Inilah dia bila terlampau taksub dengan politik, apa saja yang dibuat tidak mengira hari dan waktu. Perkara yang seperti ini pun boleh dijadikan modal politik murahan puak-puak SAMM yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Pembaca lihat saja gambar di atas, banner ucapan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh UMNO Bahagian Seputeh dijadikan bahan vandalisme...budaya seperti inikah yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat pada puak-puak mereka??
Inilah taktik-taktik BODOH pencacai-pencacai PR bila dah tak ada modal? Mereka ini dibayar oleh MP Seputeh YB Teresa Kok sendiri yang beliau sendiri sudah goyang dengan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen Seputeh yang sudah goyang tidak diterima oleh rakyat Seputeh lagi? Apa masalahnya jika banner ini digantung disetiap pejabat UMNO bahagian dan juga kawasan sekitarnya. Bukankah banner ucapan Hari Raya ini secara tak langsung tanda sesebuah badan NGO mahu pun kerajaan untuk menyampaikan tanda mereka berterima kasih dan sebagainya kepada seluruh lapisan masyarakat.
Justeru itu, semalam Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bricfield terhadap Solidariti Anak Muda Malaysia melakukan perbuatan khianat ini. Ketua Pemudanya saudara Mohd Razlan Mohamad Rafii mendakwa pelekat ABU ini jugak telah dilekatkan dipapan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh dan harta benda awam.
Berikut laporan Polis yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO Seputeh :
Saya telah dimaklumkan oleh En. Niya Ahmad Bin Sheikh Isindar, selaku pekerja di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh melalui telefon jam 12.00 pm, 21 Ogos 2012 bahawa terdapat sticker – sticker Asal Bukan UMNO (ABU) ditampal di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan juga banner Selamat Hari Raya dan bahagian muka pemimpin UMNO Seputeh seperti Datuk Mustapa Kamal dan pemimpin – pemimpin lain.
Jesteru itu, saya bergegas ke Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan tiba di sana jam 2.00 pm dan mendapati sticker ditampal termasuk ditampal pada papan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh.
Laporan ini dibuat terhadao keganasan harta benda – Vandalism – yang telah dilakukan oleh mereka dan siasatan mestilah dilakukan terhadap pelaku tersebut.
Sepengetahuan saya, Tema ABU ini digunakan oleh Persatuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang pengasasnya adalah Badrul Hisham Shahrin.
Melalui twitter akaun @Chegubard beliau menyarankan pengedaran poster ini dibuat semasa musim Ramadan dan mereka mempunyai jaringan untuk menampal poster dan sticker di seluruh negara.
Jesteru itu, laporan ini juga dibuat untuk pihak polis menyiasat adakah penglibatan En. Badrul Hisham Shahrin selaku pengasas SAMM terlibat secara terus dalam aktiviti penampalan sticker di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.
Apa yang lawaknya di sini GR lihat macam biasa, puak-puak PR nie dengan selamba mengatakan ini semua angkara UMNO kerana ingin mendapatkan publisiti murahan. Pembaca fikirlah secara matang yer...kenapa sticker-sticker tersebut ditampal ketika pejabat UMNO Bahagian Seputeh ditutup? Puak SAMM ini mengatakan ABU ini adalah hasil dorongan rakyat Malaysia yang sudah menyampah dengan UMNO dan bencikan UMNO, GR ingin menyatakan di sini berapa ramai rakyat Malaysia yang menyokong idea-idea BODOH puak-puak SAMM nie?? Kalau kita lihat dalam program yang mereka anjurkan kenapa tidak mendapat sambutan??
Lagi satu dalam kenyataan puak-puak ABU nie, sticker ABU ini telah pun sampai ke Sydney, Australia. Dengan menampal sticker sebegini pada sesetengah tempat yang kita pun tidak ketahui tempat sebenarnya, mereka mengatakan sticker (gambar di atas) berada di Australia. Jangan BODOHkan rakyat Malaysia kerana mereka tidak BODOH seperti puak-puak SAMM dan PR.
GR ingin sarankan pada Chegu Bard...sudah-sudahlah buat publisiti murahan. Tidak ada gunanya kerahkan budak-budak SAMM melakukan kerja-kerja BODOH macam nie. Di hari lebaran ini lebih baik mereka menghabiskan masa mereka bersama keluarga dan sanak saudara berhari raya dan bermaaf-maafan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, puak-puak ABU ini dah meroyan kerana disebabkan YB Teresa Kok sudah mula tidak diterima oleh rakyat di Seputeh. Di manakah ahli parlimen yang mereka harapkan untuk membela nasib rakyat? Ahli Parlimen yang malas untuk turun padang bertemu dengan rakyat. "No Claim, No Help" itulah slogan Teresa Kok, alamatnya mati kebulurlah rakyat macam nie. Macam mana rakyat nak jumpa wakil rakyat sendiri yang jarang turun padang, betul tak??
Segala bantuan yang diberikan dan diterima oleh rakyat di Seputeh adalah hasil dari UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Penerima BR1M di Seputeh majoriti yang menerima adalah dari bangsa Cina. Permohonan penjaja-penjaja kecil ingin mendapat lesen berniaga di kawasan Seputeh yang membantu adalah dari UMNO dan juga BN. Mana ahli parlimen Seputeh, takkan duduk goyang kaki saja. So pembaca sekalian fikir-fikirkanlah kenapa puak-puak SAMM dan ABU ini meroyan tak tentu pasal sampai sanggup buat perbuatan yang terkutuk ini....
GR kata: Budak Chegubard si Azmir kata 'Tiada Islam dalam PKR'...bahaya tue. Tunggu kupasan seterusnya nanti yer...kesian tengok budak-budak SAMM cari duit raya nie...Hi hi hi
No comments:
Post a Comment