Friday, June 13, 2014

MANA HILANGNYA TARING PEMIMPIN MELAYU? ISLAM DAN MELAYU BAKAL LENYAP BEGITU SAJA?


Walaupun sekarang musim Piala Dunia 2014, ramai yang beranggapan mahu 'berehat' seketika dalam arena politik tanahair. Ada pihak yang taksub politik, ada juga yang suam-suam kuku.

Ada juga sesetengah pihak yang hanya melihat pemimpin yang ada di atas kerana mereka telah memberikan mandat demi menjaga kestabilan politik, agama, perkauman dan macam-macam lagi.

Dalam kesibukan orang tengah gila bola, ada pihak yang entah macam tak nak buat kerja. Biarlah apa pun terjadi asalkan mereka kekal dikerusi yang empuk sekarang. Apakah nilai keMelayuan dan institusi ini akan lenyap begitu saja??

Pepatah Melayu takkan hilang di dunia adakah masih relevan? Atau pun terkubur begitu saja kerana tiada sebarang support yang diambil oleh pemimpin Melayu itu sendiri.

Kupasan lanjut dan mantap oleh blog GAP KLIK DI SINI


GR kata: Rindukan zaman Tun M :(

Tuesday, June 10, 2014

DEMI MELAYU, DUN JOHOR LULUS ENAKMEN LPJH! UTUSAN DAN MALAYSIAKINI TOLONG GUNA OTAK!


KENYATAAN MB JOHOR:

Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 petang semalam.

Lembaga ini sangat penting supaya dapat bertindak menjayakan fokus utama kerajaan negeri terhadap isu perumahan selaras Pelan Suara Hati Johor dan Kerajaan Negeri dapat bergerak menjayakan matlamatnya dan sasarannya , membuat perancangan dan menyelesaikan cabaran perumahan di negeri Johor

Terima Kasih buat semua yang membuat liputan samada yang positif dan negatif. Saya menghargai semua maklum balas dan tetap bersangka baik

Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen - komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.

Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.

Jika Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat

Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran. Muafakat membawa berkat. Kepada Allah Berserah.

Pandangan GR mengenai isu yang melibatkan kesultanan Johor:
1. GR amat tidak bersetuju dengan semua media di negara kita memainkan isu Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014. Perlu atau tidak memainkan isu ini sehingga berhari - hari dan banyak juga timbul di hadapan muka surat utama kesemua akbar di negara kita ?

2. Terdapat juga pandangan yang tidak bernas dalam isu ini. Ada juga suara seolah-olah Rang Undang-undang ini menandakan seseorang Sultan itu berkuasa Mutlkak? Sekirannya berkuasa Mutlak maka mengapa perlu lagi melalui proses demokrasi untuk perbentangan di DUN? Rang undang-undang perumahan tidak menandakan kuasa yang mutlak.

3. Adakah kita masih ingat lagi Rukun Negara yang 2 ? Kesetiaan kepada Raja dan Negara ?
  • Sekirannya seseorang Raja itu melakukan sebarang kezaliman atau jenayah maka cara bagaimana ahli politik dan media kedua-dua pihak memainkan isu ini masih ada lagi kewajarannya.
4. Namun begitu , dalam isu Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 adalah sesuatu yang berlandaskan kepada perlembagaan dan demokrasi. Raja Berperlembagaan ialah raja yang berfungsi mengikut peruntukan dan semangat perlembagaan.

5. Jika tidak wajar sekalipun maka adakah media-media dan ahli politik kita selama beberapa hari menyerang Baginda Sultan Johor adalah sesuatu tindakan yang wajar?
6. Zaman ini mungkin zaman moden dan liberalisme tetapi keterbukaan kita mesti ada had dan batasannya. Budaya dan adat lama perlu kita patuhi.

GR kata: Raja adil raja disembah. Raja Zalim Raja Disanggah. DAULAT TUANKU!

ANALISA #PRKTelukIntan: BUKAN SALAH DYANA, DAP KALAH DENGAN BANGSANYA SENDIRI!


DAP yang sebenar sudah kalah di Teluk Intan tempoh hari. DAP tidak kalah 238 undi. Tetapi sebenarnya hilang lebih 7,000 pengundi pada 31 Mei lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi berbanding 27,399 oleh calon DAP, Seah Leong Peng pada PRU-13. Ini bermakna DAP hilang 7,480 undi. BN menerusi Datuk Mah Siew Keong pula mendapat tambahan 71 undi. DAP hilang 15 peratus sokongan pengundi kaum Cina yang menyokong parti itu sebelum ini.

Peratusan sokongan kaum India merosot sebanyak 10 peratus kepada 52 peratus sahaja. Ini juga bermakna peralihan daripada calon India DAP, M. Manogaran (menang di Teluk Intan pada PRU-12) kepada calon Cina, Leong Peng membawa kemenangan kepada DAP. Namun begitu, apabila diletak calon Melayu, DAP tumbang. Kini, sudah terang lagi bersuluh bahawa dalam kawasan majoriti pengundi berketurunan Cina (42 peratus) di Teluk Intan, DAP tidak wajar sama sekali meletakkan calon Melayu.

Tidak hairanlah Lim Guan Eng dan terutamanya Gobind Singh Deo menyinga benar. Sukar untuk mereka menerima kekalahan. Difahamkan, sehingga pukul 3 petang pada pengundian di Teluk Intan, yang dibualkan dalam 'war room' DAP adalah pemimpinnya masih tetap percaya mereka boleh menang dengan majoriti 3,000 undi.

Agresif dan angkuhnya DAP untuk mengecap kemenangan di Teluk Intan dikatakan sampai sanggup menyediakan bas untuk membawa 'pengundi mereka' ke Teluk Intan daripada sejauh Singapura dan Johor. Tetapi khabarnya semua bas, yang dianggarkan berjumlah lebih 50 buah kosong belaka - yang tidak pernah berlaku pada PRU-13.

Pengundi mereka tidak mahu pulang. Antara yang dikeluh mereka, dulu di Kajang diletak calon Melayu (Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), kali ini pun hal yang sama berlaku, calon Melayu diturunkan ke gelanggang di Teluk Intan. Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana pada mereka, kemenangan DAP kali ini tidak akan memberikan sebarang kesan positif. DAP tidak pernah melakukan apa-apa penambahbaikan kemudahan rakyat. Sebaliknya hanya berjanji dan terus berjanji untuk memanjangkan persoalan itu untuk diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.

Satu hal yang zahir, pasangan sepupu orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng langsung tidak 'beri muka' kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Mereka kurang komitmen untuk membantu Dyana Sofya. Demikian juga dengan Pas tidak turun padang. Ini berlaku selepas Dyana Sofya mengisytiharkan dia tidak akan sokong hudud di Parlimen jika menang.

Kekalahan Dyana Sofya jelas menunjukkan betapa cauvinisnya penyokong DAP sehingga memaksa sebahagian ahli parti itu menyertai sama kumpulan kira-kira 7,500 pengundi yang beralih arah menyokong BN. DAP sendiri terpedaya dengan `pengamatan indah' khalayak yang membanjiri ceramah mereka mencecah 10,000 orang. DAP tertipu dengan petunjuk ini kerana unsur syok sendiri terus menyelubungi minda juru kempen pakatan pembangkang.

Malang bagi mereka, akhirnya sikap yakin mampu menang ini akhirnya memakan diri. Sejurus selepas kemenangan Siew Keong, mula pemimpin DAP membuat kenyataan yang mendedahkan belang mereka yang sebenar. Mula hudud Pas dipersalah.

Andai sebelum ini, Pas menggunakan tahaluf siyasi dengan DAP sebagai musabab untuk menerangkan hudud, sekarang, walaupun selepas pemergian mendiang Karpal Singh, DAP tetap berkeras menentang hudud. Usaha Pas selama ini ternyata gagal. Alasan yang tinggal untuk Pas terus bersama dengan Pakatan Rakyat sekarang ini hanyalah atas dasar kemaruk kuasa kerajaan Persekutuan.

Dalam kempen yang berjalan di Teluk Intan, Pas dikatakan cukup berusaha mendiamkan diri daripada mengulas mengenai hukum hudud. Pas bimbang DAP akan menyalahkan parti itu seandainya Dyana Sofya tewas. Tanpa menyentuh hal hudud, Pas sebenarnya terbukti tidak jujur dengan perjuangannya.

Apabila Gobind secara terbuka menyalahkan perjuangan hudud Pas sebagai punca kekalahan di Teluk Intan, siapa yang sanggup berdepan dengan anak Karpal Singh ini? Ke mana menikusnya suara lantang daripada Pas seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Khalid Samad? Mengapa sekadar menghantar Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan untuk bergasak dengan Gobind.

Justeru, tentunya kita wajar memberi tabik hormat kepada Dr. Mahfodz yang ternyata sungguh kecewa dengan tuduhan Gobind.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Tindakan (Gobind) ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap 'setuju untuk tidak setuju', tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud). Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun," kata Dr. Mahfodz. Nada tidak senang turut ditunjukkan secara terbuka oleh Nasruddin terhadap Gobind.

Katanya: "Ketika hudud mula menjadi isu panas di dalam negara, kita menang di Kajang dan kita menang Bukit Gelugor. Kenapa tewas di Teluk Intan lalu hudud di kambing hitamkan? Kenapa pula masa menang kita bergembira di kala kalah kita menyalahkan hudud?

Mohd. Amar turut memperlekehkan 'analisis' Gobind. Mohamad Sabu mungkin terlalu banyak meluangkan masa bersama pemimpin DAP dan sanggup diperkudakan, menyebabkan mulutnya terkunci kemas.

Jadi, siapa lagi Pas hendak percayakan? Antara UMNO yang berterus terang menyokong hudud untuk dilaksanakan atau DAP yang secara terbuka menentang hudud?

Di mana rasionalnya untuk Pas terus menjauhkan diri daripada UMNO? Waktu memerintah di mana-mana negara sekali pun, pasti akan ada ketirisan. Tidak banyak, sedikit. Bahkan, Pas sendiri tidak maksum. Semasa memerintah Kelantan dan Terengganu suatu ketika, tidak sedikit desas-desus mengenai kepincangan pentadbiran kerajaan Pas.

Dyana Sofya cuma "window cosmetic" dalam konteks politik Teluk Intan. Ini apabila begitu ramai cuba bergambar selfie dengannya. Kalau menanglah dia, tentu dia akan terus dikawal oleh supremo DAP dek kerana kematangannya masih belum cukup untuk menepis persepsi.

Adalah sesuatu yang menarik di mana didapati pengundi muda melayu dan India kembali ke BN. Di saluran 3 dan 4 (pengundi muda) Pusat Mengundi Sek.Keb. Selabak, Teluk Intan 31 Mei lalu, BN mengatasi DAP dengan kedudukan undi 296-86 dan 266-74. Senario sama diperlihatkan di Sek. Jenis Keb. (Tamil) Ladang Scotia di saluran 3 dan 4 (BN 259-DAP 173 dan 214-160).

Tetapi ini tidak berlaku di dua saluran sama di pusat mengundi Sek. Keb. Perempuan Methodist, Jalan Changkat Jong dengan posisi sebaliknya - DAP 207, BN 123 dan 217-79.

Politik yang penuh dengan keangkuhan terbukti tidak mendapat tempat di Teluk Intan. Sebaliknya politik berhemah menempa kejayaan. Orang Cina dikatakan pandai mengamalkan politik yang sangat berhati-hati. Keputusan politik mereka strategis. Yang Paling penting, survival Cina itu sendiri. DAP bukan kalah 238 undi di Teluk Intan. Tetapi kalah 7,480 undi yang pernah didukungnya dulu.

* DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa

Monday, June 9, 2014

SERANG SULTAN JOHOR, APA SEBENARNYA AGENDA UTUSAN MALAYSIA?


Dalam 2,3 hari nie, kita lihat cukup rapat akhbar Melayu nie cuba 'menghentam' Sultan Johor.

Apakah agenda tersembunyi diaorang? Adakah mereka mahu digelar 'pakar spin' seperti portal penipu rakyat Malaysiakini?

Bukankah kita perlu pertahakan Institusi Kesultanan Melayu??

Persoalan timbul:

1. Utusan DAH DAPATKAN CERITA DAN PANDANGAN SEBENAR DARI MULUT TUANKU SULTAN JOHOR DULU TAK ?

GR ulang..

utusan DAH DAPATKAN CERITA DAN PANDANGAN SEBENAR DARI MULUT TUANKU SULTAN JOHOR DULU KE ?

ATAU SERONOK HEARSAY TANPA DAPATKAN INFO DARI MULUT TUANKU SENDIRI?

BOLEH TOLONG JAWAB TAK WAHAI EDITOR UTUSAN MALAYSIA??

Dalam pada itu, ada juga pemimpin UMNO yang cuba nak jadi Hero Malaya. Kupasan lanjut BACA DI SINI

Al kisah terkini pula, MB Johor buat pusingan ‘U’ bentang rang baru, pinda kuasa sebagai penasihat Sultan. Berita lanjut KLIK DI SINI



GR kata: Menang sorak....kampung tergadai??


Sunday, June 8, 2014

UTUSAN MELAYU NAK JADI KAKI SPIN BERITA MACAM MALAYSIAKINI KER??


Apa sebenarnya dah berlaku? Adakah Utusan Malaysia dah tak der modal ke nak salurkan kepada rakyat? Atau pun UM gunakan cara baru untuk menarik perhatian pembacanya yang sudah merosot..?

Kalau benar pun begitu, perlukah kita menyalurkan berita yang tak benar kepada rakyat? Apa dah jadi dengan Editor-editor UM skang nie? Diaorang dah tak der contact ker untuk dapatkan sesuatu berita samada sahih atau pun tak??

Pelik bin Ajaib kan...Kalau betul bagai dikata, UM perlu ada cara lain untuk menarik minat pembaca pada akhbar mereka..terutama sekali hal yang melibatkan Sultan, kenalah tanya dulu dari sumber DYMM Sultan Johor atau pun istana kan.

GR menyokong penuh kenyataan Pemuda UMNO Johor. Sudah tiba masanya orang Melayu harus miliki tanah mereka sendiri, bukannya gadaikan pada warga asing.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan Rang Undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) bertujuan mengawal hartanah negeri itu daripada terus dimiliki oleh lebih ramai warga asing.

Selanjutnya KLIK DI SINI


GR kata: Orang Melayu tak boleh jadi kaya raya ker??

Artikel pelbagai