Sunday, March 17, 2013

#BNYCT BIKIN HAVOC SEMALAM DI ROYALE BINTANG DAMANSARA


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

“Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

“Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

“Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna,” jelas beliau.

Antara rakaman forum ketika Himpunan Aktivis Siber yang berlangsung semalam lihat di bawah :



Dalam pada itu juga aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' boleh didapati melalui telefon pintar kita semua. Ianya boleh dimuatturun selepas dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sempena majlis Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ellena Zainal menunjukkan aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' 
pada telefon pintarnya


Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Program semalam berjalan dengan lancarnya dan sambutan yang sangat menggalakkan cari kalangan anak muda yang begitu semangat untuk 'berperang' habis-habisan menentang fitnah pakatan pembangkang serta berjuang memastikan kemenangan PRU 13 milik Barisan Nasional (BN).


GR kata: Gempur habis-habisan kasi sampai pakatan haprak lunyai!!

No comments:

Artikel pelbagai