Thursday, December 12, 2013

HARAKAH KANTOI KELUARKAN 'FATWA' BARU COVERLINE MAT SABU SYIAH! @hdaily09 @NajibRazak @Zahid_Hamidi


GR igin sampaikan apabila membaca artikel yang tertera di laman HARAKAH 'tepat dari sumber' ini mengatakan 'Jika Mat Sabu Syiah, UMNO itu Komunis, Rosmah Itu Wahabi. Rujuk artikel berkenaan DI SINI

Macam Syiah mengarang cerita karut marut. Itulah kualiti artikel berkenaan. Gagal menjawab dakwaan mengaitkan Mat Sabu dengan SYIAH. UMNO plak dituduh komunis, malah lagi kelakar, Rosmah Mansor plak dituduh Wahabi.

Sebelum nak buat tuduhan, baik kita tengok dulu siapa yang menyokong SYIAH dan apa yang dipuji pada Syiah termasuk siapa pula yang menyokong komunis, dan siapa pula yang mengangkat komunis.

Siapa yang Pro Syiah dan Komunis? Lihat fakta di bawah :






Tengok video ni siapa sebenarnya yang angkat komunis...camner Mat Sabu??



GR kata: Ada jugak yang cover abg Mat ni bukan Syiah dengan percaya penafian dari dia tanpa bukti. Kah kah kah....

Wednesday, December 11, 2013

MISTERI HIGHLAND TOWERS TERJAWAB! KENAPA BANYAK SANGAT 'HANTU-HANTU' KAT SANA!


11.12.93 adalah tarikh yang memperingatkan kita pada tragedi mengemparkan negara runtuhnya Highland Towers. Hingga hari ini tiada sebarang kenyataan dibuat apakah sebenarnya yang terjadi dan sudah tentulah semuanya itu adalah qada dan qadar yang Allah S.W.T telah tentukan. 11.12.2013 sudah genap berapa puluh tahun al kisah Highland Towers ini.

Ramai juga yang bercakap bangunan ini hingga saat ini tiada sebarang tindakan yang dibuat. Pembersihan atau kerja-kerja pembaikan boleh dijalankan. Misterinya bangunan ini juga sudah menjadi perbualan masyarakat di Malaysia. Pelbagai kisah seram yang telah dikongsikan bersama dalam bacaan di alam maya atau pun di media cetak.

Rumah-rumah di blok-blok Highland Towers yang tidak runtuh juga dibiarkan kosong oleh semua penghuni di situ. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dan dialami oleh GR sendiri semasa pergi ke sana biarlah ianya menjadi kenangan kami semua. Pokoknya apakah sebenarnya yang terjadi disebalik bangunan yang 'misteri' ini??

Jom kita baca kronologi tragedi runtuhnya bangunan ini:

Pelukis pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.

Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.

Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.

Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.

12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.


GR kata: Banyak momok kat Highland Towers nie..Mat Pet pun lari. Camner tu??

Monday, December 9, 2013

ANTARA MAT BANGLA DAN ANWAR IBRAHIM, DI MANAKAH PERBEZAANNYA?


Inilah buktinya , tidak ada negara yang sempurna di dunia ini. Semaju mana pun, sekaya mana pun, ianya bukan satu jaminan. Kalau nak hilang, dalam sekelip mata saja boleh hilang.

Geng-geng media Singapura nampaknya 'amat berhati-hati' mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Kebanyakkan media mereka membawakan cerita bahawa insiden ini bermula disebabkan 'isu kemalangan jalan raya'.

Walaupun ada kebenarannya, namun sebab apakah 'isu kemalangan' ini membawa kepada 'isu perkauman'?

Jawpannya mudah : Rasa tidak puas hati layanan yang diterima sesetengah bangsa di Singapura. Betul tak?

Seperti mana yang sedia maklum, Singapura merupakan sebuah negara pulau yang majoritinya penduduknya adalah orang Cina. Menjadi sebuah negara 'Cina' di tengah-tengah kepulauan Melayu, bukanlah satu perkara yang menarik bagi sekutu rapat Amerika dan Israel ini.

Kebangkitan Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain di Asia Tenggara sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada pentadbiran pemerintah Singapura. Jika dahulunya Singapura menjadi hub perhubungan, perdagangan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain bagi rantau Asia Tenggara, peranan ini sedikit demi sedikit diambil alih negara-negara jirannya.

Untuk itu, bagi memastikan kelansungan survival Singapura di rantau ini, pemerintah Singapura terpaksa melakukan tindakan 'khianat' bagi memastikan Singapura menjadi pilihan pedagang luar. Antaranya ialah mencampuri urusan politik negara-negara jiran.

Mengambil contoh Malaysia, mahu tidak mahu, suka tidak suka, pemerintah Singapura perlu mengakui bantuan taktikal yang diberikan mereka kepada pembangkang di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan perjumpaan rahsia bekas ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada 2 April 2009.

Apa motif perjumpaan mereka?

Mengapa diadakan secara sulit tanpa kehadiran para wartawan atau wakil-wakil dari Pakatan seperti PAS?

Bukankah secara tidak langsung ini mengambarkan semacam 'percampuran' urusan hal politik di Malaysia?


PAP Singapura, yang juga menjadi parti pemerintah Singapura juga tidak boleh menafikan perkaitan sejarahnya dengan penubuhan DAP Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Lim Kit Siang sendiri merupaka balaci yang dihantar oleh Lee Kuan Yew untuk memastikan survival perjuangan 'Malaysian Malaysia' terus bersemarak dalam hati masyarakat Cina di Malaysia.

Malah menjelang PRU13, didapati sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dengan bangganya membawa kempen UBAH yang dinaugi DAP di Johor Bahru. Itu semua adalah sebahagian kecil 'campur tangan' Singapura secara tidak langsung dalam mencorakkan agenda politik Malaysia.


Layanan tidak adil pemerintah Singapura yang kerap berbangga propaganda "Integrity, Service, Excellence" adalah punca segala-galanya. Baca DI SINI dan juga DI SINI.

Soalnya di manakah pemerintah Singapura yang diketuai oleh kaum Cina yang gemar mengelarkan diri mereka sebagai seorang yang "Integrity, Service, Excellence" dalam menjalankan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, perlembagaan ini hanya menjadi 'satu cetakan' semata-mata tanpa sebarang implimintasi dari pihak berkenaan.

Di manakah kedudukan bangsa Melayu di Singapura? 

Di manakah kedudukan pendidikan orang Melayu Singapura? 

Mengapakah orang Melayu hanya menjadi balaci dalam sistem pertahanan Singapura?


Tepuk dada...tanyalah hati. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu masih tidak bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang? Ingatlah....walau apa pun yang kita buat haruslah mendapat keredaan Allah S.W.T, dari situlah datangnya keberkatan.


GR kata: PAP DAP bagaikan isi dan kulit!!

UMNO PAS BERGABUNG MELETOP PERANGI SYIAH! MANA AKU NAK LARI NIE?? - MAT SABU @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Syiah sudah semakin lama semakin bertapak di bumi Malaysia. Ia semakin menular dalam PAS di mana kita lihat setiap ajaran yang diberikan oleh mereka ada terpesong dari akidah Islam yang sebenar.

Siapa yang boleh beri jaminan bahawa Syiah ini adalah ajaran Islam yang sebenar, malah dijamin Syurga untuk mereka yang mengamalkan ajaran sesat ini.

Syiah di dalam PAS sudah lama bertapak, kemuncaknya apabila Mat Sabu pencinta dan penganut Syiah menjadi orang nombor dua didalam parti PAS.

GR dimaklumkan oleh kawan-kawan dalam PAS, ramai dikalangan para ahli dan pemimpin PAS berpegangkan Syiah dalam ajaran mereka dan mengakui pengaruh Syiah sekarang ini cukup kuat.

Lihat bukti gambar di bawah pengakuan pemimpin mereka akan kewujudan Syiah di dalam PAS:






Sejurus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan bahawa memberikan kebenaran dan bantuan kepada JAKIM untuk menangkap SYIAH di dalam PAS, Mat Sabu didapati telah 'CABUT LARI' ke luar negara. Lokasinya wallahualam....



GR kata: Rasa Abg Mat pergi jumpa Olamak Syiah di Iran kot, tak pun Pakistan ker kan. Penakut rupanya Abg Mat kita nie... Kih kih kih

LATEST NEWS: GAMBAR SEKITAR RUSUHAN MAT BANGLA DAN INDIA MENGAMUK DI SINGAPURA!!


Rusuhan berlaku di Little India berhampiran Race Course Road Singapura kira-kira jam 9.30 malam tadi dipercayai berpunca perasaan marah masyarakat India dan Bangladesh yang bekerja di Republik itu ekoran kemalangan bas membabitkan seorang lelaki Bangla.

Selain merosakkan bas terbabit kemalangan itu, kenderaan peronda polis turut diterbalikkan manakala beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulan dikatakan juga dibakar.

rusuhansporaSetakat ini belum diketahui berapa ramai yang cedera dan sudah ditahan pihak berkuasa.

Ada juga dakwaan mengatakan anggota polis turut dipercayai cedera dalam kejadian yang mengejutkan itu.








Lebih 200 orang kebanyakkan warga India dan Bangladesh yang bekerja di negara itu terbabit kejadian yang disifatkan tidak pernah berlaku sekaligus mengejutkan warga Singapura.

Pasukan polis bagaimanapun menyatakan keadaan kini terkawal dan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan yang terjejas dengan rusuhan.


GR kata: Bila Malaysia berlaku rusuhan negara yang jadi penyibuk batu api siapa?? Semoga semuanya selamat. Allah bayar 'CASH' jer sekarang nie kan!!

Sunday, December 8, 2013

RAKYAT DITIMPA BENCANA BANJIR, MASIH ADA YANG NAK MAIN POLITIK? @fuziah99 @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Pertama sekali marilah kita semua berdoa pada Allah S.W.T agar musibah banjir yang melanda pantai timur dan selatan Malaysia ini reda dengan cepat dan baik seperti sedia kala. Kita juga berdoa agar semua mangsa banjir ini sihat walafiat hendaknya.

Sekarang ini semua pihak turun ke kawasan banjir untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada semua mangsa. Rakyat Malaysia juga dari pelbagai pihak seperti swasta dan juga kerajaan turun padang memberikan pertolongan pada mereka.

Bantuan makanan yang lebih menjadi keutamaan. Yelah kan...boleh ke kita ni kalau tak makan dalam sehari? Boleh ke kita makan dari sumber makanan yang tidak bersih? Apa akan jadi kalau kita tak makan dalam sehari? Adakah kita akan bertenaga kalau kita tak makan?

Musim-musim banjir nie jugalah ada juga pemimpin yang MULUT LONGKANG. Masih sanggup menipu rakyat kononnya pihak Kerajaan tidak menyalurkan bantuan. Agensi kerajaan tak turun buat kerja, senang cerita semua PEMALAS ek?




Siapa sebenarnya PEMALAS? Pemimpin mana yang tak turun padang? Tengok gambar di bawah :












GR nasihatkan adalah lebih baik perkara seperti ini tidak perlulah kita politikkannya. Berganding bahu membantu rakan-rakan, saudara mara kita yang lebih memerlukan kita di sana. Pertolongan ikhlas in sha Allah dipandang mulia disisi Allah S.W.T.

Yang MULUT LONGKANG tu lantak demalah, nak cakap apa pun. Bila ditunjuk gambar berikan bantuan, katanya nak tunjuk lagak. Mana pemimpin yang katanya perjuangkan hak rakyat?? Langsung tak nampak bayang pun.

Bila tak update gambar di Facebook ke Twitter ke masuk paper kata kerajaan tak buat kerja. Tepuk dada tanyalah hati....lagi kita layan puak-puak yang tak der otak nie, lama-lama kita pun boleh jadi GILA!!


GR kata: Tahniah dan terima kasih agensi Kerajaan, teruskan beri bantuan pada rakyat. Doakan semoga semua selamat dan baik seperti sedia kala.


Artikel pelbagai