Saturday, February 23, 2013
Konvoi Anak Muda Labuan Siap Siaga Pertahankan W.Persekutuan Dari Dirampas Pembangkang
Anak-anak muda mula berkumpul seawal pagi membuat aktiviti yang menyihatkan badan bersenamrobik. Selepas itu anak-anak muda berkonvoi ke 27 buah kampung sekitar WP Labuan. Konvoi diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Labuan, Sdr Rafi Hasan dan disertai oleh Ketua Pemuda WP dan Ketua Pemuda Bahagian-bahagian WP.
Konvoi juga memberikan bantuan-bantuan kepada masyarakat disetiap kampung mereka singgah. Bantuan diberikan dapat meringankan sedikit beban dalam keperluan harian mereka.
Tahniah pada anak muda Labuan kerana semangat juang yang tinggi sentiasa menyokong Transformasi Kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak.
GR kata: Anak Muda Sokong PM Najib
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TUNAIKAN UMRAH MABRUR ATAU UMRAH MALIOBORO - NIK AZIZ
Ulama' tahap apa dah Nik Aziz nie, semakin hari kita lihat dah macam orang tak betul pun ada. Sanggup mengeluarkan 'Fatwa Politik' menghina rakyat Malaysia yang faham dengan erti kesyukuran nikmat yang Allah S.W.T berikan dalam hidup kita.
GR dikhabarkan oleh kawan-kawan dari dalam PAS, Nik Aziz baru saja pulang mengerjakan umrah. Seorang yang pandai dalam ilmu agama dan baru pulang mengadap Ilahi boleh berkata sedemikian. Lihat di bawah :
Mengelarkan manusia seperti binatang!! Apa perasaan rakyat Malaysia yang menerima BR1M ini, sudah tentu tersinggung. Mana Nik Aziz letak otak yang Allah S.W.T anugerahkan kepada kita untuk berfikir dengan matang. BR1M ini diberikan oleh pihak Kerajaan pada semua rakyat Malaysia yang layak menerimanya tidak kira fahaman politik sekali pun. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita dengan hidup aman damai dan bantuan yang diberikan adalah rezeki dari Yang Maha Esa.
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti haiwan, jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu juga amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Menurutnya, Nik Aziz sebagai ulama seharusnya mengajar konsep berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan.
''Beliau juga patut ajar erti bersyukur dengan rezeki yang Allah beri daripada manusia atau pemimpin yang terbuka hati untuk memberi bantuan.
"Jelas kenyataan beliau satu bentuk penghinaan kepada rakyat dan menyamakan mereka dengan haiwan amatlah keterlaluan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan usaha Kerajaan Pusat memberikan bantuan kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan makanan yang digemari.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz juga boleh dilihat sebagai menolak erti bersyukur kepada nikmat, sebaliknya mengajak kufur kepada nikmat.
"Itulah tanda-tanda ulama akhir zaman yang merosakkan ajaran serta akhlak ummah kerana politik. Beliau juga cuba menanam budaya kebencian melebihi budaya berterima kasih kepada para pengikutnya yang taksub," tegasnya.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 1,487 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dekat sini.
Majlis tersebut julung kali dianjurkan melibatkan pemakaian pangkat semua cabang perkhidmatan ATM secara serentak dan besar-besaran.
Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Pemakaian pangkat itu melibatkan anggota berpangkat prebet ke lans koperal serta anggota lans koperal ke koperal.
GR kata: Pok Nik ni tak takut dosa pahala ka? Pi umrah haji pun macam ni jugak, jeles tak dapat BR1M kot. Hi hi hi....
HOT: OSTAJAH @abby_abadi112 INSAF, NAK KELUAR DARI PAS?
Macam tak percaya pun ada, bila GR melihat kenyataan tweet beliau seperti di atas. Baguslah Ostajah celop nie dah 'INSAF' dengan kenyataan beliau. Adakah dari hati yang ikhlas?? Tuan punya badan yang lebih mengetahui.
Pandangan GR senang saja, apa yang beliau tweet itu kalau yang biasa beliau buat COPY PASTE jer. "Islam itu indah, Islam itu mudah, tapi bila tak ikut panduan yang jadi payah" - ayat ini sesuai betul Ostajah celop ni berkata-kata pada dirinya sendiri.
Pembaca lihat sejak beliau berubah ini adakah menuju ke arah kebaikan atau pun lebih kurang sama saja. Jika berubah dan ingin mempelajari ilmu agama, jangan ikut dan taksub pada seorang Tok Guru saja. Sampai sanggup menerima pandangan bahawasanya Tok Guru tersebut cakap boleh kita dijamin Syurga.
Baru cakap pasal insaf dah buat hal balik dengan 'FATWA HEBAT' beliau :
Lihatlah sendiri fatwa Ostajah Celop ini. Faham atau tidak sebelum bercakap tu. Musuh Allah S.W.T tu siapa dia?? Lebih teruk orang Islam mengatakan keburukan dan doakan keburukan sesama Islam. Dalam Islam ada ker diajar macam tu yer wahai Ostajah Abby???
GR kata: Jangan syirik pada Allah S.W.T...taukan apa hukumnya??
Friday, February 22, 2013
'API' YANG DINYALAKAN DAP TIDAK AKAN DIPADAMKAN UNTUK KALI KE 2 - @razlanrafii
PENCACAI PAKATAN PERGI SEKOLAH BELAJAR, JANGAN JADI BANGANG MACAM NIE!!
Kebanyakan toll di Thailand sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan Greater Bangkok. Toll di Thailand di bahagi kepada tiga bahagian iaitu expressways, tollways, dan motorways.
Toll di Thailand diletakkan di bawah agensi di bawah Kementerian Pengakutan Thailand, iaitu EXACT (Expressway Authority of Thailand), dan DoH (Department of Highways).
EXAT bertanggungjawab menguruskan Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway dan Kanchanphisek Outer Ring Road (Bahagian Selatan).
DoH pula bertanggungjawab menguruskan Uttraphimuk Tollway (dulu dikenali sebagai Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), dan Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - kawasan timur Thailand).
Toll di Thailand dicaj dalam lingkungan 40 Baht sehinggalah 55 Bhat mengikut lebuhraya tertentu. Jumlah ini kalau ditukar ke dalam wang Malaysia berjumlah dalam RM 4.15 hingga ke RM 5.71 sen. (Rujuk Google Exchange untuk penukaran matawang).
GR kata: Mak bapak hantar pi sekolah tak ponteng...sekarang bodoh melantun-lantun.
KALIMAH ALLAH: TOLAK KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS DAN UMAT ISLAM, SANGGUP SANJUNG PENDAPAT DAP - FUZIAH THORON
Semakin hari dalam Pakatan Pembangkang kita lihat semakin ramai yang ingin menjadi 'Ustaz' atau pun 'Ustazah' demi untuk menyokong pendapat DAP yang terang-terang boleh menyesatkan umat Islam dan juga bangsa lain.
Fatwa sesat yang dikeluarkan oleh YB Fuziah Thoron yang mengatakan kalimah Allah bukan hak eksklusif umat Islam. Sungguh yakin YB pembohong ini bercakap ikut akal berkenaan nama kalimah Allah yang baginya boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
Selepas penyebaran fitnah tentang LYNAS beliau tak berjaya untuk menipu rakyat, kali ini tampil untuk tunjuk 'HERO' sekali lagi menyokong kenyataan Guan Eng.
Pembaca jangan muda terpengaruh dengan kenyataan putar belit dari puak pembangkang ini kerana boleh menyesatkan umat Islam. Sayangilah anak cucu cicit kita, peliharalah agama Islam yang suci ini. Jangan biarkan agama Islam ini diperlekehkan macam sampah. Allah SWT Maha Mengetahui dan pembalasan Allah itu BENAR!!
PM NAJIB WATCH OUT - ZURAIDAH MAK LAMPIR MENGAMUK, 'BERGONCANG' SATU BADAN!
Fuiyooooo.... hebat YB Ampang ni, dia pun nak tunjuk hebat boleh bermain gendang tradisional masyarakat Cina. Nak lawan video DS Najib Razak bermain gendang cina sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Semua sedia maklum, video iklan yang dilakonkan oleh DS Najib Razak bermain gendang tarian naga menunjukkan Perdana Menteri kita sporting dan juga Perdana Menteri adalah untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa.
Nampaknya PM Najib ada saingan sebab dalam satu majlis Tahun Baru Cina, YB Zuraidah pun nak tunjuk beliau pun hebat bermain gendang Cina. Habis 'bergegar' satu badan yer YB. Tempo lari pun tak per la yer...bedal sajalah. He he he....
Layan video di bawah dari rakan blogger Minaq Jinggo :
Thursday, February 21, 2013
IKRAR INTEGRITI PILIHAN RAYA BUKTI CALON BN BEBAS RASUAH
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.
Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.
''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.
Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.
''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.
Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.
Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.
Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.
Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.
''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.
Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.
''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.
Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.
Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik. - Utusan
GR kata: Bang Non and The Geng telus Bersih' sangat ka? Hi hi hi...
"Karpal, Lu Jangan POYO Sangat La.."
Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.
Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.
Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.
Saya mahu nasihatkan Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak.
Jangan hanya pandai suruh kami hormat pandangan dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu hormat keputusan Majlis Syura Ulama kami, orang lain pandang badan ini kecil tetapi bagi kami (ahli Pas) Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi.
Apabila Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, semua tindakan dan keputusan awal dikira terbatal dan kami sebagai ahli Pas wajib patuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam pada mesyuarat 8 Januari lalu yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Karpal dilaporkan berkata, pakatan pembangkang berpegang teguh dengan keputusan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza selepas itu.
GR kata: Perjuangan DAP nak hapuskan Islam di Malaysia. AWAS!!
FOTO BUAT PAKATAN - JANJI SEDAP BOLEH SELALU GELI-GELI KAN!!
GR kata: Inilah hasilnya jika Pakatan perintah negara. Bukti sekarang pun dah ada, berapa banyak masjid/surau dan berapa banyak rumah urut di Selangor?? Renungan bersama....
JANDA ANAK 3, 'MAIN' NEPAL LAGI SYOK DARI ORANG MELAYU!
AMPANG - Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.
"Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.
"Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.
Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.
“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.
"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam," katanya.
Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa. Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan.
Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan.
"Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain," katanya.
Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu. Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan. - SH
GR kata: Nepal badan panas, tu ramai wanita Melayu meleleh kot. hi hi hi
Wednesday, February 20, 2013
HOT: TERESA KOK DIANGGAP SUNDAL OLEH DAP, DIGUNAKAN SANA SINI SEBAGAI 'PENYEDAP'!!
Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.
Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutamanya masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.
Selain tugasnya sebagai anggota Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.
"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Teresa Kok dituntut, didesak dan disuruh meletak jawatan kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab sebaliknya sangat suka bermain politik dan beretorik dalam segala hal. Pada masa yang sama, Teresa Kok juga sangat alergik dengan perkataan 'masalah rakyat' walaupun dia sebenarnya berjawatan selaku Wakil Rakyat.
Beliau berkata tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.
"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.
Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lepas turut mendakwa beliau digelar sebagai "mabuk" oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.
"Pada tahun 2008, masa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," katanya.
11 memorandum yang dihantar oleh Vellasamy kepada Teresa Kok, kesemuanya telah dibakulsampahkan. Dan apabila Vellasamy kerap bertanyakan masalah rakyat yang tidak dihiraukan oleh Teresa Kok, akhirnya dia dipecat dari parti.
Boleh desak dan tuntut sajalah. Cina Yahudi itu tidak akan peduli dengan tuntutan sesiapa pun. Sebabnya dia tahu, Lim Guan Eng sendiri pun tidak akan berani menyentuhnya. Dengan slogan Teresa Kok yang begitu berlagak "No Complain, No Help" rakyat di Seputeh hanya makan asap saja.
GR kata: Sedap sangat kot Ahsooo DAP ni..tu yang Guan Eng takut sangat.
PANASS! SERAM!! FIZZ FAIRUZ BERTUNANG DENGAN ISTERI SORANG SEBAB DISIHIR!!
Seperti terkena sihir, itulah kenyataan Almy Nadia yang menggambarkan keadaan Fizz Fairuz yang tidak terurus dan bagai tidak tahu apa-apa yang berlaku. Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis pilihan hatinya kelmarin. Tetapi yang peliknya, pertunangannya secara tiba-tiba. Dan Fizz Fairuz terkejut apabila mendapat tahu berita ini yang tunangnya ialah isteri kepada seorang usahawan.
Tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela, 26 tahun GR boleh cakap memang cun. Fizz Fairuz ada menyatakan bahawa, dia tidak menyangka tunangnya itu adalah isteri orang. Dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku dalam hidup.
Sementara itu, Almy Nadia ada menyuruh Fizz Fairuz untuk pergi berubat cara Islam kerana sejak awal lagi, Almy Nadia menyangka Fizz Faiurz terkena buatan orang. Kemusykilan ini timbul apabila melihat keadaan Fizz yang tidak terurus. Fizz juga berasa pelik, 7 tahun mengenali Almy Nadia, dia berasa sukar untuk mengikat tali pertunangan dengannya.
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.- sumber
Nasib baik Fizz Fairuz dapat tahu sebelum kahwin. Kalau tak, lain pulak yang jadinya. Diharap Fizz Fairuz dapat pergi berubat. Almy Nadia tu jangan campak merata-rata. Tunang dengan Amy cepat-cepat. Kalau tak GR mengorat Fizz Fairuz baru tau. Hehehehe....
GR kata: Sebagai umat Islam jangan syirik pada Allah S.W.T
BLOGGER PAKATAN KANTOI DIBAYAR GAJI TINGGI! PROKSI KHALID IBRAHIM KANTOI SALURKAN DANA!!
Sejak semalam GR lihat di alam maya pendedahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan blogger UMBWP mengenai elaun gaji yang diterima oleh blogger pencacai Pakatan Pembangkang. Senarai nama-nama di atas membuktikan mereka ini DIBAYAR untuk menyalurkan maklumat berunsur fitnah dan penipuan semata-mata untuk kaburkan mata rakyat.
Ramai dari kalangan blogger-blogger hebat Pakatan Pembangkang ni meroyan, melenting dan sebagainya. Alasan biasa mereka gunakan ini semua fitnah dari UMNO. Ada yang kata tak ada cop rasmi. Ada juga blogger pencacai ni kata, kenapa tak masuk dalam media cetak dan juga berita di TV1 atau TV3.
Cakap mereka ni BODOH nanti ada yang marah. Benda kecik macam ni sampai nak masuk TV3 ka? Wahai Amenoworld and The Geng... Banyak lagi berita yang lebih penting untuk disalurkan pada pengetahuan rakyat. Nak layan cerita BODOH korang ni, dah kantoi pun masih tak nak mengaku.
Pada blogger pencacai Pakatan ni, apa masalahnya kalau terima gaji. Nama pun kerjakan. Takkan buat kerja amal kot. Boleh percaya ker? Korang ni bukannya semua ada kerja tetap, dan ini kerja tetap korang...hari-hari menipu rakyat.
Amenoworld tak lama lagi jadilah macam Ostajah Abby Abadi tu, dia cakap Allah lebih mengetahui. Jangan main-main nama Allah nanti terima balasan CASH macam mana??
Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, 12 orang blogger pakatan DAP-PKR-PAS menerima RM3,000 sebulan, jumlah keseluruhan RM36,000. Ada diantara blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State Fund.
Ini bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger bagi tujuan politik.
Ini bermakna dalam setahun sejumlah RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta dihabiskan untuk membayar blogger.
Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang ibu tunggal boleh mendapat manfaat.
Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 1,728 orang anak negeri Selangor yang baru masuk ke universiti bakal mendapat RM1,000 seorang.
Namun Khalid Ibrahim tidak mahu menunaikan janji tersebut biarpun mampu. 1,728 orang pelajar itu masih diminta meminjam dengan PTPTN untuk meneruskan pengajian dan cita cita mereka.
Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.
GR CABAR Pengarah PKOM Selangor tampil untuk berikan penjelasan, penyelewengan duit rakyat yang jelas demi MEMBELA pencacai-pencacai Pakatan ni.
GR kata: Kerja dapat gaji mestilah halal barulah berkat hidup....
Tuesday, February 19, 2013
Kesian Apek Tua Nie Menangis Di Seputeh! Mana Teresa Kok?? @razlanrafii @NajibRazak
Majlis penyerahan BR1M 2.0 berlangsung di Dewan Komuniti Sri Petaling hari ini. Disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapha Kamal dan Mrs Nicole Wong.
Seramai 1100 orang penerima BR1M 2.0 di Parlimen Seputeh. Mereka sangat berterima kasih kepada Kerajaan dan PM Najib kerana berikan bantuan seperti pada mereka untuk kali ke 2.
Ada yang GR sempat bersembang dengan seorang pakcik tua berbangsa Cina, dia pertama kali dapat BR1M kali ini. Begitu terhibanya beliau sampai menangis tanda terima kasih dengan bantuan yang diterima. Mereka semua berharap agar BR1M diteruskan untuk setiap tahun kerana dapat membantu mereka dalam urusan keperluan harian.
GR kata: Terima kasih PM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MAMPUKAH PAKATAN PEMBANGKANG PENUHI IMPIAN KE PUTRAJAYA?
PAKATAN pembangkang bernafsu besar untuk menakluki Putrajaya. Mereka terbuai dengan kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Tsunami politik ketika itu telah memihak kepada mereka.
Barisan Nasional (BN) pula terkejut besar kerana mengalami mimpi ngeri dengan kemerosotan prestasi paling buruk dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia sejak 1959. Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 banyak mengundang permasalahan kepada BN. Krisis kepercayaan mula menerjah dalam UMNO, MCA dan MIC yang merupakan tunjang kepada BN yang sebelum 1974 dikenali sebagai parti Perikatan.
Budaya selesa telah menguasai minda pemimpin-pemimpin BN, sejak kemenangan besar dalam PRU-11 pada 2004. Ia juga menjalar ke akar umbi kerana terlalu ghairah dengan kemenangan besar yang diperolehi. Sekali gus, budaya selesa telah mengundang malapetaka kepada BN dalam PRU-12. Pembangkang sebaliknya bekerja keras dengan mengapplikasikan pelbagai kaedah untuk memenangi hati pengundi. Mereka menggunakan media sosial dengan seluas-luasnya, sedangkan BN ketika itu masih teraba-raba untuk mengenali dunia siber yang banyak dikuasai oleh pembangkang.
Keputusan pilihan raya umum 2008 menempelak BN dengan pukulan separuh maut. Walaupun BN memperolehi sejumlah 140 kerusi di Dewan Rakyat, namun pembangkang meraih pertambahan besar suara dengan menduduki 82 kerusi. Suatu yang mereka sendiri tidak jangkakan. Sebenarnya, Pilihan Raya Umum 2008 merupakan peluang terbaik buat pembangkang untuk mereka menduduki Putrajaya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Dalam PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 sebanyak 20 parti politik menyertainya. Ketika itu, walaupun pembangkang tidak mempunyai pakatan yang rasmi, tetapi Pas, PKR dan DAP mampu mewujudkan persefahaman yang dikenali sebagai pakatan rakyat untuk menentang BN. Pembangkang memperolehi 82 kerusi atau kira-kira 37 peratus dari seluruh kerusi di Dewan Rakyat manakala undi popular dicapai sekitar 47 peratus. Mereka menjadi teruja dengan dividen politik yang diperolehi. DUN Kelantan terus dikuasai Pas manakala empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor turut kecundang ke tangan pembangkang.
Prestasi parti-parti komponen BN mengalami kemerosotan sokongan yang menyaksikan beberapa pemimpin tertinggi tersungkur. BN memperolehi 140 kerusi atau sekitar 62 peratus jumlah kerusi di Dewan Rakyat manakala undi popular yang diraih kira-kira 52 peratus.
Keadaan yang berbeza berlaku untuk parti pembangkang. Pas memperolehi 23 kerusi dari 66 kerusi yang ditandingi dan undi popular sekitar 14.5 peratus. DAP mencatatkan kejayaan lebih baik berbanding dengan Pilihan Raya Umum 2004 dengan memenangi 28 kerusi dari 48 kerusi yang ditandingi dan 14 peratus undi popular. PKR pula merekodkan kemenangan paling cemerlang dengan menguasai paling banyak kerusi Parlimen daripada kalangan parti pembangkang dengan memperolehi 31 kerusi dari 95 kerusi yang ditandingi dan 19 peratus undi popular.
Fenomena undi rosak telah menjejaskan prestasi BN. Sebanyak 175,400 undi rosak pada PRU-12 berbanding dengan 163,328 undi pada tahun 2004. Undi rosak paling banyak berlaku di Selangor, Perak dan Kedah. Berkemungkinan pengundi-pengundi di negeri tersebut melakukan undi protes kepada kerajaan BN dengan merosakkan undi sehingga menyebabkannya tumbang di negeri-negeri berkenaan. Situasi sama juga dialami di Johor, Pahang dan Sabah tetapi masih tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan BN. Persoalannya, mampukah pembangkang melangkah ke Putrajaya dengan hanya berlandaskan pencapaian mereka dalam PRU-12?
Sebenarnya, cita-cita pembangkang untuk menguasai Putrajaya akan melalui jalan yang cukup sukar. Banyak faktor yang akan menggagalkan hasrat mereka. Antaranya, masalah dalaman yang sedang dihadapi Pas. Pengikut akar umbi mereka mula mempertikaikan kepimpinan atasan Pas kerana bekerjasama dengan DAP. Mereka mempertikaikan pendirian kepimpinan DAP tidak menghormati pendirian Majlis Syura Pas terhadap penggunaan kalimah Allah. DAP juga tidak menyokong pembentukan negara Islam yang dicadangkan oleh Pas.
Penyokong akar umbi ramai yang bersetuju dengan pendirian Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa terhadap beberapa isu berkaitan dengan Islam dan kedudukan orang Melayu. Rata-rata sudah terdapat perpecahan sokongan dari dalam.
Masalah yang dihadapi PKR lebih berat lagi apabila ramai daripada tokoh pendiri parti itu telah meninggalkan parti. Malah jentera dan penyokong-penyokong di peringkat bawahan bercempera lari untuk tidak lagi menggerakkan jentera parti seperti semangat yang terdapat dalam PRU-12.
Mereka yang dahulunya terlalu yakin dan bersimpati dengan Anwar Ibrahim mula menjauhkan diri, kerana hilang kepercayaan kepadanya kerana Anwar dilihat sebagai mengetepikan perjuangan Islam.
Anwar dilihat oleh mereka terlalu banyak bermain politik, setelah sanggup berkompromi atas penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, sokongannya kepada LGBT, pluralisme dalam agama dan permasalahan lain. Bagi mereka perjuangan Anwar untuk membela nasib orang Melayu jauh menyimpang daripada matlamat asal.
Masalah yang dilalui DAP juga agak parah. Parti itu didapati hanya berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina dan meminggirkan kaum lain dalam kepimpinan atasan. Masalah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang belum diselesaikan. DAP dan Pas tidak sepakat dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya. DAP mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri, manakala Pas meletakkan Abdul Hadi Awang sebagai calon mereka.
Perbezaan pendirian terhadap pemilihan calon Perdana Menteri dijangka menimbulkan permasalahan besar antara kedua-dua parti. Pas juga diberitakan akan menonjolkan tokoh di luar pakatan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri. Hal ini sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh DAP kerana mereka perlukan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Manifesto pakatan pembangkang untuk PRU-12 yang lalu, kebanyakannya gagal dilaksanakan. Malah terdapat dalam kalangan kepimpinan mereka mengatakan manifesto bukan janji. Justeru, janji yang terdapat dalam manifesto tidak perlu dilaksanakan. Oleh itu, manifesto pakatan pembangkang bertemakan 'Demi Rakyat' akan hanya merupakan sekali lagi janji palsu yang tidak akan ditunaikan, kerana bagi mereka, manifesto bukan janji.
Pengundi atas pagar tidak akan memberikan peluang kepada calon-calon pembangkang kerana telah hilang kepercayaan. Apatah lagi dengan janji-janji baharu yang akan dibentangkan dan sekali lagi akan dibuat untuk menipu rakyat.
Berbeza dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi berupa ETP, GTP, PTP serta produk-produk baharu Gagasan 1Malaysia dan Strategi Nasional Lautan Biru.
Kesemua produk yang diperkenalkan oleh Najib bukan sahaja akan diteruskan selepas PRU-13 malah akan ditambah nilai. Manifesto BN untuk PRU-13 nanti pasti akan menghidangkan banyak produk baharu untuk rakyat. Harapan sebahagian besar pengundi tegar cukup tinggi kepada BN.
Pengajaran yang diperolehi melalui PRU-12 telah banyak menukar corak BN menterjemahkan program demi kepentingan rakyat banyak.
Jalan yang akan dilalui oleh pembangkang untuk ke Putrajaya semakin berliku dan sukar.
GR kata: Pembangkang hanya pandai tabur janji...rakyat yang terima deritanya.
Monday, February 18, 2013
HOT: BAKAL PM KE-7 ANWAR IBRAHIM MAKIN POPULAR, MASUK LAMAN WEB BLUE!!
Patutlah ramai sangat peminat Anwar Ibrahim, apa katanya, seluruh dunia melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin islam yang terhebat?? Cayalah Bang Non ni kan...menjadi pujaan ramai gitu. Kih kih kih
Ramai yang dah tahu dan nak tahu apa sebenarnya kehebatan Bang Non ni selain apa yang beliau buat sekarang ni dan tak perlu GR bagi tau lagi. Jadi ostad pun dia sampailah cakap kosong itulah Anwar Ibrahim. Terbaru mengenai beliau lihat di bawah :
Rupanya inilah kehebatan Anwar Ibrahim, video seksnya kini bertaraf antarabangsa. memang hebat la kan si ketua parti pembangkang ni. Sebelum ini masuk dalam majalah porno di Jepun, sekarang ni 'Empayar Bang Non' semakin meluas/
Maka tidak hairanlah pemimpin PAS juga suka benda yang sama. Dulu mereka sibuk bercakap dengan ahli UMNO, kini tidak kurang hebat juga dengan ahli PAS, parti yang memperjuangankan ISLAM dan Negara Berkebajikan.
GR kata: Fikirkanlah nak ker pemimpin negara seorang kaki 'Balun'...
CHECK MATE: KRONOLOGI LAMAN WEB @JPenerangan KENA HACK DIKESAN! @DrRaisYatim @NajibRazak
Baru sebentar tadi GR dan rakan-rakan blogger UMBWP keluarkan artikel dan print screen Laman Web Jabatan Penerangan digodam. Jika seperti biasa pihak pakatan akan menuduh ini semua kerja UMNO/BN yang cuba meraih simpati dengan melemparkan tuduhan kepada mereka.
Kes ini sama dengan blog Anwar Ibrahim dan Rafizi DIGODAM, mangsanya siapa lagi kalau bukan UMNO/BN. Jelas menunjukkan ini kerja-kerja pencacai Pakatan yang sememangnya DIBAYAR untuk buat kerja BODOH ni. Sebab tu diaorang 24jam mengadap laptop jerk, kerja tabur fitnah untuk menipu rakyat.
Baca di sini http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-anwar-digodam-tertera-tulisan-saya-menyokong-israel
dan blog Rafizi DIGODAM http://www.malaysiakini.com/news/220050
Dua link yang sertakan di atas untuk pembaca baca dan nilaikan sendiri, ini semua angkara siapa. Paling menariknya dalam buat kerja BODOH ini yang kononnya betul PM Najib nak letak jawatan. Pemimpin Pakatan boleh bersuarakan dulu tentang perkara ini. Pelik kan?? Tengok di bawah :
YB Nizar boleh tahu pula yang 'PM Najib Nak Letak Jawatan'. Memang hebat puak pakatan ni, hebat MENIPU itu dia. GR tak nak cakap banyak cuma diaorang nie MEMANG BODOH!!
YB Nizar mohon jawab!!!
Tahniah pada rakyat blogger Panglima Perang Cyber yang berjaya membuat analisa tentang kerja BODOH pencacai Pakatan Rakyat nie.
GR kata: Hina betul pencacai pakatan nie....otak letak kat mana ntah!!
GEMPAR!! Laman E-Penerangan Kena HACK!! @JPenerangan @DrRaisYatim @NajibRazak
Siapa punya angkara yang menyatakan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak letak jawatan. Korang tengok print screen yang telah diambil oleh blogger TaipanMaster dari UMBWP.
Jika dilihat dari ayat yang ditulis, GR dah boleh agak siapa punya kerja. Tapi kita bukan macam puak sebelah sana yang suka tuduh-menuduh ini salah UMNO/BN. Betul tak?
Mungkin disebabkan aura YAB Perdana Menteri sudah mula naik dan diterima pelusuk rakyat Malaysia, adalah puak yang iri hati. Biasalah tu, apa pun rakyat yang berhak menilai pemimpin mana yang buat kerja dan Janji Ditepati.
Pada pihak Jabatan Penerangan pula, jangan ambil mudah perkara seperti ini. Perlu sentiasa tingkatkan tahap security laman web anda. Perkara seperti ini tidak boleh dianggap mudah kerana saluran yang diberikan adalah untuk rakyat.
Cari siapa punya angkara yang sanggup buat kerja BODOH fitnah PM ni dan jatuhkan hukuman yang setimpal. Tak kira siapa pun. Kita semua sayangkan Malaysia!!
GR kata: Dulu FB Rafizi kena hack kecoh tuduh UMNO, dah memang keja pencacai Pakatan ni sebab jeles dan tak der modal dah!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SEJARAH PAS DISINGKIR DALAM PARTI PERIKATAN WAKTU DULU DAN AGENDA SATUKAN MELAYU DAN ISLAM
Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.
Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.
Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara.
Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir.
Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.
Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.
Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar.
Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut.
Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.
Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO.
Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.
Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.
Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.
Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.
Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya.
Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.
Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua-dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.
Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.