Sunday, April 7, 2013
HOT: NIK AZIZ JATUH SAKIT KENA SAMPUK SYAITAN!
GR ingin beri sedikit ulasan mengenai kenyataan Nik Aziz baru-baru ini bahawa solat orang UMNO tak dapat disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.
Ulasan Nik Aziz ini bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir sama dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu. Fatwa yang dikeluaran Nik Aziz juga sebenarnya bukan berlandaskan agama, jika kita tengok ada tak tertulis dalam Al-Quran.
Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT.
GR sebenarnya cenderung melihat fatwa Nik Aziz ini dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO.
Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri.
Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.
Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.
PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Haprak bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Haprak yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.
Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO? Kita lihat kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total. Fikirkan....
Bagi GR 'fatwa politik' PAS mungkin relevan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman awal penubuhannya. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.
GR kata: Nik Aziz ingat-ingatlah sikit waktu mati, takut nanti tak boleh mengucap Syahadah....
Percayalah setiap Fatwa Nik Aziz sebenarnya mengambarkan keadaan orang PAS sekarang ini, kerana tuduhan Nik Aziz akan tetap berbalik kepada mereka...
ReplyDelete