Wednesday, August 15, 2012

PANAS: MRCB JANGAN SAKAN SANGAT PULUN DUIT! cc: @NajibRazak @RajaNongChik


Apa yang GR ingin beritahu di sini, keluhan rakyat di kawasan Seputeh khususnya di kawasan Taman Salak Jaya. Apa yang mereka inginkan oleh masyarakat Islam di situ ialah pembinaan sebuah masjid di kawasan yang hanya memerlukan keluasan 4 ekar saja.

GR juga difahamkan penduduk di kawasan Tmn Salak Jaya sudah 10 tahun menanti kelulusan yang mereka minta pada pihak atasan untuk pembinaan masjid di kawasan tersebut. Pembinaan masjid ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan pada masyarakat setempat untuk dapat menunaikan solat 5 waktu berjemaah dan juga solat Jumaat dapat diadakan di kawasan tersebut. Disamping itu juga pelbagai aktiviti keagamaan dapat dilakukan jika terbinanya masjid di kawasan Tmn Salak Jaya ini kelak.

Perjuangan dari penduduk setempat ini harus dipandang dan diambil tindakan dengan perbincangan segera dibuat dengan masyarakat setempat berdasarkan penambahan masyarakat Islam yang semakin bertambah di kawasan Taman Salak Jaya. GR juga merasa pelik kenapa pihak MRCB tidak memberi sedikit ruang pun untuk masyarakat di kawasan tersebut untuk menjelaskan perjuangan mereka yang murni ini.

Janganlah disebabkan sibuk membuat keuntungan saja, dan pada pihak pengurusan atasan MRCB...GR mohon agar pembelian tanah yang seluas 25 ekar ini dikaji semula dan pihak MRCB janganlah berlaku tidak adil dengan masyarakat setempat disebabkan 'gila' membuat keuntungan syarikat. GR juga mohon agar pihak Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL agar memberikan peluang atas permintaan masyarakat Tmn Salak Jaya yang sudah 10 tahun menanti.

Baca di bawah kenyataan yang dikeluarkan :


SEPUTEH : Sudah lebih 10 tahun penduduk Taman Salak Jaya memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina di hadapan jalan besar Taman Salak Jaya. Permohonan ini di minta berdasarkan penambahan penduduk islam yang semakin ramai di sekitar taman ini.

Di jalan besar dari Jalan Pudu membawa ke Razak Mansion sehingga ke Pekan Sungat Besi, tidak ada sebuah masjid pun di jalan utama, hanya terdapat surau Jumaat di Taman Salak Jaya dan juga Taman Sungai Besi. Surau Jumaat ini sering kali digunakan oleh mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, Taman Sungai Besi dan PPR Salak Selatan. Penambahan Penduduk di MidFields juga dikhuatiri tidak lagi boleh menampung penambahan jemaah Islam di masa akan datang.

Penduduk disini sudah lama memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina dan kelulusan daripada Jawi untuk memperuntukan sebanyak RM13.5 juta sudah diluluskan.

Permohonan ini juga sudah dalam pengetahuan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa beliau mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada tahun 2011.

Susulan daripada kunjungan itu, April 2012, Pihak DBKL sudah mengeluarkan satu surat yang menyatakan lokasi tanah yang kami pohon adalah milik DBKL yang di wartakan untuk pembanggunan IKS.

Baru-baru ini kami mendengar berita bahawa tanah ini akan di jual kepada Sebuah Syarikat untuk dibanggunkan dan penduduk membantah penjualan tanah ini.

Penduduk disini merayu kepada YB Datuk Raja Nong Chik dan juga Datuk Ahmad Phesal, Datuk Bahdar Kuala Lumpur yang baru, agar dapat meluluskan sebuah masjid dibina di lokasi yang di pohon. Tanah yang kosong itu besarnya lebih 25 ekar dan untuk memperuntukan sebuah masjid ianya hanya memerlukan 4 ekar.

Penduduk Islam di kawasan ini amat memerlukan sebuah Masjid.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Baca juga DI SINI


GR kata: Rakyat Didahulukan....

No comments:

Artikel pelbagai