Saturday, May 10, 2014

#GST BAGI PELINGKUP NEGARA DAN RAKYAT? DI MANA KITA DIKENAKAN #GST?? #BantahGST



Betul ke GST nie bagi pelingkup negara dan makan duit rakyat...senang cerita ada yang pergi pukul canang perlaksanaan GST nie boleh memiskinkan rakyat. Betul ker?

Penjelasan lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Ada otak guna, jangan duk jadi sampah!!

Friday, May 9, 2014

KENAPA BUKU THE ORIGIN OF SPECIES VERSI ENGLISH TAK DIHARAMKAN? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Nampaknya masih ada pihak media yang cuba untuk memusingkan fakta asalkan cerita mereka 'laku' untuk dibaca walaupun kadang-kadang tiada fakta yang menarik.

Free Malaysia Today sudah kita ketahui kerja-kerja mereka, kononya untuk berlaku adil pada semua pihak, kadang-kadang 'ampu melangit' pada pihak kerajaan dan kadang-kadang menghentam.

Tapi bila dikaji kebanyakkan mereka lebih mengampukan pihak yang tak bertanggungjawab. Bila GR terbaca artikel di FMT yang cuba spin mengharaman buku THE ORIGIN OF SPECIES ini, lawak pun ada. Dengan hanya memetik dari kenyataan MP dari pembangkang, terus dijadikan cerita lawak hari ini.

Selidik la dulu, jangan nak hentam keromo saja bro. GR telah dapatkan penjelasan sebenar mengenai isu ini dan korang nilailah sendiri. Jangan jadi macam manusia yang tak der otak, percaya bulat-bulat bila terbaca satu isu.

1. Saya terpanggil untuk memberi respons balas mengenai laporan di laman sesawang Free Malaysia Today yang mempersoalkan mengapa Kementerian Dalam Negeri  tidak mengharamkan Buku “The Origin of Species” versi Bahasa Inggeris sedangkan buku terjemahannya dalam bahasa Melayu telah disekat di Malaysia.

2. Sekali dengar memang nampak tidak logik dan tidak masuk akal kerana jenis bukunya sama tetapi buku asal dibenarkan manakala terjemahannya pula disekat.


3. Sebenarnya, isu ini timbul bertitik tolak daripada pertanyaan dari Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 10 April 2014. 


4. DS Zahid Hamidi telah menjelaskan bahawa penerbitan buku berjudul “The Origin of Species – Asal Usul Spesis” terjemahan F. Susilohardo dan Basuku Hernowo ( diterbitkan di Indonesia) telah dikenakan tindakan di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 21 Disember 2006 kerana bercanggah dengan pemahaman asas Islam.

5. Dari skrip jawapan ini, saya merasakan ia telah dimanipulasi oleh Free Malaysia Today yang menyatakan bahawa versi Inggeris tidak diharamkan kerana tidak menerima sebarang aduan. Sebenarnya buku The Origin of Species versi asal tidak mengelirukan dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

6. Ini kerana akibat daripada faktor “over exaggerate” dari penterjemah dalam bahasa Indonesia telah mengelirukan fahaman dari konteks asal penulisan buku tersebut. Oleh yang demikian, KDN menyekat hanya pada buku versi Bahasa Melayu Indonesia yang tersimpang jauh dari makna asal buku tersebut.


7. Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran sentiasa memantau mana-mana buku di pasaran sebagai langkah proaktif dan akan bertindak berdasarkan aduan pembaca sekiranya ia boleh mengelirukan dan menggangu gugat aqidah dan ketenteraman awam.


8. Jadi kepada paparazzi media sosial, janganlah suka memutarbelitkan isu dari hakikat sebenar.


GR kata: Takder cerita, baik keluarkan cerita artis. Lagi ramai orang baca kan!


Monday, May 5, 2014

SIKIT-SIKIT BUAT DEMO, APA YANG KITA DAPAT TURUN TERPEKEK TERLOLONG? #BantahGST @PDRMsia @Zahid_Hamidi


*ADA yang kata 15,000 orang, ada pula kata 20,000. Malah ada yang mendakwa lebih 20,000. Tetapi semua setuju Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur Khamis lalu disertai paling tidak pun 10,000 orang.

Ada yang kata perhimpunan pada cuti sempena Hari Pekerja itu diadakan bagi membantah pelaksanaan cukai barangan & perkhidmatan (GST), walaupun ramai peserta yang ditanya tidak tahu pun apa GST.

Ada juga yang kata perhimpunan anjuran beberapa NGO ini hanyalah salah satu cara untuk meraih simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biasalah kalau ada perhimpunan orang akan kaitkan dengan Anwar.

Tidak kira berapa yang hadir, dan tidak kira apa motif sebenar himpunan, satu perkara yang jelas lagi positif ialah acara dari jam 2 hingga 5 petang itu berlangsung dalam suasana tenteram.

Seperti yang disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh, tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan ketegangan serius atau mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Pihak berkuasa tidak kacau, peserta perhimpunan pun tidak agresif, maka semuanya berjalan aman. Ini mungkin bukti kita sudah matang. Atau mungkin juga kita sudah bosan dengan cara perhimpunan atau demonstrasi ala-samseng jalanan.

*TETAPI, ada juga yang tidak sedap. Ketika perhimpunan sedang berlangsung, tersebar sekeping gambar di media sosial, menunjukkan seseorang dalam keadaan cedera parah sedang diusung. Konon seorang anggota Pas yang menyertai perhimpunan telah maut ditikam.

Polis kemudian mengesahkan gambar tersebut bukanlah insiden pada Himpunan 1 Mei. “Foto yang disebarkan itu adalah kejadian lama dan tiada kaitan dengan perhimpunan terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Jelas sekali ada hati busuk dan tangan tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar palsu itu hanya untuk menimbulkan rasa benci. Orang hati busuk seperti ini tidak suka suasana tenteram, jadi sengaja mencari jalan supaya wujud kekacauan.

Maka ada baiknya pihak polis mengesan siapa di sebalik penyebaran gambar tersebut. Tangkap dan siasat mengapa mereka menyebarkan gambar seperti itu. Ambil tindakan sewajarnya ke atas mereka. Orang seperti ini jangan dibiarkan, cari hingga ke lubang cacing.

*POLIS mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama sepanjang perhimpunan berlangsung. Terbukti sekiranya semua bekerjasama dan saling menghormati, semua boleh berjalan baik dan selamat.

Apa yang selalunya menjadi masalah ialah jika ada seorang dua kaki busuk lagi haprak, sengaja mencetuskan suasana tidak tenteram dengan menjeritkan kata-kata, dan gerak-geri berunsur provokasi.

Biasa terjadi apabila berhadapan dengan polis, peserta perhimpunan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga memaksa polis bertindak. Biasa juga terjadi polis bertindak di luar batas. Pendek kata sama-sama tidak mahu mengalah dan hendak tunjuk hebat.

Perhimpunan 1 Mei menentang GST berjalan aman. Walaupun aman semua pihak kena juga memikirkan aspek keselamatan. Pendek kata jangan pergi hanya sebagai acara suka-suka, sebab pada perhimpunan seperti ini sebarang kemungkinan boleh terjadi.

Pada hemat saya membawa kanak-kanak, termasuk bayi ke tempat seperti itu – rujuk gambar yang disiarkan media – adalah tidak wajar. Ibu bapa yang bertanggungjawab tidak sepatutnya melakukan itu.

*AKHIR kalam, polis sedang memburu, dan akan menahan beberapa lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan militan. Pada 28 April lalu, sembilan ditahan di Selangor dan Kedah kerana disyaki terlibat dengan satu kumpulan militan yang mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI).

Dalam pada itu, ada pihak mendedahkan kegiatan perihal seorang ‘ustaz’ dan bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an, yang dipercayai kini berada di Syria untuk ‘berjihad’.

Kalau betul seperti yang didedahkan, pihak berkuasa perlu menyiasat. Sebenarnya sejak dahulu lagi ramai orang kita pergi ke Syria. Tetapi tidak semua yang ke sana hendak berjihad secara militan. Sebab itu perlu disiasat supaya tidak timbul fitnah.


GR kata: Yang bodoh orang Melayu, orang Cina pandai sikit sebab turun sebelah malam...takut kulit hitam der!! Tahniah Polis dapat kawal pendemo dengan baik. Bravo buat Menteri Dalam Negeri.

Artikel pelbagai