Satu langkah yang cukup baik yang diambil oleh pihak Polis dan semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. GR pasti ramai taiko-taiko besar diluar sana yang panas punggung sebab bisnes haram mereka akan bungkus tak lama lagi.
Memang betul judi itu haram, kenapa ada pihak yang macam tak suka tindakan tegas yang diambil oleh pihak Polis? Isu wujudkan pusat judi haram di negara kita ini sudah lama timbul dan dari dulu lagi kenapa tidak ada tindakan tegas diambil?
Mantan menteri sebelum nie buat ape? Goyang kaki saja ka? Atau 'DIBELA' oleh taukey-taukey besar kelab judi nie??
Pada golongan yang taik judi tu, sedarlah diri sikit. Kalau rasa dengan judi tu boleh buat korang kaya raya..buktikanlah. Pada yang beragama Islam pulak, kalau rasa dengan duit judi tue korang rasa boleh bahagian dunia akhirat...korang pikirlah sendiri yer.
GR dan seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan tegas Menteri KDN sekarang atas tindakan tegas yang diambil. Kita pula harus menyokong dan bukannya nak cakap semborono saja. Ambil tindakan mestilah guna akal fikiran yang bijak bukannya nafsu...kalau main tangkap jer sesuka hati apa hasil yang kita dapat?
Slogan baru "Mempoliskan masyarakat dan memasyarakatkan Polis" kena dengan jiwa rakyat yang cintakan keamanan serta keselamatan terjamin. Jika kita mempunyai maklumat salurkan lah pada pihak Polis.
Kita sedia maklum, orang nak buat jahat nie macam-macam cara diaorang gunakan. Cybercafe pun dijadikan pusat judi haram, pusat snooker pun sama, rumah urut dan kedai makan pun ada jugak terselit 'port baik' mereka.
Putrajaya, 6 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan skuad khas dari Bukit Aman untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata kerjasama di peringkat balai polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dipertingkat untuk memerangi kegiatan judi haram sama ada secara konvensional atau online.
"Kebanyakan mangsa kegiatan judi haram terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kita akan membanteras judi haram habis-habisan di semua peringkat.
"Saya tahu tugas ini sukar tetapi ia tidak mustahil untuk lakukan kerana kita tidak mahu mereka yang berpendapatan rendah terus menjadi mangsa dalam kegiatan judi haram," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu Datuk Mohamad Khalid Shariff di sini hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata PDRM akan meneruskan Ops Cantas Khas untuk membendung kegiatan kongsi gelap dan jenayah menggunakan senjata api di negara kerana ia "tiada tarikh tamat".
Beliau berkata PDRM juga akan meningkatkan usaha dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.
"Pengedar sama ada bersindiket atau secara runcit masih berlaku secara berleluasa. Walaupun pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik cukup baik tetapi ia tidak mustahil untuk dipertingkatkan lagi untuk membanteras penyalahgunaan dadah," katanya.
Selain memperkukuhkan Rakan Cop untuk mewujudkan pembabitan masyarakat umum, Ahmad Zahid berkata PDRM menyasarkan 25,000 anggota Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) dan 25,000 anggota polis bantuan untuk membantu polis bagi mendapatkan semula keyakinan masyarakat.
“Sehubungan itu, saya berharap KSU baharu yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu KDN mewujudkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara pada keseluruhannya," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata KDN akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan bank di Malaysia supaya gaji pekerja asing terus dikreditkan dalam akaun.
"Jika mereka mahu menghantar wang ke negara asal, ia mesti dilakukan melalui saluran perbankan sedia ada agar tidak melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
"Kita akan menyediakan sistem online 'transfer of fund' supaya Bank Negara dapat memantau jumlah wang dihantar ke negara asal pekerja-pekerja asing".
Harap pihak Polis jangan cuba nak berdolak dalih dengan diaorang nie masa buat kerja. Tak payah nak kawtim-kawtim sangat...tanggungjawab yang diberikan itulah amanah yang paling berharga.
GR kata: Padan muka korang tak boleh jumpa kuda singgit ngan 20sen lagi. Kah kah kah