Saturday, November 9, 2013

PENGUNDI DAH MULA BUKA MATA ATAU UMNO/BN MASIH SYOK DALAM KELAMBU SENDIRI? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengurangkan majoriti PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Kedah menunjukkan BN berjaya menarik ramai pengundi untuk 'hijrah' dan mengurangkan bilangan pengundi yang 'kekal'.

Meskipun tewas, BN masih boleh berbangga kerana berjaya memaksa Pas bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen sejak 23 Oktober lepas, sehingga ke tahap melakukan serangan peribadi terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Sebelum hari pengundian yang jatuh pada 4 November, di atas kertas, Pas sudah mempunyai kelebihan kerana selain daripada DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat parti itu, Pas mempunyai 9,499 anggota sebagai pengundi. BN pula memiliki 9,230 anggota dan selebihnya 8,493 merupakan pengundi atas pagar.

Realitinya Isnin lalu dalam tempoh enam bulan selepas PRU-13, PAS telah kehilangan 1,225 undi di DUN Sungai Limau.

Mohd. Azam Abd. Samat, calon Pas menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding majoriti 2,774 undi yang diperoleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 5 Mei lalu.

Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi mengatasi Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi. Undi yang diperoleh Mohd. Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU-13 iaitu sebanyak 13,294 undi.

Sementara di pihak BN, majoriti pada PRK DUN Sungai Limau bertambah 4.4 peratus atau 465 undi. Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU-13.

Dalam PRK ini, BN menang di 10 daripada 19 daerah mengundi berbanding hanya enam pada PRU-13.

BN menawan empat daerah mengundi iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50) di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU-13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan pula adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada PRU-13, Simpang Tiga (48 - 46), Selengkoh (195 - 119), Sungai Daun (293 - 137), Dulang Kechil (939 - 506) dan Dulang Besar (533 - 187).

Jika momentum yang ditunjukkan dalam kempen PRK ini dikekalkan oleh jentera BN, tidak mustahil para pengundi Sungai Limau akan berhijrah kepada BN pada PRU-14 nanti.

BN menang moral. Benarkah begitu?

Sebenarnya, kalau diteliti dengan terperinci, keputusan PRK Sungai Limau telah menyaksikan orang Melayu sudah berpatah balik - untuk bertaut kembali. Ini terutamanya melibatkan golongan 'totok' Pas. Kita kena ingat dengan tarikh PRK ini berlangsung waktu hari bekerja (Isnin), dianggarkan kira-kira 2,200 pengundi luar Kedah yang dikatakan pada PRU-13 Mei lalu lebih cenderung menyokong BN, tidak dapat pulang untuk mengundi. Ini ditambah pula dengan 'hujah' pihak tertentu, buat apa balik, Sungai Limau memang kubu kuat Pas. Pasti kalah BN. Itu antara sebab mengapa kemenangan tidak berpihak kepada BN.

Cuma, sesuatu yang perlu dipelajari dari Sungai Limau adalah cara kempen jentera BN kalau ada PRK selepas ini adalah perlu menjauhi dari takuk lama.

Antaranya, seperti 'ahli Pas masuk UMNO' kerana dikhuatiri boleh 'mengelirukan' orang ramai. Dalam kempen-kempen selepas ini harus dipertegaskan peranan Islamik UMNO hendak mendaulatkan Islam dan Melayu secara terbuka. Orang Melayu termasuk penyokong 'totok' Pas sendiri dipercayai masih dahagakan kempen-kempen atau ceramah yang mengangkat martabat Islam/Melayu. Jika dasar Melayu terus kuat, Pas di Sungai Limau diyakini boleh tumbang.

Hakikatnya juga, kekuatan Pas bergantung kepada nama arwah Azizan yang banyak digunakan semasa kempen pilihan raya kecil itu. Ini termasuk menggambarkan Mohd. Azam sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Malah parti itu juga didakwa menggunakan gambar "superimpose" Mohd. Azam bersama Azizan dalam risalah kempen parti itu yang sebenarnya gambar wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang berkunjung ke pejabat Azizan pada 2011.

Kemenangan Pas ini sedikit sebanyak mengubati kedukaan parti itu yang kehilangan penguasaan ke atas Kedah pada PRU-13. Kemenangan ini mengekalkan status quo kedudukan kerusi DUN Kedah kerana Pas masih kekal dengan 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, dengan BN menguasai 21 kerusi.

Mukhriz sebelum ini mengakui bahawa BN adalah 'underdog' tetapi BN tetap mahu bertanding pada PRK Sungai Limau kerana mahu membuat tawaran kepada penduduk di situ tentang apa yang boleh dilakukan BN terutama soal pembangunan.

Walaupun tewas, penduduk di DUN Sungai Limau tetap mendapat banyak manfaat daripada kerajaan Pusat dan kerajaan negeri - satu bukti kerajaan BN tidak meminggirkan kawasan-kawasan yang dikuasai parti pembangkang.

Ada beranggapan kebanyakan pengundi masih kekal dengan Pas bukan kerana terlalu yakin dengan Mohd. Azam tetapi sebagai "check and balance" untuk kerajaan Kedah yang dikuasai oleh BN.

Jika dilihat trend sokongan pengundi kepada Mukhriz ketika berkempen, penduduk di DUN Sungai Limau sebenarnya dilihat semakin yakin dengan Mukhriz dan kerajaan negeri.

Malah, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi berlatarbelakangkan akademik, jadi imam surau di kampungnya, tidak sombong, mesra alam dan tidak ada protokol. Semangat penyokong BN juga cukup tinggi. Tidak berkira-kira atau bergantung pada upah. Inilah boleh disaksikan dalam kempen yang berlangsung selama 12 hari. Semua sudah terasa kepentingan UMNO itu disokong betapa kritikal akan kedudukan Melayu.

Jika semasa kempen PRU-13, calon atau peraih undi BN yang datang di Sungai Limau dibuat endah tak endah, tetapi kali ini penduduk membuka pintu rumah seluas-luasnya. Kebergantungan kepada UMNO begitu menyerlah.

Kesediaan Mukhriz tidur di rumah pengundi pada 30 Oktober malam di rumah Bahari Awang di Kampung Permatang Buluh menunjukkan kesungguhan beliau untuk mendekati rakyat, merasai denyut nadi rakyat serta kesusahan dan kepayahan rakyat.

Cuma di sebalik itu, memang kelihatannya orang Cina mengundi BN, namun ada yang meminta 'perlu diperkukuhkan' bacaan itu. Ini kerana dikatakan kempen oleh MCA/Gerakan seperti 'melepaskan batuk di tangga' sahaja. Walaupun pemimpin MCA turun padang pada 1 November lalu namun tiada sambutan hangat diterima seperti mana berlaku di Kabu Sepuloh, Dulang dan Simpang Tiga. Ini berbeza apabila pemimpin-pemimpin DAP turun. Walaupun DUN Sungai Limau dilihat bagaikan jauh dari capaian 'hasutan' DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai cara mereka untuk bersatu dalam membuat keputusan.

Barang diingat, meskipun kerajaan memperuntukkan RM2 juta bagi penambahbaikan sekolah di SJKC di DUN berkenaan, namun hanya kira-kira 180 atau 10 peratus daripada 1,827 pengundi Cina yang mengundi BN pada PRU lalu. Dalam PRK Sungai Limau ini, nampaknya ada sedikit peningkatan sokongan Cina kepada BN.

Dan sesuatu yang perlu diakui di Sungai Limau, jentera Wanita parti yang diterajui Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Puteri perlu diberi kredit yang tinggi. Jentera kedua-dua sayap ini sudah terpacul sejak subuh lagi, sanggup berhujan, berpanas sehingga meredah kepekatan malam menemui pengundi.

Tahniah dan syabas kepada SPR khususnya Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang menjadikan perjalanan PRK ini dengan lancar dan teratur sekali.

Juga, kepada pasukan keselamatan, PDRM yang dipimpin oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz, penghargaan patut diberi kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun di Sungai Limau bagi membantu dan menyuntik semangat kempen kepada jentera BN.

Tidak mustahil BN boleh kembali menguasai DUN Sungai Limau pada PRU-14 nanti. Dalam hal ini, BN kena pastikan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) memulakan kerja dari sekarang dan memberi khidmat sebaik-baiknya kepada pengundi.

Kalau sesuai, calon sedia ada boleh dikekalkan di Sungai Limau nanti, sesuai dengan keperibadiannya yang tidak sombong, rendah diri dan orang surau. Di Sungai Limau, Pas tidak menang sepenuhnya dan BN tidak kalah semuanya.


GR kata: Orang lain dah mula kerja, jangan menangis lagi sudah la yer!!

Tuesday, November 5, 2013

#PRKsglimau: KALAH MENANG BERMACAM ALASAN ATAU UMNO MASIH DITAKUK LAMA? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @MukhrizMahathir


PAS hanya menang 9 Peti undi berbanding PRU lepas 13 peti undi. BN berjaya memenangi 10 Peti Undi berbanding PRU 13 yang hanya menang 6 peti undi.

Undi majoriti PAS pada PRU13 sebanyak 2774 namun kali ini PAS hanya berjaya menang 1084 undi sahaja. Kesimpulannya BN berjaya di Prk Sg Limau ini berbanding PAS yang tewas di banyak PDM serta ahli PAS yang semakin ramai berhijrah kepada Barisan Nasional.

BN menang Moral...benarkah begitu? Boleh terima pakaikah alasan itu? Mungkin ada sebab bila mana ramai pemimpin UMNO memberikan ulasan dengan keputusan PRK Sg Limau semalam. Pada GR banyak lagi yang masih ditakuk lama. Cara kempennya masih dengan cara lama...sampai bila UMNO/BN mahu benar-benar berubah???

#BeraniBerhijrah #BN4SgLimau dan macam-macam tagline untuk mendapatkan sokongan rakyat. Apa lagi sebenarnya yang rakyat mahukan? Pandangan GR senang saja, Sg Limau masih kubu kuat PAS. Sudah berapa lama arwah Ust Azizan menjadi wakil rakyat di sana. Pokoknya bukan soal apa pembangunan yang dibuat tapi berapa lama hati dan diri masyarakat Sg Limau sudah sebati dengan jiwa arwah Ust Azizan.

Adakah UMNO/BN masih dengan bayang-bayang mereka sendiri? Wahai PM Najib Razak, adakah anda masih buta mata? Masih tidak boleh menilai majoriti rakyat yang masih menyokong UMNO/BN yang memberikan mandat sekali lagi untuk memerintah negara? Masih tak ingat lagi kah kaum mana yang mahukan UMNO/BN terkubur supaya mereka boleh mendapat kuasa memerintah?

Memang benar, pelbagai program Bumiputera yang diberikan oleh Kerajaan, tapi sejauh manakah perlaksanaannya kepada rakyat? Ramai lagi yang masih merungut kerana bantuan tidak disalurkan secara telus kepada mereka yang memerlukan. Inilah punca rakyat masih tidak memberikan sokongan penuh kepada UMNO/BN.


Jentera yang turun padang pula, GR lihat ada yang buat dengan ikhlas hati dan ada juga yang turun nak makan angin. Tapi ada juga yang merungut idea-idea bernas mereka tidak diambil peduli oleh ketua jentera (pengarah jentera) barangkali boleh digunapakai untuk mengambil hati pengundi. Harus diingat, pengundi Sg Limau sudah sebati dengan PAS dan perlulah dibuat cara lain yang seiring dengan hati pengundi di situ. Caranya takkan GR mahu nyatakan di sini kerana sudah pasti lebih ramai pemimpin UMNO/BN yang lebih bijak pandai.

Kadang-kadang GR lihat kempen pakatan haprak nampak macam tak logik akal tapi cara 'bangang' itulah yang mencuri hati pengundi, kena dengan keadaan sekeliling. GR juga bersetuju dengan beberapa pemimpin UMNO yang begitu tegas dalam memberikan bantuan atau pun melayan kerenah masyarakat berbilang kaum. Mereka ini sedar bangsa Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan agama, bangsa dan negara. Tapi kenapa PM Najib Razak masih lebihkan memberikan bantuan kepada kaum Cina?? Nak ambil hati mereka macam mana lagi kalau mereka BERLAGAK tak mahu layan pelawaan kita!!

 

Cadangan paling mudah yang GR dengar bersembang dengan jentera akar umbi, lebih baik diberikan terus kerusi DUN Sg Limau ini pada PAS atas kekosongan perginya arwah Ust Azizan. Negeri Kedah UMNO/BN berjaya rampas dan tadbir, Sg Limau tak payah nak susah payah bazir duit untuk suatu perkara yang sukar. Duit yang ada lebih baik diberikan untuk bantu rakyat yang memerlukan. Betul tak cadangan nie kan??

Buat program yang besar-besar, bagi makan sedap-sedap mereka akan makan. Bagi bantuan itu ini mereka akan ambil. Tapi mereka masih tidak bagi muka undi BN. Masih nak dilayan kaum CINABENG nie ker? Bantuan boleh diberikan tapi jangan melampau sangat. Apa perasaaan pengundi majoriti di kawasan Sg Limau tersebut? Adakah PM Najib Razak hanya dengan report dari satu sumber saja ka? Ada atau yang nak nama lebih atas kepentingan peribadi berikan maklumat yang semuanya cantik belaka. Fikir sendiri lah yer!!

Apa pun GR ucapkan tahniah pada UMNO/BN yang bertungkus lumus kerja siang dan dalam selama di Sg Limau. Kerja keras harus dilakukan tanpa henti demi PRU14 nanti. Pada pengundi yang masih bebal tu tak payah layan sangat sebab mereka bukannya ada otak nak fikir. Mereka ini jenis tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pada yang lain, teruskan menyokong Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dalam mentadbir negeri Kedah ke arah yang lebih maju.


GR kata: Kalah menang adat bertanding tapi masih ada yang sedar diri ke tak itu tepuk dada tanyalah hati....

Monday, November 4, 2013

KENAPA MAK KENA TEMBAK, APA SALAH MAK? PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK FIKIR TAK PERASAAN ANAK KECIL NIE!


Kes pegawai bank mati ditembak: Dua anak Norazita masih aju soalan kepada bapa

Kuala Lumpur: "Kenapa mak kena tembak ayah, apa salah mak,” antara soalan yang diajukan anak pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37, yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan di USJ Sentral, Subang Jaya, 23 Oktober lalu.

Suami mangsa, Irwan Kamaruddin, 37, yang sering kali diajukan soalan oleh dua anaknya, Nurnisa Nabila, 12, dan Muhd Hazimi, 8, hanya mampu menitiskan air mata mengenangkan nasib anaknya yang belum faham apa berlaku.

Anak belum pergi sekolah

Malah katanya, sejak kejadian hitam menimpa isterinya itu, dua anaknya belum pergi ke sekolah kerana bimbang fikiran mereka masih terganggu, terutama ketika ditanya pelbagai soalan oleh rakan mereka di sekolah.

“Hampir setiap malam dua beradik itu hanya termenung dan mendiamkan diri berbanding sebelumnya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menenangkan dan memberikan kata semangat supaya mereka lebih kuat.

“Saya sebagai ayah perlu kuat di depan mereka dan tidak boleh menunjukkan kesedihan, walaupun Allah yang tahu bagaimana perasaan saya sejak kematian isteri,” katanya dalam nada sedih ketika dihubungi BH, semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Norazita yang bertugas sebagai pegawai operasi cawangan AmBank di Subang Jaya, maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.

Mangsa terkulai di depan pintu bilik kebal bank berkenaan selepas terkena tembakan pump gun digunakan suspek. Suspek kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, sehingga kini polis menahan 11 individu warga Indonesia termasuk isteri suspek utama di sekitar Selangor dan Johor bagi membantu siasatan.

Terima RM452,188

Irwan berkata, kehidupan mereka sekeluarga belum tenang kerana suspek utama menyebabkan kematian isterinya belum ditangkap.

“Saya sering mengikuti perkembangan arwah melalui televisyen dan surat khabar, namun hampa kerana pengawal keselamatan itu masih bebas.

“Saya berharap lelaki itu terima hukuman setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap isteri saya.

“Selagi dia tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan, kematian isteri saya belum terbela,” katanya.

Sementara itu, kakitangan AmBank mengadakan tahlil dan doa selamat di cawangan bank itu, malam tadi.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, kemudian menyampaikan sumbangan RM100,000 dan pampasan insurans kumpulan peribadi RM352,188 kepada Irwan. - BH


GR kata: Cari sampai lubang cacing

SALAM MAAL HIJRAH, WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah S.A.W menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril a.s tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"  tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu... Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih

Betapa cintanya Rasulullah S.A.W kepada kita. Renung-renungkanlah....



#PRKsglimau: TANPA KELIBAT ANWAR, ADAKAH SG LIMAU KEKAL MILIK PAS? #beraniberhijrah @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @Zahid_Hamidi


Hari ini adalah penentuan untuk masa depan masyarakat di DUN Sg Limau. Adakah mereka masih mahu mengekalkan pucuk pimpinan parti yang memerintah atau pun mahu berhijrah ke arah yang baru? Semua ini terletak atas diri dan pendirian pengundi Sg Limau itu sendiri.

Sepanjang hampir 2 minggu GR berkampung di Sg Limau, pandangan GR penduduk Sg Limau adalah mereka dikalangan yang baik-baik. Oleh itu memang tepatlah mereka perlu memilih pemimpin yang terbaik dikalangan yang baik-baik. Maksudnya di sini pilihlah pemimpin yang akan mengotakan janji mereka dan boleh bawa perubahan yang baik terhadap kemajuan masyarakat di Sg Limau.

Paling menariknya di Sg Limau, GR lihat tiada sebarang banting atau banner kempen dari puak pakatan dengan menaikkan muka Anwar Ibrahim. Mana sokongan pada bapak Al Juburi nie? Bukankah sejak dulu lagi puak-puak PAS nie mengagung-agungkan bapak segala penipu ni?


Memang benar apa yang dimaklumkan oleh geng-geng PAS di Sg Limau. Mereka sudah tidak menerima perjuangan Anwar Ibrahim kerana terlalu jauh dengan landasan yang dituntut dalam Islam. Suara dari Nik Aziz dan Hadi Awang juga terpesong jauh dan buatkan mereka bercelaru sesama sendiri. Mereka cuma mahukan perjuangan arwah Ust Azizan diteruskan walaupun berlainan dengan ideologi politik.

Ura-ura mengatakan PKR boikot proses dan perjalanan kempen pakatan haprak di Sg Limau nampak jelas kerana hanya pemimpin PAS tertinggi saja yang turun kempen tabur fitnah, yang lain duduk rumah goyang kaki disebabkan merajuk. Program-program mereka juga dijalankan hanya mengikut apa yang dibuat oleh PAS. Jadinya kroni-kroni Anwar semua putih mata kerana terpaksa akur dengan arahan Anwar minta boikot kempen di Sg Limau.

Apa pun GR harapkan dalam masa yang sedang berjalan ini, pengundi Sg Limau keluarlah mengundi demi masa depan generasi kita ke arah lebih baik. Buatlah pilihan yang bijak demi menjaga nama baik agama, bangsa dan negara. Pilihlah pemimpin yang boleh berkhidmat untuk kita, bukannya kita yang perlu berkhidmat untuk mereka. Pemimpin yang matang adalah pemimpin yang boleh menilai mana yang baik dan buruk demi masa depan agama, bangsa dan negara.


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam, Isnin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau juga berpuas hati dengan persediaan SPR bagi pengundian PRK pada Isnin.

Berdasarkan tinjauan petang Ahad, kesemua pusat mengundi, saluran mengundi telah pun lengkap disediakan, selain pegawai yang akan bertugas esok telah dilatih dengan baik, katanya ketika ditemubual secara langsung oleh Berita Perdana RTM1 di Studio Mini RTM, di sini malam Ahad.

"Kita cuma berharap mereka masing-masing akan dapat bertugas pada masa ditetapkan, kerana selewat-lewatnya pusat mengundi mesti dibuka pukul 8 pagi," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemimpin dan penyokong parti yang bertanding supaya menghormati peratuan berkempen yang berakhir tepat pukul 12 tengah malam Ahad.

"Dan kepada pengundi, kita harap mereka bersedia dengan maklumat seperti saluran mengundi, sekolah pusat mengundi dan nombor siri undian mereka, selain tidak lupa membawa kad pengenalan, esok," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama mengenai bekalan elektrik sepanjang pengundian dan pengiraan undi pada Isnin, Abdul Aziz berkata, Tenaga Nasional Berhad(TNB) telah diberi tanggungjawab bagi memastikan tiada gangguan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, TNB membuat persediaan awal dengan menyediakan 18 set generator untuk ditempatkan di pusat penjumlahan undi serta di pusat pengundian DUN Sungai Limau.

Beliau berkata, SPR sememangnya sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk gangguan bekalan elektrik. - BERNAMA


GR kata: Puak PAS ramai dah meluat dengan Bang Non! UNDILAH CALON BN DR. AHMAD SOHAIMI LAZIM!!!

Artikel pelbagai