Misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya. Kenyataan yang dibuat oleh PM Najib, DS Hishamuddin dan semua boss-boss DCA masih ada yang cuba untuk memutarbelitkan keadaan.
Apa yang penting, kita harus memberikan semangat pada Kerajaan kerana tanpa ambil kisah erti putus asa teruskan pencarian hingga kita menjumpai pesawat MH370 ini. Kita harus teruskan berdoa agar segala misteri ini akan terjawab juga akhirnya nanti.
Persoalan yang timbul mungkin kita tidak terfikir adakah pesawat MH370 seperti di atas. Ada yang mengatakan keadaan seperti di atas adalah untuk mengisi minyak ketika berada di udara saja. Benarkah begitu? Adakah kita tahu pesawat AWACS amat canggih dan mampu untuk menghilangkan radar sesebuah pesawat yang lain.
Masihkah kita ingat seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu. Lanjut baca
DI SINI
Gambaran satelit yang dikatakan oleh pakar IT India
Bila insiden ini berlaku, kenapa kita tidak ajukan berjuta persoalan kepada pengeluar pesawat terbesar dunia iaitu BOEING. Mereka jugalah syarikat yang menghasilkan pesawat seperti MH370. Apa fungsi AWACS yang dikatakan pesawat paling canggih di dunia.
BOEING juga pengeluar dan pembuat AWACS
Antara model yang dikeluarkan BOEING
AWACS merupakan pesawat dari Airbone Wearning and Control System. Pesawat dengan sistem peringatan udara serta sistem kontrol dan Peringatan Lintas Udar ini memiliki radar berbentuk jamur berdiameter hampir 9 meter.
Dengan menggunakan radar sensitif yang dimiliki AWACS, anak pesawat dapat mengindentifikasi pesawat, kapal laut, bahkan yang berada didalam air sekalipun atau benda lain yang berjarak sampai 400 kilometer.
Bergantung dengan jenisnya, pesawat pengintai AWACS mampu terbang selama 12 jam dan pengisian bahan bakar AWACS dapat dilakukan diudara. Pesawat pengintai yang tidak dipersenjatai ini dapat terbang sampai ketinggian 10.000 Meter.
AWACS juga dilengkapi dengan sistem pengganggu radar pesawat musuh dan sistem peringatan dini untuk melakukan pengintaian dan komando lintas udara, serta fungsi mengawal kepada angkatan bersenjata di darat.
Oleh itu pesawat ini juga disebut sebagai pesawat perang khusus Elektronika, dan pesawat AWACS ini mampu terbang dengan kecepatan maksimum 850 km/jam.
AWACS juga mempunyai kebolehan untuk mengawal pesawat lain secara automatik tanpa memerlukan persetujuan dari pilot yang bertugas.
Amerika Syarikat memiliki 33 buah pesawat AWACS. Armada NATO dilengkapi dengan 24 pesawat pengintai ini.
AWACS juga turut berperan dalam operasi udara terbesar NATO "Allied Force" di Kosovo pada tahun 1999.
Ada juga sumber yang mengatakan agenda tersembunyi dari kuasa besar yang cuba untuk mencetuskan peperangan. Alhamdulillah berkat doa rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia perkara tersebut tidak berlaku. Kuasa Allah S.W.T mengatasi segala-galanya.
Ada sumber media asing mengatakan emel risikan Amerika telah di hack.
Alhamdulillah, kebenaran sudah makin hampir dijangkau. Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi kita umat Bani Jawi dan umat Islam di Tanah Melayu kita ini.
Berita di bawah ini jika benar adalah suatu yang menyakitkan hati.
Sumber emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma ke atas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Rusia dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat "peluru berpandu".
Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata "serampang dua mata" di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak :
1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia
2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama "Peperangan keatas Terorisma" yang kononnya melibatkan teroris Al Qaeda.
3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan China.
Namun pada masa yang sama, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidaklah boleh dipastikan. Mungkin ia digunakan sebagai tebusan ke atas Kerajaan Malaysia.
Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaan-dakwaan akan wujudnya konspirasi besar-besaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu baratnya, khususnya ke atas Malaysia atau pun negara-negara Asia.
Setakat ini belum ada masa lagi untuk menterjemahkan kandungan asal naratif emel tersebut. Kalau ada di antara saudara-saudari sekelian yang boleh membantu melengkapkan, bantuan anda sangatlah dihargai.
SUMBER: Gordon Duff, Senior Editor - http://www.veteranstoday.com/
GR menyeru seluruh rakyat Malaysia teruskan berdoa dan menyokong usaha keras dan murni pihak Kerajaan dalam mencari pesawat MH370. Jangan layan pemimpin pakatan haprak yang hanya pandai tanya soalan bodoh.
DS Hishamuddin teruskan usaha murni ini, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan pada anda dan juga kerajaan.
GR kata: Teruskan mencari, jangan mudah putus asa! Doakan MH370!!