Saturday, May 12, 2012

STADIUM NASIONAL BKT JALIL GAMAT MALAM NI!! #UMNO66 @TengkuAdnanReal



Perghhhhh...malam ni Stadium Bkt Jalil gamat dengan sorakan pengunjung yang datang menyaksikan konsert sempena Ulangtahun UMNO 66 tahun. Antara artisnyang buat persembahan otai rock negara Amy Search, Faizal Tahir, Mizz Nina, Altimet, Hunny Madu dan ramai lagi.

Rugila korang yang tak datang malam ni...BOBOI pun ada.. Memang steadylah..lawak spontan tu...Terbaiklah!!!


GR kata: alaaaa Boboi tomey tomey...hehe



Published with Blogger-droid v2.0.4

VIDEO PANAS: ANWAR KENA KAW-KAW!! LAGI MAU AJAK DEBAT KA?? #UMNO66 @NajibRazak





Pembaca nilailah sendiri dengan apa yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri semalam. Sudah terang lagi menyuluh..apa yang dijanjikan oleh Pakatan Haprak sebelum ini hanya janji KOSONG. Mereka sebenarnya tidak boleh berkhidmat untuk rakyat. Hanya pandai untuk buat poket sendiri penuh boleh lah depa ni...

Demo Bersih 3.0 sememangnya hanya orang BODOH saja yang buat macam tu..UMNO berhimpun di stadium tak der apa-apa masalah pun. Pada puak Pakatan Haprak yang dah meroyan tu, sudah-sudahlah nak menipu pun sudah-sudahlah yer...ternyata malam tadi rakyat dan ahli UMNO menunjukkan semangat dan masih sayangkan parti yang banyak berjasa untuk rakyat!!!


GR kata: Anwar lagi meroyan panas bontot tapi kena sontot ker..?? Ha ha ha

VIDEO PANAS: KUMP BOBOI MENGAMUK? KENAPA NI..?? #Bersih3 #UMNO66 @TengkuAdnanReal





GR kata: Terbaik video ni...tabik spring kat depa ni..Pembaca fikir-fikirkanlah apa yang cuba disampaikan oleh Afdlin Shauki and The Geng....



LIVE: #BNYouthJobFair2012 Bkt Jalil DISERANG PENGUNJUNG!! #UMNO66 @Khairykj @TengkuAdnanReal



Sekarang GR berada di Karnival Sambutan Ulangtahun UMNO 66. BN Youth Job Fair di sini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan walaupun ketika ini hujan lebat di sini.

Rata-rata pengunjung yang hadir mereka berkata program ini sungguh baik untuk mereka demi mencari pekerjaan yang baru dan boleh memperbaiki masa depan mereka dengan lebih baik. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda BN yang sentiasa mendengar masalah anak muda dan rakyat Malaysia serta menyelesaikan masalah mereka.

Ayuh kepada pembaca budiman diluar sana, datanglah beramai-ramai ke BN YOUTH JOB FAIR di Bkt Jalil ini, banyak peluang pekerjaan di sini baik dari agensi Kerajaan dan juga swasta...Sudah lebih 10,000 ribu yang datang...


GR kata: Pada yang tengah cari kerja tu, inilah tempat sesuai untk korang. Apa tunggu lagi...ajak kawan-kawan semua datang. Esok last day jangan lepaskan peluang!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

VIDEO PANAS: HURU HARA DI BKT JALIL?? #UMNO66 @TengkuAdnanReal

Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO semalam. Inilah yang perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. Bukan demontrasi yang kita mahukan tapi keamanan. Berhimpun secara aman di stadium semalam ternyata tidak ada membawa sebarang masalah dan huru hara.

Lihat video di video di bawah suasana sekitar sambutan Ulangtahun UMNO ke 66:





GR kata: Semua riang gembira jer kat stadium semalam...semangat tinggi depa ni semua!!Caiyokkk..

PANAS: NEELOFA DISERANG..?? #UMNO66 @TengkuAdnanReal


Inilah dia keadaan di mana pelakon cun melecun ni diserang di Bukit Jalil petang smlm di sambutan Ulangtahun UMNO 66. Sebenarnya beliau gerai Neelofa diserang peminat-peminatnya sendiri. Neelofa dan keluarga ada both untuk berniaga sambil mempromosikan produk mereka.

Inilah contoh wanita muda yang boleh dijadikan contoh. Berlakon sambil berniaga. Pada peminat-peminat Neelofa yang masih belum kesempatan berjump secara live, datanglah ke Karvinal Sambutan Ulangtahun UMNO 66. Jumpa Neelofa lagi di sini sampai hari Ahad ini. Datang yer jangan tak datang..


GR kata: Memang cun lah...

7 SEBAB RAKYAT PERLU TAHU! @NajibRazak #UMNO66


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini,".

 
Selain itu Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO.


GR kata: Rakyat Malaysia fikirlah secara matang jangan ikut nafsu....

FOTO: SUASANA AMAN & CERIA DI #UMNO66, TAKDER HURU-HARA PUN!! @TengkuAdnanReal





Lihatlah gambar di atas, GR sertakan sedikit suasana sekitar Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66. Kesemua ahli dan penyokong UMNO yang hadir menunjukkan semangat dan sikap yang baik dalam perhimpunan ini.

Ini terbukti apa yang cuba ditunjukkan oleh puak Pakatan Haprak kononnya rakyat Malaysia benci pada UMNO, tapi apa yang kita semua lihat malam ini sokongan yang padu diberikan oleh penyokong UMNO sendiri dan juga rakyat Malaysia.


GR kata: Berhimpun dalam stadium pun gempak apa!! Tak payah nak demo dijalanan la sangat!! Takder faedah langsung...

PANAS: PUAK PAKATAN BERDARAH HIDUNG?? #UMNO66 LEBIH 120,000 YANG HADIR!! @TengkuAdnanReal


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata UMNO sebagai sebuah parti yang menghormati undang-undang berjaya menganjurkan perhimpunan raksaksa secara aman yang dihadiri lebih 120,000 ahli dan penyokong parti itu tanpa menimbulkan sebarang insiden kekecohan.

DS Najib juga menyebut, sesetengah pihak termasuk pembangkang sengaja mencetuskan huru-hara bagi menggambarkan kepada masyarakat luar kononnya Malaysia sebuah negara yang zalim dengan menganjurkan perhimpunan jalanan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Mereka tolak tawaran kita untuk guna stadium sebagai tempat berhimpun kerana mereka nak merempuh, berbalah, tendang dan terajang pihak polis".


"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazirah ataupun BBC. Mereka nak tunjuk kononnya kita kerajaan yang zalim. Mereka tidak hormati undang2 negara,"

Kenyataan DS Najib itu dilihat merujuk kepada perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berakhir dengan insiden rusuhan di ibu negara pada 28 April lalu.



Tegas Presiden lagi, UMNO sebagai parti yang menjadi tonggak pembangunan negara bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak rela melihat tindakan sesetengah pihak yang didalangi pembangkang memburuk-burukkan negara.

"Bagaimana perasan polis yang dipukul, ada yang saya temui dipukul dengan kayu lisut. Inikah cara orang yang bertamadun, yang jaga imej Malaysia??



GR kata: Elok jer berhimpun di stadium...tak masalah apa-apa pun. Apa yang tak sempat yer Ambiga??

Thursday, May 10, 2012

VIDEO PANAS: ANWAR SOKONG KES LINA JOY..??





Inilah dia ketaksuban seorang ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau sanggup buat apa saja demi meraih undi dan kepercayaan rakyat terhadap beliau. Beliau juga sanggup memburukkan negara Malaysia yang kita cintai ini di mata dunia. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang membela rakyat?? Bercakap pum pang pum pang memang itulah Anwar Ibrahim... Rakyat yang tidak boleh berfikir secara matang saja yang terpedaya dengan janji manis beliau.

Mengenai kes Lina Joy, apakah wajar kita sebagai seorang Islam menyokong kes seorang muslim yang ingin murtad?? Bukankah seorang Islam itu harus mempertahankan agamanya sendiri?? Apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim ini boleh memecah belahkan kaum Melayu dan juga Islam itu sendiri...

Pembaca sekalian, fikirkanlah inikah seorang manusia yang ingin diangkat sebagai pemimpin negara?? GR sarankan kepada penyokong tegar Anwar Ibrahim fikirlah sebelum terlambat, janganlah menyesal suatu hari nanti....


GR kata: Orang Islam yang tidak mahu mempertahankan agamanya kita boleh anggap dia sebagai apa??

PANAS: AWEK PUNYA PASAL PUN BOLEH BUAT KERJA GILER!!


Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. “Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. - HMetro


GR kata: Bunga bukan sekuntum...janganlah ikutkan nafsu. Jodoh pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Apa yang penting usaha...

FUIYOO! PEMINAT K-POP JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!! #HBN2012 @HariBelia2012





Ayuh semua rakyat Malaysia...kepada peminat K-POP artis Korea dan artis Japan, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk korang jumpa dengan lebih dekat di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya pada 23 - 27 Mei 2012 nanti.

Golongan artis antarabangsa ini akan membuat persembahan yang dijanjikan terbaik untuk korang yang hadir pada karnival yang terbesar di dunia pada 23 - 27 Mei 2012 nanti. Korang nak bergambar dan dapatkan autograf dari mereka tak?? JOM PAKAT RAMAI-RAMAI DATANG ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada tarikh yang tertera di atas.



UMUR KETUA PEMUDA HENDAKLAH 40 TAHUN - @Khairykj


Khairy Jamaluddin mahu had maksimum umur penyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO ditetapkan 40 tahun dan beliau akan mengesyorkan perkara itu apabila berundur dari pergerakan tersebut. Sehubungan itu, jelas Khairy, beliau akan mengesyorkan agar idea itu dipertimbangkan oleh pergerakan itu apabila melepaskan jawatan Ketua Pemuda kelak. Pada masa sekarang tiada had umur bagi mereka yang hendak memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

"Pemuda Umno had umur 40. Tapi Ketua Pemuda tiada had umur. Saya nak cadang had umur 40 untuk KP (Ketua Pemuda) bila saya lepaskan jawatan," kata beliau yang memenangi jawatan itu pada pemilihan diadakan Mac 2009

Beliau, 36, melahirkan pandangan ini ketika berinterasi dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi Twitter tengah hari ini. Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak mahu membawa perkara itu sekarang kerana bimbang akan ada pihak mengatakan beliau hendak menyekat peluang orang lain.

"Kalau saya cadang sekarang orang kata saya nak sekat orang lawan saya. Selepas saya selesai lakukan (melepaskan jawatan), saya akan cuba untuk mengubah had umur Ketua Pemuda," katanya lagi.

Saifuddin yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, beliau menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendefinisikan semula had umur golongan belia iaitu antara 15 dan 30 tahun.

"Definisi belia PBB: 15-24 (tahun). Kita (Malaysia): 15-40, tertua di dunia! Pada 1997, saya cadang turunkan had umur, tapi ditolak. Kini KBS cadang 15-30, sesuai," katanya lagi. - SH


GR kata: Sokong kerana lebih ramai anak muda diberi peluang untuk menjadi pemimpin suatu masa kelak...

AMARAN UNTUK PENDEMO #Bersih3! MANA MAU LARI HAA!! @PDRMsia


Polis memberi amaran terakhir kepada 129 individu yang disyaki terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April lalu supaya tampil menyerah diri dalam tempoh seminggu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, jika tidak, polis akan melakukan tangkapan selepas berakhirnya tempoh amaran tersebut.

"Kita memerlukan kerjasama daripada individu yang sudah disenaraikan. Sehingga hari ini, hanya 12 individu yang ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Ini amaran terakhir saya. Jika dalam tempoh seminggu tidak serah diri, kita akan melakukan tangkapan di rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, dalam pada itu, polis mengenal pasti 25 lagi individu yang disyaki melakukan kesalahan antaranya melanggar perintah mahkamah dan merusuh.

"Tampil serah diri. Bantu siasatan polis dan mereka boleh bawa peguam sendiri," katanya. - SH


GR kata: Dah buat salah tu...pandai-pandailah yer!!!

Wednesday, May 9, 2012

PANAS: PUAK #Bersih3 YANG KURANG AJAR! INIKAH RAKYAT MALAYSIA YANG BAIK??


Bersih 3.0 dah lama berlalu, namun kebencian yang terhasil daripadanya, baik bagi siapa-siapa juga, terus ‘bersemarak’. Namun saban hari, kita semakin diperlihatkan tentang wajah kebodohan dan sifat melampau golongan mereka yang menyertai demonstrasi Bersih 3.0 ini.

Antara imej yang tersebar adalah kebiadapan segelintir daripada mereka yang bertindak dayus, memijak gambar-gambar orang yang mereka benci. Kenapa dayus? Dayus kerana keberanian mereka hanya sekadar memijak gambar dan poster sahaja.


Mereka ini bertindak seolah-olah merekalah paling berkuasa, merekalah kebal dari undang-undang, merekalah hero. Tetapi sayang, mereka ini hanya jaguh kampung, maaf cakap, lebih teruk daripada jaguh kampung.

Poster itu adalah benda yang tidak bernyawa, buatlah macam manapun, ia tidak  akan memberi sebarang kesan, lagi melenguhkan kaki sepemijaknya adalah. Kebodohan mereka lagi terserlah apabila mencontengkan poster-poster pemimpin yang mereka benci.


Sayang sekali, percayalah, akhirnya yang dibenci bukan manusia di poster itu, tetapi manusia yang mencontengkannya. Agaknya siapa dalang di sebalik semua itu…nampaknya macam ada yang pakai baju DAP. Tapi tak mengapalah, tanpa baju sebegitu pun bukannya susah nak teka siapa mereka-mereka ini.


GR kata: Bersih apa macam ni?? Sepatutnya otak-otak mereka ini yang harus diBERSIHkan dahulu....

PANAS: BUDAK CINA HINA ISLAM! DAP RACIST..!!


Lihatlah gambar screen shot di atas, semakin ramai rakyat Malaysia mempermainkan isu agama Islam. Baik masyarakat Cina, Melayu dan juga India. Inikah kebebasan suara yang kita mahukan?? Inilah yang Pakatan Haprak inginkan selama ini. Mereka telah berjaya mewujudkan racist di antara kaum, apatah lagi apabila jika mereka menang PRU 13 nanti hak-hak keistimewaan rakyat itu sudah tentu lenyap sama sekali.

Apakah pihak Kerajaan memandang sambil lewa perkara ini?? GR memohon agar pihak berkuasa dan jabatan kerajaan yang ditugaskan menjaga perkara sebegini ambil tindakan sewajarnya kepada mereka ini yang sudah tentu tidak bersyukur dengan hidup di Malaysia ini.

Kepada pembaca yang budiman, fikir-fikirkanlah apakah ini yang kita mahukan dalam bangsa kita di Malaysia. Sewenang-wenangnya menghina agama Islam yang suci, menghina Nabi kita Rasulullah S.A.W?? Perlu kita pertahankan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.


GR kata: DAP racist...negara Malaysia bakal tergadai jika Pakatan Haprak menang PRU 13 nanti!!!

JOM TENGOK AKSI PANAS FAST & FURIOUS DI @HariBelia2012 #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim






Bagi mereka yang menggemari acara-acara sukan bermotor, beberapa aktiviti menarik akan diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Aktiviti-aktiviti menarik yang dimaksudkan ialah KBS Super Mortad X, Autokhana/Motokhana, KBS Drag Championship (Motorsikal & Kereta), KBS Drift Challenge dan Kejohanan Jet Ski Super Series.

Datanglah beramai-ramai menyaksikan aksi yang menarik ini. Kepada peminat-peminat kereta dan sukan drift jom ramai-ramai datang meriahkan karnival yang terbesar di dunia ini.



GR kata: Kepada geng-geng drifter jom gegarkan Putrajaya!!!

PANAS: KENAPA PUTERI INI BERSEDIH..?? @Rosnah_ARS


Ahli Pergerakan Puteri UMNO yang terdiri dari kaum wanita berasa begitu tersentuh apabila mendengar luahan ikhlas Che Tom Yahaya, 78, mengenai sikap anak lelakinya Azmin Ali yang kini menjadi pemimpin parti pembangkang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin.

Beliau berkata, Azmin selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin pembangkang yang mempunyai penyokong serta ibu seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

“Ini adalah luahan hati ibu yang telah mengandungkan dan membesarkan beliau. Puteri UMNO harap Azmin ambil iktibar dan cuba perbaiki hubungan dengan keluarga dari terus menyalahkan orang lain dan menyamakan semua perbuatan dengan agenda politik. 


 “Puteri UMNO sebagai wanita dan ibu amat sedih mendengar luahan hati Che Tom dan kesal apabila agenda atau perbezaan politik dijadikan sebagai alasan meruntuhkan sebuah institusi keluarga. Itu adalah jelas luahan hati seorang ibu yang amat sedih dengan kejadian yang menimpa keluarga beliau dan harapan seorang ibu yang mahukan perhatian dari anaknya sendiri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Rosnah seterusnya berkata, Azmin sebagai seorang anak harus ingat bahawa keredhaan dari ibu adalah penting untuk menghadapi kehidupan dunia dan akhirat kelak. Sehubungan itu juga, kata beliau, Puteri UMNO meminta supaya Azmin tidak mengaitkan masalahnya dengan keluarga dengan perbuatan UMNO sebagai jalan keluar kepada pendedahan ibunya seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

Menurut beliau, Puteri UMNO berasa kesal dengan dakwaan Azmin bahawa wawancara ibu Azmin dengan media adalah plot cerita yang direka oleh UMNO untuk menyerang beliau. Tambah beliau, dakwaan Azmin itu satu tohmahan sempit untuk cuba mengatakan bahawa UMNO ada kuasa untuk mempengaruhi hubungan darah daging antara ibu dan anak sedangkan ia adalah hubungan kekeluargaan.

“Puteri UMNO menegaskan bahawa UMNO tidak ada kena mengena dengan isu tersebut. Terbukti pemimpin pembangkang ini tersepit akibat perbuatan beliau sendiri dan rakyat sudah makin pandai menilai dan akan melihat seseorang pemimpin itu dari pelbagai sudut,” katanya lagi. – mynewshub


GR kata: Janganlah kita terguris hati seorang ibu takut nanti tak cium bau Syurga....
 

TERKINI: TUNJUKKAN BAKAT ANDA DI CLASH OF THE BANDS 2012 @HariBelia2012 #HBN2012


Berita baik untuk semua golongan Belia diluar sana...kepada mereka yang berbakat bolehlah sertai pertandingan CLASH OF THE BANDS 2012 di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Clash Of The Bands ini adalah kesinambungan dari pertandingan pada tahun lepas dengan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan, pertandingan ini diadakan lagi pada tahun ini.

Objektifnya adalah untuk menggalakkan golongan Belia yang mempunyai band agar dapat mengetengahkan bakat mereka sekaligus mempromosikan band-band mereka ini. Ayuh apa tunggu lagi, anak muda yang berbakat dan mempunyai kumpulan...turun beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya pada 23 - 27 Mei 2012 ini. Ajak kawan-kawan yang sama minat dalam bidang ini yer....

Keterangan lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Ayuh tunjukkan bakat anda wahai anak muda...mungkin rezeki korang di sini, siapa yang tahu, betul tak??

TERKINI: JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA BAKAL MENGEGAR ESOK! #JDAB1M2012



Siri kedua 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' JDAB1M bakal dilepaskan 9.00 pagi esok oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

Lokasi pertama yang bakal dilawati esok adalah Seremban, Negeri Sembila sebelum meneruskan perjalanan ke Linggi, Rembau, Kuala Pilah, Jempol  dan bakal bermalam di UiTM Segamat.




Maklumat lanjut KLIK DI SINI


GR kata:  Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Tuesday, May 8, 2012

TAHNIAH!! PENEROKA FELDA MASYUKKKK!!! @NajibRazak


JERANTUT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda. Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda. Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari Selasa.

“Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai ‘durian gugur’ iaitu tabung amanah, ‘blue form’ untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.

Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

“Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi”.

Najib berkata setiap peneroka akan menerima `blue form’ untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan. Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

“Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini,” katanya.

Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.

“Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM,” katanya sambil berseloroh.

Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia. – BERNAMA




GR kata: Tahniah pada peneroka, rezeki yang diberikan gunakan sebaiknya...

KELUHAN: APA NAK JADI DENGAN AWEK MELAYU SEKARANG??


Gadis Melayu terakhir, itulah yang biasa kita ungkapkan. Adakah ungkapan ini semata-mata untuk mengayat atau sebaliknya. Perwatakan gadis Melayu sememangnya menjadi tarikan semua orang, baik Melayu, Cina dan India. Bangsa asing seperti mat saleh dan sebagainya turut jatuh hati dengan gadis Melayu. GR faham tidak semua gadis Melayu perwatakan mereka seperi gambar di atas, betul tak??

GR yang melihat gambar ini turut sedih dengan perwatakan gadis Melayu sekarang. GR tidak menyalahkan semua gadis Melayu, tetapi segelintir mereka yang berperwatakan buruk sebegini boleh mencalarkan nama baik gadis Melayu yang lain. Di manakah hilangnya nilai-nilai murni mereka ini?? Kalau kita lihat dari segi luaran sememangnya baik menutup aurat dengan sempurna, tetapi dari segi perwatakan dalaman haruskah mereka berperangai sebegini?? Fikir-fikirkanlah....


Itu belum lagi kita lihat dalam demontrasi jalanan baik himpunan Hijau atau pun Bersih 3.0. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh gadis Melayu ini?? Nilai-nilai murni dalam diri mereka hilang dengan terpekik terlolong, maki hamun dan sebagainya. Bukankah sedih gadis Melayu berperangai buruk sebegini?? Kepada pembaca yang budiman, renung-renungkanlah...apakah gadis Melayu ini juga kebanyakkannya sudah terpesong dan termakan janji manis Pakatan Haprak yang hanya menggunakan mereka demi kepentingan politik mereka saja....


GR kata: Perwatakan yang baik menunjukkan sifat diri seseorang wanita....

PANAS: PAKATAN HAPRAK KANTOI SABOTAJ FACEBOOK PM @NajibRazak


Lihatlah screen shot di atas, puak pembangkang yang sudah semestinya kekurangan idea untuk menipu rakyat dan sekarang ini membuat account Facebook lagi satu kononya milik Perdana Menteri DS Najib Razak.

Inilah dia ketandusan idea puak Pakatan Haprak, sudah terang lagi nak suluh. Rakyat Malaysia sememangnya menyokong pimpinan YAB DS Najib Razak serta menerima transformasi yang dibawa oleh beliau. Dengan hasil kerja jahat mereka ini kononnya rakyat boleh terpedaya. Mereka juga pening kepala dan jeles pengikut Facebook DS Najib Razak lebih ramai berbanding Anwar Ibrahim.

Kepada pembaca yang budiman, jangan terpedaya dengan fake account Facebook PM DS Najib Razak. Facebook yang TULEN ialah www.facebook.com/najibrazak yang account palsu yang dibuat oleh puak Pakatan ialah www.facebook.com/najibrazakk. Mohon follow account yang TULEN untuk mengikuti segala perkembangan dan kerja Perdana Menteri yang kita sayangi.


GR kata: Kerja jahat itulah Pakatan Haprak...

HARI BELIA NEGARA TAHUN INI BAKAL DISAMBUT MERIAH!! @HariBelia2012 #HBN2012


Pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan kehadiran golongan Belia pada Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 akan datang adalah seramai 2 juta Belia berkunjung di karnival ini dan ianya sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Golongan Belia diberikan penghormatan dengan sambutan ulangtahun Hari Belia Negara pada 15 Mei setiap tahun. Ianya disambut adalah kerana menghargai golongan Belia yang merupakan pelapis pada kemajuan negara.

Pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memilih lokasi Sambutan Hari Belia Negara di ruang legar pusat beli belah Sunway Piramid pada 15 Mei 2012. Sambutan ini akan bermula pada jam 10 pagi hingga 5.30 petang dan akan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ayuh anak muda sama-samalah kita hadir ke majlis pelancaran ini tanda sokongan kita sebagai Belia Negara sekaligus memeriahkan lagi majlis pelancaran ini nanti.

Hari Belia Negara pada tahun ini juga akan disambut dengan gilang gemilang dengan pelbagai acara kemuncaknya pada 23 hingga 27 Mei 2012 berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Himpunan ini adalah antara himpunan yang terbesar di dunia, di mana terdapat lebih 500 acara yang akan diadakan dan 24 pentas disediakan kepada para Belia bagi mengasah bakat dan kemahiran mengikut apa saja bidang yang mereka minati. Keterangan lanjut boleh layari laman web HBN2012



GR kata: Ayuh anak muda ramai-ramailah ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya pada 23-27 Mei 2012 ini. Ajak kawan-kawan, sedara mara, adik, kakak, abang semua....

Monday, May 7, 2012

VIDEO PANAS: CHEGU BARD MERAYU PADA @PDRMsia DI BUKIT AMAN!! #Bersih3

Insiden ini adalah rakaman yang berlaku petang tadi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Apabila Chegu Bard wakil dari pihak Bersih 3.0 cuba merempuh masuk ke dalam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Polis.

Insiden ini menjadi kecoh dan tegang apabila beberapa NGO seperti Persatuan Veteran Tentera, SAM1M dan Perkasa menghalang tindakan yang dilakukan oleh wakil BERSIH ini.

Lihat video di bawah :



Kredit video to Amray


GR kata: Apelah puak Bersih ni, kata benci pada Polis. Maki hamun Polis, pukul Polis...tapi mai gak datang melutut pada Polis. Apa punya otak daaaaa...!!!

PANAS: LAGI SARANG PELACUR DI SELANGOR DIBONGKAR! @Khalid_Ibrahim APA CER?? #MBmalas


Rahsia penyidai tuala yang terletak di tepi dinding sebuah hotel di Sri Damansara dekat sini terbongkar apabila ia sebenarnya menutup laluan ke sebuah bilik rahsia yang dijadikan tempat menyorok pelacur warga asing.

Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, hanya mereka yang mengetahui kod rahsia di lif premis lima tingkat tersebut boleh naik ke aras satu dan dua yang dijadikan lokasi kegiatan haram itu.

Gambar pelacur yang ditangkap

Namun, dalam serbuan pukul 7.15 petang semalam oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kegiatan mereka terbongkar apabila polis berjaya menahan lima gadis yang disorokkan dalam bilik itu setelah hampir sejam menggeledah kawasan terbabit. - Utusan


GR kata: MB Selangor ni goyang kaki atau takut dengan Exco-exco Selangor yang dikuasai oleh puak DAP..??

PANAS: INIKAH SEBABNYA PENYANYI INI SERTAI #Bersih3??


Masih ingat dengan penyanyi ini?? Siapa tidak kenal dengan Aisyah kan, penyanyi popular tanahair. Apa yang ingin GR nyatakan di sini, apakah beliau berbangga dengan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 lepas?? Apakah yang beliau ingin perjuangankan sebenarnya...?? Atau pun ingin mencari glamor semula..??

GR yakin ramai pembaca yang telah melihat klip video penyanyi ini yang kononnya berasa kecewa dengan salah seorang bekas Menteri Wanita. Benarkah apa yang beliau katakan itu kita belum mendapat kepastian kerana mendengar sebelah pihak. GR bukan ingin menyalahkan penyanyi ini tapi adakah ini sebabnya beliau terhutang budi dengan Pakatan Haprak dengan menyertai Bersih??

Lihat gambar di bawah :


Adakah disebabkan ini ketika zaman mereka Aisyah terhutang budi dengan Pak Anwar?? Jawapan hanya pada penyanyi itu sendiri. GR ingin nyatakan di sini, jika ingin meminta sesuatu sebagai contoh bantuan dan sebagainya banyak cara yang baik boleh kita minta bukan dengan menceritakan perkara yang mungkin tidak benar dan ditokok tambah semata-mata untuk mencari sensasi. Kerajaan juga telah menyediakan banyak saluran kepada rakyat untuk meminta bantuan. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Aisyah ni pernah keluar jemaah tabligh dengan suaminya tapi masih tak faham-faham lagi ker tentang Islam?? Pakatan Haprak hanya menggunakan rakyat demi kepentingan peribadi mereka. Renung-renungkan...

Artikel pelbagai