Saturday, July 21, 2012

4 IMAM MAKKAH UNTUK SOLAT TERAWIH DI PUTRAJAYA & KL


PUTRAJAYA - Sempena Ramadhan, empat imam yang dijemput khas dari Makkah akan mengimamkan solat terawih di beberapa masjid besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata imam berkenaan akan ditempatkan di Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di sini.

"Selain solat terawih, imam-imam itu juga akan mengimamkan solat tahajud dan memberikan tazkirah," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Salam Sahur Kasih Ramadan di sini Rabu.

Turut hadir Atase Arab Saudi di Malaysia, Dr Abdurrahman Muhamad dan imam jemputan berkenaan - Dr Suffian Ibnu Omar, Syeikh Fadi Muhammad Al-Batsyi, Syeikh Badrudin Ali Tomi Al Asyish dan Dr Ahmad As Sai'd.

Othman berkata kedatangan mereka adalah hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan pihak kedutaan Arab Saudi. - BERNAMA


GR kata: Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah Terawih.

TERKINI #SkandalTalam : PAKATAN KANTOI BAYAR LEBIH?


KUALA SELANGOR 20 Julai - Bayaran terlebih bayar yang dibuat kerajaan negeri untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) di Bestari Jaya di sini, bukan sebanyak RM42 juta seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya RM100 juta lebih mahal.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini sewaktu membawa sekumpulan media melihat sendiri tanah seluas 916 hektar berkenaan di Bestari Jaya, di sini.

Tee Yong mendakwa, maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan kewangan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pada 2009 yang juga memiliki tanah di kawasan sama. - Utusan


GR kata: Kalu tak perabihkan duit rakyat...bukan Pakatan Rakyat namanya....

PERBEZAAN POLITIK BOLEH MELEMAHKAN ISLAM - @NajibRazak


KUALA LUMPUR 20 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perpecahan umat Islam akibat daripada perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah belah umat Islam kerana mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat.Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya menguatkan lagi perpaduan ummah kerana ia merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa depan.

‘‘Untuk itu inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus dijadikan pedoman oleh umat Islam secara menyeluruh. Yakini bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Ramadan di blognya, http://1malaysia.com.my. Ujar Najib, perbezaan pendapat dan ideologi perlu diketepikan demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di negara ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa mendatang.

Menyentuh tentang kedatangan 1 Ramadan yang disambut umat Islam di negara ini esok (hari ini), Najib berkata, Ramadan adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu dan umat Islam perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik.

‘‘Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan".

‘‘Bulan Ramadan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah kepada umat Islam untuk diambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat kali ganda".

"Jelasnya, ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah.‘‘

"Akhirnya, jangan kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam lailatul qadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan dan rahmat keampunan daripada Allah. Selamat menyambut Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa,’’ katanya. - Utusan


Published with Blogger-droid v2.0.6

PANAS: NURUL IZZAH INGATKAN PANDAI SANGAT, RUPA-RUPANYA BODOH! cc: @Zahid_Hamidi


Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah ( sini ), saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.

4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara.

5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).

6. Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

7. Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka semua kena tangkap dan dikesan.

8. Bagi saya ahli-ahli politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili “SUARA” rakyat negara ini.

9. Saya kira, Nurul perlu berhubung dengan ATM untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai perisik Indonesia, Singapura, CIA, Mossad dan ramai lagi yang telah dikesan berkeliaran dalam negara untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa yang sedang terjadi dan apa rancangan negara-negara yang berkepentingan.

PEMBANGKANG MELAYU SEDANG DIPERGUNAKAN

10.Ahli perniagaan (mereka yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain.

11. Saya sebenarnya sudah masak sangat dalam sepak teranjang politik dan dunia bisnes perdagangan senjata ini, bidang ini merupakan satu-satunya cabang orang Melayu boleh buat duit berjuta kerana tender biasanya boleh meninggi sampai beratus-ratus juta atau bilion.

12. Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk sistem NCO bagi pihak tentera.

13. Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara terbuka kerana ia berkait rapat dengan kerahsiaan ATM.

14. Atau Nurul Izzah telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa beliau sedar.

15. Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak keselamatan tidak akan didedah.

16. Dahulu parti yang sama juga yang membuat bising apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) konon-konon telah menggunakan sistem komunikasi APCO yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan sebuah syarikat yang mempunyai jurutera Israel.

17. Jadi ramailah ahli-ahli politik pembangkang yang risau jika rahsia negara akan terdedah kepada musuh.

18. Parti yang sama juga mendesak mengapa PDRM tidak menggunakan kepakaran rakyat tempatan untuk sistem telekomunikasinya, pada halnya APCO itu merupakannama sejenis sistem radio bukan nama syarikat.

19. Sekarang apabila ATM mengikut nasihat pembangkang, memberi kepercayaan kepada Sapura, timbul pula soal lain.

20. Saya fikir, jika projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak luar yang berminat.

21. Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.

22. Dan bukan satu perkara rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan parti PAP Singapura menggunakan wartawan-wartawan dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya mempunyai akses yang besar.

23. Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan, Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad.


GEMPAR: SORANG LAGI SESAT MENGAKU NABI AKHIR ZAMAN!!


Ayer Keroh – Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman.

Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’. Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya.

“Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi.

Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak. Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah.

Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat. Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat. Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula. - Berita Harian


GR kata: Dalam Al-Quran dah sebut tidak ada Nabi yang akan dilahirkan selepas Nabi Muhammad S.A.W. Fikir-fikirkanlah....

Friday, July 20, 2012

DAP BERJAYA TAMBAH BILANGAN BABI DI PENANG, PAS SENYUM BANGGA!


Jumlah kepadatan penduduk Pulau Pinang mengikut etnik :

MELAYU ~ 684,300
CINA ~ 663,500
INDIA ~ 157,300
LAIN- LAIN ~ 13, 700

Berdasarkan kepadatan penduduk seperti di atas, seharusnya skala ternakan yang dipelihara adalah mengikut nisbah samarata dan adil mengikut etnik yang diwakili.

Namun mengikut bancian yang dilakukan pada tahun 2009 di bawah Task Force yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa tempatan, MPSP, jumlah ternakan mengikut kategori yang dikelaskan adalah seperti berikut;

Lembu ~ 13, 790
Kambing ~ 10, 205
Kerbau ~ 360
Babi ~ 313, 303

Sumber: Pisau


GR kata: Ostad PAS bangga sangat pasai apa? Ada share bisness babi ker??

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA


PENGERTIAN PUASA
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.

RUKUN-RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:

1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.

Lafaz niat puasa Ramadhan (harian):
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

Lafaz jika niat selama sebulan:
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam -Tidak wajib puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam (tidak beriman).

2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab keagamaan termasuk berpuasa.

3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama - Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 

VIDEO: OSTAD-OSTAD PAS MALU BILA LIHAT VIDEO NIE!

Tidak salah jika seseorang itu berubah ke arah kebaikan tetapi jika ilmu agama itu masih belum cukup di dada pergilah menuntut dengan ustaz-ustaz yang bertauliah dan mengajar ilmu dengan sempurna bukan dengan ikut cara kepandaian sendiri. Hukum-hakam agama sudah termaktub di dalam Al-Quran...janganlah dipermainkan dan dipersendakan demi kepentingan peribadi.

Lihatlah video di bawah dan hayati apa yang disampaikan oleh Ust Kazim  :




GR kata: Ramai betul jadi Ustaz & Ustazah express dalam PAS....rosak-rosak!!


GEMPAR: PARADIGM MALL RUNTUH! KONTRAKTOR TAK BERTAULIAH CABUT LARI!?

Apa hal Paradigm Mall ini? Sejak pembukaannya banyak betul aduan diterima. Sebelum ini aduan mengenai staff Facebook mereka yang gagal melayan rungutan customer berkenaan lif yang gagal berfungsi dengan baik. GR difahamkan hari ini sebuah unit penghawa dingin pusat membeli belah ini jatuh dari siling. Lihat gambar di bawah :


Nasib baik tiada sesiapa yang cedera dalam insiden tersebut. Adakah Paradigm Mall sebuah pusat membeli belah yang selamat? Adakah aircond unit lain akan jatuh? Adakah masalah lif tempoh hari dapat diselesaikan? Adakah bangunan Paradigm Mall ini sudah mendapat CF dan boleh beroperasi untuk pengunjung?? Mohon pihak pengurusan memberikan jawapan dengan segera kerana ia melibatkan nyawa pengunjung yang datang.


GR kata: Jangan sibuk buat shopping mall sebab pikir nak untung saja, keselamatan pun perlu dijaga!!!

Thursday, July 19, 2012

PANAS: KHALID GAGAP SOKONG RUMAH URUT, TAKUT DENGAN RONNIE TUIHH!!


Inilah sikap seorang MB Selangor yang terang-terangan tidak berani membuat sebarang keputusan demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor. Semakin hari semakin banyak rumah urut tumbuh di negeri Selangor, tapi pada mereka ini semua salah UMNO/BN. Apa ker BODOHnya diaorang ni??

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber pendapatannya, tapi hakikat sebenar sumbernya dari kemaksiatan. Bukannya nak dikurangkan bilangan rumah urut yang sedia ada, malah semakin hari semakin bertambah. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca yang budiman....

Baca lanjut di bawah :
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak boleh menutup operasi semua pusat urut di negeri ini kerana tindakan itu dianggap tidak adil kepada pengusaha premis yang menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mendakwa, kerajaan negeri sekarang juga tidak lagi mengeluarkan lesen kepada pusat urut sebaliknya hanya diberi kepada pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan mengikut Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

Berdasarkan laporan, terdapat 571 rumah urut di Selangor pada masa ini.

“Semua pusat urut yang ada sekarang diberi lesen sejak dahulu, kita tidak boleh tutup selagi mereka mematuhi undang-undang kerana dilihat tidak adil (kepada pengusaha),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini semalam.

Kosmo! kelmarin mendedahkan mengenai kegiatan pelacuran yang berleluasa di bandar Puchong dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini sehingga imejnya sebagai bandar pengeluar barangan industri bertukar kepada bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks. Puchong kini digelar Hatyai Selangor.

Bagaimanapun, pusat pelacuran tersebut digempur oleh polis malam Isnin lalu dalam serbuan dinamakan Ops Noda. Polis menahan seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan tempatan berusia 20-an hingga 30-an.

Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat. Ronnie memberitahu, pihaknya bagaimanapun bersedia menutup semua operasi pusat urut dengan syarat pihak berkuasa negeri lain turut mengambil tindakan serupa.

“Jangan asyik cabar Selangor supaya tutup pusat urut, tutup dulu di negeri-negeri lain kerana saya lihat Kuala Lumpur juga masih ada pusat urut,” dakwanya.
- SH


GR kata: PKR, PAS tak berani bersuara. DAP yang berkuasa. Habislah negara jawabnya...

UMAT ISLAM DI MALAYSIA MULA BERPUASA HARI SABTU INI


Untuk makluman rakyat Malaysia yang beragama Islam, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu ini 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H. Demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.


GR kata: Selamat menunaikan ibadah puasa pada seluruh umat Islam di Malaysia. Jangan lupa esok malam mula solat Terawih yer.

ANWAR MEROYAN DENGAN IKLAN JANJI DITEPATI!!


Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya. Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan. Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah.

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN.

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan. Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata. Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih. Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan.

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam. Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka. Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?



GR kata: PR bila nak tunaikan janji pulak?? Asyik berjanji jerk...

PANAS: KAK JIJAH KELUAR PKR NAK SERTAI UMNO??


Benarkah berita yang GR dapat dari sumber dalaman PKR memberitahu isteri kepada Anwar Ibrahim ini akan keluar dari PKR dan sertai PAS. Disebabkan sudah tidak tahan dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh PKR yang membuatkan beliau menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS. Sumber dalaman GR juga memberitahu bahawa sebab utama sekali beliau ingin keluar dari PKR ialah sudah tidak tahan dengan suaminya yang mempunyai pelbagai masalah peribadi.

Apakah masalah tersebut seperti yang kita tahu selama ini? Al kisah Anwar meliwat dan dengan China Doll yang membuatkan Kak Jijah tidak tahan dan dah tak mau menanggung malu. Isteri mana yang tak malu kalau suami berperangai yang tidak elok...betul tak??


Pembaca lihatlah gambar di atas, apakah disebalik sebenar Kak Jijah berbuat demikian. Adakah beliau ingin memperjuangkan Islam kerana perjuangan Islam itu tiada di dalam PKR. Apakah hanya dalam PAS hanya seseorang itu boleh memperjuangkan Islam? Atau pun Kak Jijah juga inginkn tiket direct ke Syurga?? Benar atau tidak kesahihan berita ini kita tunggu dan lihat nanti....


GR kata: Jam Omega tak jumpa-jumpa lagi ker Kak Jijah?? Hehe hehe

18sx: VIDEO YANG BUAT LELAKI MELELEH AIR LIUR!!


Kenal tak dengan model terkenal ini...melihat muka yang cantik pun boleh meleleh apatah lagi dengan body yang cantik, betul tak?? Bukan itu yang GR maksudkan....yang sebenarnya beliau adalah model pada jenama terkenal Victoria's Secret.

Victoria's Secret, rangkaian jenama pakaian dalam wanita yang terkenal sekali lagi menampilkan Miranda Kerr sebagai model untuk menggayakan rekaan terkini produk mereka.

Syarikat tersebut menyebutnya di dalam twitter mereka "Summertime… and MirandaKerr is back w/ another sultry online commercial for VictoriasSecret Cotton Lingerie,"


Apa pun lihat video di bawah dan pada kaum adam kawal nafsu anda yer...Hehe hehe




GR kata: Ostad-ostad PAS jaga sikit nafsu tu yer jangan sampai tertanggal kopiah tu...Keh3

Wednesday, July 18, 2012

HOT NEWS: BLOGGER JADI HEROIN FILEM MALAYSIA!


Gangster Celop mengisahkan 2 orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Filem in mencetuskan fenomena baru apabila julung kalinya EXCELLENT PICTURES dan Skop Production akan bersatu tenaga membikin filem "Gangster Celop", sebuah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Shamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha. Khabarnya pelakon Hanis ini adalah salah seorang blogger biasa sahaja..

Pelakon didalam filem ini terdiri Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha manakala pengarahnya adalah Ahmad Idham.

Cerita berkisar tentang Shamsul Yusof dan Kamal Adli yang bakal memegang watak bekas samseng berkawan rapat. Mereka baru sahaja keluar dari penjara dan ingin memulakan kehidupan baru.

Walaubagaimanapun, mereka dihubungi oleh Mat Jambu (Yus Jambu), seorang bekas ketua samseng yang kini memerlukan bantuan mereka untuk menjadi pengawal peribadi kepada Suzana (Hanis Zalikha), anak Jambu yang baru hendak mula berniaga.


"Melihat situasi industri filem sekarang, gabungan ini boleh memberikan sebuah peluang untuk menghasilkan idea, kreativiti, modal dan kerja yang boleh menarik perhatian umum," ujar Datuk Yusof Haslam, yang turut mengatakan kolaborasi ini merupakan sebuah langkah yang besar dalam industri filem tempatan.

"Kolaborasi ini boleh membuahkan fenomena baru dalam industri filem, yang mana ianya bukan sahaja berkaitan kolaborasi dua syarikat, malah ini antara fenomena baru dalam bidang lakonan apabila Hanis Zalikha, seorang blogger terkenal yang juga merupakan seorang model, turut berlakon dalam "Gangster Celop"," ujar Ahmad Idham.

Penggambaran utama "Gangster Celop" sudahpun bermula di kawasan Lembah Klang dan berkemungkinan akan diriliskan pada tahun 2013.  Nak tau kesudahan cerita ni...apa lagi kita serbu panggung la yer nanti...Hehe hehe



GR kata: Jika diberi peluang tak salah cuba nasibkan...ini semua rezeki Tuhan. Amin...

PANAS: VIDEO ANWAR MASSAGE MANDI LULUR TERSEBAR??


Inilah bila PAS berkempen, apa yang tak lari dari mulut PAS adalah tentang gejala sosial yang berlaku dalam negara adalah disebabkan oleh BN. Pendek kata, semua maksiat di Malaysia adalah salah UMNO/BN termasuklah di Selangor dan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Haprak.

Dengan izin Allah SWT, PAS telah membentuk Kerajaan di Selangor. Sebelum PRU 2008, PAS telah berjanji untuk tutup kilang arak di Shah Alam jika mereka menang. Bila dah menang, kilang arak tetap kekal di tempatnya tanpa gangguan Kerajaan Negeri yang dibentuk oleh PAS-PKR-DAP. Mana janji yang diwar-warkan oleh Khalid Samad?? Kenapa diam terus??

Oleh kerana tak dapat tutup kilang arak, PAS tetap tuduh BN walaupun mereka dah jadi Kerajaan Negeri. Selain daripada tak dapat selesai janji untuk menutup kilang arak, PAS juga gagal mengawal pusat-pusat maksiat di Selangor. Dalam berita di atas, pusat urut yang menawarkan pakej B2B ala Bangkok terletak di Klang iaitu kawasan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Rani. Macam mana PAS nak pastikan Selangor bebas maksiat sedangkan tempat Pesuruhjaya PAS Negeri pun berlambak pusat maksiat?

GR nak tanyalah pada PAS, bila nak tutup kilang arak? Mana janji manis tahun 2008, kenapa tak tunaikan lagi? Kenapa rumah-rumah urut semakin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan?? Kenapa?? Khalid Samad tolong jawab!!!

Apa fungsi Penasihat Ekonomi negeri Selangor yer?? Makin sokong ker pertumbuhan maksiat di Selangor? Ker suka layan massage jugak....macam video di bawah ni. Pembaca lihat dan renung-renungkanlah....



GR kata: Suka massage laki ker pompuan Pak Anwar?? Hehe hehe

FOTO MENARIK SEKITAR PELANCARAN #1M4U #1M4Uvolunteers

Pada hari Ahad lepas bertempat di KLCC berlangsungnya pelancaran Program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U). Program ini berjaya mengumpul 50 ribu orang sukarelawan berhimpun bersama-sama YAB Perdana Menteri di majlis perasmian pelancarannya pada hari tersebut.

Jom kita lihat beberapa keping gambar menarik GR ingin kongsikan bersama :











 GR kata: Golongan Belia adalah pelapis dan pemangkin pada negara....

BANGSA CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN MULA SOKONG BN - @Zahid_Hamidi



KUALA LUMPUR 16 Julai - Sokongan masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) secara senyap-senyap semakin meningkat dan bertambah baik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, petanda positif itu hasil daripada program transformasi politik yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang boleh dikatakan masyarakat Cina kini semakin puas hati. Walaupun mereka tidak berterus terang, secara senyap-senyap mereka telah berubah hala kepada BN," katanya selepas melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 11.45 pagi dengan rombongan 40 orang disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, yang turut diiringi Pengarah Eksekutif, Datuk Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Turut menyertai lawatan tersebut yang meninjau Jabatan Editorial Utusan Malaysia dan Kosmo! serta beramah mesra dengan kakitangan akhbar berkenaan ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Ketua Staff Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Abu Bakar Md Said dan wakil Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mahdi Yusof.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah. Tegas Ahmad Zahid, maklum balas dan reaksi itu merupakan petanda cukup baik selepas BN menghadapi ‘tsunami politik’ pada 2008.

Mengulas mengenai gambaran Pilihan Raya Umum Ke-13 yang mungkin tidak akan diadakan pada tahun depan, Ahmad Zahid secara peribadi berkata, penentuan tarikh pilihan raya adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Sama ada tahun ini atau tahun depan, bagi saya, pemimpin dan ahli-ahli akan patuh," katanya.

Beliau menyifatkan gambaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pilihan raya tidak akan diadakan pada tahun depan tersebut dibuat berdasarkan analisis akar umbi.

“Tentunya analisis itu mengambil kira seandainya pilihan raya diadakan pada tahun depan, seolah-olah nampak BN tidak berkeyakinan mendapat sokongan.

“Mungkin juga melihat faktor-faktor kelemahan ekonomi dunia yang diunjur pada 2013 dan keletihan jentera-jentera BN," ujar beliau. - Utusan


GR kata: Orang Cina, India dah menyampah dengan 'JANJI MANIS' Pakatan Haprak!

SERAM: KISAH BENAR HANTU TANPA KEPALA DITEMUI!


Gambar di atas hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye.

Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini dengan lebih jelas lagi :



Dalam sebuah hadis Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” - (HR Bukhari dan Muslim)


GR kata: Renung-renungkan dan selamat beramal....
 

Tuesday, July 17, 2012

PANAS: KHALID GAGAP 'MIGRAIN' TENGOK VIDEO NIE! @Khalid_Ibrahim @rizalmanmokhtar #bn4wp




Inilah hakikat yang sebenar terjadi di Parlimen Bdr Tun Razak. Di manakah ahli parlimen yang dulu kononnya gah pada nama, dengan pelbagai janji yang diberikan kepada masyarakat Bdr Tun Razak. Tapi apa yang terjadi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Di manakah janji Khalid Ibrahim pada rakyat Bdr Tun Razak pada tahun 2008 selepas menang PRU 12 dahulu. Beliau memberi jaminan akan berkhidmat untuk rakyat di Bdr Tun Razak, memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Bdr Tun Razak...tapi kenapa sehingga sekarang boleh dikira turun padang melihat masalah rakyat di Bdr Tun Razak. Kenapa kalau ingin memberikan bantuan perlu pilih bulu?? Kenapa dan mengapa??

Pembaca lihat video di atas, langkah baik yang diambil oleh Pemuda UMNO Bdr Tun Razak yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Datuk Rizalman B. Dato' Mokhtar. Program memberikan bantuan ke setiap rumah Bdr Tun Razak ini amat baik dan perlu dicontohi oleh semua pihak. Berikan bantuan tidak kira sama ada mahu pilihanraya saja...bahkan bantuan ini juga diberikan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira latarbelakang apa sekali pun. Pembaca lihat video di atas dan fikir-fikirkanlah....


GR kata: Orang PAS, PKR pun amik jerk bantuan....tak malu ker?? Hehe hehe

KURANG AJAR! JUAL KONDOM PERISA AIR ZAM-ZAM??


Apa ker halnya kurang ajar sampai macam ni sekali? Puak-puak kafir ni dah melampau sangat. Apa kejadah semua ni, janganlah sampai nak melariskan jualan...air zam-zam yang suci lagi bersih bukannya sebagai bahan untuk melariskan jualan. Ada faham ka???

GR tidak pasti keluaran kondom ini dijual di mana...tapi apa yang pihak ini buat memang KURANG AJAR. GR mohon pihak berkuasa perlu lakukan pemantauan secepat mungkin agar perjualan kondom ini dapat dihentikan dengan serta merta.

Kisah selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Islam bukan agama yang boleh dipersendakan!!!

JANGAN ULANGI SEJARAH 2008 - @Zahid_Hamidi


KUALA KANGSAR - Semua ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutamanya di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.

"UMNO perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Kuala Kangsar di sini semalam.

Pada Pilihan raya Umum 2008, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen manakala bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN meraih kemenangan di 306 kerusi.

Pilihan raya itu juga menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (BN kembali berkuasa pada tahun 2009). - Kosmo


GR kata: Soal kepentingan jawatan tolak tepi dulu...musuh sebenar ialah Pakatan Haprak!

HARI KHAMIS TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADHAN


Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. – BERNAMA


GR kata: Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Jangan cuba-cuba jeling Mcd drive thru yer!!

TERKINI: Dato' Fazley JUARA MasterChef Selebriti Malaysia!


Setelah berminggu-berminggu bertarung, akhirnya Dato’ Fazley Yaakob telah dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama. Dato’ Fazley telah menewaskan pesaingnya, Angah Raja Lawak di pusingan akhir yang telah selesai ditayangkan sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, Dato’ Fazley telah membawa pulang RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Jutaan tahniah diucapkan kepada Dato’ Fazley. Kalau ada kelapangan, mungkin selepas ini Dato’ Fazley boleh terbitkan buku masakan pulak. Boleh masakkan untuk peminat pulak lepas ni yer...Hehe hehe


GR kata: Boleh rasa masakan Dato' Fazley pulak lepas ni...keh3

Monday, July 16, 2012

UDA HOLDINGS JANGAN JADI RACIST! cc: @NajibRazak


Bertempat di Peral Internation Hotel, buat jurung kalinya Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkesempatan untuk bermesyuarat di sebuah Hotel, sebelum-sebelum ini ianya hanya di buat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh di Taman Desa.

Lokasi ini dipilih adalah kerana kali ini Pergerakan Puteri juga turut sama dalam acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.

Tepat Jam 2.30pm, YB Dato Seri hadir bersama rombongannya dan terus kami bawa kepada bilik menuggu, turut sama menjemput adalah Datuk Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian dan A.Rahim Aman, Timbalan Ketua.

Didalam aluan oleh Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, beliau menegaskan seluruh UDA perlu merasa malu terhadap campurtangan dan nasihat YAB Dato Seri Najib berkenaan dengan Isu MEROBOHKAN BUKIT BINTANG PLAZA.

"YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pergi ke hulu ke hilir, berkerja siang malam pagi petang subuh senja(bak kata Ahmad Maslan) , perkara kecil pun mereka gagal,  seharusnya UDA mempunyai semangat mempertahankan Hak Melayu, ini pun mereka tidak boleh pikirkan, tidak boleh mengambil keputusan secara kolektif didalam Lembaga Pengarah! Kalau saya jadi Pengerusi, CEO atau ahli Lembaga Pengarah, saya letak jawatan, malu saya nak menghadap YAB Perdana Menteri" - Mohd Razlan.

Itulah desakan dan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh terhadap isu kemiskinan.

"Jesteru itu, didalam pembanggunan TLDM Sungai Besi, kami mendesak agar semua UMNO Bahagian dimasukkan didalam kumpulan perancangan pelan pembanggunan, ini sahaja tanah yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, kita perlu merancang dengan lebih teratur untuk memnentukan Melayu tidak hilang di Bandar" - Mohd Razlan.
Dalam isu Agama pula, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan agar Sekolah-sekolah Tahfiz di iktiraf dan di naik taraf sama seperti sekolah kebangsaan.

"Di dalam mesyuarat kami nanti, kami akan mengusulkan agar Sekolah Tahfiz di martabatkan dan dinaik tarafnya sama seperti Sekolah Kebangsaan, kita tidak mahu lagi melihat anak-anak yang belajar di Sekolah Tahfiz ini mati kerana tanah runtuh, kebakaran dan macam-macam lagi insiden yang tidak diingini" - Mohd Razlan

Perwakilan telah menerima usul ini tanpa bahas.

Sememangnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan mempertahankan dan memperjuangkan perkara-perkara yang melibatkan Orang Melayu dan Hak Orang Melayu, terutama di Dalam Bandar.

Beberapa perkara yang pernah diusulkan dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sebelum-sebelum ini.

1. Para Pelajar Melayu yang mendapat keputusan Cemerlang dalam IPTA/S yang meminjam PTPTN mesti di tukar kepada Biasiswa melalui MARA -

2. Skim Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Muda.

3. Rumah Transit untuk Anak Muda yang baru berkahwin

Semua perkara ini juga di sentuh didalam ucapan aluan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

YB Dato Seri Nazri banyak didalam ucapan Perasmian banyak menyentuh soal Melayu, dan orang Melayu mesti kenal apa ini Melayu dan jangan malu mengaku diri kita sebagai Orang Melayu. - Video penuh ada di Mob TV.

Sumber: Razlan

Dana RM100 Juta Untuk Anak Muda! #1M4U #DRe1M @NajibRazak


Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.

Beliau turut berkata, beliau sendiri akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia.

“Menerusi program 1M4U, kami memulakan yang bukan gelombang rusuhan dan demonstrasi jalanan, tetapi satu gelombang yang terhasil di seluruh negara yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih baik melalui semangat sukarelawan di kalangan belia,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program 1M4U di Esplanade KLCC di sini, Ahad.

Merujuk kepada slogan 1M4U, Najib berkata: “Saya untuk anda. Kerajaan hari ini adalah Kerajaan untuk belia dan kami akan melakukan semua kita boleh bagi memastikan masa depan anda dipenuhi dengan harapan.”

Najib turut mengumumkan bahawa pada 2013 akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia. Lebih 50,000 belia menyertai 16 program sukarelawan di Lembah Klang dan Selangor. - mStar


GR kata: Program yang baik harus mendapat sokongan dan harus diperluaskan....

Perbezaan #HimpunanHijau Ke Putrajaya PAS Dengan Himpunan #1M4U #1M4Uvolunteers ??


Semalam sekali lagi Malaysia mencipta sejarah baru melalui Program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) dengan dihadiri seramai lebih 50 ribu orang sukarelawan di KLCC. Program ini bermula dengan 16 program kemasyarakat di 16 lokasi yang telah ditetapkan. Golongan Belia ini turut serta membuat kerja-kerja amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan masyarakat setempat, memberi bantuan dan macam-macam lagi.

Yang lawaknya semalam juga puak-puak PAS ini membuat #HimpunanHijau ke Putrajaya di Kuala Selangor. Dah nampak macam nak lawan dengan program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan. Pembaca lihat di atas gambar yang GR ambil dari FB Milo Suam, agak-agak ramai tak yang hadir di himpunan tersebut?? Hehe hehe


Dan-dan tu jugaklah diaorang ni ada skuad bermotor dalam himpunan ni. Bukan tiru program yang dianjurkan oleh UMNO/BN ka?? Lawakla depa ni kan...Hehehe. Tapi kenapa skuad bermotor diaorang hanya BERJAYA kumpulkan seramai ini sajakah?? Cuba lihat gambar di bawah :



Gambar di atas inilah suatu momentum sebenar yang ditunjukkan oleh golongan Belia. Inilah skuad bermotor yang rata-ratanya dari kalangan anak muda yang sentiasa menyokong dasar Kerajaan. Gambar di atas bukan ini saja malah semalam seluruh kawasan di sekitar Lembah Klang skuad bermotor berjaya dikumpulkan dan mereka ini sebelum bergerak ke KLCC mereka juga turut serta membuat kerja-kerja amal membantu masyarakat.



Program kemasyarakat seperti inilah yang seharusnya diterapkan dalam hati rakyat Malaysia. Bukannya dengan menerapkan persepsi yang tidak baik dalam fikiran rakyat Malaysia kerana tidak ada gunanya dengan memburukkan program yang baik dilakukan untuk rakyat Malaysia.

Kesimpulannya #HimpunanHijau ke Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS semalam di Kuala Selangor tidak mendapat sambutan oleh masyarakat di kawasan tersebut kerana mereka sudah muak dengan FITNAH dan JANJI PALSU yang diberikan oleh Pakatan Haprak. Sudah tentu di #HimpunanHijau ini ceramah yang diberi semua dalam bentuk memfitnah dan memburuk-burukkan Kerajaan, betul tak??

Lihat perbezaan gambar-gambar di KLCC dan K.Selangor di bawah :


Puak-puak menunaikan solat Asar berjemaah di Stadium K.Selangor...kenapa tak pi solat kat masjid di situ...bukankah hanya 50 meter saja jarak antara stadium dan masjid? Kawasan ni lebih suci dan afdal ker?? Tiket direct menuju ker Syurga ker?? Fikir-fikirkanlah....



Inilah momentum yang ditunjukkan oleh anak muda sekarang. Mereka sudah mula berfikir inilah Kerajaan yang boleh membimbing dan membantu golongan anak muda mencapai apa yang terpendam dalam hati mereka. Suara anak muda didengar oleh YAB Perdana Menteri dan disokong penuh oleh beliau apa yang diinginkan oleh anak muda. Golongan anak muda adalah pelapis negara...



GR kata: Anak muda bijak berfikir demi masa depan negara yang lebih baik....

Video @fizoomar @altimet @ADPadiputra @schaalyahya Di #1M4U Meriah Ker?








GR kata: Memang meriah dan artis-artis pun sempoi n sporting abis beb....

Sunday, July 15, 2012

JOM SHOPPING KAIN...MURAH! MURAH!! #KKR1M @NajibRazak


Sebanyak 30 lagi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, antara kain dijual di kedai itu ialah kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran, baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran serta kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran.

Selain keperluan pakaian, kata beliau, kedai itu turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok.

Sehubungan itu, kata beliau, usaha kerajaan memperkenalkan produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia tidak ada 'noktah' sebaliknya bersifat 'koma' (berterusan) setelah didapati ia banyak meringankan beban hidup seharian rakyat di negara ini.

"Semua pihak tidak boleh menafikan bahawa produk dan perkhidmatan jenama 1Malaysia berjaya menjimatkan perbelanjaan rakyat memandangkan harganya ditetapkan lebih rendah dari pasaran.

"Atas asas itu juga, kerajaan menetapkan tiga kriteria penting sebelum satu-satu produk atau perkhidmatan itu dibenar menggunakan jenama 1Malaysia, pertama, untuk rakyat; kedua, kualitinya baik dan ketiga, harganya murah daripada harga biasa atau pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan KKR1M milik Peluang Karisma Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani dan Ketua Pegawai Operasi KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) serta baucar subsidi tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Perdana Menteri berkata, walaupun harga produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia lebih murah, namun pihak kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kualiti. Sementara itu, Pengarah Urusan KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin berkata, Hulu Langat dipilih sebagai lokasi pertama premis berkenaan berdasarkan faktor lokasi yang strategik dan tidak jauh dari bandar.

Kata beliau, berdasarkan kedudukan tersebut, kedai itu diyakini dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat Selangor untuk datang membeli-belah. Menurutnya, lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis tersebut termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan. - Utusan


GR kata: Terima kasih PM, terima kasih Kerajaan kerana sentiasa membantu rakyat dan memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

LIVE UPDATE: Belia GEGAR Esplanade KLCC #1M4U #We1Peace


Seramai lebih 50 ribu sukarelawan Belia #1M4U berhimpun di Esplanade KLCC serta tidak berganjak kerana ingin turut serta bersama YAB Perdana Menteri Malaysia melancarkan perasmian #1M4U sekarang ini. YAB Perdana Menteri juga melancarkan Dana Sukarelawan 1 Malaysia #DRe1M untuk golongan sukarelawan Belia menjalankan kerja-kerja amal kemasyarakatan untuk rakyat Malaysia.

Jom lihat gambar sekitar Espalanade KLCC di bawah :










GR kata: Memang best woooo kat KLCC ni. Happening giler!! #1M4U #We1Peace

Artikel pelbagai