Tuesday, April 9, 2013

PM @NajibRazak JANGAN DENGAR ORANG YANG SIBUK NAK JADI BOSSS..! RAKYAT TAK MAHU CALON PAYUNG TERJUN! @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @ZambryAbdKadir


Desas desus pemilihan calon untuk PRU13 semakin hari semakin hangat. Baik dalam BN dan juga pakatan Haprak. Rakyat Malaysia ternanti-nanti siapakah wakil rakyat yang mereka boleh ketengahkan untuk membawa suara mereka pada pucuk pimpinan Kerajaan yang akan memerintah nanti.

Sudah pasti peristiwa pahit PRU12 tidak akan berulang lagi. Disebabkan marah, kecewa dengan Kerajaan yang memerintah ketika itu rakyat membuat keputusan untuk beralih undi. Pada mereka nasib mereka akan menjadi cerah tetapi malang tak berbau. Memberi mandat kepada pakatan haprak terus membawa bala bencana kepada rakyat. Lihat apa sudah jadi pada Selangor, Perak, P.Pinang, Kedah dan Kelantan...rakyat mereka masih tertipu dengan janji yang pakatan haprak taburi. Tepuk dada tanyalah hati....

Untuk PRU13 kali ini GR masih ingat kata-kata PM Najib di Stadium Putra Bkt Jalil malam tu, SOKONGLAH PASUKAN SAYA! Apa maknanya itu? Kepada pemimpin-pemimpin BN yang lain seharusnya memberi sokongan penuh kepada PM Najib yang sejak 2009 kerja keras nak cuci taik yang bersepah pada tahun 2008.

Senarai calon pastinya sudah ada, hanya menunggu masa untuk diumumkan sahaja. Pastinya PM Najib telah meneliti sehabis baik dengan menyeluruh calon-calon yang bakal mewakili BN dalam PRU13 kali ini.

Senang cakap ini bukan masanya untuk melobi dan membodek PM Najib dan pucuk pimpinan tertinggi BN. Fikirkan masa depan rakyat bukannya sibuk fikir nak merebut jawatan...senang cite GILA KUASA. Nak itu semua boleh keluar dan join pakatan haprak yang terang-terang mereka semua gila kuasa.

Apa yang GR dapat maklumat dari orang-orang kuat BN, mereka mengeluh masih ada pemimpin yang cuba nak buat palat. Yang busuk nama nanti PM Najib dan BN. Diaorang nie semua confident 100% BN menang PRU13 ni. Yang buat kerja orang lain ikhlas demi kemenangan...orang lain pulak sibuk MELOBI, MEMBODEK SANA SINI.


Kepada mamat berbaju putih, inilah dia yang sibuk nak jadi CALON PAYUNG TERJUN. Sibuk tengah melobi dan membodek PM Najib supaya namanya melekat sebagai calon PRU13. Apa yang GR tahu, mamat yang memang jawatan besar dalam GLC ni nak bertanding di Perak. Gunakan kabel beliau yang memang jawatan sebagai Menteri Kewangan 2. Gunakan orang kuat PM untuk buat palat pada PM! Nak bertanding di Johor, mengaku orang Johor....nak bertanding di Perak, mengaku orang Perak. Tak cukup lagi ker jadi BOSS GLC tu Datuk!!



Pada PM Najib dan pucuk pimpinan Barisan Nasional, mohon dan doa dari seluruh rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan cara lobi sana sini dan bodek sana sini. GR masih ingat PM Najib cakap "Saya sanggup hilang kawan demi memberikan yang terbaik untuk rakyat". Harap PM Najib kotakan cakap-cakap tersebut demi kemakmuran rakyat dan negara. Jangan peristiwa hitam 2008 berulang kembali. Ingat!! BN bukan macam pakatan haprak yang sibuk berebut kuasa!!

Nak tahu siapa Menteri Kewangan 2 yang cuba buat palat tu...baca DI SINI


GR kata: Rakyat mahu calon yang depa kenal dan boleh buat kerja untuk rakyat....bukan calon lompat sana sini!!!

No comments:

Post a Comment