Monday, January 5, 2015

SURAT PADA FBI, @Zahid_Hamidi BUKAN BELA PENJUDI PAUL PHUA! KDN SENYAP MACAM NAK SABOTAJ JER? @KDNPUTRAJAYA


Pelik bin Ajaib bila mana ada pihak yang merasakan salah bagi kerajaan untuk memberikan maklumat mengenai rakyat Malaysia apabila diperlukan? Apakah ianya salah disisi undang-undang? Sedikit sebanyak ianya membantu kepada kelancaran atau pegadilan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Macam mana pula ada sesetengah pihak yang terang-terang membela pesalah yang terbukti telah dijatuh hukum tanpa ada sedikit belas kasihan pada mereka yang dihukum tanpa perikemanusiaan. Adakah itu yang dinamakan hak asasi manusia??

Dalam isu surat FBI yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan nama DS Zahid Hamidi, ianya adalah tugasan biasa seorang yang mewakili kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai rakyat yang terlibat apabila diminta atas keperluan kehakiman.

Apa masaalahnya apabila Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan kepada FBI perihal rakyat Malaysia.??

Merungkai penjelasan yang dibuat oleh Tan Sri Shafee, mahu tidak mahu DS Zahid Hamidi atas kapisiti beliau terpaksa memberi penjelasan apatah lagi ia melibatkan rakyat Malaysia.

Jika mahu dikaitkan menteri ini dengan tauke judi seperti didakwa oleh pakatan pembangkang amat mustahil dan tidak masuk akal. DS Zahid Hamidi lah yang paling lantang dan tegas dalam memerangi kongsi gelap dan perjudian haram seperti Ops Cantas dan tertubuhnya Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). Sudah terbukti idea penubuhan STAGG adalah dari beliau sendiri.

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bukan satu tindakan untuk menjamin ahli judi profesional, Paul Wei Seng Phua (Paul Phua) yang ditahan di negara itu, sebaliknya dibuat atas permintaan peguam yang mewakili Paul Phua.

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, firma guamannya telah bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld bagi memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Paul Phua dalam kegiatan sebuah kongsi gelap bernama ‘14K Triad’ di Malaysia.

“Pada 18 Disember 2014, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano yang mengesahkan Paul Phua bukan seorang ahli kongsi gelap 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini sedang dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Menurut Muhammad Shafee, Ahmad Zahid telah diminta untuk mengeluarkan surat itu atas kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mempunyai maklumat diperlukan.

“Sekiranya Ahmad Zahid tidak mengeluarkan surat itu sekalipun, kami boleh menggunakan saluran mahkamah untuk meminta maklumat tentang Paul Phua dikeluarkan. Saya ingin menegaskan yang Ahmad Zahid bukannya menjamin Paul Phua, sebaliknya hanya memberi maklum balas terhadap permintaan peguam,” katanya.

Kata beliau, pihaknya amat kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang mensensasikan isu surat tersebut seolah-olah Paul Phua mendapat layanan istimewa daripada Ahmad Zahid.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” katanya.


Paling menghairankan, bagaimana Malaysiakini boleh memperolehi surat yang dikatakan 'MEMBELA' si penjudi nie? Adakah ada pengkhianat atau pun 'tukang kerja' untuk pembangkang di dalam FBI itu sendiri atau pun di dalam KDN sendiri? Proses penghantaran surat yang melibatkan kerajaan dan negara bukankah sulit? Siapa sebenarnya yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal seperti ini?

Apa sebenar fungsi Kementerian, bila mana Bossnya telah dihentam, dibalun sedemikian rupa? Semacam ada pihak dalaman yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti serta ketegasan Menteri Dalam Negeri ini yang ramai tahu bagaimana cara beliau bekerja.

Sehingga hari ini masih tiada jawapan dari KDN mengenai isu ini. Adakah mahu ianya basi sendiri atau pun tak tau nak jawab macam mana? Bukankah Boss-boss dalam KDN tu semuanya cerdik pandai dalam semua bidang.

GR dengar cerita, setiap isu yang berbangkit mengenai KDN, KDN perlu menjawabnya dalam masa 4 jam. Ini dah berapa hari...APA CERITA BRO????

Tolonglah buat kerja wahai pegawai-pegawai dan Boss-Boss KDN yer. Jangan berlagak pandai yer. Mana KSU, TKSU, SUB dan orang-orang UKK KDN??? Rakyat nak tahu penjelasan sebenar yer dari korang semua..We Still Waiting Your Respond Brother!!!


GR kata: Jawab isu 4 jam ke 4 minit?? Surat keluar bukan kawtim pun ada yang bangang boleh percaya yer?? He he he

Artikel pelbagai