Saturday, January 26, 2013

Fitnah Kata Kerajaan Menipu Bagi IC Tapi KANTOI Sebenarnya Tak Pernah Tolong Rakyat!

Dua beradik B. Reshina, 18, dan B. Dinesh Kumar, 26, yang tercicir daripada mendapat MyKad hanya diperalat menyertai tunjuk perasaan tanpa mengetahui bahawa pembangkang tidak pernah membantu mereka memohon dokumen pengenalan diri.

Perkara itu didedah Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) Datuk Siva Subramaniam, selepas majlis penyerahan MyKad kepada dua beradik itu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, Jumaat.

Menurut Siva, dua beradik itu menyertai demonstrasi dengan harapan akan mendapat kewarganegaraan, tetapi hakikat adalah sebaliknya kerana pembangkang tidak pernah membantu mereka mengemukakan permohonan.

"Setelah berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja. Jadi saya minta pihak berkenaan tidak memperalat kaum India lagi," katanya.

Reshina sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila pembangkang mendakwa gadis itu berdepan masalah meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya, dan dijadikan alat untuk mengadakan demonstrasi di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.

Ketika ditemui pemberita di sini, Reshina berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan MyKad.

"Sebelum ini saya agak sedih kerana terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan menggunakan status warga asing. Dengan adanya MyKad ia akan memudahkan saya mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyelesaikan 62,604 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak 1997 hingga 2009, dan 44 peratus daripadanya mendapat kelulusan untuk hak kewarganegaraan.

Selain itu, kementerian juga berjaya menyelesaikan 109,044 permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak sejak 2005 hingga 2009.

Hishammuddin berkata kementerian akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses dan permohonan berkaitan kewarganegaraan dan daftar lewat, termasuk mempergiat program turun padang terutama di Sabah, Sarawak, kawasan Orang Asli dan Siam serta program khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU). BERNAMA


GR kata: Anwar kantoi 'Projek RCI' mesti dia kata salah UMNO....

SIAPA YANG TAL KENAL LIM KIT SIANG PADA 13 MEI?? MEH SINI NAK KENALKAN!!

1. Menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud "Mati Melayu".

2. "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu" – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan"– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. "KL sekarang cina punya" – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. "Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control." – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. "Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…" – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. "… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis." – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!" – 12 Mei.

9. "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…" – 12 Mei, Jalan Canves.

10. "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu." – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.


GR kata: PRU 13 nanti mungkin peristiwa berdarah ini berulang lagi. Korang fikirkanlah sendiri yer...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'PROJEK RCI SABAH' - ANWAR JADI CACING KERAWIT!!


Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.

Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cumamemanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentinganpolitik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.

"...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikanisu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini.Mereka tidak mahu panel RCI menyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataandaripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkankeputusan suruhanjaya berkenaan.

"Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno," katanya kepadaBernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini Khamis.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini Khamis.

Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikansama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya.

"Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya," katanya.

Selasa lepas, Salleh, yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud mencabar Anwar supaya berterus terang mengenai pendatang tanpa izin kepada suruhanjaya berkenaan yang ditugaskan meneliti masalah yang tertangguh di negeri ini sejak sekian lama.

Salleh dipetik sebagai menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Anwar untuk berbuat demikian memandangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dan menambah: "beliau (Anwar) seorang yang berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan oleh perdana menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah danSarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Prosiding berikutnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb. - Bernama


GR kata: Cakap Anwar macam dalam komik Dewata Raya kan! Penipu oh Penipu!!

Friday, January 25, 2013

HOT: HANS ISAAC NAK KAHWIN DENGAN NEELOFA TAHUN DEPAN?



Aktor dan produser Hans Isaac berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan 2014.

Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya Carmina Anciano Isaac, 74, pada 13 Ogos 2012.

Kata Hans, dia dah dua, tiga tahun lepas memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.

Namun kini apabila ibu sudah tiada, sekarang tibalah masa untuk dirinya sendiri. Menurut Hans dia meletakkan sasaran paling awal dalam pertengahan 2014.

Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

Bagus la kalau macam tu, tapi peminat semua nak tahu siapakah calon isteri Hans Isaac tu? Kita tengok jer tahun depan nanti. Adakah gadis bertuah itu bernama Neelofa? Kita tungguuuuuu....


GR kata: Minggu lepas ada kawan nampak mereka berdua baru turun flight Firefly. Pergi mana tu?? Hi hi hi....

RAFIZI SALAH TEBUK LUBANG, MAKAN DIRI SENDIRI! AMIK KAU DAH KENA SAMAN!


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan)menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - BERNAMA





GR kata: Jangan kejutkan harimau yang sedang tidur....

FOTO: @Khalid_Ibrahim YANG 'BELAJAR TINGGI', KL DI BAWAH JAJAHAN SELANGOR!!



GR kata: K.Lumpur di bawah negeri Selangor ker? Korang nilailah sendiri pemimpin macam ni yer. Alahai.....

SISTEM KEHAKIMAN NEGARA HANYA 'WAYANG KULIT' ATAU...??


Setiap yang bersalah pasti akan dijatuhkan hukuman, tidak kiralah berat atau pun tidak. Ianya bergantung dengan kesalahan yang disabitkan ke atas perilaku. Ada kesalahan yang diheret ke mahkamah mengambil masa yang agak lama kerana untuk mencari bukti-bukti yang sahih untuk dijatuhkan hukuman. Ada juga yang akan menyelesaikan sesebuah kes diluar mahkamah kerana tidak mahu ianya berleretan sampai tak ada kesudahannya. Penat naik turun itu adalah perkara biasa dalam sistem kehakiman di seluruh dunia.

Adakah sistem kehakiman negara ini masih relevan? Apakah peguam dan hakim yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas mereka dengan sempurna atau hanya kerana BAYARAN sahaja?

Memang GR bukannya pandai untuk bercakap mengenai hal undang-undang sebab bukannya Lawyer atau Majistret. Tapi apa yang dilihat sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kemusykilan yang menjadi tanda tanya. 'Orang yang tidak bersalah' yang disabitkan kesalahan. Jika diikutkan dari asalnya dan secara logiknya pihak terbabit hanya memaklumkan sahaja apa yang si perilaku lakukan. Ianya untuk memberitahu kepada masyarakat sebab itulah tugas media.

Perkara yang GR maksudkan ialah Anwar Ibrahim yang baru-baru ini dikatakan Menang Saman Ke Atas Utusan. Bukannya GR mahu mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi adakah sumber bukti yang diperolehi diperhalusi dengan adil sekali. Mahkamah adalah tempat untuk menyelesaikan sesebuah kes dan mendapat keadilan. Semua pihak yang terbabit dalam kehakiman perlulah bersikap adil dan bukannya merupakan mereka yang dari kalangan PRO kepada sesebuah pihak.


Sudah menjadi lumrah Anwar Ibrahim akan mengatakan kemenangan beliau ini adalah dorongan rakyat dan ini semua adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan beliau. Tidak perlulah GR huraikan sekali lagi apa yang beliau buat selama ini hanya untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan juga Kerajaan BN. Jika dulu pada tahun sekitar 1998 negara dikejutkan dengan pemecatan Anwar dan rakyat ramai tidak menyangka. Apabila perbicaraan dibuat, kita amati beliau dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan beliau. Bukti yang diberikan adalah jelas.

Selepas beberapa tahun pada 901 pula kes beliau meliwat Saiful Bukhari mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Kenapa Anwar perlu mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika perbicaraan. Ada saja helahnya. Mungkin apa yang GR katakan ini ramai pembaca yang berkata mengarut dan artikel ini bodoh. Tapi fikirlah dan hayatilah semula jika benar kita tak bersalah kita tak perlu takut dan menunding jari kesalahan kita itu atas sebab orang lain.

Dalam kes Utusan Malaysia ini, akhbar ini hanya melaporkan apa yang terkandung dalam video ini :



Pembaca lihat video di atas yang hanya dilaporkan oleh Utusan Malaysia apa yang dikatakan oleh Anwar. Apa pendapat korang bila tengok video ini dan fahami apa yang dikatakan oleh Anwar. Anwar, hang pun mesti tau kan? Menang kes atas sebab memusing fakta?

Untuk pengetahuan semua, portal menipu rakyat Malaysiakini juga melaporkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak didakwa? Isinya sama tidak ada bezanya tapi pihak lain yang jadi mangsa. Jika Anwar bersikap profesional dan adil dakwa siapa saja yang melaporkan isu LGBT ini. Mahu jadi Perdana Menteri tapi burukkan Malaysia di negara luar. Contoh yang baikkah macam nie??

Maklumat yang GR terima hasil bertanyakan sumber dalaman di kehakiman negara memberitahu hakim yang dipertanggungjawabkan mengadili kes Anwar dan Utusan ini iaitu Hakim Datuk VT Singham adalah 'Orang Anwar'. Lebih senang kita panggil memihak kepada pembangkang (pro pembangkang).

Beliau juga seorang yang masih belum berkahwin lagi walaupun dah nak pencen. 'Bayaran' yang beliau terima dari Anwar agak lumayan untuk memutarbelitkan fakta sebenar dan memihak kepada Anwar? Ada juga sumber di mahkamah memberitahu GR....hakim ini Gay. Itu tidak pasti tapi jika benar ini boleh memalukan sistem kehakiman negara ini.

Pada pihak yang terlibat dalam Sistem Kehakiman ini baik dari Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang terlibat, haruslah mengkaji semula Sistem Kehakiman yang ada sekarang. Terlalu banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jika tidak dibendung boleh menjatuhkan imej negara. Lama kelamaan orang masuk mahkamah boleh rileks kacang sebab tak ada apa-apa. Bayar saja boleh lepas dan selesai. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Pertahankan Hak Atau Batil??

Thursday, January 24, 2013

RENUNGAN BERSAMA: AIR MATA RASULULLAH S.A.W PADA UMATNYA

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah S.A.W menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah S.A.W. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril a.s yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah S.W.T dan penghulu dunia ini. Jibril a.s jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah S.W.T?', tanya Rasululllah S.A.W dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu".

"Semua Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah S.A.W lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan Syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail a.s melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah S.A.W ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah S.A.W bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah S.A.W mengaduh. Fatimah terpejam, Ali r.a yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril a.s memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah S.A.W pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'.

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih. Betapa cintanya Rasulullah S.A.W kepada kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

VIDEO: OSTAJAH @abby_abadi112 'GELI-GELI' DENGAN OSTAD PAS TERSEBAR?


Mazhab demi mazhab baru bila Ostazah Celop ni berkata-kata. Memang hebatkan, belajar agama tak sampai setahun jagung boleh menentukan dosa pahala serta halal haram.

Geli bukannya apa, nyanyi lagu pun boleh jatuh HARAM...kalau kita nyanyi lagu Pakatan Pembangkang pula macam mana jatuh hukumnya pula yer?

Manusia yang taksub dan tak pandai bersyukur memang macam ni perangainya. Nak tanyalah kan, dulu masa sekolah sampai ke menara gading dan jadi artis Ostajah Abby ni sekolah PAS ker? Bantuan yang diterima dari mana yer? Tepuk dada tanyalah hati yer....





GR kata: Orang tak tahu malu memang macam tu perangainya...

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA


Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan hari ini, GR ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan 'Lakukan sesuatu itu dengan ikhlas Di hati'.

Rasulullah S.A.W adalah insan yang teristimewa disisi Allah S.W.T. Kita patut berbangga menjadi umat Islam semoga mendapat Syafaat di Akhirat kelak INSYA ALLAH. Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah SWT.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21) “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

Wednesday, January 23, 2013

@NajibRazak Hebat Dihati Rakyat Malaysia dan Di Mata Dunia, @anwaribrahim Hebat Di Mana Yer?


DAVOS (Switzerland): Mesej Twitter oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang paling banyak ditulis ulang atau 'retweet' selama kira-kira lima jam bermula 10 pagi Selasa.

Kedudukan itu dipaparkan pada skrin besar di Kongress Zentrum Building iaitu lokasi Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi (WEF) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 23 Januari.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada jauh di hadapan, meninggalkan Pengarang Sant Jordi Asociados, Paolo Coelho, Perdana Menteri Itali Mario Monti, kolumnis The New York Times Nicholas D Kristof dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Right Start Foundation International, Amr Khaled.

Mereka merupakan peserta forum berkenaan dan aktiviti Twitter mereka dipantau oleh WEF.


'Retweet' yang aktif oleh pengikut twitter Najib itu dipercayai kerana perdana menteri kini berada di Gaza, Palestin.

Najib berkata beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama rakyat Palestin.

Perdana Menteri dijadual tiba di Bandaraya Davos, dengan keadaan cuaca yang amat jauh berbeza berbanding Gaza, pada 24 Januari. - BERNAMA


GR kata: Anwar hebat di mana? Korang faham-faham dah la yer. Hi hi hi...

"Siapa Kata Saya Pondan? Saya Jantan Power La..."

Pelakon dan pengacara Roslan Shah kecewa apabila terdapat rakan artis yang menuduhnya pondan selepas dia mendedahkan hasrat hati untuk berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin, 41, berkata, dia benar-benar sedih dengan fitnah itu yang dibuat tanpa memikirkan hati dan perasaannya.

“Saya mengaku, saya seorang lelaki lembut tetapi saya bukan pondan yang berpakaian wanita. Saya mampu mempunyai isteri dan insya-Allah boleh mendapatkan zuriat,” katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas statusnya untuk mendirikan rumah tangga ditertawakan sesetengah pihak.

Roslan berkata, apa yang mengejutkan tuduhan yang tidak enak itu datangnya daripada rakan artis sendiri yang sentiasa memandang buruk terhadap apa juga perkara yang beliau lakukan. Mereka seharusnya menyokong usaha murninya apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang dituntut dalam agama.


 “Pelik atau tidak bila kita nak buat benda baik, kawan-kawan sendiri yang mahu melihat ia gagal? Tidak kiralah saya ini berlatar belakang apa sekali pun, jika seseorang itu mahu menjadi lebih baik, kita harus menyokongnya dan menegah kepada perkara keburukan.. Ia adalah tuntutan agama,” jelasnya.

Tambah Roslan, bakal isterinya tiada halangan dengan sifatnya sebagai lelaki lembut malah wanita berkenaan lebih menyenangi individu berperwatakan seperti itu.

“Alhamdulillah... wanita itu senang dengan sikap saya. Dia kata saya seorang yang kelakar. Dia lebih mempercayai orang seperti saya daripada sesetengah lelaki lain yang mungkin akan bermain kayu tiga,” katanya.

Ditanya mengenai identiti wanita tersebut Roslan menjelaskan, kekasihnya itu berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berusia 29 tahun.

Tanpa mahu mendedahkan dengan lebih jelas mengenai wanita itu, Roslan memberitahu perkenalan mereka berlaku ketika Roslan mengadakan persembahan sempena Fiesta Jom Heboh anjuran TV3 di Kelantan kira-kira tiga tahun lalu,

“Dari situlah kami kenal sehinggalah saya membuat keputusan untuk berkahwin degannya.

Sekarang saya dah kumpul duit sikit demi sikit. Insya-Allah, nanti cukuplah untuk buat kahwin.

“Kalau tak ada masalah, saya nak ajak kawan-kawan wartawan pergi ke Kelantan masa nikah saya nanti,” katanya yang mengharapkan doa semua peminat terhadap impian perkahwinan itu.


GR kata: Jangan lihat luaran saja. Kalau sorang pemimpin pembangkang tu kategori apa yer, semua dia bedal. He he he...

TUGAS @PDRMsia DIHARGAI RAKYAT DAN BUSINESSMAN TAPI ANWAR TANAMKAN KEBENCIAN PADA RAKYAT! INILAH PERANGAI BUSUK PAKATAN RAKYAT!!


Peranan Polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sememangnya harus diberikan kepujian yang tinggi. Tugas mereka merangkumi pelbagai aspek dan yang paling penting keselamatan rakyat harus dibela.

Tapi masih ada sesetengah yang tidak bertanggungjawab menanamkan persepsi buruk peranan Polis di pemikiran mereka. Sehinggalah ada pihak yang melihat tugas Polis ini benci dan jijik di mata mereka. Ini kita lihat dalam demo haram Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0. Penghinaan yang dilakukan terhadap pihak Polis tidak harus ada dalam diri rakyat Malaysia. Contohnya seperti gambar di atas.

Demo haram seperti ini bukannya memberi pandangan yang baik tetapi memberikan pandangan buruk negara di mata dunia. Jika negara menjadi huru hara disebabkan Pakatan Pembangkang menggunakan rakyat semata-mata untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada, apa jadi dengan nama Malaysia?


Bagaimana dengan ekonomi dan pelaburan negara di mata dunia? Para peniaga semestinya memikirkan negatif dan keselamatan mereka adakah terjamin atau tidak? Sedangkan Malaysia adalah dikategorikan sebuah negara yang aman dan makmur dengan pelbagai kaumnya.

Hasrat ini bukannya saja diluahkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Malah para peniaga di Malaysia mahu pun dari luar negara mahukan jalinan perniagaan yang mereka bina sejak dulu lagi terus diperkukuhkan. Mereka juga melahirkan rasa terima kasih dan bangga dengan tugas pihak Polis yang berjaya mengawal setiap demo haram yang Pakatan Pembangkang anjurkan. Kita juga sebagai rakyat Malaysia haruslah berterima kasih kepada pihak Polis kerana tanpa pengorbanan mereka, huru hara yang berlaku tidak akan dapat dikawal dengan sempurna.

Pandangan seorang ahli perniagaan Melayu di Malaysia yang berterima kasih dengan tugas baik pihak Polis jalankan :

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara ‘dihenyak’ perhimpunan Bersih 3.0.

Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.

Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia. Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ‘‘...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."

Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.

Artikel penuh seterusnya baca http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130123/re_05/Orang-bisnes-tabik-polis


GR kata: Polis dan ATM sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan negara....

BAWANI AND SHARIFAH ZOHRA #Listen #Listen THIS!!


Golongan mahasiswa sememangnya menjadi perhatian dalam setiap apa yang mereka lakukan. Ini kerana mereka adalah merupakan golongan muda yang bakal menjadi pelapis negara. Pandangan dan buah fikiran mereka juga segar dan golongan ini juga ada kalanya berfikiran mengikut nafsu atau pun sedap mulut.

Golongan ini jugalah yang sering dipergunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab hanya kerana kepentingan peribadi mereka sahaja. Golongan mahasiswa juga harus diingatkan supaya buat sesuatu perkara gunakan akal fikiran bukannya dengan menyebelahi sesuatu pihak tapi untuk kebaikan semua.

Video ini khas untuk mereka berdua :





GR kata: Tak suka pi duk negara lain. Betul gak tu... hi hi hi

Tuesday, January 22, 2013

"SAYA UCAP KALIMAH SYAHADAH KALI KE 2 SEBAB TAK NAK SESAT BERSAMA PAS..!!"


Che Ramli Daud, 55, yang awalnya dianggap bukan penyokong PAS terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.

''Biar pun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.

''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.

Menyingkap masa lalunya, dia yang menetap di Bukit Perepat dekat sini sejak hampir dua dekad lalu menceritakan ketika Amanat Haji Hadi memuncak sehingga menjadi pegangan hampir keseluruhan penduduk, UMNO seolah-olah tidak lagi wujud.

Janganlah kita terlalu taksub dalam berpolitik, jika berpolitik gunakanlah akal dan fikiran yang Allah S.W.T berikan pada kita demi masa depan agama, bangsa dan negara. Pakatan Pembangkang hanya menggunakan pelbagai propaganda jahat untuk menyesatkan umat Islam.

Dalam Islam kita boleh berpolitik tapi jangan berpolitik yang boleh menyesatkan semua umat. Berfatwa dalam bab agama Islam perlulah berlandaskan Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W bukannya berfatwa mengikut kepala sendiri. Renung-renungkan...


GR kata: Pemimpin tertinggi PAS pun ada yang tak boleh ikut fatwa Nik Aziz. Macam mana tu??

NIK AZIZ FITNAH @NajibRazak TAHAP MELAMPAU, KENAPA @PMOMalaysia SENYAP JER??


Semakin hari makin banyak fitnah dan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah yang terbaik dalam dunia. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat sokongan rakyat walaupun hanya dengan berbuih mulut.

Baru-baru ini hanya semata-mata untuk mengelakkan diri dari kesalahan yang dilakukan oleh kaum sekutu mereka, Nik Aziz seorang ulama' yang pada zahirnya disanjungi oleh puak PAS sanggup MEMFITNAH YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Artikel tersebut boleh rujuk DI SINI

Apa yang ingin ditegaskan di sini kenapa sehingga hari ini pihak PM Office masih berdiam diri, janganlah berdiam diri. Pegawai yang dipertanggungjawab menjaga perihal YAB Perdana Menteri harus bertindak secara matang dan berani untuk mengutarakan perkara yang sebenar.


Sebagai rakyat yang sayangkan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, GR berasa perbuatan yang tak patut dilakukan oleh seorang yang dianggap Ulama'. Beginikah ciri seorang Tok Guru yang 'memperjuangkan' Islam? Pembaca lihatlah sendiri gambar di atas.

Apa yang ingin GR utarakan di sini ialah kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas Nik Aziz atau pun pengendali Facebook Tok Guru ini. Seorang pemimpin Islam menghina dan memfitnah pemimpin Islam, perkara ini tidak boleh dianggap remeh. Memang jelas surat di atas adalah PALSU dari segi keasliannya.

Lihat contoh surat rasmi di bawah :


Pejabat Nik Aziz keluarkan ucapan terima kasih pun menggunakan surat rasmi yang mempunyai LETTERHEAD. Inikan pula surat rasmi yang kononnya PM Najib Razak mempersetujui Bible boleh dikeluarkan dalam Bahasa Melayu.

Mohon pegawai-pegawai PM Office buka mata seluas-luasnya, jangan semua perkara YAB PM nak buka mulut baru kita semua nak bertindak. Gunakan akal fikiran kita demi membantu YAB Perdana Menteri dan mempertahankan Putrajaya terus kekal di bawah pucuk pimpinan DS Najib Razak dan BN.

Harus bertindak berani, kalau pembangkang boleh buat dengan MENYAMAN pihak lain walaupun perkara tersebut benar dan terbukti pembangkang salah. Kenapa kita tidak boleh SAMAN Nik Aziz yang terang-terang FITNAH YAB Perdana Menteri DS Najib Razak??


GR kata: Nik Aziz bila nak tutup mulut busuk tu yer??

MASJID 70 TAHUN SALAH KIBLAT


MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat.

Imam satu Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kesalahan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar yang sepatutnya mencondong ke kiri berlaku sepanjang usia masjid itu.

Menurutnya, ia mula dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan, sekali gus mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid mula dibina sejak tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah. Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya. - SH


GR kata: Semoga ibadah yang dikerjakan diterima Allah S.W.T

Monday, January 21, 2013

Guan Eng Kaki Kencing! Inilah Perangai Busuk Pakatan Rakyat!! #PRmenipu

Kira-kira 45 ahli dan penyokong DAP hari ini mengadakan demonstrasi aman dengan berarak sejauh 300 meter dari Air Itam menuju Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Putih yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini bagi mendesak pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan.

Wakilnya, S. Sivasamy berkata, pihaknya mahu pemilihan itu diadakan selaras dengan laungan yang sering dilaungkan kepimpinan parti iaitu cekap, akauntabiliti dan telus.

Katanya, pemilihan tersebut dilihat seolah-olah mempunyai unsur pilih kasih apabila terdapat kesilapan malah parti juga seperti tidak memberi layanan sama rata terhadap ahli daripada kaum India.

"Kita mahu pemilihan itu diadakan semula dan parti harus memastikan tiada sebarang kesilapan akan berlaku lagi.

"Bagaimana lebihan 500 undi itu boleh terjadi dalam pemilihan tersebut? Ini bukan pemilihan yang dilakukan oleh murid sekolah tetapi sebuah parti politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan berkenaan.

Dalam pemilihan CEC yang diadakan Disember lalu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari yang pada mulanya mendapat 305 undi kemudian diumumkan memperoleh 803 undi selepas pengiraan semula dilakukan sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Sivasamy dalam pada itu menambah, dia akan menghantar surat tidak puas hati kepada kepimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kalau suara ahli tidak didengari kepimpinan parti, apakah mereka akan dengar suara seluruh rakyat negara ini sekiranya berjaya dalam pilihan raya umum akan datang?" soalnya.

Selain itu, dia juga melahirkan kekecewaan apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan keahliannya dalam parti berkenaan.

"Hampir 30 tahun saya menjadi ahli DAP. Saya cuma mahu parti menunjukkan ketelusan seperti yang sering dilaungkan," ujarnya.

GR kata: Pemilihan pun ade pusing...macam mana nak tadbir Malaysia??

HOT: @anwaribrahim MENGAMUK Pada Anak Sendiri @n_izzah Sebab Orang Lembah Pantai!

Semalam hari minggu seperti biasa Anwar membuat jelajah ceramah beliau 'Menipu Rakyat' dan kali ini di kawasan parlimen anaknya sendiri Lembah Pantai.

Korang lihat gambar-gambar yang dikongsikan, program yang sepatutnya dijalan pada jam 5pm tidak mendapat sebarang sambutan dari masyarakat setempat. GR sendiri turut berada di tempat ceramah tersebut dan memang tak ramai yang datang pun.

Sumber dalaman PKR memberitahu GR, apalagi mengamuk la Anwar pada anaknya Nurul Izzah sebab tak buat kerja sebelum dia datang.

Sambutan Hari Ponggal ditangguhkan pada sebelah malam kerana Anwar meletakkan syarat jika mahu dia turun perlu sediakan seramai 500 orang. Mulalah PKR Lembah Pantai mengelabah dan Nurul Izzah arahkan macai-macainya memanggil ahli-ahli yang taksub dari kawasan sekitar Lembah Pantai untuk datang.

Kenapa rakyat Lembah Pantai tak hadir ye? Korang fikirkanlah sendiri ye. Anwar pun seperti biasa malam tadi berjoget sakan macam beliau jugalah macam orang India. Perbuatan kaum yang melibatkan upacara keagamaan pun selamba dilakukan beliau. Macam ni ciri seorang pemimpin yang tak kisah hukum hakam sebagai seorang Islam. Jawabnya tepuk dada tanya hati...



GR kata: Anwar joget perasan diri tu muda sangat. Geli siot..hahaha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 20, 2013

RAMAILAH LELAKI FRUST MENONGGENG TAK DAPAT ROZITA CHE WAN


Kekasih kepada Rozita Che Wan, Zain Saidin menegeaskan yang mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga atau bernikah/berkahwin pada tahun ini.

Memang kenyataan berani mati sunggu Zain memandangkan begitu sayangnya dia dengan pelakon jelitawan itu. Dan ini sebagai jawapan kepada siri penayangan gambar dan pengakuannya terhadap Rozita di laman sosial miliknya

"Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,

"Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini," ujar Zain.


Nampaknya jejaka-jejaka Malaya terlepaslah peluang untuk menambat hati pelakon dan pengacara yang cun meletop ni. Tahniah GR ucapkan pada mereka berdua dan doakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan kekal selamanya.


GR kata: Jodoh tidak mengenal erti usia....

Kerajaan Mana Dalam Dunia Beri Bantuan Pada Pelajar Sekolah? @razlanrafii @rizalmanmokhtar #JanjiDitepati

Tahun lepas Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan pada semua pelajar sekolah, pembangkang kata ini hanyalah pancing undi tapi tiada pilihanraya diadakan. Tahun ini sekali lagi bantuan ini diteruskan lagi bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan mereka.

Syukurlah hendaknya dengan bantuan yang diberikan dan ini menunjukkan Kerajaan yang sedia ada membuktikan kepimpinannya membela nasib rakyat. Pelajar-pelajar sekolah sekarang pun diberikan bantuan yang PERCUMA seperti yuran persekolahan ditanggung oleh Kerajaan. Bantuan buku teks, bantuan minuman susu dan pelbagai lagi.

Minggu lepas, UMNO Bhgn Seputeh dan UMNO Bhgn Bdr Tun Razak telah menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan parlimen mereka. Pelajar sungguh gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana bantuan ini diteruskan untuk kali yang kedua. Para ibu bapa juga mengharapkan bantuan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pakatan pembangkang hanya pandai berjanji memberikan pelajaran percuma pada pelajar sekolah hanyalah mainan dibibir mereka saja. Propaganda mereka hanya untuk menghasut pemikiran rakyat supaya membenci Kerajaan sekarang. Sedangkan Sekolah PASTI pun mereka tidak boleh berikan percuma inikan pula pendidikan percuma untuk semua.



GR kata: Yuran sekolah sekarang Kerajaan tanggung itu bukan percuma ka??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Artikel pelbagai