Baru tadi GR terima berita dari rakan yang berasal dari Titiwangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi di PDM BN Titiwangsa hari ini. Belum pun penamaan calon, Ahmad Zamri B. Asa'ad Khuzaimi mula berkempen secara murahan.
Sebelum itu, rakyat Titiwangsa kenalkah siapa Ahmad Zamri ini? Apa sumbangan beliau untuk masyarakat di Titiwangsa? Kita semua sedia maklum, sejak PRU12 lagi kerusi yang disandang oleh Allahyarhamah Lolo beliau tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan kepada Titiwangsa.
Mereka hanya sajikan masyarakat Titiwangsa dengan 'menu' ceramah-ceramah yang menipu rakyat dan maki hamun kerajaan. Adakah dengan cara ini sudah cukup untuk rakyat yang memerlukan perkhidmatan Wakil Rakyat di tempat mereka?
Apakah hukumnya dalam Islam, jika kita masuk rumah orang tanpa beri salam atau pun tanpa diundang? Kiranya main terjah jerk tanpa meminta keizinan tuan rumah tersebut? Sebagai contoh, jika ada majlis kahwin dan sebagainya, kita tidak diundang tapi kita masuk dengan muka tak malu makan di kenduri tersebut. Puak PAS tentu tahu hukumnya bukan, korangkan 'lebih arif' tentang hukum hakam Islam nie...Tolong jawab boleh tak??
Korang tengok FB Ahmad Zamri, kononya tidak mahu benci membenci dalam kempen PRU13 ini. Kenapa perlu menipu rakyat dengan laporan yang tidak benar. Kenapa yang ceritakan hal sebenar bagaimana beliau masuk ke dalam PDM Titiwangsa ni??
Al kisah sebenar, PDM Titiwangsa ini sentiasa ditutup dan dikunci. Bila ada keperluan dan urusan baru tempat ini dibuka. Sdr Ahmad Zamri ini dengan selamba masuk tanpa meminta izin dan sebenarnya berlaku sedikit kacau bilau yang sengaja beliau adakan. Dengan menunjukkan gambar kononnya kempen beliau bersih adalah PENIPU. Beliau juga ketika masuk tanpa izin bercakap kata-kata yang kurang sopan kepada petugas-petugas BN dengan tujuan supaya mereka ini membenci kerajaan dan terutama sekali BN Titiwangsa.
Pintu berkunci dan macam mana boleh masuk?? Korang tengok sendiri dan fikirkanlah sendiri. Belum penamaan calon dah mula kempen kotor puak PAS nie. Isle la kononnya....
GR yakin banyak lagi kempen-kempen kotor puak-puak Pakatan menjelang hari pembuangan undi. Rakyat jangan mudah terpengaruh. Berita GR terima dari PKR pusat di Tropicana, pengundi akan diberikan sejumlah wang RM 1,000 untuk mengundi Pakatan Haprak. Jangan gadaikan masa depan negara kerana wang. Dah menyesal nanti tak ada gunanya.
GR kata: Calon PAS Titiwangsa ni ada al kisah disebaliknya yang rakyat tak tahu lagi. Tunggu pendedahannya nanti....