Monday, August 27, 2012

RAKYAT MALAYSIA BENCIKAN #JanjiBersih TAPI SAYANGKAN NEGARA #Merdeka55 @NajibRazak


Setiap rakyat Malaysia harus tanamkan rasa semangat cintakan pada negara. Pemupukan jati diri mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yg mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa, bukan menghancurkan negara dengan melakukan kerosakan terhadap imej dan nama baik negara.

Cara memupuk semangat patriotisme pula mestilah melalui kesedaran dan ilmu. Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air.

Jika kita lihat apa yang telah dibuat oleh puak pembangkang dengan Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0, adakah keamanan yang mereka perjuangkan dengan mengatakan inginkan perubahan. Perubahan yang bagaimana mereka lakukan pembaca lihat sendiri. Mereka hanya mahu memporak perandakan negara dengan memfitnah dan memupuk kebencian rakyat pada Kerajaan yang mentadbir negara sekarang.



Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan sebagai wadah penyatu bangsa.



Lihatlah dua perbezaan hastag di atas yang tinggi antara sokongan rakyat dan penolakan rakyat terhadap kempen himpunan yang tidak  bermoral dan dianggap sebagai tidak berfaedah untuk semua. Untuk makluman semua, hashtag di atas diambil seminggu sebelum berlangsungnya Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos 2012 nanti.

Tahniah GR ucapkan pada rakyat Malaysia yang bijak membuat penilaian terhadap politik buruk Pembangkang hari ini.

Kepada yang berminat untuk mendaftarkan diri dan HADIR pada malam ambang Merdeka nanti di Stadium Nasional Bkt Jalil pada 31 Ogos 2012 nanti, sila klik DI SINI.


No comments:

Artikel pelbagai