Wednesday, June 18, 2014

PELAKON IKLAN KITKAT NABIL ABDUL TELAH MENINGGAL DUNIA! @TV3_Melodi

Korang pernah tengok iklan Kit Kat versi yang ada Datuk M.Nasir lepas makan coklat tersebut dia terbang.

Dalam iklan tersebut, pelakon muda yang melakonkan watak macam pekerja di kaunter pembayaran...dialah pelakon yang GR maksudkan nama beliau Nabil Abdul.

Beliau telah pun meninggal dunia pada jam 10.30 pagi (Selasa) di Hospital Ampang. Setelah hampir seminggu beliau terlantar di hospital atas sebab penyakit yang beliau hadapi selama ini.

Arwah Nabil Abdul mengidap penyakit Kanser darah yang dipanggil 'limfoma' merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.

Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yang popular dalam siri Impian Ilyana.

Alhamdulillah jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak tadi.

GR doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Terharu lihat kawan-kawan arwah dari yang sanggup turut bersama menemani arwah hingga ke tanah perkuburan.

Orang yang baik, pasti balasannya baik-baik juga. Meninggal dunia muka penuh dengan senyuman, semuanya dipermudahkan.


GR kata: Al Fatihah. Jangan lupa saksikan lakonan terakhir arwah dalam siri #Lembuku Ben di TV2 dan #jihannakbuatrumahterbuka di Astro.

Sent from Samsung Mobile

Tuesday, June 17, 2014

MILITAN 'BERJIHAD' DI SYRIA BAKAL DITANGKAP, SALAH KER @Zahid_Hamidi CAKAP? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA


Ramai yang tidak berpuashati dengan kenyataan Zahid Hamidi pada mereka yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang apabila mereka pulang ke Malaysia nanti. Dalam hal ini GR berbelah bagi samada setuju dan tidak setuju, tetapi GR lebih condong dengan tindakan pihak Polis demi keselamatan, ketenteraman masyarakat dan negara.

Jika kita setuju dengan militian, adakah kita setuju dengan tindakan (arwah) Nordin Mat Top? Seperti di luar negara, adakah kita bersetuju dengan tindakan Osama Laden? Bukankah mereka ini juga militan!!

GR tidak nafikan niat mereka untuk membela dan menegakkan Islam. Tetapi dalam konteks keselamatan, jika mereka dilepaskan sebenarnya agak sukar. Bayangkan jika mereka merancang untuk mengebom rumah-rumah ibadat tak kira apa agama sekali pun di negara adakah kita bersetuju dengan mereka? Jika mereka secara tiba-tiba lakukan pengeboman di tempat awam, adakah kita bersetuju??

Adakah ada jaminan mereka tidak berbuat demikian? Korang rasa macam mana? Adakah kita mahu Malaysia seperti negara lain yang sedang bergolak sekarang? Adakah dengan nama Islam saja kita perlu buat dengan mengikut hawa nafsu kita??

Fahamkan kenyataan DS Zahid Hamidi nie betul-betul :

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini, Isnin.
Beliau berkata, kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah peribadi dalam penguatkuasaan juga harus diselidik.

"Kita tak syak semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - mStaronline

Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul dan Shalwati didapati bersalah kerana memukul anaknya. Di Malaysia merotan untuk mendidik adalah amalan turun temurun kan? Maksud GR di sini ialah undang-undang sesebuah negara adalah berlainan, begitu juga di Malaysia.

Di Palestin, Mesir, Pakistan dan di negara lain yang bergolak wujud aktiviti militan. Di Ukraine militan pro Rusia timbul setelah krisis ekonomi. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kita harus mencegah dari mula. Jika tidak ia akan mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Mungkin ramai yang tak sependapat dengan artikel GR ini. Tetapi mungkin ada jalan penyelesaian dalam isu militan ini, sama-samalah kita bersatu memberikan buah fikiran yang bernas. Mungkin juga pasukan militan ini harus berkerjasama dengan pihak Polis bahawa mereka tidak lagi terbabit dalam hal militan kerana telah INSAF.

Baca artikel ini apa sebenarnya maksud Jihad dalam Perspektif Islam KLIK DI SINI

Percaya atau tidak sebenarnya negara kita sentiasa memberi bantuan kepada golongan Islam yang tertindas. Bentuk bantuan yang diberikan pada mereka mungkin ramai yang tidak mengetahui malah GR berani katakan mereka yang join militan nie tidak tahu erti sebenar perjuangan yang mereka lakukan sekarang. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Musuh dalam selimut, tue yang bahaya!!!

Monday, June 16, 2014

TABIK SPRING DENGAN @PDRMsia SEKARANG! TAHNIAH @KBAB51 @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA !!


Sejak kebelakangan ini, pegawai-pegawai Polis trafik banyak dirakam oleh orang awam berkenaan keintegritian mereka yang semakin tinggi. Malah sebelum ini ramai yang memandang serong terhadap mereka kerana terpedaya dengan cerita sana sini mengatakan mereka ini senang 'DIKAUTIM'.

Nampak pemikiran masyarakat terhadap pihak Polis ternyata meleset. Tugas mereka amatlah berat demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Ada sesetengah pihak yang tidak senang dengan tugas pihak Polis yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan pada mereka.

Kisah sebelum ini yang didedahkan dalam akhbar mahupun di media sosial, pegawai polis trafik mengoyak wang rasuah seorang pemandu Cina yang cuba merasuahnya kerana kesalahan di jalanraya. Begitu juga rakaman-rakaman orang awam ketika pegawai-pegawai polis Trafik menolak cubaan rasuah oleh pemandu-pemandu Cina ke atas mereka.

Tidak lama dahulu, dirakam oleh orang awam seorang pegawai polis trafik membantu seorang pemandu wanita di tengah Lebuhraya Persekutuan kerana tayar kenderaannya pancit. Baru-baru ini juga pegawai polis membantu seorang warga asing yang sedang solat di tepi jalanraya kerana menunaikan hasratnya.

Malah ada juga masyarakat menaikkan gambar anggota polis yang sedang makan ditepi jalan ketika menjalankan tugas. Menunjukkan waktu makan mereka juga tidak menentu seperti kita yang kadang-kadang masih ada yang tidak bersyukur.

Lihat gambar di atas, menunjukkan tak kira siapa pun yang melanggar undang-undang...mereka harus dihukum. Kelihatan gambar di atas, seorang anggota Polis Trafik menyaman kenderaan Polis kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Kejadian berlaku di Sarawak.

Kenapa masih ada yang menghentam mereka? Kenapa masih ada yang menyalahkan mereka? Adakah mereka yang pandai cakap ini, duduk ditempat anggota dan pegawai polis yang sedang bertugas?

Syabas dan tahniah kepada PDRM, kini semuanya semakin bertambah baik. Tahniah kepada Ketua Polis Negara kerana berjaya menaikan nama PDRM dimata masyarakat.

Tahniah juga kepada Menteri Dalam Negeri kerana menaikkan martabat Polis serta menjaga kebajikan mereka dalam semua aspek. Tahniah KDN!!


GR kata: Ada mata tengok, ada telinga dengar! Jauhi RASUAH!!

Artikel pelbagai