kotor pakatan Haprak nie?? Seluruh rakyat Malaysia menyokong ker si Anuwar nie?? Apakah sebab utama yang boleh dikatakan rakyat Malaysia ini menyokong beliau???
#JanjiDitaburi Anuwar & The Geng pada rakyat pada PRU 12 mereka TIDAK TUNAIKAN. Pembelian bas mewah ini JELAS menunjukkan mereka menggunakan duit rakyat. Masalah2 air di Selangor pun mereka tak ada niat untuk selesaikan malah menggunakan duit rakyat untuk tujuan BODOH mereka nie.
GR sarankan pada seluruh Malaysia usahlah join sekali demo haram #JanjiBersih pada malam nie di Dataran Merdeka. Kononnya mereka berhimpun malam nie untuk mendengar bacaan puisi S.Samad Said hanyalah propaganda mereka saja.
Sumber dalaman dr pakatan Haprak memberitahu GR, maksud sebenar demo haram #JanjiBersih adalah untuk memporak perandakan perarakan Merdeka pada esok pagi di Dataran Merdeka. Bacaan puisi itu hanyalah 'wayang' mereka saja. Depa nie memang ada niat jahat untuk huru-harakan negara. Korang semua fikirkanlah yer...
GR kata: #JanjiBersih tapi tukar pulak #JanjiDemokrasi....ini pun dah nampak pusing punya kaki. Ini nak perintah Malaysia, hancurlah jawabnya!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PENGANJUR #JanjiBersih FAHAM DAN PATUHI AKTA KER?? #Merdeka55 @NajibRazak @HishammuddinH2O
SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok (Khamis) supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.
"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.
"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Hishammuddin berkata polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat' dalam perhimpunan itu, nanti.
Beliau berkata polis tidak akan 'memilih bulu' dalam soal menjaga keselamatan awam dan akan sentiasa memastikan tanggungjawab itu dilakukan dengan baik.
Hishammuddin percaya majoriti rakyat tidak akan terpedaya untuk menyertai perhimpunan itu kerana apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 lepas, yang menjadi protes jalanan yang ganas, masih segar dalam ingatan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, beliau membidas sikap sesetengah pihak yang memperlekeh dan menidakkan kadar indeks jenayah yang diumumkan sebelum ini. Beliau berkata adalah penting menjawab tohmahan yang dilemparkan itu dengan segera terutamanya menerusi media sosial supaya ia tidak mempengaruhi pemikiran orang ramai. - BERNAMA
GR kata: Buang masa join demo BODOH nie, baik pi sambutan Merdeka di Bukit Jalil, dapatkan jugak Proton Preve. betul tak??
GEMPAR! @AzminAli KANTOI DITANGKAP SUMBANG MAHRAM!?
Apa nak jadi dengan budaya yang tidak senonoh ini semakin menular dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Oleh kerana nafsu abis semuanya tergadai. Berita mengenai sumbang mahrah, main belakang mahu pun China Doll pandangan GR semua sudah tahu dari kalangan siapa yang gemar melakukukannya.
Nama pun dah jahat...Pakatan Haprak, kalau bukan buat perbuatan yang terkutuk bukanlah Pakatan Rakyat. Diaorang nie pandai cakap jer lebih, kata semua yang porno-porno adalah agenda UMNO/BN tapi yang kantoi kena tangkap basah, China Doll semua SIAPA??? Tolong jawab!!!
Siapakah pemimpin PKR yang terlibat?? Adakah mereka-mereka ini yang di bawah??
Ostad Ishak Ghani, calon PAS DUN N11 Pulau Tawar yang tewas dengan calon BN
Atau
Calon N10 Damak, Sdr Mohd Nor B. Jaafar sekarang memegang jawatan Pengerusi KITA Cawangan Pahang juga merupakan calon PKR yang tewas dengan calon BN
JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu. Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA
Baca lagi DI SINI
GR kata: Siapakah gerangan manusia yang bernafsu buaya tersebut?? Jeng jeng jeng...
Wednesday, August 29, 2012
KENYATAAN AKHBAR @MyRapidKL PERKHIDMATAN LRT PERCUMA! #Merdeka55 @NajibRazak
Selasa, 28 Ogos 2012
Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan
Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.
RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara ‘Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
“Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini,” kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
“Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.
“Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.
“Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket,” kata Masnizam.
Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.
Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
“Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan,” katanya.
Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.
“Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.
“Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen,” tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.
GR kata: Datang jangan tak datang! Rugi pada siapa yang tak datang! Hadiah Proton Preve tuee...
AYUH SEMUA #Twitterjaya JOM BUAT WORLD RECORD MERDEKA DAY! #Merdeka55 @NajibRazak
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sasaran 1 juta “Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman“Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.
Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.
Rais berkata, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung. - BERNAMA
Semua rakyat Malaysia DAFTARLAH di sini http://www.twtupmerdeka.blogspot.com
Korang bakal menang PROTON PREVE!! Tak nak ker????
Published with Blogger-droid v2.0.6
Tuesday, August 28, 2012
PUAK #JanjiBersih YANG TAK FAHAM BAHASA! #Merdeka55 @NajibRazak
Inilah yang dikatakan perangai manusia yang takder otak dan tak faham bahasa. Dari sini boleh kita lihat mereka ingin cuba membuat provokasi yang akan menjadi tahap yang melampau jika permintaan mereka tidak mendapat sebarang perhatian. Baca DI SINI
Sehingga sekarang pihak Polis masih tidak memberi sebarang permit kepada penganjur Himpunan Janji Bersih ini yang akan dilakukan pada malam 30 Ogos 2012. Pendapat GR senang saja, buat apa bagi muka pada petualang negara yang akan membuat negara huru hara. Janji mereka perhimpunan akan diadakan secara aman. Itu semua BOHONG! PENIPU!!!!
Lihat saja JANJI mereka pada Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0, apa jadi?? Perhimpunan diadakan secara aman atau pun tidak. Siapa mereka nak adakan sambutan ambang merdeka yang dicabuli dengan memfitnah fikiran rakyat Malaysia dengan segala penipuan yang mereka berikan semata-mata ingin menanam kebencian rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca yang budiman....
Pada seluruh rakyat Malaysia yang ingin turun ke Kuala Lumpur menyambut malam Kemerdekaan negara kita, jangan layan apa yang mereka lakukan pada malam tersebut di Dataran Merdeka....lakukan aktiviti rutin biasa menyambut Merdeka bersama keluarga dengan melihat persembangan bunga api dan sebagainya. Teruskan kehidupan aman yang kita kecapi selepas Merdeka dan jangan biarkan fikiran kita DIJAJAH oleh puak Haprak nie.
Lebih elok lagi keesokkannya pada 31 Ogos 2012 adalah lebih baik korang turun ke Stadium Nasional Bkt Jalil, Program #TweetMerdeka #Merdeka55. Pelbagai acara menarik diadakan khas untuk korang di sana yang bermula dari pagi lagi. Pelbagai hadiah menarik menanti korang dan hadiah utama merupakan PROTON PREVE.
Apa lagi DAFTARLAH SEKARANG DI SINI .... Artis-artis popular pun akan turut serta pada hari tersebut. DATANG JANGAN TAK DATANG!!
GR kata: Janji Bersih yang buang masa...apa pun tak boleh!!
VIDEO: UCAPAN HARI KEMERDEKAAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA @Zahid_Hamidi #Merdeka55 @NajibRazak
GR kata: Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
Monday, August 27, 2012
PERHATIAN!! BUDAYA #LGBT YANG ANWAR BAWA SEMAKIN MENULAR!
Memang tidak dinafikan lagi bahawa banyak dalam kalangan pelajar wanita sekarang ni bangga apabila mereka tidak mempunyai dara. Perkara ini amat merisaukan banyak pihak apatah lagi ia terjadi kepada golongan pelajar IPT yang menjadi tunggak negara suatu hari nanti. Dengan itu, tertubuhlah satu kelab yang dipanggil Kelab Tiada Dara.
Dengan kelab tersebut, semua pelajar bebas melakukan seks yang dianggap halal bagi mereka. Namun, bagi sesiapa yang masih dara akan dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Natijahnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas. Penyesalan sekarang sudah tidak berguna dan hanya taubat mampu mereka lakukan kerana ajal dan kematian sedang menanti.
GR kata: Inilah budaya yang Anwar cukup suka dan budaya harus ditentang dan semua pihak harus buka mata....Jangan tidor jer!!!
RAKYAT MALAYSIA BENCIKAN #JanjiBersih TAPI SAYANGKAN NEGARA #Merdeka55 @NajibRazak
Setiap rakyat Malaysia harus tanamkan rasa semangat cintakan pada negara. Pemupukan jati diri mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yg mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa, bukan menghancurkan negara dengan melakukan kerosakan terhadap imej dan nama baik negara.
Cara memupuk semangat patriotisme pula mestilah melalui kesedaran dan ilmu. Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air.
Jika kita lihat apa yang telah dibuat oleh puak pembangkang dengan Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0, adakah keamanan yang mereka perjuangkan dengan mengatakan inginkan perubahan. Perubahan yang bagaimana mereka lakukan pembaca lihat sendiri. Mereka hanya mahu memporak perandakan negara dengan memfitnah dan memupuk kebencian rakyat pada Kerajaan yang mentadbir negara sekarang.
Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan sebagai wadah penyatu bangsa.
Lihatlah dua perbezaan hastag di atas yang tinggi antara sokongan rakyat dan penolakan rakyat terhadap kempen himpunan yang tidak bermoral dan dianggap sebagai tidak berfaedah untuk semua. Untuk makluman semua, hashtag di atas diambil seminggu sebelum berlangsungnya Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos 2012 nanti.
Tahniah GR ucapkan pada rakyat Malaysia yang bijak membuat penilaian terhadap politik buruk Pembangkang hari ini.
Kepada yang berminat untuk mendaftarkan diri dan HADIR pada malam ambang Merdeka nanti di Stadium Nasional Bkt Jalil pada 31 Ogos 2012 nanti, sila klik DI SINI.
RAKYAT JADI MANGSA #JanjiDitaburi ANWAR DAN SEKUTUNYA SEJAK 2008 LAGI! @Zahid_Hamidi
Inilah yang dikatakan parti yang kononnya terbentuk dari suara seluruh rakyat Malaysia. Tapi yang menjadi mangsa rakyat Malaysia itu sendiri. Apakah mereka ini layak digelar pemerintah untuk mentadbir negara ini?? Pelbagai janji yang diberikan pada sejak dulu lagi dan pada PRU 12 kenapa masih tidak ditunaikan??
Pembaca lihat gambar di atas, itu adalah salah satu #JanjiDitaburi oleh Pakatan Haprak pada rakyat di Selangor. Kenapa sehingga sekarang masih tidak ditunaikan? Air percuma untuk rakyat Selangor, kenapa tidak ditunaikan malah masalah air di Selangor menjadi di tahap yang kritikal. Mereka ini masih boleh dengan selamba mengatakan masalah yang terjadi ini adalah semua salah UMNO. Inikah yang dijadikan contoh pada rakyat...kata mereka la!!
Jika ingin disenaraikan segala #JanjiDitaburi oleh Pakatan Haprak ini dari kesemua negeri yang mereka tadbir sekarang ini terlalu banyak. Yang menjadi mangsa adalah rakyat itu sendiri kerana merekalah yang memberi mandat kepada sesebuah parti politik itu untuk mentadbir tapi yang mereka dapat apa?? Janji-janji manis yang diharapkan TIDAK DITUNAIKAN.
Pembaca yang budiman kaji dan fikirkanlah sendiri inikah parti yang membela rakyat. Senang lenang melibatkan rakyat Malaysia yang kononnya menyokong mereka sepenuhnya dan membenci Kerajaan yang mentadbir sekarang. Ini baru #JanjiDitaburi yang diberikan....macam mana pula dengan berapa kerap mereka turun padang bertemu rakyat, mendengar sendiri masalah rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Fikir-fikirkanlah yang terbaik demi masa depan negara dan anak cucu cicit kita....
Baca kenyataan di bawah :
JOHOR BAHARU – Parti pembangkang hanya melaksanakan kira-kira 15 peratus daripada manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 berbanding Barisan Nasional (BN) yang telah menunaikan sebahagian besar manifesto parti itu hingga hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil kajian tersebut sekaligus membuktikan bahawa BN merupakan sebuah kerajaan yang berupaya menunaikan janji kepada rakyat manakala parti pembangkang pula adalah sebuah parti yang gagal melunaskan kebanyakan janji mereka.
“Parti pembangkang gagal melaksanakan 85 peratus daripada manifesto pilihan rayanya sejak 2008 dan ini menunjukkan mereka hanya pandai berjanji.
“Ini membuktikan kerajaan BN menepati janji dengan melaksanakan perkara yang terkandung dalam manifesto pilihan rayanya,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kejayaan kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat itu membuktikan kebenaran slogan yang digunakan oleh BN iaitu “Janji Ditepati’.
Justeru, katanya, beliau berharap rakyat Malaysia tidak digula-gulakan dengan pelbagai janji-janji manis yang dibuat oleh parti pembangkang menjelang PRU Ke-13. - Bernama
GR kata: Kalau omong kosong...puak pembangkang ini memang cukup terer!!
VIDEO PANAS: LOKASI SUSPEK BAKAR AWEK KANTOI SUDAH!
Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ. Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.
Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.
Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - Sumber
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ. Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.
Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.
Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - Sumber
Sunday, August 26, 2012
BANGANG! ABANG ADIK KANTOI BEROMEN DI HOTEL!
PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.
Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.
Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.
Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.
Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi. - SH
GR kata: Macam ni punya orang pun ada ka??
ANTARA #JanjiDitepati DAN #JanjiDitaburi, RAKYAT FIKIR YANG TERBAIK - @NajibRazak
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, InsyaAllah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, Ahad.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.
"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.
Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.
"Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan, negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya.
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - BERNAMA
GR kata: Rakyat bersatu bersama ke arah pembangunan negara maju....
Published with Blogger-droid v2.0.6
DONG ZONG MELAMPAU, NAK BOLOT SEMUANYA PULAK!!
Setiap kali menjelang PRU di negara ini, pelbagai tuntutan dikemukakan kepada kerajaan oleh kaum minoriti melalui parti politik dan NGO mereka, termasuk yg paling lantang, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).
Sebagai contoh, Dong Zong menuntut hak mendirikan sekolah menengah dan kolej menggunakan bahasa ibunda mereka atau independent high school setelah gagal dalam tuntutan untuk mendirikan sebuah universiti menggunakan bahasa pengantar Mandarin beberapa tahun lalu.
Kegagalan tuntutan mereka menubuhkan sebuah universiti sedemikian adalah disebabkan ciri institusi berkenaan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan, seperti yang diputuskan oleh mahkamah. Namun, sebuah independent high school telah dibenarkan didirikan di Kuantan, Pahang baru-baru ini setelah MCA juga menyokong tuntutan Dong Zong dengan alasan sekolah Cina sedemikian telah wujud di Kuala Lumpur.
Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, kaum minoriti menuntut beberapa kemudahan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan sebahagian tuntutan mereka dipenuhi sebelum pilihan raya berkenaan. Namun mereka memberikan undi mereka kepada DAP, bukan kepada parti-parti politik yg menyertai kerajaan Sarawak.
- Kaum-kaum minoriti mengemukakan pelbagai tuntutan kepada kerajaan dalam konteks transformasi. Antaranya, kaum India pernah mengemukakan tuntutan berikut:
- Ditambahkan kouta pengambilan para pelajar India di IPTA.
- Ditambah kuota biasiswa JPA kepada para pelajar India untuk belajar di Malaysia dan di luar Malaysia.
- Ditambah kouta kakitangan India dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
- Dibantu dan diberikan peruntukan untuk para peniaga kecil dan sederhana India berniaga di bandar2 di Malaysia.
Berdasarkan sistem demokrasi, jelasnya, setiap rakyat Malaysia berhak mendapat haknya sama ada dia berada dalam kalangan kaum minoriti atau kaum majoriti dan hak tersebut telah ditulis dalam Perlembagaan yg dipersetujui oleh pemimpin Melayu, Cina dan India pada zaman sebelum kemerdekaan dan zaman awal kemerdekaan.
Apa yang mereka setujui dirakamkan dalam Perlembagaan. Mereka layak mendapat hak yang dituliskan dalam perlembagaan itu seperti hak beragama, hak pendidikan agama masing-masing dan hak mendapat pekerjaan pilihan mereka berdasarkan kelulusan dan kehendak mereka. Bagaimanapun, kini kaum minoriti sudah mula mahu menuntut dan mendapatkan hak-hak yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia sebagai hak kaum majoriti.
Mereka perlu sedar dan terima hak-hak yang ditulis dalam Perlembagaan sebagai contoh Askar Melayu Diraja adalah hak kaum Melayu kecuali ia dibubarkan dan nama itu tidak lagi digunakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan. Tanah Rizab Melayu untuk kaum Melayu, bukan untuk kaum Cina dan India. Kalau semua hak kaum Melayu dituntut oleh kaum India dan Cina dan pemimpin Melayu setuju dengan tuntutan sedemikian, maka apa yang tertulis dalam Perlembagaan hanyalah satu sejarah silam di mana Kerajaan Melayu Melaka jatuh dan hilang selepas ditawan Portugis.
Para pemimpin Malaysia berbangsa Melayu, Cina dan India perlu memahami hak masing-masing seperti yang ditulis dalam Perlembagaan bagi menjamin rakyat kaum majoriti tidak terhapus atau terkurang oleh tuntutan kaum minoriti dalam membina negara Malaysia yang maju, aman dan makmur.
Tindakan Dong Zong mempolitikkan isu pendidikan Cina demi kepentingan diri mereka dan pembangkang sepatutnya DIHENTIKAN serta-merta kerana ia umpama duri dalam daging dalam usaha perpaduan nasional. Rakyat Malaysia dan kerajaan sepatutnya tidak mengendahkan tuntutan melampau mereka kerana ia bertentangan dengan kontrak sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum kemerdekaan.
Dong Zong cuba melahirkan suasana atau persepsi seolah-olah pendidikan kaum Cina dianaktirikan oleh kerajaan sedia ada. Mereka mahu pihak lain melihat bahawa perkara asas seperti pendidikan pun disekat oleh kerajaan yang didominasi orang Melayu. Kelakuan sebegini perlu ditangani tegas oleh semua pihak bukan sahaja kerajaan agar integrasi kaum di negara ini bertambah subur. Rakyat Malaysia harus mengutuk pihak yang mempergunakan isu pendidikan dalam membantu pembangkang mendapat undi pada pilihan raya akan datang. Fikir-fikirkanlah.....
GR kata: Dong Zong pun kena gebang dengan Anwar, tunggu jelah bila depa dah sedar nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)