Saturday, March 23, 2013

PANAS: SAYA SUKA TAYANG BODY, HAK SAYA KAN - ROZITA CHE WAN


Artis yang semakin panas dengan pelbagai kontroversi, Rozita Che Wan menempelak respon orang ramai yang memarahai dirinya yang berpenampilan seksi bersama Zain Saidin baru-baru ini.

Mengenakan skrit pendek berwarna biru hingga menampakkan bahagian pahanya dan beraksi manja bersama Zain Saidin, pada Rozita itu adalah hak dirinya sendiri untuk melakukan apa yang dia suka.

Rozita yang tidak mudah melatah akan terus mempertahankan dirinya dan baginya semua itu hak masing-masing.

“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya,” Jelas Rozita.

Rozita Che Wan juga berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’ lagi. Apapun kekecohan yang berlaku di Instagram ini akhirnya memperlihatkan Zain Saidin akhirnya membuat keputusan untuk menutup terus akaun Instagramnya hingga digelar seorang yang “coward” dan lari dari kenyataan.- Informasi


GR kata: Seksi ke seksa tengok dia ni yer??

VIDEO: KESULTANAN SULU DAN KAITAN DENGAN LAHAD DATU





GR kata: Masih ada yang kata sandiwara tu memang bangang! Bang Non yang akan hilang sebab tak dapat takluk Sabah!!

TEMPAT PERTAMA PENGGANAS SULU 'LANDING' DI LAHAD DATU!


Surau yang anda lihat ini terletak berhampiran Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah

Untuk pengetahuan anda, difahamkan di sinilah para pengganas militan Sulu mendarat di hari pertama insiden pencerobohan itu.

Mereka telah menggunakan surau ini untuk berehat dan pada masa yang sama dipercayai merancang strategi dalam usaha menawan kawasan tersebut.

Ketika ini kampung itu telah dibersihkan daripada pengganas berkenaan tetapi penduduk masih lagi belum dibenarkan untuk kembali ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.

Sekali lagi agama telah diperalatkan untuk kepentingan peribadi, surau yang sepatutnya menjadi medium untuk beribadat dan menyebarkan dakwah telah disalahgunakan untuk tujuan menyerang  dan membunuh mereka yang tidak berdosa.

Hasil risikan keselamatan juga mengesahkan ada di antara pengganas yang menyamar sebagai jemaah tabligh untuk menjalankan aktiviti subversif mereka seperti mana dalam insiden di Kampung Senalang Lama, Semporna.

Ternyata demi matlamat untuk menjayakan nafsu rakus pemimpin mereka, Jamalul Kiram III, para pengikutnya telah MENGHALALKAN segala cara termasuk menggunakan rumah Allah seperti yang dilihat dalam gambar di atas.

Surau di Kampung Tanduo ini kini rosak akibat pertempuran puak pengganas ini dengan pasukan keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui secara eksklusif oleh Mynewshub.my menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku sewaktu tinjauannya ke kawasan tersebut petang tadi.

” Sayang sekali…kawasan kampung itu sangat cantik dan indah, tetapi disebabkan kerakusan puak penceroboh ini, segalanya telah musnah,” katanya. - Mynewshub.my

PART 1: The Corrupt Saga of Lim Guan Eng’s RM8 Billion Mega Project In The Secret PowerPoint Files – Exposing the Mega Cronies Behind The Scenes

In our previous article, we promised to reveal and expose the cronies behind the scenes who benefited from Lim Guan Eng’s Mega folly of a Mega Project which costs over RM6.3 billion.

The projects involve :
  1. 4.2km Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu Expressway,
  2. 4.6km Tun Dr Lim Chong Eu Expressway-Bandar Baru Air Itam 4-lanes bypass,
  3. 6.5km Penang-Butterworth Tunnel; and
  4. 12km road connecting Tanjung Bungah and Teluk Bahang (four lanes)

In order to know the real story behind this mega corruption and abuse in Penang, we need to go back to the night of December 17, 2013 – just a day after the DAP National Congress held in Penang where the DAP CEC Members were elected.

No need to talk about the DAP CEC Election fiasco and their inability to use EXCEL to do proper calculations. The elections went well and the results were largely within the leaders’ expectations and so there was an obvious cause for celebration.

But in Guan Eng’s mind, there was an even bigger reason to celebrate – because he has finally completed all the discussions on the allocation of spoils for Penang’s largest infrastructure project. The discussion was held a day earlier on December 16 – a day immediately after the CEC Elections held on December 15, 2012.

The discussions with the partners were intense and filled Guan Eng with adrenalin – pumping with excitement to see such huge numbers that his small 8-digit pocket calculator could not even accommodate the massive calculations which easily stretched into 10 digits. Guan Eng mumbled a note to self: “remember to ask secretary for a new 12-digit calculator”.


There is an indescribable joy when one punches the forbidden numbers into the calculator and viola, one sees the apportioned amounts and siphoned profits camouflaged as blatant overcharging. Guan Eng was thrilled to bits – for the first time, he is really gonna be a billionaire…a dream come true for a failed accountant…but a successful Chief Minister and politician.

The final allocation in terms of kickbacks and gifts expressed in percentages were nailed down reflected in a single Powerpoint slide. The thought of it pleased Guan Eng so much that he could not resist firing up his notebook computer to take a look on the Powerpoint slide again.

“This is the time for harvest…” as Guan Eng’s thoughts lingered away…see what power can do – and this is Real Power.

“I’m not going to be a CM without power like that bo-hoot (no balls – seedless) durian Koh Tsu Koon. Me will be a CM with Real Power…”

The screen on the notebook computer showed this PowerPoint slide :


We already know from media reports the following :
  1.     CZB – or also known as Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
  2.     BUCG – Beijing Urban Construction Group
  3.     ST – Sri Tinggi Sdn Bhd
  4.     JU – Juteras Sdn Bhd
  5.     ZC-CRC – Zenith Construction Sdn Bhd in a joint venture with China Railway Construction Ltd (CRCL)

But we don’t know who the following people or entities are :
  1.     Annie & Party
  2.     Davy
  3.     Leslie & Co
  4.     Pinny
  5.     Jimmy & Party
  6.     Terry
  7.     TBD

These names are likely to be code-names representing certain personalities…who are these people…Read the DAP Insider for the next article as we break the puzzle and reveal the identities of each of these code-names.



Sumber: DAPInsider

Friday, March 22, 2013

VIDEO TERESA KOK KANTOI PART 1: MENGAKU PEMALAS, TAK BUAT KERJA MAKAN GAJI BUTA!


Pada 17 Mac 2013, DAP Seputeh telah buat satu majlis makan malam bersama pengundi Seputeh yang bertempat di Bdr Baru Sri Petaling. Majlis makan tersebut GR lihat hanya dihadiri oleh puak DAP saja, di manakah masyarakat Seputeh yang terdiri dari pelbagai kaum? Adakah ini satu agenda perkauman yang dilakukan oleh YB Teresa Kok yang hanya tumpukan pada sesetengah pihak saja?

GR yang duduk dalam majlis tersebut tidak mendapat sambutan dari PKR dan PAS WP. Maklumat yang GR dapat dari PAS WP, mereka boikot majlis tersebut kerana tidak dijemput dan jemputan hanya diberikan pada PKR dan YB Nurul Izzah datang pun disaat akhir majlis itu berakhir. Tiada sebarang jemputan diterima untuk tempahan meja pada malam tersebut kepada PAS WP.

Kelakar pun ada bila GR lihat ketika Teresa Kok berikan ucapan, macam bercakap seorang diri. Kesemua hadirin yang hadir dengan selamba seronok menikmati hidangan yang disediakan. GR tidak menjamah hidangan tersebut kerana kebanyakkan tidak halal. Kalau ostad-ostad PAS datang sekali pun mereka boleh balun sama ker? Arak juga selamba disajikan pada kesemua hadirin, nasib baik semua yang hadir puak-puak DAP saja. Kehadiran pun tidak mencapai target yang Teresa Kok ingin kan. Apa citer nie YB? Buat collection untuk dana PRU13, bukankah makan duit rakyat namanya tu.





Lihat video di atas, inikah contoh YB yang korang mahukan. Berkhidmat kepada masyarakat perlu menerima aduan baru nak turun padang? Elooooo YB, zaman sekarang bukan macam dulu la. Lu siapa, besar sangat ka lu punya pangkat? Kalau bukan mandat yang diberikan oleh rakyat Seputeh, lu takkan diangkat menjadi wakil rakyat.

Pembca lihat sendiri video di atas, Teresa Kok mengaku kalau tak ada complaint dia takkan turun padang. Pemimpin seharusnya turun padang selalu berjumpa rakyat, bertanyakan khabar dan masalah. Bukan rakyat yang sibuk nak pi cari lu kat mana YB!!


GR kata: Ingat YB, rakyat Boss tau bukan Lu yang Boss!!

HOT: RAHSIA BESAR NAJIB RAZAK AKAN DIBONGKARKAN OLEH ARTIS INI?


Apa sebenarnya yang berlaku? Setiap hari ada saja pihak yang cuba untuk tampil bahawa mereka tahu 'rahsia peribadi' Perdana Menteri yang kita sayangi iaitu YAB DS Najib Razak.

Tidak cukup dengan tomahan dan cacian yang beliau terima dari puak pakatan haprak, kali ini seorang artis dan pengacara popular pula berani tampil untuk mendedahkan sesuatu.

Peluang bertentang mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh pelakon dan pengacara Jimmy Shanley membongkar rahsia peribadi pemimpin negara kita itu.

Ternyata pertemuan secara peribadi itu membuahkan hasil apabila Jimmy memberitahu yang tokoh negara itu terbuka untuk berkongsi dengannya mengenai kisah peribadi yang selama ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai.

Jimmy berkata, dia berpeluang bertemu dengan Najib apabila diberi kepercayaan oleh pengendali saluran radio UFM bersama deejay Tyzo bagi menjayakan segmen ‘Bersama Perdana Menteri’.

Antara topik menarik yang dibualkan mereka untuk rakaman itu ialah gaji bulanan yang diperoleh Najib serta bagaimana beliau membelanjakan wangnya. Turut diselitkan bagaimana beliau menguruskan diri di rumah dan soal berpakaian.

Menurut Jimmy yang juga deejay stesen itu, temu bual santai tersebut akan disiarkan menerusi UFM pada Jumaat (esok) bermula pukul 7 pagi.

Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Kelang menerusi frekuensi 101.3 FM.


GR kata: Rakyat Malaysia sayang PM Najib Razak

UPDATE #lahaddatu: Kronologi Ops Daulat Dari 16-21 Mac 2013


KUALA LUMPUR 21 Mac – Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih berterusan dengan usaha mengesan dan membersih saki-baki pengganas dipertingkat pasukan keselamatan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat berhubung tahap keselamatan di kawasan terjejas dengan peristiwa itu.

Langkah itu telah memecahkan benteng penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan zon merah Operasi Daulat selain beberapa lagi musuh ditembak mati dan ditangkap pasukan keselamatan dalam beberapa pertempuran.

Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27 suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.

17 Mac - Pasukan keselamatan mencadangkan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) penempatan haram di beberapa perkampungan air di daerah Semporna dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan serta aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

17 Mac - Pasukan keselamatan Operasi Daulat menembak mati seorang pengganas Sulu dari selatan Filipina dalam operasi di Kampung Tanjung Batu.

17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

17 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, bermula di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik.

19 Mac - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, tiada kecederaan dilapor dalam pertempuran itu.

20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, atas pertuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan Seksyen 121 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

21 Mac - Sehingga kini, 268 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan manakala 108 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

21 Mac - Lapan warga Filipina berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. – BERNAMA

ANTARA ANWAR, MAHATHIR, NAJIB DAN BURSA

Bursa Saham Malaysia dan pemecatan Anwar Ibrahim (2 September 1998)



Lebih jelas menggunakan candlestick chart pada daily time frame



Najib Razak dan Bursa Malaysia



Sumber: ChartDontLie


GR kata: Sapa hebat? Fikirlah sendiri yer....

NAH TU DIA! AMALAN NIK AZIZ YANG KIRAM 3 SURUH ANAK BUAH AMALKAN?


Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam - BERNAMA


GR kata: Amalan sesat macam ni yang PAS sanjung tinggi sangatkan. Puiiiiiii

Thursday, March 21, 2013

BAYANGKAN SEORANG PM YANG BACOL DAN PENAKUT HADAPI KENYATAAN!


Sudah hampir 2 minggu gambar mirip seorang pemimpin pembangkang berkelakuan yang sungguh menjijikan bermain di medan alam maya. Seperti biasa persoalan yang dilemparkan kepada lelaki yang mirip pada seseorang ini masih tidak terjawab.

Pelbagai persoalan timbul kenapa video sebegini dipertonton kepada rakyat. Adakah rakyat masih  menerima perkara terkutuk yang diperlakukan oleh seorang pemimpin ini. Semua rakyat sudah fahami dan mereka tidak mahukan seorang pemimpin sebegini rupa yang pandai bermain dengan kata-kata.

Baik dari video aksi 'atas bawah' dengan ChinaDoll hinggalah video songsang bersama kaum sejenis ini. Bila GR bersembang dengan beberapa golongan businessman mereka pelik kenapa masih ingin berdolak dalih bila ditanya. Inikah sikap seorang pemimpin yang katanya hebat dihati rakyat? Pelbagai lapisan masyarakat dah muak video seperti ini dipertontonkan kerana mereka sudah ketahui Anwar Ibrahim seorang yang bagaimana orangnya.

Dari maklumat yang GR perolehi dari ibu pejabat PKR Tropicana, video songsang ini ada hubung kaitnya dengan 'misi peribadi' Anwar Ibrahim. Untuk menutup isu yang sedang panas yakni pembabitan beliau insiden Lahad Datu, beliau mengarahkan satu isu besar yang perlu dinaikkan demi menutup mata rakyat.

Isu kecil yang baru yakni, 'U-Turn' bapa kepada Saiful yang secara tiba-tiba menyatakan pendirian beliau terhadap Anwar Ibrahim. Isu tersebut tidak berjaya dan mendatangkan hasil kerana rakyat Malaysia sudah mengerti perkara sebenar yang berlaku dan masih memihak kepada Saiful.

Sumber dalaman dari orang kanan Chegu Bard SAMM pula beritahu GR, Anwar gunakan anak muda untuk menyatakan sokongan yang tinggi terhadap beliau. Menjadi persoalan kenapa Anwar tidak mahu menjawab samada beliau individu dalam video songsang tersebut atau tidak. Sebelum video pendedahan yang dibongkarkan oleh RajaGoyang360 pada 14 Mac 2013, budak-budak pakatan haprak ini menyatakan mereka tidak kisah pemimpin mereka sebegini rupa.



Dua kenyataan yang pertamanya mereka menggunakan anak muda yang tiada masa depan mereka menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan keduanya PKR sendiri melambung-lambung Anwar ini layak menjadi Perdana Menteri.

Rakyat seharusnya berfikir dengan waras, bila melihat video ini sudah boleh menilai siapakah individu sebenar dalam video tersebut. Jelas ini kebodohan pakatan haprak itu sendiri yang sebenarnya mereka tidak layak untuk memimpin negara. Sengaja menimbulkan yang boleh menjatuhkan imej negara. Jika mereka hebat, tunjukkan pentadbiran yang adil dan saksama kepada rakyat kerana dari segi itu rakyat menilai bukannya dengan menabur janji dan fitnah sana sini.

Lihat video di bawah dan fikirkanlah sendiri:




GR kata: Ini semua propaganda Anwar sendiri untuk menjatuhkan Kerajaan.

UPDATE #lahaddatu: AZZIMUDIE PENGECUT, TINGGALKAN SABAH AWAL BIARKAN TENTERANYA TERKIAL-KIAL!


Pelbagai konspirasi yang mengatakan Chief Jeneral Azzimudie mati dibunuh dan sebagainnya. Disamping itu ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang atas perkara ini dengan menyatakan ini semua sandiwara Kerajaan. Isu pertahanan dan keselamatan negara tidak boleh dipermainkan kerana melibatkan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terkini maklumat sah dari pihak berkuasa baca di bawah :

Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. - BERNAMA


GR kata: Main lari-lari serupa perangai macam Bang Non.

UPDATE #lahaddatu: AZUMUIDE MATI DITANGAN ANAK BUAH SENDIRI?


Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri.

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN
Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna.

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak.

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad.

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.

Bersambung...

Sumber: Mymassa

SAYA SANGGUP GADAI NYAWA DEMI NEGARA - MOHAMMAD QAIYUM


"Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur."

Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas.

"Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya.

Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu.

Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan.

"Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya.

Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup.

Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya.

"Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

"Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya.

Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.

Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim.

Sementara itu lebih 500 penduduk Kampung Kelicap dan kawasan sekitar berkumpul di rumah Mohammad Qaiyum Aiqal sejak pukul 2 petang sebaik mengetahui beliau akan pulang ke rumah.

Mereka sabar menanti sehingga pukul 6.30 petang dan ramai di kalangan penduduk kelihatan mengalirkan air mata apabila melihat kecederaan yang dialaminya.

Turut menyambut wira negara itu ialah Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi dan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan kepada beliau. - BERNAMA


GR kata: Semangat pejuang negara yang tinggi yang patuh kita contohi.

Wednesday, March 20, 2013

WAJIB BACA! UNTUK SEMUA UMAT ISLAM JANGAN TERPEDAYA DENGAN AJARAN SESAT INI!!



Dapat Info dari Sahabat Untuk Ingatkan sesama Muslim, jangan abaikan, baca dan sebarkan :

Waspadalah!
Ada Buku Panduan Shalat, tapi Kristen … !?

Di dalam Al-Qur’an sering ditemukan kata "Aqimus Sholah" (tegakkan Shalat), sebagai bahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.

Tapi jangan keliru, belakangan ini, kalangan Kristen Otodox Syiria (KOS) juga menggunakan bahasa serupa yang juga mirip dengan bahasa Al-Qur'an ini.

Baru-baru ini, kalangan Kristen Ortodox Syiria menerbitkan buku berjudul "Shalat Rabbaniyah" yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan. Lihat gambar yang dikongsi bersama di atas untuk tatapan semua.

Isi buku setebal 120 halaman tersebut adalah tafsir ringkas (refleksi) tentang "Doa Bapa Kami" yang dikutip dari Injil Matius 6: 9-13.

Bambang adalah alumnus Sekolah Tinggi Filsafat Teoogi Prajnawidya Yogyakarta, 1971.

Selain buku mirip bahasa khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan shalat kristen yang berjudul "Kitabus Sab'us-Shalawat" (shalat 7 waktu).

Jika tidak paham, peristiwa ini dapat mengecoh umat Islam.

Apalagi selain menggunakan bahasa yang mirip Al-Qur'an, kalangan Kristen Ortodok

Syiria juga menggunakan simbol-simbol mirip Islam. Seperti jilbab dll.

Semoga ini bisa menjadi informasi untuk semua kaum Muslim …

Jangan mudah terhasut akan hal-hal yang merosak akidah dan memecah belahkan umat Islam. Kerana kebenaran itu hanya milik ALLAH SWT. Semoga ALLAH melindungi kita semua. In sha Allah...

GR kata: Jangan muda terpedaya, pelajarilah Islam dengan Ustaz/Ulama yang lebih arif.

PASAR CHOW KITT NAIK TARAF! TEMPAT BARU UNTUK USAHAWAN CARI REZEKI!


Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.

“Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.

Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.


“Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan,” katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.

Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.



GR kata: Terima kasih Kerajaan...lepas nie Chow Kitt dah tak ade 'ayam' sepah sana sini.

Tuesday, March 19, 2013

PANAS: ZULKIFLI NORDIN KENA SERANG DI PERMATANG PAUH, UMNO PERMATANG PAUH GOYANG KAKI!


Dua hari lepas di Permatang Pauh tercetusnya serangan yang dilakukan oleh pencacai PKR pada ceramah Zul Nordin. Keberanian YB Zul Nordin masuk ke dalam kubu kuat Anwar Ibrahim seharusnya dibanggakan oleh semua pihak. Beliau juga dahulunya merupakan orang kuat Anwar dan terlalu banyak RAHSIA yang beliau ingin kongsikan untuk rakyat semua.

GR difahamkan ceramah tersebut adalah ceramah bekas pemimpin PKR, pemimpin kanan dan juga bekas peguam Anwar dalam kes liwat dan kes Altantuya. 2 Kes besar ini menyebabkan Zul Nordin sebagai peguam Anwar nampak akan kebenaran. Ketelusan Zul Nordin untuk memberitahu kepada rakyat perkara yang sebenar adalah kerana tidak mahu rakyat diPERBODOHkan Anwar Ibrahim sampai mati.

GR difahamkan juga program Zul Nordin ini diboitkot oleh UMNO Permatang Pauh. Apa sudah jadi nie? Macam ni ke sudah bersiap siaga untuk berperang dengan pakatan haprak PRU13 nanti. Tempat yang dikatakan menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim tapi dari segi zahirnya UMNO Permatang Pauh awal dah 'angkat kaki'.

Kawan-kawan GR yang berada semasa serangan penyangak PKR pada malam tersebut juga kena balingan telur dan sebagainya dari puak-puak ini. Di mana moral seorang bangsa Melayu yang dilihat ada sebahagiannya berperwatakan seperti ustaz tapi perangai terpekik terlolong. Jelas mereka ini hanya dipergunakan Anwar yang takut kerusi di Permatang Pauh akan jatuh ke tangan UMNO/BN.




Pada semua pihak baik UMNO/BN berilah sokongan pada semua pihak tak kira dari mana mereka. Jika mereka ini menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB PM DS Najib Razak bantulah sehabis baik. Janganlah jadi macam 'katak di bawah tempurung' bukalah mata, bukan masanya sekarang untuk menunjukkkan pada pucuk pimpinan parti siapa buat kerja siapa tak. Yang penting kemenangan PRU13 majoriti milik UMNO dan juga Barisan Nasional.

Rakyat sentiasa memandang apa yang kita lakukan dan perkhidmatan yang kita berikan seharusnya sejajar dengan apa yang PM Najib telah lakukan. Bukannya untuk siapa pun, untuk masa depan agama, bangsa dan negara.


GR kata: Yang tak dapat jadi calon jangan nak sabotaj lagi yerr macam 2008 dulu....

UPDATE #lahaddatu: TAKTIK KIRAM 3 PERANG GERILLA TAK MENJADI! ATM, POLIS LAGI HEBAT!!


Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat - BERNAMA

VIDEO NABIL RAJALAWAK: LU MEMANG STEADY BRO..!!



GR kata: Inilah contoh artis yang berani tampil berikan penjelasan sebenar dari isi hati. Terbaik bro!


UPDATE #lahaddatu: LEPAS KIRAM 3 MENIPU, MISUARI PULA TUMPANG SEKAKI!


Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.

"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.

"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.

Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.

Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.

"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI


GR kata: Kalau dah buta sejarah tu, pi lah belajaq dulu. Jangan jadi bodoh!!

Monday, March 18, 2013

KIRAM 3 ISYTIHAR PERANG DENGAN MALAYSIA! ATM DAN POLIS AKAN TENTANG HABIS-HABISAN!!


Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka
habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.

"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.

"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang
ke rumah masing-masing.

"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA


GR kata: Semoga Allah SWT selamatkan perwira negara dan lindungi Malaysia dari segala bencana.

UPDATE #lahaddatu: KIRAM 3 PEMBOHONG, TAK NAK LETAK SENJATA! ISYTIHAR PERANG DENGAN MALAYSIA!!

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

GR kata: Kenapa Kiram 3 sekarang baru sibuk? Kenapa??

GEMPAR! HANYA DENGAR CERAMAH NIK AZIZ DAN AZHAR IDRUS BOLEH MASUK SYURGA!


Selama 22 tahun PAS memerinntah Kelantan apa yang diberikan untuk rakyatnya. Tiada apa sebarang pembangunan yang dibuat oleh Nik Aziz dan sekutunya. Sejak dari pemerintahan mereka di Kelantan, rakyat hanya disajikan dengan ceramah-ceramah Nik Aziz.

Boleh dikatakan negeri Serambi Mekah ini menyajikan ceramah kepada rakyatnya disetiap waktu. Bukan saja di surau atau pun masjid, di perhentian bas dan tempat awam pun disajikan dengan ceramah Nik Aziz. Adakah ceramah tersebut yang biasa kita dengar berlandaskan Islam sepenuhnya?

Jika ceramah tersebut berkisarkan Islam tak mengapalah kan, kita semua sememangnya dituntut untuk mempelajari Islam melalui cara yang betul. Tapi ceramah-ceramah Nik Aziz semuanya 'berfatwa politik' dan pelbagai mazhab yang diputarbelitkan demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Tak hairanlah, Kelantan sebuah negeri yang digelar serambi Mekah, di mana-mana saja peluang untuk masuk Syurga ditawarkan. Cepat dan mudah, cukup dengan hanya mendengar ceramah PAS tiket masuk ke Syurga mudah tercapai.

Terbaru, surat arahan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan arahan mengarahkan semua pasaraya di bandar tersebut WAJIB memasang ceramah PAS. Lihat di bawah :


Apa yang menariknya,tawaran masuk Syurga turut dijanjikan kepada mereka yang mendengar CD ceramah PAS. Malah amaran turut diberikan hanya CD Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang dibenarkan.

PAS sanggup mempergunakan Islam kerana mereka yakin PRU13 nanti rakyat Kelantan akan berikan mandat semula kepada BN untuk memerintah negeri Kelantan. Lebih dahsyat lagi, pasaraya yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dengan serta merta.

Pada rakyat Kelantan, bukalah mata dan minda anda semua. Janganlah terpedaya dengan temberang PAS yang mempermainkan Islam untuk kepentingan mereka. Jika mahukan suasana pelajaran sesat selama 22 tahun ini diberikan pada anda teruskan undi PAS dan kekalkan PAS pada PRU13 nanti.

Untuk pengetahuan semua, UMNO tak sanggup nak buat macam nie. Takut wooo nak jawab kat akhirat nanti.


GR kata: Nak masuk Syurga jom dengar CD ceramah Nik Aziz!!

Artis Nie Lebih Hebat Dari Ostajah Celop Abby! Malu La Weiii...!!


SETIAP kali ada perkembangan terbaharu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pasti jantung Rafidah Ibrahim berdegup cepat.

Paling dibimbangi sekiranya terdapat berita membabitkan kehilangan nyawa di kalangan pasukan polis dan tentera bertugas mempertahankan kedaulatan negara di situ.

Baginya bilangan 10 nyawa wira negara yang gugur di medan juang sudah cukup banyak. Dan penyanyi yang menyanyikan semula lagu Apo Kono Eh Jang ini selalu berdoa supaya jumlah kehilangan perwira itu tidak bertambah.

Malah Rafidah yang mesra disapa Fida ini turut mengambil inisiatif menganjurkan solat hajat di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, Kuala Lumpur malam Rabu lalu bagi mendoakan keselamatan pasukan polis dan tentera yang bertugas.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis solat hajat anjuran Fida itu ialah pelakon Zalif Sidek, Hafiz Nafiah, penyanyi Azmir Arif dan komposer Sheikh Qalam.

"Saya selalu mengikuti cerita pencerobohan pengganas di Sabah sejak awal sehingga ke hari ini. Sedih rasanya dengan apa yang berlaku.

"Sebagai rakyat yang prihatin, tak salah untuk saya anjurkan solat hajat untuk mendoakan anggota keselamatan bertugas. Saya berharap agar tiada lagi yang terkorban dan peperangan cepat berakhir," katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang bertindak mempolitikkan insiden tersebut.

"Maaf kalau ada orang yang mempertikaikan pandangan seorang selebriti terhadap isu serius sebegini.

"Tetapi jujurnya saya sedih apabila ada cerita-cerita kurang enak timbul daripada peristiwa berdarah di sana. Walhal anggota keselamatan kita bermati-matian mempertahankan negara.

"Saya juga sedih apabila ada di kalangan generasi muda yang tiba-tiba bersuara lantang dengan mengaitkan peristiwa berdarah di Sabah itu membabitkan agenda pihak tertentu," katanya yang turut menasihati anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang berlegar di Internet.

Malah Fida yang berganding dengan Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi lagu Wan Lebor ini turut mengajak anak muda menanam semangat cintakan negara.

Katanya, sudah tiba masa generasi muda bersatu agar Malaysia tidak tergugat apabila diserang anasir yang cuba memecahbelahkan keharmonian negara.

"Selama ini saya tidak marah kalau orang kutuk saya. Tetapi saya boleh marah kalau orang kutuk Malaysia. Orang jenis ini memang tidak tahu erti perjuangan perwira negara terdahulu.

"Sebab itu mereka mudah berkata tidak elok tentang negara dan memberontak jika ada perkara yang tidak kena.

"Kalau sikap sebegini berterusan, lama kelamaan boleh menyebabkan orang kita jadi pengemis di negara sendiri," kata juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini.


GR kata: Jangan bertudung saja pandai, akhlak pun kena pandai jugak.

Sunday, March 17, 2013

#BNYCT BIKIN HAVOC SEMALAM DI ROYALE BINTANG DAMANSARA


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

“Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

“Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

“Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna,” jelas beliau.

Antara rakaman forum ketika Himpunan Aktivis Siber yang berlangsung semalam lihat di bawah :



Dalam pada itu juga aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' boleh didapati melalui telefon pintar kita semua. Ianya boleh dimuatturun selepas dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sempena majlis Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ellena Zainal menunjukkan aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' 
pada telefon pintarnya


Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Program semalam berjalan dengan lancarnya dan sambutan yang sangat menggalakkan cari kalangan anak muda yang begitu semangat untuk 'berperang' habis-habisan menentang fitnah pakatan pembangkang serta berjuang memastikan kemenangan PRU 13 milik Barisan Nasional (BN).


GR kata: Gempur habis-habisan kasi sampai pakatan haprak lunyai!!

UPDATE NEWS #lahaddatu: BERSIHKAN PENGGANAS HABIS-HABISAN!


Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan pada Ahad.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Februari lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA

UPDATE #lahaddatu: CHECKMATE, FILIPINA JUMPA SIAPA DALANG!


Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. - Sumber


GR kata: Heret manusia yang mahu hancurkan negara ke muka pengadilan!!

Artikel pelbagai