Saturday, August 17, 2013

PR PEMILIK RESORT 'SURAU TOKONG' DITARIK BALIK SERTA MERTA! TERIMA KASIH @Zahid_Hamidi !!

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam sudah pasti menarik nafas lega dengan ketegasan Menteri KDN. Macam nielah baru anak jantan dan pejuang Islam yang sebenar mempertahankan agamanya dari dirobek oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Islam mengajar umatnya menghormati agama lain begitu juga sebaliknya. Jangan disebabkan mahu mengaut keuntungan kita boleh buat apa saja.

Pada warga asing yang memohon kerakyatan di Malaysia seharusnya bersyukur kerana hidup dalam aman damai dan senang mencari rezeki utk keperluan harian dan keluarga.

Islam bukan untuk dipermainkan..Islam bukan utk diperjudikan dan diperlekehkan. Buat suatu perkara jangan sampai melampaui batas. Kesabaran diri manusia ada hadnya dan Allah S.W.T bersama hambaNya yang sabar dan taat perintahNya.

Baca lagi di bawah:

Kerajaan telah menarik balik status penduduk tetap (PR) pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penarikan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini. 

Salah satu langkah pantas dari Kerajaan dan Apj tabik hormat , semoga lepas ni mereka lebih berhati-hati dan menjaga keharmonian kaum dan agama di Malaysia ni.


GR kata: Jangan main2 dengan harimau yang disangka tidur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 15, 2013

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK, BOM SANA SINI...PUNCA DARI SIAPA SEBENARNYA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng


Kejadian tembak-menembak dan bom sana sini semakin meningkat sekarang ini. Kehidupan seharian rakyat sekarang jadi dalam ketakutkan. Mereka juga menyuarakan adakah negara sekarang hidup dalam keadaan yang tidak aman. Mereka juga boleh menjadi mangsa 'peluru sesat' pada penjenayah yang tidak bertuan sekarang ini.

Siapa yang harus dipersalahkan? Semua pihak harus bekerjasama demi memastikan keselamatan rakyat dan negara berada dalam keadaan selamat.

Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak. Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku. Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu. Dalam ert kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.

Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah.


Pakatan haprak telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka. Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Lagipun, kata mereka rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini.

Akhirnya, kerajaan menerima hujah pakatan haprak. Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan. Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.

Kenapa pihak Kerajaan pada ketika itu perlu 'patuh' pada desakan pakatan haprak? Adakah demi untuk meraih undi rakyat demi kemenangan PRU13. Hasilnya lihatlah hasinya sendiri sekarang....seharusnya pihak Kerajaan bertindak lebih tegas. Lihat pada era pemerintahan Tun M, kita mempunyai undang-undang yang tegas dan kejadian seperti ini kurang bukannya semakin menjadi-jadi.

GR pula memandang dari sudut lain. Bila tahanan (penjenayah) yang dilepaskan bila EO dimansuhkan, mereka ini pulang ke 'tempat asal mereka'....Cuti rehat sudah habis bro!! Sekarang masa untuk kita kerja balik. Ini kawasan gua yang punya, siapa yang pegang kawasan gua sekarang??

Ini semua adalah bermotifkan dendam. Kita perlu fikir sejenak al kisah penjenayah yang ditahan melalui Akta ini sebelum ini. Mereka yang disabit kesalahan mungkin disebabkan atas faktor mereka sendiri yang melakukan kesalahan. Ada juga diantara mereka dimasukkan dalam penjara atas sebab hasad dengki antara puak mereka sendiri yang hanya mahukan kuasa dan juga 'kawasan'. Bila mereka balik semula ke kawasan, misi untuk membalas dendam itu ada. Tanpa memikirkan buruk baiknya, bunuh saja mereka yang telah langgar mereka sebelum ini dan kawasan tersebut jatuh ke tangan mereka semula.

Ada betulnya pandangan dari Menteri KDN mengenai perkara ini.


Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak Polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata. Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan. Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru. Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi begitu juga kejadian bom sana sini.

Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan Pakatan Haprak dan juga Kerajaan. Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pakatan haprak dan untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas.

Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pakatan haprak terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain. Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian Polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa. Kononnya, Polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program Kerajaan. Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan.

Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA. Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan. Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi. Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara. Ini adalah soal kestabilan dan imej negara. Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Justeru, pakatan haprak perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah. Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak. Pemimpin Kerajaan pada ketika itu yang bersetuju bahawa Akta ini dimansuhkan, mereka juga harus mengakui silap mereka yang bersetuju dengan desakan bangang pakatan haprak ini.

Nak dapat kepercayaan semula rakyat, bukannya dengan ikut cakap kosong pakatan haprak. Tapi ketegasan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin kerana rakyat memilih mereka untuk menjaga kebajikan rakyat dan juga keselamatan agama, bangsa dan negara juga terjamin.

Maka, pakatan haprak wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam Polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini. Hakikatnya, pakatan haprak turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO.

Persoalannya pemimpin Kerajaan yang dah buat silap berani ker tampil untuk mohon maaf dan mengaku silap mereka. Wahai DS Najib Razak, rakyat Malaysia mahukan anda bersikap tegas dan berani...bukannya ikut pandangan orang lain yang sebenarnya mahu jatuhkan kamu!


GR kata: Hidupkan ISA dan EO...jangan takut dengan Bang Non!

PR PEMILIK RESORT 'SURAU TOKONG' AKAN DITARIK BALIK! @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Status penduduk tetap (PR) pemilik sebuah resort di Sedili, Johor yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau dalam kawasan premis itu menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam boleh ditarik balik.

Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi maklum balas kepada Utusan Online berhubung tindakan pemilik resort berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 29 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

"PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai," katanya ringkas.

Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Kota Tinggi gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain. - UTUSAN ONLINE

GR kata: Jangan cuba permainkan agama Islam dan jaga nama baik Islam.

Tuesday, August 13, 2013

TTPA - DILEMA ANTARA MENAKLUK ATAU DITAKLUK? @NajibRazak @Mustapa_Mohamed @MITIMalaysia @PMOMalaysia


ISU Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang akan disertai oleh Malaysia kini semakin hangat dibincangkan memandangkan ia mendapat bantahan daripada sebahagian ahli perniagaan tempatan.

Pelbagai alasan diberikan, termasuk isu perbincangan itu yang diadakan secara tertutup dan penuh kerahsiaan yang menimbulkan kecurigaan ahli perniagaan tempatan.

Isu tersebut diperbesarkan mereka yang tidak bersedia menghadapi kerjasama perniagaan yang akan disertai 12 buah negara, termasuk Malaysia.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa, TPPA dikatakan akan lebih menguntungkan syarikat-syarikat multinasional (MNC) dan negara berekonomi kukuh seperti Amerika Syarikat (AS), berbanding syarikat kecil.

Sedar atau tidak, rundingannya telah memasuki pusingan ke-18 dan dijangka dimuktamadkan pada Oktober tahun ini. Perjanjian itu bakal membentuk satu jaringan perdagangan bebas terbesar di dunia, jika dimuktamadkan.

Akibat kurangnya pendedahan kerajaan mengenai TPPA kepada rakyat, kerana terikat dengan peraturan kerahsiaannya, membuatkan beberapa NGO dan usahawan tempatan bangkit menyuarakan perasaan kurang senang perjanjian itu.

Kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), membalasnya dengan menyatakan unsur-unsur kerahsiaan diperlukan memandangkan beberapa isu menyentuh kepentingan strategik negara.

Bagaimanapun, MITI secara kebetulan mendedahkan isi rundingan kepada umum hasil desakan tanpa henti pelbagai NGO, selain mula menjadi perhatian rakyat biasa.

MITI sendiri mengakui bahawa topik keterbukaan kontrak kerajaan kepada syarikat asing, kebenaran syarikat asing mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan serta lanjutan perlindungan hak cipta ubat-ubatan, diperbincangkan dalam beberapa siri rundingan.

Bagaimanapun, jika dilihat secara positif, TPPA berpotensi mengurangkan larangan eksport Malaysia selama ini. Sebagai contoh, Proton boleh memasarkan keretanya ke Jepun yang selama ini agak sukar untuk dilakukannya.

Faktor lain yang mendorong Malaysia menyertai TPPA ialah perjanjian perdagangan bebas tanpa cukai kepada pasaran bersaiz 800 juta penduduk dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul bernilai RM70 trilion.

MITI menjelaskan, sebelum menyertai rundingan itu pada 2010, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Malah, menerusi beberapa kenyataannya sebelum ini, kementerian itu menjelaskan segala kepentingan awam akan diutamakan khususnya di dalam soal keterbukaan kontrak kerajaan, lanjutan hak cipta dan perlindungan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Microelectronic Solution, Shafiq Akmal Ismail melihat TPPA sesuatu yang positif kepada usahawan bumiputera apabila perjanjian itu menawarkan pasaran seluas 800 juta dalam kalangan penduduk di negara-negara anggota TPPA.

"Sebagai contoh perniagaan kami mengeluarkan cip elektronik yang mempunyai potensi pasaran yang baik di luar negara.

"Selama ini, lebih 70 pengeluaran kami adalah untuk tujuan eksport. TPPA bakal membuka peluang kepada kami untuk memasuki pasaran asing dengan lebih mudah," kata beliau.

Apapun, penglibatan Malaysia di dalam TPPA dianggap sesuatu yang mencabar baik kepada kerajaan dan rakyat. Sukar hendak diramalkan sejauhmana topik yang diperbincangkan di dalam TPPA memenuhi hati semua negara terlibat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah menegaskan, jika Malaysia tidak berpuas hati terhadap topik yang diperbincangkan, kebarangkalian TPPA dimuktamadkan Oktober ini bakal tertangguh.

Ini kerana jika kerjasama ini lebih banyak memberi faedah kepada syarikat luar berbanding syarikat tempatan, mungkin ia perlu dikaji semula.


GR kata: Jangan terlalu yakin dan taksub dengan negara luar. Ramai anak Malaysia yang boleh maju hingga ke negara luar.
 

JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO, PERLU DIKEKALKAN ATAU SOKONG ISA SAMAD, ALI RUSTAM DAN MUKHRIZ MAHATHIR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @umnoonline


PRESIDEN UMNO
Sehingga ke saat ini, DS Najib Razak dijangka akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. GR yakin dan pasti UMNO akan mengalami malapetaka besar jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Ianya harus dikekalkan dan segala misi untuk memperkasakan UMNO harus dijalankan serta merta.

Oleh kerana itulah, GR melihat kedua-dua mantan Presiden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Apabila Tun Dr. Mahathir dikeluarkan dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, kemudian dibawa masuk semula oleh Tun Abd. Razak malahan diberi gambaran Tun Mahathir terbang sebagai "Spiderman" yang menyelamatkan UMNO dan orang Melayu.

Selepas 40 tahun peristiwa itu, siapakah pula yang akan memegang watak Tun Razak dan watak Tun Dr. Mahathir sekarang ini?.

GR yakin seperti PM2 yang lain, DS Najib Razak juga mahu menjadi Perdana Menteri yang paling baik kepada agamanya, bangsa dan negaranya. Semua itu sejarah yang akan menghukumnya.

TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Muhyiddin pula dikatakan tidak berminat mencabar DS Najib Razak kerana sudah penat dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua Perdana Menteri.

Apabila ketiga-tiga Naib Presiden menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden mereka, bermakna desas-desus salah seorang Naib Presiden untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ini, bacaan GR agak lain sedikit. GR fikir seseorang yang amat berminat masih berada di dalam kotak gear 1 dan sedang berhenti rehat di kotak N. GR melihat, bila-bila masa dia boleh bermula di kotak gear D3 dan D, nasib baiklah kenderaannya dwi-fungsi yakni auto dan manual.

TS Muhyidin Yassin telah menunjukkan jati dirinya dan jati diri politiknya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kehebatannya tidak ubah seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail dan amat kagum.


NAIB PRESIDEN UMNO
Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussien dan DS Shafie Apdal menyatakan keinginan mereka mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam hal ini, GR fikir beberapa nama lain patut mencuba nasib mereka supaya UMNO itu dilihat demokratik sedikit. Saya melihat beberapa nama yang patut menawarkan diri mereka seperti Tan Sri Isa Samad, DS Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir amat tepat sekali dan mereka ini harus diberikan peluang.

Ahli UMNO mesti memikirkan 5 dan 10 tahun akan datang jika mahu memilih pemimpin UMNO kerana kepimpinan dalam UMNO akan mengemudi kepimpinan negara. Lainlah kalau UMNO ketandusan pemimpin, barangkali rakyat akan berpindah kepada parti lain.

Ahli UMNO perlu melihat kewibawaan sewaktu DS Ali Rustam mentadbir negeri Melaka. Pelbagai perubahan yang baik dibuat oleh beliau melalui pembanguan dan juga sektor pelancongan yang menjadikan Melaka terkenal di mata dunia. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO.



Tan Sri Isa Samad juga tidak kurang hebatnya. Kecekalan dan kebijaksaan beliau menjadi Boss Felda telah membawa perubahan yang besar pada warga Felda. Anak-anak Felda dibela dan mereka diberikan pelbagai pulangan atas titik peluk mereka selama ini dan jelas insentif yang diberikan membuktikan Felda semakin baik.

Kemenangan Datuk Mukhriz dan seterusnya mengambil semula negeri Kedah dengan kemenangan bergaya merupakan kekuatan dalaman, kekuatan sejarah dan kekuatan masa depan. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO. UMNO tidak akan pecah jika hanya berlaku pertandingan di peringkat Naib Presiden UMNO.

GR fikir, untuk kebaikan UMNO, bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO dengan jumlah calon yang ramai tidak akan merugikan UMNO. Dahulu, apabila TS Syed Hamid Albar tewas, beliau tetapi dilantik sebagai Menteri Penuh.

Sejarah politik Pak Lah ketika lama berada di dalam Naib Presiden patut menjadi contoh kepada sesiapa yang berhajat besar. Ahli UMNO harus memilih pemimpin yang layak bagi Naib Presiden UMNO adalah mereka yang benar-benar perjuangkan hak bangsa Melayu dan semangat juang yang tinggi, tegas serta berani mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: PAU2013 semua teruja dan tak sabar nak jawatan atau pun untung nasib?

Monday, August 12, 2013

BONGKAR DAN SEBARKAN! CARA PUAK SYIAH BERSOLAT YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM SEBENAR!


Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:



Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak ke arah kiblat seperti mana yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni di tawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu’alam…. - Sumber: hasnulhadiaahmad


GR kata: Jauhi diri dan iman kita dari ajaran sesat Syiah ini. Teguhkan Iman, hanya ajaran Rasulullah S.A.W dan ikut perintah Allah S.W.T yang bawa kejayaan dunia dan akhirat.

JCorp Chief Denies Rumours KFC Sold To Chinese Company


Johor Corp (JCorp) has refuted claims that Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd boss Tan Sri Lim Kang Hoo now owns KFC Holdings Bhd and QSR Brands Bhd following their recent privatisation by the state-linked firm.

“Those are just rumours,” JCorp president and chief executive Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim said to a question from StarBiz, quashing allegations by several bloggers that Lim, who is embarking on an ambitious initial public offering of his waterfront assets in Johor slated for this year, had via a convoluted shareholding structure wrested control of the prized fast-food companies.

Some local blogs had speculated that the RM5bil takeover of KFC and QSR last year by a consortium comprising JCorp, private equity firm CVC Capital Partners and the Employees Provident Fund was aimed at putting them in the hands of Lim, even superimposing an image of the construction and property tycoon's face on KFC icon Colonel Sanders.

Kamaruzzaman also said JCorp had no plan to take its 59.6%-owned Kulim (M) Bhd private “at the moment”.

“But it depends on the circumstances. At the moment we don't see a need to take it private. All things considered, it (privatisation) should be driven by commercial reasons,” he told the media during the release of JCorp's 2012 financial results.

JCorp is Kulim's largest shareholder with 760.57 million shares, according to Bloomberg.

Kamaruzzaman, however, refused to say if there were more corporate exercises in the offing for JCorp.

“We don't line up assets for disposal,” he said, but added that the group would continue with its rationalisation.

For 2012, the Johor state investment company recorded a 60.7% rise in pre-tax profit to RM868mil from RM540mil a year earlier, while revenue was up 11.2% to RM5.64bil from RM5.07bil, boosted by top-line growth across all segments.

JCorp's results in fiscal 2011 were restated under accounting rules after its stake in New Britain Palm Oil Ltd was diluted to 48.7% last year from 50.4%, rendering the Papua New Guinea-based planter an associate.

If it had not restated the accounts, JCorp would have seen a 21.1% and 27.7% drop in pre-tax profit and revenue from RM1.1bil and RM7.8bil, respectively.

While lower crude palm oil (CPO) prices put a dent in its earnings, chief operating officer Zulkifli Ibrahim said this was offset by higher dividends from its investee companies and the property division, which did “extremely well”.

On its indebtedness, Kamaruzzaman said JCorp aimed to reduce its gearing to zero by 2022, in line with the maturity of its sukuk, adding that the firm would not be issuing another round of Islamic debt papers.

The group had some RM3.04bil in total borrowings at end-2012, down from RM3.57bil previously, against RM8bil in assets.

JCorp had last year issued RM3bil in sukuk wakalah to refinance RM3.2bil of debt that became due in July.

Kamaruzzaman also noted that JCorp, which obtains the bulk of its income from its plantation operations, expects the gap between soybean and CPO prices, about US$300 (RM930) per tonne currently, to narrow towards the end of 2013, with CPO trading in the range of RM2,700 to RM3,000.

Although he declined to reveal specific growth targets for 2013, Kamaruzzaman said the group would try to maintain last year's double-digit growth for its businesses, which include healthcare, plantation, quick-service restaurants, logistics, property, and hospitality.

Asked when KFC's operations in India will be profitable, Kamaruzzaman said a turnaround was expected in 2015-2016, by which time some 50 outlets would have been opened there. - Sumber


GR kata: Sokonglah barangan Bumiputera

Sunday, August 11, 2013

HOT: AMRI YAHYAH LEBIH 'HEBAT' DARI LIONEL MESSI?


Ramalan Harimau Malaya bakal diratah teruk oleh kelab gergasi dunia, Barcelona dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam ternyata meleset apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu hanya sekadar tewas 1-3.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 45,000 penonton, Cesc Fabregas meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-33 tetapi Mohd. Amri Yahyah menyamakan kedudukan buat Harimau Malaya tujuh minit kemudian, sebelum bintang Brazil, Neymar kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-43.

Gerard Pique memastikan juara Eropah empat kali itu tidak dimalukan apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-74 untuk mengesahkan kemenangan 3-1.

Walaupun tewas, sekalung tahniah buat Harimau Malaya yang menampilkan aksi penuh disiplin dan kekal fokus sepanjang perlawanan, sekali gus menghampakan Barcelona untuk mengulangi jumlah jaringan yang sama ketika mereka membelasah kelab Brazil, Santos 8-0 dan Thailand 7-1, baru-baru ini.

Keputusan itu mungkin dilihat meredakan sedikit tekanan buat Rajagobal yang sebelum ini dikritik hebat oleh media dan peminat apabila kalah dalam tiga perlawanan persahabatan di Jepun pada bulan lalu di tangan kelab J-League.

Pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan ternyata menjadi duri dalam daging kepada barisan serangan Barcelona apabila berulang kali dapat mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya selain kekentalan Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta Asrarudin Putra Omar yang sentiasa berjaya mengekang gerakan lawan.

Namun, penyokong Barcelona yang hadir ke stadium jelas berasa kempunan untuk melihat aksi pemain terbaik dunia, Lionel Messi dalam perlawanan berkenaan apabila dikhabarkan mengalami kecederaan dan Gerardo Martino tidak mahu menurunkan risiko membawa masuk bintang Argentina itu.

Hanya aksi Neymar dan Andres Iniesta yang berjaya meraih perhatian para peminat Barcelona yang hadir ke stadium sementara pemain lain dilihat bermain di tahap sederhana termasuk Xavi dan Alexis Sanchez.

Selepas 32 minit disekat Harimau Malaya, Barcelona akhirnya membuka tirai jaringan melalui Fabregas yang menanduk masuk hantaran silang Jordi Alba biarpun Khairul Fahmi dapat menepis percubaan tetapi bola tetap bergolek masuk ke dalam gawang.

Pun begitu, jaringan tersebut langsung tidak melemahkan semangat anak-anak buah Rajagobal yang tetap memburu gol penyamaan dan pada minit ke-40, Harimau Malaya mengejutkan Barcelona.

Dalam situasi yang tidak diduga, hantaran silang S. Kunanlan dari sebelah kiri sekadar disepak lemah Javier Mascherano dan Mohd. Amri Yahyah bijak mengambil kesempatan dengan merembat cantik menewaskan Victor Valdes yang kelihatan terkeluar sedikit daripada posisi.

Kegembiraan penonton Malaysia yang bersorak dengan jaringan tersebut bagaimanapun hanya bertahan selama tiga minit apabila Neymar kembali meletakkan Barcelona di hadapan apabila mudah melepasi kawalan Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas sebelum menewaskan Khairul Fahmi.


Perlawanan sedikit tegang apabila Fabregas dan Wan Zack Wan Haikal bercakaran sesama sendiri dalam kotak penalti negara apabila mereka bertembung sesama sendiri ketika merebut bola walaupun bekas pemain Arsenal itu berada dalam kedudukan ofsaid, mujur dapat ditenangkan oleh Neymar dan pengadil.




GR kata: Tahniah Harimau Malaya tak jadi bahan laukan.

Saya Tak Peduli Serangan Dari Pakatan Rakyat - @Zahid_Hamidi @PDRMsia @KBAB51


MINGGUAN: Orang ramai semakin bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari, apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).

Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

Pelbagai pihak khususnya pembangkang bimbang berlaku penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Dalam empat akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa. Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian.

Sebelum ini pembangkang merupakan kelompok paling lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?

AHMAD ZAHID: Saya fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Maksudnya, sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada ‘di pasaran’, soalnya apa sumbangan pembangkang?

Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri.

Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.

Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.

Akta Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.

Ertinya, apakah implikasi yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak berbentuk pencegahan.

Salah satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?

AHMAD ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh pihak lain, bukan PDRM.

Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.

Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.

Jadi dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sekarang ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?

AHMAD ZAHID:
Saya fikir ‘gigi’ polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia, tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Oleh itu mungkin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.

Kita akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS). Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50 tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.

Kerajaan berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID:
Satu perkara yang perlu kita lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?

Adakah kerana kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal? Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi? Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang tidak bersalah?

Dari segi perundangan penjenayah tersebut mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? Adakah apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.

Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?

Menyentuh soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini berlaku?

AHMAD ZAHID:
Yang ditahan itu adalah gangster, ahli kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis. Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?

Walaupun saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada pihak polis.

Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana tidak dapat menyelamatkan masyarakat. Saya tidak mahu itu berlaku justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang mendorong Datuk Seri menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden?

AHMAD ZAHID: Saya merasakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan pasukan yang serasi. Saya merasakan saya salah seorang yang telah diserasikan dengan kedua-dua pemimpin itu.

Apakah kriteria yang perlu ahli UMNO lihat sebelum membuat keputusan?

AHMAD ZAHID: Sudah tentu tidak ada kriteria tetap kepada semua calon yang mahu menawarkan diri bagi memegang jawatan utama sama ada di peringkat nasional mahu pun peringkat bahagian.

Ia bergantung kepada tujuan untuk merelevankan UMNO dengan kumpulan sasaran PRU-14 kerana profil pengundi akan berubah dengan drastik, apabila seramai 40 peratus adalah pengundi baru. Keduanya, apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan ertinya geopolitik dan landskap kepada pemikiran politik juga berubah ketika itu.

Oleh itu, pada hemat saya akar umbi harus memilih pemimpin-pemimpin yang bukan hanya sesuai untuk PRU-14 tetapi juga boleh membawa parti bagi menghadapi PRU-15 supaya terdapat kesinambungan dari segi pelaksanaan kepada pegangan kepada ideologi politik kepada UMNO..

Sayangilah UMNO sebagai satu-satunya wadah untuk memberikan kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu dan anggaplah UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi UMNO adalah sebuah institusi sosial orang Melayu yang menjaga agama Islam, yang akan memberikan keadilan kepada semua rakyat, oleh yang demikian pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik.



Artikel pelbagai