Saturday, August 18, 2012

UCAPAN AIDILFITRI BUAT SEMUA....


Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Dikesempatan ini GR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya tak kira di mana jua korang berada.

GR juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata dan tersentuh hati jika artikel GR selama ini ada menyentuh hati dan membuat hati korang tersinggung.

Semoga dihari lebaran ini membawa seribu kebaikan dan kegembiraan buat kita semua. Kepada yang memandu, pandulah berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

YAHOOO....ESOK TOL FREE!! #JanjiDitepati


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Maju Expressway Sdn. Bhd., pengendali lebuh raya Maju Expressway (MEX) mengumumkan laluan tol percuma esok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna lebuh raya tersebut.

Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, laluan tol percuma di lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya itu akan bermula tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.

Katanya, pemberian laluan tol percuma itu bertujuan menghargai para pengguna lebuh raya Mex agar mereka dapat menyambut perayaan Aidilfitri ini dengan lancar dan selesa menuju ke destinasi masing-masing.

"Kami berharap, para pengguna sentiasa mengikut peraturan jalan raya dan memastikan kereta masing-masing sentiasa berada didalam keadaan baik",’’ katanya melalui kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan


GR kata: Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin. Hati-hati ketika memandu yer!!

Friday, August 17, 2012

ADIK PEREMPUAN DIBAKAR KEKASIH MASIH KRITIKAL DI ICU


KUALA LUMPUR: Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa. Beliau berkata, dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar danmasih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.

"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini Jumaat.

Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.

Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dantangan.

Mat Zaki berkata selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu.

"Sebagai bapa, saya tidak dapat memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara NurulFirzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidakmenyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya. Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.

Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada YayasanKebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasanitu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - BERNAMA



GR kata: Dapat maklumat budak lelaki kat atas nie, hubungi Balai Polis berhampiran yer...Kesian tengok adik perempuan tue, tak dapat nak raya.

SEBARKAN!! PEMBUNUH BUDAK PEREMPUAN DIKENALPASTI!!

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

 

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Sumber: MTK

KENAPA PAS TAKUT DAN JADI PAK SANGGUP PADA DAP??


Realitinya dalam 222 bahagian yg wujud, PAS hanya menangh 26 kerusi daripada lebih 80 bahagian yang dimenangi oleh pakatan Haprak. Selebihnya dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan dalam 26 kerusi yang dimenangi oleh PAS sebahagiannya kemenangan itu adalah hasil undi pihak bukan Islam di kawasan yang terbabit.

Umum mengetahui bahawa bukan Islam tidak setuju dgn hudud PAS. Justeru jika Pas masih nak pertahankan hudud ciptaan PAS, kita percaya bukan Islam akan beralih sokongan kepada BN dan jugak undi Melayu yang terdiri daripada pengundi atas pagar juga akan beralih ke BN.

Di kubu kuat PAS yakni Kelantan pun, pihak PAS menang tipis disetiap kawasan yang dimenangi PAS. Oleh sebab itulah untuk mendapat sokongan umum rakyat, PAS terpaksa mengorbankan hudud ciptaan mereka. Jadi, jelas di sini mengapa Presiden PAS Hadi Awang gugurkan hudud dan beraleh kepada negara kebajikan, semata-mata kerana mahukan sokongan undi bukan Melayu ini.

Nik Aziz pula sedar tentang ini, namun kerana takut akan kehilangan penyokong tegar mereka (PAS), maka dia terpaksa bawa keluar semula hudud dari peti sejuk beku. Jadi, mengapakah kita umat Islam masih nak taksub dgn isu hudud PAS ini ? Tidakkah kita sedar bahawa tindakan PAS mengorbankan hudud PAS ini membuktikan bahawa PAS hanya cakap tak serupa bikin dan hukum Islam hanyalah mainan politik PAS yang terlalu taksub dengan fahaman sempit dan tidak pada realiti zaman yang sebenar..

Mari kita renungi kata-kata Tun Mahathir bahawa UMNO tidak menolak hukum Islam samada hudud atau takdir, cuma UMNO menolak fahaman hukum Islam yang dipegang oleh PAS yang terang-terang bersifat tidak syumul kepada seluruh umat. Hukum Islam mestilah bersifat syumul dan universal, barulah Islam boleh menyatupadukan umat Islam. Jika ianya hanya berpihak-pihak maka hukum Islam itu telah lari daripada landasan sebenar. - Sumber



GR kata: PAS sanggup memperjudikan Islam, demi capai cita-cita bodoh depa!!

ORANG LAIN JADI AHLI PARLIMEN, ORANG LAIN YANG BUAT KERJA!! @rizalmanmokhtar #bn4wp


Alhamdulillah...malam tadi sekali lagi rakyat Bdr Tun Razak berasa syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang mereka terima sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hari Ahad ini insyaAllah.

Program bantuan yang dikenali Kembara Ramadhan Siri ke-4 diteruskan lagi demi membantu meringankan beban rakyat. Malam tadi juga pemberian bantuan ini diberikan kepada seluruh rakyat Bdr Tun Razak ke setiap rumah dan tidak mengira parti serta latar belakang mereka. Program Kembara Ramadhan ini adalah kerjasama antara Pergerakan Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan Koperasi Ukhwah Berhad.

Bantuan disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, YBhg Datuk Rizalman Dato' Mokhtar yang juga merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan. Pihak Koperasi Ukhwah juga menyampaikan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Respon yang baik dari kalangan mereka yang menerima bantuan, mereka berbanyak terima kasih kerana bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Bantuan yang diberikan merupakan barangan keperluan harian dan sumbangan zakat.

Lihat gambar di bawah sekitar program malam tadi :






GR kata: Mana laa Ahli Parlimen Bdr Tun Razak nie? Puasa dah nak habis pun tak nampak batang hidung...!!!

AMBOII...BERLAGAKNYA ARTIS POPULAR NIE??


Lama tidak mendengar perkhabaran pelakon yang bernama Ainul Aishah ini. Sejak berkecimpung di dalam bidang perniagaan Tutti Frutti, sudah jarang nampak kelibat Ainul Aishah di dalam kaca TV. Namun baru-baru ini Abang Nara menerima sekeping email yang melahirkan kekecewaannya terhadap sikap Ainul Aishah.

Gambar tersebut telah pun diupload oleh Ainul Aishah menerusi Instagramnya di bulan Ramadhan ini. Salah seorang pengikut Ainul telah pun menegur cara pemakaian Ainul yang agak tidak sesuai untuk bulan puasa. Sayangnya teguran ikhlas tersebut telah disalah ertikan oleh Ainul Aishah.



Ainul Aishah menyatakan yang Instagramnya adalah tempat untuk fun-fun dan tak boleh nak gaduh-gaduh atau tunjuk angel. Ainul memberitahu kalau ingin menegurnya, tegurlah di tempat lain. Bukan di Instagram ini.

Kisah lanjut baca DI SINI


GR kata: Jika kita ditegur untuk kebaikan maknenya ramai orang sayangkan kita...Fikir-fikirkanlah!!!

Thursday, August 16, 2012

PERUBAHAN AKHBAR MELAYU, CINA DAN PENULISAN BLOG - @Zahid_Hamidi


Baru-baru ini sebelum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengarang berita akhbar-akhbar Cina.

Mengakui tidak semua akhbar berbahasa Cina ditemuinya, Naib Presiden UMNO itu bagaimanapun menyuarakan nada positif.

"Saya melihat ada perubahan daripada akhbar-akhbar bukan Melayu (dalam) melaporkan berita yang benar kerana terdapat pengamal media yang dikategorikan muda yang merasakan pihak kerajaan tidak mengiktiraf ijazah mereka (semasa belajar dulu). Dan mereka meluahkan perasaan benci kepada kerajaan melalui tulisan mereka," kata menteri itu.

Wartawan-wartawan muda akhbar-akhbar Cina berkenaan, kata beliau, mula menyedari gaya tulisan mereka sehingga dikatakan telah menyebabkan akhbar masing-masing berat sebelah dalam melaporkan berita-berita kerajaan.

"Jiwa mereka muda, jiwa itu ada perasaan anti. Itu memang lumrah. Apabila wartawan senior menjelaskan, mereka mula berubah.

"(Ini barangkali disebabkan) ada kalangan mereka datang dari sistem pendidikan aliran Cina. Apabila belajar di peringkat tinggi, diploma mereka tidak diiktiraf, gaji mereka rendah, jadi mereka marah. Tetapi apabila (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mengumumkan ijazah mereka diiktiraf, mereka mula merasakan kepedulian (kerajaan terhadap mereka) diambil kira. Dan (kini) mereka bukan sahaja seimbang tetapi melaporkan perkara yang benar," kata beliau lagi.

Ahmad Zahid merujuk kepada keputusan Perdana Menteri bulan lalu yang memberikan pengiktirafan kepada lebih 70 kursus diploma dan diploma lanjutan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) berkuat kuasa serta-merta. Kursus-kursus itu yang mula ditawarkan sejak pertengahan tahun 1990-an sebelum ini tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kerana masalah teknikal sedangkan ia diterima baik di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan itu akan membawa implikasi positif kepada semua yang terlibat khususnya KTAR sendiri dalam melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti yang sangat diperlukan negara.

Malah bukan itu sahaja. Sebanyak 820 institusi pengajian tinggi (IPT) China telah diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga kini. Ia diiktiraf melalui perjanjian rangka kerja bagi memudahkan pengiktirafan untuk kelayakan pendidikan tinggi akademik yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dan republik berkenaan pada 28 April 2011.

Dalam memperkatakan mengenai corak pemberitaan semua akhbar termasuk akhbar- akhbar Melayu, Ahmad Zahid akur bahawa kesemua akhbar bergantung kepada pendapatan hasil iklan yang dimuatkan dalam keluaran masing-masing. Ia termasuk sisipan yang juga penting untuk mempuratakan kos pengeluaran.

"Pemegang saham terhadap sesebuah akhbar itu, sama ada mereka pemerintah atau kerajaan, mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu akhbar berkenaan.

"Umpamanya akhbar pembangkang, sahamnya dikuasai oleh parti berkenaan dan pengamal medianya terdiri daripada aktivis politik mereka. Mereka mencari jalan pendapatan sumber melalui sumber parti mereka.

"Kalau mereka mahu menjadi sebuah akhbar yang liberal kerana mahu pemberitaan sama rata, mereka perlu melaporkan pemberitaan yang sama adil. Tetapi pada masa yang sama, mereka memerlukan pendapatan dan iklan-iklan, jadi aspek ini dilihat melalui sudut komersil. Pertimbangan komersil ini menyebabkan mereka melakukan pendekatan pemberitaan agak bebeza. Dan mereka menyedari Perdana Menteri bersungguh-sungguh melakukan transformasi politik," katanya.

Ahmad Zahid yang kebetulan membuat kajian tentang peranan Utusan Malaysia dan Berita Harian dalam menterjemah manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum era Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, akhbar ini memainkan peranan yang cukup besar - yang sama besarnya yang dimainkan oleh akhbar saingannya itu.

"Terdapat akhbar Melayu arus perdana memainkan peranan yang cukup jelas di mana dari segi tradisinya akhbar Melayu ini telah menukar minda orang Melayu dan masyarakat majmuk.

"Namun ada juga akhbar Melayu yang memainkan peranan untuk menjaga kumpulan middle ground iaitu pemberitaan dan laporannya dibuat secara seimbang. Namun keseimbangan itu bertujuan semata-mata untuk memenuhi kehendak pasaran, bukan kerana ada agenda politik," kata beliau.

Kata Ahmad Zahid: "Tetapi Utusan dan Berita Harian, saya yakin bukan soal pengedaran tetapi agenda pertama adalah soal politik.

Terkadang-kala harga mahal terpaksa dibayar kerana corak pemberitaan itu melaporan tentang pihak kerajaan yang menyebabkan pengedaran itu menjadi menurun. Tetapi saya menghargai apa yang dilakukan oleh Utusan walaupun Utusan menghadapi banyak saman dan pengedaran menurun, sekali gus menyebabkan dari segi iklan berkurangan.

"Dalam hal ini, saya merasakan peranan Utusan mesti dikembalikan kepada peranan asalnya. Walaupun media sosial telah mengambil peranan baru dalam mengubah acuan pemikiran rakyat, namun saya fikir langkah mengekalkan kaedah konvensional mesti diperkuatkan dengan melipatkangandakan melalui pemberitaan saluran online dan media sosial di bawah naungan Utusan."

Beliau melihat usaha melalui pemberitaan itu iaitu online telah berjalan tetapi akhbar ini mungkin memperolehi dua kali ganda sahaja audien melalui kaedah konvensional . Tetapi, ia dapat dikaligandakan dalam bentuk beberapa media perdana bahasa lain di mana lima kali ganda atau 10 kali ganda pembaca online berbanding konvensional itu harus diteruskan.

"Dan saya fikir kredibiliti akhbar ini sebagai sebuah media yang memberikan laporan yang diangggap berat sebelah yang menyebelahi kerajaan akan terhapus dengan sendirinya apabila berita yang credible ada pada laporan dan berita kerana bagi saya kebebasan akhbar tidak harus dilihat dari segi pemberitaan bagi semua pihak.

"Ini berdasarkan teori komunikasi yang mengatakan ada agenda setting, ada pendekatan media tidak boleh lari dari agenda asal. Kalau kita hendak membandingkan teori media sosial, teori itu ditentukan oleh pengendali blog itu," kata beliau.

Kata Ahmad Zahid lagi: "(Sebahagian) pengamal blog itu bukan profesional namun terdapat mereka yang terdiri daripada pengamal media. Kalau mereka memberikan komen yang adil, mengapa mereka tidak memuatkan berita yang adil tentang kerajaan dalam blog mereka. Kenapa perlu memihak.

"Dalam hal ini, akhbar Melayu seperti Utusan, jangan dituduh ada memihak, tanya diri mereka (pihak berkenaan) sendiri, mengapa mereka memihak hanya pada satu pihak. Berita negatif mengenal kerajaan hampir menguasai 100 peratus blog mereka. Jangan tuduh orang tidak adil, kalau diri sendiri tidak berlaku adil." - Utusan

SEJARAH LIM KIT SIANG YANG RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU!!


Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN...

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.


GR kata: Jangan terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan, nanti negara hancur menyesal pun takder guna....Fikir-fikirkanlah!

BENGAP! 2 REMAJA LELAKI MAIN BELAKANG DI BULAN PUASA!!


PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis. Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. - Sinar


GR kata: Budaya yang macam nie Anwar sukakan...harus hentikan dengan segera!!

PANAS: NIK AZIZ SOKONG NASHARUDIN MASUK UMNO!?


Nampaknya jasa bekas Timb. Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bakal dibuang begitu saja umpama habis madu sepah dibuang. Apa saja yang dibuat tidak mengikut kehendak PAS mereka akan dibuang seperti sampah. Ini jelas terjadi sebelum ini Dato' Hassan Ali yang memperjuangkan Islam tapi dipecat begitu saja, malah mereka ini juga dicaci oleh puak-puak PAS kerana perjuangan mereka tidak berlandaskan Islam. Mana satu yang betul nie??

Kita juga tidak faham, kenapa PAS ini tidak boleh bergaul dengan orang selain mereka. Ada fatwa haram ker yang Pok Nik berikan pada mereka yer. Walhal dalam Al-Quran juga menyarankan kita sesama manusia haruslah mempunyai hubungan yang baik dalam mualamat kita baik sesama Islam dan yang bukan Islam. Tapi Nik Aziz tak boleh terima kenyataan dengan gambar di bawah yang memberi seribu makna :


Baca kenyataan di bawah :
KOTA BAHARU 15 Ogos - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti. - BERNAMA


GR kata: Pok Nik dah ada Ostad dan Ostajah segera dalam PAS kot tue yg dia tak kisah..keh3

Wednesday, August 15, 2012

APA SEBENAR DISEBALIK GAMBAR INI? ULAMA' CELUP MANA TUE??


Apa yang boleh kita kategorikan bila melihat gambar di atas. Mungkin boleh kita katakan bahawa puak Pakatan Haprak ini tidak menghormati apa yang telah dititahkan oleh DYMM Sultan yang juga merupakan ketua agama dalam negeri di bawah pentadbirannya.

Kalau sudah titah Sultan sendiripun yang mengkehendaki Masjid dan Surau tidak digunakan untuk ceramah politik kepartian, tidak mahu didengari, sememangnya MB Khalid Gagap ini jenis yang tidak makan saman dan keras kepala.

Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Kemungkinan besar ini adalah penggal terakhirnya sebagai Menteri Besar, dengan izin Allah S.W.T. Persoalannya, kenapa hendak mencemarkan Rumah Allah dengan tazkirah kepartian? Mungkin golongan-golongan ini sedang membayar zakat fitnah..!!


Persoalannya juga di sini, layakkah si ketua pembangkang ini memberikan takzirah Ramadhan. Tinggikah ilmu agama beliau untuk menerangkan fatwa-fatwa yang berlandaskan Islam. Sudahlah perangai busuk beliau yang tidak sudah-sudah menipu sana sini dengan menabur pelbagai janji tapi diangkat oleh puak-puak pakatan Haprak ini dengan membolehkan beliau memberikan tazkirah. Di mana Ulama' PAS dan Ustaz PAS, takkan senyap jer...angguk kepada tanda setuju??

Kesian GR melihat ahli jemaah surau ini, kerana mereka sebenarnya ingin menunaikan solat secara berjemaah dan beribadat dengan berzikir dan membaca Al-Quran untuk menambahkan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi apa yang berlaku mereka dikejutkan dengan tazkirah Olamak Celup dari Pakatan Haprak. Fikir-fikirkanlah yer....!!

Walaupun dengan kehadiran seorang Menteri Besar, seorang Ketua Umum Parti dan EXCO Kerajaan Negeri, masih tidak dapat menarik hadirin yang hadir. Haprakdaily dan Keldaiandaily pasti akan melaporkan ribuan bersesak membajiri rumah Allah.

Tuan-tuan kira sendiri sajalah. Kalau yang memberi tazkirah Al Hafiz Datuk Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul PAS, tidaklah terasa panas sangat. Ini yang memberi ceramah memang seorang yang terkenal dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi, dihormati oleh kaum sejenis maupun golongan China Dolls. Apa nak jadi dengan Selangor sekarang nie..???


GR kata: Pakatan Haprak 'Tak Pernah' gunakan Masjid Dan Surau Untuk Tujuan Politikkan.....Hihi hihi

PANAS: MRCB JANGAN SAKAN SANGAT PULUN DUIT! cc: @NajibRazak @RajaNongChik


Apa yang GR ingin beritahu di sini, keluhan rakyat di kawasan Seputeh khususnya di kawasan Taman Salak Jaya. Apa yang mereka inginkan oleh masyarakat Islam di situ ialah pembinaan sebuah masjid di kawasan yang hanya memerlukan keluasan 4 ekar saja.

GR juga difahamkan penduduk di kawasan Tmn Salak Jaya sudah 10 tahun menanti kelulusan yang mereka minta pada pihak atasan untuk pembinaan masjid di kawasan tersebut. Pembinaan masjid ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan pada masyarakat setempat untuk dapat menunaikan solat 5 waktu berjemaah dan juga solat Jumaat dapat diadakan di kawasan tersebut. Disamping itu juga pelbagai aktiviti keagamaan dapat dilakukan jika terbinanya masjid di kawasan Tmn Salak Jaya ini kelak.

Perjuangan dari penduduk setempat ini harus dipandang dan diambil tindakan dengan perbincangan segera dibuat dengan masyarakat setempat berdasarkan penambahan masyarakat Islam yang semakin bertambah di kawasan Taman Salak Jaya. GR juga merasa pelik kenapa pihak MRCB tidak memberi sedikit ruang pun untuk masyarakat di kawasan tersebut untuk menjelaskan perjuangan mereka yang murni ini.

Janganlah disebabkan sibuk membuat keuntungan saja, dan pada pihak pengurusan atasan MRCB...GR mohon agar pembelian tanah yang seluas 25 ekar ini dikaji semula dan pihak MRCB janganlah berlaku tidak adil dengan masyarakat setempat disebabkan 'gila' membuat keuntungan syarikat. GR juga mohon agar pihak Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL agar memberikan peluang atas permintaan masyarakat Tmn Salak Jaya yang sudah 10 tahun menanti.

Baca di bawah kenyataan yang dikeluarkan :


SEPUTEH : Sudah lebih 10 tahun penduduk Taman Salak Jaya memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina di hadapan jalan besar Taman Salak Jaya. Permohonan ini di minta berdasarkan penambahan penduduk islam yang semakin ramai di sekitar taman ini.

Di jalan besar dari Jalan Pudu membawa ke Razak Mansion sehingga ke Pekan Sungat Besi, tidak ada sebuah masjid pun di jalan utama, hanya terdapat surau Jumaat di Taman Salak Jaya dan juga Taman Sungai Besi. Surau Jumaat ini sering kali digunakan oleh mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, Taman Sungai Besi dan PPR Salak Selatan. Penambahan Penduduk di MidFields juga dikhuatiri tidak lagi boleh menampung penambahan jemaah Islam di masa akan datang.

Penduduk disini sudah lama memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina dan kelulusan daripada Jawi untuk memperuntukan sebanyak RM13.5 juta sudah diluluskan.

Permohonan ini juga sudah dalam pengetahuan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa beliau mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada tahun 2011.

Susulan daripada kunjungan itu, April 2012, Pihak DBKL sudah mengeluarkan satu surat yang menyatakan lokasi tanah yang kami pohon adalah milik DBKL yang di wartakan untuk pembanggunan IKS.

Baru-baru ini kami mendengar berita bahawa tanah ini akan di jual kepada Sebuah Syarikat untuk dibanggunkan dan penduduk membantah penjualan tanah ini.

Penduduk disini merayu kepada YB Datuk Raja Nong Chik dan juga Datuk Ahmad Phesal, Datuk Bahdar Kuala Lumpur yang baru, agar dapat meluluskan sebuah masjid dibina di lokasi yang di pohon. Tanah yang kosong itu besarnya lebih 25 ekar dan untuk memperuntukan sebuah masjid ianya hanya memerlukan 4 ekar.

Penduduk Islam di kawasan ini amat memerlukan sebuah Masjid.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Baca juga DI SINI


GR kata: Rakyat Didahulukan....

ANWAR PAKAR DALAM BIDANG #JanjiDitaburi



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'pakar menabur janji'.

Beliau berkata pembangkang pandai menabur janji-janji yang diketahui tidak berupaya melaksanakannya.

"Mereka boleh membuat janji-janji besar (kepada rakyat) tetapi mereka tidak perlu untuk memenuhinya," kata Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas satu ceramah di Kota Marudu.

"Ia jelas dilihat bahawa Anwar hanya tuan pembuat janji," katanya merujuk kepada janji-janji yang dibuat Anwar ketika berceramah di Kota Marudu pada hari Ahad.

Ongkili berkata janji Anwar untuk memberikan RM650 untuk setiap warga emas dan RM100 untuk setiap kanak-kanak sehingga mereka mencapai umur 18 tahun adalah satu lagi contoh janji yang dilakukan pembangkang yang tidak perlu mereka penuhi.

"Jika Pakatan Rakyat ikhlas mereka sepatutnya melaksanakan apa yang dijanjikan itu di negeri yang dikuasai mereka," katanya ketika melancarkan Gerakan Biru Kota Marudu pada Ahad. - mStar


GR kata: Apa jadi dengan manifesto Pakatan PRU lepas, ditunaikan tak rasa-rasa yer??

Tuesday, August 14, 2012

VIDEO TERHARU: BUKTI #JanjiDitepati DITUNAIKAN!! @Zahid_Hamidi





GR kata: Terima kasih pada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang senantiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Janji Ditepati!!

PANAS: BOSS DALAM MOF JUAL MAKLUMAT PROJEK LRT PADA PR DIKENALPASTI!? @NajibRazak @PMOMalaysia

Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Individu tersebut bukannya lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti.

Di bawah ini, GR lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pakatan Haprak membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.


Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.


GR kata: Mohon pihak kementerian siasat dengan lebih mendalam...Penjawat Awam perlulah kerja dengan ikhlas demi pentadbiran kerajaan yang lebih baik.

CONFIRM ANWAR BERBULU TENGOK GAMBAR NIE!!

Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang mulia dan umat Islam dilimpahi dengan pahala yang melimpah ruah. Disamping itu juga umat Islam diwajibkan untuk meningkatkan amal ibadah yang lebih selain ibadah yang dilakukan pada bulan lain.

Tapi yang sedihnya, ada sesetengah pihak yang menjadikan bulan Ramadhan seperti bulan-bulan yang lain...pada mereka sama saja. Masjid/Surau dijadikan medan politik dengan menyampaikan dakyah-dakyah yang berbau fitnah dan penipuan demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Apakah ini yang disarankan dalam Islam?? Fikir-fikirkanlah....

Apa yang membuatkan GR terharu bila lihat gambar di bawah. Walaupun sibuk dengan jadual yang padat sebagai seorang pemimpin negara, masa yang ada dimanfaatkan dengan membuat ibadah sujud pada Allah S.W.T. Walaupun pelbagai tomahan yang diterima YAB Perdana Menteri masih tetap hadapi dengan senyuman.


MAKKAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah suci Makkah awal hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) esok, memulakan aturcara beliau dengan menunaikan ibadah Umrah.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf memulakan ibadah Umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah kira-kira 7 pagi waktu tempatan.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan ia bermula selepas solat tarawih kira-kira 11 malam sehingga waktu bersahur kira-kira 4 pagi mulai malam esok dan lusa.

Kesemua 57 pemimpin dan wakil negara anggota OIC telah mengesahkan akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa berkenaan. Najib dijangka menyampaikan kenyataan pendirian Malaysia terhadap isu yang bakal dibangkitkan dalam sidang kemuncak itu. - BERNAMA


GR kata: Pak Anuwar mana ek?? Bulan poser pun sibuk berkempen ker?? Ke pi majlis kahwin gayboy tue...Kah kah kah...

PANAS: PENGARAH TERKENAL 'TAK TAHAN' TENGOK @Neelofa ??


KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal dan kurang senang dengan sikap pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia, Neelofa.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam, Yusof kecewa dengan sikap Neelofa yang dilihat semakin hari semakin lupa diri selepas namanya semakin gah di pentas dunia seni. Yusof meluahkan kekesalannya berikutan sikap dan komitmen Neelofa dalam perjalanan promosi filem yang dibintanginya sendiri iaitu S.A.M terbitan Skop Production.

Neelofa dikatakan sukar untuk dihubungi oleh pihak Skop Production selain tidak langsung membalas setiap pesanan atau SMS yang dihantar kepadanya berhubung jadual promosi yang diadakan. Selain itu, Yusof turut menasihati Neelofa agar tidak mudah lupa diri walaupun semakin mengecapi populariti.


Sementara itu, pengurus pelakon wanita itu dalam kenyataannya di Sinar Harian memaklumkan Neelofa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini dalam masa terdekat.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” kata Amir. - Sumber


GR kata: Dah top sikit takkan demand kot?? Hihi Hihi...

EKSKLUSIF: MONORAIL TERKANDAS, PENUMPANG DAN ANAK KANDUNGANNYA SELAMAT! @MyRapidKL @umbkl


Berikut insiden Monorail yang terkandas tempoh hari di Brickfield ada pihak tertentu cuba untuk mempolitikkan insiden tersebut. Apa yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata untuk mengkaburi mata dan fikiran rakyat Malaysia khususnya yang sentiasa menggunakan perkhidmatan awam.

Dalam insiden terbabit tempoh hari, ada penumpang yang berjaya mengharungi detik cemas ini dengan semangat yang tinggi bersama suami dan anak dalam kandungannya. Inilah semangat jati tinggi yang perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia.

Ikuti siaran akhbar kisah mereka di bawah :

Untuk siaran segera - Isnin, 13 Ogos 2012

Siaran Akhbar,

PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT


Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid  - dua penumpang dalam insiden tren monorel terkandas di Brickfields Sabtu lepas, menimba kekuatan dan semangat daripada satu sama lain dalam menangani suasana tertekan semasa terkurung dalam tren berkenaan.

“Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur suami saya berada di sisi saya ketika itu,” kata Afiqah, yang mengandung lima bulan.

“Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.

“Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam,” kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.

Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima lawatan.

“Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami ‘dehydration’ …  mujur tiada perkara buruk berlaku,” kata Afiqah kepada wakil kl monorel  Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau.

Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah Rosita di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melawat beliau. Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan tentang insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan ‘air-con’ mati … keadaan panas dalam tren dan orang pula ramai.

“Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” Rosita, yang terus menerima intravena air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan. Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.

“Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” tambah Masnizam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali at 019-3837865 atau Haliza Hamid di 019-2210058.


GR kata: Tahniah pada pihak Rapid KL berjaya menghadapi dan menyelamatkan penumpang semuanya dalam keadaan selamat.

Monday, August 13, 2012

PANAS: MONORAIL ROSAK, INI SEMUA SALAH UMNO??


Gambar di atas menunjukkan kes monorail yang rosak di tengah-tengah landasan di stesen Brickfield. Apa yang menariknya, Pakatan Rakyat menujukan kesalahan sebegini terjadi adalah salah UMNO. Kenapa setiap perkara yang salah mesti UMNO/BN dipersalahkan?? Jamban rosak pun UMNO/BN yang salah jugak ker?

Inilah pemikiran puak-puak Pakatan Rakyat yang mempunyai pemikiran yang cetek, pada mereka hanya mereka sajalah yang terbaik. Jika terbaik, pembaca lihatlah apa yang terjadi di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Kenapa masih ada rakyat yang mengeluh dan hidup merana??

Baca di bawah ini dari KL StarRail Sdn Bhd berhubung insiden kerosakan Monorail pada Sabtu lepas :

Sunday, 12 August 2012

Media Release

LATIHAN ERP BANTU URUSAN MENYELAMAT INSIDEN DI MONOREL

KL StarRail Sdn Bhd, pengusaha perkhidmatan KL Monororel, hari ini berkata latihan simulasi yang dilaksanakan setiap tahun di bawah program ‘Emergency Response Procedure’ (ERP) telah membantu
menghasilakn operasi menyelamat yang lancar paa insiden di Brickfields semalam, yang menyaksi 183 penumpang terperangkap dalam tren monorail dan dipindahkan dengan selamat dalam operasi pemindahan dari tren ke tren yang pertama dalam sejarah.

“Jelas, pasukan kami mendapat manfaat daripda program latihan ERP yang kami lakukan setiap tahun dengan agensi-agensi berkenaan – Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, hospital, St John Ambulance dan RELA.

“Kami berjaya meletakkan insiden semalam dalam keadaan terkawal dan berjaya membawa kesemua penumpang keluar dengan selamat termasuk mengejarkan tiga penumpang yang memerlukan rawatan ke HKL dengan segera … Kami bersyukur kepada Tuhan kerana tiada kecederaan serius,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Operasi KL StarRail Sdn Bhd.

Mengulas insiden semalam, Hadi berkata: “Setiap tahun, KL Monorel dan kedua-dua laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang melaksanakan program ERP dengan agensi-agensi penyelamat yang berkenaan bagi memastikan kesediaan jika berlaku kecemasan.

“KL Monorel melaksanakan satu pada tiga bulan lepas denagn senario menyelamat yang sama dariada tren ke tren dan ia melibatkan semua pihak yang ada di sana semalam. Kerana itu, kami berjaya meletakkan suasana dalam terkawal dan operasi penyelamat uang lancar,” tambah beliau.

Dalam kenyataannya, Hadi juga mempertahankan tindakan pemandu tren yang terkandas itu; menegaskan bahawa Mohd Faizal Mohd Fahmi bertindak dengan profesional dan menurut Standard Operation Procedure (SOP).

“Kami difahamkan bahawa beberapa penumpang tidak puas hati dengan Faizal yang enggan membuka pintu tren untuk membolehkan udara segar dan juga menolak permintaan mereka supaya tingkap dipecahkan … Faizal membuat tindakan yang betul dan bertindak dengan penuh profesyenal.

“Sementara kami ingin memohon maaf atas insiden berkenaan, kami juga ingin menjelaskan di sini bahawa semua tren diperiksa dengan komprehensif sebelum dibenarkan keluar untuk operasi.

“Kami mempunyai senarai pemeriksaan Minimum Equipment List (MEL) yang standard tetapi komprehensif terhadap semua tren sebelum mereka keluar. Hanya tren-tren yang lulus sepenuhnya senarai pemeriksaan ini akan dibenarkan keluar untuk beroperasi,” tambah beliau.

Menurut Hadi, insiden itu berlaku apabila tren menghadapi masalah dalam kuasa traction nya, yang seterusnya menyebabkan kuasa utama dan kuasa sokongan dalam tre tidak berfungsi; sekali gus menutup sistem hawa dingin dalam tren.

Walaupun menghadapi masalah berkenaa, pemandu tren dapat berkomunikasi sepenuhnya dengan Pusat Kawalan dan dapat menerima dan mengedarkan maklumat kepada penumpang termasuk operasi penyelamat daripda pasukan Bomba dan Penyelamat yang bakal datang.

“Apabila sistem hawa dingin tidak berfungsi, ada penumpang yang meminta pemandu kami untuk membuka pintu bagi membenarkan udara segar masuk. Dengan arahan daripada Pusat Kawalan, pemandu kami menolak permintaan berkenaan.

“Ini adalah kerana tren ketika itu berada di selekoh dan dalam keadaan condong. Berkedudukan pada ketinggian tidak kurang daripada 30 kaki, adalah merbahaya untuk pintu dibuka khususnya dengan tren ketika itu di tahap hampir kapasiti dengan 183 penumpang. Para penumpang boleh jatuh dan mungkin menyebabkan kematian.

“Kepada permintaan supaya tingkap dipecahkan, pemandu kami juga tidak bersetuju kerana menurut nasihat daripada Pusat Kawalan. Ini adalah kerana sekiranya terdapat tingkap pecah, operasi menyelamat dengan menggunakan kaedah ‘coupling’ dengan tren lain tidak dapa dilaksanakan.

“Ini adalah demi keselamatan penumpang; kerana urusan ‘coupling’ boleh menyebabkan kaca daripada tingkap yang pecah itu akan berterbangan dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penumpang. Kerana ada tingkap sydah dipecahkan, kami terpaksa menunggu pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menjalankan operasi menyelamat,” kata Hadi.

Hadi juga berkata bahawa Mohd Faizal adalah pemandu tren yang berpengalaman dan pernah menganggotai pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Dia juga fasih dengan prosedur CPR.

“Ketika keadaan di tren panas dan sesak, pemandu kami juga bertindak profesional untuk segera memasang kipas udara segar,” kata Hadi, sambil menambah bahawa sejurus selepas insiden berlaku pada 1.58 petang, satu tren penyelamat dihantar untuk menjalankan urusan ‘coupling’ dan menunda tren yang tersadai itu ke Stesen Tun Sambathan, yang ketika itu kurang daripada 80 meter dari tempat kejadian.

“Kami memahami sepenuhnya dengan keputusan untuk melakukan ‘coupling’ untuk menguruskan keadaan itu kerana mengambil kira jarak yang dekat antara tren yang terkandas dengan Stesen Tun Sambathan.

“Malangnya, urusan menunda itu tidak dapat dijalankan kerana tren yang terkandas itu mempunyai brek kecemasan dipasang secara automatik. Kerana itu, kami perlu menggunakan cara lain dan ketika itu ada orang sudah memecahkan tingkap,” katanya.

Bomba menggunakan tangga dan skylift untuk membawa turun kumpulan pertama 63 orang untuk melegakan keadaan dalam tren. Selepas itu, tenaga elektrik dipasang semula dan tren penyelamat dihantar untuk memindahkan 120 penumpang lain.

“Sejak kami memerlukan operasi pada December 2003, ini adalah kes pertama pemindahan penumpang daripada tren ke tren. Walaupum melakukannya untuk pertama kali, semua anggota yang berugas sudah cukup fasih kerana latihan-latihan simulasi dan ERP yang dilaksanakan,” kata Hadi.

Maklumat selanjutnya, sila hubungi.

Azhar Ghazali
Prasarana Media Affairs Manager
019-3837865

Selanjutnya baca DI SINI

Sunday, August 12, 2012

TAHNIAH! @Lee_C_Wei DAPAT GANJARAN DARI KERAJAAN! @NajibRazak


PUTRAJAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Ahad menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012. Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan. Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan. Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara. Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya.- BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.6

ANWAR IBRAHIM 'KING OF FROG'!!


PADANG RENGAS 11 Ogos - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti bukan sesuatu yang menghairankan kerana Ketua Pembangkang itu sendiri adalah contoh pemimpin yang suka melompat parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dakwaan itu tidak akan menjejaskan BN kerana ia adalah perkara biasa menjelang pilihan raya umum.Sambil menyifatkan Anwar sebagai 'bapa segala katak', Mohamed Nazri berkata, tindakan dua pemimpin BN Sabah yang melompat parti baru-baru ini sememangnya sudah dijangka kerana tahu mereka tidak akan dicalonkan lagi.

"Wakil rakyat atau pemimpin UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya. Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti dia, ambillah. Anwar pun bapa katak sebab dulu dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke PKR (Parti Keadilan Rakyat). Tak hairan kalau dia terima golongan sendiri, katak akan terima katak," katanya.

Sementara itu Mohamed Nazri memberitahu, kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan 'Janji Bersih' yang akan diadakan pada 30 Ogos ini selagi ia diadakan secara aman dan bertamadun. Menurut beliau, perhimpunan itu dibolehkan selaras peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kalau mereka hendak berkumpul, tiada masalah kerana ia ada (dibenarkan) dalam Akta Perhimpunan Aman. Tapi biarlah diadakan secara aman seperti diperuntukkan undang-undang. Berkumpul seperti orang bertamadun," katanya. - Utusan


GR kata: Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi2....tapi apa pun tak boleh!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

LIVE UPDATE: ANAK MUDA PUN PANDAI KACAU DODOL LAA!! @rizalmanmokhtar #bn4wp







Sekarang GR berada di Flat Sri Kota, Bdr Tun Razak dan berkesempatan melihat sendiri Program Kacau Dodol 2012 anjuran bersama Pemuda UMNO Bhgn Bdr Tun Razak dengan kerjasama Kelab Warga Emas Flat Sri Kota dan Rukun Tetangga Sri Kota.

Walaupun berada di kota metropolitan Kuala Lumpur namun tradisi turun temurun dibuat setiap tahun dan masyarakat setempat tidak pernah dilupakan. Tradisi tahunan kali ini diteruskan lagi di lokasi yang berlainan supaya rakyat pelbagai lapisan di sini turut sama dapat merasai kemeriahannya.

Program bermula sekitar jam 10 malam dan akan berakhir sebelum waktu Solat Subuh.Sebanyak 7 buah kawah disediakan dan dodol-dodol tersebut akan diedarkan kepada penduduk-penduduk yang berhampiran.

Program ini juga turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar juga merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan. Mereka juga turut sahur bersama beramai-ramai.....Memang meriah beb!!!


GR kata: Mana laaaa ahli parlimen Bdr Tun Razak nie yer? Bulan poser nie pun tak nampak batang hidung!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Artikel pelbagai